Monday, August 25, 2014

Suka duka Syawal 1435H

Subhanallah. Cepatnya masa berlalu. Dua hari terakhir di bulan Syawal dah kita ni. Ogos pun dah nak habis and this one blogger tak reti-reti nak put something up that relates to hari raya. Heh, I would say that the word "blogger tegar" is no longer applies since the arrival of FB, IG, Twitter and whatnot. Masa pun salah satunya jugak. Jenuh kot nak duduk bukak laptop menghadap blog. Aku respect lah set2 hok masih aktif berbelog. Hebakkk woh sebab berjaya mengekalkan momentum. Kerja payah tu.
 
Ok, berbalik kepada kisah hari raya.  

Shopping raya sket2 berbulan sebelum. Tak sedar banyak mana dah beli. Sekali masa nak packing, eh baru perasan sorang-sorang sampai 8,9 pasang baju. Memang tepuk dahilah sebab biasanya bajet utk anak-anak cuma 4 pasang baju kasual plus sepasang baju kurung/baju melayu. Hoverr kata kau. Tahun depat tobat dah kena buat stock-take siap-siap.
 
Hari raya tahun ni, giliran Rawang lah pulak. Best jugak la kot takde makan jem takde long distance travelling. Tapi dalam pada tu pun, keluar la cerita yang kena hadap jugaklah. My mom positive denggi lah pulak 2 days before raya. Kesian la jugak. Since dia dok komplen sakit badan dengan takde orang tolong mengemas etc, meronta jugaklah hati nak balik to be with her. Mommy ni since abah takde lain sikitlah manja dia especially dengan aku.

Kot tak pikir panjang, memang time tu jugaklah aku balik. Tapi mengenangkan cerita-cerita orang lain yang makan 12 jam, sampai ada yang 20 jam perjalanan, kita tahan je la napsu tu. So aku janji dengan mommy nak balik pagi raya lepas semayang raya etc.
 



 My 2 RAs
.
Bismillahirrahmanirrahim.. Memulakan perjalanan dari Rawang ke Kota Bharu.
 
Anak-anak pun tak berapa sihat sehari sebelum raya lagi with batuk and selsema. Especially dak Rifa Aleesya. Susahnya dia ni sebab memang dia bangsa susah makan ubat. Ko dah pujuk merata alam, dah ugut tahap kurung dalam jamban, ko dh paksa sampai tutup hidung bagai, tetap jugak tak jalan. Yang dah masuk dia boleh muntahkan balik kot. So gitulah, momma kena being creative and find other solution which is not medicine-related in treating her (which I did! Alhamdulillah. Will detail out about this later). Ok jugak la kalau dah dia nak being drug-free. Hekhek.
 
Perjalanan balik mengambil masa 8 jam. Tu kira dah total up dengan ada yang muntah, ada yang berak, singgah umah nenek kat Kuala Krai and siap mandikan depa bagai.. Gitulah kalau berjalan dengan anak. Bukan senang-lenang nak terusssss je bagi sampai awal. Kena ikut keperluan depa la kan..

Bekal sepanjang kat kampung ceritanya. Kat sana kan musim denggi, Kak Senah takut wohhhh.. Especially tang anak-anak. Tiap hari bagi immune booster wehhh..
 
Sampai Kota Bharu jam 6pm. Terus ke hospital where my mom was warded. Happy lah muka makcik tengok anak cucu semua ada. At the same time, kesian jugaklah tengok muka adik-adik yang mengambil tanggungjawab masing-masing untuk seorang emak khennn.. Masa tu terasa jugaklah rendu kat abang dan kakak ipar nun jauh di Belgium. Mungkin sebab terasa penat jadi 'ketua keluarga' kot.. Hekhek. Currently the eldest gittew.

Perut berkeroncong, keluar spital, singgah beraya aka makan nasik umah mak sedara. Memang bagitau direct, lapar.. Nak makan nasik. Hekhek. Alhamdulillah, rezeki sungguh sebab my aunty punya nasi minyak ni memang stok malatops. Kenyang betullah. Dah tu balik rumah tidolah.

Esoknya, turn kakak ni la jaga mommy. Lepas siap masak sup ketam-style-kedai-tomyam-sedap-banget, berbondong-bondonglah kami anak-beranak ke spital.

2nd day of Syawal. Beraya di spital la kita. Hekhek. Tapi padahal kan? Depa ni tau je entertain diri sendiri. Kuangkuangkuang.
 
3rd day mommy dah boleh keluar spital. Alhamdulillah. And third day tu jugak, sedara abah merangkap jiran sebelah buat makan. Pergilah jugak laju-laju makan sambil borak-borak with my childhood friend. Hekhek. Seronok borak tapi kena la balik cepat sebab ada few things nak kena buat untuk orang yang baru nak sampai rumah from hospital ni. Hekhek. Tetamu pun mula ramai datang selepas dua hari rumah tertutup. Depa datang nak menziarah orang sakit pun sama.

Hari raya ketiga. Apa motif ntah siap dengan selipar basahan anak tersusun. Dah la buat mulut cenggitu anaknya tu.. Pfffthhh. ~Esok portluck raya division (haah last day of syawal baru buat, hekhek). Nak repeat pakai baju ni je la dok??
 
4th day of raya, mak yang merangkap orang-paling-tua-dalam-rumah keluar arahan mandatori, suruh pergi rumah atuk sedara kami untuk wedding anak dia aka dua pupu kami. Sekali lagi, berbondong-bondonglah kami adik beradik ke sana. Cikelat sungguh orang yang dok Belgium takyah makan jem wehhhh..

Muka-muka hok kena hadap jem. Adik bongsu dapat excuse sebab dia pun demam. Turns out member pun kena denggi tapi taklah sampai admitted. Kat KB kes denggi meruap-ruap so kalau dah teruk benar baru depa admit. Platelet below 50-70 baru merasa dok spital. Hekhek.
 
Hari raya keempat ni jugaklah jenuh melayan tetamu. Tak putus-putus la orang datang menziarah mommy. Memang tak menang tangan bagai. Bak kata bibik, dari pagi membawak ke malam asyik la membasuh pinggan. Alhamdulillah, baru la terasa nikmatnya hari raya. Tidak kalu, ko pandang aku, aku pandang ko! Hekhek. Sebab orang tak putus jugaklah malam around 9pm baru dapat gi umah my other aunty. Hakhak, gi makan umah  kenduri pukul 9 malam youuuu!
 
Hari raya kelima, barulah ada sesi photoshoot sekeluarga. Punyalah lama dok?? Hekhek. Gittew laa.. Nak buat cemana tahun ni bersulam dugaan kekdahnya.
 
Tahun ni paling sempoi gambar raya main snapped pakai henpon sajork. Dah la lighting so-so. Kehkehkeh. Biasanya hok dok Belgium tu bersungguh bab-bab ambik gambar. Siap dengan tripod bagai. Kita ni nama je ada DSLR la, digicam la, tapi nama nak mengangkut bagai, tak terbuat. Hekhek. So redhalah gamba so-so.





Gambar banyak. Tapi nama nak carik satu gambar yang semua pandang kamera dengan penuh sopan, selamattttt.. Jenuhlah wehh. Make-do je kekdahnya.

Pengantin tak berapa nak baru. Korang doa-doalah depa cepat dapat zuriat. Mana tau sekali dapat kembar nama Sabrina dengan Sabariah. Hekhek. Adik ipar I memang ada kembar manakala adik lelaki I kembar dengan hencik vangla. Oops. Pasangan ini juga boleh dikenali sebagai pasangan hitam putih kehidupan.

 Hari raya ke-6, pergi kenduri kawen anak sedara kawan En.Suami. Gambar majlis dalam henpon dia sajork. Lupa nak ambik. Ada la gambar selpie seketui dua dalam henpon. Hekhek.
 
7 Syawal, just keluar ke bandar beli barang-barang sket sebab esoknya dah balik ke KL. Cuti raya paling lama hoihhh. In total, 10 hari tuuu.. Tapi sebab most of the time dok rumah saja (kalau keluar pun pegi makan kejap-kejap and terys balik), anak2 memang nampak la kebosanan. Hok pompuan tu siap cakap, "Momma, tanak umah nenek. Tak best. Nak umah Ifa Isya Kakak."
 
Haah, since hari raya dia claimed diri to be 'Ifa Isya Kakak'. Bila momma pegang baby orang, dia pun tetiba terperasan jadik kakak. Hakhak. Greenlite dah tuuu. Aminnnn.
 
Gitulah cerita suka duka raya tahun ni. Dah balik KL, cerita klise post-syawal biasalah pulak. Berarak menyusun undangan open house dan jugak kenduri kawen. Hekhek. Itu kita sambung next entry -hopefully dapat publish before August ends lahhh.