A glimpse of Kerna Kasih Kita

Sunday, December 5, 2010

Ini bukan baby kita..

Semalam kami sempat melawat Auntie Lily yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya.. Bagaikan baru sahaja lagi kami meraikan detik perkahwinan Auntie Lily seperti di entri When he is no longer your fiance, namun kini Auntie Lily dan Uncle Fido sudah bertiga..
.
 Baby Ameena..
.
Kali pertama saya memangku Ameena, Rayyan Ariff marah.. Beberapa kali saya cuba menghalang tangan kecil Rayyan Ariff dari memukul kepala Ameena. Namun apabila saya memberikan bayi itu untuk dicium Rayyan Ariff, barulah dia tersengih-sengih..
.
Lebih mencuit hati, apabila saya berikan Baby Ameena kepada makcik-makcik yang datang menziarah, Rayyan Ariff marah, menangis dan menyuruh saya mengambil kembali bayi itu..
.
"Ian, baby is not ours.." Terang saya kepada Rayyan Ariff dan mengalih perhatiannya kepada sesuatu yang lain..
.
Comel. Hmm.. Kalau Rayyan Ariff punya adik dalam jangka waktu sekarang, pasti saya tidak menang tangan. Bukan senang mahu melindungi seorang anak sekecil Ameena dari tangan Rayyan Ariff yang beberapa kali rakus cuba memukul kepala dan mencucuk mata Ameena.. :P

15 comments:

  1. Salam Jiey,

    Mungkin Rayyan Ariff geram tengok baby kecil tu kot. Mesti cute bila dia tersengih2 dapat cium baby ameena. Sama denagn situasi saya bila anak buah hubby yang berusia 2 tahun pertama kali tengok Alisha yg baru berusia seminggu. Hampir dicucuknya mata anakku itu. Mujur hubby sempat menghalang.

    ReplyDelete
  2. mmg jiey..itu yg terjadi masa ainie baru2 dpt adik, tp skrg dah blh terima n dah pandai main dgn adik..rayyan pun mesti cam gitu gak nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. kakok ipar knur tunggu 4 thn lebih sblm buat keputusan nok try sore lg lps anok sulung dio pun ado prob. Meme satu cabaran besar lg utk Jiey & hubby kalu nok try dpt baby sore lg. Tapi ghano2 pun, ini semua ketentuan dr Allah jugok. Kito doakan hok terbaik.

    ReplyDelete
  4. ini semua entry macam nak tambah anak... saya nak baby jugakkkk! hehe

    ReplyDelete
  5. adalah rayyan nak adik.. supaya rayyan ade kawan... ;)

    ReplyDelete
  6. haa xrisau dah la kalau nk bg adik kt ian. mesti dia sayang adik dia :D

    ReplyDelete
  7. Tu tanda-tanda ian nak adik kot?hihihi..ian nak kawan yeh? :)
    dapat dibayangkan muka cute ian masa cium baby ameena..so sweet.

    ReplyDelete
  8. jiey

    i/allah smg ada rezeki sorang lagik peneman ian :)

    ReplyDelete
  9. jiey,mmg biasa bdk kalo tgk baby kecik.dia cuba nk main2 tp x kena gaya.sama mcm anak akak.sayang tp x kene gaya.hhehe..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. tu la cara diorg nk main dgn baby... bole dah tu jiey!

    ReplyDelete
  12. mommy nak adik please...maksud tersiratnya..

    ReplyDelete
  13. header baru santek. Dilema nak menambah anak mmg berat utk semua ibu anak satu kot Jiey. Kecuali belom sempat merancang tapi dah accident. Hehe.

    ReplyDelete