A glimpse of Kerna Kasih Kita

Friday, April 30, 2010

Tentang satu rasa..


Aku mencari indahnya ucapan

Untuk menzahirkan cintaku padamu

Namun aku gagal..


Aku mencari indahnya ungkapan

Untuk menyatakan sayangku padamu

Namun aku gagal..


Aku mencari indahnya kata-kata

Untuk menggambarkan bahagia kehidupan

Namun aku gagal..

Bukan kerana tiada cinta..

Bukan kerana tiada sayang..


Namun kerana semua kata adalah terlalu biasa

Untuk menggambarkan satu rasa,

Tentang segala cinta dan kasih yang ada..


3 tahun berlalu,

Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang

Untuk terus merasai segalanya..

Aku masih merasakan hangat pelukanmu

Aku masih merasakan manisnya merindumu

Aku masih merasakan indahnya mencintaimu


Aku masih penuh dengan rajukku

Namun aku tetap tewas dengan pujukanmu

Mungkin pipiku pernah dibasahi tangis keranamu

Namun pipi ini juga masih merona merah dengan jenakamu


Walau mungkin banyak waktu

bicara kasih tidak lagi seromantis dulu

Namun cinta ini tetap satu..

Dan cinta yang satu itu,

Terkunci rapat di dalam hatimu..

Setelah 3 tahun bersama

Rasa itu semakin nyata..

Melingkari setiap pelusuk jiwa dan raga..


Satu rasa,

yang lebih hebat dari segala kata..
.
30th March 2007 - 30th March 2010
~Happy 3rd Anniversary~

15 comments:

  1. happy anniversaryyyyyy jiey and husband !

    :)

    ReplyDelete
  2. Happy anny kak jiey...:) semoga kekal hingga ke alam syurga...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...dah 3 tahun.
    :)

    semoga ada 300 tahun lagi bersama. kita doakan kesejahteraan dan bahagia kekal buat kalian.

    ReplyDelete
  4. Happy Anniversary Jiey! Semoga jodoh berkekalan dan dimurahkan rezeki Jiey sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Jiey! epi annyversary..semoga bahagia ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  6. happy anniversary to u. May Allah bless u n ur family always dan may ur marriage will as last as ur wedding ring. Amin..

    ReplyDelete
  7. tahniah! moga kekal bahagia hingga akhir hayat insyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. hepi aniversary.moga ikatan ini sehingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  9. happy 3rd anniversary....moga kekal bersama hingga ke syurga..:D

    ReplyDelete
  10. SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN UTK KALIAN BERDUA (^_^)

    semoga akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..amin..

    ReplyDelete
  11. hepi 3rd annivessary mokci & pokcik ;)

    ReplyDelete
  12. happy anniversary to both of you! smg berbahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary jiey....moga berbahagia hingga akhir hayat...btw..aku tak sangka ko semakin dewasa...semakin romantik ye rupenye....pengalaman itu mendidik kite banyak kan tanpa kite sangka....

    ReplyDelete
  14. Dear all,

    Thanks for the warm wishes!

    Regards,

    Minn & Jiey

    ReplyDelete