Thursday, June 14, 2012

Sama kasih, sama sayang..

Cerita pasal Adik tak sebanyak Abang ehh..
Gambar Adik pun tak sebanyak Abang walau kononnya Adik lahir DSLR dah merata-riti..
Video Adik pun tak banyak record even tho video cam ade jer..
Kali pertama Adik meniarap, kali pertama Adik angkat bontot, kali pertama Adik merangkak, kali pertama Adik duduk, kali pertama Adik makan solid food, semua mama tak rakam.
Takde video. Takde gambar. Gambar yang ada, semua gambar bila Adik dah terror.

Tapi kalau ditanya, bukan sebab tak sayang.. Rasa kasih tu sama sahaja..
Lagi pun, Adik anak perempuan mama.. 
Anak perempuan mama yang melahirkan rasa pinkish di jiwa mama.. Rasa girly di hati mama..
Adik anak perempuan mama..
Mama sayang sesungguh hati..
:-)

Bukan jugak taknak celebrate progress Adik macamana mama celebrate progress Abang Ian. 
Actually mama bangga sangat-sangat. 
2 bulan lebih head control dah bagus.
3 bulan 7 hari adik meniarap untuk kali pertama.
5 bulan 19 hari Adik merangkak untuk kali pertama.
6 bulan lebih, Adik dah terror merangkak & duduk..
7 bulan lebih yakni sekarang, dah sibuk pulled yourself up to standing position.
Cepatnya anak mama membangun..
Mama gembira..
Mama suka..
Pada masa yang sama, rasa macam baby Mama ni cepat sangat membesar.
Walaupun badan cinonet jer..
:-)


Anak perempuan mama.. :-)

Terima kasih tuhan, di atas kurniaanMu yang cukup indah ini.. 
Terima kasih tuhan, kerana menghantar Puteri Rifa Aleesya di dalam hidup kami..
:-)

11 comments:

farwizahdarwisha said...

wah..kagum...seorang ibu yang prihatin..semuanya catat perkembangan anak..daku walaupun anak 1st x tercatat semua tu...meniarap..merangkak..berjalan...berlari...nk jgk catat cam ibu2 lain..tp x sempat nak berblog utk tulis kehidupan peribadi..insyaAllah..4 2nd baby semua tu akan diapply...

Misssurvivor said...

muka sejibik abgnya... (^^)

erna said...

kak,semoga terus diberi kekuatan oleh Allah..semoga saya pun sekuat dan setabah akak.

*salam perkenalan

Angah said...

alhamdulillah..semoga menjadi anak yang solehah

cepatnya Rifa besar..

Rozuan Ismail said...

bulatnya mata dia =)

Cik Cammy Lia said...

pic ke dua tu menampakkan muke rifa sebijik cam ian hihi

Cik Cammy Lia said...

pic ke dua tu menampakkan muke rifa sebijik cam ian hihi

yatie chomeyl said...

adik muko koho nok serupo dgn abe Ian...especially bilo wat celik mato bulat gitu tu

mama akid said...

senyum...tak perlu kata apa2...=)

Mama Kembar 3 said...

tgk pic no 2 tu, sebijik muka rayyan arif laa. dah mmg dari acuan yg sama kan hehe. dua dua comel, dua dua org pun buat mama rasa nak cubit cubitttt ja pipi tu hehehe

Anonymous said...

cair jer jiwa raga nengok dak comel neh