Monday, February 10, 2014

Dear diri, sila jangan biar belog berhabuk. Sila buat sesuatu.

Nah, pesanan penaja untuk diri sendiri. Kalau malas jugak lagi tatau la.. Sekarang ni aku rasa belog ni macam lebih banyak meaningless updates. Too many things yang berlaku, sama ada yang lurus ke depan or bengkang bengkok, which resulting in kemalasan tahap dewa.
 
Sedang terpikir-pikir, mungkin akan menutup ruang ini untuk restricted readers. 100 readers. Atau mungkin juga, akan biarkan mana-mana post yang relevant untuk terus di sini dan aku akan berhenti menulis perkara seharian. Sampai di sini.
 
Masih dalam pertimbangan. Awal waktu, tujuan utama aku menulis di sini untuk bercerita tentang Rayyan Ariff. Berkongsi rasa dan memberi harapan kepada orang lain. Sehingga saat ini, aku masih menerima mesej peribadi bertanya itu ini tentang anak seperti Rayyan Ariff. Mereka mencari pengharapan di dalam setiap pertanyaan dan cuba mengutip pengalaman kami sebagai panduan mungkin. Dan aku penuhi selayak mampu, kerna aku juga pernah berada di dalam situasi tiada harapan, tiada jalan. Maka aku tahu bagaimana sakitnya.
 
Namun lewat waktu yang berlalu, aku hilang momentum. Mungkin cabaran hidup yang kelihatan menekan. Mungkin. Andai kalian tidak lagi menemui aku di sini, aku masih ada. Di FB, IG dan sebagainya. Masih meneruskan usaha untuk Rayyan Ariff dan keluarga, masih cuba menjadi hambaNya yang baik. Masih terus mencuba.
 
Sementara aku fikirkan apa yang mahu aku lakukan dengan ruangan ini, kita teruskan seperti kebiasaannya. Bercerita dan mencoret dari sudut penglihatan manusia biasa, yang tiada apa yang lebih dan tidak juga terlalu kurang.
 
 Berbalik kepada cerita kehidupan.

Alhamdulillah, dengan izinNya, cuti tahun baru cina tempoh hari dapat aku dedikasikan untuk orang-orang tersayang yang menjadi paksi untuk aku terus melangkah. Keluarga. Apa lagi yang lebih penting selain mereka bukan? :-)

Majlis pernikahan sepupu di Kuala Krai. Aku membesar bersama mereka.. Mandi sungai, cuba menoreh getah, memancing, tangkap belalang dan segala permainan kampung. Waktu indah tanpa permasalahan. Rindu.

Wanita tua ini penghubung utama. Aku sayang dia sepenuh hati. Setiap kali pulangku ke kampung, kunjungan ke rumahnya adalah pasti. Dialah pengubat rindu yang sarat untuk Abah.

Dua hari di Kuala Krai. Khamis dan jumaat, bersama membanting keringat menjayakan majlis.

Sabtu dan Ahad, meneruskan sesi menyelesaikan apa yang perlu. Apa sahaja.

Belindan aka kepok untuk Abah. Sejujurnya, aku mahukan sesuatu yang super cantik di mataku. Walau itu bermakna aku harus mengira setiap sen wang yang ada di dalam akaun aku untuk menambah peruntukan yang mami berikan, aku sanggup. Mami juga setuju. Tanda kasih kiranya. Tapi abangku menghalang, katanya, pergilah cari dan baca, apa hukumnya menghias kuburan. Kasih kita pada Abah bukan terletak pada mewahnya kuburan. Selagi ingatan dan doa untuknya tidak terhenti, selagi itulah kasih kita nyata. Sampai bila-bila.
Al-Fatihah.

Dan seterusnya, acara wajib setiap kali pulang ke Kota Bharu. Makan, makan dan makan.

Pagi yang berkabus. Sejuk seperti di tanah tinggi layaknya. ;-)

Nasi kerabu Kak Tie, Sungai Durian. Sedap OK! Licin baru snapped. Hahaha. Adab orang lapar. Siap ada fesbuk lagi kedai makan ni tau!

Nasi goreng belacan Sutera Cafe, Kota Bharu. Tempat lepak zaman persekolahan. Marvellous!!

Nasi berlauk Kak Wok.

Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan. Orang ramai tak hengat!!

Rare. Sedap sangat-sangat. Lukcing aka satay ikan. Fuhhhh.. Teringat-ingat..
 
Seterusnya, acara tiup lilin ulangtahun ke-24 adinda tersayang. Adinda bongsu yang satu-satunya masih menjadi tanggungjawab aku dan Abang-abangnya. Amanah Abah.

Ada orang marah bila kita nyanyi happy befday utk Che Su dia. Tu yang ada penyibuk nak tiup lilin jugak tu. Heh.

Happy 24th birthday Che Su. Semoga sukses di dalam apa sahaja lapangan yang Che Su ceburi.

Kesayangans. ;-)

Menu instant untuk birthday Che Su. Kenny Rogers, McD, Pizza dan kek. Kenyang bukan main. Alhamdulillah. Sambutan di rumah nenek tercinta. Bukanlah sambutan mana pun, lebih kepada berziarah. Maklumlah, pada majlis perkahwinan yang sudah tentunya sibuk, manalah sempat berbual dan bertanya khabar. Jadi, ruang waktu yang sempit ini sahajalah kami gunakan untuk bertanya khabar.

Dari dulu lagi, aku tidak pernah gagal berkunjung ke rumahnya setiap kali aku pulang ke kampung. Dan dia juga begitu. Sewaktu aku berpantang selepas melahirkan Rifa Aleesya, dia juga tidak pernah gagal melawatku berselang hari. Dalam seribu kepayahan, dia datang berziarah. Tahu sajalah orang tua, macamana langkahnya. Macamana pergerakannya.

"Kalau tak datang sekarang, nanti dah balik KL makin susahlah nak jumpa." Ayat yang dituturkan saat aku nyatakan tidak perlulah untuk dia datang selalu. Kasihan aku melihat langkahnya yang sukar.

Kini, uzur makin jelas kelihatan di dalam setiap langkahnya. Dia sudah tidak segagah dahulu untuk ke sana ke mari. Kerna itu aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berziarah di dalam setiap kepulanganku. Tidak puas atau cukup sekadar bertanya khabar melalui telefon.

Ya Allah, peliharalah kesayangan-kesayanganku ini di dalam rahmatMu ya Allah. Aku sayang dan cintakan mereka, keranaMu ya Allah.

Sekian. Till then. :-)


2 comments:

Unknown said...

entry yang berbaur rasa.

King Khadijah said...

kuala krai kat kg apa gie.. saya juge asalnya orangnya kuala krai.. tapi da menetap kat bumi hang tuah skang..