Saturday, October 31, 2009

Kurus dan slim itu cantik???

Ini foto -foto Rayyan Ariff selepas baik dari demam selsema yang berpanjangan. Kasihan anak kecil ini, berat badannya susut.. Lihat sahaja lengannya yang panjang dan kecil.. Dia kurang selera makan dan sama sekali tidak mahu susu..
.
*Namun tetap sukakan kipas.. Siap tepuk tangan tu.. :P*
.
Namun kini, saya rasakan beratnya mungkin sudah naik sedikit. Tidak sabar rasanya mahu menimbang beratnya apabila bertemu Dr. Yong dan Dr. Sofiah nanti.. Bermacam makanan yang saya berikan kepadanya kerana mahu beratnya naik. Dan dia masih tidak begitu menggemari susu. Milo? Hanya yang sejuk sahaja yang diterima tekaknya.. :P
.
Pelik kan? Kalau anak kecil, dengan penuh semangat mahu beratnya naik.. Biar tembam agar nampak comel sahaja..
.
Tapi bila tiba giliran si ibu, satu kesalahan jika berat badan naik walau 500gm!
.
P/s - Tiba2 emo.. Berat mokcik naik la tu.. Huhuhu..Dah makan tak hengat dunia!

Friday, October 30, 2009

Hadir dirinya membawa bahagia.. =)

Semenjak tiba di kampung dari hari selasa minggu lalu, saya masih lagi mengajar Rayyan Ariff untuk melambaikan tangannya sambil mulut saya tidak menyebut "Bye-Bye". Bermakna, termasuk hari ini, sudah 11 hari saya mengajar dan mengulangi perbuatan itu kepadanya.
.
Hasilnya belum begitu kelihatan. Setiap kali perkataan "Bye-bye" saya ulangi, hanya senyum manis yang dia pamerkan. Lalu saya tanyakan pada mommy, berapa lamakah masa yang diambil untuk mengajar kami adik beradik melambaikan tangan tanda selamat tinggal suatu masa dahulu. Kata mommy tidak lama, mungkin hanya dua atau tiga hari sahaja.
.
Fine, tiada rasa kecewa di situ. Kami lahir dengan sel otak yang lengkap jadi mengapa harus dijadikan penanda aras untuk mengukur tahap penerimaan Rayyan Ariff.
.
Walau Rayyan Ariff sedang asyik melakukan sesuatu, pasti dia akan menoleh setiap kali saya menyebut "Bye-bye".. Seterusnya, dia akan melemparkan senyuman yang cukup manis.. Seperti selayaknya, saya akan menarik tangan Rayyan Ariff dan mendorong tangannya untuk melambai. Namun dia akan menarik tangannya tanda tidak mahu diperlakukan begitu. Dalam sebelas hari ini, baru sekali dua sahaja dia menolak tangannya ke atas dan ke bawah, lambaian yang comel dan lembut darinya.
.
Namun apa yang berlaku semenjak hari isnin yang lalu benar-benar menggeletek hati kami sekeluarga. Sambil mulut saya menuturkan "bye-bye", tangan saya memegang tangan kanan Rayyan Ariff sambil menggerak-gerakkannya. Seperti yang sudah di duga, dia menarik tangannya sambil menghadiahkan senyuman. Kerana tidak mahu mengalah, saya meneruskan lambaian menggunakan tangan sendiri sambil mulut masih separa menjerit dengan perkataan "bye-bye".
.
Tanpa di duga, Rayyan Ariff mengangkat tangan kanannya dan memegang tangan kanan saya yang masih tidak berhenti melambai. Melihatkan perlakuannya, saya menghentikan pergerakan. Apabila tangan saya yang sudah berhenti bergerak, Rayyan Ariff menarik tangan saya dan menolaknya saya ke atas dan ke bawah sambil mulutnya berkata, "bubba-bubba".. Berulangkali perkataan comel itu dituturkannya sambil tangannya masih 'menolong' saya membuat lambaian.. AMAZING!! Comel sekali!! Riuh sekejap rumah Atuk dengan hilaian tawa kami.
.
Dan Rayyan Ariff, turut tertawa melihatkan kami yang tidak henti-henti ketawa.. Cuteness!! Tertawa hanya kerana orang lain ketawa, entah apalah yang melucukan padanya.. :P
.
Ini adalah antara momen indah yang dibawa Rayyan Ariff! Mungkin keletahnya tidak seaktif anak-anak lain. Namun sungguh, hadirnya membawa berjuta kebahagian! Tidak dapat saya bayangkan bagaimana akan sunyinya hidup kami tanpa Rayyan Ariff di sisi.
.
Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang berborak dengan Ita, Ummi Sarra.. Dan kami bertukar cerita tentang pengalaman dan perasaan.. Rasa kami sama. Walau dengan hanya satu senyuman dari anak-anak kami, ianya sudah cukup menggembirakan. Mohon kepadaNya agar jangan diambil pinjaman terindah ini dari kami. Sekurang-kurangnya bukan sekarang..
.
Buat yang memandang dan hanya tahu berkata-kata, jangan dilihat hadir mereka sebagai bebanan.. Mereka inilah yang telah mewarnai hidup kami dengan cahaya kebahagiaan yang bergemerlapan.. Mereka inilah yang memenuhi ruang kosong di hati kami.. Merekalah syurga cinta kami.. =)


Little hero with fair skinned heroin.. Alisya Qaireen and Rayyan Ariff..
.
P/s - Antara perbualan kami tempoh hari, "Kang kalo tetiba je diorang neh bangun berjalan, mau terkejut kita mak bapak diorang!" :P
.
P/s (2) - Agak2 berapa hari lagi baru Che Awe Dondey neh boleh wave bubbye ek?? Ngehngehngeh..

Thursday, October 29, 2009

Kerna kasih yang ada..

Secara tidak sengaja, saya menemukan satu lagi blog 'Kerna Kasih Kita' melalui Feedjit live traffic yang membawa saya ke enjin pencarian Yahoo.
.
Sewaktu melihat blog tersebut, saya tersenyum dan hati bertanya, apakah "Kasih" yang mendorong dirinya untuk berblogging sewaktu blog itu diwujudkan. Adakah bentuk dorongan yang sama yang saya miliki suatu waktu dahulu? Apakah rasa yang ada di dalam hatinya adalah rasa yang sama seperti sewaktu saya 'melahirkan' Kerna Kasih Kita? Saya kagum kerana dua insan yang tidak mengenali dan tidak pernah bertemu bisa mengungkapkan sesuatu yang sama.. Kebetulan..
.
Pertemuan yang tidak dirancang ini mengingatkan saya pada detik kelahiran Kerna Kasih Kita. Asalnya, saya asyik bercerita di Friendster, namun akhirnya saya memilih Blogspot kerana mahu melebarkan perkongsian rasa dan ilmu keibubapaan.
.
Sewaktu mengadap skrin dan mahu mendaftar di Blogspot, saya memikirkan nama dan tajuk yang sesuai untuk digunakan. Sesekali, saya menjeling kepada Rayyan Ariff yang lena beradu di sebelah. Timbul rasa syahdu di hati tatkala menatap wajahnya yang baru sahaja berusia sebulan lebih.. Yang terungkap di bibir saya adalah, "Cinta mama, semuanya akan kami lakukan untuk kamu kerna kamulah kasih terindah!"
.
Dan dari situ lahirlah Kerna Kasih Kita..
.
Blog ini tercipta kerana kasih yang ada.. dan saya sememangnya mahu mengabadikan kasih dan cinta yang tak bertepian ini di sini.

Blog ini terilham kerana anak saya. Dia telah mengajar saya erti kasih sayang yang tidak bersyarat. Dia mengajar saya untuk menerima seadanya. Dia mengajar saya untuk menghargai apa yang saya miliki. Dia mengajar saya mensyukuri nikmat Allah.

Dan saya percaya, Love is the only purpose of living!

Cintakan ketuhanan, tingkatkanlah keimanan dan perbanyakkanlah amalan..
Cintakan kemanusiaan, berbuat baiklah sesama insan..
Cintakan kebendaan, giatkanlah usaha mengejar duniawi..
Pokok pangkalnya, cinta dan kasih bisa merubah seseorang menjadi apa sahaja yang dia inginkan..

.
Foto-foto ini adalah aksi 'Kasih' kami sewaktu kami membawanya ke salun 2 minggu yang lalu..
.
Di dalam kesemua foto yang ada, foto inilah yang benar-benar menyentuh hati saya.. Aksi di mana Rayyan Ariff 'ditenangkan' oleh ayahnya apabila dia mempamerkan riak ketakutan apabila rambutnya di potong..
.
Mungkin ianya kelihatan biasa-biasa sahaja.. Namun rangkulan yang erat dari Rayyan Ariff bagai menunjukkan 'kebergantungannya' kepada ayahnya. Jemari yang erat menggenggam kolar baju ayah bagai menyatakan dia akan selamat selagi berada di dalam pelukan ayahnya. Dan ayah pula, dengan selembut mungkin menenangkan jiwa kecil yang ketakutan..
Kasih seorang ayah..
.
Menyentuh tentang foto yang bagaikan mendefinisi rasa 'kasih', ini juga merupakan salah satu foto yang menjadi kegemaran saya..
.
Waktu ini, hubby sedang menenangkan Rayyan Ariff di saat ujian EEG dilakukan ke atasnya.. Saya cukup tersentuh melihat tangan kecil Rayyan Ariff yang memegang tangan ayahnya.. Dia seolah-olah menenangkan ayahnya sambil berkata, "Ayah, don't worry ok.. Things will be just fine for all of us.."
.
Inilah 'kasih' kami.. Ya Allah, terima kasih diatas kurniaan yang tidak ternilai harganya ini..
.
P/s - Agak sentimental.. Rindu pada Mr. Hubby yang sudah lebih seminggu ditinggalkan.. Tak sabar nak balik KL! :P
Bagaimana pula dengan sejarah blog anda?
Kesemuanya cantik-cantik dan tersendiri.. Antaranya ialah, My Lil Dreamz, Mungkin tertanya, My Little Secret, Cherish Love Together, Sejarah Kehidupan, Love is in the air, Naluri Seorang Ibu .. Dan banyak lagi yang tidak tersebut di sini.. =)

Wednesday, October 28, 2009

Kerana dia anak istimewa atau kerana dia anak kecil??

Video ini pernah saya upload beberapa minggu yang lalu. Tujuan video ini diupload kembali kerana entry ini berbentuk pertanyaan. Saya tahu, mungkin tiada jawapan tepat untuk pertanyaan ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui apa yang sebenar-benarnya bermain di minda anak sekecil ini.
.
Soalan pertama
Mengapa sebelum ini, Rayyan Ariff begitu ghairah bertepuk tangan setiap kali saya menyanyikan lagu ini? Dia masih lagi memberikan senyuman yang sama kepada saya setiap kali lagu ini saya nyanyikan, cuma tepukannya tidak lagi seghairah dulu. Ada waktu, tiada langsung tepukan darinya. Hanya senyuman jadi pengiring.
Adakah dia sudah lupa kerana dia anak istimewa, ataupun dia sudah bosan dengan lagu sama kerana dia seperti anak kecil lain?
.
video
.
Soalan kedua
Kenapa dia pernah berdiri tegak tanpa bantahan namun kini dia tidak mahu mengulanginya lagi. Malahan meraung-raung apabila diletakkan di dalam posisi ini?
Adakah kerana dia anak istimewa makanya dia terlupa untuk berdiri? Atau kerana dia anak kecil yang tidak suka dipaksa?
.
.
Soalan ketiga

Kenapa ada waktu dia begitu menggemari susu dan selepas beberapa ketika, susu akan kembali menjadi musuh ketatnya?Hal ini terjadi sedari umurnya 5 bulan.. Adakah kerana dia anak istimewa maka dia terlupa tentang kenikmatan yang ada pada rasa susu atau dia hanya anak kecil yang menolak untuk minum susu?
.
Soalan keempat.
Jika dahulunya dia begitu menggemari sesetengah permainan, mengapa setelah setahun berlalu, dia masih menggemari permainan yang sama?
.Adakah kerana dia anak istimewa maka dia tidak tahu erti bosan? Atau dia hanya anak kecil yang punya mainan kegemaran yang tidak dapat ditukar ganti?
.
Soalan kelima
Kenapa Rayyan Ariff masih tidak dapat menerima makanan keras? Adakah kerana dia anak istimewa maka dia 'terlupa' untuk mengunyah makanan sebelum ditelan? Atau dia hanya anak kecil yang masih perlu dikisar buburnya kerana dia hanya memiliki 4 batang gigi yang masih separa tumbuh?
.
Sebetulnya, banyak yang saya ingin tahu. Mungkin kerana ini pengalaman pertama, saya sering tertanya samada Rayyan Ariff melakukan sesuatu yang normal atau sebaliknya.. :P
.
Owh, most of the time, especially when he's so focused and determined, I forgot that he's a brain injured child because he looks and acts just like any other kids! =)
.
Momma let me drive her car even tho I'm not 18 yet! She's supercool right? :P.. But remember friends, when you're driving, both hands need to be on the wheel k!
.
P/s - Masih mengumpul soalan untuk ditanyakan pada paed dan neurologist Ian nnt.. :P
Sebelum saya di'condemn' kerana bertanya, please take note that ini hanya bagi memenuhi rasa ingin tahu.. Bukan berniat menyatakan rasa tidak bersyukur.. Untuk ibu kepada anak istimewa seperti kami, walau sedikit perkembangan yang ditunjukkan, sudah cukup membuat kami tersenyum untuk jangka waktu yang lama..
.
P/s (2) - Ian makes us laugh so hard yesterday! Will share bout that later k.. =)

Tuesday, October 27, 2009

Berkongsi semangat kerana kami di landasan yang sama...

Selain daripada permintaan teman-teman, saya juga membuka kembali blog ini kerana ingin berbalik kepada tujuan asal blog ini diwujudkan suatu waktu dahulu, iaitu untuk berkongsi dan menimba ilmu dari mereka-mereka yang berada di tempat yang sama dengan saya. Harap2 jangan ada lagi lalat dan langau yang mengganggu.. :P

Kenapa perlu semangat dari luar? Tidak cukup kuatkah diri ini untuk menghadapi segalanya bersama-sama yang tersayang? Bukan tidak cukup kuat, namun banyak waktu, pengalaman orang lainlah yang boleh dijadikan panduan untuk kita bersama-sama membesarkan permata hati tercinta.

Sewaktu menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor di hospital tempoh hari, saya turun ke kedai di bahagian bawah untuk mendapatkan bahan bacaan. Melihat-lihat majalah yang ada di situ, mata saya terpandang pada majalah Wanita yang berada pada bahagian tepi kiri rak buku.

Antara isi yang terkandung pada kulit majalah tersebut ialah “Siti Hajar ajar anak pekak vokal.”

Saya terus mengambil majalah tersebut dan membuat pembayaran di kaunter. Usai membuat pembayaran, saya terus naik ke atas dan ke bilik doctor. Sewaktu menantikan giliran saya yang masih jauh, saya terus ke mukasurat yang memaparkan kisah Siti Hajar dan anaknya.

Kepada peminat-peminat Akademi Fantasia, pastinya nama Siti Hajar tidak asing lagi kerana dia adalah di antara tenaga pengajar di akademi tersebut.

Di dalam ruangan Ibu & Anak, Siti Hajar menceritakan tentang kisah hidupnya yang memiliki anak istimewa. Anak sulungnya dilahirkan hyperaktif dan tanpa keupayaan mendengar. Walau maklum anaknya tidak bisa mendengar, beliau tidak mengalah. Menjadikan anaknya sebagai sumber inspirasi, Siti Hajar mencipta beberapa teknik vokal. Beliau melatih anaknya terapi sebutan selepas menyedari potensi anaknya, iaitu hanya pekak namun tidak bisu.

Beliau mengajar anaknya menyebut satu perkataan sehari tanpa jemu. Kontak mata merupakan sesuatu yang beliau tekankan agar anaknya merasakan ‘emosi’ di dalam perbualan. Beliau akan menyebut satu-satu perkataan dan membiarkan anaknya mengesan pergerakan bibir selain daripada mengesan hembusan nafas melalui hembusan ke tangan anaknya.

Dan hasilnya, anak Siti Hajar mampu berkomunikasi dengan mereka-mereka yang tidak tahu berbahasa isyarat. Luar biasa bukan? InsyaAllah, saya akan mempraktikan cara yang sama untuk Rayyan Ariff. Beza antara Rayyan Ariff dan anaknya ialah Rayyan Ariff mampu mendengar walaupun tidak sebaik kita semua. Kalau anaknya bisa, pasti Rayyan Ariff juga mampu.

Yang lebih menarik adalah niat Siti Hajar berkongsi ceritanya sebagai ibu kepada anak OKU adalah supaya ibubapa di luar sana dapat bermula lebih awal untuk mendidik anak istimewa. Beliau juga menyarankan agar anak-anak ini di hantar ke sekolah lebih awal. Bagi ibubapa anak-anak istimewa, masa merupakan elemen yang penting dalam mendidik anak-anak ini.

Mereka perlu masa yang lebih berbanding anak-anak tipikal. Kalau dibiarkan, anak-anak ini mungkin akan semakin ketinggalan. Seperti yang pernah dikatakan oleh Glenn Doman di dalam bukunya, one day that a brain injured child is not getting better, he’s getting worse as other typical children are moving fast.

Siti Hajar juga menyatakan kebaikan merapatkan kelahiran anak agar anak istimewa ini dapat ‘berkawan’. Sesuatu yang kita semua sedia maklum bukan? Namun apakan daya, Mama Rayyan ARiff belum bersedia untuk kelahiran seterusnya..

Oh, saya tidak sabar mahu mendaftar Rayyan Ariff ke sekolah apabila usianya genap 2 tahun nanti.. Berusahalah anak, mama tahu kamu mampu!

=)

Anak bijak saya.. Syukur Alhamdulillah kerana teman-teman turut menerima dan menyayangi Ian seadanya.. Terima kasih di atas sokongan, terima kasih di atas semangat..

P/s – Alangkah bagus kalau saya dapat mengasuh Rayyan Ariff sepenuhnya dengan kedua-dua belah tangan ini sendiri.. Mengapa masa perlu cemburu? =(

Monday, October 26, 2009

The Musikhaus way..

Dari awal kami memang berniat mahu menghantar Rayyan Ariff ke mana-mana program stimulasi untuk anak kecil. Asalnya, saya mahu menghantar Rayyan Ariff ke S****da sewaktu usianya baru sahaja 7 bulan. Namun kami diminta untuk membawa laporan perubatan dan penilaian tahap IQ Rayyan Ariff sebelum mereka dapat menerimanya masuk. Bermula dari penolakan itu, hasrat kami bagaikan terbantut di situ.
.
Seterusnya, saya mendapat maklumat mengenai Tweedle Wink dari Kak Reenaz, Mama Ridhwan yang seterusnya membuatkan hati teruja untuk membawa Rayyan Ariff ke sana. Selain daripada itu, saya juga tidak ketinggalan melayari internet untuk mencari apakah lagi program yang ada.
.
Pencarian saya menemukan saya dengan Musikhaus. Kali pertama menyertai sesi percubaan, hati saya terus tertarik untuk meneruskan program pembelajaran yang menggunakan muzik dan membentuk kreativiti melalui bermain.
.
Sudah 3 kali kami menghadiri 'kelas' untuk Rayyan Ariff di Musikhaus. Kerana tidak menghadiri kelas secara berturut-turut dan teratur (Ian and Mama has been sick for a while, on and off remember?), hasilnya belum jelas kelihatan walau sudah ada perbezaan.
.
Pada sesi pertama, Rayyan Ariff bagaikan tidak ambil peduli dengan tenaga pengajar yang bercakap dan memberi arahan di hadapan. Namun ntuk sesi ketiga, dia sudah mula memberi perhatian walaupun fokusnya sekejap ada dan sekejap tiada.. :P
.
Antara lagu kegemaran Rayyan Ariff yang kami perolehi dari sana adalah:
.
"Round and round the jungle, (make a circle on child's tummy)
Goes the teddy bear.
One step, two steps, (fingers walk up child’s tummy)
Tickle you under there. (gently tickle child's tummy)"
.
Kali pertama saya membuat pergerakan ini kepada Rayyan Ariff, tiada reaksi darinya. Namun sekarang, dia akan ketawa mengekek apabila kami melakukannya. Ada waktu, sebelum sempat digeletek, dia sudah menolak tangan saya sambil ketawa. Ini menunjukkan dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan berusaha menangkisnya sebelum ia berlaku.. Cuteness!! He's alert!
.
video

Sesi pada hari sabtu yang lalu.. Saya suka lagu ini.. :P
.
Kenapa kami memilih Musikhaus? Ini sebenarnya adalah salah satu usaha untuk merangsang deria pendengaran Rayyan Ariff iaitu dengan memperkenalkan pelbagai jenis bunyi dan muzik. Tambahan pula, yurannya sangat berpatutan. Termasuk bayaran pendaftaran dan sepuluh sesi iaitu 45 minit untuk setiap sesi, bayaran yang dikenakan hanyalah RM380. Di sana, pelbagai jenis CD, VCD dan DVD lagu juga boleh dibeli.

Ini adalah serba sedikit informasi mengenai Musikhaus yang saya dapati daripada laman webnya:

Musikhaus recognises that every child's main focus in the early years is to play and it is through play that we promote the joy and creativity of learning.

We believe in the total development of the child by offering programs that not only reinforce pre-school learning concepts, but also promote the self-confidence as well as recognise the social and emotional needs of a growing child. We strive to foster a positive attitude in each child by creating a learning environment that is stress-free, natural and developmentally appropriate. We promote learning through the stimulation of multiple senses by integrating various components such as music, dance, creative art and singing.

Musikhaus's mission is to provide a happy and creative learning experience for each child, by honouring the differing rates at which each child develops, including children with special needs.

Ian and Miriam @ Musikhaus. Comel kan? =)
.
Terdapat beberapa kategori pembelajaran dan antaranya ialah :

Babies (newborns to 18 months)

Bubbles(18 months to 30 months)

Bloomers(30 months to 4 years old)

Jammerz (4 years old to adult- this is a performing arts program based on the mastering of variety of instruments, dances, singing, improvisation, jamming and public speaking)

Pre-piano and music courses (4 years old to adult)

Kindergarten (4 -6 years old)- Mon-Fri (9am-12pm) Our kindergarten program adopts international and local syllabus and introduces Bahasa Malaysia, English and Mandarin based on small group interactive teaching. Speech, drama, public speaking through show and tell and a customised pre-piano course are included as part of the syllabus.

Play school (2-3 years old)- this 2-hour program uses cutting-edge music pedagogy to facilitate the learning of phonics, language (English and Mandarin),numbers and character building through music, games and simple art and craft/worksheets.

Dan Rayyan sekarang sedang mengikuti kelas for babies. (Nampak gayanya, dia akan lama di kelas baby kerana dia masih belum tahu bergerak bebas tanpa bantuan.. :P)

Musikhaus babies - provides an engaging experience of learning and bonding with your child through creative movement, story time, baby signing, pitching activity, object and instrument exploration. Every session is aimed at engaging your baby's cognitive, social, emotional, physical and language development as well as musicality.
.
P/s - Minggu ini dan minggu hadapan Ian terpaksa ponteng lagi.. Adess.. Mama and Ian, tamo sakit2 lagi ek.. Jaga kesihatan diri, baru bleh maju.. =P
.
P/s (2) - Bleh jadi spokeperson musikhaus.. Ada komisyen tak? :P

Sunday, October 25, 2009

Ini bukan aksi superman!

Owh, ini bukan aksi superman atau superboy! Ini adalah gaya seorang budak berumur 17 bulan tapi masih tidak tahu merangkak..
.
Tapi, budak ini macam takde perasaan pun bila seorang demi seorang 'adik-adik' blogger dia yang dah lama potong dia.. Dari yang baru lahir sampai yang dah berlari pun, dia still maintain cool, meniarap la yang paling best.. :P
.
Tak kisahlah.. Yang penting, HAPPY!!!
.
video
.
Ini Cik Su saya yang rajin bergurau ngan saya sampai saya mengekek-ngekek ketawa.. Yang penting kita enjoyyy!!

.
Hearing the sweetness of his laugh, Aaawwwww.. Cuteness!
.
P/s - Semenjak bercuti, saya punya lebih masa untuk mencari maklumat tentang diagnosis Rayyan Ariff. Rupa-rupanya, apa yang saya ceritakan kepada kawan-kawan saya sebelum ini adalah sebahagian sahaja. Setelah mendapat banyak fakta mengenai diagnosis Rayyan Ariff, tidak saya nafikan hati saya membuak-buak untuk bercerita.
.
Anda rasa, patutkah saya bercerita? Saya masih ada rasa takut seperti yang pernah saya nyatakan di dalam entri saya 'Tidak terlebih bicara', satu masa dahulu. Di sebelah kanan ini, ada poll yang saya sediakan. Harap-harap kawan2 sekalian dapat membantu saya membuat keputusan. Dengan tulus, setulus-tulusnya! Terima kasih.
.
[Edited]

I've taken out the poll since I have consulted one of my blogger friend who's also a mother of a special needs child. Sometimes, people can easily misinterpret our intention. And I know, I'm not as strong as this particular friend of mine.. I can't always be so positive like her. They'll be times that I'll break down. So I guess, for whatever reason it is, I'll continue to keep Ian's story to ourselves and I'll be maintaining my way of writing. Which is, bercerita tanpa 'perlu bercerita'..
Thanks peeps! =)

Saturday, October 24, 2009

Taman Indra Putra

Melihatkan wajah Rayyan Ariff yang kebosanan, kami membawa dia bersiar-siar di Taman Indera Putra. Seperti kebiasaannya, Rayyan Ariff asyik melihat anak-anak kecil berlari ke sana ke mari mencuba pelbagai jenis permainan. Sedangkan dirinya sendiri bagaikan 'ketakutan' setiap kali diletakkan pada mainan yang ada di situ. Gayat mungkin.
.
Ian with Cik Su and her friend..
.
Kaki posing.. Ati, Cik Su & Nenek..
.
Sekarang ini, Rayyan Ariff punya hobi baru iaitu menjelirkan lidah! Sangat tidak comel okkk!! Sudah berkali-kali dilarang namun dia bagaikan tidak endah sahaja. Ada waktu, saya menarik lidahnya atau pun menjentik manja lidahnya setiap kali perkataan 'NO' tidak mendatangkan kesan padanya. Namun dia hanya tersengih-sengih.. Bagaikan bergurau..
.
Ayah pula, teruja apabila tahu Rayyan Ariff suka menjelirkan lidah. Kerana dialah yang sering membuat demonstrasi menjelirkan lidah kepada Rayyan Ariff. He thinks that it is something funny.. Sangat ridiculous!!
.
Ian, simpan lidah tu balik, kang mama jentik kang!!
.Mencebik pada Cik Su selepas 'ditegur' agar jangan mengeluarkan lidah..
.
Teknik mengusap dagu oleh Cik Su bagi menghentikan perbuatan menjelirkan lidah..
.
P/s - Harap2 nanti budak ni berenti la jelirkan lidah.. Buruk benar rupanya.. Kot jelir kat orang tua kang, elok sangat la tu..

Friday, October 23, 2009

Melodi terindah pabila dia menyebut mama..

Seperti yang kawan2 sedia maklum, Rayyan Ariff mula memanggil saya mama pada awal ramadhan tempoh hari. Mulanya, saya ingatkan sebutan Ma-Ma itu hanyalah bunyian yang dia hasilkan secara rawak sahaja seperti mana dia menyebut Aa-buuu, Aa-bahh, wa-weee dan beberapa bunyian yang sering diulanginya.

Namun setelah menyaksikan berulang kali dia menyebut Ma-Ma hanya apabila melihat saya, yakinlah saya bahawa Rayyan Ariff memang memanggil saya Mama dan dia sememangnya bijak mengaitkan perkataan mama itu dengan saya.

Kerana keterbatasan deria pendengaran Rayyan Ariff ekoran dari kerosakan yang berlaku pada sel otaknya, saya sedia maklum bahawa ianya mungkin agak sukar untuk Rayyan Ariff berbicara. Namun memandangkan otak adalah bahagian yang mampu berkembang seandainya dirangsang, saya terus memperkenalkan diri saya sebagai “Ma-Ma” kepada Rayyan Ariff.

Saban waktu, apabila bersamanya, saya mengajarnya menyebut mama. Dan Alhamdulillah, deria pendengaran Rayyan Ariff sememangnya berkembang! Dia mampu meniru sesetengah bunyian yang kita hasilkan.

Seperti yang dimaklumkan oleh doctor yang merawat Rayyan Ariff, dengan anak-anak seperti ini, kita perlu kreatif. Untuk mengajarnya menyebut Ma-Ma, pendekatan yang saya gunakan ialah saya seringkali menyebut perkataan itu ke telinganya. Namun, tiada balasan darinya.

Setelah itu, saya mula mengenalpasti jenis-jenis bunyian yang dihasilkan Rayyan Ariff. Saya mula tahu membezakan jeritan lapar, jeritan bosan, jeritan memanggil ma-ma dan juga jeritan tidak puas hati.

Sebagai permulaan, Rayyan Ariff hanya mengeluarkan bunyi Mmm setiap kali memanggil saya. Lalu saya maklumkan padanya bahawa bunyian itu akan saya anggap sebagai panggilan ‘Mama’ dan setiap kali dia menghasilkan bunyi itu, saya akan pergi kepadanya. Dan memang benar, sekiranya saya berada di rumah, saya akan pergi kepadanya setiap kali dia menghasilkan bunyi Mmm.. Pada waktu yang sama, saya turut membetulkan sebutannya kepada Ma-Ma. Dan akhirnya, dia berjaya memanggil saya Mama.. Alhamdulillah..

Ianya merupakan satu melodi terindah setiap kali dia memanggil saya mama.. sehabis daya saya akan cuba menyahut dan pergi kepadanya kerana risau dia akan ‘terlupa’ bahawa perkataan mama itu adalah untuk saya.. :P

Dan saya hanya tersenyum apabila saya menemukan metodologi yang sama di dalam buku Glenn Doman minggu lalu. Kalaulah saya sudah habiskan buku itu dari kulit ke kulit, pastinya saya sudah temui cara ini lama dulu. Benar, saya masih belum menghabiskan buku Glenn Doman.. Bad me! :P

Berkenaan dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh Rayyan Ariff sendiri pula, kebiasaannya saya akan cuba meniru bunyian tersebut. Apabila ditiru, Rayyan Ariff akan semakin aktif membuat bunyi yang lain pula. Dan dia juga akan cuba meniru bunyi yang kita hasilkan kerana ianya ibarat satu interaksi antara kami.. =)

Sama sahaja cara yang saya lakukan untuk mengajar Rayyan Ariff bertepuk tangan apabila mendengar lagu “If you’re happy and you know it” seperti di dalam entri If You're happy.. Perlakuan berulang merupakan sesuatu yang bagus untuk dipraktikkan. Kebanyakan waktu, Rayyan Ariff bagaikan tidak endah dengan pengajaran yang diberikan. Namun saya teruskan sahaja dengan apa yang saya lakukan kerana pada bila-bila waktu diluar jangkaan kita, dia akan melakukannya sendiri. Wajah yang tidak berminat tidak bermaksud dia tidak peka.. =)

Inilah antara apa yang saya praktikkan kepada Rayyan Ariff selain daripada menggunakan flash cards.

Oh yea, semalam kami membawa Rayyan Ariff ke taman dan gambar-gambar ini menjadi kegemaran saya.. Dia kelihatan seperti seorang 'kanak2' apabila berdiri begini.. =)
.
Tengah usha awek neh.. Syok benar Ian tengok budak pompuan kecik rambut panjang kat sebelah tengah main apa entah.. :P
.
P/s – Mendengar Rayyan menyebut mama merupakan satu keindahan.. namun lebih mengasyikkan apabila dia memanggil MAMA sambil memeluk dan mencium saya.. Syahdu.. Terharu.. Rasa yang berbaur-baur.. Apa yang ada di dalam hati saya waktu itu ialah, "If I had terminated my pregnancy, I won’t be experiencing this magical moment.." Syukur di atas nikmatNya..

Thursday, October 22, 2009

Undangan rumah terbuka..

Kerana hujung minggu yang lalu merupakan minggu terakhir syawal, ramai pula yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka. Memandangkan jemputan yang diterima agak banyak, maka tidak semua yang dapat kami penuhi.
.
Abang saya pula meminta saya memasak makanan untuk jamuan di rumahnya. Sudahnya, saya dan mommy berperang di dapur hampir separuh hari. Jam dua barulah bergerak ke rumah teman serumah saya dahulu yang hanya bersebelahan dengan tempat tinggal kami.
.
Di sana, saya 'terkena' dengan teman-teman rapat saya kerana blog di'private'kan dan mereka tidak dijemput untuk membaca. Sungguh saya tidak tahu mereka juga mengikuti perkembangan Rayyan Ariff di sini kerana mereka tidak pernah meninggalkan jejak. Memandangkan bilangan pembaca telah pun maksima, saya berjanji pada mereka untuk membuka kembali blog ini.. Dan inilah antara salah satu sebab mengapa saya membuka kembali blog ini..
.
Berbalik kepada cerita jamuan rumah terbuka, di sana kami dijamu dengan bihun goreng, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan makaroni keju. Pencuci mulutnya juga menyelerakan. Terima kasih Kakak Fadia Lamin kerana menjemput.. I loike!!! =)
.
14 years of wonderful friendship! Love you guys like heaven and hell!! Bakpo Mak Eiy n Kak Ya takdok daley gamba neh??
.Pelik apabila tiada gambar tuan tanah - Cik Fadia.. Tetamu yang terlebih menyibuk.. Heheheh..
.
Seterusnya, kami bergerak ke Serdang untuk menghadiri jamuan rumah terbuka di rumah abang saya pula. Sepatutnya, dari Serdang kami mahu ke Sg.Buloh pula untuk menghadiri majlis Kak Suealeen. Namun terpaksa dibatalkan kerana tiada orang yang membantu abang di rumahnya kecuali seorang temannya sedangkan tetamu-tetamu yang datang tidak putus-putus. Tambahan pula, adik lelaki saya meminta kami menunggu dia di rumah abang dan hanya akan sampai pada pukul 6. Sudahnya, kami berkampung di rumah abang saya sehingga lepas maghrib dan kami antara orang yang sibuk menambah makanan dan memanaskan makanan, bimbang takut basi kerana ada yang dimasak seawal pagi.
.
Sewaktu di sana, saya berkesempatan berbual dengan teman-teman abang saya yang merupakan guru di sekolah pendidikan khas. Panjang bercerita dan Alhamdulillah, banyak yang saya dapat dari mereka ini. Apabila saya menyatakan bahawa Rayyan Ariff sukakan mainan yang berpusing, mereka mencadangkan agar saya membuat 'permainan' yang boleh berpusing seperti yang ada pada rancangan 'Roda Impian'.
.
Pada permainan tersebut, bolehlah diletakkan abjad-abjad atau pun perkataan-perkataan yang ringkas bagi membantu Rayyan Ariff belajar. Satu idea yang bagus. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir sebelum ini. Alhamdulillah kerana berpeluang berbicara dan bertukar pendapat dengan mereka-mereka ini. Mereka juga menyarankan agar Rayyan Ariff dimasukkan ke sekolah seawal mungkin. Kata mereka, tiada tekanan di situ kerana peringkat awal persekolahan lebih merupakan fokus kepada pengurusan diri untuk anak-anak seperti Rayyan Ariff.
. The Gurus.. :P
4 daripada jejaka-jejaka di atas adalah cikgu pendidikan khas.. Terus tingat kat May.. =)

.Posing sebelum meninggalkan rumah Uncle.. Auntie Aly, Ian pakai baju yang Auntie Aly bg masa birthday Ian.. =)
.
Dari Serdang, kami bergerak ke rumah kawan hubby di Ampang Hilir, namun hanya sebentar sahaja di sana kerana risau pula mahu berlama-lama memandangkan hari sudah malam dan Rayyan Ariff baru sahaja baik dari demam.
.
Itulah sahaja undangan yang dapat kami penuhi. Maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke beberapa rumah lagi. InsyaAllah, moga ada kesempatan di lain waktu..
.
P/s - Lebih selesa berbicara apabila blog di'private'kan. Namun ada rasa bersalah kerana ramai yang tidak dapat mengikuti terutamanya teman-teman rapat. Namun, saya harus berbalik kepada nawaitu asal sewaktu blog ini diwujudkan.. Harap2 kali ini terus kuat dan tiada lagi 'lalat-lalat' yang berterbangan..
=)

Proud owner of Perodua Kancil!

Yes, I’m a proud owner of Perodua Kancil since 2005 but I’m still not a good driver till now.. :P

Kenapa Kancil? Kerana kereta itulah yang saya gunakan sewaktu belajar memandu, maka hanya kereta itulah yang berani saya pandu. Saya seorang yang sangat penakut. Pada mulanya, saya agak keberatan mahu membeli kereta kerana saya memang arif dengan ‘kebolehan’ saya memandu. Namun apabila mengenangkan tempat kerja saya yang tiada kemudahan pengangkutan awam selain daripada teksi, saya bersetuju dengan cadangan abang saya untuk memiliki Kancil.

Lagi pula, sebagai seorang fresh grad yang baru mula bekerja, dengan gaji permulaan sebanyak RM2K (kami dahulu hanya sebanyak ini gaji permulaan, fresh grad di tempat kami sekarang bermula dengan RM2.9K, itu pun masih ada yang tidak berpuas hati.. Pelik!), hanya kereta jenis inilah yang saya rasakan tidak membebankan dari segi bayaran muka, ansuran bulanan dan juga penggunaan petrol.

Dan telahan saya tepat kerana akhirnya saya memang cukup takut untuk memandu Kancil saya ke mana-mana. Sudahnya, saya hantar sahaja kereta itu ke kampung.

Dan kini, saya gagahkan diri untuk memandu kerana Rayyan Ariff. Saya cuba memandu dengan sebaik mungkin dan penuh hati-hati kerana bimbangkan keselamatan Rayyan Ariff. Namun hari isnin lalu, saya tewas! Tanpa sengaja, saya telah terlanggar sebuah kereta di petak tempat letak kereta sewaktu ingin mengeluarkan kereta kecil saya.

Waktu itu, saya baru sahaja dimaklumkan oleh doctor agar jangan lasak2 kerana bimbang luka akan mudah terbuka semula kerana jahitan baru sahaja dibuang. Lagi pula, kulit di bahagian belakang badan manusia agak keras dan memang mengambil masa sedikit untuk baik. Doktor juga memesan agar tidak mengangkat sesuatu yang beratnya melebihi 5kg.

Perkara pertama yang saya fikirkan adalah Rayyan Ariff! Siapa yang mahu mengurusinya? Sudah 2 minggu lebih mommy di sini, Takkanlah mahu meminta supaya dia menunggu lagi untuk tempoh seminggu dua. Air mata saya mula bergenang sewaktu saya memaklumkan pada hubby dan hubby menyatakan dia tidak punya banyak cuti. Hendak ke rumah mertua di Rawang, ada sesuatu yang menghalang walau saya tahu, mereka pastinya gembira dengan kehadiran Rayyan Ariff. Hati terdetik, kalaulah Rayyan Ariff sudah pandai berjalan, tentunya tiada masalah kerana saya tidak perlu mengangkatnya.. =(

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat letak kereta, air mata mula mengalir. Saya risaukan Rayyan Ariff. Siapa yang akan memandunya ke SDMC untuk fisioterapi? Siapa yang akan menemaninya di sekolah nanti? Ah rumit! Sewaktu mahu menyeka air mata, kanta lekap yang saya pakai turut terkeluar dan jatuh ke tanah.

Sudahnya, saya terpaksa memandu dengan hanya sebelah penglihatan. Bahaya bukan? *sigh*

Sewaktu mahu mengeluarkan kereta, kereta saya bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di sebelah. Aduhhh.. Rasa bersalah menggunung! Inilah akibatnya apabila memandu dalam keadaan:-

1) ‘kurang upaya’ (saya memandu dalam keadaan tegak dan memakai tali pinggang separuh kerana tidak dapat bersandar akibat dari kepedihan pada luka di belakang)

2) Penglihatan yang kabur (hanya sebelah kanta lekap yang ada)

3) Emosi yang tidak stabil (masih terfikir-fikirkan Rayyan Ariff)

4) Terburu-buru (kononnya mahu mengejar temujanji fisioterapi Rayyan Ariff yang dijadualkan pada jam 2pm)

Awalnya saya bercadang mahu meletakkan kad nama saya pada kereta itu. Setelah melihat tiada bahagian yang kemek pada kereta tersebut, saya terus berlalu. Namun sewaktu saya mahu keluar dari medan letak kereta, seorang wanita menahan kereta saya.

Dengan nada tidak puas hati dia menyatakan ada calar pada keretanya yang baru saya langgar. Dan saya memberitahu bahawa saya sudah melihat namun tiada kesan yang saya nampak. Kerana dia bertegas bahawa keretanya calar, saya terus mengikut dia ke tempat letak keretanya.

Saya hanya menunggu di dalam kereta dan bersedia dengan kad nama. Kerana mahu cepat demi mengejar temujanji Rayyan Ariff, saya hanya berniat memberinya kad tersebut dan memintanya menghubungi saya untuk gantirugi setelah keretanya di bawa ke bengkel nanti.

Namun wanita itu masih duduk di dalam keretanya sambil bercakap telefon. Agak lama menanti, saya terpaksa turun juga. Setelah diamati, barulah saya perasan bahawa ada kesan calar pada nombor plet keretanya. Mungkin kerana tadi saya hanya melihat dari dalam kereta dan dengan pandangan yang agak kabur, maka saya terlepas pandang. Mujurlah dia memaklumkan kepada saya, kalau tidak, sampai akhiratlah saya akan berhutang dengannya.

Saya bersungguh-sungguh meminta maaf. Sungguh saya tidak perasan. Wanita itu mula bersikap biasa. Saya pula bersungguh-sungguh mahu membayar harga plet kereta itu. Awalnya, dia tidak mahu mengambilnya dan memberitahu saya bahawa dia ingin cepat. Saya membalas bahawa saya juga ingin cepat.

Setelah didesak, dia akhirnya menerima wang saya. Saya seterusnya berlalu dengan meninggalkan kad nama saya dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada lagi bahagian lain yang calar yang saya tidak perasan. Bukan hanya itu, saya juga berlalu dengan rasa bersalah dan marah pada diri sendiri. Degil kerana tidak meminta hubby sahaja menghantar saya ke hospital!

Pada sangkaan saya, luka saya hanyalah luka kecil rupanya ia adalah sebaliknya. Sudahnya, sifat terburu-buru saya juga tidak membawa saya ke mana-mana. Walaupun tiba awal di rumah, namun mommy melarang saya membawa Rayyan Ariff ke SDMC kerana tidak mahu saya memandu lagi buat sementara waktu.. Sehinggalah saya benar2 pulih nanti.. =(

P/s – Masih rasa bersalah dengan wanita itu. Namun dia tidak menghubungi saya sehingga ke hari ini. Harap2 tiada lagi bahagian keretanya yang calar selain daripada nombor plet itu. Told ‘ya I’m a bad driver!! Bad me! Huh?

Wednesday, October 21, 2009

Kembali bersiaran..

Saya dibekalkan dengan peralatan ini agar dapat terus bersiaran :


Namun apakan daya..

P/s - Kini saya mengerti mengapa ianya dikenali sebagai Maxis Berukband! Loading lama giler!!

Monday, October 19, 2009

Sedih.. =(

Baru sahaja pulang dari Ampang Puteri untuk menanggalkan jahitan pada luka. Doktor pesan, jangan lasak-lasak takut luka terbuka.. Sekurang-kurangnya dalam masa seminggu ini. Sedih. Terus teringatkan anak yang seorang itu. Siapa yang akan menguruskan dia. Hubby tidak dapat cuti.
.
Mommy pula sudah mahu pulang esok. Sudah lama dia di sini.. Bermakna sudah lama juga abah dan adik bongsu ditinggalkan di kampung. Sedih..
.
Mahu tinggal di rumah mertua selama seminggu, ada halangan pula.. Mungkin, saya dan putera terpaksa mengikut mommy pulang ke kampung. Yang sayangnya, sekolah dan fisio Rayyan Ariff akan terhenti seketika. Sedih lagi. Lambatnya bibik mahu pulang. *sob*sob*sob*
.
Budak yang relax jer, tgh tepuk tangan coz tatau apa2.. :P
.
P/s - Off blogging for a while la nanti..

Saturday, October 17, 2009

Kegemaran "Ahmad Kipas"

Ini adalah sebahagian daripada mainan kegemaran Rayyan Ariff. Dia cukup suka pada kereta mainan yang bergerak-gerak dengan lampu menyala dan bunyi yang bingit. Asalnya, Rayyan Ariff hanya mempunyai sebuah kereta mainan jenis ini yang berwarna merah. Namun sudah rosak kerana 'keganasan' yang ditunjukkannya. Mungkin geram dengan kereta yang bergerak-gerak ini, Rayyan sering mengangkat dan membalingnya sekaligus merosakkan mainan tersebut.
.
Yang kedua merupakan hadiah daripada Kak Reenaz, Mama Ridhwan. Thanks Kak! Ian really loves it! Kereta ini berwarna kuning dan ianya tetap juga menjadi mangsa 'vandalisme' Rayyan Ariff. Bezanya, kereta ini masih bertahan dan mampu bergerak sehingga sekarang. =)
.
Dan yang ketiga pula, saya beli minggu lepas di pasar malam berdekatan dengan rumah kami. Kali ini, warna biru pula. Kereta ini juga tidak terkecuali menjadi mangsa balingan Rayyan Ariff. Namun kali ini saya lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi. Setiap kali Rayyan Ariff membalingnya, tangan sayalah yang akan bergerak pantas untuk menyambutnya. Ada waktu geram juga. Namun apabila kawan-kawan sekalian menerangkan adalah normal untuk anak-anak seusia Rayyan Ariff berkelakuan sedemikian, saya biarkan sahaja.
.
video
.
Satu lagi 'mainan' kegemaran Rayyan Ariff adalah kipas! Kalau dia sedang menangis, nampak sahaja kipas, terus tangisnya hilang. Andai didekatkan dirinya dengan kipas, maka kipas tersebut akan menerima bahananya. Ditarik dan ditolak sehingga terbalik!
..
Kata nenek, kalau Ahmad Albab berhenti menangis kerana pintu, Rayyan Ariff pula sesuai dinamakan Ahmad Kipas kerana dia juga berhenti menangis kerana kipas.. :P
.
Waktu malam, senang sahaja mahu menidurkan Rayyan Ariff, berikan sebotol susu kepadanya dan tinggikan sedikit bantal untuk mengelakkan tersedak, bukakan kipas dan biarkan dia sendirian. Lama-kelamaan dia akan tertidur sewaktu asyik memerhatikan kipas yang berpusing. Senang kerja kami.. Penghawa dingin pun sudah lama tidak dibuka.. Menjimatkan elektrik juga.. =P
.
P/s - Entri seterusnya tentang jamuan rumah terbuka. Masih menunggu gambar-gambar yang diambil. Alhamdulillah, pertemuan saya dengan sahabat-sahabat lama memberi lebih ruang dan idea untuk memajukan Rayyan Ariff.. Go Jiey go!! =)

Friday, October 16, 2009

Mata dan fokus..

Untuk anak-anak yang mempunyai kondisi yang sama seperti Rayyan Ariff, kami sedia maklum bahawa ianya mungkin memberi kesan kepada penglihatan dan pendengaran.
.
Dalam kes Rayyan Ariff sendiri, kami pernah dimaklumkan bahawa Rayyan tidak dapat melihat. Ini kerana, optic disc pada matanya pucat sewaktu diperiksa pada usianya sebulan. Makanya, kami diberitahu untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.
.
Namun Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang untuk Rayyan Ariff melihat keindahan ciptaanNya. Pada usianya 5 bulan, dia disahkan mampu melihat. Namun begitu, Rayyan Ariff mempunyai masalah crossed eyes atau pun juling.
.
Berkali-kali hal ini saya bangkitkan kepada doktor-doktor yang memeriksa Rayyan Ariff. Tetapi jawapan yang saya terima tidak pernah memuaskan hati. Kalau mengikut kepada salah seorang doktornya, pada anak yang mempunyai masalah yang serius seperti Rayyan Ariff, saya harus sahaja bersyukur apabila dia boleh melihat. Hal-hal lain tidak perlu diperkatakan dahulu, sekurang-kurangnya bukan pada masa ini.
..
Seiring dengan pembesarannya, crossed eyes pada mata Rayyan Ariff semakin baik. Ianya tidak seserius seperti pada awal usianya.
.
Walaupun keadaan matanya masih 'lari' pada sesetengah waktu, namun ia tidak pernah menjadi isu kerana doktor-doktor mengatakan fokusnya adalah baik. Untuk seketika, saya biarkan persoalan tentang mata Rayyan Ariff berlalu sepi..
.
Malah, pernah salah seorang doktor Rayyan Ariff mengatakan, "I'll be surprised if his eyes are not affected!".. Dialah juga yang agak kurang senang setiap kali saya membangkitkan soal mata Rayyan. Akhirnya, doktor yang sama itulah juga yang menyatakan kekagumannya apabila Rayyan Ariff mempunyai fokus yang baik dan peka pada keadaan sekelilingnya.
.
Kenapa saya bangkitkan soal mata Rayyan Ariff? Bukanlah kerana tidak tahu bersyukur.. Sudah diberikan betis hendakkan paha pula.. Sudah dapat melihat, sibuk pula mahu membetulkan squintnya..
.
Bukan bermaksud begitu. Namun saya agak bimbang sekiranya crossed eyes Rayyan Ariff menyebabkan dia melihat objek menjadi bertindan. Lagi pula, kasihan melihat dirinya yang bersungguh-sungguh memfokus pada satu-satu objek yang berada pada jarak yang agak jauh.
.
Saya sememangnya bersyukur apabila keadaan matanya bertambah baik. Namun yang menimbulkan gusar di hati saya adalah apabila Rayyan Ariff diserang demam atau selsema. Ianya pasti meninggalkan kesan. Setiap kali selepas demam atau selsema, matanya akan semakin 'lari' setiap kali dia cuba fokus pada sesuatu objek.
.Lihatlah gambar yang saya ambil semalam ini. Jelas bukan keadaan matanya. Ada waktu, hanya sebelah yang 'lari', namun ada juga waktu, kedua-dua matanya seakan bertentangan antara satu sama lain. Sudah beberapa doktor saya tanyakan tentang hal ini. Namun masih belum ada jawapan yang memuaskan hati saya.
.
Rasanya, ianya bermula sewaktu Rayyan Ariff diserang demam panas dan sawan pada penghujung Jun yang lalu sewaktu kami pulang bercuti. Semakin lama, ianya semakin baik. Namun apabila demam datang menyerang, matanya kembali 'lari'.. Sungguh merunsingkan.. Pertemuan dengan doktor hanya akan berlaku pada bulan April tahun hadapan. Lagi pula, saya agak bosan membicarakan hal ini dengan doktornya. Tidak betah andai dikatakan tidak tahu bersyukur lagi..
.
Mungkin ada teman-teman yang mempunyai pengalaman dengan perkara ini ataupun mempunyai ilmu pengetahuan untuk dikongsi. Sudi2lah kiranya berkongsi dengan kami di sini.
.
P/s - Kalaulah dahulu belajar bersungguh2, kan bagus kalau jadik ophtalmologist.. Bleh check mata Ian sendiri.. :P

Thursday, October 15, 2009

Koordinasi..

Setiap perkara yang dilakukan melibatkan koordinasi setiap anggota tubuh badan kita. Contohnya seperti aktiviti menangkap bola.. Tangan dan kaki perlu memberikan kerjasama yang sewajarnya.. Mata pula untuk melihat pergerakan dan otak juga akan menilai jarak untuk setiap jangkauan yang dilakukan.
.
Saya tidak pernah terfikir betapa perkara semudah ini memerlukan semua itu. Mungkin kerana segala-galanya mudah bagi kita, ia tidak pernah menjadi soal. Namun apabila melihat Rayyan Ariff yang melakukannya, barulah saya sedar setiap perlakuan kita itu bukanlah sesuatu yang enteng.
.
Rayyan Ariff playing throw and catch with ayah..
.
video

Alhamdulillah.. Rayyan Ariff berkeupayaan melakukan aktiviti ini dengan baik. Kalau tidak dapat ditangkap dengan tangan, kakilah yang akan digunakannya. Sewakti rakaman ini dibuat, Rayyan Ariff sudah agak kemalasan. Mungkin kerana sudah penat. Tangannya tidak seagresif mana apabila melempar bola.. Kaki juga bagaikan malas untuk menangkap.. =)
.
Sungguh saya tidak sedar dengan kebolehan Rayyan Ariff yang satu ini. Sehinggalah mommy yang menyebutnya.. Saya tidak begitu mengambil berat tentang 'kejayaan' ini mungkin kerana sudah biasa menyaksikan Rayyan Ariff bermain dengan ayahnya..
.
Satu yang kurang di sini adalah apabila bola melantun jauh sehingga tidak tercapai dek tangannya. Rayyan Ariff masih tidak mahu bergerak ke arah sesuatu objek yang diingininya. Tidak dengan cara berguling-guling atau mengesot, merangkak atau berjalan jauh sekali.
.
Saya tahu bukan dia tidak mampu untuk bergerak. Kalau diletakkan di katil kami, bagaikan johan dia bergerak dengan meniarap dan berguling-guling. Dari hujung ke hujung, cuba mencapai apa sahaja.. TV, kipas meja, lampu tidur dan juga alat kawalan penghawa dingin. Saya tidak menemui jawapan kenapa dia tidak mahu bergerak kalau ditempat selain dari katil kami. Buntu..
.
Sekali tengok Ian tangkap bola, bleh jadi goal keeper kan?? :P
.
P/s - Bersiaran dari laptop pinjam ihsan dari Uncle Ian.. Hard disc saya corrupt lagi kerana penangan virus! Chettt!! =(
.
P/s (2) - Entri seterusnya, tentang mata Rayyan Ariff.. =)

Wednesday, October 14, 2009

My strong lil' boy..

Bila bercakap tentang 'kuat', memang diakui bahawa Rayyan Ariff adalah anak yang kuat. Berjuang berhabis-habisan demi sebuah kehidupan walaupun usianya masih setahun jagung. Perjuangan yang bermula sedari hari pertama dia terbentuk dan membesar di dalam rahim mama, sehingga kini setelah 17 bulan usianya, dan pastinya perjuangan itu akan berterusan..
.
Namun bukan kekuatan itu yang saya maksudkan, yang ingin saya perkatakan kali ini ialah kekuatan fizikal Rayyan Ariff. Hal ini diakui oleh doktor2 yang pernah memberi suntikan kepadanya ketika ingin memasukkan drip. 'Daya' yang ditunjukkan cukup mengejutkan bagi anak hypotonia* sepertinya.
.
Kerana sifat ingin tahu yang tinggi, setiap kali Rayyan Ariff di atas dukungan kami, tangannya akan meliar menyentuh apa sahaja yang berdekatan dengannya. Contohnya, apabila kami berdiri di sebelah almari, tangannya ligat menarik pintu almari.. Begitu juga dengan peti ais, berulang kali tangannya membuka dan menutup pintu peti ais yang agak berat untuk dibuka..
.
Yang paling mengejutkan, sewaktu Rayyan Ariff menarik stand fan yang ada di ruang tamu.. Sehingga terbalik dibuatnya.. Cukup memeranjat apabila melihat kudratnya.. Bagaikan tidak percaya anak hypotonia ini memiliki kekuatan yang sedemikian.
.

Rayyan yang sibuk bermain.. Mainan inipun menjadi mangsa sifat agresif Ian.. Ditolak, ditarik dan dilempar sesuka hati.. :P

Rayyan Ariff juga semakin agresif. Apabila diletakkan berhampiran dengan rak mainannya, habis satu persatu barang permainannya diambil dan dibaling sekuat hati. Saya tidak tahu sama ada ini adalah satu bentuk protes yang ingin dia tunjukkan ataupun fitrah semulajadi sifat seorang kanak-kanak.. Habis bersepah mainan yang tersusun dibiliknya..
.
Kalau dulu, dengan sopannya, Rayyan Ariff hanya menyentuh mainan yang diberikan kepadanya.. Dan tidak sesekali menyentuh mainan lain yang tersusun.. Dibaling jauh sekali..

video

Kalau dulu, baik jer main pusing2 all the rolling toys, sekarang kejap jer pusing.. Pastu sibuk nak menjahanamkan benda alah tu.. :P

Harapnya, ini adalah perkembangan biasa seorang kanak-kanak.. Sewaktu di musikhaus, saya diberitahu agar cuba untuk 'membentuk' Rayyan Ariff dengan mengajarnya bahawa perbuatan membaling itu adalah sesuatu yang salah. Sudah saya cuba berkali-kali, namun masih tidak berkesan terhadapnya. Harap2 sekejap waktu nanti, dia akan mendengar 'larangan membaling barang' ini..

I'm not just strong, I'm also a cheeky boy! :P

Semakin hari, semakin panjang akalnya.. Kalau dimarah, mulalah dikelip2kan mata tanda memujuk.. Paling tidak, digosok-gosok tangan kita sambil ketawa kecil.. Sudahnya, marah kami tidak ke mana.. Anak oh anak.. :P

*Hypotonia is a disorder that causes low muscle tone (the amount of tension or resistance to movement in a muscle), often involving reduced muscle strength. Hypotonia is not a specific medical disorder, but a potential manifestation of many different diseases and disorders that affect motor nerve control by the brain or muscle strength.

P/s - Hubby bertanya kenapa blog di private.. Hehehe.. Dia semakin rajin mengikuti Kerna Kasih Kita semenjak Kerna Kasih Collection diperkenalkan.. Itu pun setelah teman-teman sepejabatnya memberi sedikit 'ulasan' tentang entri-entri di sini.. :P

Masih berkira-kira sama ada mahu membuka Kerna Kasih Kita kembali atau tidak.. Keadaan sudah semakin reda.. 'Lalat' sudah berhenti bersuara, namun saya pula sudah rasa selesa di dalam keadaan ini.. =)

Tapi satu yang ruginya, tidak dapat menyertai mana2 contest.. Ada rasa ralat juga.. :P

Monday, October 12, 2009

Memahami dirinya..

Ini photo-photo Rayyan Ariff sewaktu sesi fisioterapi minggu lalu. Harus diakui, Rayyan Ariff is getting better at standing. Tapi susahnya apabila dia sendiri yang tidak mahu diletakkan di dalam posisi berdiri. Ada waktunya, perkara ini menimbulkan rasa geram di hati.
.
Tapi seperti kata Ms. Sarjit, sekurang-kurangnya kita tahu yang dia mampu.. Cuma dia yang tidak mahu..
.
Kalaulah bisa kita memahami dirinya.. Apakah sensasi yang dirasakannya sehinggakan dia tidak mahu berdiri.. Menangis apabila diletakkan di dalam posisi ini.. Bukankah berdiri merupakan fitrah manusia? Wallahua'lam..
.
Ada waktu, terasa penat juga.. Seperti hamster yang berlari-lari di tempat yang sama. Di atas roda yang tidak henti-henti berpusing.
.
Hari ini, Rayyan Ariff menunjukkan satu kemajuan dan mengulanginya berulang kali.. Namun hari esok, dia mungkin berhenti melakukannya dan tidak mahu mengulangi apa-apa..
.
Kadang-kadang, timbul rasa pelik di hati.. Bukankah bagi kanak-kanak tipikal, apabila mereka mempelajari satu-satu perbuatan, mereka akan mengulanginya sehingga diri mereka mahir? Mengapa anak-anak brain injured tidak begitu? Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya ia terjadi di dalam kes Rayyan Ariff..
.

.
Biarlah.. Seberapa kuat kita berfikir pun, belum tentu akan terjumpa jawapannya. Yang pastinya, syukur ke hadrat Illahi kerana anak ini sering menunjukkan kemajuan yang tidak pernah kami jangkakan.. Apabila sudah diberitakan perkara-perkara yang buruk sedari dalam kandungan lagi, sebarang kemajuan yang ditunjukkan hatta sebesar kuman sekalipun, ia merupakan satu bonus buat kami.. =)

Alhamdulillah..


video

P/s - Setelah berkali-kali diberikan amaran oleh Rayyan, akhirnya ia berlaku.. Rayyan Ariff jatuh katil pagi tadi.. So far, tiada apa2 perubahan padanya.. Harap2, tiada apa yang serius.. =(

Maafkan mama Ian.. =(