Tuesday, March 12, 2013

Penyakit Grand Livina??

Apa penyakit Grand Livina? Hehehehe.. Comel jer..

Saya assumed, orang yang searched for penyakit Grand Livina mesti tengah survey review pasal Grand Livina. Nk beli la kot. Takkan saja2 survey.

In fact, I did the same thing before! Hahahaha.. Survey, baca kat forum-forum. Baca dekat website yang buat review pasal kereta macam Paul Tan ke, thecarguys ke etc. Saya prefer baca kat forum sebab rasa lebih real since yang share tu, diorang sendiri dah pakai (kot!). Kalau diorang tu sebenarnya salesman ke apa, tipu2 bagi testimonial ke apa, tatau la kan?? Hehehe..

Actually, buat entry ni pun sebab ada kawan yang tengah survey nak beli MPV suh buat review. An, sorry lambat. Muahahha.. Ahkak busy deknonnn.. Curlassss.. =P

As requested, ni review ala-ala mak.. So takkan ada la cerita pasal electric powered steering, CVTC, wheelbase and whatnot. Ini review daripada mak-mak yang cuma tau isi minyak, adjust side mirror, adjust channel radio, adjust kerusi, hantar kete gi car wash dan remind encik suami bila mileage utk hantar servis dah dekat. Muahahaha.. Review mak2 eh??

Kalau nak review yang canggih2 tu, sila google. Hehehehe..

Encik Livina yang tayarnya pancit.. Muahahaha.. Bawak ntahpapa siap tercucuk paku! ;-P

Ok, secara keseluruhan, saya simpulkan bahawa Grand Livina is a good car (belum intro dah conclusion, kahhh.. marah cikgu karangan!). Secara purata, saya katakan it is a good car sebab enjin dia best, senyap jer. Kadang2 tak sedar pun kete tgh hidup. Steering dia best (saya pernah try Honda, rasanya Livina punya lg lembut, hat lain xtau..).

Gegar pun tak rasa sangat (dia ada apa entah yg tak bg gegar tu, mak taktau wohh), dalam bahasa mudah, smooth  even jalan berlubang tahap nauzubillah - tengok cara pemanduan yea, kot korang langgar gedung-gedang, tipu la kalo org dok kat dalam tak terlompat. Then setakat tekan 140-160km/h tu memang OK la.. Tak rasa langsung. Tak sedar pun. "Eh, terlaju pulak.." Bak kata sesetengah orang, saya tak. Saya bawak 90km/h je. Eh.

Aircond, for third row mmg boleh rasa la.. Tidak la kata panas meruap org yang dok third row, tapi tidak la sejuk macam org dok first row. Blower aircond yang depan tu mmg aim to shoot for 3rd row. So ok la kot..

Dari segi ketinggian pulak just nice. Tinggi sket dari kereta sedan, so tak perlu tunduk, tapi lebih rendah from most MPV rasanya. Kalau Innova ke, kan kena panjat sket. So kalo orang tua-tua yang sakit lutut nak naik, hazabun sket la.. Whereas for Livina, ok coz takde nak kena tunduk cam kete sedan or compact.

Minyak? Save jugak rasanya. Biasanya full tank dalam RM70 bleh tahan untuk seminggu. Ulang-alik gi kerja 5 hari (Ampang-Damansara-Ampang) dan weekend (Ampang - Subang Airport - Ampang untuk fisio Bang Ian) dan jalan-jalan dlm KL sket. Again, hat ni kena tengok cara pemanduan, kot korang pecut je keje, makan minyak la kan..
.
Maintenance? So far OK la.. Kalo service standard yang 5000km tu, RM300 lebih je.. Kalau ada nak kena tukar apa-apa, lebih la kan.. Tapi so far, dah setahun lebih ni takde la kena tuka apa2 yang major. Setakat viper tu ok la dak? Again, tengok pada kereta jugak kot. Macam my friend yang guna Impul jugak, dalam masa setahun dah kena tukar bateri kereta, pastu bateri alarm la.. Seb baik dalam warranty lagi. So, tengok nasib jugak la kot. Major service plak, entah la.. Tanyak En.Suami.

Kami tak beli yang full spec IMPUL (walau En. Suami menggelupur nak hat tu) and the main reason was, saya rasa Livina Impul tu lowered sket. Tatau la kalau perasaan saya ke apa, tapi Impul kan memang sporty designed. So kalau dh sporty, mmg la a bit rendah. Since kami ni kalau balik kampung tu memang ibarat nak memunggah barang satu rumah, so kereta lowered adalah tak sesuai kot.

Variant standard la, ada manual 1.6, auto 1.6 and auto 1.8. Kami ambik yang auto 1.8 (RM98K++) pastu tambah bodykit Impul RM3.5k++). So harga kereta RM102K. Masa tu ada promotion free service for 1 year / the first 20km. So rasa berbaloi la jugak. Tapi sape yang beli sekarang laaagi berbaloi sebab kalo amik yang auto 1.8 tu, dapat free bodykit Impul. Untung kan? Dapat skirting, spoiler n bumper. Jimat tu..

Eh, takkan semua yang elok-elok je? Nanti kang ada plak yang kata, "Ala.. Pakai setahun lebih memang la takde penyakit. Cuba dah pakai lama sket nanti.." Alahaiiii.. Kete mana-mana pun, kalo dah lama pakai memang la akan keluar penyakit. Sebab tu la orang kata ni susutnilai tinggi. The moment keluar dari tempat dealer tu pun dh turun harga dah pun. In fact, ada kawan yang cakap, mana-mana kereta pun, sesuai pakai 5 tahun je kot.. Tapi tu la, kalo dah 5 tahun tuka, lagi 5 tahun tuka lagi, bila nak habis bayar kete dak? Hat ni pilihan masing2 la kan..

So apa penyakit Grand Livina? To me, penyakit paling ketara adalah dari segi saiz. Sebenarnya Livina ni hanya sesuai untuk couple yang anak 2, 3 tapi kecik2 jer.. Kalo dah besar ke apa, mmg tak sesuai la.. Saiz memang out.

Tengok, second row tu, letak 2 carseat dah tinggal sekangkang kera. Kot kalo ada maid yang badan berisi sikit, memang kirim salam la.. Dok la kat belakang sekali nuhh..

Tempat isi barang plak (kalo tanak lipat 3rd row), memang kecik. Macam kami, muat stroller and rollater Rayyan Ariff je pun kat belakang tu. So kalau untuk storage, memang kena lipat kerusi 3rd row. So, bila dah lipat, mmg orang takleh nk tumpang dh la kan? Apa guna ada MPV kalo takleh naik ramai-ramai? Hahahaha.. *LepukDahiSuami* Kahhhh..

Macam Rayyan Ariff, dia kan dah besar, so tak perlu pun carseat. Rifa Aleesya pun sama. Mana la nak.. So kat 2nd row tu, duduk la Rayyan Ariff, Rifa Aleesya and bibik dengan selesanya (selesa ke? Macam tak jer..) Rifa Aleesya biasanya akan tido berbaring while Abang Rayyan Ariff pulak akan tido dalam ribaan bibik. 2nd row ni jugak agak sempit kalo nak accomodate 3 orang dewasa. Memang azab la rasanya.

Tengok, even promo material pun letak second row just 2 orang dewasa n sorang budak. Leg room pun tak nampak luas kan? Sebab dia tarik kerusi ke depan tu, agaknya sebab nak bagi more room leg to passengers in 3rd row..

Even kami just utilise 1st and 2nd row, still, for long distance yang tak bawak byk barang, tak boleh nak invite org dok kat 3rd row. Unless orang tu sanggup suffer. Reason being? Leg room 3rd row adalah sangat sempit. Lenguh kaki wehhh..

So in a conclusion, kalau keluarga kecik and stakat anak-anak je, memang OK la.. Tapi kalo dah masuk maid or ada org nak tumpang ke, macam tak berapa la.. Eh, apa guna ada MPV kalau takleh naik 7 org? =P

Macam kami, memang tak praktikal. Bila kereta dah muat-muat, macamana plak org lain nak tumpang? Mak ke, adik beradik ke.. Dah la sekali balik Kelantan tu barang bukan main banyak. Kot balik Rawang takpe la jugak. So macam rugi la kat situ.

In fact, dah ada discussion pun, kalau ada pertambahan ahli keluarga, memang we have to opt for Estima or Innova la.. Dengan anak 3, barang2 n maid, tatau la camne nak susun dalam Livina.  Yea, yea, these 2 cars (Estima / Innova) maintenance dan fuel consumption adalah tinggi. Tapi again, it will be a weekend or balik kampung car only. Tak sanggup wehh nak drive kete besar2 n hadap traffic jam kat KL ni tiap2 hari kalo nak bawak gi keje. Entah berapa la duit minyak bulan-bulan. So for daily usage, sila la usha Mitsubishi Mirage or Suzuki Alto. Kot nak yang lagi murah bayar bulan-bulan, kita ambik je Viva. Habis citer.. ;-P

Image from wemotor.com. Livina tuned by Impul. Setengah orang suka, setengah orang kata cam Alza jer.. Hehehe.. Baik takyah beli Livina, pakai je Alza tu haa.. Dah tentu2 lg murah.

Oops, I have nothing against Alza yea. Jangan ada yang speku kata I is mengutuk Alza murah pulak. In fact, kalau tak beli lg Livina ni, I would have opt for Alza, jual Kancil and maintain our old Perdana. Yea la, Perdana kan dah habis bayar. So tambah bayar Alza je la (which is wayyyy cheaper than monthly installment Livina). Ni dah la still nak kena bayar Kancil, kena pulak bayar Livina.. Tapi yea la, masa tu mana la I tahu I is boleh bawak kereta other than Kancil. Kalau tahu, confirmed ambik Alza! So that time, we trade in our Perdana as a downpayment for Livina.. Sekarang, Kancil tersadai, bawak Livina je pun.  Kalau tak, weekdays surely I bawak Alza whilst during weekend, Encik Suami will drive his favourite Perdana *Menyesal*

Eh, melalut pulakkkk.. Ok, sekian review versi layman dari layperson seperti saya. An, sorry lambat. Aku harap, dapat membantu sikit sebanyak yea. Choose wisely babe!

Bye. Assalamualaikum!

25 comments:

Puteri Satu said...

hehe.. akak pakai alza... plan nak ambik GL gak ri tu.. tapi macam tak berapa nak mamfu... hahaha... Alza pun ok.. minyak jimat semua kan...

Mrs. Simplicity said...

wah review! very dekat dihati compare to paultan yang tak bape nak paham. teknikal nau! anw, aku mmg setuju lah. mcm tau2 je mak tgh survey mpv gak. aku doubt bab bonet dia tuh. musykil aku. tp dlm masa sama letak gak booking. hahaha.. sebab dalam banyak2 kereta yg disurvey GL paling sedap bawak lah. pemanduan umpama sedan katany. la ni tak tau lah wan tu apa pulak decision nye. dia semua kereta nak letak booking. aku tgk kan aje.

dpt estima best jiey oit! boss aku beli estima, dalam kereta bole letak peti sejuk kecik lah. gitew! tapi tu lah, mak mampu tgk je belum mampu milik. kot mampu pun, hari2 kena senseng lengan makan kat rumah je lah. tak bejalan kemana.

Wan Jiey Aziz said...

Kak Puteri 1,

Ok le tu Alza. Takde beza sangat kot Alza n Livina. Sikit serba serbi. Livina cuma besar sket je dari Alza. Dah dua tiga kali kat stesen minyak org mistaken our Livina for Alza. Hubby Jiey yang beria nak Alza, so bila org salah panggil, Jiey gelakkan hubby.. "Aih Bang, kete ratus ribu pun org pandang ingt Alza je jugak.." Hehehehe.. Tp org tua tu takmo kalah, siap ckp, "Abang dh try bwk Alza, kureng sket pick up as compared to Livina." Hello derrr, mana boleh compare gitu. Tgk la range harga. Ada ka?? Cam compare Viva dgn Mirage pulak. Tak adik! Eh over (nampak sgt tak puas hati eh?)..

Tapi rsnya, Livina is an overpriced car for its size. Jauh baik amik Alza sbb size dah sah2 lbh kurang, tp harga, beza jauhhh..

Cuma performance la different. Tp the reason why org pakai MPV is for its size. Kan? Tak faham cemana org laki pikirr...

Wan Jiey Aziz said...

*beria nak Livina. Typo*

Wan Jiey Aziz said...

*Tak adil, bukan tak adik. Again, typo*

Wan Jiey Aziz said...

Aly:

Wahhh.. Survey MPV?? Memang sesuai utk anak 3! Nampak nau kita dh tua! Dari kete kompak ke sedan, pastu MPV leh pulakkkk..

Aku bukan tak mampu nak buat review ala-ala paul tan, tp yg aku takut, bukan stakat reader je tak paham, aku pun tak paham apa yang aku tulis.. Kahhhhh..

Amboiii dah letak booking! Kaler ape wehh? Nanti kita register masuk Livina club.. Kahhhhh..

Actually mmg best bwk Livina. Member aku yg bwk Livina Impul (seperti di dalam penceritaan aku di atas), dia kata lg best as compared to Vios. Dia yg kata, aku tak kata sbb dlm hidup aku, aku cuma penah bwk Kancil, Kelisa, MyVi, n Livina jer.. Nampak tak pattern tu? Hahaha.. As for try, penah la try Gen2 n Honda City. Dah nama try, takleh la nk bg komen lebih sbb try dgn bwk tak sama. Aku rs, kalo ko OK la kot utk Livina. Aku sbb ada maid.. Kalo xde maid just nice kata org Kelantan.

Estima tu bukan skrg, tggu anak no.3.. Tu pun still dok timbangtara. Sbb kang takut tak mampu nak naik airasia dh.. Naik je Estima memanjang. Hehehehe.. Kot setahun dua lagi pun still tak cukup budget, aku angkat je Naza Kia.. Haaa.. mini bus tak? :P

Ko mesti dh survey byk kan? Apa lagi option yg ada eh?? Cer share sket.. Penat mak survey!

Bonda Ryan said...

pernah gak terpesona pada GL..tapi kemampuan hanya di Avanza sahaja. suka tgk GL putih, bersih jer..^_^

adianiez AIDA said...

livina aida da 1 tahun november lepas. aida beli versi impul, memang lowered skit. aida & asben suka. RM108k. org silap tgk ingatkan alza sebab pattern depan dia. memang mcm alza. aida dpt impul yg paling latest!
apa yg jiey mien ckp pasal livina semua betul. aida sgt jatuh cinta dgn kereta sendiri!
puas hati membayar mahal!
aida pilih livina sebab asben da tak nak kta nasional. go for kta import.

shark said...

wahhh u olsss very de hebat bg review..
saya bole contohi ni..
btw..saya pembawa or pemandu honda civic..
nk banding dengan livina x tau sebab x penah try pun bawak livina..
hehe..
mungkin nt dah try bole komen saing2 dengan u olss gitew..hehe..
i rasa toyota wish pon ok u olss..cer pi test drive tgk..:)

ieda said...

jiey...beli starex ja...boleh naik ramai2...hehehe.

akak tgh menggilakan santafe sekarang ni.body mampat...minyak jimat amat (diesel)...prestasi pun best....cuma poket ja tak berapa nak best...banyak komitment yg perlu dibereskan.rasanya by the time settle semua ni santafe tu pun dah outdated...hehe.

Papa, Mama & Azra said...

Alphard plak la Jiey ngagagaga

Mama3Q said...

suami saya dulu pakai innova, now dah beralih ke odyssey, pun a very good choice, other than estima. odyssey sgt roomy, soft, smooth dan air cond utk setiap room masing2 control...even buka 3rd row pun still leh sumbat blkg tu mcm2 lagi... :)

Wan Jiey Aziz said...

Eh Avanza pn cantik la.. Better Avanza kot dr Livina.. Tinggi.. Kapasiti lbh kurang je kot...

Wan Jiey Aziz said...

Kami setahun hujung bln 10. 3 hari sblm Rifa lahir. Hehehe..

Overall ok la, tp macam kami yg ada bibik ni, macam x berapa je kot. Limited space. So rs rugi je dgn harga tu tp space kureng.. :-(

Wan Jiey Aziz said...

Huk alohhh.. I olls diminta u olls.. X reti pommm.. Wakakaka..

Perghhh Civic.. Kot bujang lg mahu i olls consider. Hehehehe.. Best. Best. Boley tumpang?

Alaa.. Wish kecik tak? Nmpak cam x beza sgt. Alang2 amik Serena la. Leh bwk budak skolah. Hehehe..

Wan Jiey Aziz said...

Hahaha.. Bleh amik budak skolah skali pg2..

Sorento kak? Cam best jer..

Wan Jiey Aziz said...

Odyssey nmpk panjang kan?

Wan Jiey Aziz said...

Ada jugak yg buat limo chartered ni kang.. Nk tmbh duit byr monthly installment. Hehehe..

iBu ZulFaQar RayYaN said...

kami pun teringin GL dulu.pastu 2nd choice avanza..last2 beli alza..kikii tu je yg mampu.hubby kata avanza tak sporty alza nampak sporty...kunun..kiki

Unknown said...

Wa baru tangkap sebijik grand livina.
Maklumlah wa punya wira dah kat 9 tahun, dah byk kena penyakit kencing manis darah tinggi.
Wa dah usha lama dah tapi tahun ni aa rezeki terus wa rembat satu.
Wa rasa berbalai ngn harga dia.
Kuar showromm trus bawa famili g umah sedara kat spore.
Minyak ok gak dari ktn sampai jb dlm 35 hengget je.

Unknown said...

Wa baru angkat livina sebijik.
Ok lah ada rebat kat 4 ribu, free aerokit impul.

Unknown said...

Menarik jgk review versi mak2 ni ye...so kesimpulannya GL ni prob la ek spacenya? Tu part plg penting sbnrnya..

Unknown said...

wow saya punya cik ina dah tahun ke 8 masih enak dimakan begitu saja
boleh search fb pemilik nissan grand livina malaysia

premium beautiful johor bahru said...

assalamualikum , saya nk tnya pasal problom hon x bunyi dan senson airbag sfete bell on,,, apa yg rosak ,,

Unknown said...

Dulu sy guna kancil skrg GL Autech. Hilang sakit pingang kalu penang kltn.