A glimpse of Kerna Kasih Kita

Monday, May 3, 2010

Melihat dia yang semakin membesar..

Suatu waktu dahulu, pernah saya suarakan niat mahu membeli corner chair buat Rayyan Ariff. Corner chair adalah kerusi yang dibuat khas untuk menyokong duduk anak-anak istimewa yang punya limitasi untuk berbuat demikian.
.
Saya sudah pun menelefon HUKM dan meminta sebut harga untuk alat tersebut. Harga minimum RM650 dan ianya bergantung pada saiz dan jenamanya. Ini adalah salah satu contoh corner chair yang terdapat di pasaran.
..
Lalu saya tanyakan pendapat Sarjit sebelum membeli alat itu. "I think corner chair is not suitable for Rayyan. His body tone is not that bad and I dont think he will have much problem physically.."
.
Kata-kata itu benar. 2 bulan mengikuti sesi fisioterapi dengan Sarjit, Rayyan Ariff sudah mampu untuk duduk sendiri. Alhamdulillah..
.
Dan lihatlah dia kini..
..
Bagaikan kanak-kanak besar apabila berada di meja kepunyaannya sendiri!!
Comel!!
=)

20 comments:

  1. Ya Allah, sunguh2 comel!!

    betul, rayyan tak perlu kerusi tu, dia boleh duduk sendiri sbb dia kuat!

    ReplyDelete
  2. berkat kesabaran jiey dan doa jugak, banyak miracle yang rayyan dapat dari Allah yang mungkin jiey dan saye juge tak terfikir bile lihat situasi dia ketika baru lahir.

    alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  3. IAN mcm pelajar cemerlang la...mcm big bos pun ader...hihihi rajin IAn stady...

    ReplyDelete
  4. pe lagi jiey? belikan la dia meja ngan kusi tu. sure dia sronok punye dok kt meja tu sambil verangannn. ekekekeke...encem oo auntie nampak dia duk kt situ.

    ely mintak dah lama. bukan aku takmo beli. tp mana la nk letak kt umah aku yg sekangkang kera tu..ish

    ReplyDelete
  5. i;m so impressed for both of u,and to rayyan too,memang kuat semangat!

    ReplyDelete
  6. i admire him laa jiey... sooo cute.!!!

    ReplyDelete
  7. Ian dah besar!!!!!! kejapnya masa...

    sesuai je Ian ngan krusi dan meja tu.

    ReplyDelete
  8. Seronok tgk perkembangan rayyan..kyusuk betul dia ek duk kat meja sendiri :)

    ReplyDelete
  9. Rayyan dah besar.. :) Big boy has reached this far.. :) What an amazing journey..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. slm jiey...

    mmg comel & cute!!!
    tga study lagi...rajinnya dia tgk buku...

    klu sufi...mls...hehehe...

    ReplyDelete
  11. comeynyo ian..he's getting clever lah gee.. no worries..

    aunty lily

    ReplyDelete
  12. u've prooved it Jiey!!!

    There is nothing more powerfull than a mother's prayer.

    u are my mentor!! Congrates!

    ReplyDelete
  13. rajin abe ian baco uku, mentang ado mejo study sendiri ;)

    ReplyDelete
  14. Comelnya rayyan...baru beberapa hari tak jenguk..dah besar rupanya anak bujang handsome ni..

    ReplyDelete
  15. he looks different la kak
    dah nmpk big boy n ready to school!

    ReplyDelete
  16. tersentuh hati saya membaca kisah Ian..seronok tgk gambar2nya yg comel!

    ReplyDelete