A glimpse of Kerna Kasih Kita

Tuesday, September 28, 2010

Tentang air mata, kesakitan dan hati seorang ibu..

Nilai air mata ini terlalu murah tatkala menyaksikan kesakitan ini..
 .
Status di FB:

Another attack in less than 2 days and this one was 45minutes!! *sigh* Spoke to his doctor earlier.. No other choice, Rayyan Ariff needs to be admitted to do the EEG test since he cant wait until Friday.. So, off to SDMC, Subang Jaya..

 Semoga akan terus ada wajah comel ini..

 Semoga akan terus ada senyum ini..

Semoga kaki kecil ini akan terus kuat melangkah..
.
Saya sakit bila dia sakit. 
.
Sudah banyak kali saya saksikan kesakitan pada wajahnya.. Dan sangka saya, saya semakin baik dalam mengawal perasaan.. Namun saya silap. Kerna dia adalah cinta hati saya. Kerna dia selamanya adalah kekuatan saya.. 
 .
Mothers will always be mothers.
.
Namun seperti seringnya, iman mengingatkan jiwa, bahawa Rayyan Ariff hanyalah satu pinjaman.. Dan Dia maha mengetahui.. Maka hati kini kembali tersenyum..

29 comments:

  1. titik air mato ore tgk nidio abe ian tu jiey...sakit napok dio, kuat sungguh abe Ian

    ReplyDelete
  2. Jiey, saya cuba utk tidak menjadi emosional melihat video Ian tp sebak di dada tak mapu ditahan. Semoga Jiey dikuatkan semangat.. semoga Ian dapat menampung segala penderitaan..

    ReplyDelete
  3. semoga ian akan terus sihat. tak sabar nak nengok ian bujang nanti :D

    ReplyDelete
  4. semoga rayyan kuat dalam menempuh ujian sebesar ini. insya allah, rayyan mampu melakukannya.
    p/s :menitis air mata baca entry ni dan juga entry lain-lain.

    ReplyDelete
  5. airmata seorg ibu mmg susah dibendung lebih2 lg bila melihat anak kesayangn menderita sakit. sabar ye Jiey. Dah tak dok mugo lain knur bulih royak selain mitok Jiey sabar dan tawakal.

    ReplyDelete
  6. kuatlah wahai rayyan sayang..mamanurin pun sakit bila tengok dengar rayyan sakit..anak teruna kena kuat kan? so rayyan kena kuat..ibu pun sama..

    ReplyDelete
  7. tabahkan hati ye jiey. teruskan bergantung kepada Allah. apa2 semoga dipermudahkan semuanya utk ian. moga Allah krgkan kesakitan dia. i'm just speechless. but i pray for the best for both of u.

    ReplyDelete
  8. Allah janji "tidak kamu diuji melangkaui kemampuanmu"...

    Insya'Allah... jiey n rayyan 'mampu'...

    doa saya akan keselamatan n kesejahteraan rayyan dunia akhirat.amin...

    ReplyDelete
  9. hati ibu mana yang tak pedih bila tengok anak sedang dalam kesakitan...

    semoga tabah... dan hanya yang baik-baik untuk ian...

    ReplyDelete
  10. Stay strong for Rayyan!!
    Takpe kalau nak nangis..sbb nnt rasa lega melepaskannya..hanya org yg memikul faham akan rasanya.

    ReplyDelete
  11. Semoga Rayyan kembali sihat seperti dulu...

    Rindu nak tengok gelak tawa Rayyan. Ya ALLAH..kau permudahkanlah segala urusan Tuan Rayyan Ariff....kembalikanlah keceriaan kepadanya....keluarganya. Semoga kau perkenankan doaku Ya ALLAH. AMIN

    ReplyDelete
  12. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Yg termampu hanya kata-kata semangat dpt diberi. Tawakal dan bersabarlah sang ibu menghadapi dugaan Allah. Sesungguhnya ini tanda kasihNya....

    ReplyDelete
  13. Semoga Rayyan Cepat Sembuh..

    -Amin-

    ReplyDelete
  14. setiap detik yang berlalu...seperti menyentap jiwa ini mencongak pada tiap kemungkinan...merencana tiap tindakan...memohon petunjuk daripada yang Esa....agar tiap tindakan...tidak sesekali menyasarkan hati daripada keyakinan terhadap ketentuan-Mu...akan terselit jua Rahmat-Mu...

    setiap ketika memandang diri mu..duhai si permata hati...tatkala sesekali terlepas pandang...anak mata ini segera mencari dirimu...pandangan mata mu...agar diri tahu duhai permata hati...diri mu ada di situ...masih di situ..

    andai boleh dijangka pada yang bakal berlaku...apa hati bisa menerima?....andai boleh diputuskan sesuatu...adakah pertimbangan atas ketetapan yang wajar?....

    hanya pada-Mu hati dan fikiran ini bertemu...memohon...dan memohon..agar jangan sesekali Kau membiarkan hamba-Mu ini bersendirian...menghitung tiap ketika...merangka tiap tindakan...tanpa panduan daripada-Mu ya Allah...untuk si permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...di hati seorang bapa...

    semoga masih diberikan ruang dan peluang bersama mengapai impian...hanya pada-Mu diri memohon...kerana Kau Maha Mengetahui...Maha Penyayang...Maha Mengasihani...hanya pada-Mu segala pergantungan..hanya pada-Mu Ya Allah...

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  15. Tabahkan hati jiey..doa kami sentiasa bersama kalian..semoga ian terus sihat dan ceria seperti selalunya..semoga Allah permudahkan segala yang perlu jiey dan ian tempuhi..peluk cium utk ian yang sentiasa di hati walaupun jauh di mata..

    ReplyDelete
  16. rayyan ariff sayang, semoga rayyan semakin sembuh setiap hari ye sayang.. buat jie, walaupun xpernah mengenali, tapi doa saya xkan putus buat jie sekeluarga.. insyaAllah

    ReplyDelete
  17. ian syg..kuatkan semangatmu nak...sedih auntie tgk ian sakit camni..auntie doa ian cepat sihat...aminnn...

    ReplyDelete
  18. tak sanggup tgk lama..sedih..buka blog ni pun sedih..tabahkan hati ye jiey.moga rayyan juga sekuat itu!

    ReplyDelete
  19. Salam Jiey,
    semoga doa2 itu termakbul....risaunya...

    ReplyDelete
  20. Ian kuat2 yer..auntie doakan Ian cepat baik..

    ReplyDelete
  21. Salam K.jiey,

    Sejak dr pertemuan tanpa di sengaja, sejak dari itu diri ini xpernah lupa utk mengikuti perkembangan Ian...juga sekeping doa yg tak putus2 utk akak & Ian moga doa yg kudus ini sentiasa mengiringi perjlnan akak & perjuangan Ian..

    Allah Maha Mengetahui ..Maha Bijaksana lagi Maha Mengerti pada setiap apa yg dijadikan pd kita..

    Percayalah..pd setiap ketabahan, kecekalan & keazaman insyaAllah ada keberkatan dariNya..Semoga akak & Ian akn terus perjuang tanpa kenal erti putus asa walau kepedihan sering menjengah tanpa diduga..

    ReplyDelete
  22. jiey, insyaAllah moga-moga Allah permudahkan urusan Rayyan. Ya janji Allah itu pasti tapi selagi mampu, kita harus tetap berusaha. Moga kalian diberikan ketabahan.

    ReplyDelete
  23. sungguh simpati bila tengok ian kesakitan macam tu...moga Allah segera hilangkan kesakitan anak comel ini...
    jiey..u're a very special mum..

    ReplyDelete
  24. doa saya untuk keselamatan ian dan jiey sekeluarga....amin..

    ReplyDelete
  25. Aduhai Jiey, at first tak gamak nak tgk video tu.. tapi tak tengok, tak tau pulak cemana Ian sakit...
    kesian la... Ya ALlah moga kau jauhkan Ian dari segala kesakitan dan kesulitan, permudahkan semua urusan penyembuhan anak kecil ini, moga dia akan sihat dan kuat dengan izinMu Ya Allah...

    doa kami untuk Jiey sekeluarga...

    ReplyDelete
  26. jiey,
    tak tahan melihat Ian seperti itu.
    semoga dirimu terus tabah...semoga ada sinar hidup buat Ian...

    ReplyDelete
  27. Ya Allah...sedihnya hati saya... :(

    ReplyDelete
  28. kuatkan semangat...saya faham sesgt...air mata memang murah tatkala melihat anak kita sakit...saya dah merasa semua tu...cumaberharap kita dapat terus bersama-sama anak kita mengharungi sume nih..jangan putus harap...

    ReplyDelete