Tuesday, March 22, 2011

Main dengan 3 perempuan sekaligus??

Wahhh.. Hebat keywords untuk belog ini semalam..
.
Panas betul.. :P
Ok la, since ada yang bukak cerita, memang saya ngakulah.. Saya pernah main dengan 3 perempuan sekaligus! Memang syok tak ingat, sampai mak panggil pun buat tatau..
.
Salah seorang teman perempuan saya tu siap cakap lagi, "Eh awak, takleh kita main camni.. Chik saya cerita, tu haa.. Ada budak pompuan umur 10 tahun kat Penang tu main camni, tetiba beranak betul.."
.
Hamboiii.. Nama pun budak-budak kan.. Main masak-masak, main mak-mak, main ntah apa2 lagi.. Yang tak tahan tu, kalau main mak-mak siap bleh beranak tu.. Tatau apa relevan sampai budak umo seploh tahun kat Penang tetiba jadi contoh hahhaha..
.
Geng kami masa tu memang ala-ala 3 dara pingitan la.. Saya Noi sebab yang paling kecik. Yana orang panggil Esah dan Ninie orang dok gelar Noi.. Pastu dalam pada kami selalu bertiga ni, ada sorang lagi yang suka joint kami.. Dia ni pangkat adik sket.. Beza umo 3/4 tahun jugak.. So kalo dia nak join ke ape, kami suh la dia jadi mak tiri.. :P
.
Ok, yang kedua, bab blighted ovum.. Saya ada mentioned di dalam beberapa entry sebelum ini tentang kemungkinan berlakunya blighted ovum apabila hasil scan tidak menunjukkan sebarang imej. Apa itu blighted ovum?

"Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.
.
Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur."
Source: portal.alamhamil.com

Seterusnya, Doa dapat baby..
Ini yang saya pernah jumpa: Amalkan membaca Al-Fatihah 41 kali di antara solat fardhu dan solat sunat selama 40 hari berturut-turut.
Ali Imran.
Al-Anbia.
.
Herbal subur? Ada pernah budak office saya try minum chinese herb.. Dah lama mencuba untuk 3rd child tapi tak dapat. So dia try la herba ni. Sekali, berderet-deret anak dia pastu.. Dari nak anak ketiga, terus dapat sampai kelima. Sorang setahun. Pakai IUCD pun lekat beb.. Bagus la kot herbs tu.. So bila another colleague tanya, dia bagi la try.. Tapi lom nampak apa-apa kesan.. So maybe different orang, different effect la kot..
.
Maid nak pakai telefon? Hmm.. Maid saya memang ada telefon sendiri.. Sampai dua simcard pulak tu.. So takde issue la kot.. Tak kisah la dia.. Sesekali kalo rasa nak bagi topup, saya bagilah. Tu aje..
.
Nak anak kurang clingy? Huhuhu.. Usah kata anak yang kurang setahun, anak saya yang kurang 3 tahun tu pun clingy tak ingat. Tiap2 pagi meraung bila bibik nak mandikan. Tapi bila mama dia pimpin gi bilik air, elok pulak.. Siap sengih-sengih.. So tak dapat la nak nolong..
.
Kalo bab alat ujian kehamilan, beli je la kat farmasi tu ha.. Cousin saya bagitau, kalo kat farmasi HUKM, siap ada yang RM1 satu. Tatau la camne jenisnya. Kalau beli yang digital brand Clear Blue, siap bgtau lagi how many weeks since conception.. :P
.
Ok, cukuplah dulu info daripada prof-serba-taktau hari ni. Till then!
*Peace* 
=P

No comments: