Friday, August 29, 2008

Hanya Seorang Ibu..

Dulu, everytime people asked me bout the gender of my unborn baby, I replied.. “It’s blue. Tapi tak kisah la, laki ke pompuan, janji sihat.. Nama pun firstborn, kalau yang ni boy, pasni mesti nk girl. Kalau yang ni girl, pasni mesti nak boy plak. Apa je yang tuhan anugerahkan, saya terima..”

Truly, I’ve never told a single soul that I’ve always wanted a son as my firstborn child. Though baby girl is cuter, cheekier and tend to be closer to the mother, tapi nak gak boy for anak sulung. I don’t think it’s just me. Even most of my friends also want a boy as their firstborn child. Siap mintak tips lagi..Mana nak ade dik oii.. Ni kan keje Tuhan..

So when I knew that I’m carrying a boy, the excitement is doubled!. So as the father. He talked about taking the son to football match, buying him lots things i.e. Liverpool jersey, Adidas shoes, Recaro carseat and many more.

Sebagai manusia, kita hanya merancang.. Dan tuhan yang menentukan segalanya.. Bila kami dimaklumkan tentang ‘khabar duka’ itu, segala angan bagaikan terhenti.. Segala impian bagaikan angin lalu..

Mendengar segala penjelasan dan usul dari doctor2 yang kami temui, kami nekad dgn keputusan kami. Kami redha dgn takdirNya walau maklum cabarannya kelak bukan sedikit. Pada yang mengetahui kisah kami, persoalan yang berbentuk luahan ketidakpuasan hati mula ditimbulkan. Dan tidak kurang juga yang memberi sokongan tanpa henti.. Dan saya mengetap bibir menahan sendu setiap kali mendengar soalan-soalan seperti ini..

“When you knew that something is wrong, kenapa nak teruskan”?
“Tidakkah kasihan pada yang bakal menanggung?”
“Selalunya, ada kebenaran pada kata2 doktor, kenapa tidak dituruti?”
“Kenapa tidak mempertimbangkan?Islam membenarkan dalam keadaan tertentu..”

Dan kali ini, saya ingin memberi jawapan kepada soalan yang pernah dan masih diajukan kepada saya.. Tolong jangan bertanya lagi selepas ini kerana soalan2 sebegini cukup mengundang pilu di hati. Lebih tajam dari sembilu yang bisa menghiris.

Saya hanya seorang manusia biasa. Dan sebagai manusia, apalah kuasa yang ada pada saya untuk menidakkan hak seorang manusia lain untuk hidup. Saya hanya seorang ibu. Di alam ini atau di alam mana sekali pun, saya adalah ibunya. Seandainya saya nekad membuangnya, bagaimana bisa saya berdepan dengannya di akhirat nanti? Di saat dia menunggu di sana, pasti dia akan bertanya, “Mengapa saya sanggup menafikan haknya untuk hidup? Mengapa saya terlalu lemah untuk berjuang bersamanya sehingga menolak kehadirannya mentah2? Tidak sayangkah saya pada dirinya? Mengapa tega hati seorang ibu membunuh zuriat yang membesar di dalam rahimnya sendiri?” Andai anda berada di tempat saya, bagaimana anak ingin menatap wajah anak yang anda nafikan kewujudannya??

Saya percaya, bila tuhan meniupkan satu2 nyawa itu, dia punya hak untuk mendapatkan segala yang terbaik. Dan kita harus mencuba sebelum berkata kita tidak mampu.. Tetapi, kerana sering diajukan soalan yang mengguris ini, saya sedikit terkesan. Atas dasar itu, saya meminta pandangan orang yang lebih arif. Dan katanya, “Memang Islam membenarkan di dalam 3 keadaan. Tapi, bukankah sebagai hamba Allah, kita diajar untuk bersyukur? Menerima qada’ dan qadar dengan redha.. Jangan sesekali menafikan haknya atas ramalan manusia. Manusia bukan tuhan. Andai benar nyawanya tidak panjang, biar dia pergi atas jemputan Ilahi. Bukan kerana kita terlalu awal menghukum. Andai dia lahir dan hayatnya tidak panjang, tetap sempurnakan haknya sebagai anak. Beri nama yang baik maksudnya dan buat kenduri aqiqah untuknya. Andai umurnya panjang dalam keadaan yang memerlukan special care, jgn anggap ia sebagai beban. Anggaplah ia satu jalan ibadah yang Allah kurniakan kepada anda dan suami. Sesungguhnya, kepayahan menjaga amanah Allah itu akan dibalas dengan kesenangan suatu hari nanti. Bukankah ada hikmah disebalik setiap dugaan yang kita hadapi? Tidakkah anda rasa bersyukur diberi nikmat mengandung? Merasakan sendiri halus dan lembut tendangan2 kecil itu.. Ada orang yang tidak dapat merasakan nikmat ini walaupun sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Dan saya adalah salah seorang dari mereka yang tidak merasa nikmat itu.” Kata orang yang lebih arif itu.

Dan saat itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya.. Saya juga amat bersyukur dikurniakan suami yang setia menyayangi tanpa membezakan kasih sayang hanya atas dasar ‘kelainan” yang diklasifikasikan oleh seorang manusia yang lain.

Di suatu petang, sewaktu saya asyik memeluk dan mencium anak kecil itu, saya mengulangi ayat yang satu, “Sayang anak mama, sayang sangat2!” Hubby memerhati. Setelah beberapa ketika, dia bertanya, “Sayang Rayyan Ariff ke?” Tanpa ragu saya menjawab, “Mestilah sayang, nama pun anak!” Ada getar di hujung jawapan. Yea, saya cuba menahan rasa sebak. Hubby tersenyum puas.

Saya tau apa yang ada dibenaknya sewaktu soalan itu diajukan. Saya mengerti ketakutan yang dirasakannya. Saya pernah merasakan ketakutan yang sama. Saya sering merasakan ianya satu obligasi untuk saya menyayangi Rayyan Ariff. Hanya saya. Kerana saya takut orang lain tidak akan menyayangi dia, maka saya harus setia menyayangi. Bukan hanya orang lain, hatta dgn hubby sendiri, masih ada takut di hati, bimbang kasihnya akan pergi atas dasar ‘ketidaksempurnaan’. Dan dia juga bimbang tentang perkara yang sama. Takut saya tidak menyayangi. Kini, terbukti.. kasih sayang adalah sesuatu yang tidak bersyarat. Bukan hanya kami, Rayyan Ariff turut disayangi oleh ahli2 keluarga dan rakan-rakan kami yang lain. Semakin disayangi.

Sewaktu Rayyan Ariff masih di PMC, selepas beberapa siri pembedahan, dan kami dikhabarkan dgn satu lagi kemungkinan yang menakutkan, saya sekali lagi rasa terduga.. Dengan rasa ragu, saya bertanya mummy, “Betulkah keputusan saya melahirkan Rayyan Ariff andai takdir untuknya begitu kelam?” Bagai mendiamkan seorang anak kecil, mummy menjawab, “Jangan sesekali dikesalkan ketentuan Illahi. Allah lebih tau apa yang telah disusunkan olehNya”.

Saya akui, air mata ini sudah terlalu murah apabila membincangkan kisah anak kecil ini. Saya melalui tempoh kehamilan yang maha hebat dugaannya. Melalui proses kelahiran yang cukup mengharukan. Dan seterusnya, melalui proses berpantang yang memenatkan disulami debaran yang tidak berkesudahan. Saya tidak tahu dari mana kekuatan itu datang, mungkin dari orang-orang yang terdekat dengan saya.

Ada suara sumbang yang berkata, renunglah kehidupan kita dahulu. Pasti ada sebabnya tuhan menurunkan bala sedemikian. Walaupun kamu yang berkata itu tidak mungkin menbaca entry ini, tapi, sila ambil maklum bahawa: Pertama, kehadiran Rayyan Ariff bukan satu bala, dia adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Dia bukan sekadar bukti kekuasaan Allah, dia juga satu peringatan supaya kita terus mengingati Allah dan menginsafi kejadian diri. Kedua, kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari melakukan dosa. Samada dalam sedar atau tanpa kita sedari. Kita bukan maksum. Andainya episode duka ini dikira sebagai ‘bala’ atas dosa2 lalu, bagaimana pula dengan ustazah atau alim ulama yang diberi dugaan yang sama? Berdosa benarkah mereka? Bagaimana pula dengan mereka yang hidup dengan menggayakan cara hidup ala barat? Hanya kerana mereka tidak diberi dugaan yang sama, bolehkah kita simpulkan bahawa mereka TIDAK BERDOSA???? Tolonglah wahai manusia!!! Siapa kita untuk menentukan dosa pahala seseorang hamba Allah yang lain? Lihat ke dalam diri, tanya pada hati, bukalah minda kita.

Dan hari ini, saya merasa sangat bangga memiliki Rayyan Ariff. Satu nyawa yang pernah dikatakan akan hanya mampu bertahan 2/3 hari, yang pernah diberi pilihan untuk dibuang. Dan doctor yang merawatnya juga cukup gembira dengan perkembangannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Rayyan Ariff seakan menepis kemungkinan yang pernah diletakkan padanya. Dan dia, bisa duduk sebaris dengan anak2 yang seusia dengannya. Tiada kerumitan dalam menjaga, tiada kesusahan yang pernah suatu masa dulu kami jangkakan. Dia adalah anugerah terhebat. Pejuang yang tidak berhenti berjuang untuk mengecap nikmat hidup. Dialah hero di hati kami!!

Mungkin benar kata mummy, sesudah hujan pasti ada sinar matahari.. Dan kata seorang teman, saya seorang wanita yang cekal. Percayalah, saya hanya manusia biasa. Kalau anda berada di tempat saya, anda juga akan memaksa diri untuk terus bertahan.

P/s – Kepada yang membaca entri ini, tidak perlu menjawab di sini andai tidak mahu. Tapi, saya minta, tepuk dada tanya iman, tepuk dahi tanya minda.. Andai anda berada di tempat kami, apa yang bakal anda lakukan?? Sanggupkah anda membunuh wajah secomel ini?? Adakah kami telah membuat satu keputusan yang salah??




Wednesday, August 27, 2008

Tentang cinta..

Cinta yang membelai..
Menusuk ke dalam jiwa..
Melingkar setiap rongga..
Membawa rasa bahagia..

Lena dalam genggaman..

Renungan penuh tanda tanya..

Di situ damai bersemi..

Bila rasa selamat, tidur tetap lena..

Tuesday, August 26, 2008

Pada seorang bayi..

Saya asyik melihat mummy memberi susu kepada Rayyan Ariff. Seterusnya, meletakkan Rayyan ke bahunya untuk disendawakan. Selepas disendawakan, diturunkan Rayyan Ariff dan didakap erat. Halus sungguh sebuah kasih sayang.

“Best kan ade baby..” Saya bersuara dengan senyuman.
“Best.. Bau baby tu suci..” Jawab mummy.

Saya senyum lagi. Saya cukup suka bau yang ada pada seorang bayi.. Rasa gembira, rasa bahagia, rasa suka, terutama bila memasuki kamar yang dipenuhi bau Rayyan Ariff, baju yang berbau Nappi Kleen, bau minyak Yu Yee yang selalu membuat Rayyan Ariff bersin. Saya suka segalanya.

Rayyan Ariff sekarang dah makin pandai. If he’s not sleeping, he wants someone to be with him. Terjerit-jerit memanggil orang. He also loves his musical toy. He will stares at it and scream for someone to turn it on. Bila dah on, asyik je dia pandang. When it stopped, mula la terjerit2 panggil orang suh bunyikkan blk..

video

Dan pagi ini, Rayyan bercakap tanpa henti.. Saya angkat sekejap. Sekadar memenuhi syarat. Sewaktu ingin meletakkan dia kembali, dia memegang erat hujung tudung saya. Dengan berat hati, saya melangkah ke office..

P/s – hubby pn suka bau baby. Tapi bila baby wangi je, kalau tak, “Sayanggg.. Rayyan berakkkk!!!”. “Sayangggg.. Rayyan muntahhh!!!”

Not just a friend..

She’s not just a relative..
She’s not just a neighbor..
She’s not just a friend..
She’s a part of my childhood..

We’ve known each other since we were 4..
Being not just a playmate,
But a good friend indeed..
The three of us.. Cant be separated since then..
Went to the same school..
Being in the same class..

We used to play masak-masak..
We used to play ‘marah-marah sayang’
Still remember,
The day that we want to runaway from home..
She brought along with her some pisang goreng..
Some old cloths..
But we canceled everything..
Budak2 merajuk tak lama..
At the end, she got scolded for taking the old cloths out..
Heheheh..

Time really flies..
It feels like yesterday
She attended my wedding..
It feels like yesterday
She came to visit me at PMC
Wishing good things for our lil’ family..

On 16.08.08, it’s her turn..
I’m standing there, watching..
The bride and groom..
Sitting beautifully on the bridal dais..
Wearing a very nice songket bunga tabur..

And I realized,
Though our time together was long,
It was so short..

And maybe,
In just a few steps a way,
Me n hubby will be visiting the bride again..
At SJMC maybe..
To welcome Ninie Jr..
:P

The driver.. En.Hubby!

My mom, the bride's mom, and me..

My bro, mummy, the bride and me..

The bride and groom..


P/s – Saya still ingat, masa kecik2 dulu kami main masak2.. And Ninie ckp, “Kita takleh main beranak-beranak tau. Nanti beranak btul2.. Dh jadi tau.. Kat Penang, budak umur 10 tahun beranak sebab dia main beranak2..”

Dan saya mencebik “Elleh, btul ke??”

Ninie replied, “Betul. Chik saya cakap”

This conversation took place 17 years back, and now, I’m repeating the same question,

“Sungguh ko Ninie? Supo nipu jah..” Hehehhehe..

Saturday, August 23, 2008

Akhirnya..

Akhirnya, saya dapat mengawal hati dari melepaskan kemarahan pada Rayyan Ariff kerana berjaga dan menangis pada waktu malam. Siyan dia.. He did not do it on purpose. Rupanya perut Rayyan Ariff kembung. Bloated!

Tangisan ketidakselesaan itu buat saya mengerti, ini rupanya perasaan ingin bertukar tempat. Saya selalu mendengar, tapi kini sudah merasa. Tidak sanggup melihat tangisan kesakitan itu, ingin sekali bertukar tempat dengannya.. Biar saya yang menanggung rasa sakit itu.

Sudah beberapa kali disapu minyak angin, hasilnya tetap sama.. Ada apa2 idea tak??? Konon2 kena tukar feeding bottle, and we already did.

Mahal benda alah ni! Tapi takde kesan pun! Dah dekat sebulan pakai..

Friday, August 22, 2008

Sudah terasa kesannya..

Orang tua2 ni byk pantang larang.. Masa berpantang, pantang bebetul.. Kalau tak rasa sakit sekarang, dah umur 50 nanti terasa la.. Tapi bila anak tak duduk sama, bukan senang nk berpantang..

Kata mummy, “Takpe.. Kat spital tu ramai yang jaga Rayyan. Kita tu jaga diri baik2.. Kang kalo tak sihat, cam mn nk jaga anak?”

Ada kebenaran pada bicara ibu itu. Tapi rasa bimbang yang terbit dari hati seorang ibu juga mengatasi segalanya.. Hari ini dikhabarkan berita gembira, esoknya mungkin diusulkan perkhabaran duka. Hati hanya akan tenteram saat melihat wajah tenang Rayyan Ariff. Kerana itu, dikuatkan semangat untuk selalu pergi menjenguk putera hati..

Dan slps lebih 100 hari, kesannya mula terasa.. Belakang terasa sengal. Kaki terasa berat. Langkah terasa sempit. Pagi ahad nanti, ada appointment dgn makcik urut.. (Susah betul, nk urut pn kena wat appointment??!?.) Harap2, tiada lagi kesakitan selepas ini.. insyaAllah..

I end this entry with a video of Rayyan Ariff. Betul2 nangis ke, atau sj nk grab attention?? Ala2 tak bersungguh jer.. Hehehhe..

video

Thursday, August 21, 2008

Overweight??

Augt 20, just a routine check up.. 2 appmnts in 1 day.. Quite meletihkan.. And Rayyan Ariff is already 5kg.. And his height is wayyy further up than the graph line for his corrected age..

Dr.Yong is quite happy with Rayyan Ariff's development.. But he's slightly overweight.. Hahahhah.. Sangat puas hati.. Biar besar sket ek.. But Rayyan Ariff got serious colic problem. It has been 3 days he's throwing out everythng that he took. Takpe la.. Hopefully after dia ambik Dentinox, he'll be better..

When we were in the lift, somebody was looking at Rayyan Ariff and asked us, "Brp bulan ni? 3 ekk??".. And I replied proudly, "Yes!".. True enough. He's not really macam he was born premature. Alhamdulillah..

The next check up is, with Dr. Wong. He's ok with the development.. Then he sent Rayyan Ariff for an ultrasound. Although there're positive development, it is still too far from ****** (I dont want to repeat the term used by the doc!). Am I expecting too much?? No I'm not! I just want the best for my baby.. Hopefully he'll fully recover, soon. Prayer is always with you son..
.

The sleepy boy who weight 5kg..

Mummy and the miracle baby

Keep up the good work Rayyan Ariff!!

P/s - Akak P-nut, I read your entry about Fajar's baby.. Sampaikan salam pd dia.. InsyaAllah our babies will be perfectly fine! Rayyan Ariff himself went thru 4 operations. Hopefully, no more in the future.

Monday, August 18, 2008

Rayyan's Day Out..

From his birth date till today, Rayyan has only been at 2 places..
1. Bangsar - Pantai Medical Centre
2. Ampang - Rumah kami..

Last week, we noticed that there's something under Rayyan's armpit. I quickly rang NICU and asked them what it is. The sister told us that it could be a cyst since it's not red or boil. There's no fever and he didnt cry when we touch it. So, we took him to PMC the next morning..

Alhamdulillah.. It's just a swollen lymph node from his last BCG injection. Since we're not in a rush, we went to NICU.. Just to see the sisters who used to take care of Rayyan and babies who used to be Rayyan's frens..

Dah ramai yang xde.. Tp dapat jumpa Aiman.. He's going home that day.. Congrats Kak Azwa coz finally gt to bring him home..
.
Rayyan with his premie fren; Aiman Nabil

(Mind the two frens, premie babies mmg kepala panjang sket okie!!)

Aiman is really brave.. He's quite a fighter.. He was born 3 days after Rayyan with weight at birth that is less than 1kg @ 28 weeks. Being a very brave young boy, he now weight 1.9kg and it's time to go home!!!

Dalam debaran yang sama..

Going thru difficult time..
Make me feel closer to Allah..

Feeling so scared..
Facing enemies that I couldn’t see..
Waiting intolerantly in nervousness..

The tears in the eyes..
The sadness on the face..
The pain that won’t disappear..

How I wish..
I could stop the time..
Just to make sure..
Everything won’t change!

Should I cry?
No, I’m not going to!
I’m a believer..

Thursday, August 14, 2008

Could it be a sign..

Terasa dalam dilema.. Terasa sesak utk bernafas.. Terasa tersekat utk bercakap.. Everytime I look at Rayyan’s face, I feel so guilty for not being with him all the time.. I know that this point of time is the most crucial time for his development, so, I need to spend as much time as possible to stimulate him..

Kata seorang teman, “Ala.. kerjaya pun penting, kita keje pun utk anak jgk.. Bukan org lain pn..” Yes, definitely.. Tapi, apa guna duit kalau hati tak tenteram and terus dihantui rasa bersalah.. Maybe I should take unpaid leave for a month or two (or maybe three.. hehehhe). But, looking at my dept workload at the moment, rasa tak sampai hati jugak.. I wonder whether I can find any other word than ‘Thank you’ to show how grateful I am that I have my boss as a boss and my colleagues as my colleagues.. Most importantly, my company who’s paying for the medical bill..

I don’t believe in horoscope because I know that Allah SWT is always with hamba-hambaNya yang sabar.. But just now, I read this somewhere..

Libra; If you really want to connect with someone, then skip the small talk and go deep.”

Walaupun x applicable sgt, tp applying this to my situation, Rayyan la orgnya.. Hehehhe.. Could it be a sign? Tak pernah2 plak baca, tp hari ni tertengok di saat2 jiwa kacau ni.. Hmm.. Macam mn ek??

Tuesday, August 12, 2008

Sudah tiga bulan..

Sudah tiga bulan usia Rayyan Ariff..
Sudah tiga bulan saya bergelar mama..
Sudah tiga bulan saya berpantang makan..
Sudah tiga bulan tidur saya tidak selena dulu..


Tapi serasa,
Baru semalam kami shopping barang2 wedding..
Baru semalam kami bersanding di pelaminan..
Baru semalam kami dikhabarkan doktor; bakal menerima orang baru..
Juga serasa,
Baru semalam kami shopping barang2 baby..
Baru semalam kami menerima perkhabaran duka..
Baru semalam kami menitiskan air mata syahdu menyambut kehadiran Rayyan..
Baru semalam saya menyaksikan hubby mengazankan Rayyan..
Baru semalam saya meratap sedih..





Dan hari ini,
Rayyan semakin aktif..
Rayyan semakin sihat..
Rayyan semakin tembam..
Rayyan semakin disayangi..

Walau masa depan masih kabur, walau perjalanan masih jauh, terima kasih Tuhan..

P/s - Rayyan sudah 4.4kg.. Dgn corrected age of 1 month, Rayyan Ariff agak besar bagi premature baby..

Monday, August 4, 2008

Sudah lama..

Walaupun masih berkasih sayang, walaupun masih pujuk memujuk, tapi serasakan sudah lama kami tidak 'bercinta'.. Hanya kami.. Dengan itu, kata hubby, ada 3 destinasi.. Dan saya harus memilih.. yang lain ditanggung beres..
Duta Puri Island Resort, Pulau Kapas
Duta Hacienda Riveria Resort, PD
atau..

Hyatt Regency Kuantan Resort..

Dan saya tekad memilih..

BALI!

P/s - Tapi tarikhnya serasa masih jauh.. Kata mummy, tunggu la Rayyan besar2 sket.. Kalo dlm M'sia bleh la.. Oh, saya tidak dapat membuat pilihan..

Saturday, August 2, 2008

Going back to work..

I'm going back to work this monday. Rasa malas sangat2.. After 2 months n a half of break, mmg xde hati nk ngadap keje.. Yang paling penting, rasa sayang nk tggl Rayyan.. When we took him home, berat dia 2.4kg jer.. Dan dengan bangganya, saya yang x pernah ade pengalaman ini telah berjaya menjaga Rayyan, sepenuhnya..(of course dgn bantuan hubby bila dia bercuti dan hari minggu.. hehheeh.. my mom dh blk masa Rayyan blk from hospital..). Sekarang, Rayyan sudah 4kg.. Dan mummy akan mengambilalih tugas menjaga Rayyan untuk sebulan.. (terima kasih mummy, kerana sudi dtg from KB demi Rayyan.. dulu dtg coz jaga mama Rayyan masa berpantang.. Memang tak terbalas).

Pipi saya sudah tembam.. Hehehe..
Age : 2 months & 3 weeks
Corrected age : 23 days old

Actually, saya sebenarnya dalam dilema.. When you guys went back to work, tinggalkan baby dgn sape ek? I dont know bout u guys, but I feel like semua orang (except my mom) cam x layak jaga Rayyan.. Takut ade kurang.. Maybe if he's not a premature baby I wont feel this way.. Most of the time, it took him about one hour to finish 4oz of milk. Kalau lambat sangat, takut org x sabar n terus stop.. Mama dia, sampai cramp leher pn sanggup coz nk bagi Rayyan besar.. Rayyan pun jarang menangis walau pun lapar.. Hanya merengek.. (Mn la tau, nnt babysitter dia wat x kesah sgt since dia x nangis..)

Ambik maid? Well, I dont think that it is a good idea to leave him with the maid alone. Bleh caya ke? Baik bagi babysitter yang kita dah pilih.. Tapi bleh ke?? My mom ade mention nk bwk blk KB and jaga dia kat sana.. Memang la kitorg leh blk 2 mgg skali.. Tp honestly, x sanggup nk berpisah dgn Rayyan.. Even if it is for his own good.. (Pegi JJ kejap pn dh rasa guilty giler).. My MIL pun sanggup nk jaga Rayyan n bagi kitorang bwk blk seminggu sekali.. Walaupun Rawang x sejauh KB, still xnk berpisah dgn Rayyan! Nk ulang-alik KL to Rawang, mesti penat kan? Ntah la.. Kalau dh xde jalan, I'll take unpaid leave la.. (I knw my boss wll understand..).
.
Ade sape2 bleh bg idea tak? It's not that I'm too mengada-ngada sampai isu ni pun jd besar.. I just dont want to leave Rayyan in a wrong hand. Huh, susah betul.. My PIL even said that he wll never forgive us if we leave Rayyan kat nursery or rumah org.. Biar la dulu.. I'll think about it when the time comes. Skrg, biar mummy jaga dulu..
.
Went to JJ Balakong with my bro ptg td, World of Cartoons ade sale.. 50% lak tu.. So korang, serbu jgn x serbu.. Mmg rambang mata.. Tunggu hubby blk ni.. Definitely have to go again, shopping baju raya for Rayyan.. Dalam2 kalut nk blk awal, sempat grab a few things for him.. Yang paling puas hati..

Tenderly Infant shoes

Looney Tunes white jeans..

Handsome laa Rayyan raya nanti! Hehehhe.. 1st time blk KB, image kena jaga Ian! (Sebenarnya mama yang terlebih nk blk KB, eventhough ths year turn Rawang.. Xpe, hutang dulu.. Lain tahun bayar yea hubby tersayang.. hehehhe..)


Sweet Rayyan in Sweet Cherry car seat cum carrier.. The problem is, Rayyan xnk duduk dlm benda alah ni.. This photo was taken when I trained him to sit in it.. X smpi 5min dh menangis nk kuar.. Ade idea tak camne nk make him sit in this thing?? Jauh ni nk blk KB raya nanti.. Huhuhu.. xkan nk pangku.. Gi Pantai Medical Centre bleh la..


P/s - Saya bukan mengada2 smpi xnk tggl anak nk gi keje.. Cuma x smpi hati.. Saya pernah hampir kehilangannya, kerana itu, sebolehnya, saya ingin meluangkan masa saya untuk bersamanya..