Saturday, May 2, 2009

Vitamins for my baby..

Hari ini, hanyalah satu hari cuti umum yang biasa. Paginya, kami bersarapan diluar dan terus ke Carrefour untuk membeli barangan dapur. Tengaharinya, kami ke Manjaku pula. Mahu mencari hadiah buat anak-anak teman saya dan hubby. Ramai pula yang menyambut hari lahir pada bulan ini. Lebih baik kalau kami beli segalanya sekaligus.
.
Minggu ini, kami tidak kemana-manalah nampak gayanya. Hubby ada urusan kerja. Yang tinggal dirumah hanyalah saya, Ian dan bibik. Mungkin petang ahad nanti baru hubby pulang. Oleh kerana kami tidak kemana-mana, saya manfaatkan masa dengan melakukan senaman untuk Ian. Hari ini, Ian mampu duduk untuk jangkamasa yang lebih lama. 57 saat. Itu sudah menghampiri 1 minit. Tahniah Ian! =)
.
Kalau saya tidak bekerja seperti hari ini, hati pastinya terasa lebih lega.. Saya sendiri yang akan memastikan Ian mengambil semua vitamin dan ubatnya. Tidaklah hanya mengharap kepada bibik semata-mata. Kebiasaannya, sebelum meninggalkan rumah untuk ke pejabat, saya akan menyiapkan sukatan ubat dan vitamin untuk Ian dan memasukkannya ke dalam botol susu. Bibik hanya perlu membancuh susu di dalam botol itu dan memberikannya kepada Ian apabila dia bangun nanti..
.
Malam pula, saya sendiri yang akan menyuapkan segalanya untuk Ian. Sekadar berkongsi, inilah ubat dan vitamin-vitamin yang diambil oleh Ian. Walaupun tidak dapat menandingi susu ibu, tapi sekurang-kurangnya saya mencuba.
.
Yang berwarna merah itu, Epilim Syrup. Seterusnya Appeton Multivitamin Plus Infant Drops, Valens Enersos MCT Oil, NeuroGain dan Nootropil Piracetam.
.
Epilim Syrup adalah untuk seizures Ian. Diambil dua kali sehari, pagi dan malam. Appeton pula diambil sekali sehari pada waktu pagi. It contains vitamin A, D3, E, B1, B2, B6, B12, C, nicotinamide and fortified with taurine and lysine. Vitamin B1, B2 dan B6perlu untuk proses metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Vitamin A dan D3 pula larut lemak bagi mengekalkan tahap kalsium dan cecair badan.
.
Vitamin B12 pula perlu untuk pembentukan sel dan Vitamin E bagi memastikan sel berfungsi dengan sempurna. Nicotinamid untuk kulit dan sistem saraf manakala taurin dan lysin bagi membantu pertumbuhan yang sihat. Sebagai bayi yang dilahirkan pramatang, Ian mengambil Appeton sedari dia masih di NICU dan kami meneruskannya hingga kini.
.
Valens Enersos MCT Oil pula perlu diambil 6 kali sehari. Ia memberikan kalori tambahan untuk membantu tumbesaran dan meningkatkan berat badan. Medium-chain triglycerides (MCT) mengandungi lemak yang hampir sama yang terdapat di dalam susu ibu. When it is metabolised in the body, it behaves rather more like a carbohydrate than a fat.
.
MCT's are more easily and rapidly digested than other types of fats. Sumber lemak yang sihat, adalah kritikal bagi pertumbuhan otak dan sumber tenaga yang penting.
.
NeuroGain pula, saya ambil sewaktu Ian masih lagi di dalam kandungan. "I don't know how it's going to help your baby, but there's no harm of trying.." Memang ia tidak membantu Ian ketika itu, Kerana yang dia perlukan adalah pembedahan.. Hehhehe.. Kini, Ian pula yang mengambil NeuroGain sekali sehari. NeuroGain diperbuat daripada minyak ikan yang mengandungi DHA, EPA, AA, OA dan natural tocopherol. Ia cukup bagus untuk pertumbuhan sel otak dan mencerdaskan minda.
.
Akhir sekali, Nootropil Piracetam, dua kali sehari. Juga untuk kebaikan otak. Boleh baca di sini --> nootropics have so-many beneficial affects on mental and memory capabilities, that they have come to be known as smart-drugs. One of the primary differences between nootropics and other memory enhancers is that nootropics have a beneficial effect upon the brain's Corpus Callosum. This area of the brain joins the two hemispheres, it links the logical side with creative side, hence ying and yang. This may be the major reason why creative individuals and brain workers find they can accomplish much more, when they are supplementing with nootropics. http://www.biogenesis.co.za/pi-piracetam.asp
.

Inilah bekalan ubat dan vitamin Ian utnuk tempoh tiga bulan.. Boleh buka kedai kan? :P

Ini pula baby slim and tall yang terpaksa menelan segala vitamin-vitamin dan ubat hanya kerana mahu pulih.. :P

Alhamdulillah, setap kali ujian imbasan dilakukan, keputusannya menunjukkan berlakunya pertumbuhan sel otak. Dulu, Dr. Yong pernah menyatakan kerisauannya kerana saiz kepala Ian agak kecil dari usianya. Ia adalah tanda-tanda bahawa tidak berlaku pertumbuhan sel otak.

Kami hanya tersenyum. Kerana kami terlebih dahulu dimaklumkan oleh Dr. Wong tentang hasil keputusan ujian imbasan. Lagi pula, kepala Ian leper dan panjang kesan dari tidur terlentang. Tentu sekali ukurlilitnya tidak tepat. Terkini, ukurlilit kepala Ian sudah berada pada graf yang sepatutnya.

Tentang bentuk kepala Ian, dari dulu hingga sekarang, kami alas kepala Ian dengan bantal yang berlubang di tengah. Tapi tidak tahulah mengapa ia tidak menjadi untuk Ian. Kasihan Ian. Tapi sekarang tidaklah seleper dahulu. Sewaktu dia masih belum meniarap. Sekarang, kalau kami tidurkan dia di dalam posisi meniarap, dia pasti akan berpusing juga.. Hmm.. Sudah kehabisan cara.. =)

P/s - Maklumat di atas adalah dari apa yang dimaklumkan oleh doktor-doktor yang merawat Ian, dan juga hasil pembacaan saya. Jam sudah menghampiri pukul 2 pagi.. Mata pun dah berat.. Kepada Doctors-to-be yang membaca entri ini (FatnulHani & ladYbirD), harap diperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan fakta.. ;P

16 comments:

ppb_ppkp said...

semoga ian membesar bagai johan..dan jadi anak yang pintar,.amin

Anonymous said...

Salam, tumpang tanya.. semua-semua ni boleh bagi kat baby biase tak? Kat farmasi senang dpt tak?

Jiey^Mien said...

ppb_ppkp : Terima kasih byk2 Auntie Imah. InsyaAllah.. =)

Yang benar,
Ian..

Anon : Epilim Syrup tu je ubat. Yang lain2 semua supplement. Appeton n NeuroGain tu ramai yang ambik for their babies. Baby biasa. MCT oil tu pun ramai gak yg amik, tp utk baby yg susah gain weight la.. Nootropil tu bagus utk brain, tp yg ni tak sure whether baby biasa amik ke tak.. Maybe leh check ngan paed dulu.. Semua pun available kat pharmacy.. guardian pun ada.. =)

mirah said...

kalau ikutkan khadijah kena mkn 4 jnis supplement, ni mmg yg hospital bagi. Mirah takde tambah yg lain, tu pun dah rasa byk dan kekadang miss juga makan. Huhu..

Elyn said...

jiey saya pun ade schedule entry nk share ngan ibu..... pasal vitamin gak.... next week br kuar entry tu....

btw thanks share info vitamin ian ni!!

Jiey^Mien said...

hehhehe.. jiey skrg ni dah terdisiplin dgn ubat2 yang lain tu.. Cuma MCT oil je kdg2 ter'miss'.. ye la.. smpi 6 kali sehari.
Before ths, Ian mmg cepat naik badan tau.. Semangat betul.. 3 bulan dah 4.9kg. 4 bulan dah 6kg.. Mmg tak nampak cam premature baby. 4 bulan 6 kg, dgn corrected age of 2 months old, mmg dr classified dia as overweight.. Tp bila dia masuk 6 bulan, weight gain dia dah slow down.. smpi la skrg ni.. doc risau gak, tu yang doctor bagi MCT oil..

tp neurologist dia relax jer.. siap kata, "biarla.. i taknak dia gemuk.." :P

Jiey^Mien said...

elyn : hehehhe.. agaknya apa yang mak2 ni pikirkan sama kot.. :P

ala elyn, cepatkan la.. entry vitamin tu buat ari ni, pastu ganti entry ari ni utk next week.. nk tau gak vitamins wafiq.. mn la tau.. applicable utk ian.. :P

yatie chomeyl said...

jiey, yatie pong make neuro gain tu . tp bilo sampai sini x tahu nok beli kat mano doh...x jumpo kat farmasi kat sini uhuhuuh...

Long said...

Fahry sejak suplemen dio xpired, xamik2 huk br dh.jupo paed cni,xigt nk mitok.hahaha. Leni minum susu mami jah..

Jiey^Mien said...

yatie : order di malaysia la.. pah ata gi jepung.. ko gano? :P
try masuk website dio.. mesti ado kot jual di jepun..

long : share la etek fahry amik supplement gapo.. nok tahu jgk..

alyyani said...

jiey, camne ko leh bg vitamin kalo in tablet ek? cairkan dulu ek?

ian mmg tinggi sgt la...

Jiey^Mien said...

Ly, yang neurogain tu, dia cam kapsul gel tau.. cucuk je ngan benda tajam pastu titis la dlm susu.. Tp bau dia hanyir gak la.. ikan kan..

Reena said...

hi..akak..nak tanya neugogain pb nie bole start bagi bila umur bape...baby reena baru 5month..n reena memang ada ambil neurogain pb time preg...tapi baby lum start..how? n capsul how to give

Jiey^Mien said...

Hi Reena, tak sure la plak for 5 months old baby.. but i guess it should not bea problem since it's a vitamin.. i'll check on the bottle and let you know later k.. or maybe you can consult your son's paed..
walaupun dlm bentul pil, dia macam gel tau, cucuk jer that capsule with a knife, kuar la minyak ikan tu.. =)

Hasliza Ibrahim said...

Assalam...

Saya dok google psl supplement utk tingkatkan berat badan anak, so terjumpa blog ni... suka baca blog ni... semoga terus tabah dalam membesarkan ian... Cuma sy nk tanya, mana bole beli Enersos (MCT oil)? Saya ada tnya di beberapa farmasi di Kuantan tp takdelah pulaa.... Sbb anak saya dh setahun 2 bulan, berat dia susah sgt nak naik banyak...terlalu perlahan peningkatan berat badannya... dia lahir kurang berat lahir... cadang nak bagi MCT oil tu tp tak tahu nak beli kat mana.... TIA

fabab said...

salam, nootropil boleh bli kat mane?