A glimpse of Kerna Kasih Kita

Wednesday, January 6, 2010

Tentang sempurna seorang wanita..

Kata seorang teman, Alhamdulillah hidupmu sudah sempurna sebagai seorang wanita.. Kerana menjadi isteri dan menjadi ibu adalah impian semua wanita.. Katanya lagi, anak merupakan satu kelahiran yang menyempurnakan kitaran hidup seorang wanita.. Katanya..
.
The one who made me a mother:
Dan dia berkata-kata lagi, tiada ketidaksempurnaan pada jiwa kecil ini apabila hadirnya memberikan kesempurnaan pada takrifmu sebagai wanita..
.
Dia terus meluahkan rasa yang berbaur dihati.. Apabila perkahwinan selama sebelas tahun masih belum dikurniakan zuriat sebagai penyeri. Lebih menyakitkan apabila dikhabarkan dia tidakkan mungkin dapat melahirkan benih cinta untuk suaminya kerana penyakit kronik yang dihidapinya.. Penyakit yang membuatkan dia bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dan membataskan segala pergerakannya.. Musnahlah segala harapan.. Terpadamlah segala impian, katanya juga..
.
Hingga satu saat, dia menyifatkan ini sebagai pembalasan tuhan kepadanya.. Kerana dia punya adik beradik seramai 13 orang. Sebagai anak perempuan sulung, tergalas dibahunya beban membantu ibunya menguruskan adik-adik dan keperluan rumah.. Menyebabkan dia sering merungut setiap kali ibunya hamil lagi.. Dan kini, dia nyatakan segala kekesalan di atas kata-katanya yang lalu.. Sungguh kesal, katanya.
.
Dan kala itu, saya hilang punca dan tiada kata-kata untuk menenangkannya.
.
Kawan, aku tidak sesekali melihat ini sebagai pembalasan tuhan kepada dirimu.. Kerana suatu waktu dahulu, kamu hanyalah seorang gadis sunti yang inginkan kebebasan dan inginkan ruang untuk diri sendiri. Lalu kamu melihat tugasan itu sebagai bebanan dan melepaskan keluhan yang bukannya sesuatu yang benar-benar kamu maksudkan. Dan tika itu, kamu juga masih jauh dalam menjejak kematangan. Kerna itulah kamu melafazkan sesuatu yang tidak pernah ingin kamu katakan..
.
Jangan menghukum dirimu di atas sesuatu yang bukannya menjadi kesalahanmu. Aku tidak layak menasihatkan kamu supaya bersabar dan terus tabah.. Kerana aku tahu, kekuatan yang ada padamu wahai sahabat, cukup kuat untuk menongkah segala arus yang mendepani! Aku kan senantiasa disisimu wahai sahabat!

9 comments:

  1. setiap yang berlaku pasti ada hikmah...Allah tak akan memberi ujian kepada hambanya melainkan untuk menguji tahap keimanan seseorang...

    ReplyDelete
  2. kak jiey..zah sendiri pernah jadi anak...bohong jika tak pernah menyusahkan ayah dan ibu...tp sejak zah memiliki akmal...dan zah tau banyak liku2 susah dan senang zah pernah hadapi...dan apabila emosi tidak stabil mula terfikir adakah ini kerna kesilapan yg lalu...entah la..dunia penuh teka teki kak..

    ReplyDelete
  3. Betol tu! Jgn menghukum diri sendiri. Sume ni kehendak Tuhan. Rezeki memasing. Terima dgn redha + kuatkan semangat...

    ReplyDelete
  4. hmm..mcm refer kat wan je. asyik merungut bila adik2 ramai sebab dia sulung. padahal 6 org je. tp tu la, mungkin ade hikmah..

    ReplyDelete
  5. Haih... kita manusia, bila tiada - mencari, depan mata - tak dipeduli, bila hilang.. meratap lah kita...

    Semoga kita setiasa bersyukur..

    ReplyDelete
  6. Kekadang kita minta daripada Allah setangkai bunga segar
    Ia beri kaktus berduri
    Kita minta kupu-kupu
    Diberi ulat berbulu
    Kita sedih dan kecewa

    Namun kemudian
    Kaktus itu berbunga
    Indah sekali!
    Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
    Cantik sekali!

    Itulah jalan Allah
    Indah pada masanya
    Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
    Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan
    Kadang kita sedih
    Kecewa, terluka

    Tetapi jauh di atas segalanya
    Dia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita
    Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  7. saya suke entry ni sbb kdg2 saya menghukum diri sndirk.. cth psl back pain yg semakin serius ni.. saya blame diri sndiri..tapi saya cuba utk b'pk +ve, Allah duga camni sbb Dia sayang saya kan? saya cuba utk lebih dekat dgnNya.. saya harap kawan anda jugak tabah di sana..

    ReplyDelete
  8. betul cakap akak
    kdg2 kita xsedar apa kita cakap
    dan kita xtau apa yg dah ditakdirkan utk kita
    kalau tu ujian-Nya
    kena terima jugak

    ReplyDelete