Wednesday, August 5, 2015

Tentang anak-anak dan Young Living Essential Oils

Sedar tak sedar, dah lebih setahun permulaan kisah kami bersama Young Living Essential Oils. 30 May 2014, aku bawak family aku including mak aku, PIL and bibik ke Melaka jalan-jalan untuk diorang. Ambik homestay kat Melaka, pastu jalan-jalan bawak pergi makan ikan bakar kat tempat favourite kami, Muara Sungai Duyung. Niat utama actually nak pergi jumpa a therapist from Singapore, Kak Yonie. Dulu aku panggil dia puan sekarang dah jadi kakak. Hakhak.
 
Dia suggest apa yang perlu buat untuk Rayyan Ariff and bagi jugak suggestion untuk guna essential oils, dan oils apa yang perlu, cara mana yang kena pakai. Berbekalkan Frankincense Essential Oil dan Lavender Essential Oil yang dia bagi percuma, aku memulakan perjalanan dengan essential oils ni on my kids sementara nak dapat the full set. Masa tu aku order from Singapore. Another friend, Shida yang helped out with the order. Since then, slowly daripada guna setakat so-so aje, sampailah aku jadik oiler tegar. Hehehhe.
 
Alhamdulillah, untuk kes sakit batuk demam kecik-kecik sehingga kes sawan sket-sket, aku memang guna essential oils untuk support. Tapi kalau dah masuk bab yang besar-besar, nak taknak memang aku ke klinik atau hospital jugaklah. Tidaklah kata poyo sampai ban spital kononnya nak gaya hidup alami natural maknenek bagai. Pada aku, apa-apa yang kita buat, biarlah in moderation. Wasatiah. Takdelah sampai nak taksub bagai. Jadi mak ni kan kena praktikal. Takkan nak degil ikut kepala sendiri kot. Anak dah separuh nyawa pun sibuk nak minyakkan, tu bedooh kata orang Kelantan.
 
Ni yang aku share kat IG masa Rayyan Ariff admitted sawan hari tu:
 
Cerita tentang Brain Power Essential Oil. Geng2 Oiler maybe boleh consider. Hekhek.
Semasa di Red Zone hospital, SPO readings Bang Ian fluctuates around 80++ even dengan oxygen mask. Bila tengokkan his breathing was very deep, saya suruh papa dia balik ambik Brain Power. Sapu. Tunggu.
Tak lama dengar kakitangan hospital tegur. "Oksigen dia cantik.." Saya tengok monitor, reading dh 90 lebih. Then lastly, naik 100. 100 statik. Tak bergerak langsung. Rasa kelakar sebab yang biasa saya tengok untuk Rayyan, fluctuates.
Lepas sejam, SPO reading turun balik. 90an. Aku sapu lagi. Reading naik balik 100. Statik. Kagum. Lepas sejam barulah dia turun balik. Hovering 90++. So aku tau dah, next time kalau Rayyan ada bunga2 sawan memang sejam sekalilah kena sapu. Hmm more sleepless night lah mak!
Mlm kelmarin, apnea dia teruk sangat. Deep breathing loud snoring. Mula2 nurse setakat dtg macam biasa, ambik temp every 2 hours n neb every 3 hours. Tengok teruk sangat agaknya, dia ambik SPO2 reading skali. "Oksigen dia ok. 96 puan. Sy checked skali sebab teruk sangat apnea dia." Hekhek. 2-3 jam sebelum tu dia baru kena Brain Power lagi skali.
Patutlah Kak @rohaishamd kata power nya brain power.
 
P/s - worked superb on anak kita belum tentu sama dengan anak orang. Apa2 pun, dengan izin Allah SWT
 
********
 
Tu cerita masa kat Hospital Ampang hari tu. Alhamdulillah anak-anak aku especially si Rayyan Ariff ni, memang rasi betul dengan Essential Oils ni. Tapi kita sebagai mak memang kenalah rajin cari ilmu untuk guna minyak yang mana, jenis apa mengikut kesesuaian anak kita. Kena rajin membaca, kena rajin trial and error. Untuk minyak Young Living sendiri, ada 400++ jenis, so every time aku guna satu-satu minyak and result dia tak malatops, aku selalu rasa, oh that's an oil for that. Aku aje belum jumpa apa yang sesuai untuk anak aku. Haa gitu. Tatau nape, aku tak pernah nak give up. Tak pernah nak rasa, "Hmmm.. Oil ni tak rasilah dengan anak aku, takde kesan.."
 
Hehehhe. Mungkin aku terpengaruh dengan kawan aku si Munirah ni gamaknya. Dia guna EO lagi awal daripada aku untuk anak dia yang ASD and Hyperactive, daripada bulan 1 sampai bulan 8 tak nampak result sangat. Lepas dapat proper guidance baru dia nampak result yang superb. Bila aku tanya kenapa dia tak give up even dah 7 bulan pakai tapi tak nampak result sangat, dia jawab, "I googled and baca banyak orang yang anak dia improved. So mesti cara I yang salah.. Mesti ada cara yang betul.."
 
Gigih. Dah la menda bukan murah. Kalau aku dah campak dalam tong sampah dah and kata tak berkesan. Hehehe.
 
Alhamdulillah untuk Rayyan Ariff ni, aku tak perlu lama untuk nampak good result. Cumanya aku kena senantiasa berinovasi untuk dapatkan better result. Kena selalu trial and error untuk dapat perfect combination untuk setiap permasalahan dia.
 
Satu oil yang dia selalu alah ialah dengan Peace and Calming kalau untuk tidur. Kalau aku diffuse atau sapu Peace and Calming, so far paling lama 20min aje dia boleh lawan mata. Whereas kalau tak pakai ni, kadang-kadang sejam dia bleh lawan mata takmo tido even lampu bilik dah gelap. Jenuh nak peram malam-malam. So P&C ni memang favourite aku untuk dia. Syukur sangat-sangat rasi even anak kawan-kawan aku ramai aje yang tak lut pakai P&C untuk tido, even dengan much stronger oils macam Valerian atau Rutavala.
 

Ni aku buat raindrop technique kat anak dara aku. Kat rumah ni ada 4 badan yang menadah untuk Raindrop therapy ni yang aku kena buat. So usually aku buat simplified aje. Tak buat full swing. Tapi raindrop therapy ni bagus. Kalau nampak anak-anak nak demam selsema ke apa, buat terus InShaaAllah tak jadi. Tapi nak buat terus tu lah yang kita ni selalu tak nyempat kan.. Hekhek. Busy hidupnya kata.

Sakit mata ke, allergic reaction ke, usually si Rayyan Ariff ni within half a day dah settled dah. Alhamdulillah la kan..
 
Bila aku check balik, bil-bil klinik and hospital memang berkurang banyaklah setahun ni. Tapi kalau boleh aku nak reduced lagi. Suka company aku. Hekhek. Hospital admission tu kalau boleh, aku takmo ada langsung. Harap-harap tuhan perkenankan dan permudahkanlah. Amin.
 
Dan lagi satu, tahap pendengaran Rayyan Ariff pun dah increased. Dulu 90dB on the right side, sekarang dah turun 70dB. Belah kiri pulak daripada 110dB dah jadi 100dB. Berbaloi jugak kegigihan aku dok menenyeh Helichrysum Essential Oil kat dia. Even harga sebotol mahal nak mampus pun. RM349 for 5ml ko! Gila tak gila. 5ml tu tahan cukup2 aje sebulan bila mana pakai jimat-jimat pun.
 
Now aku dah tak taruk Helichrysum lagi kat dia. Reason being? Aku nak pakaikan hearing aids kat dia. Setahun aku minyakkan dia, hearings level dia improved by 20dB. So kalau nak bagi normal, bagi pulih, berapa tahun agaknya nak amik masa? So being realistik, aku rasa hearing aids jalan terbaik. Boleh aje aku letakkan HA kat telinga sambil minyakkan dia. Tapi aku taknak. Aku takut nanti, hearings dia improved lagi which makes the hearing aids tu akan membingitkan telinga dia. Bila mana dia tak pandai cakap bingit, aku pulak akan continue paksa dia pakai HA, takut nanti menyakitkan dia. Sebab memang very hard to tell between rejections (tanak pakai) sebab sakit, and sebab sengaja taknak coz tak selesa and tak biasa.
 
So aku redha ajelah even aku happy gila hearings dia improved. Maybe bila dia dah pandai bagitau nanti, aku akan resume minyakkan telinga dia balik. So every time kalau hearings dia improved, dia dah pandai bagitau, senanglah aku tau bila nak kena bawak pegi adjust power hearing aids tu.
 
Kadang-kadang, aku selalu terpikir, kenapa la aku tak jumpa EO ni masa Rayyan Ariff kecik-kecik dulu? If not, result dia maybe faster and better kan? Apa-apa pun syukurlah jumpa jugak daripada tak jumpa langsung. Hekhek.
 
InShaaAllah, more progress to come. Sekarang ni pun aku dah happy gila tengok dia dan pandai nak bergurau dengan adik, dengan kami. Nak main kejar-kejar even senget-senget dia lari. Alhamdulillah ceria rumahtangga.
 
Allright tu aje. Esok aku sambung. Nampak tak semangatnya aku berbelog? Hakhak.
 
 

1 comment:

Mamanurin said...

abang Ian!!! lamanya x tinggal komen.moga Ian sentiasa dlm rahmat Allah.