Thursday, December 31, 2009

Allah SWT maha mendengar..

Sepatutnya sudah lama Rayyan Ariff mengikuti terapi pertuturan, namun segalanya asyik tertangguh dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sebelum ini.. Alhamdulillah, semalam merupakan sesi terapi pertama Rayyan Ariff dengan Ms Tey..
.
Segalanya berjalan lancar.. Syukur kerana Rayyan Ariff mendapat review yang baik daripada Ms Tey.. Saat saya merasakan sudah kehabisan idea untuk 'bermain' dengan Rayyan Ariff, Ms Tey memperkenalkan cara rangsangan yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.. Tentunya saya tidak sabar untuk mencuba.. =)
.
Mempunyai daya konsentrasi yang baik merupakan satu kelebihan buat Rayyan Ariff. Ini memberikan lebih ruang kepada kami untuk mengajar sesuatu.. Dan semalam juga, saya dibekalkan dengan cara urutan muka yang sebaiknya dipraktikkan untuk 3 kali sehari. Urutan ini penting untuk menguatkan otot muka Rayyan Ariff kerana otot muka yang lemah tentunya akan memberi kesan kepada pertuturan.. Kalau dah besar leh bagi wrigley's chewing gum je kan? :P
.
Seriously, looking at him sitting and playing so nicely made me realized, my baby boy is growing up so fast!!
.
Ms. Tey juga menerangkan tentang jenis-jenis bunyi yang dapat 'ditangkap' oleh deria pendengaran Rayyan Ariff, dan juga level frekuensi yang tidak memberi kesan kepadanya berdasarkan keputusan ujian pendengaran yang lalu..
.
Kerana Rayyan Ariff bisa mendengar, penat juga apabila kami terpaksa menerangkan kepada orang-orang yang 'lebih tua' di dalam keluarga tentang mengapa Rayyan Ariff memerlukan hearing aid sedangkan dia mampu meniru bunyi yang di dengarinya..
.
Selesai sahaja sesi terapi, kami terus sahaja bergegas ke Brickfield untuk urusan berkaitan alat bantu pendengaran Rayyan Ariff.. Di sana, ukuran bahagian dalam telinga Rayyan Ariff diambil. Prosedur itu hanya mengambil masa kurang dari 7 minit bagi setiap telinga. Sejenis kapas yang diikat pada benang ditolak ke dalam telinga dan apabila ia berada di bahagian dalam telinga, sejenis adunan lembut ditembak ke dalam telinga.. Adunan seperti tanah liat dibiarkan mengeras sebelum ianya ditarik keluar..
.
Rayyan Ariff? Menangis dan merengek ketidakselesaan sepanjang prosedur. Memang ada waktu dia tersenyum dan bertepuk tangan apabila dipujuk, namun yang pasti, ianya sungguh menyakitkan melihat anak sekecil itu harus melalui perkara sebegitu.. Namun saya sudah terbiasa memujuk hati sendiri.. Ini sudah takdirnya Rayyan Ariff, ramai lagi anak-anak yang kurang bernasib baik diluar sana.. Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepadaNya agar segalanya terus berlalu dengan baik..
.
Bercakap tentang doa, sewaktu doktor memaklumkan "Rayyan Ariff completely failed his hearing test" sewaktu usianya kurang sebulan, doktor juga turut menyatakan bahawa perkembangan deria pendengaran Rayyan Ariff akan terus dipantau dari semasa ke semasa dan ada kemungkinan dia mampu mendengar dengan bantuan hearing aid.
.
Saat itu, saya maklumkan pada mommy, "Cukuplah kalau Rayyan boleh mendengar walau dengan bantuan hearing aid.." Ya, inilah doa saya suatu masa dahulu.. Dan mommy terus menyangkal, "Kalau boleh, biarlah boleh mendengar seperti biasa.. Seperti kita semua.. Tanpa sebarang alat luaran yang membantu.." Lalu saya aminkan juga ayat mommy..
.
Dan kini, saya ulangi lagi doa yang sama yang pernah mommy lafazkan. Bukan saya tamak dan tidak mengambilkira permintaan awal saya, namun saya semestinya mahukan yang terbaik buat Rayyan Ariff. Saya tidak mahu dia melalui sebarang prosedur yang menyakitkan lagi.. Ya Allah, perkenankanlah permintaan hambaMu ini.. Aminnnn...
.
P/s - Mengakhiri entri terakhir di tahun 2009 dengan ucapan selamat tahun baru.. =)
Kalau tahun lalu, ianya diakhiri dengan 2009 recap, namun tahun ini, penyakit M datang melanda.. :P

Wednesday, December 30, 2009

Anak lelaki ayah..


This is the father..
.And this is the son..
.
The father wants the son to have the same kind of hairstyle like him.. But since the son has curly hair, it will take him forever to have that kind of hairstyle! :P

Tuesday, December 29, 2009

Bila dia makin membesar..

I've created an album called "Bila dia makin membesar.." in my FB.. Sekadar untuk mengingatkan aksi-aksi buah hati kami yang sedang membesar ini.. Walau usia Rayyan Ariff bakal menjangkau 20 bulan dalam masa 2 minggu lagi, namun banyak waktu, dia masih seorang bayi..
.
Seiring dengan pertambahan waktu, gelagat comel dan nakalnya semakin menjadi-jadi. Ada sahaja kerenahnya yang mengundang tawa dan geram di hati.. Dan kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas anugerah terhebat ini. Kalau dahulunya, saya acapkali terasa kurang sabar mahu melihat dia melakukan segalanya yang dilakukan oleh anak-anak lain, kini saya sudah lebih tenang..
.
Dari pengamatan dan pemerhatian kami, Alhamdulillah, lagak dan aksi Rayyan Ariff sama sahaja dengan anak-anak lain. Bezanya, dia sedikit terkebelakang. Walaubagaimanapun, lambat atau cepat, Rayyan Ariff pasti sahaja dapat melakukan apa yang dilakukan oleh anak-anak lain. It's not worrying because we always know that he'll be delayed..
.
Dan sekarang ini, menjaga dan mengasuh Rayyan Ariff menuntut kesabaran yang tinggi.. Mahu dipakaikan diaper, bagaikan berperang! Dengan tangisan yang mendayu-dayu dan badan yang berguling-guling meronta, cukup menyukar segalanya sehingga memaksa kami menggunakan drypant.. Begitu juga apabila mahu memakai seluar buatnya. Baru sahaja selesai memasukkan sebelah kaki dan sedang cuba memasukkan kaki seterusnya, Rayyan Ariff sudah kembali mengerluarkan kaki yang tadi.. Penat!
.
Kalau dimarahi, pandai pula dia memujuk. Kalau tidak berpuas hati dengan seseorang, pantas sahaja dia menjeling dan memandang dengan ekor matanya.. Pandangan yang cukup garang. Kalau dipukul atau dicubit manja, pantas sahaja tangannya membalas..
.
Kalau melihatkan mamanya bertudung, bertepuk-tepuk tanganlah dia kerna tahu dia akan dibawa keluar.. Dan setiap kali kami memasuki perkarangan kondo setelah pulang dari mana-mana tempat, lekas sahaja Rayyan Ariff menangis.. Setiap kalinya dia begitu. Kerana dia tahu bahawa masa untuk dia bersiar-siar sudah hampir tamat dan kami bakal pulang ke rumah. =)
.
Ini adalah antara gelagat putera kami pada hari yang lalu.. Kami sekadar ke JJ Maluri, bertemu Kak Pinut bersebelahan Tesco Ampang dan seterusnya ke Carrefour Ampang.. =)
.
Sekarang ini, susah juga mahu membeli belah bersama Rayyan Ariff kerana kerenah dan rengekannya cukup merimaskan. Maka, ayah membawa Rayyan Ariff bermain untuk melekakannya..
.
Rayyan yang asyik memandu.. =)
.
Apabila diletakkan di dalam Kids' Ride ini, lain pula jadinya.. Rayyan Ariff tidak mahu turun. Bersungguh-sungguh saya dan ayahnya memujuk. Kesudahannya, kami memasukkan token.. Apabila ia mula bergerak dan mengeluarkan bunyi, barulah Rayyan ARiff kelam kabut mahu turun kerana dia ketakutan.. :P
.
Cubaan menarik tangannya sewaktu dipegang mama.. Tidak mahu diturunkan dari keretanya.. :P
.Ini pula di KFC, Carrefour Ampang.. Terpaksa memancingnya dengan banyak benda agar kami dapat makan dengan tenang.. =P
.
Rayyan Ariff juga suka menyanyi, terutamanya di bilik mandi.. Sebaik sahaja pintu bilik mandi dibuka, dia sudah mula mendendangkan lagu yang tidak kami faham butir bicaranya. Kalau dibiarkan, makin menjadi-jadilah dia.. Sehingga meneran suara kecilnya.. Kata ayah, itu bahagian korus lagu.. =)
.
Seperti anak-anak lain, dia juga gemar bergurau sehingga mengekek-ngekek tawanya.. Perkembangan mental dan fizikalnya benar-benar mengujakan. Dan saya pula, bagaikan kehabisan akal untuk mengajarnya apa sahaja yang baru.. Nampaknya saya perlu lebih kreatif... =)
.
Alhamdulillah, tulang belakang Rayyan Ariff juga semakin kuat.. Begitu juga anggota badannya yang lain.. Sekarang ini, dia sudah banyak bergerak dan sibuk mengangkat punggung walaupun creeping skill masih belum dikuasai sepenuhnya.. Cumanya, Rayyan Ariff masih keberatan untuk menampung berat badannya menggunakan tangannya sendiri. Satu cabaran buat saya untuk lebihkan usaha.. =)
.
Melihatkan perkembangan yang bukan sedikit ini, tempoh percutian ini sungguh berbaloi buat kami. Walau ada waktunya, ingin sahaja saya pulang ke pejabat agar Rayyan Ariff kurang manjanya.. Namun sebetulnya, saya benar2 menikmati tempoh percutian singkat ini.. =)
.
P/s - Pinut Cuppies from Kak Pinut adalah best!! Sangat soooka.. Bleh tempah la next time.. ~Like this~ *Thumbs up*

Saturday, December 26, 2009

Separuh jiwaku pergi..

Entri ini tiada kaitan dengan kisah hidup Anang dan KD.. Apa lagi dengan dua hero saya.. Mereka ada, dan sihat2 sahaja.. Malahan, sedang asyik menonton TV..
.
*sila abaikan kain yang berlonggok.. baru tiba dari rumah PIL*
.
Ini tentang saya.. Minggu ini merupakan minggu kedua saya tanpa nasi.. Owh hidup saya kosong.. Terasa seperti separuh jiwaku pergi.. Mokcik rindu nasik goreng kampung!!
.
*cepat2 la slim balik.. mokcik nak pakai kebaya!*

Thursday, December 24, 2009

Bila kita berbicara..

Another living miracle.. =)
.
I just love this pic.. If I need to name it, I'll call it determination! =)
.
Yesterday, we went to a few places selling hearing aid.. Mine you the cost is high.. *pengsan sambil ketuk jari*.. Not just the initial cost, we also need to set aside some amount of money to maintain this device.. Ear mould may need to be changed every 3 months.. One battery can only last for 10 to 14 days.. And it need to be sent for servicing in every 6 months..
.
So far, we got the price of RM8.6K from Shop A for a pair of hearing aid and supply of batteries for one year.. The lowest price from another shop (shop B) is arounf RM8K.. Shop A is a well established name in the industry.. So maybe the extra RM600 is for the "brand", right?
.



Sporty gila.. Org lain shopping sport shoes for their son, kami dpt peluang shopping sporty hearing aid for our boy.. *bangga seh* :P
.
Semalam, kami juga ke sebuah hospital kerajaan terkemuka untuk bertanya tentang harga hearing aid di sana.. Untu sesuatu yang bernilai RM8.6k, apa salahnya survey betul2.. Tapi malangnya, layanan adalah sangat tidak memuaskan! Apa salahnya berbaik sangka bila berbicara..
.
Antara ayat kamu lemparkan, "So you nak mintak bantuan ke??" Dengan nada yang menyakitkan!
.
Tentu sekali jawapannya TIDAK!! Dan kalau betul kami mahu meminta bantuan sekalipun, tiada salahnya kalau berbicara dengan sebaiknya! Kita kan sesama manusia..
.
P/s - Pengalaman pertama di hospital kerajaan untuk Rayyan Ariff adalah tidak memuaskan.. Cuba fikirkan apa yang ada di dalam minda saya? Looks like we'll just stick to PMC and SDMC lah!

Tuesday, December 22, 2009

Kisah semalam yang membawa senyuman..

Jadual kami semalam bermula dengan sesi fisioterapi Rayyan Ariff.. Rayyan Ariff sekali lagi mengejutkan mamanya dengan kebolehan menolak badan sendiri dari posisi meniarap ke posisi merangkak dengan hanya sedikit pertolongan dari Ms Sarjeet! Comel sekali apabila punggungnya bergoyang-goyang untuk mengimbangi badan.
.
Mungkin pada anak2 lain ini merupakan perkara mudah.. Namun untuk Rayyan Ariff, saya kategorikan perkara ini sebagai satu pencapaian yang besar.. Yang masih membuahkan senyuman di bibir saya apabila teringatkan perlakuannya tadi.. Sumpah kamu comel anak! Sekurang-kurangnya, di mata mama dan ayahmu ini.. =)
.
Hubby juga turut bersama-sama kami pada sesi kali ini.. Satu lagi perkara yang membuatkan saya tersenyum. Adanya dia bermakna saya tidak perlu menapak jauh hanya untuk meletakkan kenderaan.. Sungguh kerja saya menjadi lebih mudah.. =)
.Upah saya for being such a wonderful boy? Mushroom soup @ Pizza.. =)
.
Seterusnya, kami ke pusat membeli belah.. Perkara yang satu ini pastinya tidak pernah gagal untuk membuahkan senyuman di hati mana2 wanita bukan? Shopping is heaven! =)
.
Setelah itu, satu panggilan telefon dari seorang teman membawa satu berita yang tidak pernah sesekali terlintas di fikiran saya.. Syukur Alhamdulillah di atas kurniaanNya.. Sungguh anak kecil ini sering dimurahkan rezeki olehNya.. Itulah keistimewaan yang dibawa bersama sedari lahirnya.. =)
.
Mengakhiri kisah semalam yang memberikan senyuman kepada saya ialah; InsyaAllah, Rayyan will be getting his hearing aid dalam waktu terdekat ini!! Syukur... =)

Monday, December 21, 2009

Ketika cinta memanggil..

Kehadiran kaum keluarga ke rumah memberi ruang untuk kami berbual dan bercerita panjang. Maklum sahaja, hanya ketika kenduri dan perayaan sahajalah waktu yang ada untuk berkumpul. Di hari biasa, pasti semuanya sibuk dengan agenda kehidupan masing-masing.
.
Salah satu topik yang dibicarakan adalah tentang Rayyan Ariff. Betapa tiada siapa di antara kami pernah menyangka sejauh ini hadirnya Rayyan Ariff menyinari hidup kami..
.
Dan semalam, sebelum melelapkan mata, fikiran saya jauh menerawang ke masa lalu.. Masa di mana segalanya bagaikan terlalu sukar untuk diharungi, terlalu sukar untuk ditelan..
.
Sungguh saya katakan, saya bukanlah sekuat mana kerna saya juga pernah jatuh terduduk.. Pernah menyalahkan takdir yang begitu hebat menekan.. Mempersoalkan ketentuan yang telah ditetapkan..
.
Sebaik menerima berita mengenainya keadaan anak yang dikandung, pastinya menjadi harapan kami untuk melihat dia terus bernafas sebaik dilahirkan..
.
Dan apabila melihat dia semakin sihat dan kuat, pastinya menjadi harapan kami untuk melihat dia sempurna seadanya..
.
Kerana itu, apabila dimaklumkan Rayyan Ariff tidak bisa mendengar dan melihat, saya bagaikan jatuh tersungkur menyembah bumi. Jatuh yang tidak memungkinkan diri ini untuk bangkit lagi. Saat itu, sedaya mungkin saya menahan air mata agar tidak gugur di hadapan mommy dan adik-adik.. Lalu mereka melabelkan saya kuat.. Walau sebetulnya saat itu, dunia saya serasakan gelap segelap gelapnya!!
.
Saya tahu berita itu dari hubby usai kepulangannya dari pejabat. Jelas terpamer kekecewaan pada wajahnya dan mukanya masam mencuka, bagaikan berbaur amarah.
.
Sungguh sakit kalau diingatkan. Dan sesungguhnya, saat itu adalah satu tika di mana dia gagal menjadi suami yang baik. Malam itu berlalu tanpa sebarang kata darinya. Tiada pelukan tanda memujuk.. Tiada gurauan yang mampu melegakan.. Tiada segalanya yang mampu menenangkan seorang isteri dan ibu yang hatinya sedang kesakitan..
.
Menjelang tengah malam, saya meminta pertolongan adik lelaki saya menghantar saya untuk bertemu dengan seorang sahabat baik saya.. Meluahkan segala kekusutan.. Menenangkan hati yang sedang dipukul badai.. Sahabat itulah yang menjadi saksi esakan tangis seorang ibu yang perlu menerima hakikat sebuah kenyataan yang menyakitkan.
.
Itulah saat kejatuhan saya yang paling dalam!
.
Kalau difikirkan kembali, sememangnya masih ada sedikit rasa marah pada sang suami kerana membiarkan saya yang pada waktu itu yang masih di dalam pantang.. Walau hanya satu malam sahaja, syukur saya tidak meroyan.. Mujur ada Dia tempat segala harapan disandarkan.. Tempat segala doa dipanjatkan..
.
Dan hari-hari seterusnya, kami terus saling menyokong seperti kebiasaannya.. Dan setelah itu, saya mengerti kekecewaan yang ditanggung hubby.. Anak lelaki yang ditunggu-tunggu sekian lama.. Yang katanya mahu bersama-sama berjemaah di masjid.. Mahu bersama-sama menunaikan solat jumaat.. Mahu bersama-sama menonton perlawanan bola sepak.. Mahu dibawa ke padang bola.. Mahu dibawa ke gelanggang badminton.. Mahu menjadi pewaris pangkal namanya.. Mahu menjadi wali kepada adik beradiknya yang lain seandainya hubby sudah tiada lagi nanti..

Alunan azan dan iqamah dari seorang ayah pada pelukan yang pertama..

Saya yakin kasih dan cinta hubby pada anak ini tulus dan tidak bersyarat. Kerana tanpa gagal, setiap hari dia melawat tubuh kecil ini sewaktu 45 hari di NICU.. Setiap kunjungan disertakan dengan alunan azan dan iqamah walau hanya dari kejauhan.. Setiap kunjungan dihadiahkan bacaan ayat-ayat suci dan Yassin.. Hanya itu yang termampu kami bekalkan buat peneman tubuh si kecil pada waktu itu..
.
Dan pada encik suami, sila jangan tinggalkan saya lagi.. Through thick and thin!!
.
Ketika cinta..




Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

*Edited* -
Ini bagi menjawab komen Cik Anon ~ Entri ini bukannya untuk membuka pekung suami sendiri.. Sekadar luahan bahawa kaum Adam juga ada waktu 'lemah'nya.. By saying "meninggalkan", it's not that he left the house and pegi lepak kedai mamak sambil minum kopi.. He was there physically,
ada tu ha tido dalam bilik sambil tak pakai baju.. seksi woo.. geram.. seb baik dalam pantang.. :P hehhehe.. but we were not emotionally connected.. Untuk semalaman.. Esok, segalanya kembali seperti biasa.. Kerana kami tidak pernah berhenti belajar menerima.. =)

Saturday, December 19, 2009

Masih kelam kabut..

Alhamdulillah, satu acara sudah selesai.. Masih ada satu lagi acara dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.. Semoga segalanya berjalan lancar bila tiba waktunya nanti..


Hari ini, ada tiga undangan ke majlis perkahwinan dan satu lagi undangan dari Kak Pinut, namun hanya kata maaf yang dapat diucapkan kerana tidak dapat hadir. Rumah masih lagi dipenuhi tetamu.. Masakan bisa meninggalkan mereka yang ada begitu sahaja..
.
Apabila tetamu pulang nanti, saya dapat melihat diri saya akan sibuk mengemas. Tahu sahajalah bagaimana jadinya apabila unit kecil sebuah kondominium dipenuhi dengan 3 buah keluarga.. Riuh rendah.. Namun pastinya, kehadiran ini bagaikan satu rahmat dalam bersama-sama meraikan hari bahagia buat ahli keluarga kami yang satu ini.. =)
.
P/s - Bukan tidak mahu meletakkan gambar, namun benci melihat diri sendiri yang bertambah-tambah gemuk!! =(
Mahu ke gym nanti!!

Thursday, December 17, 2009

Hati yang sering tertanya..

Hati ini sering tertanya, mungkinkah Rayyan Ariff akan merangkak atau terus sahaja dengan berjalan?
.
And today, he showed us the sign.. He was very cooperative and started pushing himself up when we put him in crawling position.. He even moved his hands! =)
.
It makes us think, with continuous stimulation and exercise, he may be able to crawl! Ms. Sarjeet also gave us the green light to buy a push walker for Rayyan Ariff since he's getting better at standing.. =)
.
So kawan2, any suggestion untuk good push walker that can helps Ian walk?

Penat.. Lepas fisio..
.
P/s - Busy.. Busy.. Busy.. Lepas esok n lusa ok la.. =)

Tuesday, December 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Get a photo of your baby SMILING Done.

Tuan Rayyan Ariff Tuan Alimin
DOB : 12 May 2008
.
Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest Done
.
Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth. Done
.
Write why you love to see your baby smiling.
The reason why I love to see Rayyan's smile is simply because it is a smile that never fails to melt my heart.. Although he can drive me mad with his cry, but with just one smile of his, he can flush away all of my sadness.
Not only that his smile has touched my heart, but it has also touched many souls..
Every time when the world seems grey and things just get too hard, all I need is just one smile from him.. Because from his smile, I can find the strength that can lift me up when things seem so unreachable..
.
Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry. Done
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/2162/cutest-baby-photo-contest-december-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com
.
Leave a comment here with link to your blog post Done

P/s - Rayyan, terima kasih kerana meminjamkan semangatmu pada Mama.. Semoga perjalanan yang panjang ini dapat kita lalui dengan jayanya.. Aminnn..

Saturday, December 12, 2009

I'm missing his curls

I've been pretty busy lately.. And I can foresee that it will continue until the upcoming weekend.. On top of that, my brother is here with us.. So I got almost no chance to touch this spider lappie.. :P
.
The little Rayyan Ariff? Owh, he's not that little anymore.. Still as happy and cheeky as always.. He makes us laugh.. He makes us smile.. That's my pretty boy.. =)
.
On another note, I'm thinking of giving him another haircut.. (He had one just before AidilAdha).. Then again, when I was looking at the old photos of him, felt like I'm missing his curls..
.
Cute right? :P
.
So it makes me think again, maybe I should just let his hair grow long.. So that the cute curls can show itself again.. =)
.
P/s - Penat memang penat.. Yang penting kamu happy.. =)

Wednesday, December 9, 2009

If I have another baby boy.. =)

Been pretty busy lately.. How I wish our bibik is here to help around.. =(
.
Now, I'm clearing Ian's wardrobe because we are getting rid of the old one to give some space for the new one.. *Itu org perabut cempaka janji mahu hantar jam 1230 tp sampai la tak nampak muka.. chett..*
.
These are half of Ian's stuffs.. It makes me think, if we were to have another baby boy after this, we dont need to buy adik new cloth anymore.. Some of these, still not have been used.. Plus the two boxes under our bed, adik will have more than enough shirts, rompers, shoes and jeans.. How can I wonder where did most of my monthly salary go when the answer is right in front of my eyes..:P
.
P/s - Lil hero is still having mild flu and cough.. Hope he will fully recover soon so that we can continue with so many things that we have planned before.. =)
.
P/s (2) - Mintak kawan2 tlg doakan anakanda kami, Megat Idris Naquiyuddin.. He has been warded in Hospital Putrajaya since yesterday due to pneumonia & lung infection.. Semoga kamu cepat sembuh anak..

Monday, December 7, 2009

Milestone updates..

I noticed that in most all of the blogs that I’ve been, there will be a milestone updates by the mother or the father every time their babies turned another month older. I don't think that I have the monthly updates here. Because if I were to update Ian’s development by month, I might end up with having nothing to write.. :P

So I just followed the flows. Each time Ian accomplished something, I will straight away post it here. So the next time I want to know when or at what age he was able to do something, I just have to search for it under the ‘Development’ label.

Ian will turn 19 months old in just a few days. Looking at where he is right now, is definitely wayyy too far from what we have been told to expect by the doctors. Out of 6 doctors, 4 mentioned about termination of pregnancy.. And I’m so glad that abortion has never been an option to us. Looking at his smile and his sweetness, this journey seems so worthy..

I’m going to list down Ian’s progress here so that it can be an ease of reference to me later. Every time Ian acquire something new, I just need to update this post.. =)

Now, at the age of approaching 19 months old, these are all the things that my charming little boy has achieved:-

1) Physical development


Sitting

Ian can definitely sit on his own. He’s also not afraid to use both hands while sitting anymore. Previously, he needs his hand to support him while sitting but now, he can use his hand to play with his toys already. He can also turn to his left or right side in this position. Better still, he can also move aside or backward by using his hand to push, and moves his butt off. If I were to put him in front of the sofa, the next time I turned, he’s already at the sliding door or trying to get something under the sofa (most of the times, it will be his toys that he has threw)

.

Standing

Ian is also getting better at standing. Though his back is still not really strong yet, but he’s able to hold his upper body better. Not just he can stand by leaning against the wall; he can also stand while holding to something. Now, he started to move his leg while standing. I think that he still has a very long way to go before he can cruise, but at this point of time.. We’re encouraging him to do so by teaching him the moves.


Creeping and crawling

There is still no sign that Ian wants to start crawling on his knee. Even on his stomach, he still crawls backward. But if we were to put him in crawling position, he cooperates well and his hands can also support his body nicely. According to his physiotherapist, it will be quite a challenge for him to creep or crawl since his back is not strong yet. So we need to focus more on the back, by doing more exercise on the gym ball. Though, he only moves by rolling now, but he’s able to push himself up while he was laying on his back already..


Vision

He’s focusing well. Though he still has crossed eyes, but it is only obvious if he’s looking at something that is quite a distance away. We still don’t know whether he needs to wear a spec to rectify the crossed eyes or not. With the use of flash cards, I think it also helps his eyes ability.


Hearing

He started off having no hearing ability at all. Now, he can hear loud noises and he is lip reading most of the time. I hope, he will adjust well when he gets his hearing aid later. But the first week with the devices will be quite a challenge since he’s not use to loudness. I really hope that he can get through that that phase nicely.


Hands and eyes coordination

I guess he’s doing well on this one. He enjoys playing with his Fisher Price Brilliant Basic Rock-a-stack. And he’s able to put all the stacks in nicely. Ian also loves to play throw and catch with his ayah. So I guess these really shows that his hands and eyes coordination is working just fine.. =)


Sensory integration

Oh, we’re still working on this one. We have introduced Ian to different textures and let him play with the theraputty, dough , cloths and we even brushed his foot, hands and body using many different things to stimulate his sensory. He’s really getting better.. before, he totally refused to put his foot down but now, not anymore.. =)

.

2) Cognitive development


Consistency

He definitely has this! For example, he calls me Mama.. And he only said mama when he saw me. Not to others. He also sings the same song every time he entered the bath room (by singing , what I really meant is babbling with rhythm. :P). I think there are a few other things that show he is consistent. I’ll add it later once I can think of anything else k..


Thinking

When it comes to something new, he will surely think of how to play with it and he won’t stop. Not until he figure out how the things work. I guess that shows some thinking there right? =)


Memory

Hoho..This is another good thing.. Ian is always afraid of swimming in the pool because the water is cold. We brought him to swim once and 2 weeks later, we passed by the swimming pool area and he started to hold on to me tightly and cried. He was so afraid that we’re going to make him swim again.. :P

Same goes to other thing that we taught him. It may take a while for him to do it, but after that, he’s good as any other kids can be. =)

He know that he’s supposed to clap after “If you’re happy and you know it clap your hand” song.. He knows how to “Salam”.. And many more..


Speaking

He’s making lots of sound nowadays. But most of it is baby talks. Beside babbling and imitate sounds that he heard from us, he can only says Mama.. I hope after he gets his hearing aid, his speech development will be better.


Learning

Owh, he’s definitely eager to learn new thing! Every time I showed him something new, he will really observe it. He’s attention span is also good. His neurologist even told us that we can teach him lots of things since he can really focus on something for quite some times.

.

3) Social development


Besides showing interest in playing with his peers, he also knows how to calm us down when he’s about to be scolded by us. Every time I raised my voice, he’ll give this one cheeky looks on his face, smile and started to giggle.. So cute! Come to think about it, how can you really scold a cute looking little boy.. But trust me, when it comes to teaching them a lesson, a must is a must! :P

There are lots more that I want to share here. Like how he relate things when he cried every time I put my tudung on because he’s afraid that I might leave him (kecik2 dah pandai ngikut), how he will automatically look at the fan every time I walked to the switch panel. How he automatically look at the air-conditioner every time he entered a cold room, or when he saw me holding the air-cond remote control, but my little boy is awake already. Need to stop now. I’ll put the link to this post on the side bar so next time, it will be easier for me to just update Ian’s milestone here. =)

P/s – Even if he did not achieve all the above, we would still be of the view that we have no rights to take away one’s life just because he will not be perfect like others. Well, perfection can be overrated most of the time, right? :P

He is, in all way, perfect to us!!

P/s (2) – Gilo apo tibo2 kecek ore putih neh! So not me ok!!

Saturday, December 5, 2009

I'm wondering whether it's just him or others as well...

Dialog semalam..
.
Dia : Yang, abang try blk dalam kul 7 ek hari ni.. (Read : He normally calls me "adik", "Sayang" or "Yang" means there's something that he wants or he's guilty.. And when we fight, it will automatically be "Saya vs Awak"..)
Saya : OK. Pastu kita nak gi mana?
Dia : Up to you la.. Nnt abang sampai kita kuar gi mana2 ek..
Saya : OK.
*Letak gagang telefon*

.
Around 8 something, he arrived. He took his shower, play with Lil Ian for a while and get himself ready..
Saya : Abang nak gi mana?
Dia : Nak gi main badminton. Tak boleh ke?
Saya : Ok jer.. *senyum*

.
Dialog hari ini..

.
Dia : Adik cakap la nak gi mana pun, abang bawak..
Saya : Iyelah tu..
Dia : Betul.. Cakap jer..
Saya : Tengok la nanti.. Ian pun tak sehat lagi..
.
After an hour..
Saya : Jom kita gi Ikea nak? Bleh tgk2 wardrobe Ian..

Dia : Uish.. Jauh tu.. Yang dekat2 takde ke?
Saya : Dah agak dah.. *berbisik dalam hati..*
.
Now, I'm still wondering.. Whether it's just him, or he's just being a man?? **pikir sambil ketuk jari**
.
P/s - Ian, kamu anak mama.. Sila jangan buat begini pada isteri kamu nanti..

Friday, December 4, 2009

Lafaz Alhamdulillah dan Allahuakbar itu..

Memandangkan kali terakhir kami berjumpa Dr. Sofiah pada bulan Ogos, sepatutnya temujanji kami adalah pada bulan November. Namun kerana kami baru sahaja memabawa Rayyan Ariff bertemu Dr. Yong di PMC, kami tangguhkan dulu temujanji dengan Dr. Sofiah..
.
Oleh kerana selsema dan batuk Rayyan Ariff yang semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk membawa dia ke SDMC semalam. Sudah lebih seminggu batuk dan selsema ini berlarutan.. Kasihan pula melihat tubuh kecil yang kelihatan penat setiap kali terbatuk-batuk.
.
Temujanji berjalan lancar sahaja. Berat Rayyan Ariff juga menunjukkan peningkatan. Tinggi pula tidak pernah menjadi masalah kerana anak ini tergolong dalam kategori tinggi. Harap-harapnya, ia kekal sahaja begitu.. Jururawat yang mengambil ukuran berat badan Rayyan Ariff juga menegur bahawa badan Rayyan Ariff sudah lebih 'kuat' sekarang.. Dan saya membalas dengan senyuman tanda syukur..
.
Rayyan Ariff memulakan pertemuan dengan Dr. Sofiah dengan senyuman yang sudah sinonim dengannya. Lebihnya kali ini, dia juga menyapa Dr. Sofiah dengan salam dan mencium tangan Dr. Sofiah.. Harus sahaja Dr.Sofiah gembira dengan peningkatan yang ditunjukkan Rayyan Ariff.
.
Sesudah diperiksa, kami berbincang tentang progress Rayyan Ariff dan juga tentang lebih banyak cara untuk memajukan Rayyan Ariff. Dr. Sofiah menyatakan bahawa Rayyan Ariff mempunyai daya fokus dan pengamatan yang tinggi bagi anak-anak sepertinya. Makanya, anak ini mempunyai potensi untuk diajar dengan lebih banyak perkara. InsyaAllah, akan kami gigihkan lagi berusaha.. =)
.
Lafaz Alhamdulillah dan Allahuakbar yang diucapkan oleh Dr.Sofiah berulang kali sememangnya mengundang keinsafan dan rasa keterharuan di hati. Ia mengingatkan kami untuk terus memanjatkan kesyukuran kepadaNya di atas rahmat dan nikmat yang tak ternilai ini..
. Rayyan Ariff terlena kepenatan setelah diberikan nebulizer. 3 orang yang bertindak memegang anak ini bagaikan 'kalah' dengan kekuatan anak kecil ini. Kasihan pada salah seorang jururawat pelatih yang menjadi mangsa tendangan Rayyan Ariff. Dari awal prosedur sehinggalah segalanya selesai, Rayyan Ariff tidak berhenti-henti meronta dan meraung.. Sungguh dia kuat! =).
.
Seterusnya kami singgah di McDonalds memandangkan perut yang sudah berkeroncong. Lagi pula, pastinya akan mengambil masa kalau mahu memasak setelah sampai di rumah nanti..
.
Happy.. Tepuk2 tangan coz dapat makan.. :P
.

Prosperity burger mama.. Terima kasih Mak E!!
.
Kami meninggalkan rumah pada jam 1230pm dan hanya tiba di rumah jam 800pm.. Penatnya hanya tuhan yang tahu.. Susah sebenarnya berjalan hanya berdua dengan anak kecil. Hari ini, mahu bermalas-malasan sahaja.. Penat!
.
P/s - Parking SDMC jauh nar.. Penat mokcik tolak stroller naik bukit. Dahlah masa nak balik tu hujan.. Jalan jam bangat. Korang rasa, kalo kete Kancil park kat valet parking, kena gelak tak?? Next time nak buat la..

Thursday, December 3, 2009

Jangan putus harapan.. Sedia setia..

~Seribu tahun~

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini

Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku
Kan tahan sepanjang jalan ini

Biar membisu burung bersiulan
Terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini…

Yeah…

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia…

“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Inilah lagu kegemaran saya sewaktu Rayyan Ariff masih di dalam kandungan. Lagu yang cukup mendayu-dayu ini mula menjadi peneman saya sebaik dimaklumkan bahawa bayi didalam kandungan saya tidak akan panjang umurnya.
.
Apabila bersendirian, lagu ini pastinya mengundang air mata mengalir membasahi pipi.. Namun sering saya ulangi bait "Jangan putus harapan, sedia setia.." Kerana jujurnya, itulah rasa hati saya..
.
Inilah yang pernah saya luahkan di dalam entry lama sewaktu hati mula redha dan tenang menerima perkhabaran duka itu..
.
Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan putus harapan.. Saya percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya..
"Ku tak putus harapan.. Sedia setia..."

Saya masih dapat merasakan 'kesakitan' yang saya tanggung pada waktu itu. Membawa satu nyawa di dalam rahim saya yang dikhabarkan akan pergi.. Merasakan tendangan-tendangan dari kaki kecil yang mungkin tiada peluang untuk membesar..
.
Antara harapan dan ketakutan yang berbaur, saya pernah tewas dan memohon agar yang Esa terus sahaja mengambil bayi yang saya kandung itu kerana tidak sanggup menghadapi perang emosi setiap waktu. Namun banyak waktu, rasa kasih dan sayang membuatkan saya tidak mahu melepaskan. Hingga saya memohon padaNya untuk terus membawa tubuh kecil itu di dalam rahim. Tidak mahu melahirkan kerana melahirkan dirinya ke dunia ini mungkin membawa episod kematian kepadanya.
.
Ini kenangan. Kenangan yang tidak mahu saya ulang walaupun diberi ganjaran wang berjuta. Sungguh saya tidak mahu. Sakitnya bukan kepalang. Jalanannya bagaikan terlalu jauh dan perit untuk ditempuh.
.Rayyan Ariff @ 23 weeks
.
Ini adalah video klip yang dibuat sewaktu kami baru sahaja membawa Rayyan Ariff pulang setelah 45 hari di NICU. Pada waktu ini, kami sebetulnya baru sahaja menerima perkhabaran bahawa cinta hati kami ini tidak dapat melihat dan mendengar.




Namun melihat di mana Rayyan Ariff berdiri sekarang, hanya syukur kepadaNya yang mampu kami ungkapkan. Semoga Rayyan Ariff akan meneruskan penerokaannya dan diberi peluang untuk mencapai lebih banyak perkara baru..
=)

P/s - Mmg hari yang emo.. :P

Tuesday, December 1, 2009

Berkongsi kerana cinta dan ihsan..

Berada di kampung untuk tempoh yang lama kali ini memberi peluang untuk saya menyelongkar barang2 lama saya yang masih di dalam simpanan. Tentunya seronok apabila melihat kembali album yang dipenuhi gambar-gambar lama dan juga melihat kertas-kertas peperiksaan dan karangan-karangan lama. Memori silam bagaikan terulang tayang di hadapan mata. =)
.
Selain daripada koleksi soft toys, inilah koleksi kesayangan saya. Koleksi mainan percuma dari McDonalds dan KFC yang saya kumpul sewaktu di alam remaja..
.
Banyaknya happy meal mokcik makan! Patut la gumuk!! :P
.
Dulu, mommy pernah bertanya, sekiranya saya punya anak nanti, mahukah saya berkongsi permainan ini dengan anak saya? Dengan segera saya menjawab, tidak mungkin! Apabila ada sahaja anak-anak kawan abah yang datang dan menyentuh permainan ini, hati saya tidak akan tenang. Sedih sekali jika ada di antaranya rosak. Dan apa yang ada di dalam gambar ini, hanya inilah yang terselamat selepas cermin kaca ini dikunci..
.
Namun dengan hadirnya Rayyan Ariff, apa yang saya ucapkan lama waktu dahulu adalah salah. Tanpa sedikit rasa, saya berkongsi semuanya dengan Rayyan ARiff. Tidak kisah walau sedikit pun apabila mainan ini dibaling dan dicampak sesuka hati..
.
Inilah cinta dan ihsan! Cinta pada seseorang membuatkan kita tidak kisah untuk berkongsi. Ihsan melihat Rayyan yang kebosanan dengan permainannya sedia ada membuatkan saya sanggup berkongsi.. =P
.
Rasanya bukan hanya saya, semua ibubapa pun begitu bukan? Kalau harta dan nyawa sanggup dijadikan taruhan, inikan pula barang2 picisan..
.
Bercerita tentang berkongsi, saya sudah menemukan sekolah yang sesuai untuk Rayyan Ariff. melalui rekomendasi sepupu saya yang mengetahui tentang sekolah itu melalui pengalaman temannya. InsyaAllah saya akan ke sana untuk melihat sendiri keadaannya dan bertemu dengan pengetuanya.
.
Akan saya ceritakan tentang sekolah itu di sini setelah saya mempunyai lebih informasi mengenainya. Saya juga ingin mengintai apakah bentuk bantuan yang bisa dihulurkan kepada mereka di sana. Mencari bentuk perkongsian yang sesuai untuk anak-anak istimewa ini.. Semoga niat ini dipermudahkan Allah SWT.. =)
.
P/s - Sharing is caring? Meh la share jgk kawan2!

Monday, November 30, 2009

Bulan terakhir di tahun 2009..

Sekejap sahaja kita sudah hampir memasuki bulan Disember. Terasa sekejap benar masa berlalu.. Seakan baru sahaja Januari menjenguk kita semalam.. Bagaikan baru sahaja saya menaip entry "Segala cinta yang ada" sebagai recap tahun 2008, dalam masa 30 hari sahaja lagi, saya akan membuat recap untuk tahun 2009 pula. Pantas benar masa berlalu! *Salah satu tanda kiamat hampir tiba*
.
Hari yang berlalu pastinya terasa pantas apabila kita bersama keluarga dan teman-teman yang tersayang. Kalau di dalam sehari bisa punya lebih dari 24 jam, saya mahu!! Agar saya punya lebih masa untuk bersama dengan wajah-wajah yang seringnya membuat jiwa saya tersenyum..
.
Aidil Adha 1430 Hijrah @ Kota Bharu..
.
Ini juga bermakna, tidak lama lagi saya akan kembali ke pejabat. Otak sudah terasa berat memikirkan hakikat mahu meninggalkan Rayyan Ariff di bawah jagaan dan asuhan orang lain. Namun apakan daya, inilah harga yang terpaksa kami bayar untuk sebuah keselesaan.
.
Melihatkan setiap satunya pencapaian Rayyan Ariff, saya tahu tangan sayalah yang paling sesuai untuk terus mendidik dan membimbing dirinya. Semoga saki baki cuti yang ada ini dapat saya manfaatkan semaksima yang mungkin untuk pejuang kecil yang sungguh istimewa ini..
.
video
Rayyan Ariff agak moody kerana baru sahaja bangun dari tidur.. :P.. Kebiasaannya, tidak susah untuk mendapat kerjasama darinya menyusun gelung itu satu persatu! Inilah anak bijak saya! Sudah pandai.. =)
.
Memikirkan kehidupan hectic yang bakal kami tempuhi sekali lagi apabila saya kembali bekerja nanti, hati terdetik.. Alangkah bagusnya kalau saya dapat menyaksikan anak ini berjalan dengan sendirinya sebelum saya mula bekerja. Namun apakan daya, perjalanan anak ini masih jauh. Dan kami hanya mampu bersandar pada usaha dan tawakal kepadaNya. InsyaAllah, mohon terus dipermudahkan segalanya.. Aminnn..
.
P/s - Kot tetiba Allah SWT murahkan rezeki, takyah mama keje lagi, kan best Ian? Cam Kak Pinut kata, dapat cabutan bertuah sijil simpanan premium.. Hahahhaa.. Tapi sure tak cukup gak utk cover medical cost kan? :P