Monday, September 18, 2017

Biodynamic Craniosacral Therapy

Since March 2017, saya adalah student kursus Biodynamic Craniosacral Therapy, drpd Body Intelligence Training

Apa itu BCST? Ni saya explain dalam bahasa paling mudah, bahasa pasar. Cranio ni dia promote self healing. Cranio percaya yg badan ada self healing ability, macam luka kena pisau ke, dia boleh sembuh sendiri. Tapi kadang-kadang, trauma/kecederaan tu terlampau hebat dan tak dapat badan nak heal sendiri. Therapist pulak act as "listener", untuk dengar/rasa keperluan badan melalui SENTUHAN LEMBUT atau pun light touch, dan encourage healing untuk berlaku. Susah ke belajar Cranio? Susah jugak pada saya. Kerja sekolah pun banyak. Perlu badan untuk practice lagi for students like me. Kenapa capital letters sentuhan lembut tu? Hahaha jenuh nak explain yang saya tak mengurut. 

And BCST ni takde kena mengena dengan essential oils. It is a modality on its own. 

When I did BSCT on my practice clients, of course la ada yang tak rasa, ada yg rasa. Student kan, belum lah level therapist. But Alhamdulillah, about 70% bagi good feedbacks.

Those early days, most of my practice clients ended up terlena siap pakej berdengkur. Most of them. So I went back to my tutor, asking whether I did something that is influencing their system tu yang ramai ended up package snoring and better sleep quality bagai.



The tutor replied that most of us are tired, stillness and state of balance awareness yang kita practice when we were doing on our clients can be pretty calming and invite resting to take place. So memang okay aje org tertidur and berdengkur coz body can find healing through good rest.

Yang later punya practice sessions, most of my clients ended up with jerking movements. As much as I am aware that jerking can be equivalent to some adjustments n fixing are taking place, tapi pelik la jugak kenapa almost 70% of them yg macam tu. Again terfikir, as a practioner, did I do something yg influenced clients' system ke? Kalau satu takpe la, ni ramai. Dah tu, takkan semua org ada pretty similar issues. Pelik. Pelik.



Tanya lagi tutor, and she replied, bila jerking movements happened, the body is starting to release and finding reliefs. After the jerkings, later akan jadi more settle kan? Could also be that now your relational field is getting bigger and better, so you can initiate more relieving things to come in.

Okay this is exciting to hear. Even though before ni rasa at the verge of quitting sebab rasa susah nak proceed, now rasa semangat and tak sabar to explore more. Oh I'm just more in love with biodynamic craniosacral therapy. Try it if you havent peeps!

This sem, focus is on bone, esp pelvis. Altogether ada 10 Sem and I just finished Sem 4 semalam Really had fun and I do have firmer belief of BCST works as time goes by. At the beginning of hearing about the modality, I always thought that it is very much of a con job 😂😂Now I have very much respect towards the work. It's not an easy one, but it is definitely very beautiful!




So now, back to writings, lots and lots of readings, drawings and more practice sessions. We have to complete the homestudies in 1 and a half month (2 weeks before the next Sem starts). 


Kaku tangan nak siapkan lukisan ni wehhh.. 

Budak Finance belajar anatomy badan. Huhuhu.. Nak menitik ayaq mata. Tapi now dh pandai dah sket, tau la mana zygomatic, sphenoid, suture, coccyx, apa ke benda ntah lagi. Hahahah.. 

Us at the end of Sem 4. 

It's a 2 years program. Harap2 dapat la grad on time and becoming a certified Craniosacral Therapist in 2019. Rayyan benefited a lot from the therapy, so mak dia pergi la belajar. Next, macam nak jd certified Aromatherapist la pulakkk.. 

Doakan sisthur! Jenuh belajar ni, otak agak keras sket. Hehek.
x

Thursday, August 24, 2017

Mari mengenal Lavender - Hasil melawat ladang Lavender YL di Provence, France

Kat bawah ni ada 3 jenis Lavender.


Lavender/true Lavender - Spike Lavender - Lavandin

Yang belah kiri tu Lavender atau pun boleh jugak kita sebut True Lavender. Ni Lavender yg Young Living produced Essential Oils tu, atau pun Lavandula Angustifolia. Lavender ni tumbuh pada higher altitude (lebih kurang 600-1400m dr paras laut). Bunga dia tak banyak mana, dalam 5-6 tingkat dekat hujung batang tu..

Yang tengah tu Spike Lavender atau pun Lavandula Latifolia. Tumbuh dekat lower altitude (lebih kurang sea level up to 800m). Senang je nak kenal, pokok dia bercabang tiga. Cabang yang tengah bunga dia sket aje.. Spike Lavender ni, constituent dia agak camphorous, sama macam Wintergreen.. So utk org yg epileptic, kena extra cautious kalau taknak totally avoid the oils.

In between 600-800m paras laut tu, bertemu la Spike Lavender dengan True Lavender tu. Di sini terhasillah Lavandin, spesis hybrid drpd 2 jenis bangsa Lavender tadi. Lavandin ni paling cantik sebab bunga dia banyak bertingkek-tingkek. Dalam gambar, yang belah kanan tu Lavandin. Rimbun n kaler pun pekat bukan main. Kat France ni banyak aje yg guna Lavandin utk hasilkan sabun la, syampu la n letak label as Lavender. Tak salah pun sbb still Lavender kan. Tapi takleh letak Lavandula Angustifolia, tu dah salah. Lavandin ni takleh reproduce sbb species hybrid ni got spread by pollen.

Utk Lavender EO by YL, kita pakai True Lavender yg belah kiri tu. True Lavender ni kita pecahkan pulak sbg Lavender n Wild Lavender. Species dia sama aje, cuma tempat pokok tu hidup aje berbeza. Lavender tu mmg ditanam di ladang whereas Wild Lavender tumbuh meliar dlm hutan. Bukan kebun YL lah kiranya. Org kampung bangun pukul 4am, pegi kutip.

Cara nk kutip Lavender ni, potong di bahagian batang dia. Bila steam distillation dilakukan, 20% EO kita dapat drpd batang dan 80% drpd bunga. Pada batang dia, ada bahagian warna coklat. Potong sblm warna coklat tu sbb kalau dh lepas, pokok tu dh takleh tumbuh lg n mati camtu aje la.

Beza paling nyata Wild Lavender n Lavender biasa? Wild Lavender kan tumbuh meliar, so daya melawan penyakit etc haruslah lebih kan. Nak survive in the wild kan kena strong.. Tu yg harga dia pn lebih mahal. Dah la nk tuai n produce nya bulan July aje.. Benda rare memang mahal. Hehek.

Saturday, July 22, 2017

Catatan jam 3.30am

Tersedar dari tidur jam 120am. Betul-betul jet-lagged. Menyampah pun ada. Heheheh.. Sebab yang lepas-lepas travel ke US apa semua, elok aje baliknya intact. Takde pun nak ber jet-lagged bagai. Siap terus masuk kerja pun ha.. Saja nak menguji ni.. Hihihi..
.
Saya dan suami baru balik from Lavender harvest di Provence, France. Again, free trip from Young Living. Yang bestnya, saya dapat bawak 7 leaders di bawah saya sebab saya menang contest Race2Diamond, of which saya berjaya ranking up daripada Platinum (group sales USD100K per month) ke Diamond (group sales of USD250K per month) dalam masa 6 bulan. So saya bawak leaders saya yang sama2 dedicated menyumbang kepada kejayaan kami.. Ewah, skema ayat. Phuih la.. Hehek.
.
Banyak aktiviti yang kami buat sepanjang di Provence. Selain ke ladang Lavender dan ladang gandum Einkorn, kami juga dibawa ke Simiane Le Ratonde, sebuah istana lama yang mana di dalamnya  terdapat kedai Young Living dan menikmati pemandangan sekitar kampung di tempat yang sama.
.

MasyaAllah, super duper cantik..

Batalion saya.. Hehek. Orang-orang kuat group saya, Touch of Oils

Menuai Wild Lavender. Lavender liar yang tumbuh di lereng-lereng bukit..

Leaders di bawah rangkaian saya - Munirah (Diamond), Anne (Silver), Afzan (Platinum), Kak Jiey lah tu, Alyyani (Silver), Nurul Oily Jolly Dolly (Platinum) dan Watie OilyLicious (Diamond)

We have an Oil for that! - Kugiran baru terhangat di pasaran.

Ladang Einkorn. 

Dinner menghadap ladang lavender mini di hadapan hotel pada malam terakhir kami di Provence.

Di sana musim panas sekarang, jadi siangnya lebih panjang. Jam 8pm matahari masih kelihatan..


Habis sahaja aktiviti kami di Provence yang berlangsung selama 4 hari, kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Marseille, France. Oh di sana sedang sales. Saya sendiri tak melepaskan peluang membeli sepasang kasut Adidas Superstar high cut dengan harga hanya RM200. Hehek, kalau di Adidas Wangsa Walk, harganya RM430. Separuh harga..

Di Marseille, France. Anginnya sangat kuat. Lebih 50km/j. Mahu berdiri tegak pun susah.. Bagai ditolak-tolak.

Crazy us at Monuments Aux Morts de I'Armee de'Orient et Des terres lontaines. Angin kuat terbang-terbang tudung. yang pakai skirt pendek memang nasib la..

Dari Marseille France, kami menyambung jelajah ke kota London. Gambar di hadapan Ritz Hotel yang tersohor.. 

Eye on London

Di atas London Bridge

Kata suami, tak London kalau tak bergambar di pondok telefon merah ni..

Sejenis gigih mencari jersey.

Balik dengan senyum.. 

Dua malam di London, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Venice Italy. Sumpah, cantik gila.. Saya lebih gemarkan kota lama ini berbanding London yang hiruk pikuk dan sibuk. Bandar yang dibina di atas pulau kecil dan dikelilingi air, itulah indahnya Venice.

Tengok burung merpati pun rasa teruja.. heheheh.. Jinak kan..

Oh i'm just in love with the masks here.. Seperti ada jiwa, penuh kesenian. Nak beli takut, ambil gambar sebagai kenangan sahaja la..

Dah sampai Venice, ralat pula kalau tak naik gondola. Walau harganya mahal, pejamkan mata sahaja. Ntah bila lagi mahu kembali ke Venice. Selain gondola, boleh juga memilih water taxi atau water bus, tapi tak dapat la masuk ke celah2 bangunan seperti gondola..

Rialto Bridge di belakang kami. Di sini boleh dapat banyak fridge magnet yang murah2. Kurang drpd 1 Euro sebiji.

Rumah yang nampak balcony yang agak mewah 2 tingkat itu, adalah kediaman Marco Polo 800 tahun dahulu..

House of Opera

Piazza St Marco ataupun St Mark's Square. Sumpah binaannya cantik,, Ukirannya penuh kesenian.

Perhatikan ketelitian ukiran pada gereja lama ini.. Hebat sungguh seni orang-orang lama yang kononnya wujud sedari kurun ke 9 ini..

Dari Venice, kami ke destinasi terkahir kami di Paris, France. Oh saya masih sukakan Veinice berbanding Paris.

Menikmati matahari terbenam di kota Paris.

Acting silly di sekitar kota Paris. Hehehehe

Passage Du Havre, salah satu shopping mall di Paris. Walaupun summer siangnya panjang, kedainya tetaplah tutup jam 830pm. Work life balance untuk mereka mungkin.

Galeries Lafayette ataupun Pavillion lah kalau di KL. Hehek.

Kalau ditanya, tidak terlintas di minda saya untuk tiba ke destinasi-destinasi di atas. Kebiasaanya kami, hidup sederhana dan berlebih wang ringgit kepada perbelanjaan anak-anak terutamanya Rayyan Ariff yang bukan sedikit. Sebelum bersama Young Living, Bandung, Jakarta dan Bali adalah tempat paling jauh saya pernah menjejakkan kaki.  Bagaikan mimpi untuk saya sampai ke tahap ini..

Walau dasarnya saya bukanlah seorang yang suka berjalan, tapi apa salahnya kan kalau sudah ada peluangnya? Hehehe.. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT yang dihantar melalui Rayyan Ariff. Alangkah indshnya kalau anak-anak ada bersama. InSyaAllah bila abang Rayyan lebih kuat untuk berjalan jauh. Suatu masa nanti.

Terima kasih Young Living.
Paling utama, Syukur Ya Allah.

I am a proud Young Living Diamond Leader!

Friday, June 2, 2017

Stimulatherapy? Craniosacral Therapy? Braingym? Jin Shin Jyutsu? Ryhtmic Movement Training?

Apa benda panjang2 tajuk ni? Hehek. Ni antara alternative things yg aku penah buat utk Rayyan Ariff. Saje nak share my status update this morning. Terpanjang pulak dok dalam FB n IG. Tu yg tepek kat sini plak..


Captured at 758am, earlier this morning.

A day before, he woke up at 5am and it has been few days that he seems restless at night.

Semalam paksa ayah dia bawak pergi Craniosacral Therapy with Aunty Jennifer. Dah few days bising sbnrnya, pagi semalam baru pegi. Dan petangnya, he slept for a good 2 hours (amazing sebab budak ni tak jenis tido siang, unless dia sakit).

Ingatkan malamnya akan tido lambat, sebab siang dh tido banyak. So purposely bawak masuk bilik lambat than usual, pukul 1030pm. To my surprise, tak lama lepas tu tido sampai lah ke pukul 8 lebih pg tadi.

Kisahnya di sini, kita ni kena alert dengan keperluan badan. Mana kurang mana perlu lebih, then seek the necessary help.

Kak Jiey kan, bersyukur banyak tuhan temukan and bukakkan hati with all of these body work therapies. Tanya akak yang 5 tahun dahulu, jawab dia, "No I dont believe in all of these nonsense.. Baik pergi spital aje lah.." 

Yes, I was like that before. (Eh skrg pn ada lagi 30% like that..) Because we went through a lot. Like seriously a lot. So kami dah used to find comfort in doctors and hospitals.

Now, dah banyak berubah. Esp after seeing all the outcomes kan.. At times I even said to myself, eh kenapalah tak jumpa this therapy and that therapy masa Rayyan kecik2 dulu. Mesti dpt better result (we started going for alternative treatments masa Rayyan dah 5yo).

So now, just nk kabor dekat mak-mak yang sedang mencari rawatan dan terapi yang bersesuaian, if the kind of therapy yg kita jumpa tu dah wujud berrrrpuluh tahun, tapi bila kita google kata takde clinical study ke, takde scientific evidence ke, there's nothing wrong of giving it a try. Esp bila kita dengar good reviews from ppl around us.. Follow your instinct. Buat istikharah if takut. Kalau setakat scam nk menipu duit, takkan la deme wujud dan berkembang gitu gaya. Kan?


Teringat kisah 4 tahun lepas, rawatan alternatif pertama yg kami cuba was Stimulatherapy. Bergaduh lakibini dalam kereta weh otw ke tempat stimula. Yang suami bising, kalau jadi apa2 kat anak, awak tanggung dah nak sangat cuba. Yang bini jwb, eh apa pulak? Tak cuba tak tahu. Budak ni pn bukan makin elok sehari ke sehari. Awak nk tanggung? Gitu.

Thursday, April 13, 2017

Trauma dan Young Living Essential Oils?

Taktau la kenapa lately ni tertarik sangat dengan Trauma Life Essential Oils ni..



2 days ago, ada yang asked me about my personal experience with Trauma Life EO ni. So this is what I replied to her,

Ni my personal experience.

My son few days before nenek dia meninggal, dia taknak makan, tanak minum, tak sehat etc. The last time dia macam ni, ms atuk dia meninggal. Mula2 taktau kenapa, then hantar dia buat cranio. Buat dgn cikgu kak yonie lg.. 😅😅😅

Then therapist tu kata, Rayyan penah went thru near death experience, so every time ada death in the family, dia mmg akan greatly effected. So kak yonie suggested pakai Trauma Life, Present Time n Into the Future.

Smpt pakai Trauma Life aje. Alhamdulillah few days aje, lepas tu he's back to his usual self. Makan minum elok sihat n happy

On top of this, kawan saya pun guna masa dia phobia nak drive lepas accident. She said it worked well on her.

Menjadi lah kot eh? Hahaha..

P/s - Banyak studies yg relate kan trauma with sistem imun badan yang lemah tau..

Wednesday, April 5, 2017

Penggunaan Essential Oils semasa Demam?

Even demam ni benda biasa dan sebagai tanda badan kita lawan penyakit jugak, tapi sape ajelah pun nak demam kan? Kena pulak pakej sakit-sakit badan, makan tak habis. Kalau budak-budak pulak, part suhu tu lah yang kita kena jaga banyak.

Saya memang lah guna EO as a support masa demam. As a support yea, bukan kata hardcore tahap anti ubat bagai. Kalau perlu, masih bagi yea, esp utk Rayyan Ariff sebab dia ni ada problem untuk regulate body temperature. So kalau dia demam jangan la pandang remeh. Hehehe.

3 Essential Oils ni commonly used masa-masa tak sihat.

Peppermint ni bagus untuk regulate suhu badan. Lemon pun. Both Lemon dan Thieves ni pun bagus bab2 kerja bunuh kuman. Hehek.

So Thieves biasanya saya pakai dekat tapak kaki undiluted. Tapak kaki less sensitive kan. Then saya letak jugak dekat spine (diluted aka campur dengan minyak V6 kalau brand YL, or else boleh pakai coconut oils ke apa). Lemon pun pakai dengan cara yang sama. Usually saya akan buat every 30-60min dan kalau suhu tengah tinggi, every 15min for 2 hours.

Peppermint pulak dekat tapak kaki n pusat, dah tu drop dalam air, jerlum kepala and sponge bawah ketiak selang 15min smpi suhu turun. Kadang2 tak sampai pun 15min kalau ms tengah teruk. Smpi pijar tangan. Hehehe. Degil sangat, saya mandikan aje dengan air taruk Lemon EO.

Untuk Rayyan Ariff, since dia ada history being epileptic aka sawan kan, saya avoid Thieves EO kalau dia ada. So ganti dengan Oregano EO. Superb lah.

Kunci pakai EO ni satu, kena rajin. Kekerapan sapu tu yang penting, sebab tu kalau geng oilers tegar ni, bila ada yg tak sihat, memang tido dengan tak sama banyak aje.

Okay till then. Tu je cerita hari ni.

Monday, March 13, 2017

Minyak naik harga lagi~

Belum cuba Essential Oils?
Teringin tapi dok tertahan-tahan sebab banyak benda lain?

Jangan tunggu lagi lah. Bulan April ni EO naik harga. 5% kak oiiiiii.. Cepat2 beli if lama dah dok deliberate nak ke tanak!

Kenapa naik? Korang tanyalah currency exchange rate kita sekarang.



Nak oils untuk apa? Support sistem pernafasan? Sistem pertahanan badan? Otot dan urat gemurat? Fokus time belajar? Semua ada diknon. Pendek kata, we have an oil for that! Hahaha.. Tinggal lagi korang nak PM ke tanak akak di 0172742005!

Wednesday, February 22, 2017

Hobi makcik-makcik~

Menghias rumah! Betul ke, betul? Hahahha.. Betul lah tu.. 
Memang bebel lah laki tiap kali ada benda baru sampai.
Tapi dah janji dah setakat ni takde dah.. Hehek.
Yang kecik-kecik aje pulak.. Ehhh ada lagi.. Hahahhah..

Nampak hat 2 ketul tu, cap Ikea! Kahhhhh

Meja makan putih ni memang jenuh nak mendapat.. Merata cari.. Mula2 ingat nak kerusi kayu putih. Sampai ke sudah tak jumpa yang 8 kerusi. (Bukan takde actually, tapi mostly kena tunggu. Mak nak ready stock. Rakus kan).. Meja bar tu drpd ikea jugak. Bar stool tu pulak beli kat Lazada aje..

Finally after more than 2 years ber YLEO, ada jugak rezeki nak ber display rack yang ada barang-barang YL. Suka ke, suka? Sukaaa sangat.. Tu semua tu diffusers and some of produk2 YL.. Terang mata tengok rak ni..

Rak ni beli kat Lazada. Then self assemble..

Konon gila putih kan, fridge pun sauk warna putih jugak. Fridge ni beli baru sbb rumah lama kami bagi sewa fully furnished. Tu yang semua barang rumah bagi skali dengan rumah..

Rak ni made from Ikea. Carpet dgn frame ayat Quran tu Nilai 3 mari.. Memang murah la karpet dia. Total yang dengan depan TV, meja makan, hall atas n yang ni, RM1.8K. Dah la jenis karpet tebal, benang rapat tu.. Memang tak kumpul habuk..

Ni betul2 depan pintu masuk. Tatau la kenapa nak kena ada mainan ni.. Hahahhahah

Haa ni nak tunjuk.. Tak kira la cemana bersiap, depan ni mmg jadi tempat budak pompuan ni buat port main masak2 kekdahnya. Tatau la nape. 

Ni mak yang gila trolls. Maka mak beli untuk anak..

Kerusi cap Ikea, rak TV cap Cavenzi - display punya set, RM150 aje. Stock clearance sebab Cavenzi Bandar Baru Ampang nak tutup. Nak bukak kat Fajar Pandan Indah tu. Cuma condition lari sikit la. Kami beli wallpaper putih then tampal aje kat situ.. Elok takde cacat cela dah.. Hahhaha..

Ni part of cabinet barang2 office.. Kata SOHO kan.. Heheheh.. Rak again, Ikea mari..

Semua Ikea lah. Senang nak membeli, Rak laci kecik2 tu letak stok EO. Ni kiranya 1st floor. Sblh tangga nak naik 2nd Floor

Ni office kat 2nd Floor. Kemas? Yea kemas sebab ni bukan office aku. Hehek. Ni office staff aka PA aka adik aku. Kat atas sekali ni ada 3 bilik, 1 master bedroom ni aku buat office/training room/ guest room. 3 in 1. Semua haruk.

Kan dah kata tadi guest room pun iyea. Maka letak la sofa bed cap Ikea sekali dengan meja Ikea kat sini. Hahahhaha.. Ni masa awal2 dulu, rak atas tu pun tak penuh. Now dah penuh dah..

Kelas pertama yang aku buat dekat rumah ni.. Ni bilik yang sama la yang korang tengok kat atas ni.. Kan dah kata, training room/office/guest room. Semua tapau.

Meeting dengan AJK group aku masa kami buat family day itu hari.. Pun sama buat kat bilik ni jugak. Floor ni ada 2 bilik lagi. 1 bibik duduk, 1 lagi adik aku..

Ni plak Master Bedroom kat 1st floor. Saje aku dok kat Master bedroom floor ni, sakit lutut weh nak naik 1 lagi floor, Then 1 lagi bilik kat floor ni untuk anak-anak share, then mak aku tentu2 la bilik kat Ground Floor. 

Bilik tido aku ni, luas dia sama aje dgn training room kat atas tu. Mmg tahap bleh muat 3 king size beds. Tapi aku minimize dengan tak letak banyak barang coz kat sini jugak aku terapikan anak-anak. Braingym tak braingym, semua kat sini..

Ni plak bilik 2 beradik tu.. Ada rak ikea berlaci tu 3 buat isi mainan. Lepas tu rak kat kepala katil tu, katil 2 bijik, lemari 2 bijik n penyidai baju. Minimalis kiranya.  

Bilik air bebudak. Memang duta kecik Young Living la deme ni.. In Fact, satu rumah pun. Hehehehhe..

Itu aje pun setakat ni. Dah mula duduk since Dec last year. Tapi so far masih la on and off dengan duduk Sungai Petani. Nanti dah balik duduk for good, mau kurus lah main turun naik. Hehek. Kan dah kata, ni hobi makcik-makcik. Beria okay pegi Nilai 3 tempah langsir instant tu dengan pegi Baryali carpet bagai. Hehek. 

Dah, nak tido!