Wednesday, May 6, 2009

Tangisan yang dirindu..

Minggu ini, walaupun disertai dengan cuti hari buruh, kami tidak ke mana-mana. Hubby ada urusan kerja dan meninggalkan kami di rumah selama 3 hari 2 malam. Walau keretanya ditinggalkan, kami tidak ke mana-mana kerana 'keberanian' saya memandu..
.
Mungkin kerana terbiasa dengan hujung minggu yang dipenuhi aktiviti, Ian mula menunjukkan 'perangai' cantiknya kerana kebosanan. Banyak menangis. Dengan bibik pun tidak mahu. Asyik mahu berkepit dengan saya sahaja. Sudahnya, menonton TV juga sambil duduk di ribaan saya. Kata bibik, Ian sombong apabila ibunya ada di rumah.. :P
.
Mengenangkan perangainya itu, cukup menguji kesabaran. Disuapkan bubur nasinya juga menangis. Bukan hanya tangisan yang biasa, tapi raungan hingga naik merah mukanya. Sehingga tercekik, terbatuk-batuk seperti hendak muntah. Aduhh.. Sabar sahajalah.. Mungkin sahaja dia teringatkan ayahnya. Mungkin..
.
Kalau saya yang dulu, mungkin sekali saya akan memarahi dia dan meninggikan suara. Dan hati syaitan akan berkata, "Berbaloikah kamu bersusah-payah untuk anak yang sebegini?" Sungguh hebat bisikan syaitan kan? Tapi setelah saya 'bangkit', ini semua bukanlah sesuatu yang sukar. (Kalau diizinkan Kak Suealeen, mungkin saya boleh berkongsi kata-katanya yang cukup menyedarkan.. =P )
.
Sebetulnya, setiap perkara yang dilakukan oleh Ian, saya anggap itu sebagai rahmat. Biarlah kalau dia mahu menangis hingga hilang suara sekalipun. Itu menunjukkan dia tahu mengekspresi rasa jiwa. Satu perkembangan juga bukan? :P
.
Saya suka Rayyan yang menangis dan menolak-nolak kakinya setiap kali mainannya diambil sewaktu dia sedang enak bermain. Tangisan yang menunjukkan dia masih belum puas bermain. Saya suka Rayyan yang menangis apabila dia dikeluarkan dari tub bayinya sesudah mandi. Tangisan tanda protes dan menzahirkan bahawa dia masih belum puas bermain air. Semua ini perkembangan. =)
.
Percaya atau tidak, tangisan Rayyan amat berharga buat saya. Tangisan inilah yang amat saya rindui suatu waktu dahulu. Sewaktu saat pertama dia dilahirkan. Dan sewaktu dia masih di NICU juga.
.
Setiap kali saya melawatnya, dia sering sahaja berada di dalam lena yang dalam. Puas diusik, dia hanya membuka mata dan sejurus melihat wajah saya beberapa ketika, dia kembali ke dalam lenanya. Suara dan tangisannya bagaikan emas. Malah lebih mahal dari itu. Emas boleh sahaja di dapati di Habib Jewel, tapi tidak suaranya. Sungguh saya rindu!
.
Waktu itu, hanya ada rakaman dan foto-fotonya sahaja. Pernah sahaja saya terjaga dari tidur, saya cuba memeras otak untuk berfikir bagaimana rupa Rayyan. Saya gagal. Tiada bayangan wajahnya. Cepat-cepat telefon bimbit dan kamera digital saya capai. Wajahnya saya tatap bersungguh-sungguh. Bimbang terlupa lagi. Mungkin kerana terlalu bersungguh-sungguh mahu mengingati membuatkan saya terlupa.
.
Setelah lebih sebulan di NICU, pastinya segala urat-urat Ian yang sesuai sudah habis dicucuk bagi memasukkan drip dan alat-alatan lain. Jadinya, untuk pembedahan keempat, sudah tiada tempat yang boleh dicucuk lagi. Doktor mencuba beberapa kali tetapi gagal. Raungan Ian sungguh kuat sehinggalah dia diberikan pacifier untuk menenangkan. Akhirnya, selepas beberapa percubaan, urat di kaki kanan yang digunakan. Saat itu saya rakamkan, walau hanya dari kejauhan kerana doktor yang meminta saya menunggu di tempat yang agak jauh. Mungkin kerana takut saya tidak sampai hati.
.
Rakaman itulah yang saya tonton berulangkali di rumah. Rindu saya terubat dengan suara raungannya. "Sudah, sudahlah tu.. Jangan tengok lagi.. Kesian mommy dengar suara dia. Suara orang dalam kesakitan tu.." Tapi saya masih meneruskan. Kerana suara itulah yang saya nanti-nantikan.
.
Saya pernah tanyakan kepada jururawat-jururawat di NICU, "Rayyan tak menangis ke kak?" Kerana susah sekali saya mahu mendengar suaranya. "Eh menangis jer.. Tapi masa mama dia ada takde pulak dia nangis. Agaknya dia taknak mama dia risau lah tu.." Kata kakak-kakak di situ. Kata mereka juga, Rayyan biasanya menangis di waktu pagi. Terutamanya sebelum dimandikan.
.
Untuk sesi melawat seterusnya, saya tiba seawal jam 815 pagi kerana mahu mendengar suara Rayyan. Sewaktu memasuki ruang wad, saya terdengar satu suara yang nyaring. Itu suara Rayyan! Saya segera mempercepatkan langkah. Tapi mana mungkin saya bisa mengejar suara itu, sayakan ibu yang baru melahirkan.. Pastinya langkah saya agak terbatas. Setibanya saya di katil Ian yang terletak di hujung, tangisan itu sudah berhenti. Dia sudah kembali terlena..
.
Kasihan. Ada air mata yang masih tersisa di tepi mata kanannya. Dia tertidur setelah menangis tanpa ada yang memujuk. Sesudah tangan dicuci, saya angkat tubuhnya dan mendakapnya erat. Indah sungguh saat itu. Kata jururawat di situ, adakalanya, Ian akan menangis kerana mahukan perhatian. Setelah diangkat dan dipeluk, dia akan kembali diam. Tapi ada waktunya, permintaannya itu tidak mampu ditunaikan kerana kesibukan yang mengikat jururawat di situ. Saya mengerti. Kerana mereka punya ramai nyawa kecil yang mahu dijaga, bukan hanya Rayyan..
.

"Ma, besarnya menatang nih.. Lagi besar daripada Ian! Kagum la.."

"Hiyahhhh.. Pulas tangan dia!! Biasa nih dia nih!! Biar dia plak yang nangis!"

Itulah kisah saya dan tangisan bayi. Kalau tangisan itu yang saya kejar-kejar suatu masa dahulu, mengapa kini saya mahu menganggapnya sebagai beban. Tidak perlu tension hanya kerana anak menangis. Anggap sahaja ia sebagai irama terindah yang pernah kita dengar.. Lebih indah dari sebarang melodi ciptaan mana-mana pencipta lagu..

Sekarang ini juga, tentu sekali masih ada rasa geram apabila dia menangis. Terutamanya apabila mahu melakukan senaman dan fisioterapi kepadanya. Tapi dari memarahi anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu, lebih elok kalau dia 'dipujuk' dengan kata-kata sayang yang agak tegas.. :P

P/s - So kawan2, kalo anak nangis jangan stress yea.. Rahmat tuhan tu.. =)

Tuesday, May 5, 2009

Hari ulang tahun perkahwinan kami..

Sewaktu hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dahulu, tiada apa yang istimewa yang mampu kami lakukan. Banyak rancangan yang kami fikirkan pada awalnya, tapi satu pun tidak terlaksana kerana hubby dimasukkan ke wad akibat acute bronchitis. Berkampunglah kami di sana. Dan saya pada waktu itu, sedang sarat mengandungkan Rayyan.
.
7 bulan usia kandungan. Saat itu, kami sudah dimaklumkan terdapatnya kemungkinan saya perlu menjalankan pembedahan segera sekiranya keadaan bayi bisa membahayakan diri si ibu. Sepanjang hubby di wad, saya menumpang tidur di rumah teman-teman baik saya. Itulah akibat apabila takut memandu. Terpaksa menyusahkan orang lain.
.
Ibubapa mertua saya menawarkan saya untuk tinggal bersama-sama mereka. Tapi saya menolak. Tidak mahu menyusahkan mereka untuk berulang-alik dari Rawang ke KL setiap hari. Mereka pula tidak bisa meninggalkan rumah di Rawang kerana sesuatu hal.
.
Kebetulan, abah dan abang saya berkursus. Jadi mereka tidak dapat menemani. Adik lelaki saya pula sedang berhempas-pulas menghadapi peperiksaan akhir semester. Mujurlah ada teman-teman yang sudi membantu. Saya memilih utk tinggal sementara bersama mereka kerana jarak rumah mereka yang berdekatan dengan LRT.
.
Selama hampir seminggu hubby di hospital, setiap hari saya akan ke hospital untuk menemaninya. Ada juga hari yang saya tidak bisa bercuti. Jadi saya akan bergegas ke Pusrawi dari pejabat. Sangat perit kalau dikenangkan waktu itu. Dengan kandungan yang semakin membesar, emosi yang tidak stabil, perasaaan 'keseorangan' dan memikirkan hubby di wad, mudah sekali untuk saya menitiskan air mata.
.
Pernah, sewaktu di dalam teksi menuju ke Pusrawi, pemandu teksi tersebut bertanya, "Mahu buat pemeriksaan kandungan ke?" Tanpa dapat di kawal, segala-galanya terhambur keluar dari mulut saya, dari cerita hubby membawa kepada cerita baby dan juga, kesusahan saya hanya kerana takut untuk memandu.
.
Pemandu teksi itu betul2 tidak keruan melihat saya yang teresak-esak di kerusi belakang.. Serba salah wajahnya. Kalau diingatkan kembali, kelakar pun ada. Apabila saya ceritakan pada hubby, dia juga turut ketawa, "Nasib baik bukan Bob Teksi Tunai tu.. Kang tak pepasal isteri abang glamour sebab masuk astro sambil nangis2.."
.
Setiap malam juga, bersama teman-teman, saya akan pulang ke rumah saya sekejap bagi mengambil apa-apa barang keperluan saya atau barang yang di pesan oleh hubby.
.
Itu cerita setahun yang lalu. Dan saya benar-benar berterima-kasih kepada teman-teman yang menghulurkan pertolongan. Terngiang-ngiang di telinga saya apa yang teman saya, Fadia katakan sewaktu dia menjemput saya di Pusrawi pada jam 11 malam, selepas habis waktu melawat " Ko nangis yea tadi? Ko boleh la share dengan aku kalau ko rasa apa2.. Mati-mati aku ingat ko sedang berbahagia. Maklumlah.. Nak sambut Rayyan.. Aku betul2 tak tahu pasal baby ko smpi la Kak Aida bgtau tadi.."
.
Kala itu, di kalangan teman-teman, hanya segelintir sahaja yang mengetahui. Bukan saya tidak mahu bercerita. Tapi kerana saya tidak mahu Rayyan turut 'mendengar' perkhabaran bahawa dia tidak mungkin akan hidup lama. Tidak mahu dia 'mendengar' cerita bahawa dia akan terencat akal, buta, bisu, pekak dan tidak mampu bergerak. Saya tidak mahu Rayyan percaya dengan ramalan-ramalan itu dan seterusnya mengaku kalah sebelum berjuang.
.
Tapi itu semua cerita setahun yang lalu. Kali ini, lain pula ceritanya. Saya demam sehari sebelum hari ulang tahun kami. Dan masih demam pada keesokan harinya. Hari yang sama, Rayyan perlu di bawa ke SJMC untuk fisioterapi.
.
Hubby menyatakan kesanggupan untuk pergi seorang diri dan untuk saya memanfaatkan cuti sakit saya dengan betul2 berehat. Tapi memikirkan kerja hubby di pejabat yang menimbun, saya berkeras juga mahu membawa Rayyan ke SJMC. Lagi pun, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk belajar dan berbual dengan Ms. Sarjit.
.
Pada sesi kali ini, Ms. Sarjit menghadiahkan 4 ciuman buat Rayyan. Sebagai upah kerana dia sangat rajin dan sangat bekerjasama. Bersungguh-sungguh dia kali ini. Pada penghujung sesi, Rayyan mula menangis kerana mengantuk dan kami berhenti di situ.
.
Sewaktu baru tiba pun, Rayyan sudah mengantuk.. Tapi masih boleh bertahan lagi..
.
"Hi Rayyan, your head control is getting better haa.."
.
Since you like me that much, I'll give you a smile la Auntie Sarjit..
.
Saya manfaatkan sesi terapi ini dengan bertanyakan banyak soalan kepada Ms. Sarjit. "He doesnt has the charateristic of a cerebral palsied baby. He's just h***********c and is developmentally dealyed because of that. By looking at past cases, once they have reached certain stage, they can live a normal life. Rayyan should be able to walk and, thinking should also not be a problem because he's not mentally retarded. But how smart he's going to be, I cannot tell la.."
.
Banyak lagi yang kami bicarakan. Dan sesekali Dr. Tunku datang menjenguk. Sering dia memuji Rayyan kerana sikap friendly dan cooperative yang ditunjukkan. Rayyan pula, bagai tahu dia sedang dipuji, tidak habis-habis melemparkan senyuman. Dan saya pula, walaupun mendengar pelbagai harapan yang dinyatakan oleh Ms. Sarjit, hanya mampu tersenyum. Tiada daya lagi mahu menjawab.
.
Ia sudah sebahagian dari hidup kami semenjak setahun yang lalu. Harapan-kekecewaan-harapan lagi-kekecewaan lagi-harapan kembali. Segalanya berulang-ulang. Malas mahu difikirkan lagi. Saya hanya mahu melalui segalanya dengan rasa tenang. Tanpa perlu meletakkan apa-apa sasaran supaya tidak perlu kecewa lagi. Yang saya tahu, Rayyan is a fighter. And he'll fight this battle in his own way regardless what others are saying. =)
.
Dan saya juga tidak sabar menantikan sesi terapi seterusnya kerana pada sesi akan datang, saya bakal bertemu dengan seorang ibu yang cukup kental dan cekal. Dia bersungguh-sungguh berusaha untuk anaknya yang kini sudah berusia 3 tahun.
.
Dan ibunya seorang wanita yang cukup tabah dan tidak lokek ilmu. Dia gemar bertemu dan berbincang dengan ibu-ibu yang sama. Berkongsi ilmu dan berita. Semoga pertemuan kami nanti membawa banyak manfaat.. Aminnn..
.
Saya habiskan baki hari ulangtahun kami dengan berehat di rumah sahaja. Hubby hanya pulang pada jam 10malam kerana beban kerja di pejabat. Di tangannya, terdapat sejambak bunga.. "Abang suh flowerist tu antar smpi umah.. Tapi dia kata sesat tadi.. Spoil betul la.."
.
Hahhaha.. Kejutan yang tidak menjadi. Asalnya, dia mengajak saya keluar makan dan menonton wayang. Lagi pula, Rayyan sudah tidur.. Tapi keadaan kesihatan saya masih belum mengizinkan. Tentu sekali tidak selesa berada di dalam panggung wayang berpenyaman udara dengan hidung berair dan badan yang lenguh-lenguh. "Lain kali sahajalah bang.. Dating tidak semestinya pada hari ulangtahun sahaja.." Hubby hanya membalas dengan senyuman.
.
P/s - Agaknya, macam manalah hari ulang tahun perkahwinan yang ketiga? Mesti takde aksi romantik macam tahun2 sebelumnya jugak kan? :P

Monday, May 4, 2009

Thorn among the roses!!

Little romeo is back in action.. :P
.
Kami diundang ke majlis sambutan hari lahir Nabila dan Sarra. Puteri-puteri Ina dan Ita.. Comel sungguh wajah-wajah mulus yang dibaluti gown putih bersih ini.. Apabila bersama Sarra dan Nabila, anak bujang saya ini tidak lagi kelihatan putih kulitnya.. Hanya kuning langsat.. Hehhehe.. Takpe.. Janji macho kan Ian?
.
Inilah perjumpaan pertama mereka.. =)
.
Hmm.. Yang belah kiri ni boleh tahan kan Ma??
.
Yang belah kanan ni pun ok Ma.. Confuse lah!!
.
Sebaik sahaja hubby tiba di rumah pada petang ahad semalam, terus sahaja kami bergerak ke rumah nenek Nabila. Kasihan hubby, mengantuk benar dia.. Tidak tidur semalaman malam sebelumnya.. Tapi demi isteri dan anak, digagahkan juga mengharung kesesakan lalulintas di MRR2..
.
Di majlis Nabila dan Sarra, Ian tidak seperti kebiasaannya.. Kurang menyapa orang dan tidak banyak bercakap, namun senyumnya tetap ada. Pelik juga. Waktu pulang, masuk sahaja dalam kereta, terus terlena.. Rupa-rupanya anak mama mengantuk.. Sepanjang perjalanan, Ian tidur dengan lena sekali..
.
Kasihan putera mama, sampai ternganga mulut!

Maaf diatas pertemuan yang singkat ini yea.. InsyaAllah, kita pasti bertemu lagi di lain kesempatan.. Masih terbayang-bayang wajah Nabila dan Sarra.. Moga-moga dipermudahkan jalan buat kita semua.. Aminnnn

P/s - Nabila dan Sarra, lagi sekali, maaf yea hadiah tidak berbalut cantik.. =(

Sunday, May 3, 2009

Masih yang sama..

Maklum kami tidak akan kemana-mana pada musim cuti umum kali ini, saya membawa pulang sedikit kerja pejabat untuk disiapkan dirumah. Laporan yang sepatutnya dihantar 2 minggu yang lalu. Sudah siap, namun perlu sedikit pembetulan dan semakan semula.
.
Hari ini sudah hari ahad, menghampiri jam 3 petang. Sedikit pun belum saya sentuh kerja-kerja itu.. Hahhaha.. Saya masih orang yang sama! Yang membawa pulang kerja sekolah pada petang khamis dan hanya akan membuatnya pada hari sabtu malam kerana ahad paginya sekolah akan bermula. Yang membawa segala jenis buku hard cover setiap kali pulang cuti semester kerana mahu mengulangkaji. Namun sudahnya, semua buku-buku tidak tersentuh mahupun semester sudah hampir bermula. Bilalah tabiat ini akan berakhir?? :P
.
Ok. Tentang bintang hati pujaan ramai ini pula.. Hehhehe.. sekali lagi mama ini perasan! Semalam, saya duduk di hadapan TV sambil tangan memegang aiskrim mini conetto. Ian pula tidak berkelip memandang. Saya ambil sedikit ais krim itu dengan hujung jari telunjuk dan calitkan ke mulut Ian. Jangkaan saya, mukanya akan berkerut kesejukan. Salah sama sekali. Dia tersenyum kesukaan. Suka benar Ian dia. Tangan saya ditarik ke mulutnya lagi..
.
Saya berikan sedikit lagi kerana tidak mahu dia hampa. Waktu saya mahu mengelap kesan-kesan kotor yang ada pada sekita bibirnya, bersungguh-sungguh dia membuka mulut kerana menyangkakan saya mahu menyuapnya lagi.. Cukuplah Ian.. Aiskrim bukan sesuatu yang sesuai untuk kamu.. Dan tidak sesuai untuk mama juga..
.
Sekarang saya tahu apakah makanan kegemaran Ian.. :P
.
Sewaktu Ian sedang enak tidur terlentang semalam, saya betulkan posisi tidurnya supaya mengereng. Agaknya dia mengigau, atau mungkin dia rasa saya mahu dia berlatih meniarap lagi, terus dia pusing ke posisi meniarap.. :P
.

Ok apa tidur meniarap. Elok untuk otak..:P

Penyek pipi. Penyek mulut.. :P

Dulu masa di NICU, ada sekeping gambar Ian yang sedang tidur meniarap. Saya tunjukkan kepada teman2.. Dan adalah 'mulut' yang berbicara, "Kenapa mulut anak Jiey pelik semacam aku tengok.." Hahhaha.. Lawak betul manusia ni kan.. Kalau begitu posisi tidurnya, takkanlah mulutnya tidak menunjukkan kesan. Alhamdulillah.. Mulut Ian baik-baik sahaja.. Cantik. Tiada yang kurang..

Posisi tidur kegemaran..
.

Ok. Sekian update di petang ahad. Mahu menyambung laporan yang perlu dihantar pagi2 esok.. :P
.
P/s - "Ayah, cepatlah balik.. Nak gi birthday party Nabila and Sarra.." -Ian..

Saturday, May 2, 2009

Vitamins for my baby..

Hari ini, hanyalah satu hari cuti umum yang biasa. Paginya, kami bersarapan diluar dan terus ke Carrefour untuk membeli barangan dapur. Tengaharinya, kami ke Manjaku pula. Mahu mencari hadiah buat anak-anak teman saya dan hubby. Ramai pula yang menyambut hari lahir pada bulan ini. Lebih baik kalau kami beli segalanya sekaligus.
.
Minggu ini, kami tidak kemana-manalah nampak gayanya. Hubby ada urusan kerja. Yang tinggal dirumah hanyalah saya, Ian dan bibik. Mungkin petang ahad nanti baru hubby pulang. Oleh kerana kami tidak kemana-mana, saya manfaatkan masa dengan melakukan senaman untuk Ian. Hari ini, Ian mampu duduk untuk jangkamasa yang lebih lama. 57 saat. Itu sudah menghampiri 1 minit. Tahniah Ian! =)
.
Kalau saya tidak bekerja seperti hari ini, hati pastinya terasa lebih lega.. Saya sendiri yang akan memastikan Ian mengambil semua vitamin dan ubatnya. Tidaklah hanya mengharap kepada bibik semata-mata. Kebiasaannya, sebelum meninggalkan rumah untuk ke pejabat, saya akan menyiapkan sukatan ubat dan vitamin untuk Ian dan memasukkannya ke dalam botol susu. Bibik hanya perlu membancuh susu di dalam botol itu dan memberikannya kepada Ian apabila dia bangun nanti..
.
Malam pula, saya sendiri yang akan menyuapkan segalanya untuk Ian. Sekadar berkongsi, inilah ubat dan vitamin-vitamin yang diambil oleh Ian. Walaupun tidak dapat menandingi susu ibu, tapi sekurang-kurangnya saya mencuba.
.
Yang berwarna merah itu, Epilim Syrup. Seterusnya Appeton Multivitamin Plus Infant Drops, Valens Enersos MCT Oil, NeuroGain dan Nootropil Piracetam.
.
Epilim Syrup adalah untuk seizures Ian. Diambil dua kali sehari, pagi dan malam. Appeton pula diambil sekali sehari pada waktu pagi. It contains vitamin A, D3, E, B1, B2, B6, B12, C, nicotinamide and fortified with taurine and lysine. Vitamin B1, B2 dan B6perlu untuk proses metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Vitamin A dan D3 pula larut lemak bagi mengekalkan tahap kalsium dan cecair badan.
.
Vitamin B12 pula perlu untuk pembentukan sel dan Vitamin E bagi memastikan sel berfungsi dengan sempurna. Nicotinamid untuk kulit dan sistem saraf manakala taurin dan lysin bagi membantu pertumbuhan yang sihat. Sebagai bayi yang dilahirkan pramatang, Ian mengambil Appeton sedari dia masih di NICU dan kami meneruskannya hingga kini.
.
Valens Enersos MCT Oil pula perlu diambil 6 kali sehari. Ia memberikan kalori tambahan untuk membantu tumbesaran dan meningkatkan berat badan. Medium-chain triglycerides (MCT) mengandungi lemak yang hampir sama yang terdapat di dalam susu ibu. When it is metabolised in the body, it behaves rather more like a carbohydrate than a fat.
.
MCT's are more easily and rapidly digested than other types of fats. Sumber lemak yang sihat, adalah kritikal bagi pertumbuhan otak dan sumber tenaga yang penting.
.
NeuroGain pula, saya ambil sewaktu Ian masih lagi di dalam kandungan. "I don't know how it's going to help your baby, but there's no harm of trying.." Memang ia tidak membantu Ian ketika itu, Kerana yang dia perlukan adalah pembedahan.. Hehhehe.. Kini, Ian pula yang mengambil NeuroGain sekali sehari. NeuroGain diperbuat daripada minyak ikan yang mengandungi DHA, EPA, AA, OA dan natural tocopherol. Ia cukup bagus untuk pertumbuhan sel otak dan mencerdaskan minda.
.
Akhir sekali, Nootropil Piracetam, dua kali sehari. Juga untuk kebaikan otak. Boleh baca di sini --> nootropics have so-many beneficial affects on mental and memory capabilities, that they have come to be known as smart-drugs. One of the primary differences between nootropics and other memory enhancers is that nootropics have a beneficial effect upon the brain's Corpus Callosum. This area of the brain joins the two hemispheres, it links the logical side with creative side, hence ying and yang. This may be the major reason why creative individuals and brain workers find they can accomplish much more, when they are supplementing with nootropics. http://www.biogenesis.co.za/pi-piracetam.asp
.

Inilah bekalan ubat dan vitamin Ian utnuk tempoh tiga bulan.. Boleh buka kedai kan? :P

Ini pula baby slim and tall yang terpaksa menelan segala vitamin-vitamin dan ubat hanya kerana mahu pulih.. :P

Alhamdulillah, setap kali ujian imbasan dilakukan, keputusannya menunjukkan berlakunya pertumbuhan sel otak. Dulu, Dr. Yong pernah menyatakan kerisauannya kerana saiz kepala Ian agak kecil dari usianya. Ia adalah tanda-tanda bahawa tidak berlaku pertumbuhan sel otak.

Kami hanya tersenyum. Kerana kami terlebih dahulu dimaklumkan oleh Dr. Wong tentang hasil keputusan ujian imbasan. Lagi pula, kepala Ian leper dan panjang kesan dari tidur terlentang. Tentu sekali ukurlilitnya tidak tepat. Terkini, ukurlilit kepala Ian sudah berada pada graf yang sepatutnya.

Tentang bentuk kepala Ian, dari dulu hingga sekarang, kami alas kepala Ian dengan bantal yang berlubang di tengah. Tapi tidak tahulah mengapa ia tidak menjadi untuk Ian. Kasihan Ian. Tapi sekarang tidaklah seleper dahulu. Sewaktu dia masih belum meniarap. Sekarang, kalau kami tidurkan dia di dalam posisi meniarap, dia pasti akan berpusing juga.. Hmm.. Sudah kehabisan cara.. =)

P/s - Maklumat di atas adalah dari apa yang dimaklumkan oleh doktor-doktor yang merawat Ian, dan juga hasil pembacaan saya. Jam sudah menghampiri pukul 2 pagi.. Mata pun dah berat.. Kepada Doctors-to-be yang membaca entri ini (FatnulHani & ladYbirD), harap diperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan fakta.. ;P

Friday, May 1, 2009

Tagged by puterikurekure

Sekali lagi, saya tahu saya banyak hutang tag. Thanks for including me in the tagging games.. Really appreciate it. InsyaAllah, ada masa nanti saya buat yea.. Actually, byk benda yang saya nak citer.. Time untuk blogging plak limited, so that's why entry saya lebih berkisar kepada kisah seharian berbanding menyelesaikan hutang tag. InsyaAllah, cuti 3 hari ni, saya cuba untuk selesai hutang tag dan award yang dah lapuk tu yea..
.
Memandangkan masih di dalam mood anniversary, saya selesaikan hutang tag dari mommy-to-be; puterikurekure dulu yea.
.
Kenangan Ikatan Cinta
.
Firstly, upload gambar kahwin yang paling korang gemari
.

1. Nyatakan 4 sebab mengapa korang suka gambar di atas

i) Mmm.. nampak sweet la kot.. Ala-ala malu2..

ii) Sebab warna baju ni cantik.. Sesuai ngan kitorang..

iii) Gambar ni jer yang saya rasa senyum saya tak over.

iv) Gambar ni muka kami nampak clear.. Zoom la katakan..

2. Bila tarikh pernikahan korang dan di mana?

Majlis akad nikah berlangsung di rumah my parents pada tanggal 30hb April tahun 2007. Dari awal lagi abah minta buat majlis pernikahan di rumah. Saya sendiri pun prefer di rumah berbanding masjid. Tak tahu kenapa.

3. Tema.

Untuk majlis akad nikah, merah jambu. Kenapa merah jambu? Mungkin kerana inginkan kelainan. Lagipun, hubby tidak sukakan warna merah jambu jadi saya ambil kesempatan ini untuk 'mengenakan' dia. Dan saya pula, perasan diri ini looks good in pink. Jadi saya berkeras memilih merah jambu. Yang pasti pada saya, that day, he looked gorgeous in his pink baju melayu..

Untuk majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan, warna ungu. Dari pelamin hinggalah ke doorgift. Seisi keluarga turut ber 'ungu'. Kami hanya menukar 4 persalinan. Itu pun sudah penat yang teramat. Bermula dengan songket ungu, diikuti lace ungu, terus kepada lace biru, dan akhir sekali, songket cream.

Set bilik pengantin pula, kami memilih campuran warna krim dan emas. Kalau asyik ungu sahaja, mesti agak bosan kan? Lagi pula, krim boleh disesuaikan dengan banyak warna kan? :P


Untuk kenduri menyambut menantu di sebelah hubby, kami memilih warna peach dan orange.

4. Mengapa kamu memilh si dia untuk menjadi teman hidup?

Love isn't a decision. It's a feeling. If we could decide who we loved, it would be simpler, but much less magical. Trey Parker & Matt Stone; South Park, Chef Aid, 1998

Enough said. Refer to this entry. Things are still the same.. (Ni entry masa muda2 dulu. Masa tengah poyo2 and tension dengan kerja..)

5. Nyatakan harapan korang dengan ikatan perkahwinan ini

And again, refer to that entry..

P/s - Dah ngantuk. Penatnye wat tag. Huhuhu.. Hutang byk lagi nih.. :P