Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Tuesday, January 2, 2018

Sebelum Masa Berganjak..

2 Januari 2018, terus update to lock the date siap-siap.

First day anakanda di Primary 1.


Where did all the time go? Mak rasa dah tua sangat because anak dah officially bersekolah.

We chose an international integrated Islamic school for her. Pagi ni apabila perhimpunan bermula dan kalimah Allah SWT disebut berkali-kali, rasa tenang yang tak dapat digambarkan di hati. Semoga Allah terus beri kemudahan dan kemampuan pada kami untuk anak-anak dan keluarga. Maybe later in life, baru kami enroll dia dekat government school and get the type of education yang kami pernah terima long time ago. 


Masa perhimpunan, they started with bacaan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan beberapa surah lazim yang lain. Sewaktu laungan Asma Ul Husna bergema, MasyaAllah, it reminded me so much of my on zaman sekolah back in SMK Dato' Ahmad Maher. Rindunya zaman sekolah. 


Alhamdulillah Allah bagi izin untuk seorang ibu ini merasa menghantar anak ke sekolah rendah selepas Rayyan Ariff dipilih melakar perjalanan hidupnya yang tersendiri. Sebak dia lain macam seeing my baby girl is now in Primary 1. 


InShaAllah, all will be well for you my little princess, Puteri Rifa Aleesya Binti Tuan Alimin. You have came a very long way to be accepted here in this school. I am super proud of you, and most importantly I am thankful to Allah SWT for sending such a sweet, understanding and special princess into our lives. 



Nanti bila mana Mama, Abang Rayyan dan Bibik bermusafir di Penang, Rifa baik-baik sahaja dengan Papa, Nenek dan CikSu yea. InShaAllah, Allah SWT jaga kamu dalam rahmatNya. 

Friday, January 10, 2014

First day pergi skolah in 2014 for the RAs.

Ok, straight to the point.
Kita mulakan cerita dengan persiapan. Mula-mula sekali, selongkar carik beg skolah. Ok, beg sekolah Bang Ian still elok. Next to his blue Ben10 bag, ada a smaller blue mickey mouse bag. Ok, Dik Sya loves Mickey as much as she likes princess, barney, poyoyo (pororo) and whatnot. So boleh guna yang tu je. Save budget di situ.

Then, the next one, called up Bang Ian's school to inform that he's coming on the 2nd as school re-opens, dengan tanya sekali about the fee structure. Rayyan Ariff ikut kelas 8-12pm, since it's just 4 hours daily, all-in fees in are just RM5++ per month. Kalau kelas yang sampai 2 something or more, the fees is 7++ if I'm not mistaken. Registration tak payah dah sebab sekolah lama kan, apa yang kena tambah just stationery (for half year) and yearly membership fees. Yang ni around RM100 for both kot. Lupa dah. Dah tu baju sekolah aka t-shirt berkolar for another RM40 untuk 2 helai. Settled part Bang Ian.

Then next, Dik Sya. Sebab dah 2 kali tinjau sekolah tu, takde ape2 dah la. The owner is someone I know from Superangels' group pun. So, tinggal lagi nak hantar dia and bayar yuran. Registration, non-refundable Dec monthly fee, half yearly stationeries fee, half yearly multimedia fee, baju uniform and baju sukan, January monthly fee, insurance and whatnot, kena RM840. Kira OK la sebab kalo pegi Brainy Bunch lagi mahal.

Yes, at first I want to choose Brainy Bunch, tapi at the end tak jadi sebab susah nak arrange for transportation coming back after school. Kalau tak memang suka la sebab senang untuk mamanya. Sekali harung antar dua beradik ni sebab sekolah is just like next to each other. Jalan sehala yang sama. Senang bangat!

Kindy adik yang sekarang dekat Pandan Indah, so mama kena pergi Pandan Indah dulu from Pandan Mewah. Lepas hantar Dik Sya, masuk Pandan Cahaya untuk keluar ke Ampang Utama. Kat Cahaya tu tau sajelah jem gamat tak ingat. Memang hazabun sungguhlah.

Kecikkkk je jiwa tiap kali tengok Brainy Bunch tiap kali lepas hantar Bang Ian. Takpe, takpe, kita sabar dulu. Adik dah besar, dah boleh naik van, nanti bolehlah school kat situ. Tumpang van Bang Ian balik eh. Untuk sementara waktu ni, bertabahlah Mama menghadap jem. Kalau terlambat ke ape, terpaksalah redha kirim salah sorang kat ayah dia suh hantar. Tak berapa berkenan sebab merempitlah kalau dengan ayahnya. So kalau terpaksa sahajalah pergi dengan ayahnya.
 
Muka yo-yo ah dapat kasut sekolah baru. Ciwi.  
 
Sekolah takde provide kasut macam SR ke apa. Since cikgu pesan suh pakai kasut datang school, bagi senang buat aktiviti, terus blur kasut ape? Kasut sekolah kaler putih tu ke? Terus whatsapp member2 tanya. Oh, sebarang jenis rupanya. So belilah kasut ala-ala sneakers. Beli kat Bata je pun. Brand Bubblegummers.
 
Malam tu masa suh try, ada orang tu pakai tanak bukak. Hahaha. 
 
Rasa insaflah jugak tengok cemana excited budak dapat barang baru. In this case, kasut biasa je pun. At first, mamanya nak beli kasut Nike. Bukanlah kata duit banyak berlebih, kang ada lagi yang mengumpat kata riak ke bodo ke menunjuk ke hape. Tapi more to rasa bersalah. Iyelah, si abangnya kasut tak kalah, Adidas la.. Converse la. Kang orang kata berat sebelah pulak.
 
No, that's not the situation. Dengan Bang Ian, memang I purposedly bought all those well-established brand sebab nak dia selesa to stimulate him to walk. Toksah kata hat murah pun ada yang elok la, kalo kita pakai Hush Puppies dengan kasut Bata pun ada beza kan? Jawab sendiri la hat mana yang lagi comfortable.
 
Tapi mamanya pun beli kasut Bata je untuk diri sendiri. I dont mind it at all sebab kalau rasa tak sedap ke, tak selesa ke, I pakai kejap-kejap during meeting je pun. Keluar meeting terus tukar sandals. Dengan si Rayyan Ariff, kita nak sarung ke dia berjam-jam. And dia pulak bukan reti nak cakap tak selesa or kaki sakit n melecet sampai merah menyala (I posted something on this back in 2012). As for adik pulak, kalau sakit ke tak selesa ke, member boleh bagitau. "Nanak pakai, shakit.." "Nanak pakai, tak besh.." So buat apa membazir nak ber"Nike" bagai. Gituuu..
 
Lagipun, budak tatau brand. Mak pak yang excited yea dak?? Eh.
 
Ok, hari yang ditunggu dah tiba. Mamanya amik cuti sehari. Bukan apa pun, just to be on standby. Kalau skolah call ke ape, leh cepat sampai kalau dari rumah. Kalau dari office, mau selop anak eh, omaknya baru kat Tol Batu kat DUKE nuhhh.
 
So first of all, hantar bang Ian. Bayar yuran siap2. Amik baju siap2. Saiz yang ada a bit besar, takpe. Leh pakai sampai lebam. Then shoot ke school Adik plak. Haah patah balik. Saje je la kan. Sebab expect lama kat school Adik so that's why hantar Abang dulu.
 

Kids on their first day. 2nd January 2014.
 
Bang Ian, as expected, OK je. Yea lah, dah tahun ke-4 skolah kat situ. Dah hilang thrill dah nak takut agaknya. Hehehe. Dik Sya, masa pergi recce tu elok je.. Elok dah register, tanak masuk. Tanak duduk. Pujuk2 dengan toys, dia pergi la main. Elok dia leka, mama n ayah cabut. Pergi dating breakfast berdua dulu.
 
Dah tu ayah pegi keje (he took 2-hours time off, saje nak tengok anak masuk sekolah), mama pun balik rumah. Around 1220, cikgu hantar Rifa Aleesya balik. I arranged for the teacher to send Rifa Aleesya back and paid extra to her for that. At least dengan cikgu sendiri takle risau sangat yea dak? School hour dia officially 8.15am-1215am. Masa dekat meja tulis from 9am-1130am je. Yang lebihnya main. Nama pun playschool kan.
 
Ni masing-masing baru sampai. Bang Ian minum dulu before tukar baju. 
 
First day Rifa Aleesya cemana? Hehehe.. As expected, budak manja umo 2 tahun 2 bulan ni memang nangislah. Tanak joint activities. Dok je sebelah Teacher Sabariah. Dengan Teacher Nina and Teacher Suba takmo langsung. Sampai mengantar balik pun beramai-ramai. Hahahha. Tanak minum n makan dengan students lain, dia just minum susu dia je masa kat school. Ekeke.
 
Penat wohh budak skolah. Ekekekeke. 
 
The next day, ada lagi la adegan menangis bila hantar pagi-pagi. Tapi nangis yang syahdu-syahdu gitu. Manjakan. Tu la, siyan budak lahir ujung tahun ni. Baru masuk umo 2 tahun tahun lepas, tahun baru dah masuk kelas 3 tahun. Ekekeke..
 
2nd day of school. Subhanallah.. mencabar betul! Nak kuar gi ke kereta pun macam2 cara dia cuba lengahkan. Dari bangun pagi membawak ke mandi and sarapan, semua dia lengah-lengahkan.  
 
Alhamdulillah OK jugak makcik kecik kita ni bila dah 2nd day tu. Nak la campur dengan kawan2 lain, buat aktiviti, makan roti minum air milo. Takde la kata tanak masuk group n minum susu dia je. Heheheh..
 
Ni cerita hari Rabu, 8 Januari 2014.
 
Tengok gambar kat atas ni pun dah tau dah cemana playful dia ni kan? Elok nak gi ke kete tu, dia mintak nak gayut kat palang dulu la. Kiri kanan plak tu. Dah tu berenti duduk la.. Berhenti pijak batu la. Macam-macam. Sigh.
 
Sampai kat sekolah dah sedih dah. Syahdu tak habis. Mula la tangkap leleh. Tapi bila sua ke cikgu, cepat je dia pegi. Elok masa yang sama, datang la budak dalam umo 4-5 tahun kot. Budak tu punyalah tanak gi tahap main tarik2 dengan mak dia kat pagar. Siap jatuh bergolek lagi.
 
Ish, cuak plak nengoknya. Harapnya school Rifa Aleesya ni Ok-ok je la hendaknya. Takut bukan apa, banyak sangat dengar citer tak elok kan.. Dah la anak mek dua ketul je. Kena tambah baby 2014 ni. Eh.
 
Cemana 1st day anak you'olls? Mesti ada jugak yang berdrama ayaq mata. Kehkehkeh.  
 

Sunday, January 13, 2013

Menderma - ibadah dan kebahagian.

Sibuk. Sibuk yang amat. Prepare report untuk meeting dengan directors. Gitulah, figure kan nak as of 31 Dec, so awal-awal tahun busy sampai senak perut, sebu mata.

Dah 3,4 malam tido lewat. Kelabu mata dah haa.. Maidless for a week pulak tu, ishhh kena pulak time busy. Malam, lepas anak-anak tido and siapkan keje rumah, baru bleh start buat keje office. End up, tido lambat. Pagi2 dah kena bangun sebab nak masak untuk Rayyan Ariff, buat bekal pegi school.

Sebab badan penat tak cukup rehat, one thing happened to me on thursday morning..

As usual, drive pergi kerja, Rayyan Ariff duduk sebelah sebab nak drop dia kat school dulu. Then, masuk highway. AKLEH to be specific. Tengah syok drive, ada bunyi. Pusing kiri, tanya dalam pelik "Apa budak ni buat kat sini?"

Macam blur giler. Tak dapat tangkap pun budak tu sapa.. Tiba-tiba sedar. "Ya Allahhhhhh!! Ahkak lupa nak hantar anak gi skolah diknonnnnn!!" Punyalah semangat nak masuk office cepat, nak siapkan kerja kononnya. Kahhhhh..


Sudahnya jadi lambat sebab kena patah balik and hantar pakcik hensem ni dulu.. ;P

Kemuncak, hari Khamis tu smpi umah kul 11 malam. Tu pun boss bg blk sbb suh sambung counter check stats. Member2 yg lain, kul 12 lebih baru leh kuar office. Bak kata sorang member ni, dtg keje 10hb, 11hb baru leh balik.. hehehehe..

Hari Jumaat, submit stats. Ptg amil half day leave, sampai umah kul 330pm, tido tak hengat! Huehuehue..

Kena pulak hujan.. Memang layan sesangat la membuta..

Ok. That's all. Have to go now.

But before that,

Mahu menyeru kepada yang sudi. Sekolah Rayyan Ariff sedang buat jualan amal. Butter cookies. Sebalang cuma RM12. Wang akan digunakan untuk keperluan sekolah. Kepada yang sudi membeli sambil menderma, you can place your order through me. Email sahaja di freaky_gurlz@yahoo.com.

Dalam rezeki kita, dalam pendapatan kita, ada bahagian untuk orang lain. Orang-orang yang memerlukan. Menderma adalah ibadah.
Menderma boleh bawa kebahagian, pada hati kita dan hati orang lain. ;-)



Terima kasih.

Saturday, November 24, 2012

Cerita tentang keperluan ke sekolah..

A few weeks back, ada seorang kawan yang bertanya di FB, when would be the right age to send anak to school? Then ramai jugalah yang memberi jawapan dan pandangan masing-masing kat her wall post tu. Saya pun salah soranglah tukang sibuk tu..

What was my answer?

Saya jawab, to me, the year the child turns 3. Macam Rayyan Ariff, lahir tahun 2008, so by 2011, start la sekolah. Sebab start sekolah kan awal tahun aka January, so he was 2 yrs and 7 months old masa dia started skolah. As for Rifa Aleesya, I think that the same thing should apply. She was born in 2011, so she should starts going to school in 2014. Cumanya, she was born in November, so by January 2014, dia baru 2 yrs and 2 months old.

Bunyi macam kecik sangat. Tapi I have my own reason. Sama macam mak-mak lain, kita ni pikir kepentingan anak. Bukanlah suruh masuk sekolah awal-awal sebab nak suruh belajar jadi bijak pandai so that besar-besar jadi jutawan oil and gas (eh, kalau betul pun ok. Aminnnn), tapi adalah reason lain..

Ado sorang mamat ni (i bet he's not even a father), tinggal komen, what the hell is this world turning into? Sending a 2yo to school??

Amboiii.. Waddehell ko! Kahhhhhh.. Nampak sangat you tuju kat I tu.. Hahahaha..

To be honest, if I can be at home all the time, memang I would agree to his statement. Tapi realitinya tak gitu la.. I have to work and we (hubby and I) are equally paying for our monthly commitment and expenses. Lagi best, my company offers unlimited medical benefit kalo nak compare dengan my husband's company yang memang sah-sah ada limit.

So dengan anak yang turun naik keadaan kesihatan ni, ada hati lagi nak resign? Boleh. Tapi habis limit company hencek suami, nahhh.. pergi kau ke hospital gomen sana! Hah, tak perlu nak discuss gomen hospital pn bagus etc. Itu kita cerita lenkali.

Now, on the school going age. Kenapa I started early? Sebab my work memang takde work-life balance. Keje sebeban. Tanggungjawab sepikul. Processing files sendiri dah menimbun, tambah pulak supervisory roles. Belum lagi kerja adhoc. Kalau mak dah balik lambat, kul berapa lagi nak buat aktiviti dengan anak? By the time sampai rumah pun dah penat mental and rasa nak shut down.

So dah la kita tak sempat nak buat aktiviti dengan anak, lagi nak biar budak tu duduk rumah dengan bibik tak buat apa-apa.. Nehi kabhi nehi! So far, Rayyan Ariff suka je bila dapat gi skolah. Terisi, ada aktiviti. Kalau dok rumah, melanguk tak buat apa memang nampak la muka boring. Itu yang kesian gila kalau dia sakit and tak dapat gi skolah.

Kurang-kurangnya, kat school, 2 hari sekali ada physiotherapy, seminggu skali ada OT, ada swimming.. Pastu ada aktiviti tampal-tampal, gunting-gunting, conteng-conteng, nyanyi-nyanyi.. Oh BTW, my son, cikgu dia dok habaq, everytime kelas musik jer, dia la palingggg depannn.. Sebelah cikgu lagi.. Dia pergi sendiri eh. Anak mak bajet retisss you alll..

Yes, dia sekarang dok sibuk "nyanyi" lagu Twinkle-Twinkle Little Star, Wheels on the bus etc.. Siap dengan gaya youuuu.. Mahal kan kemahiran ni? Hahahah.. Tetiap hari mak hajar sampai pandai.. Gi school, teacher pun suka. Nampak tak? Kerja sama mak-mak and cikgu-cikgu di situ.

Kot kalo tak gi school, duduk la kamu di situ nak, tengok sinetron dari pagi bawak ke maknya balik. Bapaknya balik tak jadi apa sebab sibuk tengok sinetron jugak. Alaaa yang kul 630 petang tu..

Lagi pun, sekolah yang untuk umur2 diorang ni, bukannya sekolah yang mendera dari pg bawak ke petang. Macam Rayyan Ariff, 4 jam je pun sehari.. Tu pun selaluuuu la terbabas masuk lambat.. Hahahhahha..

So apa yang hell nya? Kita pikir untuk pembangunan budak. Budak pun enjoy, mak pun senang hati tahu masa ank terisi masa dia takde. Tak gitu? Macam untuk Cik Puteri kita tu nanti, takdelah saya nak cari sekolah yang exam oriented ke apa. I would go for sekolah yang macam playschool. Yang ajar agama skali. So takdelah anak tu rasa dalam hell ke apa.

My prince and his teacher. Sporting teacher dia kan? Tangan Rayyan Ariff tu, actually he's giving flying kiss.. Punyalah happy mak hantar school, bukan setakat lambai bye-bye, bg ciuman terbang ko! Hehehe.. Harap2 adik pun rajin cenggini la dak??
And sometimes, budak-budak ni dengan parents lain, dengan cikgu or org luar lain. Macam Rayyan Ariff, kalo dengan kami, jeritlah or sergahlah dia camne pun, kalo dah taknak buat. Taknak jugak. Kalo buat pun, dalam tangis dalam protes. Bila dalam protes, result pun tak memberangsangkan.

Kalo dengan Sarjit, sekali kena marah tu, huh terkesan ko! Hah, jangan nak kata mak tak strict pulak. Rayyan Ariff kalo nak buat peel, mak hencek jeling n bagi renungan makrifat, dah diam tak bergerak dah. Rifa Aleesya je tak reti lagi. Asyik meraungggg jer. Tunggulah dik, besar sikit, paham la tu dengan pandangan penuh makrifat yang Mama ko akan bagi.. Huahuahua..

So walau apa pun keadaan, setiap orang tu ada alasan diorang tersendiri. Honestly, kalaulah I dont have to work, saya takkan hantar anak ke sekolah at that age. Save monthly fees satu, yang penting, macam2 own program yang I could do with the kids. Macam masa unpaid dulu.. Laaaagi cepat progress pun sebab kita lebih tahu stage anak kita kat mana.Tapi tu lah.. Tuhan belum bagi rezeki for me nak dok rumah all the time. Eh mana la tau, tiba-tiba laki mek jadi jutawan. 24hours mek resign youuuu.. Hahahaha..

Friday, June 15, 2012

Dia happy, kita pun happy.. Sangat mak-mak OK! :P

Lately he looks so cheerful. He laughs, he giggles, and he doesnt make unnecessary scene anymore.. The reason for that could be because he's started to go to school again after such a long break..

When he goes to school, the activities that they have really occupied him. If we were to make him stay in the house all day long, he'll be restless and that is when he starts to create unnecessary mess.

Just now, I went to pay for his school fees. Given the distance from my office to his school is not that near, I decided to pay for 3 months fee so that I dont have to come back anytime soon. After paying the 4 figures amount, I really started to feel the 'heat'.. But looking at his smiling face, I know that it's all worthy..

*Gambar goyang because he was walking towards me*

He looks so abang-abang with his school bag and uniform right? *smiling heart*

He has been getting good remarks from his school teachers. They were talking of how cheerful he looks, how cooperative he is, how his balancing is improving and how he interacts with others. Owh, Rayyan Ariff's teacher even told me that he also has a good friend by the name of Tatina or Titana.. Hahahhaa.. I guess, if he's able to talk, he will definitely keep on mentioning about his friend and what they did in school..

When we were walking out, the school bus driver said hi to us and Rayyan Ariff got another compliment, "Ooh.. You're going back with your mother today haa?? It's so good that he's progressing well. Look at him, he looks bright.." 

Hehehe.. To me, I would say that he looks cheeky rather than bright.. Muahahaa..

Whatever it is, I'm thankful for this lil miracle of mine. Thank you Allah.

Actually, we're considering relocating in Subang area since we spent most of our Saturdays there. We would usually just sat around in the Surau or at the lobby area for the 2-3 hours gap between each therapy sessions. If we live nearby, we can just go back and dont have to waste our time there.

And it will be much harder if Rayyan Ariff got admitted for whatsoever reason. The distance, the travelling cost re fuel and toll, the traffic in MRR2.. Whoahhh.. *Lap peluh* 

But now, seeing how happy he is at his current school, I dont think relocating is an option.

Hopefully, happiness and health will always be with you, son.
:-)

Tuesday, September 20, 2011

Minda yang senantiasa mahu meneroka~

Itulah Rayyan Ariff. Membesar dan membangun di dalam fasanya yang tersendiri, namun ada sahaja eksplorasi darinya.. Sayang kerana keadaan mama tidak mengizinkan untuk melakukan banyak aktiviti bersama anak ini. Waktu malam, hanya mampu berbaring di katil sahaja.. Kasihan kamu nak..
.
Kalau ke pasaraya, sudah tahu meminta untuk menaiki kereta atau permainan lain.. Kalaulah ruang di rumah mencukupi, pasti sahaja kami belikan sebuah untuknya.. Takpelah, lain kali mungkin.. :-) 




Ingin sekali kami menyambung kembali persekolahannya yang terputus.. Kasihan melihat dia yang kebosanan di rumah. Persekolahannya tempoh hari terhenti kerana En.Hubby yang menjalani pembedahan yang mana dia mengambilmasa selama 2 bulan untuk kembali berjalan walaupun jalanannya masih tidak sempurna. Untuk tempoh itu, terpaksa saya harapkan bibik untuk menguruskan keperluan dia di rumah.
.
Apabila bibik berada di rumah, persekolahan Rayyan Ariff terpaksa dihentikan sementara kerana saya tidak yakin untuk menghantar Rayyan Ariff ke sana seorang diri. Tambahan pula ada seorang kanak-kanak autisme yang hyperactive dan pernah beberapa kali hampir terpijak Rayyan Ariff yang masih belum mampu berjalan sendiri. Di saat yang sama, guru kelas Rayyan Ariff berhenti dan melepaskan tanggungjawabnya kepada seorang guru muda yang baru bertugas.. Kelam kabut cikgu itu mahu mengawal anak-anak yang masih baru dibawah jagaannya. 
.
Atas dasar itu, saya tidak yakin.. Tambahan pula, mereka tidak membenarkan saya meletakkan carseat di dalam van sekolah yang membawa Rayyan Ariff pulang. Hanya bergantung kepada seorang guru pengiring di dalam van tersebut. Lagilah saya rasa tidak sedap hati..
.
Apabila saya menyatakan mahu menghentikan Rayyan Ariff untuk seketika, saya diminta agar terus membayar yuran bulanan yang bukan sedikit walaupun Rayyan Ariff tidak ke sekolah. Pada saya permintaan itu adalah  tidak wajar namun alasan yang diberikan ialah, Rayyan Ariff datang atau tidak, gaji cikgu masih perlu dibayar. Pelik.. Pada saya, sama ada Rayyan Ariff bersekolah di situ ataupun tidak, gaji cikgu tetap sama jumlahnya.. 
.
Semenjak hubby kembali ke pejabat awal Ramadhan lalu, saya masih berkira-kira mahu menghantarnya Rayyan Ariff kembali ke sana atau tidak. Kalau mahu, mungkin perlu membayar yuran selama 3 bulan yang mana pada tempoh itu, Rayyan Ariff tidak bersekolah. Tambahan pula, saat itu sudah ada hint bahawa bibik mahu pulang terus ke Indonesia. Lantas kami memutuskan untuk tidak menghantar Rayyan Ariff ke sekolah setelah mengambilkira beberapa faktor iaitu jumlah yuran 3 bulan itu, bersekolah hanya sebulan, cuti hari raya dan kemungkinan ketiadaan bibik selepas hari raya, siapa yang boleh diharapkan untuk melihat keadaan Rayyan Ariff di sekolah?  
.
Namun kini, hati ini begitu meronta untuk Rayyan Ariff kembali bersekolah. Bukan tidak ada sekolah baru, tapi bak kata Ina Ibu Nabila, kasihan juga pada Rayyan Ariff.. Bersekolah untuk tempoh hanya sebulan lebih dan kembali bercuti selama 2 bulan kerana mama bersalin, bukankah lebih baik jika dimulakan kembali sesi persekolahan pada tahun hadapan sahaja.. Hmmm.. Memang ada benarnya. Tapi sangat kasihan melihat dia bermain sendirian..
.
Mungkin, saya akan kembali menghantar Rayyan Ariff ke sekolah lamanya.. Mungkin.. Sangat mungkin.. Biarlah hanya untuk tempoh sebulan lebih sahaja.. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu untuknya.. Mungkinnn.. Walaupun tidak memenuhi standard yang saya inginkan.. :-)
.
P/s - Terima kasih untuk setiap pendapat yang diberikan pada entri sebelum ini.. :-)

Thursday, June 23, 2011

Yes, his school was featured in Berita Harian..

.
 His ex-school actually.. *InsyaAllah, we're planning something else for him*
.
 Ini adalah bagi menjawab soalan dari Auntie Yaati Nor.. Tak sangka ada yang cam Tuan Kecik eh.. Glamer youuuu.. :P
.
My mom beli siap-siap pastu cakap, nanti balik KB nak tunjuk kat Nenek, Acik Pah, Kak Nik, Che Nah, Kak Ya & Ma.. Saya jawap apa, "Amboi mommy, budak tu masuk sekolah istimewa, bukan masuk U.. Hahhaha.. Then Mommy jawab, "Biar la.. Dia dapat salam dengan Sultan Selangor. Kak pernah?"

Hamboiii.. Tanya kita balik tu.. Honestly, tak ingat.. Tapi pernah beramah mesra masa jadi AJK Sambutan untuk program kat Kolej dulu.. :P
.
Imagine, kalau we accept all those interview invites, harus tiap kali Ian kuar paper, nenek akan beli and tunjuk kat semua orang.. Hahahaha..
.
P/s - Ummi Ita, thanks for informing a day before.. :-)

Tuesday, April 26, 2011

Anak macam Rayyan???

Minggu lalu, sewaktu kami bercerita, tiba-tiba sahaja bibik membuka cerita lain..
"Itu hari, Cikgu ST bilang, Kalaulah saya ada anak macam Rayyan.." Cerita bibik. Kata-katanya terhenti di situ kerana tiba-tiba sahaja Ayah Chik Ian sampai..
.
"Tadi bibik cerita pasal Cikgu ST kat skolah Rayyan. Kenapa? Dia nak kata susah ke jaga anak macam Rayyan?" Tanya saya kembali, mengingatkan bibik tentang ceritanya yang hanya separuh jalan tadi..
.
"Oh bukan. Maksudnya, kalaulah dia anak anak comel macam Rayyan.. Suka la dia. Selepas itu, terus sahaja Cikgu SF bilang, sabarlah.. Sampailah masanya itu nanti.."
.
Termalu sendiri saya dibuatnya kerana terlalu berprasangka. Itulah saya. Kerna sering saya sematkan, tidak semua manusia ikhlas menerima anak istimewa lantas saya sering terbawa-bawa dengan sifat yang satu ini.
.
Hmmm.. Ke mana perginya positive mind attitude ni?? :P
.

Muka legend, hati cute.. Eh salah, muka cute, hati pun cute.. :P

Wednesday, March 23, 2011

Bukan semua orang baik hati~

Petang tadi bibik cerita, "Ada seorang pelatih di sekolah Rayyan dimarahi cikgu-cikgu di situ.. Teman-temannya mengadu, dia tidak mahu buat kerja. Bila ditanya, jawabnya dia tidak suka budak-budak. Tidak suka anak-anak kecil.."
.
Honestly, saya taktau yang mana satu. Dia tak suka anak kecil atau tak suka anak istimewa. Tapi statement tu adalah bodoh! Bangang pun yea.. Yang ko belajar tu bidang apa? Yang ko pilih sape suruh? Tak ke bangang tu? Dah tahu tak suka budak, takyah sibuk2 nak study line yang perlukan ko hadap muka budak2.. Hatta untuk praktikal sekalipun, kesian budak yang ko handle.. Nampak sangat tak ikhlas..
.
Kalo nak keje glamer, nak hadap director-director dunia korporat, ko jangan la pilih line tu.. Buat bangang2 cam akak ni jer, amik Finance, amik Investment Analysis. Pastu sengih-sengih bodo.. Tulis-tulis report sket, meeting-meeting sket, kena gasak telinga sket, pastu gaji masuk riban-riban. Bonus masuk berkepuk *tapi-tak-kaya-kaya-jugak*. Takyah nak try line yang perlukan ko ikhlas ngadap budak yang tak bleh urus diri sendiri.. Takyah nak kena hadap budak-budak yang air liur meleleh tak pandai nak kontrol. Tak payah.
.
Serious saya emo masa bibik citer. Sket lagi nak nangis!
.
Bukan semua orang ikhlas macam Sarjit and Cikgu Usha Ian.. Sarjit ni, kalau la baju dia tu bleh perah,agak2nya, dah 11 baldi air liur budak yang meleleh sepanjang dia dok buat fisio kat diorang. Itu tak masuk lagi hingus-hingus.. Bab memujuk takyah citer, macam2 lagu yang dia nyanyi.. Kalau kumpul2, dah dapat doblas album dah gamaknya..
Tak kisahlah apa kerja yang kita pilih, apa bidang yang kita hadap, yang penting hati mau ikhlas.. *Peace*

Friday, March 11, 2011

Baby of the school dan soalan bila nak dapat baby??

Hari ini, seperti kebiasaannya, Rayyan Ariff disambut oleh salah seorang cikgu di sekolahnya. Siap dibukakan pintu.. "Come my baby, come.." Ujar cikgu itu.. Being 2 years and 10 months, I guess he is the baby of the school.. Sebab yang lain semua dah besar-besar, 4 years and above.. Lagipun, with his speech ability, physical limitation, and his baby face, memang orang dok panggil baby la.. =P
.
Kata bibik, selalu juga ada cikgu-cikgu kelas lain datang ambik Rayyan Ariff bawak pergi nyanyi-nyanyi ke apa.. Iyelah, dia yang paling kecik.. Lagipun, Rayyan Ariff ni obedient sket.. Kalau dengan orang, senyummmm je manjang.. Senang nak handle.
.
*2 tahun 10 bulan still lagi macam baby kat mata orang.. Ko ada??* Hahahhaha..
.
Oh yea, malam tadi budak comel ni bangun pukul 3am nak main.. Mula-mula main dengan handphone, bila kita sorok, dia main pulak dengan cermin mata.. Bila kita ambik, dia main pulak cucuk-cucuk.. Mula-mula, cucuk hidung.. Pastu cucuk mata.. Minat sungguh dia dengan body parts.. Tu yang sibuk dok tunjuk sana tunjuk sini.. Bila kita pusing belakang, dia tunjuk-tunjuk pulak bontot kita la.. badan la.. Tensi sungguh.. Kata pukul 3 pagi!!
.
Lepas hantar Rayyan Ariff gi sekolah tadi, macam biasa, layan sinar.fm.. Maklumlah, old school.. :P
Ada seorang listener ni, dia hantar SMS emo sebab orang sekeliling sibuk dok tanya bila nak dapat baby? Padahal baru jer 2 bulan dia ni kahwin..
.
Hadoii la.. Bak kata SY and KE, kan elok kalau tanya, "OK ke kahwin?".. "Seronok ke kahwin?" Ye dak?? Ishh.. tipikal sungguh la..

Thursday, March 10, 2011

Yang tak terluah part 3~

Banyak konflik dalaman rupanya saya ni.. Banyak betul yang tak terluah ~ :P
.
Kalau boleh, nak hantar Ian ke sini.. Tapi tak mampu~ *pic source: mamapinkie.blogspot
.
Monthly fees untuk sekolah kat sini is RM2K per month. Classes are from 9.30am-12.90pm, Monday to Friday.. Under the care and supervision of highly qualified therapists and doctors (We've worked with some of them before). .
Serious mokcik tak mampu.. Kalau nak hantar jugak, yuran sekolah sekarang RM470 p.m. + berhenti bayar gaji bibik RM600 p.m, still lagi kena fork out RM930 per month.. *pengsan*.. Memang tak bertambah anak la jawabnya~ =P
.
Chup!! Kalo berentikan bibik, from 1230pm to 7.30pm, sape nak jaga Ian?? Sila angkat tangan sape yang sudi??
Or, ada sape2 yang nak donate RM2K per month untuk Ian?? Sila angkat tangan~
=P
.
Bibik kata, "Udah dua hari ini saya jerit sama itu budak hyperaktif di kelas Rayyan. Tidak duduk diam dia.. Waktu rehat, mahu dilangkah-langkahnya Rayyan yang sedang baring minum susu. Kalau terpijak gimana?"
.
Aduhhh.. Nak tergelak pun ada dengan peel anak-anak istimewa ni.. Tapi takkan nak tunggu sampai anak kena pijak dulu baru sibuk nak cari sekolah lain.. *Tongkat dagu, ketuk dahi*

Friday, February 25, 2011

Pendidikan anak istimewa: beri dia masa hingga hujung tahun..

Hari ini, saya berkesempatan bercerita serba sedikit dengan guru kelas Rayyan Ariff. Kata cikgu, Rayyan Ariff suka sepahkan barang mainan di kelas.. Tapi dia yang akan kemas balik sendiri kerana itu syarat yang cikgu bagi.. Kata cikgu, Rayyan sudah pandai mengusik kawan-kawan sekelas. Kata cikgu, Rayyan sudah sering ketawa besar di kelas, tiada lagi Rayyan Ariff yang 'reserve' dan hanya menjadi pemerhati..
.
Saya senyum. Tadi juga, apabila cikgu tanya, "Where's your nose?" Dengan cepat dia tunjuk. Sekali tunjuk sahaja. "Where's your ear?" Tunjuk lagi. Kalau dengan kami, kita tanya hidung dia tunjuk kepala. Kita tanya mata dia tunjuk hidung. Bagus juga dia dihantar ke sekolah, sekurang-kurangnya lebih berdisiplin. Kalau dengan kami, memang banyak main-mainlah.
.
Tadi juga, physiotherapist minta kebenaran saya untuk membawa Rayyan Ariff ke sesi berenang. Saya hanya membalas dengan senyuman ceria. Sangat mengalu-alukan. Kerana saya juga sering membawa Rayyan Ariff berenang.. Hampir setiap hari suatu waktu dahulu. Kini, yang tinggal hanyalah hari ahad untuk dia berenang. Makanya, kalau dia berenang sekali di sekolah, sudah menjadi 2 kali seminggu termasuk sesi wajib kami pada hari ahad.
.
Nampaknya Rayyan Ariff mula menyesuaikan diri di sekolahnya. Dan kerna itu, saya rasa agak keberatan untuk menukar sekolah anak itu dalam waktu yang terdekat ini. Makanya, saya bercadang untuk membiarkan Rayyan Ariff di situ sehingga ke hujung tahun nanti. Walau saya tahu perlu untuk Rayyan Ariff belajar bersosial dengan anak-anak tipikal, namun saya mahu dia menikmati kemudahan terapi fizikal dan pengurusan diri di sekolah sekarang ini terlebih dahulu. InsyaAllah, akan saya usahakan sesuatu yang lain untuk Rayyan Ariff bersosial dengan anak-anak tipikal. InsyaAllah..
.
Hari ini juga ada sesi bergambar di sekolah Rayyan Ariff. Hampir tergelak saya menyaksikan anak kecil itu dipakaikan uniform sekolah yang sangat besar berbanding tubuh kurusnya. Ibarat gaun pun ada. Sudah saya tanyakan kepada hubby tadi agar dia mencari saiz baju yang sesuai untuk Rayyan Ariff dan hubby sendiri akan menghantar baju itu untuk dicetak logo sekolah. Projek hujung minggu mungkin. =)
.
Di sekolah, Rayyan Ariff adalah pelajar paling muda. Di kelas-kelas lain, ada pelajar yang sudah berusia sehingga belasan tahun. Menjadi 'bayi' di kalangan pelajar-pelajar ini membuatkan Rayyan Ariff agak dikenali. Datang dia bersambut dengan sahutan 'hai' oleh anak-anak di situ dan pulangnya berbekal lambaian dan jeritan "bye-bye baby".. Dan adakalanya, diiringi ciuman selamat tinggal.
.
Senang benar hati ini apabila anak kecil itu disayangi. Syukur Alhamdulillah..
.
.
Entah mengapa, sewaktu memandu pulang tadi, untuk kali pertama, saya bagaikan melihat gambaran halatuju pendidikan Rayyan Ariff. Untuk kali pertama, saya merasakan masa depan yang baik menanti anak ini di kemudian hari.
InsyaAllah.
.

Tuesday, February 22, 2011

Mak busy, anak ponteng~

Budak ni ponteng sekolah hari ni.. Sebab ada renda-renda selsema gitu.. Harap2 tak melaratlah.. Vitamin tak tinggal tu..

Budak tak gi school~

Lagipun, driver bas skolah MC dua hari.. So takde orang leh antar balik.. Mama n ayah plak busy, takleh nak menjemput.. So, Ian MC la hari ni.. =)
.
Esok InsyaAllah boleh gi school. Sebab esok Uncle OD leh tolong ambik.. *Thanks Uncle OD*
Tengok Ian, semua sayang Ian.. Semua family members kita sanggup bersusah untuk Ian.. Alhamdulillah..
Nenek pun dah nak dekat 3 minggu jaga Ian kat sini.. This weekend, bibik dah balik.. Lega la sket Mama bila kena bawak Ian gi spital coz dah ada helper.. *Takmo jadi cam semalam* =)

Monday, February 7, 2011

Bukan selamanya Mama boleh jaga Rayyan Ariff..

*Title tak bley bla* =P
.
Iyelah, kita hidup ni bukan menongkat langit. Kalau tak mak, anak yang pergi dulu.. Kalau tak anak, haruslah mak kan? Tapi tu la, sebelum mak ni tutup mata, harap-harapnya anak-anak dah boleh berdikarilah..
.
Ini sebenarnya adalah ayat memujuk diri sendiri. Syahdu benar rasa hati sewaktu meninggalkan dia di sekolah pagi tadi. Kerana hari ini Rayyan Ariff ke sekolah tanpa ditemani bibik. Bibik pulang ke Indonesia bercuti untuk sebulan lamanya.
.
Minggu lalu, Rayyan Ariff sudahpun ke sekolah tanpa ditemani sesiapa dan dia biasa-biasa sahaja. Oleh kerana saya bercuti minggu lagu, perginya berhantar dan pulangnya berjemput dan tidaklah saya kegusaran. Namun hari ini, Rayyan Ariff terpaksa pulang sendiri menaiki bas sekolahnya kerna saya sudah kembali bekerja. 
.
Saya memujuk hati agar tidak terlalu gusar kerana pemandu itu akan menghantar Rayyan Ariff terus ke loading bay di kawasan kediaman kami yang mana ibu saya setia menunggu untuk menyambut cucunya pulang. Tambahan pula, ada seorang guru pengiring di dalam bas tersebut.
.
Namun saya masih tidak dapat mengusir kegusaran ini. Bagaikan terlalu kejam untuk saya melakukan perkara ini buat Rayyan Ariff. Belum lagi dia bisa berjalan sendiri sudah terpaksa menaiki bas sekolah sendirian. Belum lagi menjejak usia 3 tahun, Rayyan Ariff sudah terpaksa menaiki bas sekolah untuk tempoh sejam kerana jumlah penumpang yang sarat dan dia adalah di antara penumpang terakhir.
.
Pagi tadi, sewaktu melihat dia yang sedang duduk bersila di gym sekolahnya sementara menantikan giliran fisioterapi, syahdu sungguh rasa dijiwa. Masih terbayang-bayang di mata, imej anak kecil berbaju biru itu sedang duduk bersila sambil berinteraksi dengan guru-gurunya. Kalaulah bisa Mama menemanimu nak..
.
Walau setinggi mana kegusaran di hati, saya yakin, ini yang terbaik untuk anak itu.. Semoga kamu senantiasa berada di dalam lingkungan rahmatNya wahai anak..
.
"Ian, walaupun mama tak selalu boleh ada dengan Ian, tak boleh jemput Ian, jangan takut yea nak.. Sebab Allah SWT akan selalu ada dan Dialah Yang Maha Melindungi.. InsyaAllah, Dia jaga Ian.. Dia lindungi Ian.."
.
Mama sayang kamu! *Mode sedih*

Thursday, January 27, 2011

Erti sebuah kasih sayang..

Saya suka pada cikgu yang mengajar Rayyan Ariff di sekolah sekarang. Orangnya baik dan berbudi bahasa, dan penuh dengan kasih sayang.. Wanita berbangsa India itu tidak melihat pada warna kulit, kaum  ataupun tahap kecerdasan pelajar-pelajarnya dalam memberikan pengajaran kepada mereka. Keikhlasan terpancar pada wajahnya dan hasil pengajarannya jelas terlihat pada anak-anak didiknya yang sudah lebih setahun bersamanya..
.
Dari memakai pampers, sudah di ajar menggunakan tandas..
Dari tidak punya fokus, sudah di ajar memegang pensel..
Dari seorang anak yang berada di dalam dunianya sendiri, sudah di ajar berkasih sayang..
Dari tidak tahu berbicara, sudah di ajar bercakap..
.
Pada saya, inilah kualiti yang harus ada pada seorang guru.. Sayangnya, tempoh perkhidmatannya akan tamat dalam masa 2 bulan lagi.. Such a waste.. =(
.
"Dia ini sayang sama Rayyan. Mahu tengok?" Ujar cikgu itu kepada bibik seraya meletakkan Rayyan Ariff ke ribaan seorang anak autisme berbangsa india. Anak itu memeluk dan mencium Rayyan Ariff..
.
"Baby.." Ujar cikgu itu kepada anak berusia 5 tahun yang meriba Rayyan Ariff itu. "Baby.." Anak itu mengulangi perkataan baby yang diucapkan cikgunya seraya mencium Rayyan Ariff.
.
Mulus sekali perasaan kasih sayang itu. Terharu sungguh saya mendengar cerita ini daripada bibik.. Kalaulah cikgu itu tidak berhenti, kalaulah Rayyan Ariff sesuai di sini, pastinya saya tidak perlu melebarkan pencarian.. =(
.
Saya selalu bertanya tentang cikgu dan kanak-kanak di situ daripada bibik. Menurut bibik, sesekali terdengar bebelan daripada cikgu, "Aiyoo, anak demam pun mahu hantar juga.. Nanti berjangkit sama budak lain sapa susah? Ini mak bapak mahu senang saja, malas mahu jaga anak.." Di waktu yang lain, cikgu itu sesekali bercerita kepada bibik pada waktu rehat, "Yang ini bapak dia banyak sayang.." "Yang ini mak bapak takde kisah punya, hantar ambik sahaja cukup.." Dan banyak lagi kisah masyarakat yang sememangnya menarik untuk di dengar..
.
Cubaan memakai hearing aid buat Rayyan Ariff, sekali lagi berlaku penolakan selepas kami mengubah frekuensi bunyi dan mengenakan ear mould baru.. =(
.
Apa sekali pun, hanya doa yang kudus dapat saya berikan untuk semua anak-anak ini agar terus dipermudahkan segala urusan mereka.. Aminnnn..

Wednesday, January 26, 2011

Tak payah berdolak dalih; penerimaan terhadap anak OKU memang masih kurang!!

Honestly, saya malas untuk menaip entri ini. Mahu biarkan sahaja ianya berkubur di dalam minda ini, namun saya sudah berjanji dengan beberapa teman di FB..
.
Kenapa saya malas? Kerna cerita-cerita seperti ini takkan habis.. Selama mana saya bergelar ibu kepada Rayyan Ariff, selama itulah saya harus membiasakan diri dengan penolakan aka rejection. Inikan fitrah manusia, yang sering punya takrif tersendiri pada hakikat sebuah kesempurnaan.. Takkanlah setiap kali ditolak, saya harus melayan mereka dengan membuat entri khusus..
.
Secara ringkas, hari isnin adalah hari yang cukup mencabar kerana saya terpaksa mengambil EL dek keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang kurang memberangsangkan seperti yang saya ceritakan di dalam entri sebelumnya.
.
Setelah menghantar Rayyan Ariff dan bibik pulang dahulu, saya bergerak ke kedai kek bagi mendapatkan beberapa potong kek dengan perisa berlainan dalam usaha memujuk Rayyan Ariff untuk makan. Usai memilih kek, saya terpandang pada logo Smart Reader yang jelas terpampang. Saya tidak tahu sama ada masih dibuka ataupun tidak kerna jam waktu itu sudah melebihi pukul 230 petang.
.
"Singgah sahajalah, sekadar bertanya.." Bisik hati ini..
.
Sewaktu saya tiba di tingkat satu bangunan kedai itu, sungguh saya tidak perasan bahawa perempuan yang ada di kaunter itu sudah mahu pulang. Namun dia tetap melayan saya dan menyuruh saya duduk..
.
"Kami sebenarnya dah nak tutup.." Dia
"Oh yea ke? Maaf tak perasan.." Saya.
Beberapa ayat lagi sekadar pembuka bicara.

"Berapa umur anak puan? Lahir tahun berapa?"
"Tahun ni nak masuk tiga. Lahir tahun 2008.." Saya
"Oh, kat sini kami dah terima umur 3 tahun.." Ujar dia lagi dengan penuh bersemangat.
"Anak saya special needs child.." Saya.
"Oh, kami tak terima special child kat sini.. Anak you down syndrome ke?" Dia. Dengan nada yang sudah berubah dan tidak berminat.
"Tak. Dia Developmentally delay.. Slow learner.."
"Puan, slow learner lain.. Anak puan ni down syndrome ke autistic?"
.
Masa ni, serius rasa nak jentik hidung minah ni. Which part of the word "Tak" yang ko tak paham? Dah aku kata bukan syndrome down, bukan autistic, bukanlah.. Pastu nak ajar kita pasal slow learner plak. Seriously, even though ko dah bertahun ajar budak-budak, tapi sape kat sini yang lebih well experienced dengan special child, ko ke aku??
.
"Puan, kita tak terima special child kat sini.. Sebab kita takut takleh nak deliver.. Apa kata puan antar anak puan ke sekolah anak istimewa.." Dia.
"Saya memang dah hantar.." Saya
"Ha.. Dah tu??" Dia.
Eh, eh, menyampuk pulak dia.. OK, to cut the story short, ni antara beberapa ayat dia yang saya rasa cukup tak mesra alam..
"Cikgu dia, therapists dia, even doctor dia suggest suruh gi skolah biasa so that dia boleh bergaul dengan anak-anak normal.. Dia alert n focus OK. Lagipun, kami memang buat early intervention programme untuk dia macam OT, physio, speech therapy semua.." Saya.
"Oh tapi kita tak terima anak istimewa takut apa yang kita ajar ni dia tak dapat ikut.. nanti puan blame kita.." Dia.
"You tak tengok lagi dia macam mana you dah boleh kata yang dia takleh ikut? Walaupun physically dia delayed, takkan kita nak ignore mental ability dia.. I've worked so hard for this child and I dah ajar dia banyak benda.." Saya.
"Bukan puan. Nanti dia rasa rendah diri.. Sebab dulu ada budak umur 5 tahun datang, semua OK, boleh bercakap everything. Cuma takleh jalan jer.. And dia memang rasa rendah diri sebab bila budak-budak lari and joget2, dia takleh nak follow.. Kalau terlanggar macam mana? Budak-budak kan lasak.. Lagipun, budak-budak sekarang pun dah tahu main geng-geng" Dia.
"Sebab budak-budak lasaklah saya akan bawak maid saya sekali teman dia.. 5 tahun dah besar. Anak saya baru nak masuk 3 tahun.. Apalah yang budak 3 tahun faham tentang rasa rendah diri? Lagipun, sebelum ni saya ada bawak anak saya ke satu taska ni and they are OK to accept him.. He can take instruction..Kalau kita tak dedahkan dia, lagilah tersisih.." Saya.
"Ha kalau macam tu hantar la kat sana.. Kenapa tak hantar kat sana?" Dia.
"Kat sana yuran mahal. 600-700 sebulan.."
"Untuk anak sendiri apa salahnya, pengorbanan untuk anak..Bukan untuk orang lain" Dengan nada menyindir..
.

Jangan bercakap dengan saya tentang pengorbanan wang ringgit kalau kamu tidak kenal siapa saya!  Kalau bukan di atas tiket pengorbanan, takkanlah saya sanggup 'membuang'  sumber pendapatan sebanyak RM30K untuk bercuti tanpa gaji selama 6 bulan?? Pendapatan bulanan tiada, bonus terjejas kerana kaedah pro-rata bagi tahun 2009 dan 2010, hutang kredit kad yang bertambah, tahap simpanan yang  kritikal, semuanya kerana seorang anak!!!!
.
Honestly, untuk sebuah taska @ playschool biasa dan bukannya sekolah untuk anak istimewa, yuran RM600-RM700 sebulan adalah mahal. Sedangkan masih ada yang menawarkan yuran yang sedikit murah, salahkah saya kalau saya melebarkan pilihan sebelum membuat keputusan??
.
"Puan, boleh ke puan nak antar maid puan sama-sama tiap-tiap hari?"
Ayat mencipta alasan!
.
"Puan, kami takut kami tak dapat ajar anak puan.. Kami takut in term of delivery.." Dia.
"Saya sudah maklumkan tadi, saya boleh ajar anak saya sendiri dan saya dah banyak ajar dia.. Yang saya nak dedahkan dia adalah dari segi sosialization!"
.
OK, seriously, saya memang dah takde hati nak letak Rayyan Ariff kat sini.. It's more to argument untuk menyedarkan manusia di depan saya ini bahawa golongan OKU juga wajar diberi peluang! Kasihan anak-anak yang dihantar ke situ.. Kerana mereka di ajar oleh seorang cikgu yang shallow! Dididik oleh guru yang tidak punya empati.. Kerana mereka dibenarkan berpuak-puak sedari kecil dan bukannya di ajar untuk menerima.. So shallow!
.
"Bukan puan, saya tak bermaksud nak menghina puan. Tapi kami tak diajar untuk mengajar anak istimewa, kami takde pengalaman.. Takut nanti delivery takde.." Dia.
"Kan saya kata saya cuma nak in term of socialization. Cara awak memang salah! Belum awak tengok lagi anak saya, awal-awal lagi awak dah halau. Dah taknak terima, memang saya rasa terhina.. Cara penyampaian awak ni salah.." Saya.
"Ok, puan bawak dulu anak puan ke sini kita tengok macam mana.." Dia.
"Awak ingat saya nak bawa dia kat sini lagi ke? Belum apa-apa lagi awak dah pandang rendah pada dia.. I've worked so hard for this child and saya takkan biarkan orang macam awak tolak anak saya macam tu jer.." Saya.
"Maaflah puan tapi kami memang takde kepakaran dalam nak mengajar anak istimewa.. Saya bukan niat nak menghina puan bla.. bla.. delivery.. bla.. bla.. tersisih.. bla bla.." Dia.
"Tak kiralah apa niat awak tapi cara awak ni memang salah.. Belum apa-apa lagi  ibarat awak dah halau saya,dah bgtau taknak terima.. Ni ke cara bercakap dengan orang?" Saya.
"Saya sebenarnya nak cepat, ni saya dah pegang kunci kereta ni.." Dia.
Kalau betul ko nak cepat, apsal ko tarik kerusi n bagi aku duduk. Siap cakap lagi, biasa ada cleaner datang cuci time budak budak dah balik, yang korang terima budak-budak seawal usia 3 tahun and what not.. Nak bermanis muka konon. Bila aku bagitau anak aku OKU, terus ko jadik sibuk nak balik.? Nak cepat? Not acceptable laah!!
.
Ini antara intipati perkara yang terkeluar pada waktu itu.. Walaupun berkali-kali dia meminta maaf, saya hanya berlalu dengan menegaskan cara penyampaiannya adalah salah! Dan saya juga tidak tahu apakah dia benar-benar ikhlas dengan permohonan maafnya kalau dihujung bicara dia tidak habis-habis menggunakan perkataan ''delivery''..
.
Sebelum ini saya pernah bertanya pada taska lain. Namun cara penolakan mereka yang lembut langsung tidak meninggalkan kesan pada saya. Bukankah diplomasi itu penting?
.
Tapi saya memang terkesan dengan cara perempuan itu. Namun saya tidak mungkin menitiskan air mata untuk orang seperti itu. Tidak berbaloi. Dan saya pulang ke rumah dengan satu perasaan baru.. Satu semangat baru untuk lebih berusaha demi Rayyan Ariff. Allah SWT sebenarnya melindungi Rayyan Ariff daripada orang seperti itu kerana anak saya adalah bukti keajaiban kekuasaanNya.. Dan perempuan itu tidak layak untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang menyumbang kepada keajaiban Allah ini. Fullstop.
.
Rayyan Ariff was doing well with his classmate-tak-jadi @ Sri Mawar CDC
.
Pulang sahaja, saya bercerita pada bibik.. "Kak, tadi saya pergi tanya satu sekolah ni, dia kata taknak terima Rayyan sebab Rayyan anak istimewa.."
"Orang melayu kita? Islam?" Soalan pertama dari bibik.
"A'ah.." Saya menjawab ringkas..
"Waduhhh.. Enak saya dia berbicara. Lupa tuhan mungkin dia.. Kita doa sajalah yea.. Semoga anak-anaknya semua sehat-sehat saja.." Ujar bibik dengan penuh ketidakpuasan hati..

Thursday, January 13, 2011

Selamanya dia adalah anak kecil saya!! Selamanya dia adalah bayi saya!!!

Hari ketiga persekolahan, tangisan Rayyan Ariff bermula sebaik sahaja dia menaiki kereta lagi. Amukan yang bukan sedikit. Sudahnya, saya menelefon atuknya di kampung dan membiarkan Rayyan Ariff dipujuk atuknya. Setelah seketika dipujuk, amukannya mula reda.
.
Setibanya kami di sekolah, tangan Rayyan Ariff bersungguh-sungguh menunjuk ke arah pintu masuk sekolahnya tanda mahu segera masuk. Saya jadi keliru. Mana satu yang dia mahukan, ke sekolah ataupun tidak? Terus sahaja saya melangkah masuk dan menghantarnya ke kelas. Hari ini, Rayyan Ariff adalah orang pertama yang tiba.. =)
.
Mari kita buat wood puzzle..

Wohoho.. Lappie pink you!!
Setelah seketika, saya tinggalkan Rayyan Ariff dan bergerak ke pejabat. Jam 1015am, saya menelefon bibik untuk bertanyakan keadaan Rayyan Ariff..
.
"OK kak.. Dia baik-baik sahaja. Tidak menangis dia. Saya masuk suapkan makanan pun dia buat tidak tahu. Cikgunya sibuk sahaja melayan dia.."
.
Lega di situ. Sekurang-kurangnya, tiada adegan amuk.
.
Jam 1.15pm, saya menelefon bibik lagi. Bertanya khabar. Resah tak diam duduk mama Ian. *Emo*
.
"Kami udah sampai tadi, jam 1245pm. Lama berpusing-pusing menghantar murid lain.Rayyan sedang tidur Kak.. Oh yea Kak, esok cikgu pesan tidak perlu pakai seluar jeans. Pakai seluar biasa sahaja kerna dia mahu mengajar Rayyan ke tandas supaya tidak perlu pakai pampers lagi.."
.
Sumpah, waktu itu ada rasa sedih. Sedih yang bukan sedikit. Syahdu. Terus sahaja saya mengadu kepada rakan sepejabat..
.
"Sebelum ni,ada dua tiga orang jugak suruh Wan potty train Rayyan sebab dia boleh take instruction, tapi Wan tak sedia.."
"Nape, Wan malas ke?" Tanya teman itu.
"Takkk.. Wan nak dia pakai pampers. Sebab tiap kali Wan pakaikan pampers untuk dia, rasa macam dia baby lagi.. Baby kecik.. Kalau tak pakai pampers dah besar la.."
.
Drama queen, kan? *Mode sedih - Even 30 years from today, he will still be my baby!*
~@Sob.Sob.Sob@~
.
Menurut bibik juga, Rayyan Ariff tidak henti-henti tertawa gembira sepanjang perjalanan pulang menaiki bas sekolah. Teruja mungkin. Kali pertama menaiki bas. =)
.
Secara keseluruhannya, Rayyan Ariff behaved very well in school today. Cikgunya juga melayan dia dengan cukup baik. Kebanyakan waktu, dia asyik melayan Rayyan Ariff. Sewaktu Rayyan Ariff menyusu juga, anak itu berbaring berbantalkan paha cikgunya.. Sepanjang Rayyan Ariff duduk di kerusi, tidak sesekali dia meninggalkan anak itu. Sewaktu Rayyan Ariff duduk di bawah pula, dia begitu setia meriba dan melayan anak kecil itu.
.
Mungkin itu lebihnya Rayyan Ariff.. Allah SWT memberikan dia kelebihan dengan membuatkan orang-orang sekelilingnya mudah jatuh kasih padanya. Syukur Alhamdulillah!

Wednesday, January 12, 2011

Memarahi diri sendiri untuk sesuatu yang bukan satu kesalahan!

OK, kali ini adalah kisah Rayyan Ariff ke sekolah.
.
Sesi persekolahan adalah dari jam 8am hingga ke jam 12pm. Hari pertama, Rayyan Ariff bertahan sehingga jam 11am sebelum dia mengamuk mahu pulang. Hari kedua, dia hanya bertahan sehingga jam 10.30am dan bibik segera menelefon En.Hubby untuk menjemput mereka pulang.
.
Hari esok masih belum tahu bagaimana. Saya tidak dapat menemaninya lagi. Esok, saya hanya menghantar Rayyan Ariff dan bibik ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Dan mereka berdua akan pulang dengan dihantar oleh bas sekolah yang disediakan. Runsing juga apabila memikirkan sama ada Rayyan Ariff mampu bertahan sehingga jam 12pm atau tidak. Harap-harap dia mampu kerna esok hari, tiada lagi saya ataupun En.Hubby yang boleh membawa mereka pulang awal lagi..
.
Hari pertama, sewaktu saya menemani Rayyan Ariff dari luar, sumpah mahu gugur air mata ini tatkala melihat anak saya duduk di kerusi dengan tertib sambil bermain dengan bead toys. Matanya melilau memandang sekeliling termasuk anak-anak lain yang sibuk dengan aktiviti mereka sendiri. Melihatkan Rayyan Ariff yang tidak dilayan sesiapa membuatkan hati saya meronta-ronta ingin mendapatkannya, namun minda menghalang.
.
Sehinggalah selepas kejadian Rayyan Ariff terjatuh dan menangis tidak berhenti, barulah saya dibenarkan berada di dalam kelas tersebut iaitu bersebelahan cinta hati saya itu.
.
Dalam pada saya sibuk melayan kerenah Rayyan Ariff, mata saya tidak lepas memandang anak-anak lain di dalam kelas itu. Ada anak cerebral palsy dan ada juga anak autisme di  dalam kelas itu. Dan Rayyan Ariff adalah yang termuda di antara mereka.. Sungguh hebat asuhan cikgu itu apabila anak autistic yang asalnya hanya berada di dalam dunia mereka sendiri berjaya dilatih untuk menguruskan diri sendiri. Berpakaian sendiri, ke tandas sendiri, makan sendiri dengan tertib, dan juga bisa melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan. Namun yang nyata, mereka tidak 'berhubung' dengan rakan-rakan yang lain. Kemahiran sosial masih lagi perlukan ruang untuk dipertingkatkan.
.
Waktu itu saya terfikir, bukan ini yang saya mahukan untuk Rayyan Ariff. Saya mahukan dia bersosial agar dia dapat meluaskan penerokaannya. Namun senario ini menunjukkan bahawa Rayyan Ariff masih lagi terasing. Namun saya tidak mahu terlalu cepat menilai kerna ini hanyalah hari pertama persekolahan.
.
Waktu sesi rehat untuk minum pagi, saya dihampiri 'seseorang'.. Dan dia yang berhati mulia ini memaklumkan sesuatu kepada saya setelah puas memerhati tingkahlaku Rayyan Ariff sedari awal kehadiran Rayyan Ariff.
.
"Honestly, he's not suppose to be here. He's too focus and too alert to be in this place. He seems so restless because things that we've here is not to his standard. He can do the activity easily though there're still  some room for improvement. Why dont you go and find a better place for him to develop. He's hunger for stimulation and he needs one to one teacher so that he can feed his  learning needs.. And he needs the stimulation right now, dont wait until it's too late.."
.
Saat itu, rasa panas menyerbu ke muka saya. Apa yang sudah aku buat untuk Rayyan Ariff?? Saya mula mencongak kesalahan diri. 
"Did I overstimulate him?"
"Or maybe I've not done enough for him that he doesnt belong to any category?"
.
Kesedihan datang menerpa kerana Rayyan Ariff bagaikan golongan 'tersisih'. Dia dikategorikan sebagai 'advance' apabila diletakkan di kalangan kanak-kanak istimewa. Namun jika diletakkan di kalangan anak-anak tipikal, dia memang sedikit ketinggalan dan pastinya tidak dapat untuk segera menerima pembelajaran seperti mereka.
.
Tatkala itu, saya cukup kecewa dan marah pada diri sendiri kerana mengeluarkan Rayyan Ariff dari kepompong anak istimewa. Hati menjerit mengatakan kalau benar saya mahu berusaha untuk dia, seharusnya saya membawa dia ke satu tahap yang mana dia tidak tersisih. Istimewa atau tipikal, selagi ada tempat untuknya, bermakna dia tidak tersisih.
.
Beberapa nama sekolah dicadangkan kepada saya dan minda terus berkira-kira. Apabila sekolah antarabangsa yang dicadangkan, pasti yurannya bukan sedikit!
.
Setelah meninggalkan sekolah tersebut, saya mula membuat panggilan telefon. Pertamanya, kepada 'kakak' saya untuk melepaskan rasa yang terbuku. Dan barulah jiwa ini mendapat sedikit kelegaan.. Seperti kata kakak saya, sememangnya penat mahu memulakan kembali pencarian, namun kami harus bersyukur. Someone acknowledged that Rayyan Ariff is smart and we should be thankful for that.
.
Betul. Saya terlupa. Benar-benar terlupa. Ini anugerah tuhan buat seorang anak kecil yang dilahirkan di dalam keadaan hampir tiada sel otak! Pernyataan syukur yang harus kami berikan di atas kurniaanNya bukan?? Terus sahaja mulut saya tidak henti-henti mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada tuhan yang maha memberi...
.
Dan hati ini semakin kelegaan apabila saya selesai berbicara dengan Ina, ibu Nabila.. Mungkin kami terpaksa meneruskan pencarian kembali, namun bukankah ini sesuatu yang baik?? =)
.
Untuk hari kedua, saya meminta Rayyan Ariff diletakkan di lantai sahaja kerna bimbang dia akan jatuh lagi..
.
Saya tahu, ibubapa adalah guru terbaik buat anak-anak dan alangkah indahnya kalau saya mampu mengajarnya sendiri sepanjang waktu. Namun kekangan kewangan sangat tidak mengizinkan. 
.

Di sekolah Rayyan Ariff juga terdapat kepingan wood puzzle seperti ini, namun bilangannya adalah sedikit berbanding jumlah kepingan puzzle ini. Mungkin 3-5 keping. Dan apabila my so-called severely brain injured baby sudah mampu menyesuaikan kesemua 16 keping puzzle di atas, mungkinnya dia merasakan tugasan di sekolahnya adalah tidak mencabar.. Mungkin. Wallahualam.
.
Saya sudah mengambil keputusan untuk membiarkan Rayyan Ariff meneruskan pembelajaran di sekolah ini untuk tempoh sebulan kerna sayang pula dengan segala yuran yang telah dibayar. Dalam waktu yang sama, saya akan meneruskan pencarian tempat terbaik buat Rayyan Ariff.. Semoga dipermudahkan segala urusan  anak ini dan semoga anak ini akan 'diterima' kelak.. Aminnn..
.
P/s - Puzzle di atas adalah pemberian boss di pejabat. Kali pertama melihatnya, hati berkata, entah bilalah Rayyan Ariff boleh buat semua. Biasanya begitulah, sesuatu yang kita tidak jangka itulah yang anak-anak kita akan tunjukkan.. Right? =)

Tuesday, January 4, 2011

Bila anak masuk sekolah, duit pun keluar ribu ribu lemon.. :P

Sebenarnya, ada tiga pilihan sekolah untuk Rayyan Ariff setakat ini. Antara faktor penting untuk pemilihan ketiga-tiga sekolah ini adalah lokasi dan perkara-perkara seperti kemudahan, nisbah guru dan pelajar, serta kos yuran bulanan.
.
Yuran untuk ketiga-tiga sekolah ini berada di dalam lingkungan RM450 sehinggalah RM600 sebulan bergantung kepada jumlah masa dan saya mensasarkan untuk Rayyan Ariff bersekolah hanya separuh hari. Bayaran permulaan pula adalah dicampur dengan bayaran pendaftaran, sebulan deposit, yuran untuk tiga bulan, dan bayaran alatulis yang mana kami perlu ada sekurang-kurangnya RM2000. Lagaknya seperti masuk universiti pula.. Namun hakikatnya, rata-rata caj bayaran untuk persekolahan anak istimewa sememangnya agak 'istimewa' dan berlainan, melainkan jika ibubapa memilih untuk ke pusat pendidikan milik kerajaan seperti PDK.
.
Sekolah yang pertama adalah sebuah pusat perkembangan kanak-kanak tipikal yang menerima slow learner. Nisbah guru adalah seorang untuk 5 orang murid dan mereka menyediakan kelas berenang. Pengetuanya juga memegang PhD dalam jurusan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Namun di sini, caj yang dikenakan adalah agak mahal walaupun saya sudah memaklumkan bahawa Rayyan Ariff tidak akan datang untuk seminggu penuh kerna dia akan menghadiri sesi terapi untuk salah satu hari dalam minggu tersebut. Tambahan pula, bibik akan ikut serta makanya Rayyan Ariff punya helper nya sendiri di sini.
.
Sekolah yang kedua adalah sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa. Nisbah guru adalah seorang untuk 3 murid. Sesi persekolahan akan dimulakan dengan urutan dan pelbagai aktiviti minda juga. Namanya pun sekolah untuk anak istimewa, makanya mereka juga menyediakan kelas renang dan menunggang kuda. Kelebihan sekolah ini adalah kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang dengan caj tambahan sebanyak RM80. Cuma satu, mereka tidak menerima 'helper' dan dalam hal ini, susahlah buat Rayyan Ariff kerna dia masih belum bisa menguruskan diri sendiri.
.
Sekolah yang ketiga adalah sekolah yang saya ceritakan di dalam entri isu sensitif. Nisbah guru adalah satu kepada 10 murid dengan 7 murid tipikal dan selebihnya adalah murid istimewa. Kurikulumnya pula adalah program intensif untuk menyiapkan anak-anak ini dengan persediaan ke pra-sekolah nanti.
.
Untuk ketiga-tiga sekolah ini, saya tidak tahu yang mana satu akan menerima Rayyan Ariff kerna mereka perlu menilai kelayakan Rayyan Ariff dahulu sebelum berkata boleh atau tidak. Seandainya jawapan mereka adalah tidak, maka saya terpaksa meneruskan pencarian.
.
Bagi sesi penilaian ini, kesemua mereka meminta kami untuk datang pada hari ketiga dan ke atas. Kerna pada hari pertama dan keduanya, masing-masing akan sibuk dengan murid-murid asal dan juga murid-murid tipikal baru. Namun kerana kesibukan di pejabat, saya hanya mampu membawa Rayyan Ariff pada hari jumaat nanti..
.
Kalau ditanya yang mana satu yang saya inginkan di antara yang di atas, jawapannya adalah pilihan kedua! Saya tahu, termasuk Dr.Taayah, ramai yang berpendapat bahawa Rayyan Ariff perlu didedahkan dengan anak-anak tipikal agar dia berkecerendungan untuk meniru mereka. Namun rasanya, saya terpaksa akur dengan hakikat bahawa Rayyan Ariff juga perlukan pertolongan dari segi fizikal dan hal ini hanya bisa di dapati di sekolah kedua. 
.
Hatta untuk sekecil-kecil aktiviti seperti menconteng sekalipun, kita perlu membimbing jemari dan tangannya untuk 'bekerja', termasuklah 'mengujakan' perasaannya agar dia terus memberi perhatian. Makanya, saya rasakan bahawa sekolah istimewa lebih sesuai untuk close guidance yang diperlukan Rayyan Ariff..
.
Belajar rajin-rajin yea nak!!