Friday, July 31, 2009

Sepetang bersama uncle.. =)

Ini aktiviti Ian bersama uncle pada petang ahad yang lalu (beberapa jam sebelum peristiwa terbotakkan rambut Ian berlaku)..
.
.
Uncle memang rajin melayan (dan juga mendera Ian). I think Uncle can be a good father in the future. Uncle ni memang fatherly type and it is so natural. Susahnya satu, memilih! Nak carik awek yang cun sahaja. Tipikal!
.




At first, Ian Ariff memang menangis dan meminta pertolongan mama yang sibuk menjadi photographer. So sorry son, you just have to bear with it. It's all about sensory kan? Warm, hot and cold.. I know you are not scared of the water.. You are just not used to cold water. :P

Meh la kawan2 semua.. Join Ian meh.. Abg Ridhwan, bila la our playdate arrangement nak jadi nih.. Busy sgt ke mama2 kita nih?? :P

P/s- Short entry sahaja. To be continued.. Byk betul cerita nih..

Wednesday, July 29, 2009

Maafkan keterlanjuran kami selaku ibubapamu..

Masih mengenai aktiviti hujung minggu yang lalu. Seperti yang saya katakan, ianya satu hujung minggu yang padat.. :P
.
Kejadian ini berlaku pada hari ahad malam. Kami ke sebuah salon yang baru dibuka dengan niat ingin memotong rambut Ian Ariff yang semakin panjang. Cepatkan? Walhal baru sahaja di potong!
.
Kata nenek, bila rambut Ian panjang jer, nampak macam muka baru kebah demam.. :P
.
Sewaktu mahu diletakkan di tempat duduk berbentuk kereta itu, tukang gunting itu bertanya, "Boleh duduk ke?" Dengan ragu-ragu saya menjawab, "Boleh kot.."
.
Pada asalnya, saya tidak yakin Ian bisa duduk sendiri di dalam tempat duduk berbentuk kereta itu kerana tiada tempat untuk bersandar pada bahagian belakangnya. Tapi lihatlah gambar di atas, he can really sit on his own.
.
Tapi at the end, memang harus pegang juga kerana dia asyik memusingkan badannya dan menggerakkan kepalanya. Ian tidak duduk diam kerana sibuk melihat wajah tukang gunting dan asyik 'mengkaji' mesin yang digunakan untuk menggondolkan rambutnya!
.
Anak botak saya..
.
Dearest Rayyan Ariff,
.
Maafkan kami kerana membotakkan kamu secara tidak sengaja. Maafkan kami kerana mengurangkan handsome kamu! Kalau kami tidak termakan kata-kata amoi itu, pastinya handsome kamu tidak akan berkurang. Malah semakin bertambah! Huhuhu..
.
Inilah kali pertama Ian tampil dengan fesyen "Upin & Ipin" bak kata abang Aniq. Sepanjang hidupnya, kami seboleh mungkin tidak mahu rambutnya menjadi terlalu pendek atau botak kerana bentuk kepalanya yang rata di bahagian belakang, dan juga kerana parut pembedahan yang jelas menonjol. Sungguh saya tidak puas hati! =(
.
Ohh.. Org ni la yang cakap kat mama no.2 tu tak pendek sangat nih.. Siap dia!!
.
Sudahlah minggu ini banyak jemputan ke banyak majlis, kasihan Ian.. Terpaksalah Ian menjadi rapper sementara menantikan rambut kembali panjang.. Huhuhu..
.
Ian, jangan bukak2 topi ni ek.. Kang byk plak mulut yang 'bertanya' dan mengomel.. :P
.
P/s - Bosan gila kat offc skrg nih, blogspot kena ban. Ari tu leh baca tp takleh tggl komen, skrg nih takleh bukak terus dah.. Kena ban! Huhuhu.. Cepatla re-connect wahai streamyx.. Rindu blog kawan2.. =(

Tuesday, July 28, 2009

Anak manja mama..

Pagi tadi, sewaktu saya sibuk memasak nasi Ian Ariff di dapur, hubby memanggil saya agar menjenguk Ian yang sudah bangun dari tidurnya. Sebaik sahaja melihat muka saya, senyumnya melebar. Itulah Rayyan Ariff. Pantang melihat wajah mamanya, pasti mahu melekat.
.
Apabila di dalam pangkuan saya, pasti dia tidak mahu dengan sesiapa sahaja. Setiap kali ada yang menghulurkan tangan, dia akan menolak atau menepis tangan yang kononnya akan 'merampas' dia dari ibunya.
.
Setiap kali di pangkuan saya, dia akan mencium wajah saya berkali-kali. Dia juga suka merangkul dan memeluk saya. Tapi apabila ada sesiapa yang menyuakan muka untuk mencium pipinya atau minta ciuman darinya, dia akan menolak dengan kuat. Tanda protes!
.
Seboleh mungkin, mahunya hanya di ribaan atau dukungan saya sepanjang waktu. Manjanya juga berlebihan apabila mengetahui saya ada bersama. Merengek-rengek tanpa henti. Sedangkan tanpa saya, dia bisa bermain sendiri selama beberapa ketika.
.
Pagi ini, sampai ke telinga sengihnya apabila melihat saya bertudung. Mungkin dia tahu, bertudung maksudnya akan keluar rumah. Mungkin sangkanya, kami mahu berjalan-jalan. Apabila saya berjalan sambil mendukungnya ke pintu, senyumnya semakin lebar. Setelah saya berikan dia pada bibik, dia menghulur-hulurkan tangannya minta diambil, dengan sedikit rengekan kecil. Apabila saya keluar dari rumah, kedengaran ledakan tangisnya.
.
Kebelakangan ini, dia cukup suka berjalan-jalan. Kalau ternampak kereta ayahnya dan tidak di bawa naik, meraunglah dia. Terutama kalau dengan saya. Manjanya menjadi-jadi.
.
Pada sesi fisioterapi pada pagi sabtu yang lalu, Ms Sarjit juga mengatakan betapa dia tidak menyangka Rayyan akan 'membesar' dengan secepat ini. Dia sudah pandai menunjukkan protes sekiranya dipaksa melakukan sesuatu di luar kemahuannya. Dengan saya di sisi, manja berlebih-lebihan sehinggakan untuk sesi-sesi seterusnya, Ms. Sarjit sudah berpesan agar saya menunggu sahaja di luar dan hanya bibik dibenarkan masuk. Hahhaha.. Mama kena ban dengan Ms. Sarjit.. :P
.
Apa motifnya di sini? Senang sahaja, naluri antara ibu dan anak itu sesuatu yang pasti. Kasih sayang yang bersemi pastinya tidak mudah luntur. Walau saya meninggalkan dia lebih dari 12jam setiap hari, itu tidak pernah menghalang kasih sayangnya pada saya. Walau dia mungkin membesar dengan bibik, tapi mamanya masih menjadi pojaan hatinya. Motifnya lagi, walaupun tidak menyusu badan, kasih antara kami tetap kuat okey!!
.
Ibu susuan anak saya..
.
P/s - Mokcik emo coz pagi2 kena sound.. Macam bagus ek?

Monday, July 27, 2009

Hari minggu yang berlalu pantas..

Hari minggu berlalu dengan pantas sekali. Serasa tidak cukup waktu yang diperuntukkan untuk keluarga. Kami tidak ke PD. Hanya hubby yang pergi.. Kerana ini :-
.
Dua beg yang penuh berisi fail kerja!!
.
Apakan daya.. Saya terpaksa menghadiri mensyuarat seawal jam 8 pagi pada hari isnin. Maka terpaksalah 'membungkus' kerja-kerja pejabat untuk dibuat di rumah. Sungguh tidak sihat!
.
Ini pula, gambar anak kecil yang teruja dengan permainan barunya.. Sibuk bermain di pagi hari sabtu sementara menantikan mama menyiapkan sarapan pagi..
.

Kiri kanan toys.. Excited pokcik.. :P

Semalam, hanya dapat tidur pada jam 130am.. Terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan.. =(

P/s - Cerita weekend yang hectic akan disambung pada entry seterusnya nanti..

Friday, July 24, 2009

Sudah hari jumaat.. =)

Saya rasa, semua orang pun perasan bahawa sekarang ini, waktu berlalu begitu pantas dari hari ke hari.. Serasa baru sahaja hari isnin, tapi hari ini sudah hari jumaat. Hari yang paling dinanti-nantikan semua..
.
InsyaAllah, kami akan ke PD esok hari.. *Sengih*Sengih*
.
Hari ini juga, senyum saya semakin lebar.. *Sengih lagi*Sengih lagi*
.
Alhamdulillah.. Rezeki anak bujang handsome saya yang boleh mendengar dengan jelas tanpa bantuan *kata itu doa, bila anda membaca ayat ini, juga satu doa, :P*, memang murah.. Pagi ini, teman sepejabat saya membawa ini untuk anak bujang saya;
.

Bagaikan tidak sabar mahu bergegas pulang. Oh, mama yang terlebih excited!! *Grin*Grin* Dan saya cuma perlu membayar 50% dari harga asal. First hand item. Sangat suka okeh.. Rezeki.. Alhamdulillah.. =)


Makin handsomelah anak bujang saya bila diletakkan di jumperoo itu nanti.. =P

Okeh.. Okeh.. Concentrate!! Pasni no more money to spend on toys.. Hearing aid for Ian pun dah makan RM7K.. Berjimat.. Berjimat.. Err.. ada sesiapa nak belanja 'bluetooth' untuk anak bujang saya yang handsome and smart ni tak? :P

P/s - Nape sy takleh tggl komen kat entry kawan2 saya. Keep on saying system busy. Kadang2 bleh, tapi most of the time, memang takleh. Aduhai streamyx, cepatlah re-connect kat rumah.. Kalau tahu lambat, baik saya cancel line jer and pakai maxis broadband ke hape kan? =(

P/s (2) - Yana, I'm so sorry for your lost. InsyaAllah, anak kecil itu akan menanti dirimu dan suami 'di sana'. Nanti kita pulun 2010 sama2 yea..

P/s (3) - Ibu Dalila : Congrates on the new job.. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.. Sedihnya nak tggl Dalila..

P/s (4) - Wana: Happy 29th birthday 'kakak'.. Hehehhe.. Terasa diriku teramat muda.. :P

P/s (5) - Aly: Nape kamu didik Nia suka bantal tu.. Hadoii.. Siyan kat menantu aku tu..

P/s (6) - Cikpid : Sibuk ngan apa smpi nk pause blogging nih.. =)

P/s (7) - Miezrina : Comel sungguh gamba Akid tgk TV smpi tenggeley tekok.. :P

P/s (8) - Watie : Kena praktik kat Ian teknik balancing tuh.. =)

P/s (9) - Eina : Walking shoes utk baby, Adidas selesa kot.. (my friend yg ckp, mokcik tatau coz ank mokcik mmg jauh lagi dr berjalan nih.. :P

P/s (10) - Farah : Dah lama tak letak kurma dlm nasik Ian. Ian pun suka coz rasa dia kan cam manis2 gitu.. =)

P/s (11) - Mama Auni Firdina : Comel la sandal baru Auni kalau dpt yang plg atas tu..

Okeh.. Okeh.. Dah penat type.. Sorry yea kawan2 coz takleh nk drop comment.. =(

Thursday, July 23, 2009

Hal-hal yang rumit

Hal-hal yang rumit dan bukan dalam kekuasaan kita, biarkanlah ia begitu. Walau berjuta kali difikirkan, ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Resah hanya sebentar, mungkin kerana sudah lali dengan banyak duka dan kekecewaan yang menjenguk. Namun yang pasti, wira hati kami ini akan terus gagah berjuang.
.
Sebelum ini, khabar yang diterima agak baik dan kami juga membawa harapan yang menggunung. Tapi kisah semalam, lain pula fakta yang dibentangkan. Biarlah.. Selagi ada harapan, selagi itu kita akan terus mencuba. =)
.
Semalam hanya satu permulaan. Banyak lagi episod ujian yang akan wira kami lalui. Walau ujian menunjukkan ada tindakbalas terhadap bunyi, namun ianya masih tidak mencukupi. Kalau terpaksa, mungkin dia juga harus melalui implan koklear. Hmm.. Handsome lagikah anak mama sekiranya telinga kiri dan kanannya di hiasi dengan 'bluetooth' yang diperbuat daripada plastik dan berwarna coklat itu nanti? Pasti tetap handsome kan? =)
.
Dah ready nak gi spital.. Handsome woo saya ni.. Rambut belah tepi nih.. :P
.
For the very first time, semalam saya berdiri tegak dengan minimal support.. Itu pun setelah diumpan dengan mainan kegemaran saya. :P
.

Saya yang kebosanan. Nasib baik ada Mr. Clown Tolo nih.. Lambatnya nak tgg timing yang sesuai utk BAEP test nih..

Kemungkinan ini telah dimaklumkan pada saya lebih setahun yang lalu. Sewaktu Rayyan masih di dalam kandungan. Mungkin benar, yang kita tidak boleh terlalu tamak kan? Namun selagi ada harapan, selagi itulah kita akan terus mencuba..

Saya yang terlena kepenatan. Penat woo 'berperang' sewaktu saya diberikan sedatif

P/s : Apa sahaja, walau bagaimana caranya, mama yakin, ianya pasti menjadi nyata.. Biar berputar utara dan selatan, takkan putus harapan di hati.. Biar beribu tahun lamanya.. =)

Wednesday, July 22, 2009

Belum sekuat mana..=P

Bersiaran di SDMC. Sedang menanti hearing test Rayyan selesai. Kami di sini sedari pagi. Rasanya, kami semua sudah mula bosan.. Kerana sudah lama menunggu.. :P
..
Keputusan ujian? Yet to be discussed tapi indicationnya tidak berapa bagus. Saya sangkakan, saya akan kuat untuk mengetahui jawapannya tapi saya silap. Sekuat mungkin saya cuba menahan sebak di hati. Biarlah.. Rayyan sudah menunjukkan banyak keajaiban. Mungkin dia akan melakukannya sekali lagi. Siapa tahu bukan?
.
P/s - Hati, sabarlah..

Tuesday, July 21, 2009

Hanya satu perkataan; EXHAUSTED!!

Alhamdulillah.. Proses berpindah sudah selesai. Namun proses mengemas masih belum sempurna seratus peratus. Barang banyak yang amat sehingga saya sendiri tidak tahu mana lagi hendak disimpan. Pening. Maklumlah, dari rumah teres ke kondo, pastinya keluasan yang agak terhad menyukarkan segalanya.
.
Ian masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru. Pantang ditinggalkan berseorangan, berhamburanlah air matanya. Asyik mahu menempel dengan mamanya. Pantang mama bergerak sedikit, raungannya seperti dipukul. Ian juga tidak mahu tidur di katilnya sendiri. Mahu tidur menyempit di tengah-tengah mama dan ayah yang sedia maklum besar.. :P
.
Malahan, pagi ini, sewaktu mahu bersiap ke pejabat, saya terpaksa meletakkan Ian di atas katil dan bersiap-siap di sebelahnya. Sewaktu diambil bibik, meraung-raunglah dia..
.
Sekadar memenuhi permintaan Auntie2 yang mahu melihat bilik Ian, dekorasi belum siap sepenuhnya. Malahan, ada lagi kotak barangan Ian yang belum dibuka. Budak kecik ini barangannya cukup banyak yea.. :P
.
Katil hadiah dari uncle.. Mama top up separuh.. =)
.
Soft toys di atas wardrobe, hanya 3 kepunyaan Ian, selebihnya, mama punya.. :P
.
.
Esok, kami akan ke SDMC, sesi fisioterapi dan juga untuk temujanji dengan pakar ENT Ian, ujian BAEP akan diulangi bagi menentukan 'bluetooth' yang sesuai untuk Ian. Tidak sabar! =)
.
P/s - Penat masih bersisa.. Hubby akan ke PD pada hujung minggu ini kerana urusan kerja dan mahu kami turut serta. Hmmm.. Agak keberatan kerana masih mahu mengemas. =(


Thursday, July 16, 2009

~Glory Glory Man U~

Entry ini, bagi menjawab comment(s) yang tidak sempat di balas sebelum ini. Untuk Kak Pinut, seganlah nak letak gambar beria, Jiey bukannya terror bab-bab decoration ni. Lg pun, rumah kecik jer.. Nak menghias pun terhad (cewahh.. ayat cover! Padahal mmg fail bab-bab decoration nih.. :P)
.
Actually, asalnya, seperti kebanyakan keluarga yang lain, kami juga bercadang untuk membeli rumah teres atas nama sebuah keselesaan. Setelah melakukan semakan harga pasaran, kami akur bahawa amat sukar untuk mendapat rumah teres dengan harga yang berpatutan di kawasan Ampang ini. Walau ada rumah yang cantik dan menarik dengan harga yang berpatutan di sekitar Puchong, Rawang mahu pun Sungai Buloh, hubby agak keberatan dan berkata sudah selesa di Ampang. Masakan tidak, dia dilahirkan dan dibesarkan di Ampang. Saya tak heran campak kat mana pun.. :P
.
Memikirkan jumlah wang yang harus dikeluarkan, kami setuju untuk membeli rumah dalam masa setahun dua dari sekarang. InsyaAllah, waktu itu, tentunya simpanan makin bertambah (harga rumah pun makin naik.. :P)
.
Tapi mungkin rezeki Rayyan Ariff, kami mengambil keputusan mahu membeli kondo bersebelahan Hospital Ampang. Harganya? Alhamdulillah, kurang RM40K lebih rendah dari harga pasaran. Inilah yang dikatakan rezeki. Setelah berbincang, tiada salahnya kami membeli unit kondo ini sebagai pelaburan untuk Ian. Kiranya, ini rumah Ian dan InsyaAllah, jika diizinkanNya, mungkin dalam masa 3 atau 4 tahun lagi setelah simpanan mencukupi, kami beralih kepada landed house pula sebagai rumah keluarga.. =)
.
Kepada yang bertanya jumlah kos yang terlibat dan apa yang perlu disediakan, (Han, Affi, aku tau ko tanya sbb ko pun nk beli umah gak kan?), rasanya, sama sahajalah seperti yang orang lain, bayaran muka sebanyak 10%, legal fees, stamping fees, valuation fees dan entah apa2 lagi.. Termasuk dengan kos pengubahsuaian, gedebak gedebuk, rasanya dalam RM40K. (Ini baru kondo je, kalau landed house, nampaknya lebih lagi la kos nya.. Ayayaiii.. Mana nk carik duit lagi nih??)
.
Sneak peak.. (Gambar2 ini diambil beberapa hari yang lalu. Masih dalam kerja pembaikkan..)
.
Bilik Ian
.
Bilik Mama
.

Dapur yang belum siap..
.
Hari jumaat, InsyaAllah, built-in cabinet and wardrobe akan dipasang. Hari sabtu, kerja-kerja pembersihan akan dimulakan dan kami akan berpindah pada hari ahad nanti.
.
Kalau diikutkan hati, banyak yang ingin saya tukarkan. Set bilik tidur berwarna putih dengan english style, set bilik tidur Ian, set meja makan baru, tapi itulah.. Banyak halangan buat sementara waktu ini. Pada awalnya saya berfikir, biarlah, alang-alang biarlah berhabis terus. Tapi bila memikirkan saya akan bercuti panjang nanti, saya tangguhkan dahulu hajat di hati.
.
Daripada saya menghabiskan ribuan ringgit pada sesuatu yang bukan menjadi keperluan, ada baiknya saya laburkan wang untuk keperluan Ian. Saya sudah berkira-kira mahu mendaftar Ian ke Tweedle Wink dan untuk membuat terapi di Pusat Spastik. Dengan kos perubatan di SDMC lagi, cukup pasti bahawa kami perlu berpada-pada dalam berbelanja. Selamat tinggat set bilik tidurku.. :P
.
Apa kena-mengenanya tajuk entri dan cerita yang saya paparkan ini? Takde.. Hahahha.. Actually, sepupu saya ada memberikan dua pas masuk ke training session Man U Asia Tour yang akan diadaakn pada hari esok. Hubby adalah kipas susah mati Liverpool. Tak mungkin dia mahu pergi rasanya. Adik saya juga menolak.. Hmm.. Saya bukanlah peminat football tapi teringin juga mahu melihat Owen secara langsung. Macam mana yea?? :P
.
P/s - Berita baiknya, uncle nak finance 60% harga set bilik tidur Ian.. Murah betul rezeki budak ni.. =)
Ada sesiapa nk tolong angkat barang tak??

Wednesday, July 15, 2009

Hati yang berbunga riang.. =)

Semalam, saya dan hubby bercuti demi membawa Ian Ariff melakukan rutin fisioterapi dan juga bertemujanji dengan doktor-doktor pakarnya. Semalam juga, kami menemui 3 orang doktor.. Penat? Alah bisa tegal biasa.. =)
.
Tiada apa yang menarik sepanjang sesi fisioterapinya. Seperti kebiasaannya, Ian Ariff memang patuh dan mudah dibentuk. Walau ada kalanya dia merengek dan menangis, sememangnya tidak sukar untuk mendapat kerjasama dari anak ini.
.
Sepanjang perbualan dengan Ms. Sarjit semalam, saya sekali lagi memperingatkan diri sendiri bahawa saya harus sentiasa bersyukur dan tidak terlalu menekan kerana pencapaian Ian Ariff pada hari ini sememangnya agak cepat berbanding sesetengah anak yang senasib dengannya. Kepekaan Ian Ariff pada persekitarannya juga merupakan suatu perkara yang harus dipuji. Dan ini seterusnya, meletakkan lebih tanggungjawab kepada kami untuk melakukan lebih usaha buat anak ini. InsyaAllah.. Niat kami hanya satu, mahukan dia duduk dan berdiri sebaris dengan anak-anak yang lain suatu masa nanti.. Aminnn..
.
Selesai sesi fisioterapi, kami ke klinik ENT. Ini merupakan kali pertama kami bertemu pakar ENT setelah segala ujian pendengaran dilakukan ke atas Ian Ariff sedari awal usianya. Mendengar setiap perincian daripada doktor terbabit cukup melegakan hati saya. Ada waktunya, kita harus berkompromi dengan banyak perkara. Mungkin kita tidak akan mendapat segala yang kita inginkan, tapi selagi ianya membantu, cukuplah.. =)
.
Kami seterusnya ke pusat diagnostik untuk melakukan beberapa siri ujian lagi. Pada mulanya, Ian Ariff perlu melakukan ujian BAEP sekali lagi. Ian Ariff perlu tidur untuk menjalani ujian ini dan Alhamdulillah, dia sememangnya sedang tidur sewaktu kami sampai. Tapi apakan daya, cepat sahaja dia terjaga dari tidurnya sejurus sebelum ujian dimulakan.
.

Tidur yang lena. Mungkin kerana kepenatan setelah melakukan fisioterapi.

Wide awake!
.
Beberapa kali saya cuba menidurkan Ian Ariff kembali namun gagal. Apabila dia sudah mula tersenyum, kami cukup pasti bahawa Ian Ariff tidak akan kembali dengan lenanya. Sudahnya, Ian Ariff terpaksa diberi sedatif. Sedang kami bersedia untuk itu, kami dimaklumkan kekuatan ubat bergantung kepada individu itu sendiri. Memandangkan Ian Ariff sudah terlebih dahulu tidur, mungkin kesannya akan lebih lambat.
.
Memandangkan kami masih mempunyai dua lagi temujanji di PMC, kami mengambil keputusan agar ujian ini ditunda ke minggu hadapan.
.
Setia menunggu.. He's such an angel.. Budak baik ni woo.. Tarak nangis2.. =)

Salah satu daripada ujian pendengaran yang dilakukan. But he was more interested to the staff who was handling the machine than the sounds and lights. What to do? Baby will always be baby.. So again, need to be repeated.. :P

At PMC Bangsar, he behaved so well and even busy with doing his own things. =)
.
Sewaktu berbicara dengan paed Ian, kami maklumkan tentang keengganan Ian untuk minum susu walaupun telah diberikan pelbagai jenis dan perisa susu. Isu tentang berat badan Ian juga dibangkitkan dan sememangnya dia kini dikategorikan sebagai tidak mempunyai berat badan yang mencukupi. Beberapa perkara lain dibincangkan dan secara keseluruhan, pencapaian dan kemampuan Ian amat memuaskan hati.
.
Sebelum masuk berjumpa doktor, Ian sudah pun terlena. Sepanjang sesi dengan doktornya juga dia tidak mahu bangun walaupun bersungguh-sungguh kami mengejutkan dia. Akhirnya, sewaktu suntikan imunisasi diberikan, dia terkejut, menangis untuk sesaat dua dan kembali terlena. Sangat comel.. :P
.
Perjumpaan seterusnya, dgn neurosurgeon yang bertanggungjawab melakukan 4 pembedahan pada kepala Ian. Setelah berbincang, barulah saya faham bahawa ada kemungkinan Ian Ariff tidak perlu dibedah lagi walaupun kemungkinan untuk pembedahan susulan lebih besar. Cukuplah dengan adanya harapan. Yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa dan meminta agar tiada lagi pembedahan seumpamanya di masa hadapan. Aminnn..
.
Hari yang memenatkan namun cukup memuaskan hati.. =)
.
P/s - Kiranya nanti, Ian dapat 'bluetooth' la kan? Hahaha.. :P

Monday, July 13, 2009

It was his birthday and it was supposed to be his birthday..

Cerita tentang weekend, hari sabtu, ke SDMC lagi. Alhamdulillah, Ian sekali lagi mengejutkan kami dengan menunjukkan peningkatan di dalam beberapa perkara. Badannya semakin kuat apabila diletakkan di dalam posisi merangkak dan Ms. Sarjit hanya memberikan sokongan yang minima. Ian juga sudah mahu meletakkan kakinya ke lantai dan mahu berdiri. =)
.
Di rumah, sewaktu saya sedang membersihkan badannya, sekali lagi dia merapatkan kakinya, berdiri dan menampung berat badannya sendiri. Alhamdulillah.. Manis sekali buah kejayaan apabila diiringi dengan usaha kan? Ian Ariff memang semakin alert dengan 'kewujudan' kakinya. Jika sebelum ini dia hanya akan menghisap ibu kakinya jika berada di dalam posisi duduk, sekarang, dia sedang bersungguh-sungguh mencuba untuk menghisap ibu jari kakinya apabila dia sedang berbaring juga. Comel sekali.. Teruskan eksplorasimu nak..
.
Hari ahad, kami ke Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada teman baik saya. Ini kali pertama Ian Ariff menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di rumah. Sebelum ini, kami tidak pernah membawa Ian kerana khuatir dia akan kepanasan. Tapi memandangkan bibik bercuti, terpaksalah kami membawa Ian bersama. Alhamdulillah, Ian baik-baik sahaja dan tidak meragam. Pasni bleh gi lagi Ian.. =)
.
Ni senyum control ni.. Terliur tengok mama minum.. :P
.
Penat la duduk kat buggy tu Ma.. Tak nampak dunia!
.
Oh yea, hari ahad, 12 Julai merupakan hari ulang tahun hubby. Ia juga sepatutnya menjadi hari ulang tahun Ian. Ian was supposed to be born on 12 July yang seterusnya akan menjadikan dia berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ayahnya. Tapi Allah SWT telah menetapkan Ian Ariff untuk lahir pada 12 May. =)
.
Kiranya, officially, Ian sudah physically one year old. Saya sudah memperkenalkan telur pada Ian dan Alhamdulillah, tiada alahan. Esok, bolehlah Ian diberi suntikan imunisasi untuk bayi berumur setahun. =)
.
Untuk meraikan mereka berdua, kami keluar makan. Mulanya hubby mahu makan steamboat. Tapi akhirnya, hubby menukar fikiran dan teringinkan siakap stim. Sudahnya, kami ke Kadir Tomyam di Ampang Jaya. Ini memang restoran kegemaran hubby dan kami sering ke sini sedari masa bercinta lagi.. Semenjak ada Ian, kami sudah tidak ke sini lagi.. Kali terakhir kami ke sini, sehari sebelum Ian Ariff lahir.. See how old we are? We've stopped mostly all of our activities since we have Ian.. :P
.
Siakap stim yang memang best! Ian pun suka.. Mama suap sikit2 jer.. :P
.
Ian Ariff sekarang, asyik mahu melasak.. Semua benda mahu disentuh, semua benda mahu dipegang. Sudahnya, terhantuk pada skrin TV sewaktu di dalam kereta ayah. Ayah membebel konon2nya mama tak pegang Ian kuat2. Walhal, Ian sudah lama 'berkenankan' TV ayah!
.
Mula2 didudukkan, masih tersengih2..
.
Sudah mula bosan.. Ketuk2 meja dulu.. :P
.
Pastu 'makan' meja! Kotor la nak haii..
.
Sudahnya, Mama terpaksa makan sebelah tangan sahaja. Terpaksa menggunakan tangan gemuk mama sebagai penghadang.
.
Apabila Ian sudah terlalu bosan, tidak senang duduklah dia.. Akhirnya, sekali lagi kepalanya terhantuk pada kerusi besi ini. Dalam satu malam, dua kali terhantuk.. Kasihan anak mama.. =(
.
Siap makan, bibik pegang Ian, baru la mama bleh makan dengan aman! :P
.
P/s - Hadiah untuk mereka berdua, dalam entry seterusnya nanti.. =)

Friday, July 10, 2009

Perancangan untuk esok..

Cepatnya jumaat kan? :P
Tak sabar menantikan hari sabtu dan ahad..
Minggu ini, tugas yang perlu dilaksanakan ialah mengemas barang-barang untuk berpindah pada hujung minggu hadapan.
Mungkin juga, akan menyelitkan aktiviti pencarian car seat Ian Ariff. Carrier yang dipakainya sebelum ini sudah kecil untuk dirinya..
Cantikkan? Inilah yang bertakhta di hati buat masa ini.. :P

Satu lagi, cantikkan hiasan bilik di atas.. Sesuai untuk Ian.. Tapi MoF tak approve.. =(.. gambar dari google image

P/s - Camne nak pujuk MOF? Teka korang!!

Thursday, July 9, 2009

Segalanya..

Semalam, seperti minggu-minggu yang lalu, kami menjejakkan kaki ke SDMC lagi. Alhamdulillah, sesi fisioterapi Ian berjalan lancar. Ian memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan beberapa peningkatan. Dia tidak marah sewaktu dipaksa berdiri dan mula menyokong berat badan dengan kakinya sendiri. Walaupun bukan untuk jangka waktu yang lama.
.
Apabila didudukkan, ada waktunya Ian memberanikan diri melepaskan tangannya setelah diumpan dengan mainan-mainan yang ada. Memandangkan tulang belakangnya masih belum kuat, Ian masih belum mampu menolak badannya ke atas dan ada waktu dia kelihatannya seperti akan tersungkur.
.
Tapi saya tahu, Rayyan Ariff saya kuat orangnya. InsyaAllah, sedikit waktu lagi dia pasti mampu untuk melakukannya segalanya sendiri. Dan kami, orang-orang yang berada di sekelilingnya inilah yang akan terus melatih dan membantu dia.
.
Saya tanyakan kepada therapistnya, “Looking at his physical condition now, can he walk by the age of 2 years old?”
.
“How old is he now?” Tanya therapist itu kembali.
.
“13 months old” Saya menjawab sambil memandangkan tepat ke wajahnya.
.
“I cant really tell. But there’re so many things that we need to work on. The back, hips, hands, and feet need to be strengthened before we can see him walking.”
.
Saya tahu maksud jawapan itu. Secara tidak langsung, dia mahu mengatakan tempoh 11 bulan sebelum Ian mencapai usia 2 tahun tidak mencukupi untuk kami melihat Rayyan berjalan.
.
“What if I continuously make him do all the exercise? When I’m with him all the time later, I can really focus on all of these. I can make him do all the exercise at least 15min per session for every 2 or 3 hours. Would that help?”
.
“There’s no point of making him overdo it. If he gets tired, it will certainly wont help him in any way..”
.
Saya terdiam. Terlalu bercita-cita tinggikah saya? Jangan salahkan saya kerana terlalu memaksa, saya hanya mahukan yang terbaik untuk Ian Ariff. Adalah sesuatu yang menyedihkan pada saya setiap kali saya melihat dia terlentang di atas tilamnya. Adalah sesuatu yang menyakitkan pada saya setiap kali melihat dia bermain “kejar-kejar” dengan unclenya, tapi dia tidak mampu bergerak ke mana-mana dan hanya memusingkan badannya untuk lari.
.
Saya mahu melihat dia bergerak bukan kerana mahu memenuhi impian saya, tetapi untuk dirinya sendiri. Untuk dia meneruskan ekplorasi bagi memenuhi tuntutan ingin tahunya yang merupakan sifat semulajadi seorang bayi dan kanak-kanak. Apalah yang mampu dicapai sekiranya dia hanya terlentang.
.
Ada waktu, saya membawa dia menyusur di sepanjang almari perhiasan yang separas dadanya untuk dia belajar. Matanya akan khusyuk memerhatikan setiap perhiasan di atas almari itu sambil tangannya sibuk menyentuh segalanya di situ. Ada kalanya, saya berdirikan dirinya di hadapan rak majalah untuk dia meneroka di situ, maka asyiklah tangan menyentuh segala suratkhabar dan majalah yang tersusun rapi.
.
Ada ketika, saya membawanya meneroka ke bawah meja dan mengangkatnya ke atas. Dia seakan kagum kerana terdapat suasana berbeza pada sesuatu tempat dalam masa yang sama.
.
Hanya ini yang termampu saya lakukan untuknya. Menjadi kaki dan tangannya. Menjadi anggota tubuhnya untuk dia bergerak dan meneroka. Untuk sesorang yang mempunyai masalah seperti dirinya, dia boleh dikategorikan sebagai anak yang bijak. Sifat ingin tahunya tinggi.
.
Sewaktu saya sibuk mencari baju untuk dipakainya pada bahagian atas almari, dia yang berada di pangkuan saya pula sibuk ‘mencari’ dan ‘mengeluarkan’ baju di bahagian tengah almari baju kecilnya. Sewaktu saya sedang sibuk membaca risalah yang ada di tangan saya, dia juga sibuk mahu ‘membaca’ risalah yang sama. Apabila digantikan dengan yang lain, tahannya cuma sekejap sahaja sebelum dia kembali cuba ‘merampas’ bahan bacaan yang ada di tangan saya.
.
Saya kira, perlakuannya sama seperti anak-anak lain. Dan seandainya dia dapat meneroka segala yang ada disekelilingnya sendiri, tentu sekali mindanya akan lebih tajam dan akalnya semakin banyak. Inilah yang saya mahukan. Saya mahu otaknya terus-terusan belajar.
.
Sesuatu yang mustahil pada pandangan manusia pastinya tidak mustahil dengan kuasa Allah SWT. Saya akan gigih berusaha untuk melihat dia bergerak dengan sendirinya. Saya tidak akan terlalu menekan dirinya kerana tidak mahu ‘merampas’ keseronokkannya menjadi anak kecil dengan memaksanya berusaha. Namun saya akan pastikan, dia akan mencapai sesuatu sebelum usianya menginjak ke angka 2 tahun. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kami.. Aminnn..
.

Semalam, Auntie Sarjit banyak kali puji saya smart tau.. Yes, I'm a smart baby even tho I'm brain-injured. See how special I am? =)

P/s - Oh sedih, pergilah.. Jangan menghuni di dalam hati ini!!!

Wednesday, July 8, 2009

Membaca demi anak.. :P

I have almost all of Glenn Doman's books and these are just some of them la kan.. Ask me what I do with all of these books?
.
.
Takde buat apa. Simpan kat bookshelf jer.. Belum ada masa nak baca.. InsyaAllah, bila dah cuti panjang nanti, saya akan cuba khatam semua buku-buku ini.. Untuk Ian.. =)
.
P/s - Saya bukan kaki buku ok! Tapi terpaksa membaca untuk anakanda.. Takpe la.. I loike!! :P

Tuesday, July 7, 2009

Sekali lagi, masalah yang sama menghantui..

In this entry --> Baby hates milk, you can see how Ian refused to take milk. That time, for more than 2 weeks, he only wants to drink plain water. We even went to the extent that we forced him to take his milk. And he cried so loud because of that. To make things worst, his corrected age was 4 months old that time so we haven't started to give him solid yet. We was wondering, budak ni tak lapar ke? :P
.
Now, he loves his blended porridge, macaroni cheese and chicken spaghetti. And he loves fruit juice as well.
.
But then, we're facing the same problem again. 2oz max. Itu pun lepas drama paksa- memaksa yang sangat serius. I think it's almost 3 weeks (or could be more) that he refused to take his milk again. He was still taking Enfalac A+ before, because physically he’s still not officially 1 year old, not until July, 12.
.
Since he refused to drink Enfalac A+, we believed that it could be the milk again. Maybe he’s bored with the taste, again! So, we tried to give him Sustagen, with chocolate flavor. But he still refused to drink. Then, we tried to give him Enfagrow with vanilla flavor.
.
At first, he took 2 and a half oz and fell straight to sleep. So I though that vanilla flavor works for him. But I was totally wrong! Yesterday, he rejected the milk again. And today, he still refuses to drink his milk.
.

Ian 'borak2' ngan bibik. "Ian, seriously, even if you give me that cute look of yours, it wont change a thing. You still have to drink your milk. It's mandatory ok!!

The only way that we have now is, to add his milk powder in his porridge. But it can only be one scoop because if the taste is too obvious, he will refuse to eat his porridge too.
.
Seriously, I don’t know what else to do. We’re going to see his paed next week. Hopefully, there’ll be a solution to this. Yes, he’s taking all the vitamins that contain DHA. And we’re giving him other sources of calcium like cheese. But I still feel that milk is important. =(
.
When I asked of the staff in NICU when he refused to drink his milk last time, the lady did mention that Rayyan is different. Taking into consideration that he’s brain injured, it could be that his brain develops rejection towards the taste of the milk.
.
Seriously, I don’t think it’s because of that. I hate milk since forever and are you going to consider me as brain injured as well? I refused to drink my mommy’s milk since I was a baby and was given formula. Then, at early age, I’ve stopped taking milk as well. Saya takpe, coz sel otak saya byk.. Ian tak boleh, Ian kena minum gak! Hehhehe.. :P
.
P/s – Kawan-kawan, penah tak face problem yang sama? Ada cara tak?? Tolong!! Tolong!! =(

Monday, July 6, 2009

Our busy weekend..

Sekali lagi, minggu ini merupakan minggu yang amat memenatkan. Mungkin hari-hari minggu yang seterusnya juga akan lebih memenatkan sehinggalah proses berpindah rumah selesai.
.
Pagi sabtu, aktiviti kami dimulakan dengan ke SDMC untuk fisioterapi Ian. Kerana ada yang membatalkan temujanji mereka, Ms. Sarjit meluangkan masa lebih dari sejam untuk Ian. Bermakna lebih dari sejam juga masa untuk kami berbual.. :P
.
Pada kunjungan kali ini, saya bertemu dengan seorang ibu yang menemani anaknya. Hati saya agak tersentuh dengan sikap ibu ini. Saya mengerti kadang-kadang kebenaran itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima. Tapi bukankah dengan menerima kita akan lebih redha? Hmm.. Tidak mengapalah, rambut sama hitam, hati sulam lain.. =)
.
I don't know why this baby of mine is so full of smile! I remember that I used to cry when I was carrying him.. What a blessing, huh? =)
.
Cuteness!! And, he doesnt mind being wrapped.. =)
.
Pulang sahaja dari sesi fisio, kami singgah untuk makan tengahari di sebuah restaurant di Pandan Indah. Tiba di rumah, kami berehat seketika. Selepas asar, saya bergerak ke Jalan TAR kerana mahu mencari langsir rumah. Penat juga berjalan turun naik antara Sogo, Kamdar dan Nagoya. Akhirnya, saya memilih untuk menempah langsir di Nagoya. Dan tempahan ini bukanlah pattern pertama yang menjadi pilihan saya. Dek kerana kepenatan, saya pejamkan mata sahaja. Takpe.. Tahun2 hadapan masih ada.. Masih banyak peluang untuk bertukar langsir.. :P
.
Hari ahad pula, seawal jam 9.50am lagi kami sudah tercongok di pintu hadapan Sogo. Kata hubby, Mama tolong bukak pintu Sogo.. :P
.
Hasil soping-sopingan.. :P

Untuk teman saya yang baru melahirkan. Oh, saya cukup fail apabila memilih baju untuk baby girl! Sangat tidak pandai.. Naik pening kepala dibuatnya..
.
Untuk hero Malaya.. :P
.
Lagi untuk hero malaya..
.
Ini ayah yang belikan.. Kasut raya katanya.. Mama kureng sket benda2 mahal ni.. Udahnya letak kat kaki jugak.. Kalau Ian dah bleh jalan, lain ceritanya.. Hmmm.. Kata nak berjimat!
.
Baru bangun tido.. Tunggu orang-orang dewasa makan.. :P
.
Sampai di rumah, rehat sekejap, kami keluar lagi.. Dan Ian pula, tinggal di rumah dengan bibik. Kipas siling dan aircond sudah siap dibeli. Hanya perlu mencari kipas siling untuk ruang tamu sahaja. Seterusnya, ke Tesco Ampang untuk membeli barang dapur.
.
Niat di hati, malamnya, mahu menjenguk progress kerja-kerja pengubahsuaian, tapi sudah terlalu penat. Kerja pejabat yang dibawa pulang kononnya sebagai 'bekalan' juga tidak sempat disentuh.. Sebenarnya, banyak yang saya inginkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian ini terpaksa saya lepaskan untuk sementara waktu kerana perancangan cuti tanpa gaji nanti.. Tidak mengapa, bila sudah kembali bekerja, InsyaAllah, semuanya akan saya perolehi kembali.. =)
.
Malam pula, Ian berjaga.. Aduhaii.. Teruji kesabaran.. Bagaikan tahu mamanya akan kembali bekerja keesokan harinya, dia mula menunjukkan perangai cantiknya yang asyik mahu melekat dengan mamanya. Ditinggalkan sekejap sahaja raungannya bergema.. Oh anak!
.
P/s - Sejekap sahaja sudah isnin kan? Huhuhu.. Busy! Busy! Busy dan Busy!
P/s (2) - Boss MC ari nih.. Tanduk setan keluar... Eh, eh takleh! Keje banyak! Sabar.. Sabar.. :P