A glimpse of Kerna Kasih Kita

Wednesday, March 16, 2011

Yang kami ada hanya doa..

Semasa melangsungkan perkahwinan, berat badan saya adalah 55kg. Tidak kurus, tidak gemuk. Dan saya biasanya memakai baju bersaiz M, adakalanya S. Selepas berkahwin, berat mula bertambah namun masih belum mencecah 60kg. Dan apabila hamil, berat mula bertambah. Berat terakhir sebelum bersalin adalah 73kg! 
.
Namun saya sedikit pun tidak gusar kerana saya diminta oleh gyne saya untuk makan sebanyak yang mungkin. Kerana bayi saya akan lahir pramatang, selain daripada vitamin, saya diminta untuk 'makan' sebanyak mungkin agar saiz bayi tidak terlalu kecil.
.
Selepas melahirkan dan berpantang, berat saya turun ke 58kg. Penurunan sebanyak 15kg itu mungkin kerana kerisauan yang saya hadapi sepanjang tempoh Rayyan Ariff di NICU. 45 hari dia di sana, melangkaui tempoh berpantang ibunya!
.
Setelah itu, berat saya mula naik sedikit demi sedikit. Dan kini, setelah hampir 3 tahun daripada tempoh berpantang itu, berat saya mencecah 77kg!! Melebihi berat terakhir saya mengandungkan Rayyan Ariff. Sumpah, melainkan sekarang, saya tidak pernah segemuk ini di sepanjang hidup saya.
.
Lantas, beberapa kali niat untuk hamil lagi tertunda kerana saya cuba untuk menurunkan berat badan sebelum hamil kembali. Paling banyak, berat saya turun sehingga ke angka 69kg setelah mengambil Jus Mate 5, berdiet dan dikunjungi demam yang teruk. Namun tidak lama kemudian, berat saya naik kembali.
.
2 minggu yang lalu, saya dikunjungi demam lagi. Berjangkit dengan Rayyan Ariff. Melepek teruk di hari minggu. Kunjungan kami ke klinik saya gunakan untuk turut meminta folic acid. Hajat saya, selepas period pada bulan Mac ini, saya mahu mula mengambil folic acid secara berterusan dalam usaha cuba untuk hamil.
.
Namun period yang ditunggu tidak kunjung tiba. Ada saya bercerita dengan Nor, teman sepejabat tentang ini namun tiada apa yang menggusarkan kami kerana kitaran haid saya sememangnya tidak lagi tetap 28 hari semenjak berat badan bertambah-tambah ini. Ada waktu, 32 hari. Ada masa, sampai 35 hari. Lagi pula, seingat saya tiada aksi 'erotik' suami isteri yang boleh membawa kepada kehamilan sepanjang tempoh subur yang lalu..
.
Hari jumaat, kebetulan saya ke farmasi berdekatan rumah untuk membeli susu Rayyan Ariff. Lantas saya beli sekali alat ujian kehamilan. Memandangkan saya sekadar mencuba dan tidak mengharapkan apa-apa, lantas saya membeli alat yang paling murah.
.
Hasilnya, positif! Dengan satu garisan yang tersangat kabur!
.
Reaksi saya? Berdebar, takut dan tidak tentu arah. Lantas saya menelefon teman saya, Nor dan Biey. Setelah berbincang seketika, saya mula tenang. Lantas saya menghantar gambar ini kepada En.Hubby. Suka bukan kepalanglah dia! Saya? Masih bersahaja walaupun ada ucap kesyukuran di hujung hati.
.
Patutlah sepanjang minggu yang lalu, saya teramat sensitif. Beremosi. Craving. Dan beberapa entri sebelum ini juga berkisar tentang kehamilan. Mungkin itu satu petunjuk yang saya tidak sedar.
.
Sungguh saya takut dan trauma. Apa yang saya lalui pada episod kehamilan yang lalu memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Saya melalui kesakitan yang mendalam. Terimbas detik yang mana saya dan En.Hubby berada di sebuah bilik kecil; bilik menunggu untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan kandungan ataupun memilih pengguguran. Itu semua kesakitan!!
.
Saya meminta En.Hubby membeli alat ujian kehamilan digital untuk mendapat pengesahan. Sememangnya saya terlalu runsing kerana tiada sebarang persediaan di pihak saya. Sedangkan sebelum ini saya sudah dinasihati oleh gyne saya untuk mengambil folic acid sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengandung lagi!
.
Hasil ujian pada awal pagi Sabtu, 12.3.2011. Masih positif.
.
Namun saat ini, masih ada beberapa ketidakpastian. Ketidakpastian yang meresahkan. Dan saya diminta untuk segera bertemu dengan gyne saya bagi mendapatkan pengesahan dan melakukan beberapa ujian. I hate been in the high risk pregnancy department, but I totally understand that Rayyan's history wont let me be too far from it..
.
Yang kami ada kini hanyalah doa.. 
Doa agar Allah SWT memudahkan segalanya buat kami..
.
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , 
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah, 
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..
.
Takut memang takut, namun saya mahu bersifat positif. Enjoying this moment to the max, selagi diberi kesempatan.. InsyaAllah..
.
P/s - Full detail? Tunggu next Tuesday.. =)

73 comments:

  1. kak Jiey,
    first of all.. tahniah for the new life inside u.. kedua, suya doakan yang terbaik buat kak jie dan hubby, Ian dan a new life inside your tummy. take care kak Jie

    ReplyDelete
  2. Take care kak Jie..sy doakan semoga semuanya selamat ya.. tumpang gembira utk kak jie sekeluarga.. superb hero, ian..mesti da x sabar nk dpt kwn tuh..(^_^)

    ReplyDelete
  3. Ameen..ameeen ya rabb..

    Jiey..take care ye..

    ReplyDelete
  4. tahniah jiey. insyaAllah, mudah2an dipermudahkan kehamilan kali ni & semoga jiey dan baby sihat2 aje hendaknya sampai 9 bulan nnt. sama2 doa :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah.. Tahniah jie.. Rasa rindu lak nak buat pregnancy test yg positif.. Hihi..

    ReplyDelete
  6. Tahniah jiey, saye pun berdebar jugek!

    ReplyDelete
  7. tahniah jiey, menitis air mata akk baca entry jiey kali ni, Ian nk jadi abanggggg best nyaaa

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH JIEY!! ^__^

    Aku doakan semoga kau & kandungan sihat & diberikan kesihatan yg baik...amin

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah tahniah kak jiey
    think positive selalu
    kami semua doakan yg terbaik
    and rayyan akan jd abg terbaik!

    ReplyDelete
  10. congrates jiey!!! moga jiey dan kandungan senantiasa dalam rahmat allah. Uhhhh musim kawan-kawan blog mama pregnant ni...nak ikuttt!!!

    ReplyDelete
  11. Congrats Jiey! InsyaAllah all will be fine dear :-)

    ReplyDelete
  12. Jiey, akak silent reader. Kagum dengan ketabahan dan usaha Jiey. Allah memberi pd yang mampu. Akak jg mempunyai seorang anak OKU, dan amat memahami psaan Jiey. First of all, congrats. Jiey, jgn takut, berserah dan berdoa pdNYA. Hanya pd DIA kita mengadu. Memang akak juga mengalami keresahan yg sama setiap kali pregnant. Tp kita hanya manusia biasa yg telah tertulis takdirnya. Insyaallah dengan usaha dan doa, anak Jiey akan sihat, bertambah seri hidup Jiey sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. tahniah,take care dan saya doakan yg terbaik utk yg baru dlm tummy tuh.

    ReplyDelete
  14. jiey,
    congratssssss and take extra care :D

    ReplyDelete
  15. Tahniah jiey..
    Semoga dilindungi dipermudahkan segalanya..
    Amin!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. tahniah jiey..jaga diri..

    yana pun tgh folic asid ni..:)

    ReplyDelete
  17. tahniah! aper2 yang Allah bagi kat kita pasti yang 'terbaek'..

    ReplyDelete
  18. jiey, jaga diri betul2 ya. jgn angkat berat2..moga jiey dan kandungan sihat2 sahaja.. amin.

    ReplyDelete
  19. Tahniah.....enjoy this moment.....

    ReplyDelete
  20. Jiey..TAHNIAH!Ayu tumpang gembira.

    Ayu doakan agar bayi yang dikandung sihat, comel dan sebijak abangnya..ian.Insyaallah.
    Semoga semuanya sihat dan selamat.Jiey jangan risau2, nanti stress, terganggu pulak baby yang kat dalam tuh.Be enjoy the moment k.

    ReplyDelete
  21. KAK JIEY...x sbr nya nak tunggu next entry!! hopefully this time, kita doakan yang terbaik k..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  22. jiey tahniah dr wanie...
    ian dah ada kwn pas ni...

    ReplyDelete
  23. congrates Jiey....

    Alhadulillah..Insayaalah...
    what else can we say... ur deserve it...wink...:))

    ReplyDelete
  24. Ya Allah... Jiey rupanye yg pregnant.. status kat fb tuhari samar2 mcm kata bibik yg pregnant.. haih... congrats dear.. sangat happy for u... semoga kali ni girl.. bestnyeeeeeeeeeeeee.. sy doakan yg terbaik utk Jiey... habislah rayyan kali ni manja dia mesti double up.. dah kena panggil abg long lah... congrats dear!

    ReplyDelete
  25. salam jiey...
    tahniah dear....sy tumpang gmbira..:)
    insyaAllah, kami semua sentiasa doakan jiey...smg Allah permudahkan sglanya buat jiey skeluarga...aminnnn...take care ye...utk ian syg, auntie sayang ian..mmmuuuahhhh.....

    ReplyDelete
  26. Tahniah Jiey!!! Dan dari jauh kami doakan agar Jiey dan baby sentiada dilindungi dan diberi kesihatan yang baik. Amin.

    ReplyDelete
  27. ramai mendoakan ko jiey. yg penting ko positive and tak mo stress2 eh! congrats!! ko nak dpt baby ok! syukur..

    ReplyDelete
  28. Tahniah! Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya :)

    ReplyDelete
  29. kak, syukur alhamdulillah.. meremang bulu roma saya bc entry akak nih.. gembira yg amat sgt... mudah2an semuanya sempurna kak... Ian bakal menjd abang,, tentu die akan menjadi seorang budak yg sgt berani sbb dia akan menjadi abang.. =).. take care kak

    ReplyDelete
  30. Tahniah...tumpang gembira & sy doakan semoga segalanya berjln dgn lancar. Amin :)

    ReplyDelete
  31. congrats jiey! kita doakan sepanjang pregnancy ni jiey sehat, kandungan excellent ye!

    ReplyDelete
  32. tahniah jiey...enjoy your pregnancy.insyaAllah Dia akan memberi yang terindah buat Jiey & husband...juga buat abang rayyan.

    ReplyDelete
  33. Salam jiey,
    Tahniah!

    Saya doakan semoga semuanya baik2.Amin.

    ReplyDelete
  34. kak jiey..saya doakan semuanya bagus sahaja..saya pulak berdebar2 tunggu ari selasa..huhuhuh...Anyway tahniah...

    ReplyDelete
  35. salam jiey
    tahniah atas perkhabaran gembira
    berdoa dan terus berdoa agar semuanya selamat
    insyaAllah

    ReplyDelete
  36. salam kak jiey,

    tahniah atas rezeki kurniaan Allah.. kuatkan semangat.. Mesti rayyan pun happy nanti ada kawan.. saya doakan kak jiey sihat slalu.. =)

    ReplyDelete
  37. congrates k.jiey..take care & think +V only..

    ReplyDelete
  38. tahniah dear....
    jaga diri n yana doakan yg terbaik utk jiey, hubby n ian... amin... =)

    ReplyDelete
  39. kak jiey, congratz! sgt2 rasa happy utk kak jiey sekeluarga.

    kak jiey jgn pikir mengarut ok. just be positive, byk kan solat hajat. insyaallah allah permudahkan semua =)

    ReplyDelete
  40. Wan

    Congratulations!! Happy for you. Akak lagi sebulan nak bersalin...Wan plak take over :)

    InsyaAllah semua ok. My prayers are with you. Take care.

    ReplyDelete
  41. tahniah..

    dan insyaAllah, kami pon doakan yg baik2 utk awak sekeluarga..

    ReplyDelete
  42. Kak jiey..tahniah..semoga segalanya baik-baik sahaja dan jaga kesihatan kak Jiey ye..semua mendoakan yang terbaik buat kak jiey..

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum,

    Jiey, ketika ummi baca entry jiey yg lepas sudaha terdetik di hati ini... Namun, tuan punya badan xmau bercerita lagi... so ummi pendamkan saja lah...

    Tahniah buat jiey sekeluarga... Jaga diri baik2 yer...

    P/s: ummi bulan depan baru merancang untuk bagi Husna adik :)

    ReplyDelete
  44. kak jiey congrtz....
    xoh risau sgt..enjoy the moment..

    ReplyDelete
  45. Tahniah kak jiey..Seronoknye dgr Ian nak dapat adik..Moga segala urusan akak dipermudahkan..Amin.. =)

    ReplyDelete
  46. first of all, congrats jiey!
    the same feeling i had, when i knew i was pregnant (preknenkan hanun-adik yusuf)..risau, takut, seriau...
    just keep on doa n doa n doa...itu je senjata paling kuat yang kita ade...doa semoga semuanya berjalan dgn baik dan lancar...:)
    congrats again!
    -haryati yaacob-

    ReplyDelete
  47. tahniah jiey,

    InsyaALLAH tak da apa2 lah...jaga kesihatan jgn fikir yg bukan2..nanti penyakit lain lak yg timbul. Byk2 berdoa ya semoga ibu n bb sihat.

    Ian, kalau mama tak sihat...boleh la aunty ayu take care Ian bila saturday sunday..::))

    Kak ayuzafina

    ReplyDelete
  48. alhamdulillah jiey.. insya allah bertambah la lagi ahli keluarga.. tentu abg rayyan seronok dapat adik nanti..

    ReplyDelete
  49. Alhamdulillah =)
    Syukurrrrr
    Tahniah!! Semoga dalam lindungan Allah selalu
    Ameennn...

    ReplyDelete
  50. jiey..

    first of all, congratz...ian bakal jadik abang long...

    lame tak jengah blog jiey, tgk2 ade khabar gembira..

    as for my side, nita doakan jiey lalui preggy moment dengan baik ye..moga segalanya dipermudahkan dan semua indah indah belaka..

    ReplyDelete
  51. Salam Jiey

    Congrats...
    Enjoy the moment. Jgn stress and mcm jiey ckp kita hamya mampu berdoa. Insyaallah, Allah akan memberikan yg terbaik utk kita. Amin...

    ReplyDelete
  52. congratulations! best nyer preggie! and congrats kat ian jugak, dah nak jadik abg! :)

    ReplyDelete
  53. congrats Jiey..Ian nak dpt adik!

    Insya-Allah Moga dipermudahkan kehamilan Jiey and yes..a lot of doa for the little one...

    ReplyDelete
  54. akak.. alhamdulilah.. tahniah kak.. Allah sayang kan akak.. ada rezeki yang hebat tuk akak and family... ada sesuatu yg baru tuk Rayyan kenali dan mungkin memberi sejuta nikmat baru buat Rayyan..
    akak jgn negative thinking... tak terlalu lambat.. try get the best doctor to advice.. Allah tak kejam kak.. insyaAllah ada cahaya kebahagian tuk akak..

    ReplyDelete
  55. tahniah....
    yeyeyeyee ian nak dpt adik.........

    ReplyDelete
  56. Salam Jiey..

    First of all, congratz.. :) Finally Ian ada kawan nak bergaduh n main..

    Naveed pun dah pandai mintak nak baby.. Doakan untuk Asha gak ye.. :)

    Jaga diri Jiey, Jage Baby.. Salam sayang peluk cium untuk Ian..

    ReplyDelete
  57. Tahniah... moga semua baik2 saja... follow your blog...

    ReplyDelete
  58. Alhamdulillah. Tahniah! Insyallah, Knur pun akke tulung doa utk Jiey sokmo.

    ReplyDelete
  59. tahniah! syukur ahli keluarga kita dh nak bertambah:-)

    ReplyDelete
  60. Salam kak jiey...congrats ...may Allah will always bless u:)

    ReplyDelete
  61. jiey...jaga diri, jaga pemakanan & perbanyakkan doa....moga segala2nya berjalan dgn baik...moga Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  62. Tahniah Jiey!!!

    I'm so happy for you! Take gud care of urself and the baby too ;)

    Bestnya Ian nak ada adik :D

    ReplyDelete
  63. tahniah atas anugerah yang Allah bg.Jangan takut dengan pengalaman silam.sy pun pernah rasa apa yang awak rasa.lahirkan anak pramatang mmg bnyak dugaan dia..harap kali ini semuanya selamat..

    ReplyDelete
  64. Sekalung tahniah drp kami buat Jie, Ian and papa..:))Alhamdulillah di atas nikmat kurnianNya..

    ReplyDelete