Thursday, December 3, 2009

Jangan putus harapan.. Sedia setia..

~Seribu tahun~

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini

Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku
Kan tahan sepanjang jalan ini

Biar membisu burung bersiulan
Terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini…

Yeah…

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia…

“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Inilah lagu kegemaran saya sewaktu Rayyan Ariff masih di dalam kandungan. Lagu yang cukup mendayu-dayu ini mula menjadi peneman saya sebaik dimaklumkan bahawa bayi didalam kandungan saya tidak akan panjang umurnya.
.
Apabila bersendirian, lagu ini pastinya mengundang air mata mengalir membasahi pipi.. Namun sering saya ulangi bait "Jangan putus harapan, sedia setia.." Kerana jujurnya, itulah rasa hati saya..
.
Inilah yang pernah saya luahkan di dalam entry lama sewaktu hati mula redha dan tenang menerima perkhabaran duka itu..
.
Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan putus harapan.. Saya percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya..
"Ku tak putus harapan.. Sedia setia..."

Saya masih dapat merasakan 'kesakitan' yang saya tanggung pada waktu itu. Membawa satu nyawa di dalam rahim saya yang dikhabarkan akan pergi.. Merasakan tendangan-tendangan dari kaki kecil yang mungkin tiada peluang untuk membesar..
.
Antara harapan dan ketakutan yang berbaur, saya pernah tewas dan memohon agar yang Esa terus sahaja mengambil bayi yang saya kandung itu kerana tidak sanggup menghadapi perang emosi setiap waktu. Namun banyak waktu, rasa kasih dan sayang membuatkan saya tidak mahu melepaskan. Hingga saya memohon padaNya untuk terus membawa tubuh kecil itu di dalam rahim. Tidak mahu melahirkan kerana melahirkan dirinya ke dunia ini mungkin membawa episod kematian kepadanya.
.
Ini kenangan. Kenangan yang tidak mahu saya ulang walaupun diberi ganjaran wang berjuta. Sungguh saya tidak mahu. Sakitnya bukan kepalang. Jalanannya bagaikan terlalu jauh dan perit untuk ditempuh.
.Rayyan Ariff @ 23 weeks
.
Ini adalah video klip yang dibuat sewaktu kami baru sahaja membawa Rayyan Ariff pulang setelah 45 hari di NICU. Pada waktu ini, kami sebetulnya baru sahaja menerima perkhabaran bahawa cinta hati kami ini tidak dapat melihat dan mendengar.




Namun melihat di mana Rayyan Ariff berdiri sekarang, hanya syukur kepadaNya yang mampu kami ungkapkan. Semoga Rayyan Ariff akan meneruskan penerokaannya dan diberi peluang untuk mencapai lebih banyak perkara baru..
=)

P/s - Mmg hari yang emo.. :P

19 comments:

zuri3389 said...

sedih baca tulisan nii...

zuri3389 said...

menyentuh hati..... tabahkan hati..

eiNa said...

aduhh jiey..pepagi baca sayu hiba ni ...
tapi Alhamdulillah sangat..dgn apa yg Ian capai sampai hari ni kan?!!

ps: sya pun nyanyi2 jugak ni...sedia..setia... =)

Anasfadilah said...

perang emosi...

melihat saja Ian pada hari ini,siapa sangka ye..

Allah itu maha kuasa kan?

p/s::lagu atas tu memang sedih la..mmm

Puan ApasH said...

Jiey sgt kuat dan tabah..itu Allah turunkan dugaan seperti itu kerana jiey boleh melaluinya. Rayyan untung mempunyai Ibu seperti Jiey..

Kami rakan2 blogger hanya bleh memberi sokongan yg x putus2 utk Jiey sekeluarga.

Terfikir kalo ia berlaku pada say..adakah saya akan setabah dan sekuat jiey utk melalui dugaan tersebut..

AppleCrux said...

Oh..i like this song too..mmg makna mendalam tapi taklah smpi emo..cheer up Jiey!

yatie chomeyl said...

“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana
kuburnya?"

ni lagu lamo kan jiey? sinar fm sokmo pase lagu ni pagi2, penyanyi dio Malek Rizuan kalu tok silap hoho

abe Ian mmg such a great boy, miracle will always be with him with the help from Allah, insya Allah :)

Jiey^Mien said...

zuri:
Alhamdulillah.. Dengan semangat yang dipinjam dari Ian sendiri, hati sudah lebih kuat.. Kalau dia mampu, mengapa kita harus mengalah? =)

*********************************************************************************************

Eina :
Ohh ni sebab tetiba terbukak akaun youtube.. Tu yang tetiba buat entry neh..
Syukur sgt dengan apa yang tuhan kurniakan untuk Ian hari ni kan? =)

*********************************************************************************************************

Anasfadilah:
Sungguh tak sangka..
Kuasa Allah SWT tu besar kan?
=)

P/s - Kalau tahu awal2 dulu, takde la emo sgt ms tgh pegnen.. Bleh enjoy2.. Muahahhaha...

**********************************************************************************************

Apash:
Kalau sudah takdirNya, siapa2 pun pasti akan dapat melaluinya.. =)

Sewaktu awal kejadian, seringkali hati bertanya mengapa kami? Namun setelah beberapa ketika, hati mula redha menerima perjanjian yang telah termaktub sedari loh mahfuz ini lagi..
=)

********************************************************************************************************************

Applecrux :
Kalo dengar skrg dah tak leleh la.. Tangkap leleh ni masa tengah pegnen tu jer.. Sekarang kalo dengar lagu ni, dah boleh senyum coz teringat balik kisah2 lama..

Owh, pagi yang indah bersama encik ian yang sibuk bermain.. I cud nt ask for more.. =)

*****************************************************************************************************************************

Jiey^Mien said...

Yatiey :
Horr lagu lamo.. Dio wak ending lagu seribu tahun tu.. Koho la sweet.. =)

Aminnnn ko do'o Tiey.. =)

Intan and The Boys said...

yang, takleh tgk video...napeee????
youtube kata video tu personal video sebab tu takleh tgk. camne ek?

yang, thank you SOOOO MUCHHH! parcel untuk khalish dah sampai. peluk cium untuk Ian dan Jiey. mmuahhh!!!

izzahazfar said...

kak jiey...jgn emo ya...!kak jiey kena kuat utk ian...

Pnut said...

ya jangan putus harapan..
Insya-Allah Ian hebat...

eim said...

sedih baca entry nii...

Diyana said...

jiey sememangnya seorang ibu yg sangat tabah...

Syaz said...

jiey...kisah ian ni membuat saya supaya lebih bersyukur kepada Allah...kalau kita rasa kita kurang...ada yang lagi kurang dr kita...

saya mohon kepada Allah supaya jiey memperoleh kekuatan sampai akhir hayat demi rayyan tercinta...amin...

Liana Manjaku said...

Jiey...sedihnya...
Kami semua sentiasa di sisi Jiey...walopun di alam maya. Ummipun suka nyanyikan lagi ni suatu ketika dulu!

mummy_adam said...

sedih nyer.. meremang bulu roma ena baca entry jiey nie.. tp Alhamdulillah, pencapaian Ian sgt bagus.. no worries k :)

lel said...

Allah itu Maha Adil kan kak?
Dan rancanganNya Maha Hebat

pu3qute said...

sama spt diriku, walaupun sakit perit yang ku hadapi semasa melahirkan dia, namun ku bersyukur kerna dia menjadi anakku, walaupun tak sempat melayarkan kasih padanya. Hati ini sentiasa untuk mu. Itulah kasih ibu jieykan..