Sunday, January 1, 2017

Cerita bulan lepas~

Dan bila mana anak sakit, mak jadi penunggu gua. Eh tak, jadi pelumur minyak dan hilanglah nikmat tidur untuk seketika. Memang berjaga minyakkan dia aje.

Kisahnya anak perempuan down with tonsillitis. Jangkitan kuman dan bengkak dekat tonsil kata mudahnya. Dan memang la pakej dengan demam yg suhunya tinggi, sakit badan segala.

Selain virus, jangkitan bakteria jugak boleh menjadi penyebab tonsilitis ni. Bakteria common penyebab tonsillitis ni antaranya ialah Streptococcus Pyogenes. 

Ada 1 kajian oleh sebuah universiti di France yang mengatakan sesetengah essential oils ni ada ability utk bunuh kuman Streptococcus Pyogenes ni. Diorg ambik sample dekat budak yang kena tonsillitis ni then test lah taruk EO kat sample tu.

Tau oils mana yang ada aktiviti antibiotik paling tinggi terhadap kuman streptokokus kohkohkoh haktuih phuih phuih tu? Cinnamon, Thyme, Lemongrass dan Marjoram. Oils lain macam Oregano, Melaleuca pun ada jugak. Tapi yang 4 tadi tu dicarta paling teratas.

Disebabkan masa tu ada 2 oils ni aje, pakai aje deme berdua. Sapu kat mana? Tapak kaki, leher, dan sepanjang jaw. Buat kerap2 every 15-30min. Layer satu-satu.

Untuk budak pompuan ni memang kena dilute. Tak tahan dia.

Alhamdulillah trip kali ni, tak sempat bukak botol Augmentin. Sebab tau antibiotik kalau dah bagi kena habiskan. Nak makan ubat demam pun riuh sekampung, apa lagi hat kaler putih tak sedap tu. Mau selambak muntah. Budak jarang sakit sekali kena memang mendapatlah. 

Sunyi rumah bila dia demam. 😂😂😂

No comments: