Sunday, September 30, 2012

Belasungkawa buat putera dari syurga..

Kami memulakan hari Sabtu seperti biasa. Merangka jadual untuk satu aktiviti lazim. Sang suami akan membawa si anak bujang berterapi, manakala sang isteri di rumah bersama anak perempuan. Berada di rumah untuk upcara mengemas, mengemop, membasuh, menukar cadar, membasuh bilik air dan yang sewaktu dengannya. 
.
Namun satu panggilan telefon telah mengubah hari kami. Telah meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa dan hati kami..
.
"Kak Jiey, tahu tak Aiman kat ICU? Dr kata harapan tipis.." Suara Zura yang tenggelam timbul di hujung talian benar-benar mengundang rasa yang pelbagai. 

Sebaik talian dimatikan, saya mula bercerita pada yang lain. Air mata mula menitis seiring dengan perkhabaran yang diucapkan. Saya tidak tahu mengapa, namun kali ini, air mata ini terlalu murah. 

Mungkin selepas Alanna Qish, saya tidak menyangka akan kehilangan seorang lagi anak syurga daripada keluarga superkids kami.. Sungguh. 

Terus kami bergegas ke wad ICU Hospital Serdang. Dari pagi, hanya setelah jam berada di angka 5 ptg barulah kami dapat menatap wajah anakanda Aiman. Aiman dimasukkan ke wad kerana kesukaran bernafas akibat lemas. Keadaannya sudah teruk sewaktu di bawa ke hospital..

Organ dalaman mulai berhenti berfungsi sedikit demi sedikit. Hati ayahbonda semakin dipagut kepiluan.. Tatkala saya menatap wajah syurga milik Aiman, saya mengerti apabila ibunya berkata dia tidak mahu Aiman terus menanggung kesakitan, namun tidak sanggup pula melepaskannya..

Di luar wad ICU, kami berpelukan sambil menangis, "Macamana Kak Jiey?" Suara serak menahan tangis itu masih terngiang-ngiang. 

"Akak faham bila Ida kata takmau Aiman sakit. Akak pun tak sanggup tengok dia macam tu. Tak mampu. Tapi untuk hilang dia pun tak sanggup. Pergi maksudnya tak ada. Tak ada di mana-mana. Tak boleh peluk. Tak boleh cium. Tak ada lagi.. Seperti kata Ayu.."

Subhanallah. Kesedihan dan kesakitan itu masih jelas tergambar. 

Pagi ini, Aiman atau Muhammad Amar Nazheef, kembali menemui penciptaNya. Pergi yang tidak akan kembali.. Innalillahhiwainnailaihirojiun..

Al-Fatihah buatmu wahai putera syurga. 

Pada sebuah pentas duniawi, banyak kekurangan pada jasadmu. Di usia 4 tahun, kamu masih belum mampu merangkak atau berjalan. Kamu masih belum bisa bercakap atau bermain seperti anak-anak lain. Namun kini, kamu dimuliakan dengan sebuah syurga tanpa sebarang kepayahan. Di sana, pastinya kamu sedang bergembira menikmati indahnya taman firdausi.. 

Berlarilah semahumu anakku, bermainlah seinginmu anakku.. Doakan untuk babah, mama dan adikmu semoga mereka akan dapat bersua denganmu di sana. Di syurgaNya..


Aiman dipangkuan Babah dan Mamanya..

Sering teringat di minda, satu ayat yang pernah diungkapkan oleh Babah Aiman, yang tidak dapat saya lafazkan tanpa titisan air mata dan sebak merajai hati, "Andai airmata seorang ayah mampu menghilangkan segala kesakitan seorang anak, pasti aku akan menangis, walaupun sehingga aku buta.."

Setiap kali mengulangi ayat ini, pasti rasa sebak memenuhi rongga jiwa. 

Kasih tak bersyarat. 
Agung. 
Kasih kerana Allah. 

Thursday, September 27, 2012

Anak burung mama~

Tiap kali tengok budak kecik ni, automatik mulut dan hati akan cakap,
"Comel macam anak burung.."
"Alhamdulillah. Terima kasih tuhan untuk anugerahMu yang tak ternilai ini.."
Tiap kali.

Kan betul, comel. Comel di mata dan hati kami.. Hidung penyek tu yang paling mahal.. hahahaha..

Bila dia buat something macam 'baca buku' or tengok TV, muka khusyuk ala-ala sangat konfiden macam tahu.. Siap tunjuk-tunjuk sambil bebel-bebel..

Bab 'mengemas', memang boleh serah kat dia..

 Kan dah kata, rajin 'mengemas'..

Mula-mula beli rak ni, dah agak mesti akan bersepah rumah sbb takleh tutup kan.. Tapi tak budget pun dia yang akan buat sepah.. Ingatkan Rayyan Ariff. Turns out, Rayyan Ariff ok je. Ambik satu-satu, bwk gi depan TV, main kat situ.. Satu, satu..

Dapat kat Makcik kecik ni, dengan bekas-bekas sekali dia cabut, tuang segala mak nenek toys.. Gambar ni kira OK la lagi sebab dia cabut satu jer, kalo biar, semua pun dia nak cabut..

Tukang sibuk pun dia.. Masa Abang demam, dia yang beria nak sponge badan Abang.. :-)

Umur sekarang, memang suka tengok keletah dia.. Nak nak bab dia mengusik Abang. Macam orang besar.. Most of the time, kitorang lupa that she's still a baby sebab dia matured kalau nak compare to her actual age..

Selalu rasa macam dia dah besar because of the way she acts. Macam one time, my mom bebel, Abang belek buku OK jer..Adik belek sampai koyak-koyak..
Bila I replied, "Ye la mommy, dia baru umo 10 bulan, motor skills mesti la nak kena improve lagi.. Rayyan dah besar nak belek magazine orang tua.. Kan ke page dia nipis-nipis jer.. Kalo buku baby lain la, mukasurat dia tebal-tebal.."

Terus my mom gelak. Memang kitorang selalu lupa that she's just a baby.. Mungkin sebab dia pun dah tahu banyak benda yang Rayyan Ariff boleh buat at much later age. Dah tahu demand. Dah tahu salam. Dah tahu kiss orang. Dah tahu bila kita larang. Dah tahu tiru Abang dia 'nyanyi' lagu twinkle-twinkle..

And the best part, bila dia mula belajar berjalan... I even gave her not so good remark.. "Lambat Adik ni.. Umo 3 bulan dah meniarap, 5 bulan lebih dah merangkak, ingatkan umo 9 bulan nanti dah boleh jalan.. Rupanya tak.."

Then ada yang tegur, consider cepatlah because she's not even 1 year old.. Masa tu rasa, Dushhhh.. Eh! Eh! anak perempuan mama baru 10 bulan lebihlah!

Perkembangan dia mungkin biasa di mata orang lain, tapi bagi kami yang hanya ada Rayyan Ariff sebagai benchmark, rasa macam sangat lega.. Kira boleh kata, "Ok, just sit back and relax. She will manage to do things on her own.."

Oh anak burung kami yang bijak dan cantik, Mama doa segala yang terbaik untuk kamu. Jadi HambaNya yang taat dan anak yang solehah. Aminnn..

Tuesday, September 25, 2012

My charming son..

At times, he can be soooo sweet and charming..

Lately, suka benar nak riba Adik. The thing is, Abang kita ni kasar.. Tarik Adik kasar-kasar as if Adik tu anak patung dia..

 Sibuk nak riba Adik yang tengah syok tengok Pororo.. Sengih-sengih tu...

 Adik dah nak nangis sebab rimas..
.
 Mau tak rimas kalo dah gini gaya..

 My babies.. :-)

Haaa.. Dia start dah.. Terus ambik Adik from him.. Kalau dibiar lagi, makin terukkkk..
:-)

Monday, September 24, 2012

Anak kepada seorang blogger~

Kenapa tajuk ala-ala dramatik?? Hahaha.. Sebab memang kenalah tajuk dengan cerita kat bawah ni..

Ni gambar tempat letak laptop.. Konon-konon kemas la tak? Actually ni meja konsol jer.. Instead of beli meja laptop, beli meja ni.. Paling best, sebab dia adalah putih. Putih memang best! :-)

Nampak gambar kat atas cam elok jer takde cela.. Haaaa.. Meh tgk gambar bawah ni:-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Penat korang skrol dak?
.
.
.
.
Tadaaaaaaa.....
.
.
Hasil air tangan dak kecik comel kiut miut.. :P
Sampai tanggal cat dia kopek...

My mom: Eh, macam mana pulak kata Rifa yang buat? Tinggi tu.. Rayyan kot..
Rifa's mom: Takde la.. Memang Rifa yang buat. Kak main Internet sambil riba dia.. Sekali dia kopek sket-sket.. Sedar2 dah macam tu..

Hahahhaha.. Itu la kata, susah wehhh nak blogging dengan aman. Kalo tak mengendong si adik, berperang dgn si abang.. Pendek kata, justified la kenapa ada beberapa ketul je entry setiap bulan..

:-)

Nak cat balik, dah lupa kod warna cat ni.. Yea la, kami cat ni pun tahun 2009. Nak cat the whole wall, amboiiii.. kos pulakkkk..

Mula-mula ingat, ambik je la cat apa pun, taruk kat situ jer.. Tak kisah la warna tak sama pun.. Pikir punya pikir, last-last datang idea, Wall Sticker!!

Terus gi beli.. Sekeping  baru RM2.50.. Cepat, jimat.. kahkahkah...

Ni before... Nak kata tak banyak pun, obvious la jugak.. Sangat obvious sebab kaler dia kan kontra benar..

Ni gambar yang dah siap.. Sengaja ambik bunga besar sebab nak tutup menda alah tu..

Hehehehe.. Ok apa? =P
Cover baikkkk punya...

Peringatan untuk Adik, "Lenkali takmo kopek-kopek cat ehhhh.. Huduh dinding mama.."
Peringatan untuk mama, "Orang lain pun main Internet gak, takde la khusyuk gitu gaya sampai anak kat atas riba mengganas pun tak sedar.."
Hehehehe...

Saturday, September 22, 2012

Kegilaan baru~ *Sesi menghabiskan pitissss*

Entry ini bagi menjawab soalan set pinggan mangkuk hengrishhh style itteww.. Hamboiii.. Muda sangat bila eja itu cenggitu gaya.. Kahkahkah..

Kegilaan lama sebenarnya, cuma baru sekarang terbuat. Before this tak pernah buat or beli apa-apa untuk kepuasan sendiri. Semua untuk Rayyan Ariff. Untuk rawatan dia, perubatan dia, perkakasan dia.. Tapi lately, rasa yang diri juga perlu dimanjakan sesekali.. Chewahhhh..

So, since mek adalah jatuh chentaaaa pada hengrishhh stylo, beli la sket.. Cuma takde suka yang heavy-heavy nauuu.. Sket-sket je.. Ala-ala..

Set jati anggur ni asalnya karer cekelat.. My brother jadi mangsa tukang cat.. Muahhaaa.. Next project, cermin kat atas tu plak nak re-paint.. Pastu carik bakul yang motip munge-munge skett.. Hehehehe...

Tempat blogging kononnya. Kalau lappie tu kaler putih, laaagi cantik menarik tertarik kau memang dabombbb kan??

Ikutkan hati, dining set pun nak kaler putih.. Tapi tak matching pulak dengan sofa yang kaler itam pekat itteww.. So let it be dulu. Pindah umah nanti, ada separate hall and play area, kita tukar la sofa n dining set skali..

Dekat hall, cuma rak tepon tu jer yang hengreshh style. Nak bersofa fella design ke hape, memang tak dapat la selagi area ni jadik taska anak-anak.. So redha je la.. Sofa kulit hitam ni dah banyak berjasa.. Muntah anak-anak or apa-apa yang tumpah, senang sangat nak cuci..

Macam mana saya tak kata rumah ni dah macam taska, selain daripada rak mainan zirafah yang dalam entri sebelum ni, rak dalam bilik ujung & bilik utama, ceiling high display cabinet kat hall tu pun penuh terisi mainan dan alatan terapi Rayyan Ariff.. Sebab tu la Mama tak membeli barang untuk diri sendiri. Dok berhabis untuk anak.. Kalo kata henbeg ke, kasut ke, ada sebijik or sepasang je.. Pakai sampai lunyai, baru tuka baru.. Sangatttt!! Hahahaha.. Kesian Rifa Aleesya, main yang abang punya je la.. Hehehe.. And banyak jugak toys yang family and friends bagi.. *smiling*

Korang yang ada anak kecik, meh la datang umah.. Kita wat playdate gitu.. Penat main, kita swimming.. Aikk?? Takde kaitan pun between toys n swimmng.. Muahahaha.. 

Actually, kegilaan hengreshh stylo ni mula menapak bila mana ada yang bagi set cawan and mangkuk henglish style nehh.. Hadiah masa kawen dolu-dolu.. Yang cawan tak amik gamba la sebab still dalam kotak.. Dah lebih 5 tahun kawen pun ada lagi hadiah dok dalam kotak?? Kekeke.. Iye la, kalo nak bukak n pakai semua, penattttt...

Barang pertama yang ai beli, *kejap mek, kejap ai* ialah set balang kuih aka canister ni.. Bukan brand vantage pun. Beli kat Sogo jer.. Rege dalam RM119.90 ataupun RM109.90. Gitu la.. Tak ingat. Tapi balang dia quite besar..

Next, kumpul set mangkuk plak. Now dah lengkap.. So kalau nak buat makan2 takde hal la dak? Hehehe.. Poyo.. Yang bekas tutup bulat tu utk isi buah ke, kek ke.. Cantikkk jer nengok. Sopan gitu. Again, rege masing-masing ni range between RM20 to RM50 sebijik. Mostly RM50 la sebijik. Yang kecik2 tu dapat la murah sket.. Ni bukan beli sekali gus, kumpul sket2.. Kalau beli sekaligus, pitam le kottt..

Bila dah ada mangkuk, harus la menggedik nak set pinggan plak dak? Kak Puteri1 n Hani, set ni saya beli dgn biras. Beli yang dalam katalog tu.. Brand lupa dah apa nama. Tapi memang worth buying la.. Ni set of 12. 12 pinggan nasi, mangkuk, pinggan lauk, piring n cawan. Mangkuk nasi n teko tu takde pulak dia bagi 12.. Hehehehe.. Rege dia cuma RM430 for the whole set. Giler murah kan? Nk order? Email jer ai.. *Chewahhh.. sempat promote!*

Actually set ini ada jugak yang melamine punya. Pada yang tanak pakai kaca which is berat la sket compare dengan pelestik kan?? Rege set melamine adalah RM399. Ada less la sket.. Tapi set melamine tu ada 6 jer.. So macam rugi plak.. Melamine dia bukan yang cikai-cikai tu.. Tebal bukan main, kononnya BPA free ke ape ntah.. Macam botol susu pulak.. Heheheh.. 

Ai pun nak beli set pinggan (pinggan shj) melamine yang motip cenggini, tapi maybe gj Nov la baru dapat kot.. Bulan 9 ni nak kuar duit untuk renew roadtax Kaka n Fifi.. Pastu nak kuar duit buat permit maid baru *Sayangnya duittt!! Kan best kalo tak perlu*.. Bulan 10 plak nak renew roadtax and insurance Impul.. Kan ke insurance company akan hantar reminder utk renew insurance, diorang quote RM2.3k, terkejut mokcik.. Tapi hubby kata, pakai yang tempat kerja dia punya, leh dapat staff discount. Dapat la less sket from quoted price tu. Lega sket di situ.. Untung jgk laki keje bank nehhh..

Eh, melalut plak. So kesimpulannya, bulan 11 baru order, ataupun tunggu je la bonus bulan 12 nanti.. *tunggu sambil makan hati*

Kalau boleh, semua nak English style.. *pengsan*
Makan pun selera.. Eh, pinggan English style kononnya, makan nasi dengan kerabu mangga, ikan bakar n budu jugakkk... Kahkahkah.. Eh, dua pinggan lagi tu salad and blackpepper chiken. English la tu dak??
;-P

Okeh. Harapnya dapatla menjawab pertanyaan dan berkongsi minat dengan kengkawan yang soka hengresh stylo jugak.. Tapi saya belum la sampai ke tahap ada hanging rack or display cabinet yang penuh bersusun barang-barang English style. Tak sampai ke situ kot.. Rumah pn bukan besar mana. Kalau benda-benda gitu pun nak sumbat, tak bernafas la jawabnya.. :-)

Oh, pada yang bertanya beli kat mana rak mainan zirafah tu, beli kat MyPrecious Closet: http://www.facebook.com/pages/MyPrecious-Closet/337743772948318
Harga RM180. 

Sekian. 

Thursday, September 20, 2012

Meaningless update dan planning anak ketiga..

Lately ni update entah apa-apa kan? Macam meaningless pun ada. Entry pendek-pendek yang masa taip, tak perlu pikir mana pun. Pastu tepek gambar banyak-banyak.. Hahaha.. Belog ini adalah sangat kasihan..

Cuba untuk buat meaningful entry, tapi too time consuming. Hidup terkejar-kejar. Tidur tak cukup tapi makan berlebih. Eh.

Kerja rumah, mostly buat sendiri.. Tapi masih dibantu suami dan emak sendiri.. So patut bersyukur di situ. Kalau ikut pengalaman, macam dah sangat serik nak ambik maid lagi. Biarlah kita buat baik menggunung pun, kita dengan dia tetap ada gap. Betul kata ramai orang. Tapi seriously, tak reti nak wujudkan that gap. Kita manusia, dia manusia. Duduk pulak bawah satu bumbung. Sangat tak reti. Sighhhh.. Nasib badan..

Pagi, before gi kerja, panaskan nasi Rayyan Ariff. Nasi untuk bekal ke sekolah dan nurseri. Buat dua pack. Bila dah siap, kejut dan mandikan Rayyan Ariff. Siap pakaikan baju, my mom take over suapkan breakfast while Encik Suami pegang Rifa Aleesya. Encik Suami akan siap-siap gi amik kereta from parking lot and park depan loading bay. Dekat sket. Saya pulak, bersiap-siap nak gi kerja. Bila dah siap, turun together with Rayyan Ariff and hantar dia gi skolah before proceed pergi office.

Petang, Encik Suami ambik Rayyan Ariff kat nurseri. Kami buat arrangement dengan driver bas sekolah untuk hantar ke nurseri instead of rumah.

Rifa Aleesya pula masih di bawah jagaan nenek. Kata my mom, tak sampai hati nak letak kat nurseri. Tunggu dulu. Taktau la tunggu sampai bila sebab kesian jugak kat Abah di kampung sorang-sorang..

Balik je rumah, pegang anak sket2, pastu masuk berkuntau di dapur. Masak. Untuk bekal Rayyan Ariff ke sekolah sekali. Bila dah around 8pm++, tidurkan Rifa Aleesya. Bila Rifa Aleesya dah tidur, kemas la rumah apa yang patut. Lipat kain baju ke.. Sapu rumah ke.. Basuh barang-barang, siap beg skolah and nurseri Rayyan Ariff ke.. Tu pun nasib ada my mom yang tolong sket2.. So legalah jugak. Tapi tu la, kudrat orang tua. Takkan kita nak bebankan dia. Bila dah balik rumah, I'll try to do mostly everything..

Bila beranak dua ni pun penat yang amat, sangatlah tak molek kalo nak bercakap tentang anak no.3.. Dengan peel Rayyan Ariff yang I'll share in the next entry, memang mengucap panjanglah kalau ada hati nak tambah anak no.3.. Lagipun, kami adopt one parent, one child policy.. So kalau ada anak no.3 sebelum 2 orang anak ni tahu independent, cuba citer, sapa yang nak manage the third child? Paling besar, sape yang dukung? So, tunggulah masing-masing dapat kaki leh jalan sendiri..

Dengan Rayyan Ariff sorang pun dah more than occupied, apa lagi nak bertambah anak. Patutla government bagi pengecualian ibarat 5 orang ank normal untuk seorang anak special, sbb cabaran dia tersangatlah lebihhh..

Tapi takdir tuhan kita tak boleh nak cakap. Kata taknak pregnant lagi, tiba-tiba ada, camner? So kalau tiba-tiba korang dengar citer mek pregnant lagi, confirmed accident la tu. Takdan nak break. Hehehehe..

Ni tengah berebut toys. Tu yang pegang benda sama tu.. Boleh pulak paused and smile to the camera.. Sangatttt celeb, sangattt retisss!

Paling besar, takut nak pregnant lagi pun ada. Dah ada sorang tipikal, sorang special, taktau lagi untung nasib yang ketiga. Bak kata my mom, cukuplah sepasang tu, takyah amik risiko dah.. Boleh? Tapi dua rasa sikit pulak. Eh tetiba!

Ok, bye.

Wednesday, September 19, 2012

Yang paling rajin melayan~

Orang yang paling rajin melayan tuan kecik ni, tak lain dan tak bukan adalah Atuk dia..

 Tengah syok tengok TV pun boleh paused.. Even tho citer kungfu feveret dia skali pun..

Jauh nak banding kalo compare dengan kitorang masa kecik2 dulu..
Abah garang yang amat. Nak bernafas pun tak selesa kalo dia ada kat rumah.
Kalau tengah bergaduh, dengar Abah balik, mencicit lari masuk bilik.. Dok diam2.
Kerenah Rayyan Ariff, MasyaAllah.. Tak terkata.
Tapi Abah boleh tahan.
Melayan tak ingat.
Dengan cucu, Abah dah jadi harimau patah taring.
Hebat penangan cucu nehhh
:-)

Tuesday, September 18, 2012

My little koala bear..

Afternoon nap on a public holiday.. Heaven!
My little koala and her not so little tree.. :-)

Monday, September 17, 2012

Menyambut seruan Alyyani..

Testing.. Susah weh nk pakai skrin sentuh menyentuh ni.. Dah biasa pakai butang picit memicit.. So walaupun Internet dihujung jari, tetap hazabbb nk hapdet belog!

Citer hujung minggu, after this yea, kena on laptop gak..

Wednesday, September 12, 2012

Puteri Rifa Aleesya





Comel macam anak burung.
Bak kata ayah, mata bulat, hidung penyek, pipi tembam.
Mama tambah sket, kaki dompok!
Tiap kali nak pass budak kecik ni kat ayah dia, mulut mesti cakap, "Ambik anak perempuan ni.." Instead of cakap, "Ambik anak ni.."

Macam tak caya, ada anak lelaki, ada anak perempuan. Masih terbuai. Betul kata Alyyani, ada baby girl syok dia lain macam. Betul rupanya.
Sayang pada anak lelaki, rasa macam manly gitu..
Sayang pada anak perempuan, rasa macam girly-girly gitu.
Boleh? Hahahaa..

Honestly, masa pregnant dulu, mengharapkan dapat baby boy. Bukan taknak baby girl, nak.. Nak sangat2 sebab shweet muweeet.. Tapi lebih kepada nakkan seseorang untuk 'tengok2'kan Rayyan Ariff. Kalau sama jantina, hal2 berkenaan dengan kelelakian tu senang la sikit kan?

Tapi tuhan lebih tahu aturan yang Dia telah tetapkan.
Bahagia.
Terima kasih untuk anugerah ini Ya Allah. 
Tak pernah lupa mensyukuri nikmatNya di atas pemberian untuk kali kedua ini.

Ketiga? Jangan tanya. Mak fobiaaaaa banyak benda!!! 

Monday, September 10, 2012

Jadual yang penuh~

Sibuk yang tak terkata. Pukul 1230am, baru siap mop satu rumah, basuh baju, dan masak nasi untuk anak-anak esok. Life takde maid memang kelam-kabut. Tapi hati n jiwa tak kacau. :-)

Kalau tidak kerana fikirkan Rayyan Ariff, memang saya tidak mahu berbibik lagi. Lapang sungguh fikiran tanpa bibik. Cuma penat tak terkatalah. Dengan kerja pejabat, dengan kerja rumah, dengan perangai anak bujang yang tak habis dengan tantrums, dengan perangai anak dara yang tak habis nak berdukung jer.. Tapi mungkin nanti kena carik maid jugak. Maklumlah, badan Rayyan Ariff ni lain macam sikit. So, nurseri ni temporary solution je la.. 

One thing for sure, being maidless, kerjasama saya dan En.Hubby lebih daripada biasa. Dia jadi lebih helpful, especially with the kids. Anak-anak pun lebih rapat dengan ayah diorang. Kalau sebelum ni, Rifa Aleesya memang taknak langsung dengan Ayah dia. Now, dah perlahan-lahan nak jadi anak manja ayah.. :-)

Of course la Mama suka. Sebab Abang Rayyan Ariff is Mama's boy. Jealous dengan Adik menggunung tinggi. Adik pulak, pantang tengok Mama jugak. So adegan berebut ni yang buat Mama makin stressed. Abang bila datang jealous dia, memang kasar la.. Sepak, tendang, lempang, semua dia taruk.. Terpekik la kita ni.. Cakap pelan-pelan tak jalan, bila kita marah, laaaagiii member sedih sebab macam kita lebihkan Adik kononnya.. Padahal, dia yang cari pasal. 

So kalau Adik manja dengan ayah, Ok jugak tak? Tapi tu lah.. Mama still jadi rebutan so far..

Nak tengok Mr.Mama? Ni haaa..

Facebooking sambil jaga anak.. Apa sajalah Ayahhhh.. Janji, mama boleh buat kerja.. 
:-)

Tuesday, September 4, 2012

Puteri hati mama dan ayah~


Kejadian telungkupkan dodol~ 

Dalam kotak doorgift from a wedding, ada container kecik. Dalam container kecik tu ada dodol. Boleh budak kecik comel ni buat projek panjat meja ambik kotak tu and telungkupkan dodol kat atas lantai. Sempat pulak tu makan dua tiga cubit. 

Mama pulak kat dapur panaskan nasi dia n abang. Lesson learnt. Next time kena extra careful. Sungguh tak tahu yang 10 months old baby is capable to do such thing. Sebab Rayyan Ariff dulu, umur 10 bulan masih berbaring dan tahu meniarap sahaja. Head control pun tak ada. 

Berbeza dengan budak taktahu duduk diam ni. Semua benda dia punggah, semua benda dia ambik. Kalau tak puas hati, "Hahhh.. Hahh.. Hahh.." dia marah kita. Kalau nenek nak ambik dia from Mama, "Ahh.. Ah.. Ahhh.." Dia melawan. Beria marah. Macam la kita takut dia.. Mulut bising betul.

We're blessed. Dapat experience both. Besarkan anak tipikal and anak special. :-) 

Lasak memang lasak. Tapi manja pun dia. Tak boleh tinggal langsung. Nak berdukung jer..Ni cubaan nak buka gate dapur sambil nangis sebab nak ikut mama masuk.. Amboiii.. Kecik2 dah nk try bukak safety gate. Kang ada yang pecahkan gelas lagi kang..

Berdiri without support dah makin stabil. Antara nak buat dengan taknak je.. Bergaduh dengan Abang pun boleh tahan even tho dia yang banyak mengalah. Iye lah, mana nak lawan dengan kudrat Abang..

Meriah hidup dengan the RAs ni. Penat yang membahagiakan. Besar cepat-cepat yea nak.. Tolong mama basuh pinggan n kemas rumah. Eh.

Tapi satu, Abang Rayyan Ariff dulu, umur macam ni dah independent pegang botol susu sendiri. Yang ni, memang taknak memang takmau. Rela tak minum daripada kena pegang botol sendiri. Alahai Cik Puteri Rifa Aleesya..

Monday, September 3, 2012

Nursery hunting..

Managed to do nursery hunting.. Hantar Rayyan Ariff to school, pergi breakfast dgn En.Hubby, and proceed  with proses cari mencari. Seronok juga dating berdua sesekali, maklumlah, usually mana2 pergi ada 2 extra handbags.. One hers and one his gitu.. Masing2 carry sorang satu.. Hehehehe..

Found one nursery that willing to take Rayyan Ariff in. Dengan Rifa Aleesya sekalilah. Berat pulak hati nak tinggalkan budak berdua ni kat nursery. Tapi takde choice.. Redha je la.

And today, masa gi ambik Rayyan Ariff back from school, heard his teachers talked about Rayyan Ariff. Puji-puji. Alhamdulillah, he's doing good. Top in his class bak kata Cikgu dia.. Hahahha.. Anak mak dpt no.1 wehhh.. =P

Errr.. Nak tanya, nursery yg tempat nak hantar the kids, bersih n lapang. Penjaga pn nampak OK. Babies ada 4 campur Rifa Aleesya. Yang peliknya, tadi tak nampak toys pn.. Bukan taska supposed to have toys ke? Pelik. I believe that toys can do wonder on children.Sebab tu kat umah ni byk toys.

Ke memang taska takde toys eh?

Image from google~