Showing posts with label Young Living Essential Oils. Show all posts
Showing posts with label Young Living Essential Oils. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

Promosi Keahlian Young Living yang jarang berlaku!

Promosi best banget daripada Young Living ni. 10% discount untuk Premium Starter Kits yang tak pernah-pernah ada, tiba-tiba datang. Fuhhh berasap!

Cepat, yang dah lama nak beli Essential Oils yang tengah in berat sekarang ni! Meh la! Meh la! Tawaran masa terhad ni..

Premium Starter Kit dengan 13 oils tu, kalau beli satu-satu, harga on prorated basis adalah RM1113. Ni korang dapat RM680.40 jer.. Best ke, best? Bestt woh!

Order sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi.
Klik https://tinyurl.com/wanjiey
Klik https://tinyurl.com/wanjiey
Klik https://tinyurl.com/wanjiey

Diffuser tu, kena korang diffuse Lemon + Lavender masa raya karang, perghh wangi. Orang datang berziarah pun relax aje.. Tenang, happy.. Kalau kena plak berderet budak-budak datang mintak duit raya, korang jangan stress sangatlah. Amik Stress Away tu pastu sapu kat leher, wrist, hidu dalam2.. Legaaa wehhh..

Ningxia Red tu pulak, campur dengan Nitro, minum masa sahur, drive balik kampung even jalan jem pun tidaklah lemau bebenor. Cuba kalau tak caya. Hehek.

P/S - Ada enrollment gifts menarik seperti extra EO, EO bag dan Car Clip Diffuser daripada saya!



Wednesday, May 16, 2018

Betul-betul ada, minda dan jasad selari 🤗🤗

One oil that you should use on daily basis, especially mak-mak 🤣🤣

Jadi mak ni, sepuluh juta perkara kena fikir. Selalu one step ahead of time. Kadang 2 steps.

Masih tengahari dah fikir petang karang nak masak apa untuk dinner. Dah malam, sibuk fikir, esok nak buat apa untuk bekal sekolah anak. Pendek kata, selalulah fikir ke depan, belakang, kiri kanan tepi semua ada. 🤣🤣

Tu tak masuk lagi, tengah berdoa bleh pulak kau terfikir, eh gas kat dapur tadi dh tutup ke belum.

Kan?


Nah, sila calit Present Time EO, EO dengan empowering fragrance yg memberi penekanan pada perasaan being "in the moment". Calit kat mana? Inner wrist dengan belakang telinga. Bau lebih kat tangan tu, hidu dalam2 ✌🏻✌🏻




Monday, April 23, 2018

Kegilaan baru dan Confidence Without Compromise with Savvy Minerals by Young Living

Young Living ada keluarkan new product range last year, barang-barang makeup. Nama dia Savvy Minerals by Young Living, and it is mineral make-up with no harmful chemical. 
No talc.
No gluten.
No bismuth. 
No Parabens. 
No Phthalates.
No artificial dyes and fragrance. 
No nano particles, so takdelah masuk dalam darah apalagi sel kan?

Mineral makeup dalam bentuk serbuk, maka memang pandang ajelah. Even dah beli since last year pun. Takde daya nak bukak pun, apa lagi nak cuba. Hehek. 

Then, masa YL Leadership Retreat in KK, ada deme organize hands-on workshop untuk ajar cara pakai Savvy Minerals ni. Bila dah cuba, oh senang aje. At this point in time, dah rasa senang. Tapi belum 100% teruja sebab macam leceh nak pakai. So masihlah pakai brand SG beli dekat Watsons ke Guardian ke Carrefour ke.. Hehek. 

Then 7 April 2018, Saya dan sidekick saya, my Diamond Leader, Munirah Hanim organised another Live Your Passion Rally, membawa tema "Create Your Own Beauty Standard with Savvy Minerals by Young Living". Being us, semua pun last minute lah. 1 day before the event baru terfikir nak buat itu ini. Tapi Alhamdulillah, dalam kelam kelibut tu, elok jugak semuanya. 












Macam tak percaya pulak, we managed to pull up the event in such a short period of time. Alhamdulillah everything turned out well. 

Among the committee members. Senang pakai tudung sepesen. 

Perempuan dengan barang2 mekap ni, teruja dia lebih kan? Bertitik tolak drpd event ni, rasa teruja plak nak belajar pakai Savvy Minerals by Young Living. Teruja tengok participants belajar, kami yang committee ni dok ran around tidaklah dapat nak belajar. So disebabkan itu, I signed up Train-the-Trainer Course yang Young Living organised kat office deme. 




Young Living Savvy Minerals Train The Trainer Workshop for Gold Leaders and above. 

Bila dah pandai sket pakai, maka mulalah jadi ketagih. Tangan ni rasa nak menconteng muka orang aje haa.. Ekekekek. Maka marilah, kita main conteng-conteng. Lagi pun, practice makes perfect!

 Kakak bukak kedai mekap memalam. Hehek 


Dan ini hasilnya.. Weeeee.. Walaupun masihlah tak terror, tapi bolehlah daripada dulu. 


Ni pulak pagi tadi. Ni gambar before anak dara sis. 



I posted these photos on FB, ramai yang puji anak dara ni. Bila I read out the comments, kembang kempis hidung anak dara ni. Hehehhe.. Gegirl dengan makeup kot. Mana tak suka eh?

Okay, apa yang buat I suka sangat dengan Savvy Minerals that I willingly changed and started using this makeup range?
Pertama, sebab there's no harmful chemical. Pakai dekat anak pun taklah risau muka rosak ke apa. 
Kedua, sebabnya makeup dia best! Muka berpeluh-peluh pun elok je tak bercampuk-campuk. 


Bukti muka berpeluh-peluh macam baru balik gym tapi makeup masih elok tak bersepuh-sepuh. Hehek. 

Dan personally, I penah tried for 9 hours on my face, elok je daripada pagi ke malam. Bak kata bibik, "Cantik ya mekapnya. Lama tahannya ya buk. Berapa ya harganya?". Teringinlah tu. Kalau kerja elok, majikan tak berat hati nak hadiahkan bikkkkk. Amboi, keles bibik. Pakai mekap brand Amareka! Hehek. 

Kalau ada yang interested nak try Savvy Minerals by Young Living, let me know. Nanti kita arrange hari dating. Ewah. 

Sunday, February 4, 2018

Tentang Kami

Young Living Digital Hall of Fame

Secara amnya, ramai melihat kami sebagai Young Living Diamond Leader. Tapi itu hanya mungkin 30% deskripsi tentang kami. 

Lebih waktu, kami adalah ibubapa pendidik kepada Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya. Kedua-duanya istimewa dengan cara mereka sendiri, terutamanya Rayyan Ariff. Membesarkan mereka, ujian dan cabarannya bukan sedikit. Kalau tidak berhias ujian, bukan hiduplah namanya bukan?


Putera dan puteri hati kami. 

Untuk Rayyan Ariff, sedia maklumlah keadaan dia. Makin membesar ni cabaran dia semakin bertambahlah. Peel dia pesen orang yang dah makin tualah. Dengan badan yang dah 10 years old, jenuh jugaklah melayan. Tantrum, rigidity dan segalanya lah. Berperang nak gunting rambut pun boleh nak terbalik kita ni. Nak sama tinggi dengan maknya dah si Rayyan Ariff ni.

Whatever it is, I am truly thankful to have him in my life. Dia banyak mengajar aku untuk jadi all-rounders mother. Extra effort needed untuk 'menyelami' masalah dan kesakitan dia maka aku banyak belajar. Recently he was admitted in Pantai Hospital, our first time seeing Dr Malinee the neurologist there. Dua kali dia tanya aku, on different time, "What is your background?" Bila kata Investment and Finance, terus dia tanya lagi, "How come you are well verse with some medical terms and how things work?"

Hahaha. Pengalaman menjaga Rayyan Ariff ni memang mahal. Multiple disabilities yang ada pada dia memerlukan maknya memiliki multiple knowledge lah. Begitu.

Puteri Rifa Aleesya pulak, dah darjah 1 tahun ni. I've written HERE once tentang masalah komunikasi yang dia hadapi sebelum ini. Ingatkan dah resolved, rupanya ada lagi dan panjang lagi. Hehek. Last year was rough and tough for us; Rifa and I. Bersusunlah program dan terapi yang kami aturkan untuk dia, termasuklah close supervision by yours truly. Hehe. 

Panjang cerita dia. Alhamdulillah she's catching up walaupun bukanlah pandai meletop. Daripada anak yang struggling membaca, apa lagi nak hadam konsep matematik, pada bulan Julai 2017 sehinggalah berjaya menerima beberapa tawaran daripada beberapa buah sekolah integrasi swasta, selepas ujian penilaian dilakukan, kira okay lah tu. Ada some of my friends yang anak deme kena reject tau. So bangga lah mak. 

Rifa ada jugak satu kena reject dengan satu private school coz that one the assessment took place in July itself. Rather than yang lain bulan Oct. Sempat prep her. Nanti I'll share about her in the next entry (yang entah bila nak tulis). 

Tentang kami suami isteri, seperti biasalah. Dalam usaha menyebarkan kecintaan kami kepada Essential Oils dan juga mengembangkan empayar perniagaan. Doakan kami yea.

Saya sendiri sedang sibuk dan bergelut untuk menjadi certified therapist dan practitioners untuk beberapa modaliti. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan saya dalam menuntut ilmu dan semoga ilmu ini akan membawa manfaat bukan sahaja kepada kami sekeluarga, malahan mereka-mereka yang memerlukan. InShaAllah.

Signing off,
Kak Jiey the Kakak Berlian. Hehek. 


Monday, January 8, 2018

Mendalami ilmu tentang Essential Oils untuk anak-anak, anak istimewa dan isu berkaitan emosi?

Ini antara feedback yang saya dapat untuk sharing sessions yang telah saya adakan sebelum ini..

Demo yang disebutkan di sini adalah dgn menunjukkan teknik Muscle Test sebenarnya












Dan komen yang ini, sangat2 dekat dengan hati sebab ni daripada kakak kesayangan saya, di office lama. 


Hehek. Siap nak hantar anak untuk receive emotional release with EO session lagi. Hehek.

Teringin nak datang? Jom lah. Kali ni saya buat co-sharing. Maklumatnya adalah seperti di bawah:



A sharing session of Essential Oils 101 by your Young Living Diamonds; Wan Jiey & Munirah. Covering the "What, Why, When, Who, Where, How" of Essential Oils featuring 3 topics : 
1) A Wellness Approach for Children 
2) Children with Special Needs. 
3) Emotional Release, the least you need to know

13 January 2018, 10am - 1.30pm
MAHSA Auditorium,
MAHSA University, Jln Ilmu KL

▶ Admission fee : RM22
▶ Participants will also go back with 3 balms (Happy Tummy, Breath Easy, Sleepy Angel) infused with Essential Oils worth RM45 as a gift!
▶ Light refreshments will be provided.
▶ Know the right oils your body needs by doing FREE iTovi scan
▶ Stand a chance to win lots of Lucky Draw prizes - Everyday Oils Set, Diffuser, Essential Oils and many more!
▶ Discounted price on some YL Items


*Open to Touch of Oils’ members and non-members. There will be enrolment gifts by YLMY if you enroll as a member on the event date! Stay tune for more information!



Sunday, December 3, 2017

Cerita cinta baru~

Daripada hari terakhir bekerja di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sehingga ke tarikh ini, sudah 5 bulan setengah saya bekerja sendiri. Masa terbahagi untuk keluarga semestinya, dan seterusnya perniagaan dan juga perjalanan menjadi seorang craniosacral therapist. Sebenarnya untuk saya, bekerja sendiri ni seronok sangat berbanding kerja makan gaji dulu. Satu, semestinya kerana fleksibiliti masa. Yang keduanya, kita answerable pada diri kita sendiri. Takde keperluan hantar report seperti dulu-dulu. Takde keperluan outstation wajib yang perlu dipenuhi. Semuanya ikut perancangan sendiri. Perlu pergi, pergi. Tak perlu, tak payah. Ini kalau bos yang suruh, berani ke nak jawab taknak? Hehek.

Yang paling best, I am enjoying what I am doing to the fullest. Dulu bukan tak enjoy.. Suka jugak. Tapi bidang sekarang lebih dekat di hati.

Bidang jual minyak pati dekat di hati? Hahaha. Taklah.

Bidang menyebarkan ilmu dan berkongsi kebaikan tentang sesuatu kepada umum dalam usaha bersama mencari better health and better living. Itu bidangnya. 

Busy tu busy jugak. Especially weekend. Sebab weekend lah masa untuk buat kelas dan sharing sessions. Hari biasa, orang kerja kan.. Kita pun kerja jugak sebenarnya pada hri biasa. Mengisahkan order orang, melayan whatsapp pertanyaan, dah macam counter dah pun.. Mengisahkan administrative works yang kita kena tlg members bawah kita, escalate pada management Young Living Malaysia, attending classes dan sebagainya. Jumpa client is another aspect of kerja jugak. Best eh? Kalau yang suka, sukalah. Yang tak suka, tak sukalah. Hehek.


Kelas pada hari Sabtu dan Ahad minggu lepas di Kota Kinabalu, Sabah. Kelas Raindrop Technique (sejenis teknik menggunakan essential oils untuk kesihatan menyeluruh) dan kelas Growing a Business with Young Living Essential Oils. 



Kelas apa pulak dengan periuk kecik ni bagai? Kelas DIY product with Essential Oils di Gopeng, Perak. Saya mulakan dengan kelas asas pendedahan mengenai essential oils dan seterusnya kelas DIY. Make and Take - Vapor Rub, Deodorant, Tantrum Tamer Balm, Delicate Skin Balm dan Happy Tummy Balm. Best nya buat balm sendiri ni, kita tau apa ingredient yang ada, pakai natural sources dan dapat pula khasiat Essential Oils. Best kan? 

Macam deodorant contohnya, saya suka letakkan Tea Tree Essential Oils (bagus untuk bunuh kuman, cik keti kita kan terkepit begitu) dan Lime Essential Oils (orang tua-tua kan recommend tenyeh keti dgn asam limau nak kasi putih, takde bau dan sebagainya), so kita pilih yang ni. Untuk yang suka bau-bau manis, boleh letak Geranium Essential Oils dan jugak Lavender Essential Oils. Fuhhhh, ubat ketiak ikut pilihan jiwa, rasa Dato Sri Vida sangat pakai product sendiri. Ekekeke. Tu tak masuk lagi DIY sunscreen untuk anakanda sendiri, pakai before pergi swimming class. Hehek.


Sharing session on Essential Oils 101 dengan team LHDN Teluk Intan. Kalau ada lagi mana-mana jabatan nak jemput, marilah. Eh, ter promote diri. 

Bukan setakat kelas biasa, kelas online pun ada jugak saya buat. Gila? Taklah. Ini namanya live your passion! Muahahahha. 


Raindrop Technique class - RDT ni powerful teknik yang menggabungkan aromaterapi dan vitaflex menggunakan Essential Oils. Dengan teknik ni, boleh bring balance and harmonize badan kita di samping boleh bantu detoks, improved body health dan banyak lagi. Paling best, stretching the spine through non-manipulative technique, boleh increase ketinggian weh. Tengok tu before n after punya ukuran some of the particpants. Disebabkan saya buat kat rumah aje, saya cuma boleh accomodate 10 students sahaja at one go. Kan saya ada satu bilik yg dedicated as my office, my sharing session space dan juga my therapy room. Senang takyah keluar rumah. 



Bila buat kerja dari rumah ni, antara yang paling best adalah we can be as involved as possible dengan anak-anak kita. Ni sambil perform Raindrop Technique on the father yang mengadu sakit pinggang, boleh pantau anak membaca and buat latihan. Best eh??

So Jiey, dok pungpangpungpang mengajar sana sini, buat kelas dan sebagainya, ko sendiri daripada mana plak belajar?

Daripada mana-mana sahaja. Events held by Young Living dengan speakers yang hebat, books and of course, from attending classes. 

Budak Finance belajar kimia.. Muahahhaha. Pengsan tak? Mujur tak tido masa kelas. Minat punya pasal ehhh? Hydrocarbon lah, AMU of atomic and molecular weight lah, ntahpapa lagi. Hehek.  

Craniosacral Therapy Course by Body Intelligence US

Sejenis pengumpul sijil? Taklah. Saya suka pergi kelas. Saya suka ilmu yang boleh membantu saya untuk anak-anak saya terutamanya Rayyan Ariff, dan juga ilmu yang boleh saya kembangkan kepada mereka yang senasib.

Rhythmic Movements Training by Rhythmic Movements Training International, Texas
Biodynamic Craniosacral Therapy by Body Intelligence US
Braingym Practitioner by Educational Kinesiology Foundation, California
Sensory Integration - Tactile System Massage Therapy by Therapies R Us, Singapore
Lymphatic Drainage Therapy by Therapies R Us, Singapore
Raindrop Technique by Center of Aromatherapy, Research and Education, Missouri 
Emotional Release Technique by Center of Aromatherapy, Research and Education, Missouri
Applied Vitaflex Technique by Center of Aromatherapy, Research and Education, Missouri
Chemistry of Essential Oils by Center of Aromatherapy, Research and Education, Missouri
Aromalift Therapist Course by Ecole de Un mot doux

Kenapa rajin? Untuk keluarga sendiri dah tentulah. Especially Rayyan Ariff. Lain? 

Entah la, as a leader for my team in Young Living, terasa sangatlah perlu untuk ada ilmu walaupun tak banyak. Personally, saya berpendapat ilmulah membezakan leader dan follower. Dan saya juga suka ahli-ahli di bawah saya gali banyak ilmu. Mungkin itulah sebabnya saya suka belajar dan mengajar pelbagai modalities untuk holistic healings, tidak tertakluk pada Essential Oils semata. Semoga istiqamah. InShaAllah. 






Interested to know more about Young Living? Do reach us via any of the following:
Whatsapp : www.wasap.my/60172742005 (Just a click away)
FB : Jiey Wan Aziz
IG : wanjieyaziz


Interested to sign up as a Young Living member? 
Just click https://yl.pe/5by2 and fill up the details. Let us guide you with your oils and any inquiries that you may have!