Monday, December 21, 2009

Ketika cinta memanggil..

Kehadiran kaum keluarga ke rumah memberi ruang untuk kami berbual dan bercerita panjang. Maklum sahaja, hanya ketika kenduri dan perayaan sahajalah waktu yang ada untuk berkumpul. Di hari biasa, pasti semuanya sibuk dengan agenda kehidupan masing-masing.
.
Salah satu topik yang dibicarakan adalah tentang Rayyan Ariff. Betapa tiada siapa di antara kami pernah menyangka sejauh ini hadirnya Rayyan Ariff menyinari hidup kami..
.
Dan semalam, sebelum melelapkan mata, fikiran saya jauh menerawang ke masa lalu.. Masa di mana segalanya bagaikan terlalu sukar untuk diharungi, terlalu sukar untuk ditelan..
.
Sungguh saya katakan, saya bukanlah sekuat mana kerna saya juga pernah jatuh terduduk.. Pernah menyalahkan takdir yang begitu hebat menekan.. Mempersoalkan ketentuan yang telah ditetapkan..
.
Sebaik menerima berita mengenainya keadaan anak yang dikandung, pastinya menjadi harapan kami untuk melihat dia terus bernafas sebaik dilahirkan..
.
Dan apabila melihat dia semakin sihat dan kuat, pastinya menjadi harapan kami untuk melihat dia sempurna seadanya..
.
Kerana itu, apabila dimaklumkan Rayyan Ariff tidak bisa mendengar dan melihat, saya bagaikan jatuh tersungkur menyembah bumi. Jatuh yang tidak memungkinkan diri ini untuk bangkit lagi. Saat itu, sedaya mungkin saya menahan air mata agar tidak gugur di hadapan mommy dan adik-adik.. Lalu mereka melabelkan saya kuat.. Walau sebetulnya saat itu, dunia saya serasakan gelap segelap gelapnya!!
.
Saya tahu berita itu dari hubby usai kepulangannya dari pejabat. Jelas terpamer kekecewaan pada wajahnya dan mukanya masam mencuka, bagaikan berbaur amarah.
.
Sungguh sakit kalau diingatkan. Dan sesungguhnya, saat itu adalah satu tika di mana dia gagal menjadi suami yang baik. Malam itu berlalu tanpa sebarang kata darinya. Tiada pelukan tanda memujuk.. Tiada gurauan yang mampu melegakan.. Tiada segalanya yang mampu menenangkan seorang isteri dan ibu yang hatinya sedang kesakitan..
.
Menjelang tengah malam, saya meminta pertolongan adik lelaki saya menghantar saya untuk bertemu dengan seorang sahabat baik saya.. Meluahkan segala kekusutan.. Menenangkan hati yang sedang dipukul badai.. Sahabat itulah yang menjadi saksi esakan tangis seorang ibu yang perlu menerima hakikat sebuah kenyataan yang menyakitkan.
.
Itulah saat kejatuhan saya yang paling dalam!
.
Kalau difikirkan kembali, sememangnya masih ada sedikit rasa marah pada sang suami kerana membiarkan saya yang pada waktu itu yang masih di dalam pantang.. Walau hanya satu malam sahaja, syukur saya tidak meroyan.. Mujur ada Dia tempat segala harapan disandarkan.. Tempat segala doa dipanjatkan..
.
Dan hari-hari seterusnya, kami terus saling menyokong seperti kebiasaannya.. Dan setelah itu, saya mengerti kekecewaan yang ditanggung hubby.. Anak lelaki yang ditunggu-tunggu sekian lama.. Yang katanya mahu bersama-sama berjemaah di masjid.. Mahu bersama-sama menunaikan solat jumaat.. Mahu bersama-sama menonton perlawanan bola sepak.. Mahu dibawa ke padang bola.. Mahu dibawa ke gelanggang badminton.. Mahu menjadi pewaris pangkal namanya.. Mahu menjadi wali kepada adik beradiknya yang lain seandainya hubby sudah tiada lagi nanti..

Alunan azan dan iqamah dari seorang ayah pada pelukan yang pertama..

Saya yakin kasih dan cinta hubby pada anak ini tulus dan tidak bersyarat. Kerana tanpa gagal, setiap hari dia melawat tubuh kecil ini sewaktu 45 hari di NICU.. Setiap kunjungan disertakan dengan alunan azan dan iqamah walau hanya dari kejauhan.. Setiap kunjungan dihadiahkan bacaan ayat-ayat suci dan Yassin.. Hanya itu yang termampu kami bekalkan buat peneman tubuh si kecil pada waktu itu..
.
Dan pada encik suami, sila jangan tinggalkan saya lagi.. Through thick and thin!!
.
Ketika cinta..




Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

*Edited* -
Ini bagi menjawab komen Cik Anon ~ Entri ini bukannya untuk membuka pekung suami sendiri.. Sekadar luahan bahawa kaum Adam juga ada waktu 'lemah'nya.. By saying "meninggalkan", it's not that he left the house and pegi lepak kedai mamak sambil minum kopi.. He was there physically,
ada tu ha tido dalam bilik sambil tak pakai baju.. seksi woo.. geram.. seb baik dalam pantang.. :P hehhehe.. but we were not emotionally connected.. Untuk semalaman.. Esok, segalanya kembali seperti biasa.. Kerana kami tidak pernah berhenti belajar menerima.. =)

23 comments:

lel said...

sedihnya
tapi semua bersyukur dengan kejayaan Ian sekarang kan?
alhamdulillah
:)

My Life My Journey.. said...

Jiey,
Terharu membaca titipan telus dari Jiey yg tentunya tidak berhasrat memburukkan insan yg bertakhta di hati melekat di jiwa sehingga kini. Ia merupakan luahan seorang ibu & isteri kerana walau dalam apa jua keadaan, kita semua adalah manusia biasa yg sering mengharap & menilai. Terkadang, kita terlupa bahawa kaum Adam juga memerlukan masa menerima sesuatu keadaan walau zahirnya mereka tampak gagah & kuat, serta mereka juga ada ketika mengharapkan pengertian dengan cara yg sukar unt kita fahami. Luahkanlah Jiey, moga ia menjadi iktibar buat semua.

Dlm suasana & tika yg menjerut rasa, perlu ada seseorang yg dinamakan 'sahabat', yg mampu memahami, menyejukkan, memberi dorongan & juga menyimpan rahsia. Andai wujud 'sahabat' yg benar2 kita percayai, tidak perlu lagi kita meluahkan di sana sini umpama kerbau terberak2 yg mungkin bisa mencetus kesal di hati andai apa yg diharap menjadi sebaliknya.

Carilah 'sahabat' yg sebenar dan doakanlah agar ciri2 sahabat yg baik itu dihulurkan sepenuhnya sedikit demi sedikit olehNya kpd suami kita tanpa kita sedari.. ameen..

Jiey^Mien said...

Laila :
Alhamdulillah.. Kurniaan terhebat dari yang maha Esa.. =)

*****************************************************************************************************************

My Life My Journey :
Ulasan yang baik.. =)

Betul kak, sumpah takde niat memburukkan sesiapa.. Apalagi suami sendiri..

Sekadar luahan rasa.. Betul kata akak, sekuat mana pun seorang lelaki, mereka masih juga manusia biasa.. Ada waktu mereka tewas, namun banyak waktu, mereka terus-terusan melindungi.. =)

Alhamdulillah kerana diri ini terus-terusan di kelilingi sahabat2 yang setia bersama.. Tidak berhenti memberi kata dorongan dan semangat, tanpa jemu..

Dan kini, syukur juga kerana sahabat2 di alam maya ini pula terus2an memberikan semangat..

Alhamdulillah.. =)

izati zaibi said...

i love reading ur blog :)
all the best for ian n ur family..
i'll be praying from ere :)

yatie chomeyl said...

ore yakin hubby jiey akan ttp setio di siis jiey sampai bilo2, samo2 menjaga rayyan arif penuh kasih sayang...insya Allah Ian akan membesar dgn sempurna dengan kehendak Nya..

*hugs*

[I][T][A] said...

Sedihnya bila terkenang saat yang begitu sukarkan... Tapi sekarang jiey boleh berbangga dengan papa ian.. kerana dia begitu tulus menyayangi ian.. walaupun pada awalnya dia agak kecewa...

mamaelly said...

ermmm hampir menitis air mata elly baca entry nie...

itu la kan..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan Tuhan tau sejauh mana kemampuan kita utk menanggung segala dugaan tu kan...

berat ape yg elly pikul, berat lagi bahu Jiey..ermmm sabar kay..

Cikpid said...

Jiey..teharu baca entry ni..

tapi mmg pon jiey tabah and kuat..

semoga semuanye berbalas di 'sana' nanti :)

misz_nierah said...

emo bace ni =(

Jiji said...

Hmmm,

Sekurang-kurangnya Jiey, anak jiey sudah terbela nasibnya di akhirat esok. Bukankah itu nikmat paling tak terhingga bila jelas kepastian dia tidak akan di hisab.

Semoga Jiey dan suami kuat dah tabah melindungi dia.

Jiey^Mien said...

izati zaibi:
thanks for dropping by and thanks for the comment.. =)
i like your name! because izati is also the name of my late younger sister..
=)

********************************************************************************************

yatiey:
insyaAllah..
Aminnnnn...

*bear hugs*

***********************************************************************************************************

ita:
Alhamdulillah..
kasih syg kan suatu yang tidak bersyarat..
=)

************************************************************************************************

elly:
insyaAllah, sabar akan mengajar hati untuk terus menerima.. =)

**************************************************************************************************************************************

cikpid:
amin banyak2.. =)
thanks a lot for the support dear..

*************************************************************************************************************************************************

misz_nierah:
jgn emo2 dik, cuti2 ni kena lepak2..
=P

******************************************************************************************************************************************8

Jiji:
InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan...
=)

Unknown said...

hukhuk... cedih... no komen...tp muah kat ian macho...

Puteri Satu said...

akak pun bergenang airmata membaca entry nih... apapun.. tuhan takkan menguji dugaan yang kita tak mampu... Dia tahu jie mampu menghadapinya... dan kerana Dia lebih sayangkan jie dari yang lain... semoga kuat ye dik... ian pasti boleh membesar dengan maju... walau tak semaju yang lain.. tapi ian pasti boleh...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Mama Jiey
Sungguh, setiap kali baca blog Mama jiey buat Put rasa bersyukur dikurniakan anak-anak terutamanya Idris yang banyak mengajar Put erti kesyukuran. Bukan berniat memburukkan sesiapa terutamanya suami tersayang, syurga kita ada padanya. Tapi sebagai manusia, tiap pada kita ada sahaja tak kenanya. Itulah manusia, bukan malaikat.

:) Hugs n kisses to Ian. Tak sabar nak jumpa Ian nanti!

Liana Manjaku said...

wa... Jiey... terasa sebaknya... N3 mengajar ummi untuk menerima seadanya dlm apa jua keadaan...

Pss... Jiey... sungguh kagum dengan semangan yang Jiey miliki...

Unknown said...

Jiey, I have gone what you are facing now. But one thing for sure...Be strong. Life is short. Enjoy the limited time that you have with those you love. Do not underestimate your capability and your child capability. Children is the greatest gift from Allah swt. I was in total panicking one day. But now I always laugh to myself when i flash back all those old memories. If you have time, do visit my blog and read my archives stories obn Life Is Beautiful. Deeply in my heart...i know you are strong girl.

miezrina said...

indahnya......

Anonymous said...

Tabahlah Jiey. Jiey masih beruntung dibandingkan dengan saya, suami saya bukan hanya meninggalkan saya untuk 1 hari, tapi dia pergi untuk selama2nya ketika saya masih mengandung 4 bulan. Saya juga pernah mengalami semua yang Jiey rasakan, semua saya jalani sendiri, tanpa ada suami yang menemani saya. Pernah satu ketika, bayi kembar saya sudah boleh keluar dari incubator dan harus menunggu di ward sehingga mencapai berat 1.8 kg, saya sendirian di hospital. Tak ada pengalaman, tak ada suami disisi. Saya terlalu penat, sangat2 stress hinggakan saya minta dijemput adik saya untuk pulang ke rumah hanya 1 malam. Waktu tu saya nekad, bayi kembar saya titipkan ke jagaan nurse2 (sekarang saya menyesal kenapa saya tega meninggalkan bayi saya walau hanya 1 malam). Keesokannya bila saya datang balik ke ward, saya dimarah2 oleh seorang nurse yang sangat sombong. Saya hanya diam tak boleh nak cakap apa kerana sememangya dia tak pernah mengalami apa yang saya alami. Tapi sekarang, syukurlah, saya masih bertahan, bayi kembar saya sudahpun berumur 1 tahun dan sihat. Salam kenalan Jiey...Tabah dan kuat ye...

Intan and The Boys said...

jiey, kite dah baca entri ni pagi tadi, ingatkan dah turunkan komen, rupanya belum lagi...

kite baca sampai menitik air mata. kite ni kadang2 memang ada rasa marah dan kesal dengan keputusan yang kita buat. tapi, bila difikir2kan, semua itu ujian dariNya kan? kite sangat2 rasa keputusan yang korang suami isteri buat untuk teruskan kandungan dan seterusnya melahirkan Ian, sangat2 patot.

peluk cium untuk Ian ok?

Jiey^Mien said...

Lin:
Takpe Lin, takmo sedih2.. Ian kan sihat dan kuat skrg ni..
InsyaAllah Ian akan terus kuat..
=)

***********************************************************************************************************************

Puteri1:
Tersenyum Jiey baca komen akak.. Mmg betul, InsyaAllah, Ian pasti boleh.. Dia dah buktikan yang dia mampu walaupun lambat sket nak dibandingkan dengan anak2 lain seusianya..
Dan dengan doa dan usaha yang berterusan, InsyaAllah, anak kecil ini akan terus mengorak langkah dengan jayanya.. =)

***********************************************************************************************************

PuteriNuur:
Betul Mama Put.. Syurga kita ada pada dia.. Dan Alhamdulillah, syurga kita ini tidak pernah jemu melayan kerenah kita bukan? Walau ada kalanya, terlalu keanak-anakan (in my case la.. ;P)..
Apa sekalipun, syukur di atas penerimaan yang ditunjukkan oleh superdaddies ni bukan? =)

*****************************************************************************************************************************

Jiey^Mien said...

ManjaKu Sayang:
Cinta dan kasih sayang boleh membawa kita ke mana sahaja bukan?
Rasa kasih yang mendalam terhadap Ian yang membawa kami berdua sejauh ini.. Sesiapa sahaja yang berada di dalam situasi kami, pasti sahaja akan melakukan perkara yang sama bukan?
=)

****************************************************************************************************************************

ComeyBlako:
Thanks for your comment.. =)
Trying to be strong is one of the thing that I've been trying to do since I was pregnant to Rayyan..
And I found the strength every time I look at his face..
Considering the fact that a child is the greatest gift from Allah SWT makes both of us so determined to give birth to him and to try giving him the best thing that a child can get from a parent although termination of pregnancy was an option back then.. =)
And we're so thankful that Allah SWT sent this angel to brighten our life with his sweet smiles..
If you read the entry on Rayyan's progress (the link is on the side bar), you can see how far this miracle boy has achieved despite being born with only 5% brain tissues.. =)
Till now, everyone will still be surprised if I show them Ian's CT Scan result at day 3 of his life..
Whatever it is, only one word can describe it all, Alhamdulillah..

*********************************************************************************************************************************************

miezrina:
cinta itu indah.. =)
rindu la sama aniq n akid..
bila mau jumpa??

*******************************************************************************************************************************************************

Soeryani:
Salam perkenalan..
Semoga Soeryani terus cekal dan tabah yea.. InsyaAllah yang terbaik menanti Soeryani di kemudian hari..
Setiap orang di dugaNya dengan cara tersendiri..
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, suami saya terus setia di sisi.. Apa yang saya maksudkan dengan "ditinggalkan" ialah apabila si suami hilang semangat untuk berjuang bersama-sama, walaupun dia ada secara fizikalnya.. Alhamdulliah, semangat itu hadir kembali dan terus bersama hingga kini.. =)

*********************************************************************************************************************************

puterikurekure:
hehehe.. klaka la intan ni..
InsyaAllah Ian akan terus menunjukkan banyak lagi kemajuan di masa hadapan..
=)

izati zaibi said...

thanks :)
teringin nk jumpa ian..
tgk gmbo je dah geram..
u r so lucky to have him :)

izzahazfar said...

sekuat mana pun seorang lelaki, mereka masih juga manusia biasa.. Ada waktu mereka tewas, namun banyak waktu, mereka terus-terusan melindungi..
~ saya suka ulasan kak jiey..ikut hati kita mmg tak kuat..harap suami sebagai penguat..dan mereka juga insan biasa..pernah jatuh tp acapkali juga jadi pelindung..sebab mereka suami kita...~