Tuesday, March 31, 2009

Pencarian..

Malam sabtu, sewaktu ramai bersedia untuk Earth Hour dan memilih bergelap di rumah, kami ke Carrefour untuk membeli barang dapur.
.
Hubby berkeras mahu membawa Ian bersama. Mulanya, saya agak keberatan.. Ian sudah mengantuk. Ada baiknya dibiarkan dia tidur dengan nyaman di rumah, bersama bibik. Melihat kesungguhan hubby, saya mengalah..
.
Aktiviti membeli-belah bermula. Setibanya kami di bahagian menjual peralatan bayi, saya teringat tentang walker. Sebetulnya, sudah sekian lama saya memikirkan untuk membeli walker untuk Ian. Saya tahu ia bertentangan dengan prinsip asal saya. Selagi bayi tidak boleh merangkak, jangan diajar dengan walker. Tapi kali ini saya nekad.
.
Sebetulnya, Ian tidak mahu berdiri. Bukan dia tidak mampu. Lututnya keras, kakinya juga keras. Tapi dia seakan-akan geli. Setiap kali kakinya mencecah tanah, dia akan segera menariknya ke atas. Sekarang kami sering menggosokkan kakinya dengan pelbagai tekstur untuk melatih deria sensory Ian.
.
Ian sudah mengantuk yang amat. Tahannya hanya sekejap, selepas itu, meraung kerana mahu tidur.. :P
.
Pinggang Ian sudah agak keras apabila diletakkan di dalam posisi duduk. Kerana itu, saya mahu meletakkan dia di dalam walker. Agar dia cuba berdiri supaya kakinya tidak kaku.. Lagi pun, untuk bayi seperti Ian, kami tidak boleh mengikut urutan perkembangan bayi biasa yang bermula dengan meniarap-merangkak-berjalan. Kalau dibiarkan terlalu lama, khuatir kakinya akan keras dan akhirnya memerlukan dia memakai alat khas. Mintak dijauhkan..
.
Saya jatuh cinta dengan yang ini, Sweet Cherry :-
Atau yang ini.. Masalahnya, mereka tidak menjual secara online. Mahu ke JJ, tapi entah bila akan sampai.. Asyik sibuk sahaja.. =(
.
Kalau yang ini pun cantik juga.. MyDear :-
.
P/s - Masih mencari walker yang sesuai.. Buntu..

Monday, March 30, 2009

My brain injured child..

Hahhaha.. Title ala2 MommyLyna : "fahry anakku yg kurang upaya"..
.
Well, this time, I'm going to talk about Ian's test results.. I know it's long overdue.. I just couldn't find the time to do it.. I wish I'm a SAHM.. =(
.
From the EEG test, we found out the followings:-
  1. Confirmed. Ian ada seizures. Tapi sejujurnya, kami sendiri tidak tahu bagaimana.. Seizures can come in so many ways. Tak semestinya sawan mata terbeliak ke atas yang kita biasa tengok.. It could be a sudden silence, sudden cry and even sudden drooling.. Or, certain weird movements.. Ian has this habit of geleng-geleng kepala. Especially kalau dia tgk kita buat. At first, we thought that this is his seizures. Luckily, he did it in front of the Dr. But Dr. Sofiah said it's not seizures. He was much awake when he did it. Siap senyum2 lagi.. It's his habit. So, till now, we still don't know in what form does Ian's seizures happen.
  2. His brain wave is imbalance for his left brain and right brain. Read : Left brain's ability is higher than the right one.
  3. He has developmental delay - Nothing new bout this kan? He is expected to be since he's in mama's womb lagi.. =)
  4. Physically, it's not that bad.
And for the BAEP test, we don't put high hope because of certain things that turned the alarm on.. As long as there is something, it's enough for us. We have yet to receive the report. We should get it by wednesday or maybe later than that.. But as per the non-official result :
  1. Ian's right ear is better than the left one
  2. But the thing is, even his right ear shows only minimum response to sounds.. So, do your own math! :P
Well, minimum is better than nothing.. Kalau ada rezeki, nanti bolehlah pakai hearing aid.. =)
.

My-fair-skin-with-curly-hair-brain-injured-baby

If you think the above is not good, well, think again! Kami memang bersyukur sangat2.. Dulu, kami diberitakan anak yang kami nantikan tidak akan lebih dari sebatang sayur, tidak dapat berfikir, melihat, mendengar, hatta bergerak sekali pun. Dan hari ini, dia buktikan itu semua tidak benar.

Yes he has seizures. But it's just a mild one. Currently, he's on Epilim. Hopefully, when the time comes, everything will dissappear. Adik lelaki saya dahulu pun ada sawan. Bila ia menyerang, badannya menggigil, mulutnya berbuih.. Dan saya saksikan wajah mommy yang ketakutan setiap kali ia terjadi. Gelombang otaknya juga tidak seimbang. Kata Dr. kesan jatuh atau pun hentakkan yang kuat di kepala. Dia memang pernah jatuh dan terhantuk dengan kuat sewaktu berusia 4 tahun, sedang dia bermain di rumah moyang kami. Kesannya, dia muntah-muntah dan kepalanya bengkak.

Tapi seizures hanya bermula sewaktu dia berusia 5 tahun. Selama 6 tahun dia mengambil pil Epilim. Pernah dia mengeluh, "Kenapa orang lain tak payah makan ubat tapi Jek kena makan?" Payah untuk mommy menerangkan. Itu belum dikira dengan larangan bersukan yang dikenakan ke atas Jek. Mommy dan abah terpaksa. Bimbang takut Jek jatuh lagi. Susahkan untuk diterangkan kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, Jek bersukan juga secara curi-curi. Sepak takraw. Cuba bayangkan apabila dia menanduk bola.. Bila abah tahu, teruk Jek dimarahi. Dia juga tidak dapat ke pertandingan negeri yang berlangsung esoknya. Dari segi pembelajaran, dia juga dikategorikan sebagai pelajar yang lemah. Warna merah sudah menjadi kebiasaan di dalam buku laporannya.

Jek pulih sepenuhnya pada usia 11 tahun. Bekalan ubat juga terhenti di situ. Tahu apa keputusan UPSRnya? 5A. Diterima memasuki MRSM dan sekarang di UiTM menyambung pelajaran di dalam bidang kejuruteraan. Siapa sangka bukan? InsyaAllah, Ian juga akan begitu setelah dia pulih nanti.. Lagipun, Ian only has mild seizures compared to Jek who was pretty bad. If Jek's imbalance brain wave can be corrected, Ian pun mesti boleh.. =)

Ayah Chik a.k.a Jek..

Developmental delay? Well, it is expected if you look at his CT scan result. He may not have brain tissues like what we have, but luckily, all the tissues that he has is working well. He's delayed by 2 months. Hanya 2 bulan. Itu terlalu jauh kalau hendak dibandingkan dengan terencat akal seperti yang dijangkakan suatu masa dahulu.. Nampaknya, Ian will be two months younger than his age.. :P

Selebihnya, dia perlu banyak stimulasi. "He's brain tissues are ok although with the fact that it's totally different from us. If you can make the available brain tissues to work double or triple time, it should be good.." Itu kata doktor. Alhamdulillah..

Kalau bulan lepas, ukurlilit kepala Ian berada di bawah garisan graf yang sepatutnya.. Doktor sedikit risau. Bimbang sekiranya tiada pertumbuhan sel otak yang berlaku kerana tiada pembesaran saiz pada kepala. Pada saya, ia bukan sesuatu yang membimbangkan. Kepala Ian panjang dan flat. Tentu sekali ukurannya tidak tepat. Tapi untuk bulan ini, ukurlilitnya sudah kembali berada pada titik yang sepatutnya pada graf tersebut. Betulkan kata mama, sel otak Ian sedang berkembang! Sekali lagi, syukur Alhamdulillah..

Dari segi fizikal, he's not doing so bad. "Kalau awak betul2 ikut exercise dan terapi yang diajar, within a month, he can sit on his own. Even now, ada 'daya' yang dia berikan. Bukan semata-mata bergantung pada kita." Kata Doktor. Sekali lagi, Alhamdulillah..

Yang lebih menggembirakan, 3 doktor meletakkan sasaran yang sama. Kalau rajin sebulan, kalau malas, mungkin 3 bulan.. Paling menggembirakan, "Kalau diperhatikan pada body tone Rayyan, he should be able to walk by year end. But of course, with non-stop exercise.." InsyaAllah doktor.. Dengan izinNya..

Hearing? "Continue to do the stimulation, InsyaAllah his brain will react better.." Pernah terbaca di satu blog, anaknya disahkan menghidap cortical blindness di samping brain injury yang serius. Tapi si ibu tidak pernah putus asa.. Stimulasi dilakukan tanpa jemu.. Sekarang, anak itu berusia setahun 7 bulan.. Dan mata kanannya dapat melihat dengan penglihatan bagi bayi berusia 3 bulan.. Miracle bukan? Itulah pentingnya berfikiran positif.. Mungkin lama-kelamaan penglihatannya akan semakin baik. Begitu juga untuk mata kirinya nanti.. Mama tahu, kalau dia boleh, Ian pasti boleh! Ian anak yang kuat bukan? InsyaAllah..

P/s - Mintak kawan2 sama2 doakan Ian yea.. =) Pada kami ibubapa kepada anak istimewa, selain dari anak itu sendiri, harapan yang diberikan lah yang menjadi penyuntik semangat untuk terus berjuang..

Conversation I had with Jek last nite,

Jek : Jek dah agak dah Ian macam Jek dulu, tapi mommy kata bukan.

Saya : Sama la.. Cuma penyebab tu yang lain..

Jek : So, Ian ni lembab la ek??

Saya : Nanti dulu.. Nah tgk, this is his brain tissues, the rest is you-know-what..

Jek : Yang mana tissue kak?

Saya : Yang ni la..

Jek : EHH.. Biar benar???? Kalau macam tu, Ian ni bijak la.. Genius!

Saya : Hehehe.. I told you he's a miracle!

Sunday, March 29, 2009

My sunday..

Last sunday, I still had bad cough and sore throat. So I asked hubby to bring me to Klinik Segara in Taman Dagang. Since Ampang Point is just nearby, might as well we go there and pick a few things for Ian. And we did. *wink*wink*
.
At Mom's Care, nothing much attracted me this time . I just bought 2 sleepsuits, a pair of shoes and rattles.
.
Next, I went to Popular Book Store. Bought 2 things for Ian; Nursery Rhymes and flash cards.Hmm.. Definitely not what I want. I wish I had really look at it before I bought it. The nursery rhymes comes with a free audio CD. It consists of 8 pocket size hard cover books and placed in 2 small book shelves shaped box. Most importantly, it's for preschool students. Hehhhe.. Salah beli. Malu.. Malu..
.
And the flash cards, I don't think this one is suitable for Ian at this moment. It's too advance. Nevermind.. I can use it later. Ok, no more shopping after this. I've ordered 3 sets of G.Doman Flash cards.. The cost is about RM1k if I'm not mistaken.. Huhuhu.. Kering poket demi anak..
.
I also bought a pair of Baby Kiko jeans for only RM29.90, which is half of the normal price. Same goes to Anakku T-shirt.. only RM27.90, 10% off.. Boleh jadi gila kalau byk sangat sale.. :P
.
Then only we went to Klinik Segara. Ian and ayah were in the car. It was very hot outside since it's 12pm. I had to wait for quite some times since there was only one doctor and another staff. After a while, it's my turn.. When I was with the Dr, I heard a very loud cry outside.
.
It was an emergency case. One boy felt onto the ground when he was riding a motorbike with his father. The Dr. asked me to wait again since that one is emergency. Ok.. I'm fine with that. Of course I can't compare my cough with that boy swollen forehead.. ;P
.
After a while, the Dr. came back. She wrote a referral letter for the boy. She asked the father to bring the boy to the hospital asap for detail check up.
.
Then of course, my episode of waiting continues.
.
I was at the counter when the boy, together with his father and his sister left. And guess what? They're still riding the motorcycle.. And again, without helmets for both 5 years old boys and 3 years old girl..
.
When I went to hubby's car at about 1.30pm.. I saw hubby and Ian both sleeping soundly.. Hubby tido ternganga, Ian tido terkangkang atas riba hubby.. Hehehhe.. So cute.. Tp syg, lupa nak amik gambar.. :P
.

Ian in his new sleepsuits.. With Bibik..
.

P/s - Mungkin bukan semua orang mampu beli kereta.. Tp at least, pakaikan la helmet kat anak2 tu.. Tak faham sungguh..
Sekarang, still batuk2.. Tp the best part is, Ian dah ok.. =)

Saturday, March 28, 2009

Ujian lagi

2 tests in a week..
EEG Test
.
An electroencephalogram (EEG) is a test that measures and records the electrical activity of your brain. Special sensors (electrodes) are attached to your head and hooked by wires to a computer. The computer records your brain's electrical activity on the screen or on paper as wavy lines. Certain conditions, such as seizures, can be seen by the changes in the normal pattern of the brain's electrical activity.
.
Why It Is Done?
An electroencephalogram (EEG) may be done to:
  1. Diagnose epilepsy and see what type of seizures are occurring. EEG is the most useful and important test in confirming a diagnosis of epilepsy.
  2. Check for problems with loss of consciousness or dementia.
  3. Help find out a person's chance of recovery after a change in consciousness.
  4. Find out if a person who is in a coma is brain-dead.
  5. Study sleep disorders, such as narcolepsy.
  6. Watch brain activity while a person is receiving general anesthesia during brain surgery.
  7. Help find out if a person has a physical problem (problems in the brain, spinal cord, or nervous system) or a mental health problem.

*Sources : http://www.webmd.com/epilepsy/electroencephalogram-eeg-21508

Sleepy.. Mama busy snap photo smpi lupa nak pegang tangan Ian

Rasuah dengan handphone.. His favourite gadget

Another test done.

BAEP Test

Brainstem auditory evoked potential (BAEP) tests evaluate how the nervous system, specifically the brainstem, responds to specific sounds. BAEP tests are used to evaluate acoustic neuromas, brain stem tumors, hearing disorders, coma, brain death, and demyelinating diseases. They are also used to evaluate hearing loss in infants, small children, and other patients unable to give voluntary subjective responses to traditional hearing tests.

During a BAEP test, two electrodes are attached to the patient's scalp, and one is attached to each earlobe. Ear phones placed over the patient's ears deliver a series of tones or clicks to each ear separately. The electrodes record hundreds, sometimes thousands, of electrical responses from the patient's brainstem, and these responses are recorded by a special computer for interpretation by a physician.

*Sources : http://www.snowcanyonclinic.com/SUNN/baep.html

For this test, they have to sedate the baby. Luckily, Ian was asleep when we started.. So, no need to drug him..

Lights off. Put a head phone on the baby.. Good nite..

Results for both test? Not too good and not too bad.. It's ok.. We can handle the not-too-good part as long as there're hope with us.. And there are! =)

P/s - Rambut dah la lebat.. Siyan nak lekat all those wire.. Bila tarik, muka Ian selebet je..

Wednesday, March 25, 2009

Yang menjadi perhatian..

Semalam hari yang penuh cabaran. Dari pagi menjelang ke malam. Tapi syukurlah Allah SWT mempermudahkan segalanya walaupun rintangan bukan sedikit. Kami bertolak ke SJMC lebih kurang jam 815am. Hujan selebat-lebatnya. Beberapa tempat mula dinaiki air. Tidaklah sedalam mana, tapi cukup menggusarkan kerana kereta hubby memang lowered habis. Bahagian hadapan, kalau diukur dengan jari, jarak tidak sampai sejengkal antara tanah dan bumper. Melawa la konon..
.
Sewaktu di MRR2, hubby meredah kawasan ditenggelami air yang agak tinggi. Sudahnya, kereta tersadai, tidak dapat bergerak. Saya sudah mahu menangis. Geram kerana tersangkut di tengah jalan yang seterusnya akan mengakibatkan kami terlewat dan marah kerana kondisi kereta yang tidak sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga!
.
20min berlalu. Masih menanti mekanik datang. Saya sudah putus asa dan hanya berserah kepadaNya. Alhamdulillah.. Allah SWT menghantar seseorang untuk menolong. Paklang dalam perjalanan pulang ke Ipoh. Dengan bantuannya dan dua orang penunggang motosikal, kereta berjaya di tolak ke tepi.
.
"Kamu nak ke mana ni Min? Dengan anak kecik ni?
"SJMC Paklang. Check up Rayyan."
"Kalau macam tu, biar Paklang antar la.. Meh Jiey, naik kete Paklang."
Saya mengikut dari belakang dengan dipayungi hubby.
"Nanti kete dah ok abang pegi yea.. Careful!"
.
Sepanjang perjalanan, saya sibuk bercerita dengan Maklang. Saya sangat2 berterima kasih. Kalau tidak, segalanya pasti terbatal. Untuk menukar ke tarikh lain, pasti lagi dua minggu. Syukurlah..
.
Tiba di SJMC jam 1015am. Bayangkan, dengan dua beg dan seorang bayi - 1 berisi botol2 susu, milk dispenser, nestum yang sudah dimasukkan ke dalam bekas kecil per serving, flask air dan pacifier extra. Dan satu lagi beg terisi diapers, baju persalinan, towel, baby wipes dan toiletteries Ian. Terkial-kial saya dibuatnya. Menyesal kerana tidak membawa bibik bersama.
.
Saya tergesa-gesa ke Klinik Dr. Tunku di tingkat 7, pakar rehab. Sewaktu mendaftar, kakitangan di kaunter pendaftaran memberikan pandangan simpati melihat saya yang kelam kabut mencari kad temujanji dan GL. "Suami kat tempat parking yea kak?".. "Err.. I'm alone with the baby today, and of course, without a stroller!" Saya letak beg di kaki dan dudukkan Ian di atas kaunter pendaftaran. Dia menarik perhatian beberapa kakitangan di situ. Mereka menegur-negur Ian.
.
Selesai pendaftaran, saya terus ke bilik Dr. Tunku. Mengambil nombor giliran. "Adik, akak ada appoinment untuk EEG test, boleh tak kalau akak ke sana dahulu?" "Boleh kak, nanti kita call akak yea.."
.
Saya turun ke tingkat satu. Di dalam lif, sekali lagi Ian menarik perhatian pengunjung di situ. "Wahh.. Lambut manyak cantek woo.." "Apa cantik Auntie? Ini kerinting la.. Taktau mana dia dapat ni.. Dulu elok je straight.." "Bagut la itu macam.. Manyak lebat.. Wahhh.. You tengok, dia sudah mau cakap la.." Wanita cina separuh usia itu masih menambah.
.
Di tingkat satu, saya terus ke Pusat Diagnostik. Selepas saya hulurkan kad temujanji dan GL, saya dudukkan Ian di atas kerusi bertentangan dengan kaunter pendaftaran. "Sit Ian.. Sit still. Don't move. Mama tired. Mama alone. So many things Mama needs to carry.." Ian diam tanpa bergerak. Hanya mengukir senyum di bibir.. Manis sungguh. Saya terdengar tawa kecil di belakang. Terus menoleh. Empat orang kakitangan SJMC berdiri di kaunter sambil memerhatikan Ian. Ada tawa kecil bersama mereka.. "Eiii.. Sweetnya.. Dia dengar kata la.. Tak bergerak langsung.." Yang lain menyampuk, "Ala.. Comelnya.. Geramnya.." Dan suara lain pula, "Tengok, tengok, dia sleepy.. Hahhaha.." Memang tidur Ian terganggu sedari pagi..
.
"Kak, ujian ni 3 jam yea.. depends on baby. Kalau cepat dia tidur, cepat la.."
"Alamak dik, akak ada appoinment dengan Dr. Tunku."
"Klinik Dr. Tunku ada pagi jer. Kalau akak nak gi jumpa dia dulu, kita cancel la test ni.. Buat some other date."
"Tapi date, akak dah set appoinment dgn Dr. Sofiah petang ni. Takpe la.. Buat yang ni dulu.. Akak re-schedule dengan Dr. Tunku."
.
Kami dibawa masuk ke bilik untuk ujian EGG. Selesai melekatkan wayar-wayar kecil itu pada kepala dan dada Rayyan, ujian dimulakan. Lebih kurang jam 11am, hubby sampai. Saya meminta hubby menganbilalih tugas menjaga Ian. Semua barang yang berada di dalam beg pakaian Ian saya alihkan ke dalam bakul stroller. Beg dibiarkan kosong. Saya bergegas ke bilik air dengan beg-beg Ian. Nestum Ian tumpah! Satu persatu botol susu saya bersihkan. Segala-gala yang ada di dalamnya terpaksa dicuci dan dikeringkan. Penat! Sungguh penat! Saya turun ke Ground Floor dan membeli beberapa makanan bayi, Heinz dan Gerber.
.
Sesudah itu, saya naik ke atas dan menyuap makanan untuk Ian. Seterusnya memberi dia susu. Penat sekali! Ian mengantuk, tapi dia tidak dapat lena kerana tidak dapat menggaru rambutnya seperti kelaziman yang dia lakukan bila hendak tidur. Beberapa kali tangannya kami tarik dan pegang, tidak mahu dia menarik segala wayar yang melekat di kepalanya.
.
Akhirnya Rayyan terlena. Untuk beberapa ketika sebelum saya diarahkan mengejutkan dia kembali. Ujian selesai pada jam 12.45pm. Bahagian yang paling susah, untuk menanggalkan wayar yang sudah disapukan gel itu. Muka Ian berkerut-kerut seakan menahan sakit. Tentulah, rambutnya di tarik-tarik. Akhirnya, tangisan terhambur jua apabila wayar berpelekat di dada di tarik. Kulitnya turut tertarik. Kasihannn.. Saya tenangkan dia dengan pacifiernya.. Syahdu sungguh tangisan Ian waktu itu.
.
"Nanti, sblm jumpa Dr. Sofiah, turun balik ambik result yea.."
"Ok"
.
Kami berlari ke tingkat 7. Klinik Dr. Tunku akan ditutup pada jam 1pm. Alhamdulillah.. Masih sempat. Malahan kami terpaksa menunggu seorang lagi pesakit yang masih berada di dalam. Perjumpaan dengan Dr. Tunku berjalan lancar. Comel sungguh aksi-aksi Ian. Rugi kerana ayah tidak mengabadi momen-momen itu sedang saya sibuk bercerita dengan Dr. Yang paling comel, sewaktu Dr. meletakkan Ian di dalam sitting position. Dia bertahan untuk beberapa saat sebelum terjatuh. Sengih tidak lekang dari mulut kecilnya.. Dr. tertawa melihat gelagatnya. Untuk ujian kali kedua, Dr. tidak sempat memegang Ian membuatkan dia terhantuk pada dinding simen. Tidaklah begitu kuat namun jelas di wajahnya dia terperanjat. Kami menanti reaksi seterusnya. Hampir menangis. Melihat kami khusyuk memandangnya, Ian menghadiahkan senyuman lebar. Kami tertawa beramai-ramai.
.


Bayi yang terlena kepenatan.

Temujanji seterusnya, hari khamis minggu hadapan. Sesi physiotherapy. Seterusnya saya ke tingkat satu untuk mengambil keputusan ujian EGG. Hubby menolak stroller ke kafe. Lapar sekali. Dari pagi tidak menjamah apa-apa. "Abang order la dulu, nak suap Ian makan dulu." Setelah Ian terlena, saya menyertai hubby menjamu selera.

Terus ke klinik Dr. Sofiah di tingkat 2. Dari jam dua menunggu walaupun maklum klinik hanya akan dibuka pada jam 2 setengah. Hubby ke surau untuk solat. Saya hanya berlegar-legar di situ. Tidur Ian sekali lagi terganggu kerana mereka mahu mengukur beratnya. 7.77kg. Tidak jauh beza dari dahulu. Tapi ok la.. Ian sudah sebulan lebih tidak betul2 sihat. Saya ambil kesempatan menukar diaper dan baju yang sudah comot. Basuh mukanya agar dia lebih segar.

Jam 3 lebih, kami masuk ke bilik Dr. Sofiah. Dia membacakan keputusan EGG. Tidak sepenuhnya berita baik. Ada berita buruk yang terselit. Tapi kali ini, kami tidak kecewa lagi kerana kami sudah bersedia dengan yang terburuk kerana perjumpaan 2 minggu lalu. Selagi ada harapan, itu sudah memadai.

Sesudah itu, kami ke kaunter ubat di Ground Floor. Saya sempat berkenalan dengan ibu kanak-kanak istimewa. Sungguh kuat dirinya. Anaknya sudah berusia 8 tahun namun belum mapu berjalan dan bercakap. Makannya juga hanya bubur. Tanpa diketahui punca dan sebabnya.

Jam 420. Kami bergerak meninggalkan SJMC. Sekali lagi terduga, kereta buat onar lagi. Tahankan juga. Memandu sehingga pusat servis kereta yang berhampiran..

"Aiyooo.. Ini tempat suda campur air.. Kena tukar la ini."

"Saya tau tokei. Tadi pagi masuk air.. Banjir maa.." Jawab hubby, saya tidak tahu apa yang perlu ditukar. Saya tidak kisah, saya tidak heran! Mokcik panas ok! Mokcik penat! Nasib baik mokcik tak lari balik naik cab! Ian tertidur.. Kepenatan. Malamnya juga, jam 930 Ian sudah tido.

Sudahnya, jam 715pm kami tiba dirumah. Satu hari yang panjang. Satu hari yang mencabar dan satu hari yang memenatkan!!


"Ini girl ke boy?"

"Boy kak. Nape?"

"La.. Ingat girl tadi.. Bulu mata panjang, lentik plak tu.. Mulut kecik jer..

P/s - Ian mungkin tidak secomel bayi tipikal yang lain dan tentunya tidak layak menyertai pertandingan bayi comel, tapi Ian comel kerana dia anak saya. Dia comel di mata saya! Sangat comel ok! Noktah.

"Err.. Abang tak sedih ke bila Dr. Sofiah bgtau tadi? Abang tak risau?" Sekadar menduga..

"Ini kompromi namanya. Bila ada satu yang baik pun abang dah syukur sangat2. Biarlah yang lain itu. Bukan tiada harapan langsung, kita cubalah lagi. Adik tak ingat ke di mana kita semua bermula?" Kata hubby sambil mencium Rayyan bertalu-talu. "You're such a strong boy!"

Nanti saya kongsikan di entry seterusnya yea.. :P

Tuesday, March 24, 2009

Dan terus menangis lagi..


Untuk kesekian kalinya, air mata ini tertumpah lagi untukmu anakku. Bezanya kali ini, ia air mata kegembiraan, air mata kesyukuran.. Mama bangga melahirkan dirimu nak.. Mama bangga menjadi ibu kepada seorang pejuang kecil yang bersemangat waja.
.
Terima kasih tuhan. Syukur Alhamdulillah..
.

Tidurlah cinta.. - Diagnostic Centre, SJMC

.
P/s - Jadual harian mungkin akan lebih padat. Tapi mama gembira dgn harapan yang diberikan. Bersama kita menyulam impian agar menjadi satu kenyataan.. Aminnn..

Monday, March 23, 2009

Award? Hebatkah anda sebagai ibu?


Award ni dpt from Ibu_Arifa. Layak ke? Takde AFUNDI apa2 pun, tetiba menang, macam mana nih? Lawak gak main award2 nih.. Rasa cam artis plak (kalau saya artis, saya adalah Dina Malaysian Idol kot.. Sbb saya montel dan comel) Hehhehe..

Kita tambah sket yea :

Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

There's a lot of things that makes me feel awful about being a mother to Rayyan Ariff. The ultimate is, the day I regret that I didn't terminate the pregnancy and my desicion to give birth to him.

Yes peeps, I've felt that way before. Yes, you can call me whatever you want, but it wont change the fact that I've felt that before. When the Dr. told me that he will not make it and I have to go for c-section, I started to regret it. I kept on repeating, 'Why do I want to proceed with this pregnancy? Now they have to cut open my tummy. It will take me another 1 year to try for another baby and another 9 months before the baby can be with us. Stupid me!"

Sungguh hebat syaitan itu dan sungguh lemah anak adam yang sedang sarat mengandung itu. Luckily, that thought faded as soon as my baby kicked, in me.. I realized, even though after this I have to wait for another 2 years, it doesn’t matter. Because I’ll have a baby who will wait for me, InsyaAllah, in heaven!

However, our little hero fought (and still fighting!) as hard as he could so that he can be with us and bright up our life. Most importantly, he taught us to open our heart and see things beyond our eyes.

List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1) I love him when he loves me and wants to be hugged by me, his mama.. And still I love him even there're times that he chose Bibik over me.. :P

2) I love the way he picked his pacifier up and put it in his mouth. He may not succeed in his first attempt, but he will never give up.. Same goes to feeding bottle.

3) I love to see him exploring his toys.. Especially when he's playing on his own

4) I love to see his smiles and his laughs. It's heaven to see him playing and laughing with his father

5) I love it when he talks and babbles in his baby language. I'll be waiting patiently for him to call me Mama. Till then, bububu is enough.

6) I love it when he makes funny faces. Auntie Ajah kato beghak'ya.. Muko naka..

7) Enough said, I love everything about him. From his poo poo to his pee, it really describes the joy of motherhood.

Send this to other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Samwan

Puteri Nuur

Kak Suealeen

Yongnoina

Ibu_Uwais_Ameenah

Mokcik Lyna

Kak Pnut

MommyOfTripletsPlusOne

Leen Die

Alyyani (ko kan pki baby sling cam dalam gamba tuh)

Pn. Nieza

Jue mama Iman

Elyn

AcuAzaDamia

Mama Auni

Mel

Dandelion

May

Nina

Mirah

Elissmie

Yana

Eina

Mama Qaisara

Ibu Az

Wana mommy Izz (ni sorang lagi pki baby sling cam dlm gamba nih..:P)

Mama Rayyan

MelissAziezul

Adwindaa

ummiaqeef

Mrs.H

Miezrina

are-shie

Love.. Life

Kak Linda

Makmie

Ila mama Adlil Faiz

Malas nk link. Korang amik sdr la ek. Susah nak drop comment sorang2. Korang perasan tak? Kan senang kalo ckp, semua ibu yang dlm list kat sblh ni n followers, dapat la.. Hehhehe.. Ita mama Sarra dah dapat kan? =)

Pada saya, semua ibu adalah mother of the year.. Kalau tidak pada dunia, sekurang-kurangnya pada anak-anak kita kan?

~Selagi korang bagi anak korang cukup makan pakai, didik elok-elok and buat yang terbaik, kira ok la kan? Tak gitu? Kalau dah tendang-menendang, buang-membuang tu, lain citer dah la..~

P/s - Patutnya, esok sambung drama "setahun yang lalu", tapi ala-ala cam dah malas.. :P Esokkan ada Ian nyer appointment. Oh Ian, camne la esok. Berkampung la kita kat SJMC, ada 3 appoinments!

Sunday, March 22, 2009

Hari minggu yang biasa

Seisi rumah tidak sihat. Saya dengan batuk, selsema dan sakit tekak yang masih tidak berkurang walaupun bekalan ubat hampir habis. Ian, banyak tidur hari ini. Bosannya. Hubby baru sahaja tiba di rumah setelah sehari semalam di Klang. Batuk hubby pun tidak berkurang. Bibik juga demam, batuk dan selsema. Saya memberi dia cuti untuk sehari. Kasihan.

video

Latest on Ian, last week, he had figured out that the red-white ball in the middle of the rattle can be moved by using his fingers. Now, it's no more about getting the rattle into his mouth, it's all about making the red-white ball roll.

Alhamdulillah, bibik melayan Ian dengan baik. Lagak seperti anak sendiri. Sekarang, saya seperti bersaing dengan bibik pula. Oh, Ian.. Jangan berpaling tadah ok! Ini Mama, itu bibik! Ayat jelous standard bagi wanita berkerjaya yang selalu keluar awal dan pulang lewat dari pejabat. :P
.

Ian dok sibuk borak ngan bibik..

Semalam, berbual lama dengan Kak Suealeen di telefon, sebelum talian terputus (malang, tiada charger di rumah!). Kak, terima kasih. Sayang akak. Hati? Not that sad anymore.. Betul, ini janji kita dengan tuhan. =)

P/s - Seharian di rumah. Bosan. Sepatutnya, hari ini kami ke Perak. Ke majlis perkahwinan seorang sahabat. Terkilan kerana tidak dapat menyaksikan persandingannya. Kita hanya merancang.

Saturday, March 21, 2009

Emosi seorang ibu!

Hari ini, saya keluar dari pejabat tepat jam 5.05pm. Mengambil peluang untuk 'lari' sementara boss di dalam bilik mesyuarat. Biarlah. Isnin masih ada.
.
Tadi hubby menyatakan mahu ke Ampang Point. Untuk mengambil hamper sempena pertandingan memancing AmBank esok hari. Perlu cepat kerana hubby akan bertolak ke Klang jam 8pm.
.
Kerana singgah di Ampang Point, kami tiba di rumah jam 715pm. Ian sedang tidur. Saya berbual-bual dengan bibik sekejap dan beransur untuk solat maghrib. Selesai solat, saya terdengar suara Ian. Cepat-cepat saya keluar dari bilik.
.
Setelah Ian membuka matanya, saya amat terperanjat melihat matanya diselaputi warna putih. Mata hitamnya. Berair, bertahi dan sedikit kemerahan. Hati mula gusar.
.
Segera saya memberitahu hubby. "Tapi Abang dah lewat ni. Cuba call Fadia." Saya cuba. Beberapa kali namun tiada jawapan. Semakin risau. Saya cuba pula menelefon abang saya, tapi malangnya, dia di Melaka. Saya beralih pada adik lelaki saya di Shah Alam. "Shah Alam hujan Kak. Macam mana nak pegi? Lg pun, mau sejam jugak perjalanan." Saya lupa. Adik saya hanya bermotor.
.
"Takpe la.. Abang hantar. Nanti abang call diorang bgtau abang lambat sket. Siap cepat." Kelam kabut saya capai tudung merah jambu yang saya pakai ke pejabat tadi.
.
Sepanjang perjalanan, hati tersangat runsing. Gelisah. Saya tidak putus-putus berdoa.. "Ya Allah, jangan Kau ambil mata Rayyan ya Allah.. Jangan Kau ambil lagi mata Rayyan ya Allah.. Aku tahu ini hanya pinjaman dariMu. Tapi aku tidak sanggup Ya Allah.. Jangan Kau ambil rahmatMu yang satu ini.." Air mata mula menitis.
.
Setiba di klinik, selesai urusan pendaftaran, kami terus dipanggil masuk kerana tiada pesakit lain waktu itu.
.
"Yes, what is it this time? How is he recovering from his flu?" Tanya Dr. berbangsa asing itu. Ini kali kedua kami berjumpa dia.
"No Dr. Not his flu. This time around, it's his eyes." Saya mula menghuraikan secara detail.
"Oh, no need to worry. This is due to infection, It's not serious. I'll give him eye drop for this."
"Are you sure Dr? For your information, he's a **********c baby. Last time, the doctors foresee that he may not be able to see because he's optic disc is pale and there's no *r*** ***** behind his eyes."
"Yes, I'm pretty sure. You see, his eyes is not swollen at all. It's not that bad, if after 3 days it's still there, you come again and I'll refer you to see the opthalmologist ok?"
"Ok. Thanks a lot Dr."
Hubby juga mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Dr. itu.
.
Lega rasa di hati! Itulah saya, terlalu emosi.. Siapa tidak kalau sudah sejarah anaknya begini bukan? Sungguh, saya jadi lebih sensitif semenjak adanya Rayyan. Saya lebih mudah mengalirkan air mata. Mudah rasa terharu. Lembik sungguh Mama Rayyan! *Slap*Slap*Punch*
.
Tujuan utama ke Ampang Point tadi, kerana saya mahu ke Mom's Care. Mencari sehelai dua sleepsuit untuk Ian. Setibanya di sana, agak terkejut kerana Mom's Care mengadakan jualan gudang. Semua barang dijual pada harga yang sungguh murah. Langkah kanan Mama.. Hehehhe..
.

Shadira itu untuk Mama. Thanks Ayah! Mama cantik pun untuk ayah jugak.. :P

Satu plastik Mom's Care sahaja. Maklumlah, tengah bulan. Acitivity Ball berwarna biru itu harganya RM119.90 di Toys R Us. Bila saya mengambilnya, hubby bertanya, "Berapa?" Saya tunjukkan harga. "Amboi! RM119.90! Macam tu punya mahal ambik sampai tiga??? Satu cukuplah!"

"Hehehhe.. Relax ah bang.. Itu before offer. Ni ha harga dia.. RM24 jer. Yang kuning ni Activity Tot, RM5, Yang purple ni RM19. Harga asal RM30. Murah bang.. Rocker Ian yang kita beli RM220 kat Babyland masa offer year end hari tu, kat sini RM179 jer.. Aduhhh.. Bleh jadi gila ni bang.."

"A'ah.. Iya la.. Abang plak bleh jadi sewel masa nak membayar.." Jawab hubby sambil terus berlalu ke kaunter.

Kemeja T lengan panjang itu hanya RM15 dan rompers, RM12 untuk 2 helai.. Total damages? Hanya RM75! Ohhh.. Saya mahu pergi lagi hari sabtu.. Waktu yang ada tadi terlampau singkat. Tapi hubby tiada dan hanya akan pulang pada hari ahad. Itu pun waktu petang.. Rugi.. Rugi.. =(

Saya tidak kisah berhabis untuk barang mainan Ian. Ia berguna untuk tujuan stimulasi. Mainan yang remeh bagi kita, mungkin boleh membawa perubahan pada bayi-bayi seperti Ian.. Saya benar-benar mahu ke sana lagi esok hari!

"Mama, tak sampai la.. Jauh ni.. Tolong la ambik.." - Pls ignore Ian's pink socks. =P

P/s - Kereta tersadai di depan rumah. Tapi apa guna kalau tidak berani memandu! Nak cari sleepsuit and more toys! =(

Friday, March 20, 2009

Dunia

Dunia ini tiada hati..
Dunia ini tiada simpati..
Dunia ini penuh dengan mereka yang pura-pura mengerti!

P/s – “Bukan tiada langsung. Ada la.. Cuma kurang sahaja. Pahamm??” Bisik dia. Saya diam. Menanti.. Menanti.. Dan terus menanti..

Dan lagi

Ia terjadi lagi. Tidak dapat saya pastikan, apakah ia semakin kerap atau selama ini ia memang begitu. Salah saya kerana mengambil mudah.
.
Saya pegang dia, cuba menghentikan pergerakannya. Dia masih dengan senyuman. Saya membalas sambil berbisik, “Please stop it sayang. Jangan takutkan Mama.” Hati pedih. Saya kucup keningnya perlahan-lahan dan dia memandang dengan wajah nakalnya.
.
Saya menantikan hari selasa. Sudah tiada debaran di hati, hanya mahukan segalanya pulih seperti biasa.
.
P/s – Berat hati untuk bercerita secara detail. Segalanya tersimpan kemas di draft folder.

Wednesday, March 18, 2009

Setahun yang lalu (4)

Hari yang dinantikan. Selasa, 18 Mac 2008. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap. Tidak mahu tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dari Ampang ke TTDI.

Kami sarapan di kedai mamak di tepi jalan. Saya memilih nasi lemak dan teh tarik, dan hubby memilih roti telur. Sangat tidak sehat sarapan kami kan? :P

Selesai sarapan, kami ke FMGC. Jam menunjukkan pukul 830am. Pintu belum dibuka. Tapi sudah ada dua orang wanita yang sarat mengandung duduk di luar. Masing2 bertemankan suami, mungkin.

Saya berbual-bual dengan wanita cina di sebelah saya. Kandungannya baru berusia 6 bulan. Hampir sama usianya dengan kandungan saya yang berada di dalam minggu ke-23. Tapi perutnya kelihatan sarat. Sedangkan saya, hanya sedikit kelihatan. Layaknya seperti wanita gemuk berperut buncit dan bukannya wanita mengandung.. “First pregnancy always like that one. Mine is no.2 already. Tummy already big, so that’s why it becomes this big..” Wanita cina itu cuba menenangkan saya.

Nombor giliran diambil. Seterusnya, sample urine, berat badan dan bacaan tekanan darah pula diambil. Tiba waktu berjumpa Dr. S. Raman, Gynecologist and Obsterician.

Dia menyambut saya dengan baik. Kebetulan pula, dia Dr. sama yang pernah menyambut bayi ketua jabatan saya suatu masa dulu. “Your boss really like you ha.. She even told me to be extra careful with you.. Your bonus must be really good lah ni..” Kata Dr. yang cukup peramah itu. “Hahhaha.. You tell me bout it Dr. If my bonus was great, i would have been driving a red beetle by now.. Hehhehe..” Masih bergelak tawa.

Saya baring di tempat yang disediakan. Dr. Raman memulakan tugas. 3D image yang terpampang di skrin menampak wajah Rayyan Ariff. “Dr., it’s a boy kan?” “Yup, yup, ini boleh nampak nih.. Very clear..” He took a few shots of my baby’s photo and save it in a CD.

“How is it Dr.?” Dr. Raman tidak terus menjawab. Hanya menggeleng dan mencebikkan bibirnya. Then he started to explain the details of the disease. And what to expect. Then he continued with this, “It is too bad already. The brain damages is already **%. There is no chance that the baby could survive. Even if he did, with this kind of condition, he’ll mentally retarded. Cannot see. Cannot hear. Cannot move. Like a vegetable.”

“It’s very hard for me to give this kind of news to parents who are expecting their firstborn. But sometimes, Dr. are meant to be the one who had to tell things that no one wants to hear..”

“Is it too late Dr? When can we actually trace this thing?”
“With 3D or 4D scan, as early as 16 weeks. But it doesn’t make any different. Unless you opt for abortion..”
“You mean, no hope at all? Is there anything that you can do to help the baby Dr.?”
“ Nothing much at the moment. As long as the baby stays inside, there’s nothing that we can do. Well, last time, there are cases where they did the operation from outside. Cut the mommy’s womb and do a re-stitching. But it’s not really safe. No one does it anymore. Not even in US. Maybe there are a few clinics in Brazil would do it, but I don’t think that it really helps.”

“What’s the cause of it Dr?”
“Well, it could be genetic or virus infection. The only way to find out is by doing the amniocentesis and karyotyping. I’ll leave to you to decide. To terminate the pregnancy or to continue. If you would like to do the test here, I can make the arrangement. If not, then I can make a reply letter to Tawakal. I’ll give you and your husband some times to think about it.”

Dan kami di bawa ke ruang menunggu khas. Hanya hubby dan saya. Waktu itu, terasa dunia begitu kecil. Begitu kosong. Saya pandang wajah hubby. Ada kekecewaan di wajahnya. Dia mula membuat beberapa panggilan telefon. Tangan kami bersatu. Genggaman semakin erat. Sunyi. Tiada suara, hanya pandangan kosong. Inilah kali pertama di dalam hidup saya, saya rasakan begitu penat sekali. Tiada tenaga. Tiada semangat.

Seketika waktu, Dr. Raman kembali menemui kami.

“Dr. we’ve decided that we want to continue with the pregnancy. Let God do the rest. And, we want to do all the test here..”
“Good. Actually, if you said that you’re going to terminate the pregnancy, I’ll be saying that I will not be doing it. You have to find another hospital to do it. It is against the law since the baby is already more than 20 weeks, and of course, against my beliefs."
“Ours too, Dr.” I smiled.

Then we were brought to another room. I was laying on the bed and hubby was sitting next to me.

“You can hold your husband’s hand if you want. Husband, show la some support” Dr. Raman masih dengan jenakanya.
“No it’s ok Dr. I’m fine.” Saya juga masih dengan senyuman walaupun air mata masih tersisa di kelopak mata.

Dr. memulakan tugasnya. Dia menekan-nekan bahagian kanan perut saya untuk menggerakkan bayi ke sebelah kiri. “Move baby, move.” Sambil matanya tidak lepas memandang skrin. Apabila bayi sudah bergerak ke sebelah kiri, Dr. Raman mula membenamkan jarum ke perut saya. Tusukan semakin dalam. Dan dia mengeluarkan air ketuban lebih kurang 10ml.

“Dr. don’t you think that it will hurt the baby when you took amniotic fluid? It will be lesser.”
“It will not effect him lah.. Dia kencing saja suda ganti balik itu air.. Hahahhaha..” Masih dengan jenaka.

Seterusnya sample darah pula di ambil. Dari kedua suami dan isteri.

“We’ll call you once we have the result.”
“Dr., what if the result comes back +ve and it is because of genetic. Can it happen to the next pregnancy?
“No la.. Don’t think about that. I would say that it is very highly unlikely that it will happen again. Don’t worry too much. It will not.”
“But you can’t guarantee it Dr.”
“Of course I can’t. But do you know that in every pregnancy, there’re 5% chances that the pregnancy might go wrong. No one can ever tell. It can happen to anybody..”

Selesai segalanya. Saya pulang ke pejabat berbekalkan cuti sakit untuk dua hari. Kononnya untuk saya menenangkan diri dan berehat. Sekadar memaklumkan kepada rakan-rakan pejabat dan ketua jabatan tentang khabar yang baru diterima. Tangisan tidak tertahan lagi dan mereka menjadi saksi kesedihan saya.

Di rumah, saya seorang diri. Menanti hubby pulang dari kerja kerana dia perlu ke pejabat dan menyiapkan sesuatu. Kami sudah nekad mahu pulang ke kampung saya. Saya perlu berjumpa dengan mommy! Kerana sinar matanya cukup memberi kekuatan. Sinar matanya cukup menggembirakan.

Saya khabarkan berita tadi kepada sahabat saya, E dan B. Air mata berhamburan lagi. Sewaktu mahu mengambil wuduk untuk solat zuhur, tiba-tiba sahaja lutut saya lemah. Saya tidak mampu berdiri. Tersandar saya di dinding bilik mandi. “Ya Allah, besarnya dugaan yang Kau berikan untukku!” Air mata bercucuran.

Kepulangan hubby saya sambut dengan tenang. Gelodak di jiwa sudah berkurang. Itulah kali terakhir saya menangis teresak-esak setelah dikhabarkan bahawa bayi kami menghidap **********s. Untuk hari seterusnya, hanya genangan air mata. Saya penat menangis. Kerana ia tidak mengubah apa-apa. Tapi saya tidak menolak hakikat yang saya menjadi seorang yang lebih sensitive. Hingga sekarang, mata saya begitu mudah digenangi cecair jernih. Pantang melihat sesuatu yang menyentuh hati. Hatta mendengar lagu Syurga di telapak kaki ibu sekali pun.

P/s – Hehehhe.. Saya dan mommy memang sama2 mudah bergenangan air mata. Like mother like daughter walaupun fizikal saya banyak ikut abah.. :P

Masih scheduled post.. Panjang sungguh drama "Setahun yang lalu" nih:P

Tuesday, March 17, 2009

Masih ada sinar

Saya masih belum ada kesempatan untuk merangka cerita terbaru Ian. Kehidupan agak hectic. Saya tidak gemar menulis entry dari office kerana pada saya, ia mencuri masa kerja saya dan sebolehnya saya tidak mahu pulang lambat lagi. Entry yang anda baca setiap pagi, semuanya scheduled post. Yang saya set kan antara jam 9.45 - 10.15am.

Kepada yang meninggalkan email add, anda akan turut saya jemput untuk berbicara tentang Ian. Sejujurnya, saya perlu nasihat dari ibu-ibu yang lain. Mungkin pengalaman yang anda kutip dari melihat perkembangan anak, adik, saudara, hatta jiran anda sekali pun, boleh di kongsi dengan kami yang serba kerkurangan ilmu keibu-bapaan ini.

video

Coretan saya kali ini, semata-mata ingin menunjukkan rakaman malam tadi. Saya sedang sibuk di dapur dan meminta hubby melayan Ian. (Semenjak perkhabaran dari Dr., kami tidak lagi meninggalkan Ian bersendirian. Kerna itu, masa untuk menulis blog juga terhad). Bunyi suara hubby membuatkan saya segera berlari ke luar. Rupa-rupanya, dia sedang bermain-main dengan Ian.

Hubby mengangguk-anggukkan kepalanya dan Ian meniru pergerakan yang sama. Amazing right? Saya berkejar mencari kamera untuk merakam momen ini. Walau Ian sudah kepenatan, tapi dia masih memberi 'kerjasama' yang baik.

Kalau dia boleh meniru pergerakan yang di ajar dengan mudah, kenapa begitu cepat mahu mengklasifikasikan dia sebagai OKU? Mungkin keadaan dia tidak sama dengan kita, tapi itu bukti bahawa Rayyan bijak bukan? Dia tidak perlu "sama" dengan kita semua untuk melakukan apa yang dia mampu lakukan. Pelik. Pelik dan menarik. Sudah pasti saya tertarik untuk tahu lebih lanjut. Cepatlah ujian. Hati ini mahu tahu.

P/s - Saya akan terangkan apa yang tidak "sama" itu di entry yang akan saya private kan. Mungkin di hujung minggu nanti.

Untuk pengetahuan, saya cukup tertarik dengan kata-kata ini :

mOmmy of Triplets plus One said...
dear,if tahun lepas ryan bejaya buktikn kata kata Dr tu salah, insyaAllah tahun ni Ryan akan buktikn lagi kata2 Dr tu salah
March 16, 2009 12:18 PM

Thanks Munirah dearest. I'll hold on to this.

Hmm.. Mungkin saya perlu memperlahankan rentak pada bulan March. Sudah dua tahun berturut-turut bulan March saya memberi kesan emosi yang mendalam. Hahhaha.. Karut! Slap*Slap*

Perjalanan pulang dari SJMC. Kembang kuncup hidung Ian bila 'bercerita'

Monday, March 16, 2009

Senyum untuk dia..

Terima kasih buat teman-teman yang sudi bertanya. Terima kasih buat yang sudi memberi kata-kata dorongan.
.
Sebetulnya, hari jumaat yang lalu, saya dan hubby membawa Ian berjumpa dengan neurologist. Apa keputusannya? Reality hit us really hard this time! Rasa bagaikan terduduk. Rasa yang sama yang saya rasakan setahun yang lalu.
.
Seperti tersedar setelah sekian lama menyulam angan. Kali ini, lebih ujian yang harus dilakukan. Lebih doktor pakar yang harus ditemui.
.
I'm not sure whether I can use the word "deteriorating" on Ian or not. That word seems so harsh and exaggerating. But according to the Dr., Ian is not doing good. He would falls under "moderate to severe" if we were to categorized him.
.
Kerana itu, hati jadi sedih. Perasaan jadi resah. Jiwa jadi takut. Sedih kerana memikirkan masa lalu yang terbuang dan kekhilafan diri. Rasa resah untuk menunggu janjitemu dan ujian yang seterusnya. Dan rasa takut untuk menempuh hari mendatang.
.
Namun begitu, senyum untuk dia tidak pernah hilang. Kerana dengan senyuman balas darinya yang menjadi sumber kekuatan untuk terus berjuang.


Ayah dan Ian @ parking lot SJMC

Jangan minta saya berhenti menangis. Saya tidak mampu. Tapi percayalah, saya sudah melepasi fasa meratap hiba dan menangis teresak-esak lama waktu dulu. Lama. Yang tinggal, hanyalah genangan air mata yang ada kalanya tidak tertahan. Itu sahaja. Jangan ini juga mahu disuruh berhenti atas dasar air mata hanya untuk Allah SWT. Sebagai manusia biasa yang sedang diuji, pasti ada sedih di hati. Saya bukan robot. Saya hanya seorang ibu yang menyinta.

P/s - Ingin sekali berkongsi cerita tentang keputusan yang kami terima pada hari itu. Tapi berat rasa di hati. Mungkin blog akan di private sebentar untuk berkongsi dengan teman-teman yang sudi bertanya khabar. Dan cerita itu akan kembali 'disimpan'.

Ibu-Uwais-Ameenah, mungkin boleh tinggalkan emel.. (kalau sudi nak baca..).. Mungkin boleh berkongsi pendapat dengan ibu-ibu yang memiliki anak2 istimewa ini.

Ibu-ibu yang lain, rasanya saya sudah ada email add anda.. =)

Saturday, March 14, 2009

Setahun yang lalu (3)

Hari ini, saya menerima fax dari klinik Dr. Siti. Surat rujukan untuk diberikan kepada Dr. Raman. Saya buka dengan cermat. Setiap patah kata yang tertulis, saya baca dengan teliti. Laksana pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar. Tahulah saya terma sains yang digunakan bagi kelainan yang ada pada bayi yang saya kandung. Beban kerja yang sedikit berkurang pada hari ini memberi ruang untuk saya mencari maklumat berkaitan penyakit itu. Berbekal surat rujukan di tangan, saya google..
.
Maklumat yang saya perolehi saya baca satu persatu.. "Ya Allah, besarnya dugaan yang kau berikan padamu.. Mampukah aku menghadapinya Ya Allah??" Hati bertanya, berulang kali.
.
It affects one in 1,000 live births..
Destroyed brain tissues..
Genetic..
Virus infection..
Hearing problem..
Vision problem..
Motor skills problem..
dan beberapa lagi gejala yang menakutkan..
.
Membimbangkan.. Tapi semuanya bergantung pada tahap keseriusan pada pesakit itu sendiri. Mungkin keadaan Rayyan Ariff tidak membimbangkan. Lagipun, dia seorang bayi yang aktif. Cukup suka bergerak dan menendang. Masih ada harapan. Detik hati saya..
.
Lambatnya selasa.. Temujanji dgn Dr. Raman yang akan membuat pemeriksaan terperinci..
.
P/s - Bersambung lagi.. Hingga hari selasa nanti ya.. :P

Friday, March 13, 2009

Resah di hati..

Apa rasa hati ketika ini? Sedih. Resah. Takut. Bagaikan kepala ini baru sahaja di hentak dgn sesuatu yg keras. Terjaga dari lena yg panjang. Hilang sudah mimpi yang indah.
.
Kalau saya pejamkan mata untuk seketika waktu, bolehkah segalanya kembali ke asal apabila mata dibuka? Saya ingin hentikan masa. Betapa saya berharap ini hanya mimpi.
P/s - Hati, kuatlah kamu demi menjaga amanah Allah Swt.

Setahun yang lalu (2)

Hari ini, selepas berita semalam, saya ke pejabat seperti biasa. Di dalam perjalanan. saya tanyakan pada hubby, "Bolehkah adik fix appoinment hari selasa? Abang free tak?"
.
"Abg busy la sekarang." Balas hubby. Ada kelainan pada wajahnya. "Cuba ajak officemate adik. Syeda ke, Nor ke, adik pegi la dengan diorang. Abang dah frust.." Hubby menambah.
.
"Kenapa mahu mengalah? Itu hanya ramalan Dr! Tidak malukah abang pada bayi ini? Mengapa mahu menyerahkan tanggungjawab abang pada orang lain? Siapa ayah anak ini? Syeda, Nor atau abang??" Saya menjerit. Menjerit sekuatnya. Tapi hanya di dalam hati. Muka terasa panas. Saya tahan air mata dari mengalir.
.
"Abang taknak tengok Rayyan ke?" Tiada jawapan.
.
Sampai ke destinasi yang ditujui, saya salam dan cium tangan hubby. Dan dia mengucup tangan saya. Lama. "Take Care." Matanya yang redup mempamerkan seribu kekusutan.
.
Lebih kurang jam 9 pagi, saya menerima panggilan telefon dari hubby.
.
“Yang, abg cerita kat budak office abg.. Dia kata, teruk tu.. Anak sedara dia kena macam baby kita jugak.. The baby died after one day he was born.. Abg takutlah..” Hubby bersuara di hujung talian.
.
“Takpelah bang.. Nak buat macam mana kalau takde rezeki kita..” Saya membalas. Suara hampir tenggelam. "Abang, apa sekali pun yang berlaku kita harus redha.. Doakan yang terbaik ok?”
.
"Hmm.. Kita banyakkan berdoa yea.. Mintak dengan Allah SWT. InsyaAllah.. Tuhan bersama kita. Abg dah apply half day hari selasa nanti.. Kita pegi sama-sama yea.."
.
Setelah meletakkan gagang, rasa panas menyerbu ke muka.. Air mata mula bergenang.. Syukurlah.. Hubby tidak lupa pada tanggungjawabnya. Hubby masih setia bersama.
.
Kebetulan, ketua jabatan saya lalu di hadapan..
.
“Wan, is there something wrong?”
.
Bagai seorang anak kecil, saya mengadu kepadanya, dengan tangisan.
.
“Oh, it should be ok. My nephew was diagnosed with the same thing. It happened when he was 8 months old.. And he’s doing great. He’s studying in Australia now..”
.
“Is it? Hmm.. It could be an indicator that my son will also go to Australia to further his study.. Hahhaha” Saya membalas dengan senyum dan sedikit gelak di hujungnya..
.
Setelah itu, saya melalui hari dgn lebih tenang.. Walaupun kerisauan masih bersisa di hati..
.

Cinta hati ayah.. "Terima kasih Ian, kerana hadir dalam hidup ayah.."

.
.
P/s – Nantikan episode selanjutnya.. Hahhaha.. Macam drama..

Thursday, March 12, 2009

Setahun yang lalu. (1)

Kami bangun agak lewat dari kebiasaannya. Kerana hari ini, kami tidak perlu ke pejabat. Setelah selesai bersiap, kami keluar. Untuk menuju ke Hospital Tawakal. Hari ini, kami bakal bertemu lagi dengan bayi kami. Walaupun sekadar melihat pergerakannya dari skrin, itu sudah cukup membahagiakan. Pemeriksaan untuk minggu ke-22 cukup kami nanti-nantikan. Kerana tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi kami. Sama ada Rayyan Ariff atau pun Rania Adriana.
.
Kami tiba awal. “Sarapan dulu.. Restoran Yusuf Haslam tu boleh tahan..” Hubby mengajak. Kami berjalan beriringan menuju ke sana. Hubby memilih roti kosong dan saya memilih roti bakar dan teh tarik. Setelah menghabiskan makanan yang dipesan, kami melangkah keluar dari restoran itu dan terus ke klinik Dr. Siti.
.
Setelah mendaftar, kami menunggu di ruang yang disediakan. Giliran kami yang ketiga. Saya mengambil majalah Wanita di rak majalah dan hubby khusyuk membaca suratkhabar yang dibelinya di gerai bersebelahan hospital tadi.
.
Setelah berat di ambil dan ujian air kencing dilakukan, nama saya dipanggil. Kami berjalan masuk sambil berpimpingan tangan. Saya terlebih dahulu menyapa. Bertanya khabar dan berbual serba sedikit dengan Dr. Siti. “Tekanan darah ok.” Kata Dr. Siti sambil membacakan keputusannya. “Baring di atas sana. Kita scan baby” Dr. Siti menunjuk dengan tangan kanannya.
Saya baring. Dengan senyuman. Gembira sungguh. Hubby tersenyum simpul. Dr. Siti mulakan dengan menyapu gel ke perut. Saya menahan geli. Dr. Siti menggerak-gerakkan alat yang dipegangnya. Cuba mendapat sudut yang terbaik. Matanya sekejap mengecil sekejap membesar apabila melihat skrin.
.
“Girl ke boy Dr.? Masa 19th weeks hari tu, Dr. kat Klinik Kita kata boy. Tapi dia pun tak berapa sure,”
“Hmm.. Tak nampak sangat la.. Dia kepit ni. Tapi besar kemungkinan boy. Sbb kalau girl, bila kita shoot dari bawah macam ni, nampak rapat sahaja.. Ini ada ruang ni..
.
Senyum di bibir hubby makin melebar. Terpancar kegembiraan dari matanya.

.
Saya pandang wajah Dr. Siti yang kelihatan seperti sedang berfikir. Dahinya berkerut-kerut.
.
“Saiz kepala ok. Sama dengan usianya, 22 minggu.”
“Oh ye ke, berat baby Dr.?
“Sekejap ya.. Hmmm.. Actually, there’s something wrong with your baby. You see, this part, for a normal baby, it shouldn’t appear like this. Sepatutnya, w*r** p**i*, because it’s supposed to be b**** t***u**. Kalau w*r** ni, it’s actually ***ui*. "
.
Saya sepatutnya sudah bisa mengagak bila ada kelainan pada riak wajah Dr. Siti tadi. Tetapi keriangan apabila mengetahui kami bakal menyambut Rayyan Ariff menutup kegelisahan di hati.
.
“Bahayakah Dr? Apa kesannya pada bayi?”
“Saya tidak dapat memastikan pada peringkat ini. I’ll refer to you to Dr. Raman in TTDi. He’s an expert in this field. After you get the result, please come to see me..”
.
Saya teruskan dengan beberapa soalan yang lain. Tetapi semuanya berteraskan satu persoalan, kenapa ini bisa terjadi?
.
“Dr. adakah sebab saya suka makan makanan pedas?”
“Dr. adakah sebab saya makan makanan yang tidak berkhasiat?”
“Dr. Adakah sebab saya tidur meniarap?”
“Dr. adakah sebab saya tidak cukup rehat?”
.
“Tidak. It just happened. Bukan salah kamu. Melainkan kamu menjalani ujian amniocentesis, saya tiada jawapannya. Biasanya, ia mungkin terjadi kerana keturunan. Kerana jangkitan virus yang ada pada bulu kucing. Atau pun pada sayur-sayuran yang dibasuh dengan tidak sempurna.”
.
Saya Menyangkal. “Setahu saya, tiada seorang pun di dalam keluarga saya yang mengalami masalah ini. Kucing? Kami tiada kucing.. Dan saya bukanlah penggemar sayur dari dulu sehingga sekarang..”
.
Dr. Siti berjanji untuk memberi surat rujukan bagi membolehkan kami bertemu dengan Dr. Raman dalam masa sehari dua. Dr. Raman merupakan salah seorang di antara doktor pakar pertama di Malaysia yang mengkhusus di dalam bidang ini. Kami melangkah keluar dari klinik Dr. Siti dengan langkah yang berat. Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Dr. Siti. Seorang Dr. yang baik dan peramah.
.
Pada tarikh hari ini, setahun yang lalu, bermulalah segala tangisan. Bermulalah segala kekusutan. Since then, I knw that things will never gonna be the same again..
.

Kata orang, saya dan uncle ada iras. Betul ke? Hmm.. Saya lagi comel la..

.
.
P/s - Saya tidak pernah menyangka, bahawa setahun kemudian, bahagia itu milik kami.. Tidak pernah menyangka bahawa Rayyan Ariff akan sampai sejauh ini.. Alhamdulillah.. My hero, my all..
Nantikan episod seterusnya..

Wednesday, March 11, 2009

Marah.

Kerana demam, perangai Ian berubah. Adakala mahu bermanja berlebih-lebih. Adakala tidak mahu diganggu. Jangan di angkat, jangan dipeluk. Kalau tidak, meraunglah dia.. Tangisan yang sukar dipujuk.
.
Melayan kerenahnya, hati jadi panas. Saya pandang wajahnya tanpa senyuman. Masam. Dia cuba mencuri perhatian dengan tersenyum. Tiada senyuman balas walaupun hati saya ingin sekali membalas. Dia pandang lagi wajah saya. Senyumannya sudah hilang. Kelihatan takut-takut untuk melempar senyum. Ditenungnya wajah saya sedalam-dalamnya. Antara senyum dan tidak. Dia cuba memancing reaksi saya.
.
Kerana sudah tidak mampu menahan, terhambur tawa dari mulut saya. Dia juga kembali tertawa. Ternganga-nganga mulutnya. Gembira. Comel sekali..
.
"Ian, mama tak marahlah.. Mama tipu je.. Ian behave tau. Be a good boy.. Ian pandai.." Dia senyum lagi. Berserta gelak tawa. Cukup manis. Hmm.. Sudak dapat membezakan emosi orang lain. Hingga sekarang saya masih tersenyum. Mengenangkan 'wajah nakalnya' sewaktu cuba 'memujuk' saya.
.
Dia membahagiakan. Sungguh.
.
Sekarang, pantang benda yang berada disekitarnya, pasti dikutip. Kata Dr. Yong, kalau dia mampu mengutip objek di lantai, salah satu petanda bahawa sarafnya ok. Alhamdulillah kalau itu benar.
.
Baru habis menonton John Tucker dengan Ian. Ian diribaan saya, khusyuk memandang skrin TV. Sesekali mendongak memandang saya dan memberikan senyuman indah. Saya suka momen itu. Terasa diri disayangi. Sayang sekali hubby sudah lama dibuai mimpi. Kalau tidak, pastinya saya akan menyuruh hubby mengabadikan momen itu dengan merakamnya.
.
Tinggal kejap dah tergolek ke bawah.. :P
.
P/s - Appointment dgn neurologist dijadualkan pada hari jumaat nanti. Doakan supaya dipermudahkan.. Jangan lagi tertunda.

[KosONg]

Ini percubaan uncle yang mahukan Ian terperanjat. First attempt, berjaya.. Second attempt? Hehehe.. Sorry la.. See the leg la.. Kan Ian?

video


Huarggghhh.. Uncle jahat!!!

P/s - Bosan. Tiada cerita. Ian demam dari hari jumaat. Sekarang batuk masih kuat. Buntu. Tiga hari di rumah. Melayani kerenah bayi yang tidak sihat. Tertunda lagi BAEP test dan assessment yang dijadualkan pada hari sabtu yang lalu, dan hari jumaat yang mendatang. =(

Monday, March 9, 2009

Menanti coretannya..

Setelah menerima perkhabaran tentang pemergian anakanda Amir Yusuf dari Kak Pnut, saya terus ke laman Abg Fajar.. Membaca setiap ucapan takziah untuk anakanda Amir Yusuf benar-benar menikam jiwa. Sedih. Kecewa. Namun yang pasti, mungkin inilah yang terbaik untuk anakanda Amir Yusuf.. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui..
.
Kami tidak pernah bersua muka. Hanya beberapa kali berbalas emel. Bercerita. Berkongsi apa yang patut.. Yang pasti, arwah Amir Yusuf saya lihat sebagai anak saya. Setiap kali membaca catatan Abg Fajar, air mata pasti mengalir.. Adakalanya, saya berlalu tanpa sebarang komen.. Rasa sebak yang mendalam, membuatkan saya kehilangan kata-kata.
.
Berhari menanti catatan Abg Fajar, setiap detik waktu terasa terlalu lama.. Dan pagi ini, tatkala membuka laman Fajar Seluas Angkasa, tercoret perincian detik terakhir Anakanda Amir Yusuf bersama ibu dan ayah. Detik-detik pengebumian. Cukup mengharukan.
.
Dan foto-foto yang ada di sini, sekali lagi meruntun kalbu.. Dilatari lagu Andai ku tahu dari Ungu, sekali lagi hati bagaikan tersiat.. Cukup mengharukan. Lagu itulah juga yang menjadi peneman saya di hari-hari terakhir mengandungkan Rayyan Ariff..
.
"Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya.."
.
Inilah yang saya ungkapkan apabila saya diberitakan akan kehilangan anak yang dikandung. Rupa-rupanya, ini hanya cebisan. Setelah membaca coretan Abg Fajar, ia berlainan sekali dengan rasa sebenar bila berada di dalam situasi ini.. Ya Allah.. Betapa kuatnya mereka.. Mungkin saya belum sekuat mereka, kerana itulah bentuk ujianNya juga berlainan..
.
Mommy pernah kehilangan anak sewaktu anak itu berusia 16 bulan.. Adik saya. Saya tanyakan pada mommy, apa rasanya kehilangan anak?
.
"Tidak tergambar dengan perkataan. Anak yang sihat, tiba-tiba pergi meninggalkan kita. Di waktu malam, apabila tersedar dari tidur untuk menyusukan bayi, tiba-tiba tersentak apabila dia tiada di sebelah.. Waktu itu barulah tersedar bahawa dia tiada lagi.. Pernah mommy berada di laman rumah, menyapu sampah.. Tiba2 terdengar tangisan bayi, terkocoh-kocoh mommy berlari ke dalam. Sekali lagi, kosong. Kosong. Kosong. Rasanya seperti mahu berlari ke kubur, mahu membawa Izzati pulang.. Sedih. Setiap kali mahu melalui jalan ke arah kawasan perkuburannya, mata mula berair.. Walau sekadar melewati jalan. Sedih. Melihat kekecewaan di wajah Abah, lebih menyedihkan. Sekali lagi, terasa ingin berlari ke kubur Izzati, untuk membawanya pulang.. Selama lebih 40 hari mommy begitu.."
.
Saya berumur 5 tahun sewaktu ia berlaku. Masih tidak mengerti. Yang saya ingat, saya pernah terjaga dari tidur, dalam tangisan saya bertanya pada mommy, "Mengapa adik Ella mesti mati? Mengapa tuhan ambil adik? Kak nak adik.. Nanti takde orang nak main dengan Kak.. Kan nak adik.." Rengekan seorang anak kecil.
.
Ini yang saya masih ingat.. Ayat ini juga yang mommy ulang kepada saya sebentar tadi. Mami menambah, "Ingatan padanya tidak pernah pudar. Tapi waktu jadi pengubat. Kesedihan terubat selari dengan pergerakan masa.."
.
Saya print coretan Abg Fajar. Berikan kepada mommy untuk dibaca. Ada air mata yang bergenang. Seterusnya, Kak Idah, pembantu rumah kami pula minta untuk membacanya. Mommy hulurkan kepadanya. Baru sebaris dua, Kak Idah sudah teresak-esak.. Dia menghentikan pembacaan. "Enggak bisa bu.. Sedih yang amat. Teringat saya pada adik saya yang ditabrak lari.."
.
Kini saya mengerti. Betapa peritnya sebuah kehilangan.. Hujan yang mencurah-curah di luar, bagaikan mengerti kesedihan di hati.
.
Amir Yusuf,
27/06/08 - 06/03/09
Wan Nur Adilah Izzati,
2/2/1986 - June 1987
Al-Fatihah.

video

P/s - Abg Fajar dan Kak ANis, sesungguhnya kalian yang terpilih.. Kekuatan yang kalian tunjukkan, menyuntik semangat buat diri ini.. Untuk terus berjuang, di atas nama amanah Allah SWT

Sunday, March 8, 2009

Kasih yang pergi..

Baru beberapa hari yang lalu teman saya menyampaikan berita dukanya.. Terbaru, saya menerima lagi perkhabaran yang hampir sama.. Tapi kali ini, kisahnya lebih menyayat hati.. Sungguh tragis..
.
Adikku.. Sabar dan tabahlah dalam menghadapi dugaanNya.. Ajal dan maut ditangan tuhan.. Redhakanlah pemergiannya duhai adik.. Walau hanya seminggu lagi tarikh hari bahagiamu.. Ini semua sudah tertulis..
.
P/s - Kakak tahu kamu kuat.. Kerana ia ada di dalam darah kita dik..

Saturday, March 7, 2009

3 months old..

Ian at corrected age of 3 months..


He was so chubby.. Look at his hand.. His arm and his cheek.. I wish he could maintain the same weight gain.. Unfortunately, he couldn't.. He's not good at eating.. =(

video

and, he also talked a lot! see :

video

P/s - I'm missing my old Rayyan.. And at the same time, I'm more in love with my current Rayyan.. I bet, I'll be more in love with my future Rayyan!

Friday, March 6, 2009

Al-Fatihah Buat Amir Yusuf

Pemergianmu amat dirasai.. Walau kami bukanlah siapa-siapa, pemergianmu cukup meninggalkan kesan! Telah sekian lama rasa kasih itu terbit untukmu.. Al-Fatihah..
.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.. Innalillahiwainnailaihirojiun..
.
P/s - Abg Fajar dan Kak Anis, sesungguhnya kalian tabah dan kuat..
Kak Pnut, terima kasih kerana memaklumkan..

Dan bunga-bunga pun berkembang..

Usai solat maghrib, saya ambil surah Yassin yang tersimpan di dalam laci. Pada masa yang sama, mulut Ian bising minta di angkat.. Lalu, saya dudukkan Ian di ribaan saya. Dan teruskan dengan bacaan. Khusyuk Ian mendengar. Apabila saya berhenti untuk seketika untuk menarik nafas, Ian bersuara.. Dalam nada mengaji!! Seakan meniru nada yang saya lagukan. Sungguh indah. Buat saya tersenyum. Alhamdulillah.. Saya semakin yakin bahawasanya Ian boleh mendengar.. Kalau tidak banyak pun, bagi kami, ia sudah mencukupi. Rasanya seperti, kami baru sahaja menjalani ujian BAEP.. =)

Mama, angkat Ian!!
.
Sewaktu saya masih di alam pra-remaja, pernah saya terbaca di dalam novel Ahadiat Akashah yang mengungkap perasaan gembira sang Rumi yang melihat senyuman manis Julinya. Saya lupa ayat lengkapnya, apabila dirimu tersenyum, maka berkembanglah bunga-bunga matahari di seluruh dunia. Pelik. Apa kena-mengena senyuman seseorang dengan bunga matahari?
.
Tapi kini saya mengerti. Apabila melihat senyum Ian, apabila mendengar tawa manjanya, hati saya berbunga keriangan.. Berkembangan..
.

video

Ian dan Atuk. Tawanya hanya di hujung adegan. Permulaannya, gelak tawa Ian sungguh kuat. Bateri kamera pula tiada. Di saat saya siap menukar baterinya, Ian sudah penat.

Selamat malam cinta..

P/s - Betul kata mereka, to know your capability to love someone, have your own child.. Mama sayang kamu!!