Showing posts with label Being different. Show all posts
Showing posts with label Being different. Show all posts

Monday, February 11, 2019

Togetherness

Proud of this lil girl who took care of her brother quite well, while mama could just sit outside waiting. She followed him everywhere and make sure he’s okay.

Somehow, I think we’ve trained her well in this department, to include the brother regardless what.
Few times I noticed, she is the one who insisted for the brother to tag along.

“Rifa, if you want to go to Sunway Lagoon with Rayyan, you cant go on all those rides. You know Rayyan doesnt like moving things. We can only play at Nickelodeon pool.”
“It’s okay, mama. I want Rayyan to go. I dont mind just playing at the pool.”

“Rifa, are you sure you dont want to go to Alaska? If you dont want to go because Rayyan could not come, this wont be the only trip that he couldn’t come. There’ll be more..”
“I wont be all happy if Rayyan is not with us, Mama. Can you tell your boss, Uncle Franco to ask everyone who’s going there not to use Thieves and RC, mama?”

“Rifa, if you want to go to an indoor playground, where can Rayyan sit? You know he doesnt like to be in those places and he will get mad seeing other kids running.”
“Dont worry mama, let just bring him. I’ll play with him so that he will enjoy himself. I’ll take care of him and make sure he’s okay. Okay, mama?”





Tuesday, August 18, 2015

My little Picasso in the making~

Last Saturday, my office buat Family Day 2015 di KidZania. Took the whole place out for the employees so rasa sayanglah if tak pergi. Ada rasa berbelah bahagi tu because I don't know how much my kids can enjoy such place. Especially si Rayyan Ariff. Tapi since it's free, bawak jugaklah kan.
 
The first thing that we did, pusing the whole place. Pujuk si adik nak buat itu ini semua taknak. Nak buat together katanya. Manalah boleh maknya masuk. Geram sungguh aihhh. Then we did City Parade. I made the 2 parading around the KidZania City with me. Alhamdulillah both kids enjoyed it. Rayyan Ariff lah yang paling up. With the crowds, dia OK aje and took instructions very well. Siap joget-joget and lompat-lompat.
 
Then, makan time. Lepas makan, pujuk si Rifa Aleesya to go inside the Art Studio to do some painting. Taknak dia. Nak go together. To provoke her, I let the abang went in. MashaAllah, to my surprise, behave nya si Abang and he took instruction very very well too.
 

Tengok dia beratur waiting for his turn, then masuk elok-elok, tunggu staffs KidZania tu bagi instructions and standing alone with us waiting outside, is definitely a huge thing to celebrate. Alhamdulillah, tuhan izinkan untuk kami melihat progress demi progress. Nama kita tak putus usaha dan doa, InShaaAllah Dia dengar. Cepat atau lambat aje Dia nak bagi tu.
 
A colleague cakap kat aku, "He looks like a normal kid.."
Hati rasa menggelupur nak pecah. Syahdu. Sebak. Terharu semua.
 
My little Picassso at work.

Rifa Aleesya pulak, dia cuma joined yang Stabilo punya Art studio buat binocular. Pastu statik and passive semacam. Padahal mak bapak dok depan pintu cermin yang berapa langkah tu aje.


Lepas stay for a little movie, we left KidZania by 4. Pergi picked up oils from a friend, then terus gerak ke Kelab Anak Syurga punya gathering. Pergi sekejap untuk hantar amanah orang. Then terus balik rumah.

Happy sangat-sangat dengan perkembangan Rayyan Ariff kan? Alhamdulillah.
Aku ingat nak explore options untuk dia pergi Art Therapy lah. Hekhek.
Melihat perkembangan dia, yes I heart my Young Living Essential Oils soooo much! Much much more.

Thursday, April 16, 2015

Tentang Rayyan; turun naik sebuah perjuangan.

Assalamualaikum.
Lama rasanya tidak mencoret di ruangan ini tentang cerita dari hati. Segalanya lebih terarah kepada catatan perkembangan dan berkisar fakta. Maka hari ini aku nekad mengambil sedikit ruang untuk bercerita. 


Alhamdulillah, kurang sebulan dari hari ini, Rayyan Ariff bakal menjejak usia 7 tahun. Syukur yang paling tinggi buat Yang Maha Esa, Yang Maha Memberi dan Yang Maha Memiliki. Syukur kerana Dia masih memberikan kami nikmat menjaga sebuah amanah dari syurga.

Melihat dia pada hari ini bagaikan melihat ke dalam mimpi. Tidak pernah aku gambarkan erti perjuangan akan seperit ini. Tidak pernah aku impikan erti pengorbanan adalah seindah ini. Untuk yang tidak pernah mengikuti kisah Rayyan Ariff, apabila aku bercerita di mana mulanya Rayyan Ariff, pasti ramai yang tidak percaya melihatkan dia yang ada pada hari ini. Bukan hanya kalian, aku juga begitu.


Masih jelas di ingatanku bagaimana sakitnya mendapat perkhabaran anak dalam kandunganku mungkin tidak akan hidup setelah dilahirkan. Anak yang aku kandung mungkin akan terlantar seumur hidup sekiranya selamat setelah dilahirkan. Jujurnya, aku juga termakan bicara para doktor tentang kepergian dirinya berbanding hidup. Berdasarkan fakta yang ada pada ketika itu.


Pada fasa yang lain, masih jelas menari-nari di ruang mata ini bagaimana sakitnya situasi semasa Doktor memaklumkan kepada kami bahawa bayi kami yang masih berada di NICU, dan baru berusia 30 hari itu tidak dapat melihat dan mendengar. Hancur luluh hati seorang ibu. Setiap kali aku memangku tubuh kecilnya tika itu, sebak merajai hati tatkala aku 'bercerita' padanya. Apabila melihat kelibat jururawat, aku akan sesegera mungkin menghentikan bicara. Malu dikatakan 'bodoh' bercerita pada anak yang tidak bisa mendengar dan melihat. Terseksanya aku ketika itu kerna tidak dapat berkomunikasi dengan darah daging sendiri. Sehinggalah aku ditegur seorang jururawat untuk 'berbual' dengan Rayyan Ariff, barulah aku berani. Perlahan-lahan, aku belajar konsep stimulasi. 

Di awal pembesaran, aku juga sama seperti kalian, ibu anak-anak istimewa yang lain. Hiba melihat ketidakmampuan si anak hatta sekecil menegakkan leher dan kepala sendiri walau usia hampir memasuki ke angka 12 purnama. Sedih melihatkan ketidakmampuan anak untuk menegakkan kaki sendiri apabila diletakkan di dalam posisi berdiri, yang segalanya lembik dan memerlukan sokongan. 


Segalanya apa yang kalian rasakan, aku juga pernah di situ. Pusat rehabilitasi adalah tempat "riadah" kami pada waktu hujung minggu. Berterapi sendiri juga adalah aktiviti kami pada setiap kelapangan. Dan barangan keperluan terapi Rayyan Ariff adalah keutamaan aku berbanding beg tangan dan baju-baju cantik. Sehingga pernahnya pembantu rumahku sendiri menegur aku yang asyiknya berbaju sama ke pejabat.

Pada suatu hari yang ada untuk aku raikan perkembangan Rayyan Ariff, akan ada satu hari yang lain untuk aku meratapi kekurangan dan ketidakmampuan Rayyan Ariff. Setapak ke hadapan sering membawa kami kembali ke tiga langkah di belakang. Hari ini aku dengarkan dia yang memanggil aku, mama. 6 bulan kemudian aku saksikan dia yang sunyi dan sepi. Semalam aku lihat dia yang berdiri tegak dan tegap jalannya. Hari ini pula menyaksikan dia yang kembali melangkah dalam aturan yang sangat kelam kabut. Seperti mana gelojak rasa tidak selalunya mendung, begitu juga gembira tidak selalunya kekal.


Turun naik kehidupan juga pernah membuatkan aku berbisik padanya, "Kuatlah anak selagi ada kuatmu. Selama mana bisamu. Andai kamu tidak mampu, tidak pernah sesekali mama hampa denganmu. Mama serahkan kamu kepada Dia tuhan yang satu.."




Sungguh aku lebih sakit melihat dia yang sakit. Di dalam rapuh imanku, aku juga pernah menyoal kenapa masih kami? Kenapa harus dia? Aku penat menjadi penghuni hospital bersama dirinya. Aku letih  mengunjungi pusat terapi dengannya. Aku muak mengikuti temujanji demi temujanji. Aku benci melihat dia yang terus teruji. Aku bagaikan berada di medan peperangan yang membuatkan aku takut untuk menikmati gembira kerana sentiasa ada kuasa gelap yang mahu meragut indahnya bahagia. Hari ini sedang aku meraikan sihatnya, esok aku terduduk menatapi sakitnya. 


Astaghfirullahalazim. 
Itulah hakikatnya, kita tidak senantiasa kuat.

Namun satu tentang aku dan dia, kami tidak menunggu lama untuk kembali bangkit daripada setiap kesakitan. Kami tidak pernah berhenti meraikan hidup.

Alhamdulillah, dia kini sudah agak kuat berbanding dahulu. Sudah semakin pandai interaksinya. Syukur Dia kurniakan sinar sebagai anugerah di setiap keringat dan air mata yang kami titiskan. 

Pada dirinya hari ini, ada dia yang sering terlantar sakit suatu waktu dahulu.
Pada dirinya hari ini, ada dia yang sudah beberapa kali disorong ke dewan pembedahan.
Pada aku yang tersenyum hari ini, ada seorang ibu yang pernah berlari memohon bantuan sambil memangku sekujur tubuh anaknya  yang biru dan tidak bernafas.
Pada aku yang sedang bercerita kini, ada seorang ibu yang pernah dihina bahawa anak cacat adalah kifarah dosa-dosa lampau.
Pada dia ada aku dan pada aku ada dia.

Sakit sesakit sakitnya. Namun aku tidak akan pernah mahu menukar pengalaman ini andai diberi peluang memutar masa. Tapi seandainya disuruh mengulang, sumpah aku tidak mahu. Cukuplah kesakitan lalu yang tidak pernah luntur itu. Untuk masa hadapan, izinkan kami terus meraikan hidup seadanya kami.

Rayyan Ariff hari ini, sudah mampu berjalan sendiri walau masih belum tegap langkahnya.
Rayyan Ariff hari ini, sudah mampu mewarna dan memegang pensel walau masih tidak pandai menulis apalagi membaca.
Rayyan Ariff hari ini, sudah bisa mandi sendiri walau tidak sebersih mana.
Rayyan Ariff hari ini, sudah mampu bergurau dan bergaduh dengan adiknya walau masih belum ada komunikasi lisan antara mereka.
Rayyan Ariff hari ini, sudah kembali mengeluarkan suara walau masih belum mampu mengulang memanggil aku mama.
Rayyan Ariff hari ini, sudah bisa menyuap makan sendiri walau masih bersepah dan berterabur kesudahannya.
Banyak lagi tentang dia yang sangat indah untuk aku ungkapkan.

Secara amnya, Rayyan Ariff masih jauh mahu menyentuh garisan normal pada takrifan umum. Namun untuk anak Alobar Holoprosencephaly yang lahirnya dengan sel otak yang sangat minimum dan pertumbuhan otak yang sangat-sangat tidak sempurna, aku memilih untuk memberi fokus pada kemampuan dirinya berbanding ketidakupayaan yang ada. 

Go figure what is Alobar Holoprosencephaly, maka tahulah kalian apa yang patut diharapkan daripada dia. 
=)


Kuncinya pada usaha dan doa. InShaaAllah. 

Bang Ian, mama sayang Abang demi Allah. Mama boleh menangis dengan hanya menatap wajah abang. Kudus. Suci. Satu anugerah.

Seluruh cinta.

Friday, June 27, 2014

Kisah adik Muhammad Firdaus Dullah, satu kisah anak OKU

A few friends tanya, kenapa takde komen pasal kisah Muhammad Firdaus? Aku nak dengar dan tumpang komen kalau ko post something. Boleh??
 
Yea, takde status yang saya muat naik memberi komen tentang ibu Muhammad Firdaus. Tapi saya ada memberi komen pada dua status berlainan. Dan kedua-dua status adalah hangat dengan pelbagai komen dan maki hamun. Klise tapi itu realiti segelintir Facebooker di Malaysia.  
 
Hilang adab sopan.
 
Dan ini komen saya:
*Inhumane - phone auto-correct
 
Dan yang keduanya:


 
 
Saya hormati pendapat semua. Ada yang mengatakan tekanan, ada yang kata meroyan. Dan ini cuma apa yang saya rasa.
Wallahualam.

Wednesday, June 11, 2014

Cinta segunung intan~

Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya.

Perilaku dan kemampuan yang berbeza mencetus tindakbalas yang berlainan. Maka kata ayah mereka, mama lebih sayangkan Bang Ian berbanding DikSya.
 
Contoh 1
Bang Ian duduk di sebelah DikSya yang berdiri sambil memegang lollipop. Leka si adik, si abang merampas lollipop dan dimasukkan ke mulutnya. Mulut ditutup seketatnya menyukarkan si adik merampas kembali dan si adik mula menangis tanda protes. Dalam waktu yang sama, menahan diri dari memukul si abang kerana mama ada berdekatan.
 
Reaksi pertama mama adalah tertawa kelucuan untuk seketika sebelum membantu mendapatkan kembali lollipop untuk si adik. Tawa mama bukan kerana menyebelahi abang, kerana tidak menyangka abang mampu dan mahu bertindak sedemikian. "Abang said sorry, adik. Abg tak pandai mintak. Adik share la dengan abg.."
 
Most of the time, adik takkan share. Heh.
 
Contoh 2.
Ada sepotong kecil kek di dalam peti ais. Nenek keluarkan dan mula menyuap mereka berdua. Si abg tersengih girang sambil bermain-main. Si adik yang menyedari kek hanya ada sedikit, mengunyah selaju mungkin dan menelan secepat pasti. "Nak lagi.. Nak lagi.." Episod ini berkesudahan dengan si abang hanya mendapat dua suapan dan selebihnya milik si adik. Untung mama tiada, kalau tidak, pastinya si adik mendapat bebelan dan ajaran percuma.

Jelas nyata, apabila abang melakukan sesuatu kesalahan, ia tanpa ada akal nakal kerana pemikirannya lurus ke hadapan. Berbanding si adik yang punya bermacam agenda.

Bang Ian yang cool and easy dan DikSya yang macam-macam. Kita lihat selama mana meja jepun dari Tesco yang berharga cuma RM9.90 ini mampu bertahan. Si adik siap masuk bawah meja, lompat naik atas, merangkak buat bridge n macam2 lagi kat atas meja tu. Whereas abang, menggunakan selayak penggunaan sebuah meja.. ;-)

Marah mama pada DikSya adalah didikan untuk si adik lebih mengalah dan menjadi pembela si abg di kemudian hari. Dan tidak termasuk dalam kategori org yang menindas golongan seperti abang.

Bang Ian juga tidak terkecuali dari amarah mama. Namun cukup dengan satu jari telunjuk, Bang Ian sudah menikus diam. Bagaimana lagi mama mahu marah apabila Bang Ian sepatuh itu? Berbanding si adik yang penuh sifat memberontak selayaknya anak tipikal (dan anak kedua!).

DikSya yang lasak dan tidak takut mencuba hingga memerlukan pengawasan rapi. Berbeza dengan Bang Ian yang relaks dan tidak berani pergi jauh dari kelibat mama.. ;-)
 
Tiada istilah lebih dan kurang dalam diari seorang ibu bila mana trauma fizikal dan emosi semasa mengandung dan melahirkan adalah sama. Setiap kelahiran ada ceritanya yang tersendiri. Namun layanan pastinya berbeza berdasarkan keperluan dan tindakbalas.

Sayang kalian kerana Allah SWT. Mama doakan yang terbaik untuk kalian.
 




Thursday, May 15, 2014

Happy 6th birthday to our Harry Potter.. The boy who lives..

I know this is so not right. This is suppose to be posted on 12 May 2014 but again, this lousy momma got caught up between so many things.
 
I cant believe that it has been 6 years! 6 years that were filled with so many ups and down. 6 years that taught each and everyone of us to be stronger and thankful. Time flies!
 
 
 
Son, you first made your appearance on 12 May 2008, small and fragile as we were only at our 31wks gestation. You tried your best to give that very first cry. Though it was not a strong one, but it gave all of us so much hopes. You may not be physically strong young man, but you always managed to keep your spirit high. Your spirit is larger than your body. Larger than all of us.
 
There were times when we were loosing you. Yes we were devastated by it. But we only hold one thing, that Allah is above all and everything has been beautifully written by Him. We're walking on a path that He righfully created for all of us. He knows what is best for you, for us.
 
Once, we were told that you may not live after birth, let alone to see, to hear, to move or even to think as you were left with very minimal brain tissues. Very little brain cells with missing parts. But termination of pregnancy was never in our plan. Regardless what your condition was, you are our son and killing our own flesh and blood was never an option for us. 
 
Son, you may be living a life of a disabled that are full of attending therapies, series of running to the ER, taking lots of medications, going through surgeries and whatnot, but your life is worth it. Your soul has inspired so many people out there.
 
Seeing your progress is truly amazing. It's beyond anyone's expectation. How I wish there will be more children of the same diagnosis and level of severity to have same progress like you, if not better.
 
You're our superHERO. You are our Harry Potter. You are the boy who lives. Happy 6th birthday, son.


I wont give up on us even if the skies get rough. I'm giving you all my love and I'm still looking up.
 
Let us continue to defy the odd.
 
Love,
Momma.


Wednesday, April 9, 2014

I'm backkkkk.. InShaaAllah for good!

Sekkummmm *Bak kata Rifa Aleesya*

Semalam baca old entries from this blog sebab nak recap a few things yang ada orang tanya. Bila baca how detailed it was bila aku bercerita last time (even cerita pegi appointment Dr. je pun!), terasa gila excited. Usah kata untuk kenangan, boleh buat rujukan balik sebenornya! Mahal tu..
 
Hence, sebab tu lah tajuk bersifat shoutout yang bertemakan, "Mak Jemah kembali u'olls!"
 
Cuma satu hal nya. Every time nak type something, tiba-tiba jadi buntu. Hahaha. Padahal hidup banyak je cerita. On each and every one of us. Dah hilang skills dah kot.
 
Ok, kita mulakan dengan cerita yours truly dululah yea. Nanti kita membawak kepada cerita anak-anak pulak. ~Eh ada ke yang nak dengar citer pasal I'olls? Korang datang this page for Rayyan Ariff je kan? Sentap mak.. Kata kawan.~
 
Sindrom mid-life crisis gamaknya aku ni.
 
So? Apa yang lebih dan apa yang kurangnya life aku sekarang? Takde banyak beza pun sebenarnya. Sama je. Masih gemuk. Masih cuba nak diet. (Masih yea masih, *sambil hirup teh tarik*. Cumanya dalam gemuk tu, I am 5kg lighter than I was sebulan setengah yang lepas. Hahaha. Harap2 janganlah gain balik that scary 5kg. Shuhhh PMS! So, another 27kg more to go. Mampukah?? Hahaha.. Wallahualam. Jangan lebam mencuba takde hasilnya sudahlah. Ada jugak aku kidnap Kevin Zahri kang! Takpun punggah kain baju gi tumpang umah dia, nak kurus punya pasal. Join JK1M malas, ada hati kan?
 
Part kerja, sama je. Cuma aku banyak sket la bagi talk sekarang ni. Jadi panel untuk sesi Q&A ke.. Kata senior, kenalah banyak get involved kan.. Dah 8 tahun 7 bulan kerja kat sini lepas I left an investment bank before. Syukurlah boss nak jugak hantar situ sini even though aku rasa aku ni hampagas jer.. Takde la bagus mana pun. So besar rahmat dah tu bila orang percaya kat kita. Tiap kali nak naik stage, malam sebelum tu dah mula berdebor-debor tau tak. Ntah bila nak pulih ni. Heh.
 
Study dulu presentation slides before nak bagi talk. Padahal benda sama je pun. Kahkahkah. Penakut!!
 
Tapi kan, aku yang dulu bukanlah sekarang! Heyyy!! Dulu dulu dulu ku menderita, sekarang aku bahagia!! Eh, melalut jadik Tegar pulak. Tapi aku rasa kan, berbeza jugaklah aku yang dulu dengan aku yang sekarang. Dulu hidup macam very straight forward. Kejar semua benda untuk orang lain except for myself. Sekarang, aku dah belajar untuk hidup seadanya dan fikirkan diri sendiri jugak. Self reward katanya.
 
Benda-benda kecik je pun. Contohnya, belajar mengikuti perkembangan semasa dan ambil tahu. Hidup ni bukan berkisar pada jadi pekerja, jadi mak, bawak anak pergi terapi semata. Dan hasilnya?
 
Taddaaaaa.. *bak kata Rifa Aleesya*
 
I'olls bertukar menjadi Mak Jemah u'olls!!!!

Ke"Jemah"an pertama: Gosip HS dengan Bang Romin! Haaa.. Mak folo insta dia wehhhhhh! Page "Kami Sokong Liyana Manan" pun mak dah liked! Gila Jemah kau!

Kejemahan kedua: Subhanallahhh.. Mak Jemah layan Abang Zahrain Alimin!!! Kalah Abang Tuan Alimin ginih!! Kehkehkeh. Layan Ok!! Meh la kita sesama pikat memikat suami katanya! (>_<)

Dalam pada tu, carik jugaklah program berunsur keilmiahan wehh.. Ingat sikit, umo makin tua bukan muda. Hohoho. Amboiii, manisnya menonton. Kenapa? Sebab sekarang kat umah dah ada 3 bijik TV with 3 astro decoders. Tapi as always, kena mencelah baru Mak Jemah ada bahagian. Satu bapak punya, satu Karoot Komedia, satu kartun memanjang.
Tapi Mak Jemah is improving in the area of, "Dah, dah, turn mama pulak!" Bos besar kan. Cukup besar..

On MH370. Seriously, this man earned my respect by being brave, calm and consistent in facing the vocal medias. Gila tabik. His command of English pun superb. Seriously, dah lama Mak Jemah tak puji pemimpin lepas Tun M. Puji in the same way lah maknanya. Bukan dari segi politikal. Mak Jemah tak terlibat dalam politik atau pun paleolitik mahu pun neolitik ni yea.
 
Disebabkan MH370 jugak Mak Jemah dah tahu nak explore channel radio selain daripada Sinar.fm dan IKIM.fm. Kalau tak, dua stesen ni je la yang telinga Mak Jemah boleh terima. Dari awal Mak Jemah follow Hot.fm ni sbb rasanya, among all, diorang punya yang paling best when it comes tu coverage of MH370 issues. Thumbs up.

Dan terkini (eh bukan dari dulu ke??), Mak Jemah adalah sangat terlibat secara kroniknya dengan online shopping. Masya Allah. Teruk nauuu.. Shawls, skirts, tops, telekung, vitamins, toiletteries, baju-bajan anak-anak, kasut anak-anak, sampai ke emblem n brake pad kete pun Mak Jemah order online wehhh. Dahsyat sungguh penangan segalanya di hujung jari ni. Sudahlah. Pejam mata dah la lepas ni. Jangan beli apa2 sampai ujung tahun. ngehngehngeh.
 
Ni master nehh.. Culprit utama!!!
 
Sebahagian dari mereka yang berjaya mengaburi akal Mak Jemah dan menterjemahkan sebuah keinginan dan kemahuan  yang tidak bertepi kepada keperluan. Phuiiiiii..

Fefeeling Nawwal Husna pakai telekung lycra katanya!! Hahaha.. Pengaruh betul. Seb baik tak ambik kaler hijau Nawwal Husna. Sebabnya? Soft pink laaagi best. Feeling air bandung. Rasa terapung-apung gitu. Cotton candy weh. Heh, ngadap tuhan pun nak melawo jugak. Gittew! Best telekung ni. Sejuk je.. Sebab berat, dia turun ke bawah gitu.. Tak terselak la sebab tak terbang ditiup angin. Sila ke FB Lynn Hussin Al-Haj. Harga pun Ok. :-)
 

Selfie ketiga yang disiarkan di media sosial untuk tahun 2014. Testimonial instant shawl from Originalshawl (IG). Gila best hokeh.. Senang pakai. Sarung je untuk yang tak reti lilit melilit ni, tapi ada perasaan dan nafsu nak pakai shawl. Aku prefer hat ni then Bokitta sebab bila pakai Bokitta, terasa kepala besar yang amat (aku le, orang lain elok je aku tengok)
 
Sekian tentang yours truly. Life is too short to be wasted. Moh kita henjoyyyyy... Ngehngehngeh.

Tuesday, January 28, 2014

Satu perkara, satu masa?

Kata omputih, one thing at one time kan? Kata aku ataupun versi mak-mak zaman sekarang, kalau buat satu-satu memang tak berhabislah! Kalau boleh semua pun nak buat. Semua pun nak settle. Kalau dapat one quiet day tu kira bagus sangat dah tu.
 
Agaknya sebab dah penat sangat ke hulu ke hilir rupa driver, ruba babysitter, rupa kuli dan pelbagai rupa lagi, badan mulalah nak protest. On Friday tu dah mula rasa sakit kat tapak kaki bila berpijak. Came Saturday, makin teruk. Campur dengan kepala sakit berdenyut-denyut, memang havoc la.. Sabtu takde terapi kat hospital, so bawak the kids pergi Stimulatherapy.
 
Tinggalkan anak dengan bibik, dah tu gi tukar tayar kereta dan yang sewaktu dengannya lah. Sebab weekend nanti nak berjalan jauh kan. Beli something yang Kak Ija kirim before gerak gi tempat stimula balik. Dah sampai tu tunggu sekali lagi turn Rayyan Ariff untuk stimulatherapy, then baru gerak balik rumah.
 
Sampai rumah dah petang. Si adiknya sibuk nak swimming. Ayah yang bawak.. Mama dia dah sakit kepala berpinar dah rasa. Booked appointment dengan satu pusat refleksiologi kat Ampang, run by OKU penglihatan. Tak pernah-pernah merasa urut, kali ni surrender. Kalau tak, paling takut kot!
 
Lepas maghrib pergi. Kata orang tu, penyakit takde tapi angin banyak. Dah tu badan macam penat sangat. Overused. Urat-urat kat betis semua terik. Kes tak pernah urut pun yea kot. Dia siap tanya, "Sakit kepala ke kak?" Memang tengah sakit pun!
 
Adik tu cakaplah, sebab badan banyak guna kena la service at least once in every 2 weeks. Tengoklah dik kot ada masa. Iyea la, mana kaki tak sakit kalau sehari-hari tu at least 2 jam setengah drive pergi balik kerja n hantar anak sekolah. Tu tak masuk lagi hari pergi Stimulatherapy. Ampang-Shah Alam-Damansara-Shah Alam-Ampang. Kurang-kurang 3 jam - 4 jam dalam kereta pergi balik.
 
Kalau ada orang kata dia bleh go through all of this without rasa penat, aku tabik spring toink toink la. Aku sendiri bukan kuat mana pun, kalau tak ingat anak, takde de aku nak ke hulu ke hilir.. Baik aku tido kat rumah kan?? 
 
Permata jiwa. Aku pegang konsep amanah Allah SWT. Kalau dah kata amanah, ke hujung dunia cari penawar pun kenalah sanggup. Takkan ko nak biar aje?

Aku rasa, faktor yang mendorong aku sakit kepala, migrain and whatnot tu sebab tak cukup tido. Pada aku, tido yang 5 jam terus menerus tu lagi nikmat daripada tido 7/8 jam tapi in between ko kena bangun, attending to a crying baby (erkk toddler!) 4-5 kali semalaman.
 
Aku pun tatau pesen apa si Rifa Aleesya ni. Semalaman tu susah nak dapat dia tido straight without crying. Kalau dapat tu, memang miracle lah! Heaven gila. Dulu orang kata tunggu habis pantang. Dah habis tak OK, orang kata tunggu besar sket. Now, aku tak tunggu dah. Tak kisahlah ape pun. Dah nama pun anak. Kot boleh pergi tune kat supermarket kasik betul, dah lama dah aku buat. Since takleh, make do je lah kekdahnya.
 

Entah apa depa discussed. Antor si abg OK banyak, antor si adik penuh stress ok! Kejap ke depan, kejap ke belakang. Kejap tarik tudung, kejap sepah tisu. Cuba korang bayang, tengah drive orang tarik tudung cemana kekdahnya? Bukan sekali tarik, ko jerit dan ugut dulu baru dia lepas. Sekolah dengan umah dalam 1-2km je kot, tapi sebab traffic light and constructions tambah lagi dengan peel dia, rasa macam 2 jam. Haihhh..
 
Back to cerita hari sabtu, sampai rumah lepas urut dah 930pm. Tak tunggu lama, by 945pm masuk tido bawak Rayyan Ariff sekali. Entah pukul berapa dia tido.. Kul 11pm terbangun, pekik panggil si Rifa Aleesya masuk suruh tido. Si ayah dok kata, "Ala weekend kot.. Biar la dia nak berjaga."
 
Hah, ni cakap senang. Kot dibiar, membawak ke weekdays OK! Dah tu, kita ni lah yang berperang mana susah nak bangun pagi, mana peel nak mandikan, mana nak bagi makan. Kot office sendiri takpe la masuk pukul 11am pun!
 
Memang rare lah nak dapat tido pukul 945pm tuh. Hari tu menjadik sebab kepala mendenyut je haa.. Laki kejut sebab nak bagitau apa pun silap timing lah kan. Aku dah kepala rasa nak pecah. Esoknya bangun, sakit lagi.. Mana taknya, semalam before tuh bukan boleh tido full stretch jugak pun. Hok kecik tu dok bangun 2-3kali. Tapi sakitnya better than before. Boleh bangun and boleh function.
 
Mak-mak ni, asal boleh function je, semua jalan. Dah tu gerak gi umah PIL kat Rawang. Kena la fair kan. Last datang 1 Jan ari tu. Ni dah 26 Jan. Kang nak balik Kelantan berhari-hari dah pulak (iyelah, takkan nak balik Kelantan 2 hari je kot. Kalo 2 hari je, dok atas jalan je lah kekdahnya). So before balik Kelantan, balik la Rawang dulu. Balik je daripada Rawang, itu ini, itu ini, gerak ke Shah Alam pulak. Overnight kat sana, so senang pagi semalam turun gi kerja dari sana. Dah tu petang gerak gi sana. Semalam sampai rumah dah almost 8pm.
 
Penat tak penat. Korang nilai sendirilah, Aku malas nak cakap apa dah. Apa yang kita cakap semua tak betul kalau orang dah tak suka. Hehehehe. Eh, apa citer pulak ni eh? Hahaha.. Biorlah. Yang penting tuhan tahu hati kita tara mana. Ada hujung-hujung sabar dan kuat, aku mintak sesangat tuhan terus menerus bagi. Supaya boleh terus melangkah. Hidup setiap orang tak sama. Cabaran setiap orang berbeza. Kalau dah ini jalan yang Dia bagi untuk aku, mak OK je. Redha ke pasrah ke, terus berjalan.
 
Korang pun sama tau. Terus berjalan regardless what. Eh tetiba.
 
 

Friday, November 8, 2013

Cerita tentang anak syurga..

Matiklaaaa.. Marahlah Henchek Sapuan yang semalam tu bila mana ahkak guna lagi perkataan anak syurga! Klise katanya! Hahahaha.. Eh, suka hati kitalah. Takkan nak pakai perkataan anak neraka pulak khennn??
.
Ok, berbalik kepada entri semalam. 
.
Disclaimer: Ini adalah dari sudut pandangan saya yang ilmunya masih tersangat jauh dari tinggi. Ini pendapat saya yang jahilnya masih menggunung. Ini adalah hasil pemerhatian saya, pembacaan saya dan cara saya menilai kehidupan. Kalau anda tidak setuju, simpan kritikan anda. Dan seperti biasanya, saya alu-alukan komen yang membina. Betulkan saya jika saya salah, tapi betulkan saya dengan cara yang betul. 
.
Saya setuju dan tidak setuju bahawa anak cacat adalah anak syurga. Kenapa setuju dan kenapa tidak? Pada saya, tengoklah jenis kecacatan sebelum membuat kesimpulan. Saya pernah membuat entri tentang erti cacat sebelum ini. Apparently, ketiadaan sebatang jari yang membezakan kita dengan manusia tipikal yang lain pun sudah menjadikan kita cacat *sila rujuk kamus sendiri*. 
.
Kalau cacat yang sebegini, mereka masih punya akal dan fikiran yang sama dengan manusia yang lain. Mereka masih punya keinginan dan sebagainya. Mereka masih seperti kita.. Dan saya rasa, mereka juga akan dihisab sebagaimana kita yang lain. 
.
Namun itu tidak sepatutnya menghalang kita dari memanggil mereka sebagai anak syurga. Kawan saya, Watie GBOB sendiri memanggil semua anak-anak murid dari kelas playgroup nya sebagai anak syurga. Padahal kesemua mereka anak-anak tipikal. Kenapa tidak? Kata-kata itukan satu doa. Tambahan pula, anak kecil bukankah ibarat kanvas putih? Betapa bersihnya perbandingan yang diambil untuk mereka. 
.
Berbalik kepada anak istimewa yakni anak-anak seperti Rayyan Ariff.
.
.
Akal mereka masih jauh dari kesempurnaan. Akal mereka masih jauh dari menerima dan memikirkan tentang sebab dan akibat. Masih jauh untuk menerima hakikat konsep ketuhanan dan sebagainya. Lantas, nerakakah buat mereka? Nerakakah buat kami ibubapanya yang sepatutnya menjadi orang yang mengajar mereka tentang banyak perkara?
.
Sering diungkapkan bahawa Allah SWT itu maha adil. Maha adil. Sememangnya syurga dan neraka adalah milikNya. Dan seandainya dihisab dosa dan pahala pada diri dan perlakuan Rayyan Ariff itu sendiri, nyatakan pada saya sekarang, bahagian yang manakah layak dipanggil dosa buatnya?
.
Anak kelainan upaya, anak kurang upaya, anak istimewa dan apa sahaja panggilannya untuk Rayyan Ariff, untuk meminta makanan kerana lapar sahaja dia tidak pandai, untuk minta diberhentikan suapan ketika kenyang sahaja dia tidak bisa, untuk meminta dimatikan kipas angin sewaktu dia kesejukan sahaja dia tidak tahu. Maka atas kapasiti apa dia mampu melakukan dosa sedangkan kebajikan sendiri juga tidak tahu dijaga?
.
Ambil jaga Rayyan Ariff untuk sehari, dan akan tahulah kalian betapa dependent nya dia pada belas ihsan seorang manusia lain.
.
Pernah beberapa kali saya mendengar dan membaca sendiri betapa pilunya hati sang ibu tatkala melihat anak digigit semut. Tatkala anak menangis tanpa di ketahui punca dan rupa-rupanya, menangis kesakitan kerana menjadi habuan sang semut. Kalau seekor semut sudah tidak mampu dilawan, atas kapasiti apa anak kelainan keadaan mental dan terlantar ini bisa melakukan dosa??
.

Rakan-rakan Rayyan Ariff dari geng Superkids. Aiman yang berbaju hijau telah kembali ke rahmatullah pada tahun lalu sementara anak-anak yang lain masih meneruskan perjuangan..
.

Kalau hidupnya tiada melawan ibu dan bapanya, kalau hidupnya tiada merempit tanpa faedah, kalau hidupnya tiada merosakkan anak dara orang dan yang sewaktu dengannya, ke manakah halatuju Aiman dan rakan-rakannya di alam sana? Setujukah kalian kalau saya katakan Aiman mungkin berada di syurga Allah?
.

Again, saya tahu syurga dan neraka adalah rahsia Allah SWT. Tapi kebiasaannya, akal dan fikiran kita bukankah boleh memikirkan tentang perkara asas ini?
.

Beberapa maklumat yang saya dapat mengenai anak kecil yang meninggal dunia:
.

Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni surga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di surga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

.
 Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur
benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke surga bila ibunya rela dengan itu
(ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

.
Secara amnya (again, ini pendapat saya!), saya rasakan kenapa anak-anak di dalam senario di atas ini dikatakan akan terus ke syurga setelah meninggal dunia kerana mereka suci dari melakukan sebarang kejahatan. Belum boleh berfikir dengan sematang keputusan.

Dan kalau inilah sebabnya, apa beza mereka dengan Rayyan Ariff dan kawan-kawannya. Kalaulah anak-anak seperti Rayyan Ariff pulang kepada penciptaNya (Nauzubillah, bukan niat aku menidakkan hakMu namun aku bermohon kau pinjamkanlah Rayyan Ariff kepadaku selama yang mungkin) pada usia 30an (melebihi usia anak kecil), dalam keadaan tidak bersolat dan masih tidak memahami konsep ketuhanan (masih pemikiran seperti anak kecil), bolehkah kita katakan mereka bakal ke neraka setelah selesainya hisab nanti kerana mereka tidak solat dan sebagainya?
.

Pernah baca tentang mukallaf dan siapa yang tergolong dalam golongan ini? Kalau belum, pergi baca.
.

Dan ini pula yang saya temui dari qibla.com, by Ustazah Zaynab Ansari of SunniPath Academy:
.

A friend of my mother calls my son, "My Jannah baby." What she means is that special-needs children are a way for parents to go to Jannah. Children with disabilities are very close to Allah Ta'ala as many of them never have the capacity to do any wrong. Some children with disabilities will always remain in a very innocent state, and, therefore, will not be held accountable, unlike typically-developing children. If we, as parents, raise our children with love and patience, thanking Allah for this opportunity, not being resentful, and giving our children the best we can give them in terms of treatment and care, then they are a means to Paradise.

Saya juga pernah mendengar sesuatu yang sama dari Prof Muhaya. Dia menggelarkan anak-anak seistimewa Rayyan Ariff sebagai anak syurga. Prof Muhaya juga menyatakan bahawa anak-anak ini adalah ladang pahala buat si ibu dan ayah. 
.


Harus diingat, ladang pahala atau dosa bergantung kepada cara mana kita menghadapi situasi itu sendiri. Kalau dengan kecacatan itu kita mencipta redha, ianya mungkin bisa mendatangkan pahala. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang mengambil kecacatan itu sebagai beban dan menganggap ianya sebagai ketidakadilan Allah SWT? Takkan hendak diberi ganjaran pahala juga. 
.

Ada satu cerita yang berbunyi lebih kurang begini (maaf kalau ada kekurangan dalam penceritaan):
.

Seorang wanita solehah yang menghidapi penyakit sawan menemui Rasullah dan mengadu, setiap kali dia diserang sawan, dia tidak sedarkan diri dan auratnya tersingkap. Maka Rasulullah berkata kepada perempuan itu, Kalau engkau memilih sabar dalam menghadapi penyakitmu, maka syurgalah untukmu. Mahukah kau kalau aku mendoakan kepadaNya untuk disembuhkan dari penyakit itu? Maka perempuan itu menjawab dia memilih untuk menanggung kesakitan. Lantas berdoalah Rasulullah kepada Allah Taala agar ditutup aib wanita itu setiap kali dia diserang sawan.
.

Hebatkan ganjaran atas sebuah kesabaran menghadapi kesakitan?
.

 "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas" (Az-Zumar:10)
.

Dan itulah yang dilalui anak-anak seperti Rayyan Ariff. Kesakitan demi kesakitan terpaksa mereka lalui.. Kalau kesakitan dikatakan sebagai kifarah dosa-dosa lalu, apa pula dosa lampau mereka lakukan di dalam hidup mereka yang masih muda ini? 
.

 Lihat setiap satunya wajah kesakitan ini..
.

Pada saya senang, jangan melihat penyakit itu sebagai kifarah semata, sebagai beban semata. Penyakit juga perlu dilihat sebagai peringatan. Untuk kita orang-orang di sekeliling mereka juga. Seperti kata seorang teman sekasut, "Sebelum tibanya anak-anak kita ini, kita kenal tuhan. Setelah adanya anak-anak kita ini, kita lebih kenal tuhan.."
.

Ini yang saya temui di Facebook. Wallahualam tidak saya pasti sama ada ianya benar dari Tuan Guru Nik Aziz atau pun tidak: 
.

 Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat mana  kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit beruntung kerana terlepas soalan ini di akhirat nanti.
.

Saya rasa cukuplah setakat ini pendapat yang bisa saya zahirkan tentang anak syurga (Yup, saya masih percaya anak-anak seperti Rayyan Ariff adalah anak syurga kerana Allah SWT tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia. Kekurangan dari segi mental juga bukanlah sesuatu yang sia-sia).. Andai ada pendapat saya seperti di atas ini tidak betul, betulkan saya. Betulkan saya dengan cara yang betul dan membina. Again, ini hanya pendapat saya melalui ilmu sebesar kuman yang saya ada. Kalian seperti saudara Safuan mungkin lain pula pendapatnya
.

Dan seandainya pendapat di atas tidak benar, biarkanlah ibubapa kepada anak-anak istimewa ini memegang satu rasa yang indah di dalam jiwa dengan merasakan mereka sedang menggenggam kiriman dari syurga. Kekalkanlah patah anak syurga ini sebagai pembakar semangat, peniup jiwa.
  .


Fokus pada setiap satunya wajah keperitan ini..
.

Lihat dengan mata hati, bukan sekadar mata kasar. Di sebalik kesakitan ini ada semangat juang, di setiap kesakitan ini ada pengharapan..

Hidup melihat kesakitan dan kelainan bukanlah sesuatu yang mudah. Cubalah seketika berada di tempat kami dan akan terlihatlah kalian makna sebenar sesuatu kekuatan.
.

Wallahualam.

Thursday, November 7, 2013

Anak cacat, anak syurga???

A comment that was posted by someone.. 


Taken from a blog of another mom with a special needs child.
 
I have my own comment on this issue but I'm a bit tied up to share it at the moment. What would be your comment?
 
Ok, till then.
 
P/s - People can be so ignorant at times. ;-)

Wednesday, October 23, 2013

When you need to vent your emotions out..

Everyone from time to time needs to let off some steam due to things that took place in our daily lives. Cara mana tu, it's up to that individual person.
 
And then, dah macam jadi trend using social media as a medium. Facebook ke, Twitter ke, blog ke.. Apa2 je lah kan.. I used to frequently write things on my blog to keep my sanity intact (yes, apart from mengadu pada yang maha Esa lah kan!!).

Tapi sangat jarang for me to use Facebook or IG for that matter.. My FB and IG are exclusively used to post things on my 2 RAs, and sometime menyelitlah pasal things happening around me..
 
Few days back, I did something that I dont usually do.. I vented out my anger through FB and IG! Hahaha.. Aku tahu, I dont owe any explanation to anyone on anything that I did or didnt do. Tapi this time around, I purposely did that to get someone's attention and Alhamdulillah, it was a success! I did get that someone's attention and things are easier and better now. Alhamdulillah sangat-sangat.
 
Mungkin sebab aku sendiri is a bit emotionally unstable lately.. Was facing too many things at a time, anak sakit, adik nak kawen, jadi ketua keluarga, pasal rumah and the list goes on. Tapi tu lah, tuhan tak duga kita melebihi kemampuan kita. Being me, obviously aku akan cuba yang terbaik. Terbaik dari sudut dan sisi setakat kemampuan aku..

This is what I wrote:
 


Status yang mengundang kontroversi.. Hahaha..
 
Yes, I do feel guilty that I posted this thing out and was thinking of deleting it since the person involved had apologised to me on the thing that was said, tapi another friend kata, just let it be lah. Bukannya org dapat tangkap sesape pun.. So takdelah status ni menghina ke apa..
 
Ye lah, tanyalah mana-mana orang sekalipun, dealing with kesakitan ni bukan perkara mudah. Be it emotionally, financially and physically, semuanya meletihkan. Tapi selagi kita pegang bahawa perkara pertama dalam hidup adalah mencari redha Allah SWT, kita akan terasa lebih settled.
 
I'm not going to talk about Rayyan Ariff's health at the moment. Yang penting, buat sehabis baik.. Sangat slogan pengakap.. Muahahha..
 
Tapi sepanjang aku memilih rawatan stimulaterapi untuk Rayyan Ariff, kami sekeluarga melalui fasa "berkorban".. Anak-anak bermusafir tanpa ibubapa bertemankan bibik dan kasih sayang Kak Ija dan Abg Jalil (owner Pusat Kesihatan Stimulaterapi Klang), belajar tentang berdikari pada usia yang masih kecil.. Syukur pada Allah SWT kerana memudahkan setiap satunya urusan kami..







Gelagat anak-anak tanpa Mama dan Ayah. Syahdu pulak tengok. Thanks to my stimula-friends yang mengirimkan gambar every time anak-anak di sana tanpa Mama.. Pengubat rindu.. Dan terima kasih pada yang sudi melayan budak-budak berdua ni.. =)
 
Untuk seperkara lagi, hari ini sudah 5 bulan 5 hari Abah pergi meninggalkan kami. Rindu, rindu serindu rindunya.. Rindu yang paling dalam dan hebat..


Al-Fatihah Abah. Semoga syurga tanpa hisab milik Abah. Aminnn