Thursday, March 10, 2016

Tentang dia yang teristimewa~

Fuhhh~ Tiup habuk.

Lama sangat blog ni terbiar kan?
Sunyi sepi paling lama dalam sejarah KKK. Makanya marilah kita mengimarahkan kembali laman penuh kenangan ini.. Hehek..

Apa khabar anakanda bujang saya?
Alhamdulillah sihat seadanya dia. Hari tu admitted sebab demam. Lama benar, sampai 9 hari.. Sejarah betul. But overall OK lah keadaan dia. =)

Dah besar, dah ada peel sendiri. But he still is my special baby boy lah.. Jauh lg daripada level actual age, tapi as long as he keeps on progessing, kira OK lah kan?

Alhamdulillah, keinginan pretend play dah ada. Dah pandai took over main masak-masak. Haru lah adiknya marah.. Hehek 

Bulan 11 itu hari ada satu episod sawan. Nothing major tapi terus bawak untuk buat EEG test. So far masih tak ambik ubat sawan. Dr pun OK tgk alertness dia bagus, physical pun tegap.

Rayyan ni satu, lepas dia kena sawan, dia akan tunjuk improvements kalau kita dapat tackle sawan dia. Alhamdulillah member dah boleh makan sendiri..

Bab bersosial dengan adik pun dah makin bagus. Alhamdulillah..

Satu lagi yang saya sempat slot in adalah appointment dengan opthortist dan ophthalmologist. Power mata turun tapi silau naik. Banyak main handphone lah tu. Susah nak control kalau bukan mak yang jaga kan?? Tapi bak kata Dr dia, when he was born, half of his eyes' nerves were damaged already. The fact that he is able to see now, he is doing great and I wont do anything to fix his eyes even tho there are not as good as our eyes. Insaf mak.. Rupanya separuh saraf mata dia dah rosak masa dia lahir dulu.. Patut la Dr kata dia tak nampak dulu...

Tengok how typical he looks. Alhamdulillah, kurang banyak dah sensory issues dia. Dah boleh masuk laut etc.

Rayyan and our favourite MLE Therapist, KC. KC ni bagus, dia ajar aku macamana nak identify strength and weaknesses Rayyan. Little that I know, budak ni quite terror untuk ikut kita buat sign language. InShaaAllah nak enroll dia kat sekolah yang ajar bahasa isyarat pulak.. Supaya mean of communication tu lg bagus.. 

Bapaknya bawak tgk movie. Tegapkan badan hero k-pop mama ni?? Rasa macam tak percaya tengok dia skrg. 

Ni masa admitted hari tu lah. So far OK aje. Harap-harap terus OK lah.. Demam dengan temp between 39-41 kot. Mujurlah tak kena sawan. Sepanjang masa dok tenyeh Brain Power Essential Oils dan Rose Essential Oils.

Rayyan tolerated his new hearing aids well. Alhamdulillah. Tapi mama busy sangat n tak dapat nak bawak Rayyan gi Sungai Petani untuk speech therapy with Mr. Mano.. Huhuhu.. Sedih okay..

Tu aje la ringkasan updates anak bujang. Alhamdulillah investment mama dalam Young Living Essential Oils sangat-sangat membantu perkembangan anak istimewa ni. 

Autism traits quite obvious jugak sejak-sejak besar ni.. Tapi kita take it one step at a time lah kan..

Ok la, Kak Jiey payung korang dengan 2 videos Bang Ian ehhh 


Anak bujang suap papa eh makan.. Sweet rasa nak cubit pipi.. ;-P


Tak pernah aku bayangkan, anak yang dikatakan tidak akan panjang umur apabila dilahirkan, anak yang dikatakan akan terlantar tanpa mampu mengenal aku sebagai ibunya andai dia hidup, di depan aku pada hari ini gigih mengayuh basikal. Sebak.

Hidup jangan pernah mengalah.. InShaaAllah.

1 comment:

annur fitrah said...

Saya selalu mengikuti perkembangan rayyan, ye la. Tuhan punya kuasa, banyak betul perkembangan dia. Good Luck. Dan ibunya, wanita hebat.