Friday, December 30, 2016

Rezeki dan ujian


Saya sepatutnya bercuti tanpa gaji dan bermusafir di bumi Sungai Petani selama 6 bulan untuk Rayyan berterapi bersama Mr Mano. Tapi itu perancangan kami, perancangan Allah SWT lain pula. Mr Mano pula dalam kesibukan berterbangan ke sana sini. Mula-mula Singapore, kemudiannya Surabaya dan India, then unfortunate accident happened pulak to his SIL which requires him to make several trips to SG again to do therapy on his SIL. Now, the SIL has been brought to his house so Mr Mano tak perlu lagi nak travel dan begitu juga Rayyan Ariff. Kekal di SP lah kita sehingga habis musim cuti mama.

Takpelah. Konsep rezeki. Rezeki kami setakat itu pun tetap rasa setinggi2 syukur.

Progress speech Rayyan? Masih di peringkat sangat asas. Tapi overall kami boleh nampak banyak perubahan pada fizikal dan cognitive skills dia.

Rayyan skrg suka bergurau, bermain. Rayyan skrg sudah boleh ke dapur mengambil air minum sendiri, dan usai minum ke sinki untuk membasuh gelasnya. Hebatkan?

Kelmarin sewaktu Mr Mano sampai, dia lari bersembunyi di belakang mama dalam usaha tidak mahu berterapi. Hahaha. Selepas berterapi, laju dia mengambil purse dan hulurkan pada mama (dalam usaha mahukan Mr Mano pulang sesegera mungkin, maka mama cepatlah bayar). Semalam pula, sampai sahaja Mr Mano, dia lari bersembunyi di belakang pintu dapur. Siap berkunci bagai.

Otak Rayyan Ariff berjalan dengan baik sekarang walaupun pertuturannya masih sangat2 terhad. Setiap stimulasi yang kita lakukan, membuka lebih ruang pada otak dan badannya maka banyak pembelajaran yg terhasil. Dengan stimulasi drpd Mr Mano, latihan Braingym, craniosacral therapy, MLE therapy, sensory play dan tentunya Essential Oils, ianya bagaikan serpihan puzzle yang melengkapkan satu sama lain untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik.

InShaaAllah kita terus berjuang. Selagi ada izin Allah.


No comments: