Tuesday, January 3, 2017

Penting ke tauliah seorang juruterapi kalau ada great testimonials?

Ini Rayyan Ariff di awal tempoh kelahiran.


Doktor-doktor yang merawat dia dan saya, datangnya daripada hospital ternama dan nama besar dalam dunia perubatan.

Mereka senaraikan setiap satunya kemungkinan untuk kami hadam.

Dia mungkin tidak akan survive selepas dilahirkan. Kalau survive,
Dia mungkin tidak dapat mendengar. True enough, dia gagal ujian pendengaran.
Dia mungkin tidak dapat melihat kerana separuh daripada saraf matanya sudah rosak, optic disc dia juga pucat.
Dia mungkin terbaring kaku tanpa apa2 kebolehan hatta mengenali kami sebagai ibubapanya.

Atas dasar tanggungjawab, kami tidak duduk dan terima. Kami teruskan dengan terapi dan stimulasi. 5 tahun pertama kehidupan, terapi dan rawatan adalah 90% daripada doktor di hospital ternama dan daripada juruterapi bertauliah (mungkin, walau saya tak pernah lihat sijil mereka tapi memandangkan mereka bekerja di hospital ternama, mungkin lah mungkin.

5 tahun pertama, keluar masuk hospital dan masih belum berjalan. Sering sakit dan sebagainya. Recurrent infections. Hati saya pecah berulangkali melihatkan anak yang terlantar. Saya tekad keluar daripada kebergantungan kepada rawatan moden semata. Saya tekad mencuba rawatan alternatif.

Orang yang membuka mata saya adalah Kak Khairun Darwani Khairuddin. Dia kenalkan saya kepada rawatan stimulaterapi di bawah Kak Ija. Saya cuba. Berulang-alik Ampang - Port Klang - Bukit Kiara - Port Klang - Ampang, sebelum beralih ke Alam impian. Hampir setahun hidup di jalanan, buka puasa bukan di rumah sendiri. Ah kenangan.

Waktu itu, physiotherapist bertauliah Rayyan Ariff katakan pada kami, Kalaulah Rayyan boleh berjalan suatu masa nanti, ia akan mengambil masa yang sangat lamaaaaa untuk berlaku. Rayyan ada athethosis. Ketidakupayaan otak mengawal badan dan menyebabkan pergerakan tanpa kawalan pada tubuh. Saya sedih. Saya penat. Saya cuba macam2 tapi ini perkhabaran yang yang saya terima.

Kak Ija yang bukan physiotherapist bertauliah terus memberi semangat. InShaaAllah Rayyan boleh berjalan. Kata dia. True enough, 5 bulan selepas itu dia boleh berjalan.

Dari segi pertuturan, jauhnya Rayyan Ariff untuk mengeluarkan bunyi. Apa lagi mahu bercakap. Dirisik dan ditanya pada juruterapi bertauliah juga ada yang telan liur. Maklumlah, umur 8 tahun baru mahu diperkenalkan kembali dengan hearing aids dan mula balik dari awal. Agak terlambat. Kata mereka. Umur 8 tahun bai. Bukan 8 bulan.

Ada seorang juruterapi namanya Mr Mano, kata dia, there will always be hope for a child until the mother stop trying. Dia terima anak ini, dia latih. Datang dia setiap hari ke rumah sewa kami di Bandar Laguna Merbok untuk terapi anak ini. Yea hampir setiap hari. Saya tidak tahu dia ada sijil atau pun tidak. Tapi saya tidak kisah.

Sebulan masa berlalu, belum ada perkataan. Tapi sudah ada bunyi. Alhamdulillah.

Semalam bawa dua2 beradik ke klinik pakar kanak2 untuk diperiksa. Si abang batuk2 dan si adik muntah2. Mula2 si adik yang diperiksa, sewaktu doktor sebut Aaa dan minta membuka mulut, si abang yg sedang duduk bermain di satu sudut yang terlebih membuka mulut dan menyebut Aaa.

Bila tiba giliran si abang, dengan hanya satu arahan, abang membuka seluas-luas mulutnya dan menyebut Aaa sehabis kuat. Senang tugas Dr mahu memeriksa tekaknya. Kalau dulu, siap berjolok bagai pun belum tentu nampak sebab dia tak faham arahan. Digigit lagi kayu Dr tu adalah. Apalagi mahu keluarkan bunyi. Kawan2 tahu kan anak ini mamat senyum sahaja? Tak ada bunyi langsung.

Hasil sebulan berterapi. Alhamdulillah. Maka, tak kisahlah ada sijil atau pun tidak. Saya okay. Tuhan anugerahkan manusia dengan kebolehan yg pelbagai. Bomoh patah atau mak bidan zaman dulu2 pun tak ada sijil kan?

Sekian.

Saya,
Ibu kepada anak Alobar Holoprosencephaly yang juga menggunakan Young Living Essential Oils.

Sunday, January 1, 2017

Cerita bulan lepas~

Dan bila mana anak sakit, mak jadi penunggu gua. Eh tak, jadi pelumur minyak dan hilanglah nikmat tidur untuk seketika. Memang berjaga minyakkan dia aje.

Kisahnya anak perempuan down with tonsillitis. Jangkitan kuman dan bengkak dekat tonsil kata mudahnya. Dan memang la pakej dengan demam yg suhunya tinggi, sakit badan segala.

Selain virus, jangkitan bakteria jugak boleh menjadi penyebab tonsilitis ni. Bakteria common penyebab tonsillitis ni antaranya ialah Streptococcus Pyogenes. 

Ada 1 kajian oleh sebuah universiti di France yang mengatakan sesetengah essential oils ni ada ability utk bunuh kuman Streptococcus Pyogenes ni. Diorg ambik sample dekat budak yang kena tonsillitis ni then test lah taruk EO kat sample tu.

Tau oils mana yang ada aktiviti antibiotik paling tinggi terhadap kuman streptokokus kohkohkoh haktuih phuih phuih tu? Cinnamon, Thyme, Lemongrass dan Marjoram. Oils lain macam Oregano, Melaleuca pun ada jugak. Tapi yang 4 tadi tu dicarta paling teratas.

Disebabkan masa tu ada 2 oils ni aje, pakai aje deme berdua. Sapu kat mana? Tapak kaki, leher, dan sepanjang jaw. Buat kerap2 every 15-30min. Layer satu-satu.

Untuk budak pompuan ni memang kena dilute. Tak tahan dia.

Alhamdulillah trip kali ni, tak sempat bukak botol Augmentin. Sebab tau antibiotik kalau dah bagi kena habiskan. Nak makan ubat demam pun riuh sekampung, apa lagi hat kaler putih tak sedap tu. Mau selambak muntah. Budak jarang sakit sekali kena memang mendapatlah. 

Sunyi rumah bila dia demam. 😂😂😂