Friday, September 14, 2018

Essential Oils dan anak istimewa Cerebral Palsy dan Autisme?


Apa itu Essential Oils ("EO")?

Dalam bahasa biasa, EO adalah minyak pati yang diekstrak atau diambil daripada tumbuhan. 

Untuk EO daripada Young Living, ianya tiada campuran. So ibaratnya, khasiat tulen tumbuhan tu yang kita dapat semata-mata. Minyak pati yang terhasil tu pekat dan sarat dengan ciri-ciri istimewa yang ada pada tumbuhan tu. Macam yang kita tahu, dah beribu tahun orang gunakan tumbuhan untuk tujuan perubatan disebabkan oleh healing properties yang ada pada tumbuhan tu kan.

Jadi, bila EO tu membawa ciri-ciri utama yang ada pada tumbuhan tu, maka ianya pun boleh membawa bersama healing properties with them. Memang kita boleh argue daripada segi clinical studies lah, personal experience takleh diambil kiralah, tapi yang tu kita cerita lain. Now kita fokus dulu pada penggunaan EO.

So kesimpulannya, EO ni ibarat darah pokok yang sarat dengan nutrien yang kita ambil dan guna. 

Source : Google image. Vetiver EO, antara EO yg boleh menenangkan. 

Source : Google Image. Antara kegunaan Lemongrass EO atau pun serai. Banyak kegunaan dia kan? Saya pernah dengar petua orang tua-tua untuk amal minum air rebusan serai. Tapi saya lupalah untuk apa.

Bagaimana EO diekstrak? Melalui beberapa proses seperti, 
- Steam distillation
- Cold press 
- Absolute. 

Biasanya proses steam distillation ni lah yang kebanyakan digunakan. Kalau untuk minyak citrus macam Lemon EO ke, Tangerine EO ke, Orange EO ke, yang ini diperoleh melalui kaedah cold press. Untuk sesetengah minyak pula, macam Jasmine EO, minyaknya diperolehi melalui proses absolute yang mana ada campuran yg digunakan untuk menghasilkannya. Sebab kalau nak pakai kaedah biasa macam steam distillation, material bahan mentah (tumbuhan tu lah) agak rapuh. 


Source: Google Image. Bagaimana EO dihasilkan

Ini bahasa yang paling layman.

Seterusnya, kita masuk kepada bahagian penggunaan EO untuk anak istimewa. Kenapa saya masuk ke topik ini? Sebab paling utama, saya memang ada anak istimewa dan saya banyak guna EO ke atas anak saya. Bukan sahaja anak saya, saya juga berada di dalam komuniti ibu bapa yang ada anak istimewa dan saya juga menyaksikan mereka menggunakan EO untuk anak-anak mereka, jadi topik ini dekat dengan saya. 




Rayyan Ariff, anak bujang saya yang unik dan tersendiri. Berada di dalam kategori OKU pelbagai kerana punca utamanya adalah abnormality pada otak. Lahir sebagai anak Holoprosencephaly, bahasa paling mudah adalah bahagian otak yang tidak sempurna seperti tidak membahagi dengan elok di antara hemisfera kiri dan kanan, dan juga ketiadaan beberapa bahagian lain di otak seperti Corpus Collosum dan juga Septum Pellucidum. Lahir juga dengan hanya lebih kurang 5% sel otak. 

Kenapa OKU pelbagai? Sebab Holoprosencephaly membawa pelbagai isu lain pada dia. GDD tu memang dialah, contohnya berjalan pun hanya pada umur 6 tahun. Tapi dia juga ada hearing impairment, mentally challenged, mempunyai autism traits dan banyak lagilah. Keupayaan otak seperti anak berusia 3 tahun sedangkan dia sudahpun berumur 10 tahun. 

Berbalik kepada penggunaan EO. So, sejak bila dia mula menggunakan EO? Sedari April 2014 sehingga sekarang. Memang badan dia beruntunglah, banyak menerima EO. Mama pun tak rasa sebanyak dia. Hehek.



Eh, kata dah pakai EO, kenapa mental age masih rendah? Kenapa belum pulih? Kenapa masih dikategori OKU? Tak baguskah EO?

Well, pertamanya, apa yang ada pada Rayyan, apa yang ada pada anak-anak Cerebral Palsy ("CP"), anak Autisme adalah satu kondisi dan ianya tidak melambangkan penyakit (sickness). Saya tahu ada beberapa perbahasan tentang ini kerana ada yang mengutarakan pendapat ianya harus dilihat sebagai penyakit juga. Tapi saya sendiri lebih tertarik untuk melihat iana sebagai kondisi, with certain restrictions and challenges. Orang Kelainan Upaya. Kelainan. Lain. Berbeza.

Apabila diletakkan sebagai kondisi atau keadaan, kita akan melihat mereka dengan berbeza. Untuk "sembuh" daripada satu keadaan adalah sesuatu yang "dekat tapi jauh" berbanding "pulih" daripada "penyakit", kan?.

Apa yang pasti, untuk kondisi seperti anak-anak ini, jangan dilihat destinasi akhir sebagai ukuran kerana perjalanan dan pengembaraan mencapai matlamat yang ditetapkan itu adalah yang perlu diukur. 

Apa yang saya cuba sampai? Yang ingin saya katakan adalah, yes, Rayyan Ariff belum berubah menjadi manusia tipikal seperti kita atau belum "sembuh" jika itu adalah akhiran yang diletakkan. Tapi lihat daripada mana dia bermula.

- Sebelum EO, jalan dan langkahnya agak berterabur. Sekarang, sedikit tegap. 
- Sebelum EO, amuk dan tantrum nya sukar dibendung. Sekurang-kurangnya dengan bauan EO yang menenangkan, ianya terkawal walau tidak hilang. (Jangan terkejut, sesetengah EO seperti Hong Kuai contohnya, kalau disapu pada Rayyan, cukup membantu untuk dia lebih berani berada di sesetengah tempat yang dia takut.)
- Ada waktu, dia sukar untuk tidur pada waktu malam, ada EO yang mampu membantu untuk itu. 
- Sebelum EO, cerita kami berkejar ke hospital atau klinik itu biasa. Sekurang-kurangnya, selepas EO, kunjungan kami ke hospital atau klinik sangat-sangat berkurangan. 
- Sebelum EO, Rayyan berada di kelas paling bawah di sekolahnya selama 4 tahun. Slps penggunaan EO, Alhamdulillah perkembangannya membenarkan dia naik ke kelas yang lebih advance. 

Banyak lagilah. 

Contohnya untuk anak rakan saya dengan Autisme dan ADHD, lebih tenang dan ada better eye contact. Kurang mengamuk maka senanglah nak melakukan aktiviti seperti terapi carakerja contohnya. Anak CP yang ada stiffness, lembutlah sedikit apabila diurut dengan EO. Pendek kata, banyak lagilah.

Lagi pula, saya tidak memandang EO sebagai ubat yang menyembuhkan apabila saya bermula dulu. Sedangkan hospital juga tiada ubat untuk kondisi mereka ini (terapi, neuroplasticity, sila baca), takkan pula saya mahu menerima bulat2 dakwaan EO boleh menyembuhkan dan memulihkan. Itu terlalu overclaim. Kalau ada yg berjaya pulih 100% bertukar menjadi anak tipikal dengan penggunaan EO, tahniahlah. Untuk saya, sekadar satu sistem sokongan dan pemudahcara.

Macamana cara penggunaan? Sapu dan calit, diffuse menggunakan diffuser yang mana bauannya akan terhidu, urut dan lain-lain.



Dan yang paling penting, harus diingat, EO bukanlah minyak ajaib. Untuk anak-anak seperti mereka ini, penekanan kepada terapi haruslah tinggi, seiring dengan penggunaan EO. Ibaratnya, kita tackle bahagian physical, mental dan emosi, tapi jika tiada input pembelajaran diberikan, susah juga mereka mahu tahu sesuatu. Anak-anak tipikal kita juga perlu diajar untuk membaca contohnya, takkanlah kita harapkan kemahiran terbina pada anak-anak istimewa ini dengan hanya menyapu minyak pati ataupun EO? 

Dan satu lagi, apa-apa yang kita buat pun, perlu istiqamah.

Apa EO yang saya biasa guna? Banyakkkkk. Tapi on daily basis, Brain Power EO lah. Yang lain-lain seperti , Frankincense, Valor, Rutavala, Oregano, Idaho Blue Spruce, Release, Lavender, Juvacleanse, Orange, Motivation, Vetiver, Cedarwood, Cistus, Helichrysum, Peppermint dan lain-lain lagi. 

Okay, itu sahaja. Good luck to you and to me too, persistent parents!

Different but not less!! 

Share


Disclaimer : Maklumat yang terdapat di posting ini tidak bermaksud untuk merawat, memberi diagnosis, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Maklumat ini adalah berdasarkan pendapat dan pilihan saya menguruskan kesihatan sendiri dan keluarga, dan merupakan pengalaman saya sendiri sebagai Young Living Independent Distributor dan tidak melibatkan atau dipengaruhi sesiapa.

No comments: