Sunday, August 30, 2009

Tinggi..

Semalam, kami berbuka puasa di rumah ibu bapa mertua saya di Rawang. Jarang sekali dapat berkumpul adik-beradik seperti ini walaupun adik beradik yang ikut serta belum cukup jumlahnya. Sesekali bertemu, tentunya banyak yang hendak dibicarakan.
.
Malam itu, sewaktu kami berehat-rehat di ruang tamu, salah seorang sepupu Rayyan, si kecil Effa yang bakal memasuki usia 4 tahun bertanya ibunya. "Ummi, kenapa kepala Rayyan tinggi?"
.
Saya tersenyum kecil tatkala mendengar pertanyaan tulus dari seorang anak kecil. "Kepala Rayyan bukan tinggi, kepala Rayyan panjang.."
.
Effa tersenyum malu. Ibunya tidak memberikan jawapan kepadanya. Saya juga hilang kata-kata untuk menerangkan. Tidak tahu bagaimana.
.
Bukan sekali ini bentuk kepala Rayyan diperkatakan. Sungguh saya penat untuk menerangkan. Ada waktu, fikiran kanak-kanak saya akan berkata, "Andai aku ada kuasa, andai aku ada tangan ajaib, akan ku bentuk kepala Rayyan supaya menjadi bulat dan cantik seperti orang-orang lain.."
.
Tapi sayangnya, itu hanya kalau.. Itu hanya fikiran tidak matang seorang manusia yang masih mengharap kepada kesempurnaan fizikal.
.
Jelas; bentuk kepala Ian yang leper dan panjang..
.
Hati pula terdetik, apa rasa Rayyan jika suatu hari nanti ada yang memperkotak-katikkan bentuk kepalanya yang berlainan?
.
P/s - Kalo ank pompuan, leh pki tudung.. :P
.
P/s (2) - Ina, bilo2 maso, bleh la buko skali.. Nk return meney Akid nih..

Saturday, August 29, 2009

It's 4.43PM

It's 4.43pm and I'm at my workstation! I should be at my PIL's place to help them prepare the food for IFTAR, but I'm stuck here..
.
*Sigh* Lady Boss asked me to come to the office next week, but I can't. There's no one to take care of lil' Ian. And I dont want to leave him at the nursery. And hubby could not take leave next week. So here I am, finishing my job and up till now, still got so many things to do.. *sigh*
.

My big fat hand is working so hard but my mind is everywhere..

P/s - Esok or lusa maybe kena dtg lagi.. Tersangat kuli hokayyy.. =(

Friday, August 28, 2009

Silap perhitungan!

Posisi Rayyan Ariff sewaktu duduk semakin baik. Kelihatan lebih tegak dari biasa. Mungkin juga tulang belakangnya sedikit mengeras berbanding sebelumnya.
.
Kerana yakin anak saya semakin pandai duduk, semalam, saya telah melakukan satu kesilapan besar. Sedang Rayyan Ariff duduk dan bermain dengan alat mainannya, saya tinggalkan dia seketika. Di belakang badannya, saya letakkan sebiji bantal untuk dijadikan alas sekiranya dia terlentang ke belakang.
.
Sudah beberapa kali saya tinggalkan dia seketika begitu. Dan malam semalam juga tidak terkecuali, baru sahaja beberapa minit berlalu, saya terdengar jeritan hubby dan diikuti dengan bunyi hentakan yang kuat berserta tangisan dan laungan Rayyan Ariff.
.
"Ian jatuh!!" Ya Allah.. Kuat sekali bunyi hentakan itu. Dalam hati saya cuma mampu berdoa dan meminta agar tiada kesan dari hentakan itu. Agak lama juga dia menangis. Kasihan Rayyan Ariff! Salah hitungan mama dan kamu yang menjadi mangsa. Bantal yang sepatutnya menjadi alas tertolak ke belakang membuatkan Rayyan Ariff terlentang di lantai.. =(
.
Setelah memberikan air putih dan susu, Rayyan Ariff kelihatannya semakin baik. Setelah itu, beberapa kali dia menggosok-gosokkan matanya. Risau juga saya seandainya kesan hentakan itu memberi kesan pada penglihatannya. Segalanya mungkin untuk anak seperti Rayyan Ariff. Tapi mungkin juga Rayyan Ariff cuma mengantuk dan kerana itulah dia menggosok-gosokkan matanya. Entahlah.. Saya tiada jawapannya. Pertemuan dengan ophtalmologist hanya akan berlangsung pada bulan April tahun hadapan. Saya mula berkira-kira di dalam hari untuk mempercepatkan temujanji.
.
Tapi nampaknya, Rayyan Ariff baik-baik sahaja. Mudah-mudahan tiada kesan kepadanya. Aminnn.. Selepas itu juga dia masih boleh bermain-main dan tiada apa yang luar biasa padanya.
.
Muka syahdu budak yang jatuh semalam.. =(
.
video
Video ini dirakam selepas kejadian. Nampak elok sahaja bukan? Masih suka meniru apa yang kita lakukan.. Asalnya Rayyan Ariff sibuk bermain, tapi terganggu dengan digicam mama.. Budak gadget.. :P
Saya perhatikan, Rayyan Ariff tiada muntah2.. Harap2nya, dia terus ok.. =(
.
P/s - Wont be doing early blog-walk today. We're off to SDMC for Ian's therapy.. I'll tell the therapist of what happened last nite and also, to discuss on Kak Raw's 'findings' during our visit to Gedangsa last week. =)

Thursday, August 27, 2009

Majlis berbuka puasa..

Semalam, kami berbuka puasa di Restoran Nelayan bersama-sama dengan teman2 lama saya sewaktu belajar dulu. Ini merupakan acara tahunan kami sedari kami mula-mula habis belajar hinggalah sekarang. Bezanya, ada ahli yang sudah berkurang, dan ada juga tambahan ahli-ahli junior yang memeriahkan suasana. =)
.
Alhamdulillah, 4 orang ahli tetap ini masih bisa menghadirkan diri. Harap2, di masa akan datang, gathering kecil seperti ini akan tetap diteruskan.
.
Tiada banyak gambar yang dapat saya kongsikan. Maklumlah, putera saya juga sibuk mahu menjadi 'jurugambar'.. Merengek-rengek meminta telefon bimbit yang ada di tangan saya. Pantang betul dia dengan telefon bimbit. :P
.

Mama : Ian, jangan kacau mama amik gambar tau.. Mama nk upload kat blog nih..

Ian : Tak janji la mama.. Ian suka hp mama.. - *Hati berbisik*Apa la mama aku nih.. Sibuk nk hapdet blog dia tuh! Lama2, org pun bosan nk baca..

Sebelum acara rampas-merampas telefon.. Gambar masih ok..

Budak tak makan saman.. Sibuk nk hp mama..

Shot selepas tangan sibuk 'mengejar' handphone.. Sudahnya, mama give up! :P

Tapi bagusnya Rayyan, sewaktu masuk sahaja azan maghrib, dia tertidur.. Dan membolehkan mama dan ayahnya menjamu selera dengan tenang.. =)
.
Telatah Rayyan Ariff dan Salahuddin benar2 mencuit hati. Salahuddin sudah pun berumur dua tahun dan mulutnya juga semakin banyak bercerita. Comel. Akan saya nantikan saat-saat untuk melihat Rayyan Ariff bercerita seperti Salahuddin dengan sabar. Moga dipermudahkan segalanya buat Rayyan Ariff.. =)
.

Ian and Abg Iddin.. It's good that Ian is showing interest to play with other kids.. Sengih2 je kat Abg Iddin.. =)

Di hujung waktu, sebelum masing2 berangkat pulang, kami bersalaman dan berpelukan. Salahuddin pula patuh apabila diminta mencium auntie - auntie yang kecoh ini. Rayyan Ariff belum bisa memberikan ciuman kepada orang -orang yang tidak biasa dengannya. Dia hanya akan memberikan ciuman sewaktu di pangkuan orang-orang yang dia selesa bersama. Semoga dipertemuan yang mendatang, Rayyan Ariff sudah mampu memberikan ciuman kepada kawan2 mama.. Ian kan romeo! =)
.
P/s - Satu hutang emel sudah langsai. 2 more to go.. 3 hutang, 3 isu.. Kalo tak, bleh copy n paste jer.. Mmg lama betul kan? Maklumlah.. surirumah kan busy.. Ni pun curik2 masa coz Ian tgh tido.. :P

Wednesday, August 26, 2009

Bila surirumah memasak..

Bila surirumah sibuk memasak juadah untuk berbuka puasa, tahu apa jadi pada anak bujangnya?
.

Pandai2 la bawak diri.. Masa main pun leh tidur.. :P

Menjadi surirumah memang memenatkan. Tapi enjoy (ke sebab baru sehari? :P).. Kenapa saya kata enjoy? Sbb tiada boss yang akan telefon saya dan memanggilkan ke biliknya untuk berdiskusi.. Tiada mesyuarat yang berjam-jam lamanya.. Tiada siapa yang mengarahkan saya untuk berbuat itu dan ini. Paling2 pun, tangisan Rayyan Ariff yang menjadi music di telinga.. :P

Ini minggu kedua saya tanpa bibik. Bibik juga sedang bercuti tanpa gaji seperti saya.. Bezanya, cuti bibik hanyalah untuk 2 bulan.. Katanya, mahu berpuasa dan beraya di Indonesia.. Ok la tu.. :P

Oh yea.. Kerna Kasih Collection baru sahaja di update! =)

P/s - Tengok anak tertidur dengan mulut ternganga bukannya nak terus angkat, sibuk cari kamera.. Seorang ibu yang tidak baik kah atau seorang blogger tegar?? Hehehe.. Lu pikir la sendiri

Tuesday, August 25, 2009

Hari pertama sebagai suri rumah..

Saya sudah mula bercuti, namun belum secara rasmi lagi. Saya terpaksa ke pejabat pada hari khamis nanti.. Masih ada kerja yang belum selesai.. *sigh*
.
Mulanya, saya agak takut untuk memulakan cuti 6 bulan tanpa gaji. Setengah tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap. Dengan komitmen bulanan yang mengikat, tentu sahaja kepala turut pusing. Saya nekadkan hati dan hanya berdoa padaNya agar dipermudahkan jalan. Alhamdulillah.. Dia maha mengasihani dan diberikanNya jalan buat kami. Sumber rezeki yang tidak pernah saya jangkakan. Syukur Alhamdulillah.. =)
.
Buat teman-teman yang memberikan komen dan pendapat di dalam entri sebelum ini, terima kasih yang tidak terhingga. Alhamdulillah, setelah timbangtara di buat, kami sudah mencapai kata putus. Moga apabila detik waktunya tiba, hati akan terus ditetapkan.. =)
.
Hari sabtu yang lalu, ramadhan pertama, kami sekeluarga ke JJ Maluri. Berbuka puasa di Madam Lim's Kitchen. Dan Rayyan Ariff seperti kebiasaannya, menjadi mangsa dera Uncle dan Ayah Chik.
.
Model topeng mama.. :P
.
Tahu apa yang menarik? Rayyan Ariff meronta-ronta minta dilepaskan kedua-dua tangannya yang dipegang oleh Uncle sementara Ayah Chik sibuk mengambil gambar. Kerana tidak dapat menggunakan tangannya untuk menanggalkan topeng dimukanya, dia menolak-nolak topeng itu dengan lidahnya. Comel sekali. Bijak bukan anak saya? Ada sahaja caranya yang mengundang tawa..
.
Apabila percubaan Rayyan Ariff menanggalkan topeng itu dengan lidahnya gagal, berhamburanlah tangisannya memohon simpati.. :P
.
Update yang singkat. Banyak kerja rumah menanti. =)
.
P/s - Saya hutang email dengan byk orang. Yang sy ingt, Watie mama Qarissa, Tiara mummy Ayra dan Ina ibu Nabila. InsyaAllah akan saya langsaikan. =)

Sunday, August 23, 2009

Pertembungan yang mengusutkan

Setelah beberapa kali tertunda, akhirnya, pada hari sabtu semalam, kami membawa Rayyan Ariff ke G*edangsa untuk diberi rawatan alternatif oleh Kak Raw. Saya banyak mendengar keberkesanan rawatan Kak Raw dari teman-teman. Malahan, physiotherapist Rayyan Ariff juga seakan mengakui keberkesanan rawatan Kak Raw.
.
Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan sanggup membawa Rayyan Ariff ke sana. Sewaktu pertama kali melihat bagaimana cara rawatan yang diberikan, hati saya sudah dipagut pilu dan saya menanam satu 'rasa' bahawa saya tidak akan sesekali membawa Rayyan Ariff untuk rawatan seperti itu. Namun akhirnya, saya memungkiri 'rasa' yang pernah wujud di hati saya satu waktu dulu.
.
Kami ke sana bersama keluarga Put, mama Idris. Seawal jam 4.45pagi lagi kami sudah membelah kedinginan pagi dengan menyelusuri jalanraya yang agak lengang. Saat ini, terdetik di hati saya seandainya Rayyan Ariff seperti anak-anak lain, tentu sahaja kami masih enak dibuai mimpi atau mungkin juga saya masih kalut di dapur untuk menyediakan juadah sahur kami. Ahh.. Biarlah.. Jangan diikutkan kata hati.. Jalan takdir setiap manusia itu berbeza dan kita patut redha bukan?
.
Dan kami tiba di sana sewaktu jam menghampiri pukul 630 pagi. Orang sudah mula ramai rupanya dan angka giliran yang kami perolehi untuk Idris dan Ian ialah no.12 dan 13. "Mungkin dalam pukul 10.00 kita dapat jumpa Kak Raw." Kata Put kepada saya.
.
Kami menghabiskan masa di masjid berhampiran. Memberi anak-anak makan dan menyiapkan mereka. Dalam hati saya tidak putus2 berdoa agar dikuatkan hati. Sungguh saya tidak sanggup melihat Rayyan Ariff menangis. Tangisannya mampu merobek jiwa saya. Sakit dia, sakitlah saya.. Betapa besar kasih ibu bukan?
.
Sewaktu melihat anak-anak lain menerima rawatan, sudah terbit rasa pilu di hati. Ya Allah, bolehkah saya melihat Rayyan Ariff 'dikasari' sedangkan saya sehabis lembut dengannya. "Redha sahajalah.. Ini demi untuk kebaikannya. Lagi pula, Rayyan Ariff anak lelaki, makanya dia harus kuat." Minda mula berbisik, cuba menenangkan hati yang tidak keruan. .
.
Put dan Ina, ibu Nabilah juga menyatakan bagaimana mereka 'mengeraskan' hati untuk kebaikan permata hati mereka. Dan saya jadikan itu sebagai pegangan.
.
Sepanjang menantikan giliran, Rayyan Ariff menghabiskan waktu dengan bermain-main dan banyak tersenyum. Alhamdulillah perangainya terjaga. Risau juga saya seandainya dia menunjukkan 'taringnya' kerana tidur yang terganggu.
.
Selepas Idris, giliran kami tiba.. Setelah diperiksa, Kak Raw menyatakan pendapatnya bahawa Rayyan Ariff tidaklah 'okay' seperti mana yang kami sangkakan. Tulang pinggulnya sudah 'lari'.. Seandainya dibiarkan kepalanya akan lebih panjang, 'angin' pada urat di bahagian telinga mengganggu pendengarannya dan seterusnya boleh menyebabkan matanya buta. Dan beberapa lagi teori yang tidak lekat di kepala saya..
.
Sungguh, waktu itu saya tidak fokus. yang ada di hadapan saya hanyalah anak saya dan bukannya Kak Raw. Fikiran saya menerawang jauh. Hati dan otak saya 'bercerita' secara serentak. Serabut. Risau kerana bakal mendengar tangisan dan laungan Rayyan Ariff. Sungguh saya tidak sanggup!
.
.
Alhamdulillah, sewaktu di balut, Rayyan Ariff tidak menangis. Malah, masih boleh tersenyum dan sibuk bermain-main dengan handphone ayahnya.
.
Saya agak kagum apabila Kak Raw bisa mengesan beberapa kelainan Rayyan Ariff seperti bahagian kakinya yang kurang sensitif dan masalah pendengarannya.
.
Kami maklum dengan keadaan itu. Tapak kaki Rayyan Ariff teramatlah sensitif sehingga dia tidak mahu menjejakkan kakinya. Namun bahagian betisnya pula, seakan-akan tidak ambil peduli walaupun diletakkan dengan thera putty yang melekit.
.
Tentang telinga pula, kami dimaklumkan oleh doktor yang merawat Rayyan Ariff bahawa masalah saraf yang di hadapinya. Seandainya tekanan dari CSF itu menekan mana-mana saraf optik Rayyan Ariff, bila-bila masa sahaja dia boleh kehilangan deria penglihatannya. Kerana itu mata Rayyan Ariff masih perlu diperiksa dari semasa ke semasa walaupun fokusnya bagus pada saat ini.
.
Dalam pertemuan yang cuma sebentar waktu itu, Kak Raw sudah mampu meringkaskan diagnosis Rayyan Ariff. Memang wajar dia terkenal di arena perubatan alternatif.
.
Kata Kak Raw lagi, tulang Rayyan Ariff 'lari' kerana banyak fisioterapi yang dilakukan. Banyak atau tidak, setiap hari kami akan memastikan Rayyan 'bersenam'. Bukan untuk orang lain, tapi untuk dirinya juga. Entahlah.. Sewaktu diperiksa oleh Dr. Yong, Dr. Sofiah mahu pun Ms. Sarjit, tidak pula kami dimaklumkan tentang itu. Kata mereka, semuanya baik-baik sahaja.
.
Tangisan dan raungan Rayyan Ariff mula berhamburan sewaktu di paksa berdiri. Kuat sungguh anak ini melawan dan mendesak. Habis tudung saya menjadi mangsanya. Tangannya pantas meragut apa sahaja yang ada di hadapannya. Anak lelaki mestilah kuat.. Dan kami menjadi sasaran banyak mata kerana bunyi yang Rayyan Ariff hasilkan.. =P
.
Kak Raw juga memaklumkan, sekiranya tidak di rawat, kepala Rayyan Ariff mungkin akan menjadi lebih panjang dan leper kerana oksigen yang tidak sampai ke kepala.
.
Kami maklum dengan 'kehebatan' Kak Raw dan berpendapat tidak salah mencuba. Namun satu perkara yang berserabut di minda saya, permintaan Kak Raw agar fisioterapi dihentikan ke atas Rayyan Ariff sekiranya mahu terus membuat rawatan dengannya.
.
Mana mungkin saya sewenang-wenangnya akur dengan permintaan itu. Rayyan bermula dari sifar. Tiada kawalan kepala dan tidak mampu meniarap dengan baik sehinggalah boleh berdiri dan duduk. Namun kata Kak Raw, itu hanya luaran sahaja sedangkan 'dalaman' Rayyan tidaklah sebaik yang kami sangkakan.
.
Sudah banyak kali saya mendengar pertembungan antara rawatan alternatif dan moden. Namun tidak menyangka saya juga akan berada di dalam situasi 'terpaksa memilih'.. Perlukah saya membuang segala usaha saya selama ini dan memulakan sesuatu yang baru? Apa yang Rayyan Ariff lakukan sekarang berdasarkan pada method yang sama yang diaplikasi ke atas anak-anak brain injured yang lain. Malahan melalui pembacaan juga saya dapati anak-anak ini perlu diajar secara berterusan untuk 'mengingatkan' mereka dengan perkara-perkara asas seperti meniarap, merangkak, duduk dan juga berdiri.
.
Apa gunanya cuti tanpa gaji yang saya ambil sekiranya saya tidak perlu fokus pada senaman Rayyan Ariff dan semata-mata kepada perkembangan mentalnya sahaja? Perlukah saya melupakan senaman harian dan hanya fokus pada rawatan Kak Raw yang mengambil masa hanya seminggu sekali sahaja? Perlukah saya melupakan niat untuk mengajar Rayyan Ariff berdiri dan berjalan? Sandarkan sahaja segalanya kepada Kak Raw? Membuang segala usaha sejak setahun yang lalu? Ah betulkah tindakan saya ini??
.
Kusut.
.
Kusut.
.
Kusut.
.
P/s - Mama Put, ado nih Nivea cream dgn Jiey.. Heheheh.. Dlm plastik. Mama Put, thanks a lot coz bwk Ian gi Gedangsa deh.. =)

Friday, August 21, 2009

Dalam ketakutan..

Pagi semalam, dalam ketakutan, kami melangkah ke SDMC. Keadaan di hospital agak lengang dan tidak seperti selalunya. Awalnya, saya fikirkan mahu membatalkan sahaja temujanji Rayyan Ariff dengan Dr. Sofiah. Tapi bila mengenangkan bekalan ubat dan vitamin yang semakin habis (ubat dan vitamin terkawal yang tidak boleh dibeli sahaja di farmasi), kami bulatkan tekad untuk ke hospital. Lagi pula, terdapat banyak bintik2 merah di muka Rayyan Ariff seakan-akan ruam. Tidak senang duduk dibuatnya apabila ubat dari klinik GP tidak mendatangkan kesan dan bintik-bintik merah itu masih ada di situ.
.
Selesai mendaftar di klinik Dr. Sofiah, saya membawa Rayyan Ariff ke bahagian fisioterapi. Niatnya sekadar mahu menyerahkan GL yang sepatutnya saya serahkan pada dua kunjungan yang lalu dan memaklumkan kepada Ms. Sarjit bahawa Rayyan Ariff akan 'direhatkan' dari fisioterapi di SDMC buat sementara waktu.
.
Keadaan di bahagian fisioterapi juga agak lengang. Kata Ms.Sarjit, banyak ibubapa yang membatalkan temujanji kerana masing2 agak kerisauan dengan wabak penyakit yang melanda. Memandangkan tiada sesiapa waktu itu, Ms Sarjit mempelawa Rayyan Ariff untuk melakukan sedikit senaman. Memandangkan kami sudah berada di sana dan sedang menantikan giliran untuk berjumpa Dr. Sofiah, fikir saya, tiada salahnya untuk Rayyan Ariff melakukan sedikit senaman.
.
Alhamdulillah, perkembangan fizikal dan mental Rayyan Ariff semakin baik. Rayyan sudah mampu menolak badannya sendiri. Creeping and rolling. Bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan sendirinya.
.
Berehat setelah kepenatan.

'Kanak-kanak' yang sibuk berdiri.

Pertemuan dengan Dr. Sofiah juga membuahkan kegembiraan di hati kami. Dr. Sofiah juga kelihatannya gembira dengan perkembangan Rayyan Ariff. Fokus matanya baik. Perkembangan fizikal juga bagus. Alert dengan persekitarannya. Dan Rayyan Ariff juga menunjukkan kebolehan meniru apa yang kita lakukan kepada Dr. Sofiah. Apabila kita menjerit, dia turut sama menjerit. Apabila kita menyebut Bye.. Bye.. Dia sedaya upaya meniru dan terhasillah bunyi 'babba'.. 'babba'.. Sangat comel!

Rayyan Ariff juga 'sibuk' mahu membaca laporan yang berada di meja Dr. Sofiah. Sifat ingin tahunya adalah selari dengan perkembangan usianya. Dia juga sibuk bertepuk tangan dan mengangguk-angguk apabila Dr. Sofiah bercakap. Seakan-akan memahami butir bicara Dr. Sofiah dan seolah-olah berpuas hati dengan pencapaiannya sendiri. Comel lagi di situ!! :P

Kami juga sempat berbincang tentang tahap pendengaran Rayyan Ariff. Walaupun sebelah telinganya tidak menunjukkan reaksi pada bunyi, kami bersyukur kerana telinga kanannya masih boleh menerima dan memproses bunyi. Gelombang yang tercatat pada hasil ujian yang dibuat sebulan yang lalu juga 'cantik'. InsyaAllah, Rayyan Ariff boleh dibantu melalui penggunaan hearing aid. Asal sahaja ianya tidak mengganggu pertuturan dan perkembangannya, sebelah telinga sudah memadai. Itulah istimewanya Rayyan Ariff. Tuhan pinjamkan hanya sebelah pendengaran padanya sewaktu di dunia, mungkin kerana ada lebih bahagian untuknya di akhirat kelak. =)

Dr. Sofiah juga memaklumkan kepada kami bahawa masih ada peluang untuk pendengaran Rayyan Ariff menjadi lebih baik dan tidak bergantung pada alat bantu pendengaran apabila dia sudah besar kelak. Hanya rangsangan yang berterusan yang harus dilakukan. InsyaAllah, mudah-mudahan.. =)

Saya memaklumkan kepada Dr. Sofiah bahawa kami ingin membawa Rayyan Ariff ke Gedangsa. Kata Dr. Sofiah, perkembangan Rayyan Ariff tidaklah dikategorikan dalam keadaan yang lambat dan sepatutnya, senaman dan fisioterapi yang berterusan sudah mencukupi untuk Rayyan Ariff. Namun seandainya merasakan tidak cukup 'rajin' untuk semua itu, rawatan di Gedangsa bolehlah dianggap sebagai tambahan sahaja.

Melihatkan keadaan terkini Rayyan Ariff, Dr. Sofiah berpendapat, mungkin perkembangan Rayyan terganggu sebelum ini kerana seizures yang tidak dikesan pada awal usianya. Memandangkan seizures sudah terkawal, Rayyan Ariff kembali menunjukkan peningkatan di dalam perkembangan fizikal dan mentalnya. Alhamdulillah..

Oh yea, bintik-bintik merah di bahagian muka Rayyan Ariff adalah kesan gigitan serangga dan bukanlah sesuatu yang merbahaya. Huh, sampai hati gigit Rayyan Ariff!! Shooh! Shooh! Gi main jauh2!! Jangan hampiri Rayyan Ariff lagi.. Kurang handsome Rayyan Ariff dengan 9 bintik merah di muka!

P/s - Ingatkan nak pakai nursing cover Kedai Chomel untuk cover Ian kat SDMC.. Bukannya boleh nak letak mask kat muka Ian, cap pun tanak pakai, apa lagi mask... Ok tak idea nih? :P
.
P/s (2) - Selamat menyambut ramadhan to all. Ampun dan maaf dipinta andai ada tersilap bicara dan terkasar budi bahasa.. Hopefully banyak manfaat yang akan kita dapat sepanjang bulan yang mulia ini.. =)

Wednesday, August 19, 2009

Ujian imbasan kehamilan..

Semalam, sebelum pulang dari tempat kerja, saya berbual-bual dengan seorang teman sepejabat. Biarlah saya namakan dia sebagai Norish Karman (bukan nama sebenar) sahaja. MommyLyna, okay dop guno namo nih? Tok reti etek nok guno namo2 samaran nih..
.
Norish Karman sedang hamil dan usia kandungannya baru sahaja mencecah minggu ke 20. Sekejap benar masa berlalu. Seakan baru sahaja dia khabarkan berita tentang kehamilannya kepada saya, rupa-rupanya, sudah 5 bulan berlalu.
.
Dengan rasa keterujaan saya bertanya sama ada dia sudah mengetahui jantina bayi yang dikandungnya. Dengan bersahaja Norish Karman menjawab, "Taktau pun, tanak scan.. Malas la.. Biarlah dulu.. Tak pernah scan pun. Tengok la, dah 7 atau 8 bulan nanti baru scan la kot.."
.
Agak terperanjat apabila saya mendengar kata-katanya namun tidak pula saya bertanya alasannya. Mungkin kerana sedikit terkejut membuatkan saya lupa. Kalau mahu jadikan kos sebagai alasan, rasanya kalau di klinik keluarga biasa, kosnya tidak melebihi RM40.00 untuk setiap ujian imbasan yang dilakukan.
.
Kalau hendak dikatakan bisa memudaratkan bayi di dalam kandungan, tidak pula saya menemui di dalam mana-mana pembacaan saya tentang kemungkinan itu. Tapi mungkin ada juga yang berfikiran begini kerana saya sendiri pernah 'dimarahi' kerana melakukan ujian imbasan kehamilan hinggakan menyebabkan 'kecederaan' pada Rayyan Ariff. "Huh, orang dulu2 takde pun scan2 nih, anak lahir elok je.. Itulah, ikutkan sangat kata-kata doktor!" Inilah ayat yang pernah saya terima satu waktu dahulu sewaktu dikhabarkan tentang kelainan Rayyan Ariff.
.
Dengan senyuman saya berkata kepada Norish Karman, "Norish, pergilah scan even you tanak tau jantina anak you.. Takde ruginya pun. At least you boleh make sure yang baby you ok. Bukan I nak celupar mulut cakap benda-benda merapu, tapi takde salahnya kan kalau kita ambik semua precaution method?"
.
Norish Karman memang sedia maklum tentang kisah Rayyan Ariff. Jadi, tidak perlulah saya mengulangi lagi kisah Rayyan Ariff kepadanya untuk mengingatkan.
.
Sungguh. Kalau tidak kerana ujian imbasan kehamilan yang dilakukan, kami tidak akan tahu tentang kondisi Rayyan Ariff. Dan tentunya kami juga tidak akan membuat sebarang persediaan ataupun meneruskan dengan langkah-langkah yang perlu. Mungkin juga, Rayyan Ariff tidak akan berada di sisi kami ketika ini. Rayyan Ariff seorang bayi yang aktif sedari dalam kandungan lagi. Tidak berhenti bergerak dan seakan-akan tidak mempunyai sebarang masalah. Degup jantung Rayyan Ariff juga normal. Dan sehingga sekarang, dia masih seorang yang aktif despite being a special needs child. Semalam Ian sepahkan toys dia satu living room! Siyan nenek kena kemas!!
.
Sewaktu kali pertama kami membawa Rayyan Ariff pulang dari NICU, jiran-jiran di taman kami datang menziarah dan salah seorangnya adalah Kak Norlia Ghani (masih bukan nama sebenar). Bersungguh-sungguh Kak Norlia melihat Rayyan Ariff dan bertanya tentang banyak perkara. Sterusnya, dia bercerita tentang kisah arwah anaknya pula.
.
Rupanya-rupanya, arwah anak Kak Norlia Ghani juga disahkan mempunyai kondisi seperti Rayyan Ariff. Bezanya, dia hanya mengetahui tentang kondisi anaknya sewaktu saat untuk melahirkan tiba dan doktor mengalami kesukaran mengeluarkan anaknya. Kejadian yang berlaku 9 tahun dahulu ini masih segar dalam ingatannya. Dan sehingga saat ini dia menyatakan rasa bersalahnya kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk arwah anaknya.
.
Mana mungkin Kak Norlia Ghani bisa dipersalahkan. 9 Tahun dahulu, rasanya ujian imbasan kehamilan tidaklah dititikberatkan seperti sekarang. Tambahan pula Kak Norlia Ghani melakukan pemeriksaan di klinik desa.
.
Kalau kami juga tidak melakukan ujian imbasan kehamilan, mungkin kami juga terpaksa melakukan perkara yang sama seperti Kak Norlia Ghani. Memilih untuk menyelamatkan nyawa ibu dan mengorbankan si anak. Doktor juga mungkin akan mengesyorkan perkara yang sama kerana kelangsungan hidup si anak masih belum dapat dipastikan sedangkan si ibu adalah manusia yang sudah tentu kondisinya. Malahan, dalam islam juga mengatakan perkara yang sama. Bila mana satu-satu kandungan itu memudaratkan ibu yang mengandung, maka ibulah yang harus didahulukan.
.
Tidak dapat saya bayangkan betapa pedihnya hati Kak Norlia Ghani sewaktu doktor terpaksa memutuskan nyawa anak di dalam kandungannya kerana mahu menyelamatkan si ibu. Betapa waktu itu, Kak Norlia bertarung dengan kesakitan hendak melahirkan dan juga prosedur memutuskan nyawa yang dilakukan ke atas anak yang masih di dalam kandungan. Mendengar ceritanya sahaja sudah menggerunkan, apa lagi kalau berada di tempatnya.
.
Kes kehamilan yang saya dan Kak Norlia Ghani lalui berlaku sekali dalam 1000 kehamilan. 1000 bukanlah angka yang besar kalau diukur berdasarkan jumlah kelahiran yang berlaku di dunia. Jadi, ada kemungkinan untuk ia berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau saya punya kuasa, memang saya mahu ianya berhenti. Agar tidak ada lagi mereka yang perlu melalui apa yang kami lalui. Sukar. Sedih. Pedih. Sakit. Semuanya bercampur baur. Sejujurnya, saya tidak mahu sesiapa pun menempuh apa yang telah kami tempuhi. Namun apalah daya saya. Dia maha mengetahui dan maha berkuasa bukan?
.
Kesimpulannya di sini, dahulukan apa yang perlu dan pentingkan apa yang penting. =)
.
Rayyan Ariff @ 12W
.
P/s - Dengan berat hati, esok terpaksa ke SDMC, untuk check up dan ambik ubat. Agak2, kalau pki nursing cover kedai chomel tu selamat tak??

Monday, August 17, 2009

Perjalanan yang masih jauh..

Apabila diajukan dengan persoalan tentang Rayyan, sejujurnya, saya tidak dapat memberikan jawapan yang definitive. Seandainya soalan yang diajukan adalah dari segi kesihatan, Alhamdulillah, Rayyan sama sahaja dengan anak-anak lain. Ada waktu dia diserang demam dan ada waktu didatangi selsema. Tapi keseluruhannya, daya ketahanan badan Rayyan boleh dikategorikan sebagai baik. Dan untuk seizures pula, InsyaAllah, EEG test untuk mengesan kehadiran seizures akan diulang dalam sedikit waktu lagi.
.
Dan seandainya soalan yang diajukan adalah dari segi perkembangan pula, yang mampu saya katakan berdasarkan permerhatian saya ialah, Alhamdulillah.. He’s doing well for a child that has been diagnosed with a serious brain injury. Tapi seandainya mahu dibandingkan Rayyan dengan anak-anak seusia dengannya, tentunya Rayyan agak ketinggalan baik dari segi fizikal ataupun mental.
.
Bagi tahun-tahun pertama hidupnya, selain daripada memberikan lebih tumpuan kepada perkembangan fizikalnya, kami juga turut memberi fokus kepada perkembangan mentalnya. Tidak ketinggalan, stimulasi ke atas pancainderanya.
.
Bercerita tentang pancaindera, sesuatu yang masih menjadi persoalan bagi kami adalah tahap pendengaran Rayyan. Kami sendiri tidak pasti sejauh mana Rayyan mampu mendengar. Ada waktu, dia terkejut dengan bunyi yang kuat namun kebanyakan waktu,bunyi itu bagaikan tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.
.
Tetapi melihat kesungguhan Rayyan untuk meniru bunyi yang dihasilkan dari mulut kami, membuatkan kami menolak kemungkinan bahawa Rayyan tidak dapat mendengar sama sekali. Bunyi-bunyian yang agak berirama yang terhasil dari mulutnya juga menguatkan lagi andaian kami.
.
Tatkala dinyanyikan lagu kegemarannya juga, Rayyan akan mengalihkan pandangannya kepada kami dan mendengar dan memerhatikan gerak mulut kami dengan bersungguh-sungguh. Seandainya deria pendengarannya tidak berfungsi, bagaimana mungkin dia bisa menoleh apabila kami mula menyanyi.
.
Rumit bukan? Lebih banyak ujian yang akan dilakukan pada masa akan datang sebelum menentukan alat bantuan pendengaran yang bersesuaian. Andai benar ditakdirkan Rayyan perlu bergantung pada alat itu untuk mendengar, kami redha. Asalkan saja hidupnya tidak sunyi. Asalkan saja pertuturannya tidak terganggu dan dia bisa memanggil kami mama dan ayah.
.
InsyaAllah, dengan izinNya, saya cukup pasti Rayyan akan berjalan dan berlari suatu masa nanti. Hanya masa yang menentukan bila detik itu akan tiba. Namun saya akur, itu semua hanyalah satu permulaan. Seperti kata Mama Ridhwan sewaktu sibuk ber 'ym', perjalanan masih jauh..
.
Kerana itu saya katakan tiada jawapan yang pasti untuk setiap soalan berkenaan Rayyan. Kerana yang saya inginkan bukan hanya melihat dia berjalan dan berlari. Lebih daripada itu. Saya bukan hanya terpaksa berdepan dengan cabaran berkenaan dengan pendidikan untuk Rayyan pada suatu masa nanti, malahan juga untuk mempersiapkan dirinya bagi menguruskan kehidupan sendiri secara total. InsyaAllah.. Pasti ada jalannya.. =)
.

P/s – Sedang dalam proses untuk mengajar Rayyan makan sendiri.. Susah, kerana dia agak sensitive pada bahagian tangannya dan dia bagaikan 'kegelian' dengan sesetengah tekstur makanan.. It’s ok. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama.

Saturday, August 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Get a photo of your baby with his/her favorite toys (Checked!)
Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest (Checked!)
Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth. (Checked!)
Write about the TOYS in the picture. (Checked!)
Write your opinion about the usage of TOYS in early childhood learning (Checked!)
Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry. (Checked!)
Leave a comment here with link to your blog post (Checked!)
.

Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin
DOB : 12 May 2008
.

In the first 2 photos, Rayyan is playing with his Mr. Bebo.. Different texture on the toy helps to improve child's sensory system. The mirror attached to Mr Bebo's hand is good for self recognition. Mr. Bebo has been with Rayyan for quite some times but he never gets enough of it. =)

In the last 2 photos, Rayyan is sitting in his Jumperoo. Rayyan really loves all the toys attached to the jumperoo. With a spinning seat, Rayyan is using his feet (something that is sooo hard to make him do) to explore the toys. The bright colors on the toys also stimulate child's visual and auditory senses.

I think almost every parent agree that toys are important for children development, let alone, a child with special needs like Rayyan. The features of the toys itself can attract children and make them love to explore it. Most of the educational toys were designed in accordance to children development stages such as the experience, discovery and expanding imagination stages. Rayyan first showed his interest in toys when he was 5 months old or at the corrected age of 3 months old.

Seeing Rayyan explored every inches of his play gym and rattles really excite us. When Rayyan managed to figure out how to play with any one of his toys, he'll continue to explore more and becomes more excited when we introduced new toys to him. Looking at how his brain working nicely when he's playing with them, we really 'invested' in toys, especially educational toys. Hopefully, the toys that we bought for Rayyan will continue to help him to stimulate his brain. =)

This contest is proudly brought to you by:-

PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/

P/s - Kalah menang, adat pertandingan. Seronok plak tengok participation from blogger mommies.

Friday, August 14, 2009

Aku semut merah..

It's almost 6.30pm and it's friday some more, but almost everyone in your division (not just department ok!) are still in front of their PC. You can clearly hear the sound of their fingers hitting the keyboard button and clicking the mouse.. What do you feel? Do you feel ok to leave or feel obliged to stay?
.
To make things worst, just a few minutes ago, you have being scolded by someone so-called "senior". Would you rather go back and continue your work on monday or just sit in front of your PC doing things that is non work related like updating your blog?
.
Photo from : ahderk.com
.
Aku tau la, aku semut merah.. Ko ni species kerengga agaknya..
Takyah la nak treat aku cam sampah..
Masuk kubur nanti, kita sama taraf jer..
Masa baca talkin, diorang takkan sebut nama ko sebagai "si polan bin tan sri si polan"..
.
P/s - Mode : Jiwa kacau, hati pedih!! Saya benci office politic . Saya benci dunia politik Malaysia. I wish that I'm working in a place that got nothing to do with 'serving the public or work for the public". Reality sucks!

Thursday, August 13, 2009

Akur pada keadaan..

Semalam, sewaktu sedang bersiap-siap mahu keluar dari rumah untuk ke SDMC bagi sesi fisioterpai Rayyan Ariff, telefon di rumah berbunyi. Mommy rupanya yang menelefon. Setelah berbual untuk seketika, gagang telefon kembali diletakkan.
.
Mommy memohon agar sesi fisioterapi Rayyan dihentikan buat sementara waktu. Mommy memberikan hujah-hujah betapa hospital bukanlah satu tempat yang selamat pada waktu ini. Waktu yang mana semua umat manusia sedang kalut tentang H1N1.
.
Saya pula, beberapa kali mengutarakan pendirian saya. Sehingga pada satu point, saya berhenti.. "Kalau sesuatu yang tidak diingini terjadi, berbaloikah segala sesi fisio yang dilakukan?"
.
Saya terdiam. Terdiam kerana mengakui kebenaran kata-kata mommy. Seterusnya, saya menelefon Kak Reenaz, bertanya sama ada dia juga masih membawa Ridhwan ke SDMC untuk fisioterapi. Kak Reenaz mengatakan Ridhwan juga akan 'bercuti' buat sementara waktu daripada menghadiri fisioterapi.
.
Aduhh.. Saya benar2 rasa terperangkap. Antara keterujaan tentang pencapaian Rayyan dan perasaan untuk melindunginya. Akhirnya, saya akur pada keadaan. Ada waktunya, banyak perkara yang berada di luar kawalan kita.
.
Sewaktu saya menelefon Ms Sarjit untuk menyatakan ketidakhadiran kami, nada suaranya masih berbaur keterujaan dan kegembiran mengenai pencapaian Rayyan. Namun apalah daya kami. Saya cuma mampu berharap Rayyan sudi 'bekerjasama' dengan saya untuk sesi fisioterpai di rumah sahaja. Walau maklum, tangisnya akan berhamburan dan rengekannya akan berpanjangan.
.
Semoga segala wabak penyakit yang berleluasa ini akan cepat berlalu pergi. Aminnnn..
.
P/s - Mama Put, Boss tak approve la gi Gedangsa hari sabtu ni.. Boss tak bagi Ian kuar rumah.. Too risky to be in crowded place.. So sad.. Huhuhu.. Nak ikut.. Nak Ikut..

Wednesday, August 12, 2009

Rasa itu

Sudah beberapa kali entri ini tentang hari sabtu lalu tertangguh. Mungkin kerana kesibukan yang mengejar. Dan mungkin juga kerana kepenatan yang semakin terasa. Sibuk mengejar kerja. Sibuk mengejar anak. Sibuk mengejar puasa ganti (I know, bad me!). Sibuk mengejar ruang untuk mengemaskini dua blog. Sebenarnya, lebih kepada, SIBUK MENGEJAR MASA YANG BERLARI PANTAS. =)
.
Hari sabtu yang lalu, saya dan hubby meninggalkan Ian kepada bibik dan abang saya kerana kami sibuk mendapatkan barang jualan untuk Kerna Kasih Collection. Kerna itu, saya meminta abang saya membawa Ian Ariff ke sesi fisioterapinya di SDMC.
.
Sedang saya di dalam kereta, telefon bimbit saya berbunyi. Rupa-rupanya kiriman MMS daripada abang saya berserta dengan mesej, "Ryan is doing fine standing. For the next session, her mother will be chased out of the room."
.
Saya tertawa membaca kiriman SMS itu. Itulah Rayyan Ariff. Adanya saya, sama sekali dia tidak mahu berdiri. Dia juga akan merengek-rengek kecil seakan-akan meminta simpati. Manja sungguh anak ini dengan saya. Kalau tiada saya, tahulah dia bagaimana cara untuk membawa diri. Kelakuannya cukup terjaga. Untuk mendengar dia menangis adalah sesuatu yang sukar. =)
.
Standing with support while playing with his favourite toy hanging at the wood.
.
Kiriman MMS abang saya membuatkan saya tersenyum panjang. Sambil menunjukkan gambar itu kepada ahli keluarga yang lain, termasuk hubby.
.
Seterusnya, telefon bimbit saya berbunyi lagi. "Nah, takde protes pun!"
.
Rayyan standing against the wall with very minimal support from Auntie Sarjit.
.
Saya menjerit kecil tatkala kiriman MMS itu dibuka. Agaknya memang betul teori Ms. Sarjit selama ini, Rayyan manja apabila saya di sisi!! Senyum saya semakin melebar. Kagum dengan Rayyan Ariff. Sambil turut memuji kecomelan wajahnya. Hehehhe..
.
Telefon bimbit berbunyi lagi. Masih ada sesuatu yang barukah? Hati saya tertanya-tanya dengan senyuman yang masih belum hilang di muka.
.
"Amazing!! Ryan was standing by himself for over 2 minutes. Totally with no support!!" Teks yang turut serta bersama gambar Rayyan.
.
Standing alone, leaning against the wall for over 2 minutes!!

Ya Allah.. Betapa besar kuasaMu ya Allah.. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Hanya itu yang terucap di bibir saya.

Rasa itu. Satu rasa yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Ada rasa keterharuan yang memenuhi ruang hati saya. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa. Berkali-kali saya menatap gambar di skrin telefon bimbit saya. Anak ini, yang pernah dikhabarkan, mungkin akan lumpuh untuk seluruh hidupnya, sedang berdiri dengan sendirinya. Terasa penat kami berbayar. Terasa lelah kami hilang.

Air mata duka suatu waktu dahulu, berganti dengan air mata keterharuan. Kuat sungguh kamu anak. Dan terima kasih kerana terus-terusan menjadi sumber kekuatan mama dan ayah. Dan teruskan eksplorasimu duhai anak. Jangan pernah mengalah pada kesusahan yang ada. Jangan pernah mengalah pada kata-kata manusia. Ini peringatan untuk dirimu dan juga buat kami yang ada waktunya terleka.

Masih terbayang, betapa sukarnya untuk membuatkan Rayyan berdiri. Sungguh saya tidak menyangka semua ini datang secepat ini. Semoga impian saya untuk melihat Rayyan berjalan sebelum usia menginjak ke dua tahun akan tercapai. InsyaAllah.. (Aminkan yea kawan2)..

"Ya Allah, terima kasih di atas kurniaanMu. Semoga kemanisan ini berkekalan Ya Allah. Walau ini semua hanya pinjaman dariMu, janganlah diambil nikmat ini Ya Allah. Sekurang-kurangnya, bukan sekarang. Amin Ya Rabbal Alamin"

Apabila melihat gambar Rayyan tegak berdiri, bagaikan melihat seorang 'kanak-kanak' di dalam bayi saya. Cepat sungguh waktu berlari.

P/s - Kerna Kasih Collection sudah di update. Banyak lagi yang mahu di post terutamanya baju melayu kanak2. Tapi entah mengapa, gambar tidak dapat di upload. Blogspot oh blogspot.

Tuesday, August 11, 2009

Bernafas berdua..

Semalam, saya menerima satu kiriman SMS dari seorang sahabat baik yang pernah menangis bersama-sama. Kami menginjak dari alam remaja dalam meniti kedewasaan bersama-sama. Walau dia tiada di sisi pada hampir setiap peristiwa penting di dalam hidup saya, tapi kasih padanya tidak pernah berkurangan. Ingatan padanya tidak pernah padam. Begitu juga saya yang ketinggalan banyak episod penting dalam hidupnya. Rutin kehidupan yang menjauhkan kami dan kami juga akur pada jarak yang memisahkan.
.
Kiriman SMSnya pendek. Namun cukup menggambarkan pilu dihatinya.
.
"Jiey, kawan baru Rayyan sudah pergi setelah 3 bulan di dalam kandungan."
.
Hati saya juga dipagut pilu. Terasa betapa besarnya sebuah 'kehilangan'. Mungkin naluri semulajadi seorang ibu. Kiriman SMS yang seterusnya semakin mengundang gerimis di hati.
.
"Sepi. Sunyi apabila bernafas keseorangan. Sudah 3 bulan bernafas berdua.." Dan seterusnya, beberapa luahan hati yang cukup menusuk hati.
.
Hanya ungkapan sabar dan tabah yang mampu saya berikan. Walau saya tahu, berkata-kata lebih mudah daripada berada di tempatnya sendiri. Tetapi sesungguhnya, saya mengerti perasaannya. Bagaimana perit rasanya membawa benih cinta yang akan pergi. Saya pernah merasa 'kehilangan' walau Rayyan masih bersama saya.
.
Waktu itu, yang sering saya ucapkan pada Rayyan hanya satu ayat yang sama, "Mama mahu Rayyan kuat. Mama tahu Rayyan sakit, tapi mama mahu Rayyan terus berjuang sepenuh hati. Jangan mengalah sebelum tiba waktunya. Andai satu masa mama terpaksa melepaskan, mama akan redha.. Tapi hati, jiwa dan perasaan mama akan pecah. Namun mama akur bahawa Rayyan belum bersedia untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT."
.
Memetik kata-kata seorang ustazah yang pernah saya hubungi, "Setiap manusia yang dilahirkan merupakan khalifah di muka bumi Allah. Walau dalam apa sekali pun bentuk dia dilahirkan, setiap seorang itu mempunyai peranannya tersendiri. Hatta orang yang tidak sempurna di mata kita sekalipun, mereka masih membawa 'perubahan' ke dalam orang yang berada di sekelilingnya. Andai bayi yang dikandung kamu pergi dahulu, anggaplah dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT. Andai dia hadir dalam keadaan tidak sesempurna kita, pasti ada kisah yang akan dibawanya yang memberi satu perspektif baru kepada kita. Itulah lebihnya dia."
.
Apa lagi yang boleh saya katakan melainkan menyetujui kata-katanya. Rayyan merupakan jalan ibadah kami. Dan saya juga pasti, rakan baru Rayyan yang pergi pada usia tiga bulan di dalam kandungan itu juga merupakan satu bonus untuk kedua ibu-bapanya di akhirat nanti.
.
Semoga segala yang indah akan menjadi milikmu duhai sahabat.. Aminnn...
.
"kelip-kelip disangka api,
kalau api mana puntungnya,
hilang ghaib disangka mati,
kalau mati mana kuburnya"
.
P/s - InsyaAllah, mlm nanti, saya akan update Kerna Kasih Collection. Jemput2 singgah yea..

Sunday, August 9, 2009

The launching..

Sebagai persediaan untuk bercuti tanpa gaji nanti (insyaAllah, dalam masa 2 minggu dari sekarang), saya dengan ini, menyahut seruan rakan-rakan untuk memulakan perniagaan online. Oh ayat yang sangat skema dan poyo.. :P
.
Dengan ini, saya memperkenalkan...

KERNA KASIH COLLECTION!!!

-Sila klik pada gambar utk ke laman blog http://kernakasihcollection.blogspot.com-

Masih banyak gambar yang belum sempat di upload. InsyaAllah, produk-produk baru akan ditambah dalam kadar yang segera..

P/s - Sekadar percubaan sebelum bergiat secara serius.. Wish me luck.. =)

Friday, August 7, 2009

Menemukan makna sebuah kesabaran..

Hari rabu, kami sekali lagi mengunjungi SDMC. Kali ini, kunjungan kami lebih bermakna kerana dapat bertemu dengan seorang ibu yang cukup saya kagumi. Kak Reenaz datang bersama suami dan anak mereka yang handsome, Abang Ridhwan.. =)
.
Walau ianya hanya pertemuan yang singkat, kesannya masih terasa hingga ke saat ini. Kak Reenaz membawa Ridhwan untuk sesi fisioterapi pada jam 930am dan sesi Rayyan Ariff pula bermula pada 1030am. Kami sempat bercerita tentang beberapa perkara dan menetapkan tarikh untuk playdate Abang Ridhwan dan Adik Rayyan (lebihnya Kak Reenaz lah yang banyak bercerita kerana dia seorang yang cukup berpengalaman..).
.
Melihat Ridhwan pada hari ini, bagaikan melihat kejayaan Kak Reenaz. Seawal saya diberitahu agar cuba berbicara dengan Kak Reenaz tentang special needs child oleh Dr. Sofiah dan Ms Sarjit, sudah terdetik di hati saya, pasti banyak kelebihan yang ada padanya sehingga namanya menjadi sebutan.
.
Telahan saya tepat. Dengan sifatnya yang tidak lokek ilmu, dia juga seorang yang senang didekati. Kali pertama berbual dengannya dulu, saya sudah mengagumi dirinya. Serasakan, tiada separuh pun 'Kak Reenaz' dalam diri saya. Masih terlalu jauh untuk dijangkau.
.
Tatkala saya bercerita tentang pendengaran Rayyan Ariff dan betapa tersentuh hati saya apabila mendengar Ridhwan bertutur, Kak Reenaz hanya mengingatkan agar terus bercakap, bercerita dan menyanyi kepada Rayyan. Dulunya, dia menghabiskan masa selama dua tahun melakukan perkara yang sama. Tanpa sedar, Ridhwan mengikuti segala yang diperdengarkan kepadanya dan kini, dia cukup rajin bercerita.
.
Sekali lagi, terasa betapa kerdilnya saya sebagai seorang ibu. Dua tahun bukan jangka waktu yang sekejap. Terasa Rayyan lebih layak berada di sisi Kak Reenaz daripada saya. Ada waktu, saya terasa 'kepenatan' apabila mahu berbicara dengan Rayyan. Walaupun dia memandang penuh minat, ada kalanya, saya tidak bersungguh kerana merasakan tiada kepastian sama ada dia mendengar butir bicara saya ataupun tidak. Sungguh, ada waktu apabila keadaan menekan, saya rasakan terlalu letih untuk melayan Rayyan.
.
Mendengar nasihat Kak Reenaz, saya tanamkan tekad. InsyaAllah, penat saya ini hanya untuk sementara waktu. Apabila Rayyan mampu memanggil saya mama suatu masa nanti, pasti segalanya akan terbayar. Moga ditetapkan hati untuk terus sabar dan tabah. Seperti Ridhwan's mother.. =)
.
Mengambil kata-kata Ms Sarjit apabila merujuk kepada Ridhwan, he's what he is because of his mother, saya juga bersetuju dengan ungkapan itu. Sememangnya Allah is above all, tapi usaha tanpa jemu itukan sesuatu yang perlu. Dan saya temukan sabar dan tabah itu di dalam kisah Ridhwan dan ibunya. Semoga saya juga dapat mendidik Rayyan Ariff seperti mana Kak Reenaz mendidik Ridhwan, InsyaAllah..
.

Tuhan, terima kasih kerana 'mengingatkan'.. =)

P/s - Pertemuan yang singkat tetapi meninggalkan kesan yang mendalam. Kak Reenaz, maaf kerana menulis tentang akak tanpa keizinan. Sekadar berkongsi dengan ibu-ibu lain yang memiliki anak istimewa. Cerita Ridhwan, terlalu istimewa untuk hanya di simpan sendiri.. Masih ada rasa keterharuan sewaktu entri ini ditulis. Akak betul2 'menyentuh' jiwa saya.. =)

Wednesday, August 5, 2009

Luahan rasa jiwa.. =P

Rayyan sekarang makin bijak dalam mengekspresi apa yang dirasakannya. Kalau sayang, dia akan mencium bahagian muka kita, atau pun menyentuh lembut wajah kita. Dalam keadaan tidak puas hati, dia akan memukul kita dengan agak kuat.
.
Kalau dia teruja dengan sesuatu juga tangannya akan memainkan peranan, menghayun dengan senyuman yang meleret-leret.
.
Sekarang, Rayyan juga suka meniru perbuatan kita. Sesuatu yang tidak bisa ditiru, dia akan melihat bersungguh-sungguh. Seakan-akan 'belajar' dengan penuh minat.
.
Semalam, Rayyan merajuk dengan ayah. Tangisannya reda setelah diletakkan kembali di tilamnya. Puas ayah memanggilnya berkali-kali, tapi tiada respon. Puas badan Ian digosok, tidak juga dia mahu berpusing.
.

Merajuk dengan ayah.. :P


Setelah beberapa ketika dipujuk, barulah Ian memusingkan muka. Itu pun, sekali pandang sebelum kembali memusingkan badannya. Sangat manja ok!!

Kena tambah sedikit perisa nih. Marah2 banyak-banyak sikit so that Ian tak naik kepala. Biasanya, mama tukang marah, bibik yang back up.. Adoiii la.. Macam mana ni??

P/s - Bersiaran dari rumah.. Streamyx sudah kembali.. =)

Tuesday, August 4, 2009

Aktiviti hari minggu..

Ini aktiviti pada hari sabtu dan ahad yang baru berlalu.. Bermula dengan hari sabtu, pagi kami ke Desa Water Park.. Hari keluarga tempat saya bekerja.. Kami tiba agak lewat kerana saya terpaksa menyiapkan beberapa kerja pejabat yang belum selesai.
.
Di sana, selain daripada acara-acara berbentuk hiburan, kami juga dijamu dengan buah-buahan tempatan. Saya rasa, waktu inilah Ian telah digigit semut. Beberapa kesan merah jelas kelihatan di tangannya. Sehingga ke hari, masih sedikit bengkak dan ianya kelihatan seperti jerawat. Kasihan Ian.. Mungkin malam nanti kami akan membawa Ian ke klinik.
.
Dari Desa Water Park, kami ke Subang Jaya, menghadiri majlis akikah Izzat Kashfi. Cantik sekali perhiasan pada buaian Izzat. Pada sebelah paginya diadakan majlis berendoi dan marhaban.
.

Ian behaved so well. Mama, ayah and bibik boleh makan dengan aman while Kak Atie sibuk layan Ian.. =)

Doorgift di bahagian tepi, dibuat sendiri oleh mama Izzat.. Mmg kreatif mama Izzat ni..

Izzat Kashfi yang terlena..

Seterusnya, majlis sambutan hari lahir Nain dan Iman di Ampang. Semua foto-foto dari kamera Wana.

Iman dan Nain

Ian beramah mesra dengan Izz.. Siap pegang tangan Izz tu..
.
Blogger mama and their babies.. Abaikan saya yang gemuk itu!!
.
Hari ahad, saya terpaksa ke tempat kerja. Pulang dari tempat kerja, singgah sebentar di PIKOM PC Fair. Sungguh ramai umat manusia. Setelah dapat apa yang dicari, terus pulang. Hanya perkataan penat yang dapat diungkapkan apabila melalui hari minggu yang sarat dengan aktiviti.
.
P/s - Byk lagi yang tak settle, dah nak masuk bulan puasa kan??

Monday, August 3, 2009

Hidup untuk dikasihani???

Ini masih cerita tentang hari sabtu sebelumnya, kekangan masa dan ketiadaan kemudahan internet di rumah sememangnya 'memendekkan' langkah saya di alam siber ini.
.
Selesai sahaja sesi fisioterapi Ian Ariff, kami singgah di Endah Parade. Niatnya hanya satu, mahu mengisi perut yang asyik berkeroncong dan mahu mencari beberapa barangan keperluan di Carrefour. Sebetulnya, ini kali pertama saya ke sana. Itu pun, kebetulan mengikuti jalan itu. Kalau tidak, entah bila kami akan sampai ke sana. :P
.
Sewaktu kami di dalam lif untuk naik ke tingkat satu, sepasang suami isteri bersama dua anak lelakinya yang sudah menginjak remaja turut ada bersama di dalamnya. Ian beberapa kali merengek-rengek kerana mengantuk, dan mungkin juga lapar.
.
"Istimewakah?" Tanya sang isteri yang sedang sarat mengandung itu.
"Yea." Saya menjawab sambil tersenyum. Terus melangkah keluar dari lif kerana aras yang mahu dituju sudah tiba.
.
Kerana pertama kali di sini, kami agak terkial-kial dalam menentukan arah yang hendak dituju dan melihat pilihan restauran yang ada untuk mengisi perut yang kelaparan.
.
"Sejak bila?" Saya agak terperanjat apabila menoleh ke belakang. Pasangan suami isteri tadi sudah berada di sebelah saya dan si isteri kembal mengutarakan soalan.
"Sejak dalam kandungan. Tapi Alhamdulillah.. Keadaannya seperti sekarang, tidaklah seperti yang pernah diramalkan doktor." Saya membalas, masih dengan senyuman sebelum meneruskan langkah.
"Tapi, tak nampak sangatlah dik.. Nampak macam budak biasa jer.." Kata si isteri lagi, sambil si suami dan anak-anak sedia mendengar.
"Itulah.. Rezeki tuhan.. Tabiat dan perangai dia juga hampir menyamai anak-anak lain." Saya menjawab. Masih meneruskan langkah.
"Oh, ini mesti bukan kes teruk ni. Mesti ada chance pulih ni. Macam org dekat umah akak tu.. Anak dia punya kes tak teruk. Doktor kata boleh pulih."
"InsyaAllah.. Begitulah kata doktor untuk anak saya." Walau masih tersenyum, kami masih meneruskan langkah. Mungkin kerana perut yang kelaparan membuatkan kaki mahu terus melangkah.
"Ada makan apa2 ubat dan supplement tak?"
"Supplement daripada doktor lah."
"Boleh bagi nombor telefon tak dik?" Tanya si isteri lagi.
"Haaa??" Saya bagaikan tidak mendengar soalan yang dinyatakan. Sebetulnya, hanya inginkan kepastian sama ada saya tersalah dengar atau pun tidak. Waktu ini, langkah saya sudah terhenti.
"Bagi nombor telefon, tak pun, bagi alamat. Nanti akak datang and brief pasal satu produk ni.. Food supplement. Bagus untuk anak2 macam ini." Ohhh.. Mahu berjualan rupanya.
"Takpelah kak.. Lagipun, sudah banyak supplement yang anak saya ambil."
"Eh, yang tu takde testimonial. Yang akak punya ni ada testimonial tau.." Tambah si isteri lagi.
"Oh takpelah kak.." Saya tidak tahu kenapa, mulut saya bersungguh menolak walau dalam hati ada rasa ingin tahu, produk apakah yang sedang dia perkatakan.
"Adik, cubalah dulu. Bagilah anak ni makan supplement ni. Kasihan dia macam ni. Jangan dibiarkan dia begitu sahaja.." Si suami yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara.
.
Saya sudah ingat-ingat lupa ayat penuhnya. Tapi inilah butir utama kata-katanya. Saat ini, hati sudah mula kepanasan. Bukan kerana mereka tidak mahu mengalah, tapi kerana kata-kata yang dilemparkan.
Siapa dia untuk mengatakan saya hanya membiarkan anak yang sedang berada di dalam pangkuan saya ini?
Siapa dia untuk mempertikaikan keadaan anak saya tanpa mengetahui apa yang telah dan sanggup saya lakukan untuk anak ini?
Hidup bukan untuk dikasihani. Kalau diikutkan rasa kasihan, telah lama kami hanyut dengan emosi dalam membesarkan permata yang satu ini.
.
"Eh, takdelah bang.. Anak saya ini sudah boleh dikategorikan cepat progressnya. Baru 4 bulan kami mengikuti fisioterapi secara intensif, dia sudah boleh duduk. Kawalan dan keseimbangan badan juga semakin baik. Kalau dikatakan kes anak saya ini tidak teruk, silaplah.. Dia lahir dalam keadaan hampir tiada sel otak. Doktor meletakkan segala ramalan buruk padanya. Tidak dapat bergerak, tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, terencat akal dan segala kekurangan yang lain. Tapi lihatlah dia sekarang.. Walau ada kelainan dengan anak-anak lain, tapi kami bersyukur dia sudah di tahap ini."
Saya pasti, nada saya agak tinggi sewaktu saya mengutarakan ayat ini. Tidak tahu mengapa, mudah sekali sabar saya hilang.. Mungkin sbb lapar kot.. :P
.
Tapi bukan hanya saya, bibik juga menyatakan ketidakpuasan hatinya selepas itu. Saya kira, adik lelaki saya juga begitu. Cumanya, dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
.

Cool mama.. Cool.. See, I'm still smiling!! =)

Saya rasa, dengan mana-mana ibubapa kepada anak-anak istimewa sekalipun, kita haruslah lebih peka dan tutur kata haruslah dijaga. Serasa saya, mana2 ibubapa pun pasti akan ada satu rasa 'halus' yang sukar digambarkan apabila diberi peluang menjaga amanah Allah SWT yang cukup istimewa ini.

Bukan hanya tutur kata, perlakuan juga harus dijaga. Tidak perlulah dilontarkan pandangan 'luarbiasa' setiap kali melihat anak-anak istimewa ini. Mereka juga seperti kita, hanya menjalani hidup di atas landasan yang telah ditetapkan oleh tuhan yang satu.

P/s - Uh, emo lagi di pagi hari.. Happy monday all!!

Saturday, August 1, 2009

Takde kawan.. =(

Kawan2, saya takde kawan sebaya untuk bermain. Saya biasa main sorang2 kalau tak dengan bibik. Mama saya selalu sibuk. Malam2 jer saya dapat main ngan mama and ayah. Tu pun tak lama.. =(
.
Huhuhu.. Takde geng..
.
Eh, mama!!

Takpe la.. Saya biasakan diri main sorang2..

Sebagai budak botak, cap harus sentiasa ada di sisi.. =)

Mama.. Nk kuar la!!

Muka protes!
P/s - Siyan Ian takde geng.. Haruskah bagi adik utk Ian? :P