Thursday, June 30, 2011

Keindahan memiliki seorang anak bernama Rayyan Ariff.. :-)

~Ok, disclaimer; ini bukan provokasi untuk pasangan yang trying to conceive, sekadar berkongsi pengalaman seorang ibu yang memiliki seorang anak istimewa~
.
Saya memiliki seorang teman yang mendirikan rumah tangga pada waktu yang sama dengan saya.. Sehingga sekarang, masih belum dikurniakan cahayamata dan tidak pula berusaha mendapatkan rawatan untuk itu.. Saya tidak pernah bersuara tentang itu kerna bagi saya, ini adalah pilihan individu.. Malahan, saya juga pernah kenal dengan pasangan yang sememangnya nekad untuk tidak memiliki cahayamata.. Terpulanglah, tepuk dahi tanya minda.. :-)
.
Namun sesuatu yang membawa saya mencoret di ruangan ini adalah kerana ayatnya yang satu, "Aku tak kisah takde anak.. Tuhan lebih tahu menyusun.. Aku ada baca blog ko which buat aku makin takut untuk ada anak.. Pada aku, baik takde anak daripada ada anak istimewa.. Bukan senang nak jaga, berkorban banyak benda.. Duit, masa, tenaga.. Ish tak sanggup.. Takde anak pun takpe la.. Lagipun, bukan senang nak jaga anak ni, kalo yang normal pun, banyak sangat gejala sosial sekarang ni.."
.
Saya cuma senyum. Ya, jaga anak bukan perkara mudah.. Seorang doktor pernah berkata kepada saya, "Taking care of a child is not easy, let alone a special needs child.." Fahamlah maksud doktor ini kan?
.
Saya masih belum diberi peluang mendidik dan menjaga anak normal.. Masih lagi berdoa agar diberikan ruang dan peluang itu bersama Baby RA nanti.. InsyaAllah. Namun saya mengenali beberapa ibubapa yang mempunyai pengalaman menjaga anak istimewa dan anak tipikal.. Dalam keluarga Superkids, Mummy Alanna, Ieyda dan Mama Put.. :-)
.
Dari mereka, saya tahu bahawa anak istimewa atau tipikal, punya cabaran yang tersendiri.. Lagipun, anak itukan ujian.. Istimewa atau normal, sama sahaja.. Ujian dariNya..

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal: 28]
.
Bersama Rayyan Ariff, saya juga bersyukur kerana diberikan nikmat merasai keindahan menjadi seorang ibu... Dulu, kali pertama mendengar ungkapan, YOU'LL NEVER KNOW YOUR CAPACITY TO LOVE SOMEONE UNTIL YOU HAVE YOUR OWN CHILD, saya bagaikan tidak percaya..
.
Apalah kuasa yang mampu dibawa oleh tubuh sekecil itu sehingga ada yang menyatakan sedemikian?
.
Namun kini saya mengerti.. Bersama Rayyan Ariff, saya mengenali wajah tanpa hipokrasi.. Wajah yang penuh keterujaan setiap kali menyambut saya pulang dari tempat kerja, bagaikan bertahun tidak bertemu.. Sungguh ikhlas.. Dapatkah saya menikmati sambutan penuh kehangatan itu daripada En.Hubby? Tak mungkin.. Wajah anak kecil lain ekspresinya..
.
Bersama Rayyan Ariff, saya merasa nikmat kasih sayang yang tak bertepi.. Cinta tak bersyarat.. Cinta yang menerima tanpa perlu memberi.. Saya teruja dengan ciuman tulus penuh kasihnya.. Saya teruja dengan perkembangan penuh semangatnya..
.
Kepenatan saya hilang tatkala dia datanng dan duduk di ribaan saya.. Kekusutan saya pergi apabila dia menarik tangan saya untuk tidur berbantalkan lengan saya.. Kegusaran saya lenyap apabila dia menarik tangan saya meminta menyuap makanan kepadanya.. Saya tenggelam dengan Rayyan Ariff yang penuh kecomelan dan kemanjaan..
.
Ke mana dan dengan siapa dia berada sekalipun, Rayyan Ariff tetap mahukan saya.. Tetap menyanjung saya sebagai manusia terhebat di matanya.. Begitu besar sekali pheromone seorang ibu, bukan? =)
.
Walau sering tumpuan saya pada kaca televisyen terganggu dengan permintaannya untuk saya melukis ataupun membaca bersamanya, ianya tidak meninggalkan kesan kerana dia adalah prioriti.. Saya sukakan dia yang gemar mencuri perhatian.. Saya cintakan dia yang gemar bermanja-manja..
.
Memang, takde anak best.. Kita bebas ke sana ke mari.. Boleh lepak-lepak dan berkepit dengan suami.. Tapi ada anak lagi best!
.
Bersama Rayyan Ariff, memang ada waktu jatuh yang mana saya merasakan sudah tidak mampu bangun lagi.. Namun saya bersyukur dan redha dengan kejatuhan itu.. Melalui Rayyan Ariff saya banyak belajar.. Saya belajar tentang nikmat kesihatan sebelum datangnya kesakitan.. Saya belajar tentang nikmat mensyukuri setiap zarah perkara yang ada di hadapan saya.. Saya belajar menjadi insan yang lebih matang dalam meilhat kehidupan..
.
Jangan digusar tentang rezeki.. Memang seorang anak menuntut banyak keperluan, namun percaya pada ketentuanNya adalah cara terbaik.. Sebelum adanya Rayyan Ariff, keperluan, kemahuan dan kehendak bagaikan tidak pernah mencukupi.. Namun setelah adanya Rayyan Ariff, segalanya masih sama.. Masih belum mencukupi berbanding kehendak yang tidak bertepian..
.
Wang tidak akan pernah mencukupi selagi kita bergelar manusia yang penuh dengan keinginan, kan?
.
Tahu apa rezeki terbesar setelah kehadiran Rayyan Ariff (selain dirinya sendiri)? Jawapannya adalah rumah yang kami diami sekarang.. Walaupun sekadar apartment 3 bilik berkeluasan 916sf, namun harga yang kami perolehi untuk sebuah unit di kawasan Ampang ini, bagaikan tidak masuk akal!
.
RM110K. Ya, itulah harga yang kami beli dari tangan pemilik sebelumnya. Sebelum kami berpindah dan sibuk berulang alik ke rumah ini untuk tujuan pengubahsuaian dan pembaikian, penduduk di tempat yang sama bertanya kepada saya harga belian unit ini. Dan apabila saya maklumkan harganya, dia terkejut.. Katanya, dia membeli dengan harga yang sama 6 tahun yang lalu!
.
Untuk sebuah kediaman yang bersih dan terjaga, punya fasiliti seperti kolam renang, padang permainan, dobi, pasaraya mini dan kedai makan, kami sememangnya berpuas hati dengan pembelian ini. Tambahan pula, baru-baru ini, sewaktu En.Hubby ke pejabat pengurusan untuk membayar yuran maintenance, dia bertemu dengan seorang pemilik yang baru sahaja membeli sebuah unit kediaman di sini lantas hubby bertanya tentang harga pembelian unit tersebut. Dia menjawab, RM165K..
.
Pada kami, ini rezeki Rayyan Ariff. Kerna itu rumah ini kami niatkan untuk dia.. :-)
.
Ini hanyalah salah satu contoh untuk tidak berkira dari segi rezeki.. InsyaAllah, kami juga sedang menyusun perancangan dan berdoa untuk rezeki yang lebih baik.. Aminnn..
.
Bang, nak umah banglo setingkat 6 bilik dengan swimming pool kat area Kelana Jaya sebijik bleh tak? Macam dalam google image ni.. Tanya nafsu seorang wanita kepada suaminya.. :P
.
Kami juga yakin, baby RA juga memiliki keistimewaannya yang tersendiri.. Nikmat paling besar pada saat ini ialah, merasakan setiap tendangan kecil miliknya. The feeling is beyond description! To feel a life moves and kicks in your womb, is just too miracle to express in words. Alhamdulillah kerna masih diberikan peluang ini olehNya.. Semoga masih ada kesempatan yang sama di masa hadapan.. Aminnnn..
.
Kali pertama merasakan pergerakan baby RA, saya memberitahu mommy dengan penuh senyuman.. Dan mommy membalas tentang keterujaan yang sama semasa dia mengandungkan kami adik beradik dahulu.. Makanya, saya membuat kesimpulan bahawa mungkin semua ibu berkongsi rasa yang sama apabila merasai nikmat ini.. :-)
.
Semalam, baby RA bertindak lebih agresif.. Dengan hanya meletakkan tangan di perut, dapat dirasakan dengan jelas perut saya yang berombak ditolak baby RA. Aktif sungguh dia.. Tidak pernah saya menyangka di minggu ke 20, saya sudah bisa merasakan pergerakan sebegini kuat memandangkan saya kini tergolong dalam kategori obese. Sangka saya, lemak-lemak yang tebal ini akan menutup ruang untuk saya merasai pergerakan baby RA seawal usia.. Namun saya silap.. Untuk kandungan kali ini, menjejak ke usia 16 minggu saya sudah diberikan peluang merasai nikmat itu.. Alhamdulillah..
.
Ya Allah, semoga segalanya berjalan lancar untuk kami.. Aminnnn.. Pic Source: Google image.
.


Wednesday, June 29, 2011

Kecederaan Kaka yang separa teruk..



Ada teman sepejabat perli, kenapa nak susahkan diri turun naik LRT.. Gasak je la Encik Perdana yang takde orang bawak tu..
.
Rasanya 1000 kali cakap pun orang takkan faham.. Sepuluh tahun lepas dapat lesen baru saya berani drive.. Bila drive cuma kereta kecik ni je yang saya confident..Tu pun, kadang2 sangkut jugak nak parking kancil ni walaupun saiz halussss jerrr.. Especially kalo parking tegak..
.
So kalau saya ambik 10 tahun untuk drive kereta kecik ni, sila bagi saya 10 tahun lagi sebelum saya boleh drive kereta besar.. Especially kete Tuan Besar yang modified sana sini.. Yang buckle seat rendah kemain sampai tak nampak depan.. Yang ekzos kemain besar smpi kena pandai main minyak..
.
Ada sorang BFF saya pernah tanya, "Ish Jiey, tak lama kang naik jadi Manager, takkan u nak bwk kancil lagi?"
.
Masa tu saya replied, "I beli la 5 bijik, lain-lain warna.. Tiap2 hari tukar, sure orang kata, ohhh.. kete dia banyak tu.." 
=P
.
P/s - Respect giler tengok pompuan bawak kete besar cam Alphard, Estima, Starex etc.. Rasa nak amik gambar driver tu buat poster, jadi idola.. =)

Tuesday, June 28, 2011

Trying to conceive is stressful..

*Update laju-laju sebab hari ni ada course*
.
Bila bercakap bab anak, takde sape pun di antara kita yang boleh berkata dengan pasti, bila, apa jantina dan bagaimana sesuatu kehamilan dan kelahiran itu berlaku.. Semuanya di tangan Yang Satu.. Qada' dan Qadar adalah sesuatu yang bukannya sesuatu urusan yang bisa kita gariskan..
.
Saya sangat setuju bahawa trying to conceive is very stressful. For every failed attempts, kita akan buat post mortem mencari di mana salah dan silapnya. Semua tips yang diberi, kita ikut.. Kita turuti.. Tapi masih tidak menampakkan hasil.
.
Dengan Rayyan Ariff, kami memulakan  percubaan pada bulan ke-2 atau ke-3 perkahwinan.. Dan hanya mendapat tahu hasilnya positif sewaktu kandungan berusia 5 minggu++ pada bulan ke-7 perkahwinan.. Bermakna, selepas berkahwin, 5 bulan kosong, bulan ke 6 mula berisi dan hanya pada bulan ke-7 kami mengetahui tentang kehadiran si permata hati..
.
Untuk Baby RA pula, kami mula mencuba pada penghujung tahun 2009. Namun bukan percubaan yang bersungguh seperti waktu Rayyan Ariff kerna waktu itu, saya sedang bergelut dengan masalah berat badan yang serius. Sementelah pula, kesibukan melanda dengan perkahwinan abang saya berlangsung pada tahun seterusnya iaitu 2010, dan pada tahun yang sama, Rayyan Ariff bergelut dengan musim kesakitan dan dugaan yang berpanjangan..
.
Lantas, perancangan untuk menambah bilangan anak bagaikan 'tidur' seketika. Terlalu banyak kesakitan yang sukar dihuraikan sepanjang jalan tahun 2010.
.
Baby RA datang di saat kami tidak merancang. Sangat tidak diduga yang mana awalnya, kami terima dengan perasaan yang berbaur; gembira, gusar, takut dan  berdebar.. Namun segala kesyukuran kami panjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang ini sekali lagi..
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya bercerita tentang kisah kehamilan? Kemarukkah? Jawapannya tidak.. Sebetulnya, ada seorang teman yang mana makciknya baru sahaja pulang dari Mekah.. Teman baik saya ini sedang di dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertama (Segala doa untukmu sayangku!), lantas makciknya itu membekalkan dia dengan buah zuriat..
.
Semalam, dia bertanya kepada saya seandainya saya mengenali sesiapa yang mahukan buah itu.. *Itulah peribadi teman baik saya yang satu ini, tidak pernah lokek untuk berkongsi.. Semoga teman in murah rezeki dan bahagia hidupnya ke akhir hayat.. Aminnn*.. Saya tidak menyatakan nama sesiapa apabila si teman ini bertanya, kerana ada beberapa orang yang saya kenali sememangnya sedang berusaha ke arah itu.
.
Buah zuriat..
Dengan itu, saya mengambil peluang untuk menyatakan di sini, siapa yang mahu, bolehlah email saya di freaky_gurlz@yahoo.com.. Maaf kerana jumlahnya agak terhad.. Makanya, siapa cepat, dia yang dapat.. Harga? Percuma.. Cuma datang ambil sahaja.. :-)
.
P/s - Kita hanya berusaha, Allah SWT yang menentukan.. Semoga ada rezeki untuk semua isteri-isteri yang sedang mencuba.. Aminn..

Monday, June 27, 2011

Ini permata hati, ini belahan jiwa, ini cinta terindah.. :-)

Rayyan Ariff, nama ini cukup kuat melekat di jiwa saya.. Semakin kuat melekat.. Setiap kali melihat wajahnya, ada rasa yang berbaur.. Sayang yang menggunung.. Kasih yang membukit.. Cinta yang melangit..
.
Seiring itu juga, ada lontaran kasihan padanya.. Ada tempias belas untuknya.. Dan sesungguhnya, saya membenci rasa ini. Sama juga apabila ada yang menyatakan rasa kasihan mereka pada Rayyan Ariff. Saya tidak suka. Tidak pernah suka. Kenapa perlu dikasihani Rayyan Ariff? Sudah jalanan takdirnya begini.. Sudah ketentuan dariNya hidupnya begini.. Segalanya sudah tersurat..
.
Tambahan pula, Rayyan Ariff sudah melangkaui banyak jangkaan yang diletakkan kepadanya dan dia juga bahagia dengan caranya.. Maka dia tidak perlu dikasihani kerna apabila dia dikatakan hanya akan hidup selayaknya sayur yang layu, apa yang dia ada kini adalah umpama satu bonus untuk dirinya, untuk kami..
.
Rayyan Ariff senang dengan caranya yang tersendiri.. Dia pandai mencari hiburan untuk dirinya tanpa perlu menyusahkan sesiapa.. Dia bermain sendiri.. Dia ketawa sendiri.. Tiba waktu untuk bermanja, dia tetap datang kepada kami dengan ciuman dan senyumannya.. Dia adalah dia, yang cukup istimewa..
.
Saya mahu lebih berusaha untuk dia.. Saya juga mahu lebih pencapaian untuk dirinya.. Saya mahu kembali kuat, saya mahu kembali proaktif.. Mahu mencari kembali keseimbangan yang hilang.. Untuk dia, permata nan indah.. :-)
.
Abang Rayyan Ariff dan pensil warnanya.. Yes, he's into 'drawing' n 'colouring' nowadays..
Ini cinta. Ini kasih. Ini perjuangan. Ini kehidupan. Ini amanah. Noktah.

Sunday, June 26, 2011

Tentang sebuah nama yang indah untuk si permata hati.. =)

Sewaktu Rayyan Ariff masih di dalam kandungan dahulu, saya menyediakan dua nama untuknya, Rayyan Ariff dan Rania Adriana. 
.
Rayyan yang bermaksud pintu syurga sememangnya menjadi nama kesukaan saya setelah kali pertama mendengarnya pada usia 11 tahun. Nama ini dahulunya milik anak kawan sekolah ayah saya. Setelah mengetahui maksudnya, memang saya jatuh cinta.. Sudah lama saya tidak bertemu dengan Muhammad Rayyan, anak teman persekolahan abah.. Mungkin sudah besar atau mungkin sahaja sudah berkahwin.. Wallahualam.. Lupa pula mahu bertanya kepada abah.. :-)
.
Saya memang mempunyai soft spot untuk nama Ariff. Sesiapa yang mempunya nama Ariff akan membuat saya berpaling dua kali.. Dan sehingga sekarang, apabila menjejak belog ibu yang punya anak bernama Ariff, saya akan tersenyum sendiri dan ada waktunya, akan meninggalkan jejak untuk menyatakan betapa saya menyukai nama anaknya.. Kerna itulah saya letakkan Ariff untuk nama anak lelaki saya.. Tambahan pula, maksudnya yang baik; Yang Bijaksana, Yang berpengetahuan.. Mungkin kerna itulah Rayyan Ariff saya bijak orangnya walaupun lahir dalam serba kekurangan, nama memberi refleksi diri bukan? :-)
.
Nama Rania Adriana juga ada ceritanya tersendiri.. Rania adalah nama yang indah daripada seorang permaisuri yang kecantikannya cukup mempesona.. Saya sukakan Puteri Rania sedari kecil lagi.. Cantik dan sofistikated. Manakala Adriana pula satu nama yang moden dan menarik di mata saya.
.
Kali ini, saya juga sudah punya nama untuk baby RA, bagi kedua-dua jantina.. Nama untuk bayi lelaki sudah saya kunci rapat-rapat. Begitu juga nama untuk bayi perempuan.. Namun kerana ada beberapa percanggahan maksud bagi nama yang bermula dengan huruf 'A', saya kini kembali mencari.. Saya tidak mahu memberikan nama yang maksudnya kurang jelas.. 
.
Mommy pula dengan penuh semngat menyatakan nama Alisya untuk 'A' yang saya cari.. Katanya, nama itu cantik.. Maksud dan juga sebutannya.. Alisya bermaksud yang dilindungi Allah.. Memang nama yang indah namun saya masih meluaskan pencarian kerana untuk Baby RA, saya mahukan nama yang membawa pengertian seiring dengan maksud penyayang, bekerjasama, melindungi, boleh diharapkan dan sewaktu dengannya..
.
Apa yang saya harapkan untuk Baby RA? Supaya boleh menjadi teman dan kawan yang baik untuk Abang Rayyan.. :-)

Friday, June 24, 2011

Baby RA lebih aktif daripada Abang Rayyan Ariff?

"The baby looks active and healthy.. Everything looks good so far.. " Ini adalah ayat lazim Prof. Raman tentang Baby RA di setiap pertemuan kami dan pada pertemuan yang lalu, saya menjawab sambil bergurau, "Rayyan was active too.. He was moving all the time, but still, there's something not right with him.."
.
Dan seperti kebiasaannya, Prof Raman tetap dengan wajah yang tenang berhias senyuman mesra sebelum suaranya kedengaran, "This one is different. Later, once you can feel the baby's movements, you can tell the different.."
.
Itulah kebenarannya. Memang tendangan dan pergerakannya lebih jelas dan terasa berbanding Rayyan Ariff. 
.
Mungkin sahaja kerana ini adalah kandungan kedua lantas saya lebih merasainya.. Namun dengan berat badan yang berlebihan seperti sekarang, saya sama sekali tidak menyangka akan merasai pergerakan yang jelas dan nyata ini seawal waktu minggu-minggu yang lalu.
.
Mungkin benar, adik RA lebih aktif daripada Abang Rayyan Ariff.
Mungkin betul, adik RA lebih bebas bergerak berbanding Abang Rayyan Ariff yang menanggung kesakitan.
.
Ya Allah, hanya padaMu aku berserah dan berlindung.. Semoga tiada lagi kesakitan buat keluargaku..
Aminnnn...
.
Abang Rayyan Ariff @ 12 weeks..
.
P/s - Gambar scan adik tak sebanyak abang.. Maklumlah, abang dulu kerap jumpa gyne.. Nama pun special case.. =)

Rindu pada budak lasak itu..

Rindu betul kat budak manja neh..
Pagi tadi, elok dia celik mata, dia gerak perlahan-lahan cari tangan mama..
Pastu elok dia tarik n landing kepala berbantalkan lengan mama..
Manja macam anak kucing.. :-)
.
Dah lama Rayyan Ariff tak tidur kat katil dia..
Sebabnya, Mama dia yang over ni nak peluk Rayyan Ariff puas-puas before adik RA lahir..
Patutnya tak boleh kan? Elok-elok anak dah tido sendiri pergi amik balik..
Takpe la.. Sebulan dua before deliver baru ajar balik..
.
~Anak lasak saya~
.
TV zaman bujang kat dalam gambar ni dah selamat bagi bibik letak kat umah laki dia.. Kipas tu plak jadi perhiasan kat dalam wardrobe.. Sebabnya, tak habis-habis kena karate ngan tuan kecik ni.. Sekarang ni, pakai kipas sangkut kat dinding ala-ala kat spital tuh.. Nyesal plak dulu tak pasang kipas siling.. Kalau nak pasang sekarang, leceh plak nak buat wiring bagai..
.
Poyo kan, ingat dah ada aircond tak payah berkipas.. Lupa plak dah bukan darah omputih ni, takde makna nak ber aircond sepanjang masa.. Kulit tak tahan kering.. Last-last kipas jugak menjadi pilihan..
=)

Thursday, June 23, 2011

Yes, his school was featured in Berita Harian..

.
 His ex-school actually.. *InsyaAllah, we're planning something else for him*
.
 Ini adalah bagi menjawab soalan dari Auntie Yaati Nor.. Tak sangka ada yang cam Tuan Kecik eh.. Glamer youuuu.. :P
.
My mom beli siap-siap pastu cakap, nanti balik KB nak tunjuk kat Nenek, Acik Pah, Kak Nik, Che Nah, Kak Ya & Ma.. Saya jawap apa, "Amboi mommy, budak tu masuk sekolah istimewa, bukan masuk U.. Hahhaha.. Then Mommy jawab, "Biar la.. Dia dapat salam dengan Sultan Selangor. Kak pernah?"

Hamboiii.. Tanya kita balik tu.. Honestly, tak ingat.. Tapi pernah beramah mesra masa jadi AJK Sambutan untuk program kat Kolej dulu.. :P
.
Imagine, kalau we accept all those interview invites, harus tiap kali Ian kuar paper, nenek akan beli and tunjuk kat semua orang.. Hahahaha..
.
P/s - Ummi Ita, thanks for informing a day before.. :-)

Dah habis ganti puasa??

Tahun lepas memang tinggal banyak, 12 hari.. 8 hari masa awal puasa n 4 hari masa akhir puasa.. Adehhh.. Semput nak mengganti.. Masa bulan Syawal dah ganti a few days tapi tak ingat berapa hari.. So kira cincai, nak ganti la semua balik..
.
Since this pregnancy is unplanned (but one that we always hoped for! pinjam ayat Kak Reenaz), takde la beria benar ganti sampai habis awal2 hari itu.. Sekali double line.. First trimester jangan harap la nak ganti since morning sickness tu macam2 cerita.. Masuk bulan rejab tu terus la buat..
.
Now, ada 5 more days to go. Semalam dapat puasa separuh hari jer n hari ni memang tak dapat la.. Sebab loya-loya tu datang balik.. Nak tak nak terpaksa bukak sebab bila perut kosong, makin la angin menolak-nolak. Semalam, kul 12am still muntah-muntah.. Berhambur makanan keluar.. 
.
Pagi tadi, try start dengan roti sekeping.. A few minutes later, keluar lagi segala isi perut.. Gastrik la ni kot.. Hadoiii la.. Seriously, harap-harap dapat la habiskan another 5 days ni, and dapat puasa penuh Ramadhan nanti.. Aminnnn..
.
P/s - On MC today!

Wednesday, June 22, 2011

Anak-anak adalah ujian~

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal: 28]

Cukup jelas bahawa setiap anak itu adalah ujian dan dugaan daripada Allah SWT kan? Tidak kira sama ada anak istimewa ataupun anak tipikal, semuanya adalah dugaan daripadaNya. Dugaan dengan cara yang berbeza..
.
Tidak perlu menekankan bahawa menjaga anak istimewa adalah satu cabaran kerana saya cukup pasti, menjaga anak tipikal juga satu cabaran bukan?
.
Bawalah Rayyan Ariff ke bahagian permainan di mana-mana pasaraya, dia hanya melihat dan memegang penuh minat mainan yang ada di situ.. Apabila di ambil daripada tangannya, tiada amukan marah..
.
Untuk baby RA, saya tidak tahu.. Mungkin seperti mamanya sewaktu kecil dahulu, yang menangis dan meraung sehingga bergema satu kedai mainan, hanya kerana mainan yang diingininya tidak dibeli..
.
Anak yang berbeza, punya cabaran yang berbeza.. :-)
.
Tapi yang pasti, untuk anak-anak istimewa seperti Rayyan Ariff, Alanna Qish, Megat Idris, Mawaddah, Habib Azfar, Ammar Nazheef, Alisya Qaireen, Yasmin Nabilah dan lain-lain, InsyaAllah syurga milik mereka kerana hati mereka putih bersih. Jiwa mereka jauh daripada noda dan hasad dengki..
.
Untuk kamu, kita sama sahaja.. Anak istimewa ataupun normal, semuanya adalah ujian daripada Allah SWT.. :-)

And yes, I'm flattered to be among the chosen ones in raising a very special child.. Kan Mama Put?

Saturday, June 18, 2011

Untuk ibu yang memiliki anak istimewa.. :-)

Agak teruja kerana saya baru sahaja mengetahui tentang seorang bayi yang mempunyai diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Bayi itu kini berusia 40 hari++..
.
Bukanlah saya mengharap akan ada lagi bayi yang mempunyai kondisi yang sama dengan Rayyan Ariff, tidak sama sekali.. Pernah saya katakan, seandainya bisa, biarlah Rayyan Ariff menjadi bayi terakhir yang punya kelainan ini agar tiada lagi yang kesakitan. Namun statistik akan terus berjalan dengan kadarnya yang tersendiri..
.
Seperti yang sering saya katakan, perkongsian saya di sini dengan tujuan memberikan harapan kepada mereka yang menghadapi kisah yang sama.. Kerana kami pernah merasa peritnya tidak diberikan harapan.. Dan saya merasa gembira apabila mengetahui ada ibubapa di luar sana yang menemui 'harapan' untuk mereka di sini.. :-)
.
Walau banyak waktu 'kesakitan' mental dan fizikal itu bagaikan tidak henti hadir, namun bahagia tidak pernah sesekali melupakan kami.. Itulah agungnya susunan Allah SWT=)
.
Saya tidak punya apa-apa yang hebat untuk ditunjukkan kerana Rayyan Ariff masih jauh daripada sasaran yang kami letakkan kepadanya. Namun untuk ibubapa yang baru memiliki anak istimewa, rebutlah peluang keemasan yang ada di awal usia anak itu sendiri agar lebih pembangunan dapat dicapai..
.
Saya sendiri, seandainya diberi peluang itu kembali, ingin melakukan lebih untuk Rayyan Ariff. Bermula seawal yang mungkin. I would do more and intervene as much as I could! Namun sesuatu yang pasti, Dia jugalah yang menyusun segalanya dengan caraNya yang tersendiri..
.
Mari kita lihat 'carta perkembangan' Rayyan Ariff..
.
video
Di dalam rakaman di atas ini, Rayyan Ariff berusia sebulan lebih, menghampiri ke usia dua bulan.. Saat masih baru sahaja di bawa pulang ke rumah setelah 45 hari di Neonatal Intensive Care Unit. Pergerakan kakinya bagaikan anak normal bukan? =)
.
video
Ini pula Rayyan Ariff di usia 5 bulan atau pun corrected age of 3 months. Kerana dia lahir awal 2 bulan, maka perkembangannya fizikal dan mentalnya juga ditolak 2 bln bagi menyamakan dengan tarikh yang sepatutnya. Waktu ini, Rayyan Ariff adalah tersangat responsif dan gemar berbicara.. *sila abaikan mama yang serabai dan berambut pendek*
.
video

Di dalam rakaman di atas pula, Rayyan Ariff berusia setahun 2 bulan.. Saat rakaman ini diambil, dia baru sahaja lepas menangis kesakitan dek kerana jatuh terlentang dan terhentak kepala.. Perhatikan di hujung rakaman yang mana Rayyan Ariff gemar meniru bunyi yang didengarinya.. Kerna perilakunya saat ini, therapistnya cukup yakin bahawa dia mampu berbicara tidak lama nanti..
.
video
Ini pula masih pada usia setahun lebih. Saat saya bercuti tanpa gaji dan memberi fokus pada pembangunan Rayyan Ariff. Sangat membanggakan apabila tanpa hearing aid, dia masih bisa bertepuk tangan pada lagu..
.
video
Ini pula rakaman sewaktu awal Ramadhan tahun 2009. Rayyan Ariff di usia 1 tahun 4 bulan.. Sengaja meneleng-nelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan mengikut pergerakan yang kita tunjukkan padanya. Cara bergurau yang cukup manja di matanya.. Saat ini, dia masih cenderung meniru aksi kita yang mana apabila kita tertawa, dia juga akan ketawa mengekek..
.
video
Ini juga rakaman di awal Ramadhan tahun 2009. Saat-saat dia belajar memanggil saya Mama. Saat-saat yang cukup menggegar jiwa.. Setiap kali dia melihat saya dari kejauhan, ungkapan Mama tidak pernah lekang dari bibirnya.. =)
.
Apa yang boleh kita simpulakan daripada klip-klip di atas? Anak-anak brain injured ini biasanya kelihatan biasa dan normal pada awal usia. Apabila mereka gagal berkembang, barulah mereka semakin ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.. Kerna itulah pentingnya EARLY INTERVENTION!!
.
Time is the enemy of the brain-injured child. Every day he is not better, he is worse. Since his peers move on and he falls further behind! There is no such thing as false hope, but there is false despair. – The Pathway to Wellness.
.
Perkembangan Rayyan Ariff bagaikan penuh keindahan dan agak 'cepat' jika dibandingkan dengan kondisinya yang lahir hampir tanpa sel otak bukan? Itulah agungnya kekuasaan Allah SWT..
.
Namun kini, segalanya tidak sepesat dulu. Hanya satu kemungkinan yang bisa kami temui setakat ini, iaitu serangan seizures yang sering datang berkunjung tanpa mengira waktu dan ketika.. Ada kalanya, berlanjutan untuk tempoh yang lama..
.
Inilah salah satu daripada realiti keletihan yang harus saya hadapi. Penat berusaha namun segalanya bisa hilang dalam sekelip mata.. Mungkin kerana Dia tahu tahap kekuatan kita, maka di situlah letaknya tahap ujian yang berbeza..
.
Namun seperti ibubapa lain yang juga memiliki anak istimewa, saya juga tidak mahu berkira dengan kesakitan dan keperihan.. Segala kepenatan ini tidak terasa kerana we're enjoying our child, no matter what.. Right friends?? =)
.
My miraculous child.. My heart, my soul.. :-)
.
Apa yang penting, tiada perkataan putus asa di dalam diari kehidupan.. InsyaAllah, selagi nyawa dikandung badan.. =)

Thursday, June 16, 2011

Dugaan yang bertimpa~

Banyak yang jadi.. Tapi tak sempat nak share kat sini.. Cerita balik kg pn tak sempat nak share.. 
Life is a bit challenging at the moment.. =(
Tapi since dugaan tu salah satu cara yang tuhan ingat kat kita, so takyah la kelam kabut eh?
.
Encik Perdana yang pancit tayar masa OTW balik KL.. *sigh* Alang-alang, tukar dua bijik tayar je terus..

Budak yang baik jer menunggu.. =)

Siyan budak comel ni.. He had another seizures attack on Sunday masa kat KB.. Siyan tengok terperit-perit mata menahan sakit kepala.. Takpe la, budak ni kuat.. =)

Jangan fokus pada mainan tuan kecik yang bersepah, sila tengok TV comel kiut miut saiz 14" itu.. Seb baik ada TV ni utk sementara waktu.. Boleh TV kitorang tiba2 terbakar smlm.. Ni mesti tuan besar tgk tak brenti ni.. Maklum la, dah berbulan MC
Yang takde dalam gambar ialah, Cik Kancil yang juga sedang sakit akibat accident.. Hadoiii la... Patah kaki mokcik!! Dah 2hari turun naik LRT sekarang ni.. Jangan harap la nak bawak Encik Perdana sebab mokcik ni alah pada kereta yang saiz lebih2 ni.. Takpe la, kurang2nya adik mokcik yang drive kete tu sorang2 waktu malam buta selamat n takde ape2..
.
Yang kedua takde dalam gambar ialah, ibu jari kiri saya yang masih berdenyut.. Sakit wohhh.. Nak ketuk ais, terketuk jari sendiri.. Dari hari ahad lepas sampai hari ni still berdenyut.. *Ok, salah sendiri sebab cuai*
.
Yang ketiga takde dalam gambar ialah, betis yang tegang dan sakit bagai ditarik-tarik. Berjalan pun perlahan n terkengkang dah dibuatnya. Kalau turun tangga lagi la azab! Ni sebab gegaran dek gempa bumi di Sumatera Utara hari selasa lepas.. Bila bangunan pejabat pun bergoyang, memang kena kosongkan buillding la kan.. Bayangkan, mokcik gemuk-pendek-pregnant dari tingkat 5 which is the highest floor for this building, kena menapak turun tangga sampai LG1.. 6 tingkat tu bai.. Balik tu panjat n turun tangga LRT plak.. Terus urat-urat kat betis ni bagai di tarik-tarik!! Subhanallah, sakit yang amat!!
.
Yang keempat takde dalam gambar ialah Encik Suami.. Since his last knee surgery, still lagi jalan terhencot-hencot n it seems like he is still in pain.. Semalam dia ada follow up check up and the doctor said that there's something wrong with his tendon. So kena buat lagi satu minor surgery in 2 weeks time..
.
Banyak betul dugaan mokcik sekeluarga ehhh.. Semua stok2 dugaan yang melibatkan duit dan kesakitan.. Takpe la, Dia janji rezeki cari lain la tu kot.. =)
.
Itu bila kita hitung dugaan, cuba kita tgk the bright side of life..
Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan diberi kesihatan untuk terus beribadat kepadaNya.
Alhamdulillah, bangun pagi masih lagi disambut dengan senyum manis dan gelak tawa Rayyan Ariff
Alhamdulillah, tidur malam masih lagi bersebelahan dengan suami tersayang..
Alhamdulillah, di saat kaki yang sakit teramat dan tak boleh mintak suami urut-urut manja, masih lagi ada adik lelaki yang redha menyapu minyak panas dan memicit betis kakak dia yang macam batang balak ni..
.
Life is full of blessings kan? Cuma kita yang tend to ignore, especially the littlest things..
=)

Wednesday, June 15, 2011

My 3 years old full-of-miracle crawling toddler!!

Dont ask me when will he walk on his own because I dont have the answer.. Truthfully, no one knows whether he will be able to walk on his or not.. No one but Him.. 
.
Regardless how handicapped he is to the world, he is beautiful in his own way to us and we're truly enjoying our child to the fullest! Seeing him crawling (altho at the age of 2+!!) is really a blessing because we always thought that he will never master it since he has been shuffling on his bottom like nobody's business.. 
.






 This is our little miracle boy.. Progressing at his own phase by taking his own sweet time.. =)

Tuesday, June 14, 2011

It's too early for Wordless Wednesday..

But this is definitely a wordless joy!! :-)
This photo was captured last week: Baby RA @ 17 weeks++
:-)

Saturday, June 11, 2011

Balik kampung, wedding dan Baby Harith~

Bersiaran dari kampung.. Last minute punya plan..
Main purpose balik kali ni sebab En.Hubby nak berurut dengan pakcik urut favorite dia.. Urat-urat semua dah keras since operation ari tu..
Alang-alang balik, gi wedding my cousin.. 
At the same time, adik pengantin lelaki baru deliver baby..
So amik peluang jumpa baby baru sekali..

Baby Harith di pangkuan En.Hubby.. Bila pegang Baby Harith, rasa tak sabar pulak nak peluk cium Baby RA.. :-)
.
Oh, hari khamis gi jumpe gyne lagi.. Makin jelas wajah baby RA.. I can see her nose, her lips and the best part is, she looks healthy.. Semoga segalanya selamat.. Aminnnn.. Will share more about Baby RA once we are in KL.. =)

Wednesday, June 8, 2011

Imam Muda Rayyan Al-Ariff; Takbir yang masih jauh dari kesempurnaan..

InsyaAllah, mana la tau betul-betul jadi Imam Muda.. Sejuk perut mama.. =)
.
video
*Sila focus pada tuan kecik sahaja* Awal-awal, elok je ikut instruction.. Second time, tiba2 goyang tangan berjoget.. Nape ntah tuan kecik ni.. :P

video
Ni instruction from Ayah Chik pulak.. Awal2 ikut la, siap kiam tu.. After that, ignore jer.. :P *Sila abaikan background voice*
.
Takbir Rayyan Ariff masih penuh kekurangan. Tetapi dia adalah anak istimewa yang punya banyak potensi dan perlu diteroka secara berterusan..
.
Rayyan Ariff, di kebanyakan waktu, saya sebagai seorang ibu merasakan betapa saya sering mensia-siakan dia kerna tidak dapat melakukan banyak perkara untuknya. Sama ada limitasi dari segi kekangan waktu ataupun kewangan, seringnya perkara ini begitu mengganggu saya..
.
Kadang-kadang, apabila terbuai dek rasa bersalah yang menggunung, sering saya terfikir, mengapa Rayyan Ariff tidak dilahirkan di kalangan keluarga jutawan yang punya sumber tanpa had dalam memberikan yang terbaik untuknya. Melakukan pelbagai aktiviti untuknya, menghantarnya ke sekolah terbaik dengan yuran beribu ringgit sebulan, dan bukan sekadar ditinggalkan sehari-hari bersama bibik ataupun di sekolah biasa-biasa sahaja..
.
Namun akal dan minda meyakinkan hati bahawa percaturan tuhan adalah yang terbaik dan selayaknya, sayalah ibu yang terbaik untuk Rayyan Ariff di dalam cara saya yang tersendiri.. InsyaAllah..
.
Permata jiwa kami.. =)

Tuesday, June 7, 2011

His own version of "Allahuakbar.."

Bila kita angkat tangan masa takbir dan sebut Allahuakbar, Rayyan Ariff juga akan meniru aksi yang sama dengan tangannya diangkat bagaikan berdoa, sambil mulutnya membunyikan kalimah 'Allahuakbar' dengan bahasanya  yang tersendiri.. Setelah itu tangannya akan dijulang setinggi yang bisa sebelum dikiam.
.
Angkat tangan tinggi-tinggi tanda Allah Maha Besar.. The best shot I can get so far.. Susah nak capture!

Bagi seorang anak kecil berusia 3 tahun, aksi ini masih jauh daripada sebuah kesempurnaan. But this is Rayyan Ariff that we're taking about. A child who was given no hope to develop at all.. So, for whatever that he did, we will always give him credit for trying..
.
And he will always be our little miracle..
.
Content no matter what.. Alhamdulillah.. =)
.
P/s - Mama Biey, try nak record tp xdk cooperation.. =(

Monday, June 6, 2011

Walau masih belum berjalan sendiri..

Itu bukan alasan untuk tidak menolong ibu menyapu rumah yea kawan-kawan!! =)

Sunday, June 5, 2011

Sabtu yang berbeza~

Jadual Sabtu lepas:
-Bangun pagi prepare breakfast
-Hantar Tuan Besar gi fisio.
-Balik umah sarapan, masak nasi n gulai udang untuk makan tengahari..
-Siap-siap then bawak Tuan Kecik gi speech n physiotherapy.. Speech @ 12pm, Physio @ 2pm. Before that, pesan kat my bro mintak gi amik Tuan Besar kat APSH..
-Abis physio kul 3pm, gerak blk n sampai umah almost 4pm..
-Kelam kabut semayang, then goreng ayam, prepare ulam then baru la makan tengahari at about 430pm..
-5pm, gerak gi Jln TAR sebab abah ada nak beli buku dekat Pustaka-apa-ntah..
-Malam, antar abah gi Putra naik bas balik KB n sampai umah, terus tido..
.
Jadual Sabtu semalam:
-Bangun pagi, lepak2.. Breakfast roti canai.. Tghari n malam, makan nasi ayam jer.. =)
-Rehat, tido, rehat, tido.. Layan family..  Marathon tgk Nora Elena online, sibuk orang kata best.. To me, biasa jer.. Lagipun, novel Kasih Yang Suci ni I've read a few years back.. So tak thrilled sgt la kot.. Sambil tu, layan FB yang dah lama tak brp nk active.. Mokcik ni tenggelam timbul bab2 FB ni.. =)
-Smlm public holiday so takde apa2 therapy.. Heaven nya rasa!!! =)
.
Semalam wat nasi ayam sempoiii.. Cover dari tghari bwk ke malam.. Tuan kecik pun makan beria.. =)

Friday, June 3, 2011

Rayyan Ariff yang kuat.. =)

Sibuk mengemaskini folder-folder lama, saya terjumpa gambar ini.
.
Inilah wajah penuh kekuatan yang menjadi kebanggaan saya.. Masih tersenyum walaupun di dalam pelbagai dugaan yang mendatang.. Masih tersenyum walaupun di dalam kesakitan yang menerpa.. Kuat kan?
=)

Thursday, June 2, 2011

Sikit, sikit nangis.. Sikit, sikit nangis

Manja bukan main, padahal mintak dukung jer.. *muka sememeh, bulu mata panjang*
=)