Sunday, January 31, 2010

~@Saya tak suka PMS!!!@~

Serius! PMS buat saya jadi orang lain!
PMS buat emosi saya turun naik bagai takde hari esok..
Bila jiwa kurang stabil, yang jadi mangsa ialah En.Hubby!
.
*Gile saiko aku neh*
.
Benda kecik boleh jadik besar..
Benda besar lagilah, boleh meletop-letop..
.
Contoh paling kurang cerdik ialah pagi tadi..
Saya cakap kat Dia, "Bang dah lama kita tak makan nasi lemak Man Pis kan?
Pastu dia tanya balik, "Nape? Adik nak ke?"
Dalam hati terus membengkak!
"Kalo taknak, takdelah saya mentioned!!" Jerit hati kuat-kuat!
.
"Takdelah.. Saje sebut" Mulut menjawab walaupun saiz hati dah makin mengecik..
**Kalau la awak bleh baca hati saya time tu**
.
Pastu adegan meroyan dah mula kick in
Hanya sebab sebungkus nasik lemak ayam,
rajuk hati di bawak smpi ke ptg..
siap ungkit2 kata laki tak dah sayang lagi dah..
[Mentang-mentang aku dah tak cantik cam dolu2 kala] **Ni setan yang bisikkan
.
Puas la En.Hubby susun ayat mintak mahap..
"Laki mana yang tak sayang anak bini.. Cuba bagitau abang?"
Tanya dia lagi..
.
Hati saya dah makin lembut..
Air mata syahdu pun dah kering..
.
Ini part syahdu syahdan..
Belum lagi bab marah2..
En.Hubby jugak yang jadik mangsa..
Seb baik la PMS ni sebulan sekali..
Kalo hari2, pecah hati orang tua tuh..
.
Korang jangan la terperanjat kalo tgh drive, tetiba tgk kete sebelah
Ada driver pompuan tgh nangis
Tu pompuan tu tgh sesat la tuh..
Sebabkan PMS punya pasal..
Mudah je nangis meraung dlm kete bagai..
*Mau tak sakit ati, dr Bulatan Pahang nak gi Mont Kiara bleh terbabas smpi Loke Yew.. Tgh2 jam plak tu*
**Gile tak pro pompuan neh bwk kete**
.
Tadi terjumpe CD gamba2 lama.. Gamba masa pki baju saiz S & jeans saiz 28.. :P
.
Sesape yang baca entri neh & penah ngayat pompuan neh,
mesti dok tadah tangan syukur coz tak kawen ngan pompuan neh..
udah la badan bagai di pam2..
saiko plak tuh..

P/s - Saiko sebulan sekali takpe.. Sebab hari2 yang balance tuh, memang pompuan neh baik ati.. Takcaya, tanya bibik! *Bik, baik ckp yea.. Kang ujung tahun tak dpt bonus* Muahahhahha
.
P/s (2) - Wak, saya mintak mahap dari ujung rambut sampai ujung kaki ekk..

Friday, January 29, 2010

Tahun ini..

Berperang dengan waktu. Mencari kelapangan untuk berblogging namun seringnya saya tewas.. Serius, badan penat berlari ke sana sini..
.
Rayyan Ariff selsema dan batuk. Tidak tahu yang mana satu puncanya, mungkin kerana aktiviti berenang, atau mungkin juga kerana malam sebelumnya kami pulang lewat malam kerana sesuatu urusan. Atau kerana tidur tanpa mematikan penghawa dingin hingga ke pagi. Entahlah. Nasib baik ada bibik yang setia menjaganya sewaktu saya sibuk berkejar ke sana ke mari.
.Masih mampu tersenyum.. Kerana saya budak senyum! =)

Kami bertemu dua doktor yang berbeza, namun keduanya menyatakan perkara yang sama, secara kebetulan.. "Oh, tahun ini boleh berjalanlah ni.. Sudah pandai mengatur langkah.."

Kami? Tidak mahu lagi meletakkan sebarang sasaran untuk anak ini. Tiada tekanan. Terokailah hidup ini semahu mu anak.. Dengan caramu yang tersendiri.. Kerana segala yang ada mengenai kamu, adalah rahmat buat kami.. Alhamdulillah..


Wednesday, January 27, 2010

~Ini entri menunjuk-nunjuk. Sila baca yea~

Korang ada tak gadget riban2 letak main2 jer kat telinga anak?
.
Kami ada! Ni haa...
.
Ape barang kalo stakat pakaikan anak baju yang branded2.. Cuba try pkikan menda alah ni..
Hehhehe..
.
Ok. Serius jap.
*
*
Memang tak sanggup tengok bila Rayyan Ariff meronta-ronta ketidakselesaan dengan air mata yang berjurai-jurai..
Tak sanggup..
Tapi hati harus keras untuk masa depan dia..
*sigh*
.
Semalam selesai fitting, hingga ke hari ini Rayyan Ariff tergaru-garu telinga..
Tak selesa lah tu..
.
Alat ini hanya akan kami pakaikan apabila selesai satu lagi ujian pada minggu hadapan..
His hearing is improving. Kalau salah setting, boleh mengakibatkan hearing loss..
.
~@extra careful@~
.
Sebelum berhenti,

Cuba korang carik magazine Perempuan yang ada cover Maya Karin & Aaron Aziz kat depan..
Pastu sila belek page 64..
Ada gamba kawen me & hubby..
.
Muka saya tak nampak, cuma muka hubby sahaja yang jelas.. *Chett*
.
Kata teman adik saya : Eh, ni abg ipar ko? Yang ni sape?
Kata adik saya : Kakak aku la tu..
Kata teman adik saya lagi : Ko biar betul?? Tipu lah! Rampingnya!
Kata adik saya pula : Dulu memanglah kurus..
.
Saya mahu menunjuk-nunjuk lagi:
Badan saya adalah boleh lentur.. Kejap gemuk, kejap kurus, kejap gemuk, kejap kurus, lama gemuk, tak kurus2 lagi..
Hebat kan?
:P
Sekian.
.

P/s - Aly, jaga2 wehh.. Kang Ely masukkan gamba ko plak dalam magazine dengan tag *Gambar hiasan* :P

Tuesday, January 26, 2010

Of reading and cupcakes!

Entri 2 minit! Yup, it will be a short one!! Going for physiotherapy after this and later in the afternoon, nk gi pick up hearing aid.. *cuak*
.
Ian loves to 'read'.. *Bukan baca pun, sebuk nak selak from one page to another*. When we give him his book, he'll start to read by making a sound.. *lebih kurang cam nyanyi la.. Uuuu.. Uuuu*



Tengok betapa manja anak saya, once he realized mama is not sitting next to him, terus nak nangis! *Sila abaikan suara bibik yg jadik background tu.. Excited bercerita pasal bf*
.Owh, ini adalah iklan.. Pinut cuppies by mak pinut mmg best! Liverpool for ayah, babies for Rayyan Ariff.. Confirm tempah utk befday Ian!
=)
*sila click gamba utk link*

P/s - Sekian entri cacamerba!

Sunday, January 24, 2010

One tough cookie he is, and tougher he will be!!

We were at Taman Tasik Shah Alam earlier today, attending MBP First Anniversary Gathering. It was fun and I got to meet lots of bloggermommies in my bloglist. Too bad that I didnt bring my camera and too lazy to snap photos using my handphone.. I rather spent all those hours with eating and chit chatting with the mommies actually. :P
.
Nice meeting you guys!!
.
Feels like I've known them for years because there are such a bunch of friendly peoples .. And I really hope there will be more gath in the near future..
.
*~@sedang tunggu the mommies update blog coz nak cilok gambar.. :P~@*
.
One of the committee member was asking about Rayyan Ariff.. It's definitely because she has never come across this blog, let alone to read it.. **Maklumlah blog ini adalah tidak seberapa glemer**. One of her question that I remember the most is, "Nanti Rayyan boleh jalan ke?"
.
She's not the first one to ask that question. And I know for sure that she wont be the last one!.. =)
.
Honestly, I don't have the answer. But this is what I've gathered from the therapists and the doctors that have assessed him, they kept on telling me that;
.
"I'm very sure that he will walk! Once he can sit, the chances of him walking is high.. Because the balance is there and of course, human body works from upper to lower. First the head control, then the back which leads to creep and crawl, the sitting and last but not least, the walking. But don ask me when it will happen because I dont have the answer."
.
Having to have this idea, sometimes, it does make me wonder, what if it takes 3 or 4 years for Ian to walk? Or maybe longer than that since his muscle is still on the lower tone..
.
Well, we just have to walk through the pathway that has been set for us right? What more can we say other than to be thankful for what we have.. =)
.
My answer was that, "He will walk, and we're getting there.. But it's a hard work for sure.." With a smile..
.
Yes, it's a challenge for all of us. To make Rayyan Ariff put his feet down was surely a tough one. But later, we managed to make him bear his own weight. Then, we got him to stand against the wall by himself. And the next challenge is, to make him take step..
.
Owh it was not an easy one either.. He refused to lift up his feet because he needs both legs to balance himself. He needs both legs to support his body.. He also don't know how to hold his upper body straight..
.
And the biggest part of being a brain injured child is that, he doesn't has the idea of walking. He doesn't know that he needs to lift up his legs alternately to move from one place to another. When we made him walk, there were times where he just lift up both legs at one time which left him hanging in our hands..
.
But slowly and steadily, we're getting there..
.
And tonight, he took his steps more than he had ever did before. And most of the time, as expected, he walked towards the fan! =P

Sila ignore mama gemuk rambut pendek yang excited itu.. :P And sila focus pada Ian.. Look at how he changed his direction.. =)
.
At first, I was holding him under his armpit which gave him more support. Later, I held only his hands which gives him less support but amazingly, he can support his body by himself! =)
.
Since hubby was not interested to record it, I passed Ian to bibik and captured the moment by myself. But unfortunately, Rayyan Ariff was not cooperative with bibik. Malas kott.. Or maybe he just prefers mama more than anyone else.. :P
.

Still shaky.. That's why we need to focus more on the balancing!
.
So aunties and uncles, InsyaAllah, I will walk.. Dont ask me when because I also dont know.. But I know, both of my parents are going to be there for me.. They will walk with me until I no longer need their help.. That's their promise.. =) ~Rayyan Ian Ariff~
.*mulut comot makan nasik*
.
P/s - Owh, saya tidak marah atau terasa hati.. Sudah terbiasa dengan soalan sebegini.. Lagipun, menjadi lumrah untuk kita bertanya pada sesuatu yang luar biasa.. Takkan la nak tanya "Nape anak awak ensem eh??" Tak menarik kan? So might as well tanya, "Kenapa anak awak lain?" =)
.
~Mode : Masih teruja dengan pencapaian Ian~ :P
.
Menjadi obligasi untuk saya berkongsi tentang pencapaian Ian di sini, secepat mungkin.. Kerana sebagaimana teman2 seringnya berdoa untuk kesejahteraan Ian dan memberi kata-kata semangat di kala kami 'sakit' dan 'jatuh', maka harusnya kami khabar gembira ini diberitakan kepada teman2..
.
Terima kasih.. =)

Friday, January 22, 2010

Hari ini bersama buah hati pengarang jantung! =)

Owh.. Hari ini hari cuti bg kami.. Hanya berehat-rehat dan bermalas-malasan.. Seronok! =)


 
 
Happy kan putera saya? :P
*
*
*
Selamat berhujung minggu buat semua..
Kepada yang akan ke MBP gath, jumpa di sanaaaaa...
=)