Saturday, February 26, 2011

Truly blessed~

3 years ago, we were not sure of his survivability.. Today, we feel very blessed to see how far he has come.. 
Looking at his 2nd artwork sticking on the fridge remind us how much he inspires us! =)

Friday, February 25, 2011

Pendidikan anak istimewa: beri dia masa hingga hujung tahun..

Hari ini, saya berkesempatan bercerita serba sedikit dengan guru kelas Rayyan Ariff. Kata cikgu, Rayyan Ariff suka sepahkan barang mainan di kelas.. Tapi dia yang akan kemas balik sendiri kerana itu syarat yang cikgu bagi.. Kata cikgu, Rayyan sudah pandai mengusik kawan-kawan sekelas. Kata cikgu, Rayyan sudah sering ketawa besar di kelas, tiada lagi Rayyan Ariff yang 'reserve' dan hanya menjadi pemerhati..
.
Saya senyum. Tadi juga, apabila cikgu tanya, "Where's your nose?" Dengan cepat dia tunjuk. Sekali tunjuk sahaja. "Where's your ear?" Tunjuk lagi. Kalau dengan kami, kita tanya hidung dia tunjuk kepala. Kita tanya mata dia tunjuk hidung. Bagus juga dia dihantar ke sekolah, sekurang-kurangnya lebih berdisiplin. Kalau dengan kami, memang banyak main-mainlah.
.
Tadi juga, physiotherapist minta kebenaran saya untuk membawa Rayyan Ariff ke sesi berenang. Saya hanya membalas dengan senyuman ceria. Sangat mengalu-alukan. Kerana saya juga sering membawa Rayyan Ariff berenang.. Hampir setiap hari suatu waktu dahulu. Kini, yang tinggal hanyalah hari ahad untuk dia berenang. Makanya, kalau dia berenang sekali di sekolah, sudah menjadi 2 kali seminggu termasuk sesi wajib kami pada hari ahad.
.
Nampaknya Rayyan Ariff mula menyesuaikan diri di sekolahnya. Dan kerna itu, saya rasa agak keberatan untuk menukar sekolah anak itu dalam waktu yang terdekat ini. Makanya, saya bercadang untuk membiarkan Rayyan Ariff di situ sehingga ke hujung tahun nanti. Walau saya tahu perlu untuk Rayyan Ariff belajar bersosial dengan anak-anak tipikal, namun saya mahu dia menikmati kemudahan terapi fizikal dan pengurusan diri di sekolah sekarang ini terlebih dahulu. InsyaAllah, akan saya usahakan sesuatu yang lain untuk Rayyan Ariff bersosial dengan anak-anak tipikal. InsyaAllah..
.
Hari ini juga ada sesi bergambar di sekolah Rayyan Ariff. Hampir tergelak saya menyaksikan anak kecil itu dipakaikan uniform sekolah yang sangat besar berbanding tubuh kurusnya. Ibarat gaun pun ada. Sudah saya tanyakan kepada hubby tadi agar dia mencari saiz baju yang sesuai untuk Rayyan Ariff dan hubby sendiri akan menghantar baju itu untuk dicetak logo sekolah. Projek hujung minggu mungkin. =)
.
Di sekolah, Rayyan Ariff adalah pelajar paling muda. Di kelas-kelas lain, ada pelajar yang sudah berusia sehingga belasan tahun. Menjadi 'bayi' di kalangan pelajar-pelajar ini membuatkan Rayyan Ariff agak dikenali. Datang dia bersambut dengan sahutan 'hai' oleh anak-anak di situ dan pulangnya berbekal lambaian dan jeritan "bye-bye baby".. Dan adakalanya, diiringi ciuman selamat tinggal.
.
Senang benar hati ini apabila anak kecil itu disayangi. Syukur Alhamdulillah..
.
.
Entah mengapa, sewaktu memandu pulang tadi, untuk kali pertama, saya bagaikan melihat gambaran halatuju pendidikan Rayyan Ariff. Untuk kali pertama, saya merasakan masa depan yang baik menanti anak ini di kemudian hari.
InsyaAllah.
.

Thursday, February 24, 2011

Kak, telinga Ian hilang!!!

Waktu lunch semalam, just lepak-lepak dengan kawan-kawan kat pantry. Handphone pulak tinggal kat meja.. Balik kat tempat, checked handphone, nampak ada 4 missed calls. 1 number rumah, 1 number hubby and yang lebihnya number hp mommy. So terus call mommy balik.. Suara dia sket punya cuak..
.
"Hello Kak, ni ha.. telinga Ian hilang ni!! Ada sebelah jer.. Jatuh kot. Dah dua tiga kali mommy ulang alik kat luar cari. Nak gi cari lagi, Ian tido.. Takleh nak tinggal.." Mommy.
"Oh, ada  ni dengan Kak. Bunyi bising jer.. Terus bukak. Pakai sebelah je.." Saya.
"Ooooh.. Nasib baik. Berdebar mommy.. Lenguh belakang dok terbongkok kat luar masa cari tadi.." Mommy.
"Risau ke?" Saya.
"Mesti la.. Benda RM3, 4 ribu.. Kalu 3, 4 ringgit lain la citer.." Mommy.
.
Kesian pulak. Sampai dua tiga kali ulang cari. Lupa langsung nak bagitau tadi.. Hmmm, called En. Hubby pulak..
"Eh Dik, cuba call sekolah Ian tanya ada tak telinga Ian jatuh kat sekolah? Hilang sebelah ni ha.." Hubby
"Ada kat adik ni ha.. Sebelah tu kan asyik kuar bunyi bising jer. So adik pakaikan sebelah jer.." Saya
"La.. Kecohhh jer.." Hubby
"Apsal? Cuak ke?" Saya
"Mesti la, mana nak carik RM4000 kalo nak buat yang baru.." Hubby.
.

Sebelah 'telinga' yang bikin kontroversi.. =P

Wednesday, February 23, 2011

Blogging: Satu pencabulan hak asasi anak-anak??

Semalam saya berpeluang berbual dengan seorang rakan yang juga merupakan seorang doktor. Rakan ini sememangnya maklum dengan kondisi Rayyan Ariff sedari dia masih di dalam rahim saya lagi. Malahan, rakan inilah yang menjadi rujukan saya setiap kali saya memperolehi sesuatu keputusan pemeriksaan yang saya tidak faham isi kandungannya.. Teman untuk saya mendapatkan penerangan bagi setiap terma-terma perubatan yang asing pada saya..
.
Perbualan kami semalam berkisar tentang tahap penceritaan ibubapa tentang kisah anak-anak mereka, terutamanya kisah anak-anak istimewa. Dan saya juga mengambil kesempatan semalam untuk bertanyakan pendapat beliau tentang hasrat saya untuk berkongsi kisah Rayyan Ariff di media cetak dengan niat, ingin memberi harapan. Saya tahu bagaimana sakitnya apabila kita tidak diberikan harapan, maka apa salahnya kami bangkit memberikan harapan kepada mereka yang mungkin memerlukan.
.
Jawapannya senang, "As a doctor, I'll definitely say yes to it. But as a parent, I will say no. Every child has their own rights. Even when they're still in the womb, their rights can't be violated. They should have their privacy and it should not be invaded. Who are we to decide whether we should share their story or not. Who are we to decide on what to tell and what to be kept? We cant claim ownership on them just because they are our children. One day, they will grow up and have minds of their own. What if, the things that we shared before is not something that they are agreeable to?"
.
"But children can be manipulated, we can actually direct them to the way we want them to be. We can build certain beliefs and trust, right? If from the beginnning we implanted in their mind that what we have been doing is good for them and giving back to the community, I guess it should turn out to be that they will accept it and share the same thought with us.." Saya cuba menyatakan dari perspektif yang berlainan.
.
"Yes, they can be manipulated. But not forever. Wait until they have mind of their own, then only you will know what they've to say about the whole thing.." Tingkahnya lagi.
.
Melihat kebelakang waktu, saya jarang bercerita tentang Rayyan Ariff secara total. Namun menjelang usianya 2 tahun, saya mula memberi lebih pendedahan di sini tentang siapa Rayyan Ariff dan bagaimana istimewanya asal kejadian anak ini dari segi sains dan kemanusiaan. Kerana kisahnya terlalu istimewa untuk disimpan.
.
Dan jua, kerana kisah Rayyan Ariff,  memberi banyak tanda tanya bukan hanya pada saya selaku manusia biasa, namun turut mengundang kekaguman kepada para pengamal perubatan moden yang pernah memberikan diagnosis dan prognosis kepada anak ini.
.
Namun kini saya sudah pasti tentang semua ini lagi. Saya tidak mahu merobek privasi seorang insan lain walaupun insan itu adalah anak saya sendiri..
.
Saya tidak tahu apa yang saya coretkan di sini akan mendapat persetujuan daripada Rayyan Ariff atau pun tidak. Sebagai seorang blogger mommy, pastinya anak-anak akan menjadi subjek utama di dalam penceritaan saya.. Sama ada Rayyan Ariff atau adik-adiknya nanti, kisah kasih kamilah yang akan saya coretkan di sini..
.
Namun perbualan semalam benar-benar memberi kesan kepada saya. Untuk meneruskan hasrat saya ke media cetak bagaikan sudah jauh rasa itu.. Yang paling nyata, saya juga sudah tidak pasti apakah harus saya bertukar gaya bentuk penceritaan di sini. Sekiranya perlu, mungkin seharusnya saya memberi fokus kepada semua perkara secara am dan tiada lagi subjek utama. Tidak Rayyan Ariff dan tidak juga bakal adik-adiknya. Wallahua'lam..
.
Bagaimana dengan blogger mommies yang lain? Do you think that we invading our children's privacy; be it typical or special children since we're blogging about them?
.
Source: Google image

Tuesday, February 22, 2011

Mak busy, anak ponteng~

Budak ni ponteng sekolah hari ni.. Sebab ada renda-renda selsema gitu.. Harap2 tak melaratlah.. Vitamin tak tinggal tu..

Budak tak gi school~

Lagipun, driver bas skolah MC dua hari.. So takde orang leh antar balik.. Mama n ayah plak busy, takleh nak menjemput.. So, Ian MC la hari ni.. =)
.
Esok InsyaAllah boleh gi school. Sebab esok Uncle OD leh tolong ambik.. *Thanks Uncle OD*
Tengok Ian, semua sayang Ian.. Semua family members kita sanggup bersusah untuk Ian.. Alhamdulillah..
Nenek pun dah nak dekat 3 minggu jaga Ian kat sini.. This weekend, bibik dah balik.. Lega la sket Mama bila kena bawak Ian gi spital coz dah ada helper.. *Takmo jadi cam semalam* =)

Monday, February 21, 2011

Ada waktu kita sedih..

Ada waktu kita gembira..
Ada masa kita berduka..
Ada detik kita ketawa..
Ada saat kita hiba..
.
Namun di setiap nafas kehidupan, saya selamanya mahu ada dia..
.
Mohon, selamanya memohon kepada Yang Maha Esa agar dilorongkan kesenangan di setiap jalan yang kami tempuhi..
Mohon, selamanya memohon kepada Yang Maha Kuasa agar tidak akan ada lagi kesakitan pada tubuhnya..
Mohon, selamanya memohon kepada Yang Maha Agung agar memberikan laluan yang tenang untuknya..
.
Selamanya memohon..
.
*Mode hari yang penat dan memenatkan*

A picture's worth a thousand words? So let 'em do the talking!!



Budak rajin, kat mana2 pun mesti dengan flash cards.. =)

Nenek n cucu~

Jom pergi beach.. =)

Cantik kan??

Senja..

Ayah n anak..

Mama n Anak ~ Takut air.. =)

Gurau-gurau ngan ayah.. =)

I'm a beach boy.. =)

Warming up..

Nak Mama!

Pasir kat Langkawi lagi best.. =)

Enjoying the moment..

Tak puas mandi.. =)

Isi perut plak.. =)
Sambung plak kat swimming pool.. Macam la kat umah takde eh? =)
Just a short trip.. 
Last minute some more.. 
Next time should plan properly.. 
Because the more, the merrier it will be right??

So, PD anyone??
=)

Sunday, February 20, 2011

Weekend kami..

*Mode penat*
.

Tapi happy!!
=)

Friday, February 18, 2011

Syurga di Telapak Kaki Ibu

Sewaktu di dalam perjalanan ke pejabat tadi, hati ini benar-benar tersentuh dengan tatkala mendengar alunan indah lagu Syurga di Telapak Kaki Ibu dendangan penyanyi Aishah. Benar-benar mengundang seribu kesyahduan..
.
"Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu.."
 
.
Lagu ini adalah lagu yang sama yag berkumandang di corong radio bagaikan mengiringi kepulangan kami daripada hospital setelah selesai menjalani pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan sewaktu saya masih megandungkan Rayyan Ariff. Sekuat mungkin saya cuba menahan titis airmata tatkala mendengar bait-bait lirik yang penuh makna itu.
.
Kelahiran Rayyan Ariff adalah sekitar waktu yang mana seluruh dunia sibuk meraikan kaum ibu dengan menobatkan satu hari sebagai hari ibu. Makanya, pada tempoh itu, banyak lagu-lagu bertemakan kasih seorang ibu dimainkan di radio.
.
'Sakit' benar apabila saya mendengar lagu itu kembali setelah sekian lama. Kerana ianya bagai mengingatkan saya tentang kesakitan semalam. Segalanya bagaikan masih baru.. Kesakitan dan ketidakpastian yang berbaur.. Subhanallah, melihat kebelakang waktu adalah sangat memeritkan..
.
Dan sewajarnya, saya harus bersyukur kerana Allah SWT telah membawa kami sejauh ini. Walaupun jalanan takdir ini ada waktunya membuatkan kami hampir tersungkur, namun ianya jugalah yang menguatkan kami untuk terus melangkah. Membuatkan kami lebih menikmati erti kebahagian setelah teruji. Membuatkan kami lebih menghargai nikmat kesihatan setelah diberikan kesakitan..
.
Walaupun perjalanan kami masih jauh, namun saya benar-benar bersyukur kerana dapat tiba ke saat ini. Sangat-sangat bersyukur.
.

My Mom & I.. Sayang kamu sampai mati!! Terima kasih di atas segalanya..
Kasih ibu, begitu luas dan tidak terbatas kan?  

Thursday, February 17, 2011

Bila kita tak jangka, masa tulah dia tunjuk terror.. :P

Rasanya betul la kan? Kadang-kadang, kita mak-mak ni memang ada tendency untuk ada doubt dengan kebolehan anak sendiri. Tak byk pun sikit, yea dak?
.
Masa first time my boss bagi puzzle ni kat Rayyan Ariff, dalam hati dok terpikir, bila la dia leh nak match semua. Banyak ni, ada 16 keping. Base dia plak kaler putih, camne la dia nak match.. Dalam dok ajar n tunjuk main-main tu, tiba-tiba je dia dah terror.. Bagi je, laju dia letak sekeping-sekeping.. Kagum tak ingat la.. Dah nama pun dia ni special banyak.
.
Since dia dah pandai match yang ni, saya pun cari la lagi satu wood puzzle ni. Kali ni, ingatnya nak cari yang base kosong plak. So, beli yang kat bawah ni. Sekali bila sampai rumah n check tgk, eh base ada kaler.. Gambar exactly the same. Pastu corak kat vehicles tu plak ala-ala serabut sket, so frust la jugak takut Rayyan Ariff confused and tak pandai buat.
.
Tapi dalam pada tu pun, bagi jugak la dia main.. Dah terbeli kan..
.
video
Sekali lagi, sedar-sedar dah terror budak ni.. Yang ni peg puzzle ni tak banyak, cuma 5 keping.. Tapi yang tak confusing cuma 2 keping jer.. Yang ada warna biru and yang tengah tu.. Yang lain tu dia punya corak more or less the same.. Beza shape je la.. So kalau Mama dia nak letak pun kena tgk bebetul, apa lagi Tuan Kecik kan??
.
Masa record video ni, dah kul 9 lebih.. So Tuan Kecik ni pun dah mengantuk and not so cooperative. Sibuk nak gigit, sibuk nak jilat.. Tapi still obedient la jugak sket.. Pastu satu lagi, angin dia lari sket sebab sebelum tu sibuk dok berebut digicam ngan dia.. Budak-budak sekarang ni pantang tengok gadget.. :P
.
K la, sket jer coz ari ni ada training kat Putrajaya.. Till then!

Wednesday, February 16, 2011

Megat Idris dan Tuan Rayyan

Semalam berkesempatan menjenguk anakanda Idris yang sudah lebih 6 hari berkampung di Hospital Putrajaya.. Kasihan sungguh melihat tubuh kecil Idris yang semakin susut, sehingga jelas kelihatan ketinggian anak itu. Tangan kurusnya membengkak di bahagian belakang tangan dek kerana suntikan demi suntikan yang dilakukan ke atas. Tidak terkira air matanya yang gugur tanda kesakitan yang tak terperi..
.
Semoga segala kesakitan itu akan berlalu pergi dan semua kesembuhan milik Idris.. Aminnn..
.
Mak buyung ala-ala kanak-kanak ribena.. =)
.
Setelah itu, saya mengambil peluang bertemu dengan teman yang sudah lama tidak bersua muka. Alang-alang sudah di Putrajaya. Namun sekadar bertanya khabar dan berbual-bual, tidak sempat singgah ke rumahnya dan berlama-lama kerna saya perlu bergegas pulang untuk mengejar waktu tidur Rayyan Ariff.
.
Rayyan Ariff yang saya tinggalkan bersama neneknya itu sudah punya habit untuk tidur awal semenjak dia mula bersekolah. Maka saya terpaksa bergegas pulang untuk memberikannya ubat kerana neneknya tidak tahu sukatan ubat-ubatan yang harus diambilnya. Tambahan pula, semalam ada Glee.. *Sengih*
.
Rayyan Ariff, menyebut sahaja namanya sudah menguntum senyum dibibir ini.. Senang benar saya dengan perilakunya kebelakangan ini. Baik benar dia semenjak ketiadaan bibik. Kalaulah ada ahli keluarga yang bisa menjaga Rayyan Ariff, pastinya saya tidak mahu ada bibik lagi.
.
Saya tidak tahu mengapa, namun jika ada bibik, tahap manja dan mengamuk Rayyan Ariff adalah diluar kawalan. Setiap pagi, di dalam kereta, dia boleh mengamuk sekuat-kuatnya setiap kali kereta berhenti kerana lampu merah atau kesesakan jalanraya. Tetapi kini, dengan saya, dia hanya tersenyum dan tersengih sepanjang waktu.. Tidak kiralah lampu merah atau kesesakan jalanraya, Rayyan Ariff penuh dengan senyuman dan sesekali bergurau dengan saya..
.
Hmm.. Kan bagus kalau sentiasanya dia begitu.. =)
Mungkin bibik terlalu memanjakan sehingga anak itu mengada-ngada..
Wallahualam..

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul & Tentang Sebuah Harapan..

Salam Maulidur Rasul buat semua..
.
Bagai banyak yang hendak dilakukan hari ini. Namun mata hanya ingin melekat untuk menonton rancangan maulud nabi di televisyen terutamanya sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.. Alunan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW benar-benar menyentuh rasa. Syahdu..
.
Tentang harapan. Apa yang ada tentang harapan? Banyak sebenarnya yang ingin saya coretkan di sini.
.
Pada yang mengikuti belog ini sedari awal, mungkin anda sedia maklum bahawa saya pernah beberapa kali menerima permintaan untuk berkongsi tentang cerita Rayyan Ariff di media massa dan juga sebagai subjek di dalam tugasan pelajaran. Dan untuk beberapa ketika sebelum ini, segalanya saya tolak secara baik. Mungkin kerana saya belum bersedia..Sungguh saya tidak dapat mencari alasan lain..
.
Namun kebelakangan ini, jauh di sudut hati ini, bagaikan terpanggil untuk lebih berkongsi dan bercerita.. Kenapa? Mahu mencari publisitikah? Mahu meraih simpatikah? Tidak sesekali. 
.
Semuanya berkisar tentang harapan. Kerana kebelakangan ini, saya banyak menyaksikan kisah anak-anak seperti Rayyan Ariff di media massa. Banyak kisah, banyak cerita. Cerita tentang ibubapa yang tabah dan kuat. Kisah tentang anak yang tidak diberikan harapan dan masih tidak diberikan harapan walaupun ada di antara mereka yang sudah berusia 5 tahun.
.
Mungkin tiada harapan diberikan kepada mereka di atas dasar tahap kebergantungan anak-anak tersebut tinggi. Severely handicap. Mungkin. Namun kita tidak tahu apa kesusahan yang menghalang ataupun tahap pendedahan yang ada pada mereka sehingga anak mereka tidak membangun seperti yang dikehendaki. Wallahualam.
.
Di dalam kebanyakan cerita yang sama namun tidak serupa ini, hanya satu persamaan yang saya temui di antara kesemua ibubapa tabah ini; pengharapan. Walaupun di usia lebih setahun, lebih dua tahun, lebih 5 tahun mereka hanya mampu berbaring dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu, para ibubapa yang cekal ini masih menaruh harapan bahawa anak mereka akan sembuh dan pulih.
.
Saya cukup mengerti rasa itu.. Kerna saya pernah berada di situ dan banyak ketika, saya masih berada di situ. Situasi yang mana tiada harapan untuk cinta hati saya.. Sakit sekali saat dan waktu sebegitu. Namun seperti para ibubapa ini, saya juga penuh dengan pengharapan.. 
.
"Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan putus harapan.. Saya percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya.."
.
Ini yang pernah saya ungkapkan pada entry lama di tahun 2008. Dan DIA yang dinyatakan di dalam entry tersebut adalah Rayyan Ariff. Namun seperti kebiasaannya saya, keberatan untuk bercerita lalu hanya meletakkan kata ganti diri ketiga buat Rayyan Ariff.
.
Namun apabila Rayyan Ariff ada bersama kami melepasi tempoh 'dua-tiga hari' selepas dilahirkan, maka saya mula berkira-kira untuk bercerita tentang Rayyan Ariff di blogspot. Kerna tujuan saya hanyalah satu, memberi harapan kepada mereka yang tidak diberikan harapan. Memberi jawapan subjektif pada sebuah ketidakpastian.
.
Kerna saya juga pernah 'hilang arah'.. Berhari-hari mencari maklumat di Internet apabila mengetahui tentang Rayyan Ariff. Dan cuba mencari kisah-kisah kemandirian kerana terlalu banyak disogokkan oleh contoh-contoh kematian. 
.
Dan kerana Rayyan Ariff adalah salah seorang daripada mereka yang diizinkanNya untuk survive walaupun survival rate melepasi usia 6 bulan adalah 1 di dalam 20 juta, mungkin ini masanya untuk kami mula memberi sesuatu kepada masyarakat.. Harapan dan kesedaran..
.
Wallahualam...


.
*Mode berfikir*

Monday, February 14, 2011

Mengantuk VS Malas VS Esok cuti VS Banyak kerja..

*Seriously, mood ke laut* Tak cukup tidur kot.. =P

Last 2 weeks, I bought another wood puzzle set for Rayyan Ariff. Although it's just 5 pieces in one set, this one seems to be more complicated compared to the 16 pieces puzzle that he already has. Because for this one, the pieces has the exact color with its base which makes it rather confusing, at least to me..
.
The first time when I showed it to Rayyan Ariff, he was more interested with the image *cars, ambulance, trucks* 
.
As always, I just let him be because I know that it will be almost impossible to make him do things that he's not interested in. But a few days back, when I gave the puzzle to him, I was very impressed that he managed to match it all. Because like I said earlier, it is rather confusing and I'm still confused with at least 2 out  of the 5 pieces puzzle. Until now.
.
So last night, when I was doing some reading with my little boy, I asked my hubby to join us as I want to show him what our little boy can do. I gave the puzzle to Rayyan Ariff and asked him to match it one by one. As expected, he managed to match it all in just few seconds. Piece of cake.
.
Hubby was quite amazed with what he saw and I simply told him, "Ian nak yang baru la tu.. Yang ni dah tak challenging.. Cuba try animal plak ke.. Mama takde budget dah.." =P
.
Hmmm.. We'll see whether Rayyan Ariff will get a new set or not.
Kalau ayah tak beli, kita try bodek atuk plak.. :P
.

Cucu manja atuk.. Kalau dengan atuk, nasi sepinggan pun habis! Patuh jer..


Sunday, February 13, 2011

Minggu ketiga tanpa bibik.. Doing great!

Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, bibik kini sedang bercuti sebulan. Kehidupan kami, seperti biasa sahajalah.. Memang terasa kepenatan menguruskan rumahtangga dan keluarga tanpa bantuan bibik, terutamanya apabila memenuhi rutin mingguan ke hospital untuk sesi terapi. 
.
Namun sejujurnya saya senang begini. Rayyan Ariff sendiri pun tidaklah mengamuk tidak tentu hala seperti sewaktu adanya bibik. Mungkin dia faham mamanya penat menguruskan segalanya sendiri.. Kerana kebiasaannya, ada saja agenda En.Hubby pabila hari sabtu tiba.. Dek kerana tidak mahu segalanya tergendala, saya teruskan juga dengan rutin mingguan kami walaupun hanya bersendiri dengan Rayyan Ariff..
.
Hari ini, Rayyan Ariff mendapat pujian sewaktu di sesi terapi pertuturannya. Pujian dari segi pemahaman dan kerjasama. Untuk sesi-sesi seterusnya, mungkin saya perlu menunggu di luar bilik terapi dan hanya dibenarkan masuk untuk 15minit terakhir. Kerna anak manja saya itu memberikan lebih kerjasama apabila saya tidak ada.. :P
.
Hari ini juga, saya menghabiskan hari dengan mengemas, menyapu, mengemop lantai, menggosok baju dan tugas-tugas lain selayaknya seorang surirumah.. Penat tapi puas. Kalaulah ada yang bisa menjaga Rayyan Ariff sebaiknya tatkala saya di pejabat, pasti sahaja saya memikirkan kemungkinan untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah asing. Namun apakan daya, Rayyan Ariff masih memerlukan bibiknya..
.
Apa yang penatnya tentang hari ini dan hari-hari lain? Setiap kali rumah siap dikemas, tidak sampai 2minit terus berkecah lagi.. Takpelah nak.. Janji kamu sihat.. =)
.
Kalau diam, mesti ada keje yang dia tgh syok buat.. :P

Dapat pen pulakkk

Khusyuk betul kan?

Tunggang terbalik tetikus Mama dibuatnya..

Cuba tanya kaki ni, bila nak berjalan sendiri eh??? :P

Hah, kantoi buat sepah!!!
Program esok?? Nak cari barang sket.. Ikea ke JJ eh??? =)

Friday, February 11, 2011

Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya..

Seperti yang sudah dijangka, temujanji di Klinik Audiologi adalah sangat tidak memberangsangkan. Malah, boleh saya kategorikan sebagai temujanji ini adalah yang terburuk dalam sejarah susunan temujanji-temujanji kesihatan Rayyan Ariff yang tidak terkira banyaknya.
.
Anak comel itu langsung tidak mahu bekerjasama. Puas dipujuk dan diberikan mainan namun dia langsung tidak mahu mengenakan alat bantu pendengarannya. Sudahnya, kami pulang sahaja kerna tidak ada apa yang dapat dilakukan dengan keadaannya yang tidak berhenti menangis setiap kali alat itu cuba dikenakan padanya.
.
Dan saya sendiri, rasa kecewa dan penat berbaur. Apabila dia baru sahaja menerima alat itu, kini tiba-tiba sahaja raung tangisnya kembali apabila setting ditukar. Berulangkali ia begitu. Mula-mula OK, kemudian reject. OK kembali dan reject kembali. Itulah sejarah Rayyan Ariff dengan hearing aid.
.
Mungkin setiap setting baru yang dibuat adalah terlalu kuat untuknya. Sampai satu ketika, saya berfikiran mahu hanya membiarkan dia dengan keterbatasan pendengarannya kerna tidak mahu dia berasa sakit. Sekiranya dipasang dengan cara yang salah, alat itu mudah sahaja mengeluarkan bunyi yang membingitkan.. Sungguh saya kasihan padanya.
.
Bagai nekad sahaja hati ini untuk membiarkan dia yang menentukan sendiri apabila dia besar kelak sama ada dia mahu memakai alat itu ataupun tidak. Pada saya, masih ada lagi kaedah komunikasi yang bisa diajar untuk Rayyan Ariff sekiranya pendengaran dia terhad sekalipun.
.
Namun itu hanya rasukan fikiran jahat sahaja. Kerna rasa kecewa mungkin. InsyaAllah, kami tidak akan berhenti mengusahakan setiap cara yang ada untuk membantu Rayyan Ariff demi sebuah kehidupan yang berkualiti dari segenap sudut untuk dia. InsyaAllah.

Tertidur di dalam kereta setelah kepenatan mengamuk..
Kekecewaan semalam juga membuatkan saya menggunakan enjin carian google untuk menjejaki anak-anak yang senasib dengan Rayyan Ariff. Dan mata saya mendarat pada 4 laman belog milik orang putih kesemuanya. Laman belog yang pertama, bayi itu meninggal pada minggu ke 17 kehamilan. Bayi yang kedua dan ketiga meninggalkan dalam tempoh kurang dua minggu dilahirkan. Dan belog yang keempat, anak itu sudah berusia 6 tahun namun dengan keadaan penuh limitasi fizikal dan mental.
.
Sekali lagi, realiti kehidupan menyedarkan saya untuk bersyukur dengan setiap yang ada. Realiti kehidupan mengajar saya agar tidak mengeluh. Dan saya sendiri, cukup takut untuk mengeluh kerna tidak mahu tuhan menarik rahmat dan nikmat yang telah Dia kurniakan buat kami..
.
Dan semalam juga, saya dan Rayyan Ariff melelapkan mata lebih awal daripada biasa. Kerna saya perlu mencari tenaga yang baru untuk menempuh hari ini yang masih belum pasti turun naiknya.
.
Pagi tadi, sewaktu tiba sahaja di sekolah Rayyan Ariff, saya mengeluarkan alat bantu pendengaran itu seperti kebiasaannya. Terus sahaja Rayyan Ariff menjadi kaku dan statik. Fobia benar dia pada alat itu..
.
"It's OK Ian. It's not that loud anymore. They have reduced the level yesterday.." Ujar saya dalam nada separuh berbisik. Rasa syahdu menyelinap ke segenap ruang hati tatkala melihat matanya yang mula digenangi air.
.
Setelah alat itu terpasang, bunyi bingit mula terhasil dan Rayyan Ariff sudah mula mengalirkan air mata. Tanpa suara. Terus sahaja saya betulkan kedudukan alat itu sebaik mungkin sehingga bunyi itu tidak lagi kedengaran. Dan setelah itu, saya menyerahkan Rayyan Ariff kepada cikgunya dengan wajah sugulnya yang masih bersisa. Apalah daya saya..
.
Kalau diizinkanNya, alangkah bagus sekiranya Rayyan Ariff tidak perlu bergantung pada alat itu bukan? 
Mungkinkah keajaiban itu menjadi milikmu Rayyan Ariff?
Wallahu'alam.

Thursday, February 10, 2011

Hidup tanpa orang luar dalam rumah..

Minggu kedua without bibik. Penat tapi serious happy sangat.. Ye la, dalam rumah kita just ada kita-kita je kan.. Sure lah feeling tu lain. Happy semacam.Yang paling penting, tak payah nak tadah telinga dengar masalah Puan Bibik yang tak pernah surut itu.. =)
.
Rayyan Ariff pun baik-baik sahaja walaupun tanpa Bibik. Duduk dengan nenek sendiri, mana tak baikkan? Makan memang penuh seleralah.. Kalau lambat suap, ditarik-tarik tangan kita. Kalau dah habis, terjenguk-jenguk makanan dalam pinggan.. Tanda mintak tambah. Senang hati tengok dia makan. Kalau tak, macam ajak berperang bila nak bagi makan.. 
.
Minum susu pun boleh tahan banyak. Harga setin Pediasure Complete pulak boleh tahan jugak.. Nasib baik anak baru sorang.. :P
.
Sewaktu saya sibuk di dapur tadi, Rayyan Ariff main-main dengan ayahlah. Nenek pula sedang mengaji kat dalam bilik..
"Ian buat apa kat sekolah hari ni? Ian belajar apa?" Tanya Tuan Besar pada Tuan Kecik.
Sweet jer dengar. Walaupun Ian takleh bagitau lagi and just tersengih-sengih, ayah still layan Ian sepenuh jiwa. Ingat jasa ayah yea nak..
.
Rayyan Ariff sekarang suka benar main tutup bukak sliding door. Kalau kita larang, menangis.. Penuh eksplorasi sungguh jadi kanak-kanak ni kan..
.
Banyak benda yang nak di update actually.. Tapi masa tak mengizinkan.. 
.
Hari ni ada appoinment dengan audiologist.. Hmm.. Taktau nak kata apa la bab2 audiologi ni.. Tengoklah macam mana nanti..
.
Pengarang jantung kami.. Semoga sehat sentiasa hendaknya.. Aminnn..

Wednesday, February 9, 2011

Bila anakanda semakin membesar.. =)

Ok, kurangkan kontroversi.. Tingkatkan prestasi.. :P
BTW, Kak Pinut, pinjam ayat sat.. Ni blog mek kan? Suka ati mek la nak hapdet panjang ka pendek ka? *Kenyit Mata*
.
Mari kita berbalik kepada cerita Tuan kecik.. Lepas jatuh daripada carseat hari tu, terus saya sibuk mencari carseat yang sesuai untuk Rayyan Ariff.. Oleh kerana budget adalah terhad, makanya, beli yang biasa-biasa sahajalah. Kali ini, terus sahaja beli yang besar kerna anak bujang saya ini memang tinggi walaupun badannya ramping sahaja.. =)
.
Sepanjang perjalanan balik kampung.. Baik sahaja duduk di carseat baru.. =)

Cerita di kampung akan dikongsi kemudian nanti yea..
.
Sesuai dengan perkembangan usia, keletah Rayyan Ariff semakin mencuit hati. Ada sahaja akalnya yang buat kita tertawa.. Kadang-kadang, belum lagi kami ketawa, dia yang terlebih dahulu ketawa mengekek.. Bahagia bila melihat anak kita gembira kan? =)
.
Beberapa hari lepas, sewaktu saya sibuk di dapur, Rayyan Ariff sedang bermain keseorangan di ruang tamu. Dia langsung tidak menyedari bahawa mata saya sedang asyik memerhatikannya. Perlahan-lahan, anak itu bangun memanjat sofa untuk mengambil alat kawalan jauh astro. Apabila berjaya, perlahan-lahan tubuh kecil itu turun daripada sofa dan kembali duduk bersila menghadap peti televisyen. Comel.
.
Kalau diminta mengulang kembali, memang tidak akan dilakukannya.. Dapat tengok dari jauh pun sudah mencukupi. *Senyum puas*
.
Dan kalau kita memukul mana-mana bahagian badannya *Pukul main-main sambil gelak*, Rayyan Ariff akan membalas pukulan itu.. Tapi bukan pada badan kita, pada bahagian yang sama kita pukul pada badannya. Kalau diulang dua atau tiga kali, Rayyan Ariff seterusnya akan mencegilkan mata tanda marah, sambil tersenyum. Super comel!! :P
.
Sekarang ini juga, setiap waktu Rayyan Ariff sibuk menunjukkan bahagian badannya dan kita. Maklumlah, tengah kemaruk.. Baru mengenal anggota.. Comel benar apabila jari kecil itu menunjuk ke arah hidungnya sebelum beralih ke hidung mama pula.. =)
.
Kalau boleh, semua momen ini mahu saya rakam.. Agar selamanya anak kecil saya kekal di dalam keadaan comel sebegitu. Namun selari dengan peredaran waktu, sememangnya dia akan terus membesar.. Oh, kena cherish momen-momen seperti ini sepenuh hati kan mommies? Anak-anak memang cepat besar.. =)

Tuesday, February 8, 2011

Saya ibu yang tidak pandai menilai keupayaan anak OKU?

Sebenarnya, saya tidak perlu untuk membuat entri ini. Bagaikan melayan sesuatu yang enteng.. Namun saya rasakan perlu untuk saya mengubah persepsi masyarakat terhadap keupayaan otak anak OKU.
.

Kata Cik Anonymous ini, dia adalah pengikut setia blog picisan yang bercerita tentang Rayyan Ariff ini.
Kata Cik Anonymous ini juga, dia berpendapat bahawa stimulasi yang saya lakukan pada Rayyan Ariff adalah terlalu tinggi melepasi keupayaannya sehingga menyebabkan anak saya diserang sawan.
.
*Senyum*
.
Di dalam entry ini, ada saya nyatakan ayat di bawah ini:-
The best part from the EEG test is when Dr.Sofiah said, "His brain background activities are good. Not so delay comparing to his actual age. In fact, very good. I'm impressed.." Alhamdulillah..
Mungkin Cik Anonymous yang setia telah tertinggal entri di atas agaknya. EEG Test kedua untuk menilai tahap serangan sawan pada Rayyan Ariff itu dilakukan pada bulan Oktober yang lalu. Jadi saya kira, keputusan ujian itu tentunya masih boleh digunapakai bukan? Kerna ujian EEG bukanlah dilakukan setiap bulan. 
.
Kalau keupayaan minda Rayyan Ariff dikatakan tidak begitu kebelakangan dengan umurnya, dari segi apa Cik Anonymous bisa membuat andaian bahawa 'dorongan' yang saya berikan kepada Rayyan Ariff adalah melampaui kemampuannya berbanding umur dan kemampuannya?
.
Dorongan apa yang saya berikan kepada Rayyan Ariff sehingga dia tidak mampu menerima lalu terkena sawan?
.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff mengenal nombor, bukan sifir 7 atau sifir 8.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff mengenal anggota badannya, bukan mengajarnya tentang sistem pernafasan manusia ataupun proses sistem perkumuhan.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff memetik suis lampu dan kipas, bukannya menyuruh dia memasang mentol lampu.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff bersalam, bukannya menari tarian lilin dengan memegang bekas lilin di tangan.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff menutup, membuka pintu kereta dan rumah, bukannya menyuruh dia memandu atau bertukang.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff pergerakan fizikal asas seperti cara untuk bangun dari pembaringan, cara untuk duduk dan mengatur langkah, bukannya mengajar dia berlumba lari ataupun berjogging.
Saya cuma mengajar Rayyan Ariff memegang pensil untuk menconteng dan mewarna, bukannya membuat karangan dengan 50 patah perkataan.
.
Sila maklumkan kepada saya, di dalam semua ajaran yang saya berikan kepada Rayyan Ariff, yang mana yang tidak bersesuaian dengan kemampuan dirinya?
.
Adakah kerana Rayyan Ariff belum boleh berjalan maka saya tidak harus mengajar dia mengatur langkah dan mengimbangi badan?
Adakah kerana Rayyan Ariff mengalami kecederaan otak maka saya tidak boleh mengajarnya tatasusila seperti bersalam?
Adakah kerana Rayyan Ariff anak OKU maka saya tidak harus mengajar dia menyuap makanannya sendiri? Membuka pintu sendiri? Mengenal nombor dan huruf??
.
Tidak munasabah.
Jangan memandang rendah pada keupayaan Rayyan Ariff walaupun anak saya lahir tanpa sel otak.
.
Beberapa hari yang lalu adalah kali pertama saya mengajar Rayyan Ariff mengenal telinga. Setelah menunjukkan telinga saya dan menyentuh telinganya, saya berikan gambar tangan dan telinga padanya.
"Rayyan, give mama "telinga".."
Dengan tersenyum, dia mengambil gambar telinga dan memberikannya kepada saya. Memang, ada sesetengah perkara, Rayyan Ariff bisa menerimanya dengan hanya sekali ajaran.
Kini, dia sudah mengenal tangan, kaki, hidung, gigi, lidah, mata dan telinga.
.
Saya pernah bertanya kepada Sarjit di awal pertemuan kami, "If we just let him be, can he develop on his own?" Soalan ini timbul kerna saya kasihan melihat dia yang perlu mengikuti fisioterapi.
"For brain injured child, we need to intervene as much as we could. We need to maximize the usage of the good brain cells since we know that not all of their cells are usable. We need to stimulate them as much as we could.."
.
Saya bersyukur kerana saya bertemu dengan mereka-mereka ini kerana banyak ilmu yang saya perolehi daripada mereka ini. Dan ilmu itulah yang saya praktikkan pada Rayyan Ariff serta kongsikan bersama-sama teman yang lain..
.
Saya rasa, Cik Anonymous juga maklum bahawa perkembangan otak kanak-kanak paling pesat berlaku sebelum usianya mencecah 3 tahun. Untuk tempoh waktu inilah kita harus memberi banyak stimulasi kepada mereka.
.
Tentang sawan, tidak salah untuk Cik Anonymous memberikan pendapat. Namun apalah salahnya jika Cik Anonymous membuat rujukan dahulu sebelum memberi pandangan. Ini yang saya perolehi daripada laman web epilepsy.com:-
"The causes of epilepsy can be divided into two groups: brain injuries and chemical imbalances in the brain. Anything that injures the brain can lead to seizures. But in over half the cases no cause can be identified.dependent. Seizures in children often are caused by birth traumas, infections, such as meningitis, congenital abnormalities or high fevers."
The type of injury that can lead to a seizure is age
.
Dan ini pula daripada Wikipedia:-
"Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas menyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berpikir, dan pergerakan otot. Pada pesakit Epilepsi, kadang-kala sinap-sinap, tidak berfungsi seperti sepatutnya."
.
.
Sudah terang-terangan Rayyan Ariff dilahirkan dengan brain injuries yang mana ianya adalah congenital abnormality, maka serangan epilepsy adalah sesuatu yang sering ada untuk anak-anak sebegini. Yang penting, mencari ubatan yang bersesuaian untuk mengawal sawan tersebut dan sebolehnya, mengubati..
.
Jangan salahkan stimulasi yang terlalu advance atau pun harapan seorang ibu sehingga menyebabkan terjadinya sawan. 
.
Menurut speech therapist Rayyan Ariff, sawan juga berkemungkinan berlaku apabila dia 'menggunakan' otaknya untuk berfikir kerana sinap yang bertindak sebagai penghubung di antara neuron-neuron yang ada di dalam otak manusia. Apabila sinap ini tidak berfungsi dengan sepatutnya, maka berlakulah sawan.
.
Sila berikan cara untuk saya meminta Rayyan Ariff 'berhenti' menggunakan otaknya kerana tidak mahu dia diserang sawan? Sila maklumkan kepada saya bagaimana saya boleh meminta Rayyan Ariff untuk berhenti berfikir sedangkan kita tahu anak seusianya memang suka meneroka dan mencuba?
.
Saya tidak boleh meminta Rayyan Ariff berhenti berfikir dan saya juga tidak mahu Rayyan Ariff berhenti berfikir. Satu-satunya yang boleh saya lakukan ialah menjaga pengambilan ubatannya agar teratur. Itu sahaja.
.
Walau apa sekali pun, sebagai ibu, saya tetap akan meneruskan apa yang saya perjuangkan untuk Rayyan Ariff. Sebagai ibu, saya tetap akan berharap untuk melihat tahap kemandirian yang berpatutan pada anak saya itu.
.
Kalau saya tahu waktu ajal Rayyan Ariff atau diri ini, mungkin mudah bagi saya untuk mengatur segalanya. Namun semuanya di tangan tuhan.. Yang ada untuk saya adalah terus-terusan berusaha untuk Rayyan Ariff agar apabila saya menutup mata kelak, sekurang-kurangnya dia bisa mengurus diri sendiri.
.
Jangan berbicara tentang harapan dan keupayaan dengan saya sekiranya Cik Anonymous tidak pernah berada di dalam situasi ini;
- Berdodoi, berzikir dan bernyanyi pada seorang anak yang kita tidak tahu tahap pendengarannya.
- Merenung ke dalam mata seorang anak yang kita tidak tahu tahap penglihatannya.
- Melakukan fisioterapi dan senaman untuk seorang anak yang kita tidak tahu sama ada dia bisa melangkah sendiri ataupun tidak.
- Mengajar seorang anak yang kita tidak tahu tahap mentalnya sama ada bisa menerima ataupun tidak.

Untuk Rayyan Ariff, saya tidak tahu apa-apa tentangnya.
Kerna saya cuma diberitahu, dia tidak mungkin akan hidup sebaik dilahirkan. Dia tidak dapat melihat dan mendengar. Dia mungkin tidak dapat berfikir dan tidak akan mengenali siapa ibubapanya.
Namun saya punya harapan dan kepercayaan padanya.
.
Dan sehingga kini, masih tidak tahu sejauh mana dia mampu pergi.. Namun, saya masih, dan akan tetap punya harapan dan kepercayaan padanya. Sampai bila-bila sehingga Allah SWT berkata tidak.

Wallahualam.
*Bergenang air mata mak nak..*

Monday, February 7, 2011

Bukan selamanya Mama boleh jaga Rayyan Ariff..

*Title tak bley bla* =P
.
Iyelah, kita hidup ni bukan menongkat langit. Kalau tak mak, anak yang pergi dulu.. Kalau tak anak, haruslah mak kan? Tapi tu la, sebelum mak ni tutup mata, harap-harapnya anak-anak dah boleh berdikarilah..
.
Ini sebenarnya adalah ayat memujuk diri sendiri. Syahdu benar rasa hati sewaktu meninggalkan dia di sekolah pagi tadi. Kerana hari ini Rayyan Ariff ke sekolah tanpa ditemani bibik. Bibik pulang ke Indonesia bercuti untuk sebulan lamanya.
.
Minggu lalu, Rayyan Ariff sudahpun ke sekolah tanpa ditemani sesiapa dan dia biasa-biasa sahaja. Oleh kerana saya bercuti minggu lagu, perginya berhantar dan pulangnya berjemput dan tidaklah saya kegusaran. Namun hari ini, Rayyan Ariff terpaksa pulang sendiri menaiki bas sekolahnya kerna saya sudah kembali bekerja. 
.
Saya memujuk hati agar tidak terlalu gusar kerana pemandu itu akan menghantar Rayyan Ariff terus ke loading bay di kawasan kediaman kami yang mana ibu saya setia menunggu untuk menyambut cucunya pulang. Tambahan pula, ada seorang guru pengiring di dalam bas tersebut.
.
Namun saya masih tidak dapat mengusir kegusaran ini. Bagaikan terlalu kejam untuk saya melakukan perkara ini buat Rayyan Ariff. Belum lagi dia bisa berjalan sendiri sudah terpaksa menaiki bas sekolah sendirian. Belum lagi menjejak usia 3 tahun, Rayyan Ariff sudah terpaksa menaiki bas sekolah untuk tempoh sejam kerana jumlah penumpang yang sarat dan dia adalah di antara penumpang terakhir.
.
Pagi tadi, sewaktu melihat dia yang sedang duduk bersila di gym sekolahnya sementara menantikan giliran fisioterapi, syahdu sungguh rasa dijiwa. Masih terbayang-bayang di mata, imej anak kecil berbaju biru itu sedang duduk bersila sambil berinteraksi dengan guru-gurunya. Kalaulah bisa Mama menemanimu nak..
.
Walau setinggi mana kegusaran di hati, saya yakin, ini yang terbaik untuk anak itu.. Semoga kamu senantiasa berada di dalam lingkungan rahmatNya wahai anak..
.
"Ian, walaupun mama tak selalu boleh ada dengan Ian, tak boleh jemput Ian, jangan takut yea nak.. Sebab Allah SWT akan selalu ada dan Dialah Yang Maha Melindungi.. InsyaAllah, Dia jaga Ian.. Dia lindungi Ian.."
.
Mama sayang kamu! *Mode sedih*

Sunday, February 6, 2011

Award ibu mithali untuk Mama Rayyan Ariff???

MamaKembar3, thanks for the award.. Ishhh.. Layak ke Mama Rayyan Ariff untuk terima award ni? Honestly, saya rasakan diri ini masih terlalu jauh daripada perkataan layak itu.. Apa sangatlah yang saya lakukan sekarang ini berbanding rakan-rakan yang lain.. Begitu kerdil.
.
Lagi pula, apa yang kami usahakan untuk Rayyan Ariff adalah satu keperluan dan tanggungjawab. Makanya, tiada apa yang membezakan saya dengan ibu-ibu yang lain..
.
.
Saya juga ingin menghadiahkan award ini untuk kesemua teman-teman blogger; parents with special need children and of course, parents to typical children too!
.
Ada beberapa email yang saya terima meminta agar saya memberikan lagi contoh-contoh stimulasi yang saya buat ke atas Rayyan Ariff. InsyaAllah, ada masa nanti, akan saya kongsikan di sini.. 
.
Dan saya juga berharap agar kami juga dapat menimba ilmu daripada rakan-rakan blogger yang lain.. =)

Thursday, February 3, 2011

Seorang anak OKU yang menerima dua pandangan berbeza..

Semalam, kami ke Tesco Kota Bharu kerna stok lampin pakai buang Rayyan Ariff yang hampir kehabisan.. Seperti kebiasaannya, beberapa pandangan 'tertanya-tanya' singgah pada Rayyan Ariff. Mungkin mereka berasa aneh di situ apabila melihat seorang anak yang punya ketinggian seakan-akan anak berusia 3 ke 4 tahun, namun langkahnya masih belum elok teratur..
.
Pandangan sebegini sudah menjadi sesuatu yang normal buat saya.. Apa yang saya banggakan adalah tatkala En.Hubby yang muncul dari belakang, tanpa segan silu, memimpin sebelah lagi tangan Rayyan Ariff.. Kerna pada dia juga, pandangan ini adalah biasa.
.
Dan dari Tesco, kami terus bergerak ke rumah mak sepupu hubby yang tidak jauh dari situ.. Menantu mak sepupu hubby merupakan seorang pakar kanak-kanak yang agak terkenal di sebuah hospital swasta dan setiap kali Rayyan Ariff punya masalah kesihatan sepanjang di Kota Bharu, klinik dialah yang kami tuju.
.
Suaminya yakni dua pupu hubby merupakan pakar sakit puan yang berpengalaman di hospital kerajaan terkenal di Kota Bharu. Dia adalah salah satu di antara 6 doktor yang pernah saya tanyakan pendapat mengenai kandungan saya sewaktu kali pertama mengetahui kelainan yang ada pada Rayyan Ariff.
.
Makanya, pasangan ini sememangnya sudah maklum dengan keadaan Rayyan Ariff sedari awal lagi.
.
Perbualan kami lebih berkisar kepada anak pasangan ini yang sedang dalam perjalanan pulang dari Mesir. Betapa anak sulung pasangan ini yang sedang mengikuti kursus perubatan di Mesir terkesan teruk dengan kekalutan yang berlaku di sana. 
.
Sesekali, cerita tentang perkembangan Rayyan Ariff menjadi topik kami..
"Dia boleh berdiri ke?" Tanya doktor yang mesra disapa sebagai Kak Dah itu.
"Boleh. Tengah cruising sekarang.." Saya bercerita sambil tersenyum.
"Fantastic budak ni!" Ujar Kak Dah kekaguman.
"Brain cells dia grow tak?" Tanya Kak Dah lagi..
"Alhamdulillah, still growing la kot.. Tapi tu la, second time construction tak sama.." Saya menjawab dengan senyuman yang masih bersisa.
"It will never be the same tapi dah bagus sangat dah ni.."
.
Kami biasa menerima perkataan miracle, impressive dan beberapa perkataan lain untuk Rayyan Ariff. Tapi fantastic? Ini kali pertama..
.
Mungkin pada dunia luar, Rayyan Ariff is just another OKU child.. Tapi daripada segi perubatan dan saintifik, he's a living proof that Allah's miracle is everywhere.. =)
.
He's our very own fantastic boy!!  *bukan fantastic four* :P

Wednesday, February 2, 2011

Jom balik kampung!! Anak OKU mengemas tanpa paksaan yea..=P

Kalau nak jalan jauh, kena kemas betul-betul tau kawan2.. Make sure jangan ada yang tertinggal.. Kalau mama kawan2 dah kemas siap-siap, korang boleh ambik peluang untuk check cukup tak barang-barang yang dah siap packed masa mama takde..
.
 Kelaurkan balik satu-satu setiap barang yang ada dalam beg..
.
Alamak! Kantoi!! Mama datang!! *Okeh, bagi senyum comel supaya mama korang tak jadi marah*
.
Sekian update untuk hari ini.. 
Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti semua.. =)

Tuesday, February 1, 2011

Saya ibu yang terlalu menekan dan terlalu memaksa seorang anak OKU?

*Entry yang panjang namun berbaloi untuk dibaca*
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan sepenuh terima kasih dan seikhlas perhargaan buat Cik Anon yang sudi mengikuti kisah kami yang tidak seberapa ini. Sungguh, seikhlas jiwa.. sepenuh raga, terima kasih! *sayang kamu*
.
Dan ini merupakan pandangan yang diberikan kepada saya untuk entri semalam. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Sungguh ianya sangat berguna untuk saya mencermin ke dalam diri dan menilai persepsi orang lain terhadap apa yang saya lakukan. Terima kasih sekali lagi.. =)
.
Sumpah, demi Allah saya tidak terasa hati.. Langsung tidak! Malahan, saya tersenyum tatkala membaca komen ini.. Malahan masih tersenyum tatkala entri ini ditulis.. =)
.
Ok, kali ini, biar saya kongsikan secara terperinci tentang apa dan bagaimana cara saya apabila bersama Rayyan Ariff dan adakah dia merasa tertekan.. =)
.
Di mana-mana blog sekarang ini, ramai yang bercerita tentang connectied tots bukan? Dan fakta yang paling nyata adalah, setiap bayi dilahirkan dengan 100billion sel otak yang menunggu masa untuk berhubung. Dan stimulasi yang betul adalah salah satu cara untuk membuatkan sel otak ini berhubung. Apabila sel otak mula berhubung, barulah pembelajaran boleh berlaku.. Wahhh sudah seperti iklan Anmum.. =)
.
Beruntunglah bayi-bayi yang dilahirkan dengan 100billion sel otak ini. Namun hakikat kejadian Rayyan Ariff tidak begitu. Dia hanya punya kurang 5% sel otak berbanding apa yang anak-anak lain ada. Nisbah kemandirian untuk dia terus bernafas melepasi 6 bulan pertama hidupnya adalah 1 kes di dalam 20j uta! Itu nisbah untuk hidup, nisbah untuk menjalani kehidupan yang baik? Wallahualam.. Hanya Dia yang maha mengetahui..
.
Dan adanya saya dan ahli keluarganya yang lain adalah untuk membantu dia membangunkan potensi dirinya dengan sumber yang terhad.. Mungkin kelihatan agak menekan, namun sebenarnya tidak jika kena dengan caranya..
.
*I bet, Watie GBOB pun kena tempias yang sama apabila dia mengajar Qarissa dan Quzayra menbaca di awal usia* :P
.
Honestly, kerna terlalu disuakan bahawa Rayyan Ariff tidak akan hidup sebaik dilahirkan, saya sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi ibu kepada severely injured child. Saya cuma tidak mampu untuk 'membunuh anak sendiri', maka saya meletakkan segalanya pada jalanan takdir yang Allah SWT tentukan dan meneruskan kandungan seadanya.
.
Saya hanya punya 2 botol susu, sehelai tuala, beberapa helai lampin  dan set asas tilam dan bantal sewaktu menyambut kehadiran Rayyan Ariff. Betapa saya tidak menyangka bahawa Rayyan Ariff akan bersama saya sehingga ke hari ini! Betapa tidak sedia bukan?
.
Namun saya tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit dan berusaha memulihkan anak saya. Awalnya, segala kelihatan sukar.. Tetapi saya teruskan jua demi kasih sayang yang mendalam untuk anak ini..
.
Memang saya mahukan segala yang terbaik untuknya, segera berjalan dan cepat bertutur.. Tetapi saya belajar erti sabar yang sebenar apabila Rayyan Ariff membangun di dalam fasanya yang tersendiri. Namun sedikitpun saya tidak meragui keupayaan anak ini kerna saya yakin, dengan izinNya, anak ini pasti akan terus membangun..
.
Ini kata-kata saya di dalam entry ini
"I don’t know in which range will Rayyan falls in 10 or 20 years from now (kalau kami dipanjangkan umur.. ). One thing for sure, years ahead (sekali lagi, kalau dipanjangkan umur), I will be reading this post again. If Rayyan is doing so well, I’ll be proud of him and myself. Even if he’s not, I will still be proud of him and myself for TRYING!"
.
Dan pernah saya nyatakan di dalam entri yang lalu bahawa saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk Rayyan Ariff. Cukuplah seandainya dia bisa berdikari dan pandai membawa diri. Dan pernah juga saya maklumkan kepada Sarjit, physiotherapistnya bahawa saya tidak meletakkan impian yang tinggi untuk dia memasuki universiti dan seterusnya memegang jawatan profesional.. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Satu bonus buat kami.. Kalau tidak, langsung tidak ada ralat di hati.. Tidak kiralah sama ada dia bekerja di 7 Eleven, di bengkel kereta atau di stesyen minyak, kerna pada kami, kejayaannya yang paling besar adalah untuk hidup!
.
Dan pada pendapat saya, dengan anak-anak (tidak kiralah anak istimewa atau anak tipikal) kita perlu sedikit tegas di dalam mendidik kerna kita mahukan hasil yang baik.. Memang saya akui, ada waktu saya  terlalu menekan Rayyan Ariff seperti yang pernah terjadi suatu waktu dahulu, iaitu membawanya ke kolam renang setiap hari selama dua minggu sehingga dia selsema teruk. Belajar dari kesalahan, saya tidak lagi melakukan perkara itu kerana saya sedar bahawa sistem antibodi Rayyan Ariff agak berlainan..
.
Namun banyak waktu, saya menggunakan pendekatan yang agak santai kerna di dalam kamus anak sekecil Rayyan Ariff, mereka tidak akan tunduk pada paksaan atau tekanan.. Mereka punya cara tersendiri untuk mengamuk dan menzahirkan ketidakpuasan hati. Maka bergantung pada kitalah untuk lebih bersikap kreatif..
.
Contohnya pemakaian hearing aid. Sebelum meneruskan 'paksaan' ke atas Rayyan Ariff, saya terlebih dahulu menilai bentuk tindakbalas yang ditunjukkan Rayyan Ariff. Bukanlah buta-buta memaksa. Saya melihat dari beberapa sudut yakni kesakitan atau ketidakselesaan. Siri demi siri perdebatan saya lakukan di setiap temujanji bersama audiologist kerna tidak mahu anak saya menjadi 'mangsa' alat itu. Sehinggakan kesalahan diletakkan di bahu saya apabila penolakan masih diberikan oleh Rayyan Ariff kerana kononnya saya terlalu mengalah dengan kehendak anak kecil itu..
.
Sejujurnya, saya bukanlah ibu yang kuat seperti Ina Ibu Nabila, Ita Ummi Alisya, Ida Mama Aiman, Ayu Mummy Alanna, Kak Nonie Ibu Irfan atau pun Put Mama Idris! Paling nyata, saya tidak mampu menguatkan hati seperti mereka untuk melihat tangisan cinta hati saya maka sesetengah kaedah rawatan, tidak dapat saya teruskan contohnya, di Gedangsa.. *Tabik spring untuk kesemua ibu-ibu ini, Mama Jiey memang tak mampu.. Hati lembik*
.
Kali pertama dan terakhir kami membawa Rayyan Ariff ke Gedangsa.. Tangisannya terlalu meruntun hati! Mama tewas nak.. Kita ikhtiar sahaja cara kita yea..
.
Tahukah kalian bahawa saya sebenarnya agak garang dengan Rayyan Ariff? Bukanlah garang yang tidak bertempat, tetapi garang untuk mendidik.. Bibik, tidak pernah memarahi Rayyan Ariff. Hatta sedikit cuma, tidak pernah memarahi Rayyan Ariff selayak manapun kekasaran yang dilakukan anak itu.. Bayangkan, rambut ditarik-tarik, mata dipicit-picit, muka dicakar-cakar hanya kerana tidak puas hati.. Dan bibik hanya memujuk lembut. 
.
Saya pula yang terpaksa mengambil pendekatan menjadi 'ibu tiri' kerna saya perlu mengajar anak ini erti kesakitan (bukanlah dengan cara memukul).. Kerana anak seperti Rayyan Ariff, mereka tidak tahu apa itu sakit, apa itu perit.. Harus diterangkan apa itu kesakitan walaupun dia sudah sering merasainya..
.
Namun segarang mana pun saya, Rayyan Ariff tetap memilih saya berbanding bibik yang memanjakannya.. Ye lah, mungkin anda berkata, "Mestilah, Jiey kan mak dia?".. Namun tahap clingy Rayyan Ariff terlampau tinggi sehinggakan apabila saya ada, bibik langsung tidak mahu dipandangnya.. Jika bibik datang dari arah kanan, sepantas kilat dia memalingkan mukanya ke kiri dan begitulah sebaliknya.
.
Saya tidak rasa kerana saya ibunya, tetapi kerana saya "fun to be with".. Saya menukarkan setiap yang ada di sekelilingnya sebagai satu mainan buat Rayyan Ariff.. Makanya, dia tega memilih saya berbanding yang lain..
.
Bagaimana cara stimulasi yang saya lakukan tanpa dia merasa terpaksa?
.
Senang sahaja, memberi pengajaran secara tidak langsung.. 
.
Contoh pertama, mengajar Rayyan Ariff mengenal body parts.. Selain daripada menggunakan lagu, buku dan flash card, saya juga mengajarnya tidak kira di mana..
Pic source : Google image
Gambar ini ada tertampal pada cermin depan kereta ayahnya.. Jenama suspension kalau tidak salah saya.. Setiap kali menaiki kereta, dan Rayyan Ariff mulai restless, saya akan menunjukkan segala yang ada di dalam kereta kepadanya.. Saya akan mengambil jari telunjuk Rayyan Ariff, menyentuh pada mata imej di atas dan berkata, "Ni mata TEIN..", seterusnya saya mengalihkan jari yang sama, menunjukkan pada mata Rayyan Ariff dan berkata, "Ni mata Ian..".. Perlakuan yang sama saya ulangi, "Ni mata mama..". Berulang kali.
.
Seterusnya, saya tunjukkan pula kaki dan tangan TEIN, Rayyan Ariff dan saya secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, saya sedang merangsang minda anak saya.
.
Contoh yang kedua, setiap kali saya keluar daripada kereta, saya akan meminta Rayyan Ariff menutup pintu kereta. Pastinya tidaklah sekuat mana dan saya perlu membuka pintu itu dan menutupnya kembali agar rapat, namun secara tidak langsung saya mengajarnya erti tanggungjawab dan dia sangat bangga kerana dapat 'membantu'..
.
Contoh yang ketiga, mengajar Rayyan Ariff mengenal bentuk dan nombor.. 
.
.
Tahu berapa lama masa yang diambil untuk mengajar Rayyan Ariff melakukan aktiviti ini? 6-8 bulan! Kerna dalam tempoh itu, saya tidaklah memberi fokus kepada perkara ini semata-mata.. Saya biarkan dia bebas meneroka apa yang dimahukannya namun tetap 'mengajar' dia tentang shape sorting beberapa kali dalam seminggu.. Dan yang pasti, saya akan menunjukkan kepada dia bahawa aktiviti ini adalah sesuatu yang menyeronokkan..
.
"Wahhh.. Mama very good.. Mama knows where to put 1, where to put 2.. Ian wants to try? Begitulah contohnya.. 
Dan apabila dia mencuba, sepenuh hati saya memberikan pujian kepadanya.. "Very good, clever boy!!" Dan dia akan menepuk-nepuk dada tanda bangga.. Tiada paksaan bukan? Tiada tekanan bukan? =)
.
Contoh keempat, tahu di mana saya mengajar saya mengajar Rayyan Ariff bersalaman? Sewaktu menunggu giliran bertemu doktor di hospital.. Apabila dia kebosanan dan mula restless, terpaksalah saya memikirkan cara untuk memenuhkan waktunya dan di saat itulah dia diajar perkara-perkara seumpama bersalam, high five, calit dan yang sewaktu dengannya..
.
Merangsang anak kecil bukanlah terhad dengan duduk di kerusi dan meja seperti ini sahaja kerna tahannya hanyalah untuk beberapa minit sahaja.. Sesuaikan segalanya mengikut keadaan dan masa.. Kalau dia mahu di lantai sahaja, di lantailah kita biarkan dia bermain..Yang penting, kita harus kreatif.. =)
.
Contoh kelima, saya dikehendaki membuat Rayyan Ariff banyak berdiri dengan 'memegang' pada dinding ataupun bersandar pada dinding.. Dan juga, memastikan dia banyak menggunakan kaki dengan berjalan..
.
Bersandar pada dinding pastinya agak menakutkan kerna saya tidak mahu Rayyan Ariff terhantuk.. Lantas saya buatkan 'dinding yang lembut' untuk Rayyan Ariff daripada ini:
.
Gambar sebelum dibalut cantik..
.
Mahukah Rayyan Ariff bersandar pada gabus ini? Jawapannya tidak.. Dia lebih gemar bersandar pada sofa. dan saya hanya biarkan. Biarlah usaha saya ini sia-sia, kerna seperti kita, dia juga punya preference.
.
Berjalan? Pastinya dia tidak begitu gemar kalau setakat mengelilingi rumah yang sekangkang kera ini.. Sebagai alternatif, kami membawanya berjalan di kawasan sekitar kondominium ini sambil menikmati udara petang.. Mengekek-ngekeklah ketawa dia! Tiada tekanan mahupun paksaan bukan? Malahan, dia yang menentukan arah ke mana yang harus ditujui..
.
Contoh keenam, belajar mengenai cause and effect. Bagaimana? Paling mudah adalah melalui remote TV dan suis lampu.. Tekan remote, channel bertukar.. Tekan suis, lampu akan terbuka atau tertutup. Sekarang ini, sudah menjadi kemestian bagi Rayyan Ariff iaitu apabila memasuki bilik yang gelap, dia yang harus membuka lampu.. Tentulah melalui dukungan saya.. Tiada paksaan bukan?
.
Konsep saya; just enjoy your child no matter no what.. Repitition is a must. Walau banyak waktu, penat juga apabila terpaksa mengulangi sesuatu yang sama untuk beratus kali..
.
Setiap apa yang saya mahu dia lakukan, saya akan jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan agar dia tidak merasa terpaksa.. Inilah yang saya kutip daripada Sarjit. Tahukan kalian bahawa Rayyan Ariff ketawa mengekek di setiap sesi fisioterapinya? Bersama Rayyan Ariff, bagaikan bermain dan bukannya melakukan fisio.. Begitulah remark yang diberikan oleh Sarjit kepada Rayyan Ariff kerna dia begitu mudah memberikan kerjasama.. =)
.
Banyak lagi cara pengajaran yang boleh kita lakukan untuk anak-anak ini.. Hanya mahu atau tidak sahaja.. Banyak lagi yang ingin saya kongsikan namun entri ini sudah panjang benar..
.
Walaupun cara saya kelihatan menekan pada sesetengah pihak, namun apa yang penting adalah Rayyan Ariff menyukainya.. Dan saya tidak akan berhenti 'mengajar' Rayyan Ariff.. Mungkin ada ketika, saya mahukan 'lebih' daripada Rayyan Ariff.. Namun minda seringnya mengingatkan saya bahawa ini adalah anak yang  sama dilahirkan hampir tiada sel otak lebih dua tahun yang lalu.. Makanya, banyak waktu, harus saya berpuas hati dengan apa yang ada dan terus menolak diri untuk berusaha untuknya..
.
Lagi pula, ayah Rayyan Ariff agak lembut dengan anaknya, maka sayalah yang harus menjadi 'yang lebih tegas'.. Kalau tidak, tidak ke manalah jawabnya.. Lagipun, repetition is the key to help brain injured child.. Ulang berkali-kali tanpa jemu.. Memang anak kecil membangun dalam fasa mereka yang tersendiri, namun untuk brain injured children, mereka perlu 'ditolong'.. Kalau tidak, bukan sahaja mereka tidak dapat membangun, malah ada juga yang semakin mundur.. Tak gitu kawan2?
.
Rayyan Ariff sendiri, membesar dengan baik sehinggalah umurnya tujuh bulan dan mula didatangi sawan. Keadaannya semakin teruk dan pada umur 11 bulan head control masih belum baik. Namun selepas mengikuti sesi terapi yang berterusan, inilah hasilnya:
.
.
Ini komen adik bongsu saya di FB; "pah ceroh dk gulim kalu nk kiro xse tekanan gk".. Aka, "Sampai bila-bila pun berbaring sahajalah kalau taknak tekanan".. 
=)
Lain orang, lain caranya.. =)