Friday, July 8, 2011

Killing 2 birds with 1 stone?? ~Abang n Adik~

Alang2, ambik terus cuti 1 hari.. :-)
.
First, gi check up Baby RA. Alhamdulillah, everything is fine and just the way it is supposed to be. At 21 weeks and 2 days gestation, adik is already 440gm.. Yup, she is on the bigger side.. :-)
.
So far, I've gained 800gm! I guess it's acceptable since Adik is already taking half of the weight gained.. (Not including placenta and amniotic fluid..) I guess controlling what we ate really works! *Big smile*
.
Next, Abang Rayyan Ariff.. He's doing OK as usual.. But we need to do more things to help him develop at a better rate.. InsyaAllah, we'll increase the amount of effort to be put on him.. :-)
.
*Oh, mama kena buat homework on Rayyan Ariff's development and progress untuk doctors' conference* It's a recognition lah tu kan.. :-)
.
Overall, it's a good and tiring day at the same time.. Nak take a short nap lah.. Have a nice weekend all!! :-)
.
Adik RA first ever romper suit.. And it's purple! *Mode angau* =)

Wednesday, July 6, 2011

Rindu..

Rindu betul dengan budak kecik ni~
.
I'm so in love and addicted to this little boy!! Owh I just love him more each day.. He woke me up at 5am today with his sweet smile.. The usual sweet smile that never fails to melt my heart.. Then he continued to play on his own and let me went back to sleep.. :-)
.
He's such an angel kan?
.
Macam mana la Mama nak tinggal kamu sampai 6 hari untuk oustation duhai anak? *Hope I'll find ways to bring you along*.. =(
.
Semalam bawak tuan kecik ni gi McD, seronok tengok dia beria makan fries dengan jari kecik dia tu.. Super comel. Makan sundae chocolate pun beria sampai comot-comot muka.. Tapi paling comel, bab makan vitamin C la.. Since dah pandai ambik chewable tablet, tiap2 hari dok tunggu yang tu.. Kadang2 mintak sendiri sambil tangan tunjuk botol.. Bila kita bagi, comel jer dia ambik masuk mulut.. *Angau dengan anak sendiri*
.
=)
=)

Tuesday, July 5, 2011

Redup pandangannya yang menyulam keinginan..

Unit kediamannya menghadap ke arah kolam renang yang kelihatan biru dan jernih dari kejauhan.. Di arah yang sama, jelas kelihatan taman permainan mini yang dilengkapi buai, papan gelongsor dan beberapa permainan lain..
.
Setiap pagi dan petang, kolam renang yang kebiruan itu tidak pernah sunyi dikunjungi anak-anak kecil dan orang-orang dewasa.. Mereka kelihatan riang dengan gelak tawa yang memenuhi ruang udara, dengan senyuman yang memenuhi wajah..
.
Di satu sudut balkoni rumahnya, dia hanya mampu memandang ke arah keriangan itu.. Mencuri pandang melalui tiang-tiang besi berwarna putih balkoni, sambil tangannya tidak lepas menggenggam besi-besi tersebut.. 
.
Tiada siapa yang dapat menebak apa yang ada difikirannya.. Tiada siapa yang dapat mentafsir jauh pandangannya.. Dan dia sendiri tidak mampu meluahkan rasa yang tergumpal di hati dan mindanya..
.
Mungkin, dia sedang berkira-kira untuk menyertai keriangan itu seandainya dia mampu berjalan sendiri..
Mungkin, dia sedang berkira-kira mahu turut berenang-renang seandainya dia mampu meminta agar di bawa ke sana..
Namun dia tidak mampu, dia anak OKU yang lahir penuh kekurangan..
Dia tidak bisa untuk meminta apa lagi menzahir keinginan di hati.. 
Kerana dia anak OKU..
Hanya berharap pada simpati mereka yang mengerti..
Terutama ibunya..
Namun banyak waktu, bukan ibunya yang menjaganya.. 
Bukan ibunya yang berada disampingnya saban detik..
Terabaikah dia? Mungkin..
.
 Dia dan pandangannya~
.
Kamu, kasih ini terlalu tinggi untuk diucap.. Cinta ini terlalu agung untuk diungkap.. Maaf andai tidak selalunya keinginanmu dapat dipenuhi.. Maaf. Maaf kerana melepaskan dirimu di bawah jagaan orang asing..
.
Seribu kekesalan.
Sejuta kemaafan.

Monday, July 4, 2011

Bukti saya perlukan Wireless modem & meja laptop!!

Ini adalah bukti terbesar bahawa Mama perlukan wireless modem baru bagi menggantikan yang telah rosak, dan sebuah meja laptop!! Dah takleh pinjam meja tuan kecik dah, bahayaaaa!!
.
Maybe he wants to handle his own FB account.. Owh, how time flies, he's growing~
.
Ini muka budak tak tahu takut yea.. Sementelah Mama tak berapa nak marah even tho dh dua bijik huruf kat keyboard tu tercabut..
.
Kena arrange budget baik-baik ni, cam sejuta benda nak beli.. *sigh*

Saturday, July 2, 2011

Anugerah untuk ketabahan???

Kalau ada, anugerah untuk sebuah ketabahan, pasti saya mahu berikan piala tersebut untuk anak-anak seperti Rayyan Ariff.. Tubuh kecil yang tidak henti melawan dugaan.. :-)
.
Hari ini, Rayyan Ariff meninggalkan rumah sewaktu jam menunjukkan ke angka 11.15am.. 
- Menghadiri sesi terapi pertuturan..
- Makan tengahari di Rasamas Carrefour Subang
- Kembali ke SDMC, mandi dan bertukar lampin serta pakaian di tandas hospital..
- Tidur seketika di sofa lobi bangunan lama SDMC sementara menantikan sesi fisioterapi..
- Menjalani sesi fisioterapi dengan senyuman dan gelak tawa walaupun dikejutkan dari lena yang tidak lama..
- Hanya tiba di rumah tatkala jam mencecah ke angka 6.00pm
.
 Wajah mengantuk sebelum terlena.. :-)
.
 Bertemankan kipas dan handphone Mama.. :-)
.
Patuh apabila diminta senyum pada kamera handphone ayah.. :-)
.
Seperti seringnya, Mama dan Ayah mendoakan agar penat lelah kita ini akan berbayar suatu masa nanti.. Aminnn.. InsyaAllah, suatu masa nanti Rayyan Ariff pasti bisa bertutur dengan baik dan berjalan sendiri yea nak..
.
Oh Ian, hari ni kamu buat mama bangga lagi bila Ms Tey kata ntah-sistem-apa-pada-pemikiran-kamu berada pada tahap ketiga, iaitu untuk anak seusia 2-3tahun.. Nak, you are 3! Which means that you are not that delay.. We'll work harder ok.. :-)
.
Dan mama selalu bagitau adik RA, rutin sabtu yang sibuk adalah sesuatu yang kita tidak dapat lari.. Semoga Adik RA memahami dan kuat seperti Mama dan Ayah untuk tolong Abang Rayyan Ariff yea nak..

Friday, July 1, 2011

Busy~ Buah zuriat dan Rezeki..

Yup, that's so cliche ~referring to the title~
.
Sedang  bertungkus-lumus menyiapkan slides untuk presentation next Monday ~Sebelum ni nak present kat mana2 event  memang bercintalahhh.. Kata gemuk kan.. *Abang.. Abang.. Abang malu.. Kome tengok abang* sekarang tak segan-segan lagi sebab bukan gemuk, pregnant.. Kehkehkeh~
.
Dari hari selasa, ada course n back to back meeting sampai la hari ni.. *Owh, hari ni meeting sampai 6.30pm.. Memang itu biasa, tapi hari ni jadi tak berapa nak biasa sebab mokcik puasa!! ~Haaa.. Semputttt~
.
Esok Saturday, *owhh boleh mengulit anak manja cinta hati kesayangan jiwa.* =)
.
Err kawan-kawan, sorry kalau banyak email yang masih belum reply.. *Rujuk kepada title* Kita kira jawab sekali harung kat sini..  Buah Zuriat tu dah habis. Very limited.. Sorry yea..
.
Dan untuk perihal buah Zuriat dan cara-cara nak makan buah tu, ini saya dapat daripada google:
- Dikatakan berkhasiat untuk mereka yang ingin mendapat zuriat
- Boleh didapati di Mekah dan Madinah. Ada yang panggil buah Hawa..  *Boleh kirim kepada sesiapa yang nak gi*
- Ada yang mentioned buah ni daripada pokok Koka yang digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh. *Sejauh mana kebenaran, Wallahua'lam*
- Cara makan: *banyak school of thoughts yea*.. Pecahkan tempurung buah zuriat sampai jadi nampak cam isi kelapa (jangan smpi isi bersepah, semua kena guna), letak dalam periuk pastu rebus.. Amal la minum air tu sambil selawat, istighfar dan niat nak dapat zuriat..
- Ulang rebus & minum sampai hilang zat buah (sampai dah tawar la agaknya)..
- Seelok-eloknya, rebus sepasang (2 biji buah zuriat).. Minum share ngan husband skali yea.. :-)

Sekian.

Rezeki di hari Jumaat?
Surat yang ditunggu-tunggu.. :-)
.
Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak.. :-)