Monday, December 16, 2013

Cerita tentang anak dara kita..

Title dah sum it all kan? ;-P

Apa nak jadi pun tatau. Seru nak update belog tu tak reti nak keluar. Sigh. Kadang-kadang rasa rugi pulak main things tentang anak-anak terlepas nak letak kat sini. Niatnya nak frequently update this space. Kalau tak dapat hari-hari, 3-4 kali seminggu pun dah jadi kan? Dapat ke masalahnya?? Hehehe.
 
Apa citer tentang anak dara kita? Alaa.. Cerita biasa-biasa jer.. Alhamdulillah Cik Puteri bertuah kita sihat-sihat sahaja. Dalam perancangan nak hantar dia sekolah next year. Playschool je pun. Tapi tatau lagi camne sebab nak kena sort out bab transportation. Yea la, nak hantar full day rasanya tak le kot.. Ada yang half day, nak kena arrange for transportation la pulak. Nak tumpang van sekolah abang OK jer.. Masalahnya dia ni kan kecik sangat lagi.. So tatau la cemana nanti..
 
So far dia tau je A,B,C.. 1,2,3.. Winkel winkel itter shtar, hot tosh ban, weel of the bash etc. Kenal upin ipin, excited tengok princess, suka mickey, suka toys and whatnot. Tipikal sangatlah kot dia ni.. Bab being sweet pun boleh tahan.
 
"Dik, sayanggg kamu.."
"Ukan, Shayanggg mama!"
 
Mau tak cairkan?
 
Tapi tu bab cair, cuba bab mengamuk. Boleh tahan OKKKKK.. Nak kita ikut kepala dia sangat. Kadang-kadang takde sebab pun dia create sebab. Janji boleh nangis. Bab panjat memanjat pun suka bebenor la dia. Bergayut sana sini. Budak bertuah sungguh.
 
Satu yang buat Mama super stress adalah bab bergaduh dengan Abang. Mostly berebut baranglah. Kau cepuk aku, aku cepuk kau! Puas kita cakap, "Biarlah kat Abang.. Abang kan special.." Kadang dia dengar, banyaknya tak heran pun dia. Mama pun satu, member baru 2 tahun kot.. Hopefully lama2 bolehlah tolerate dengan Abang Ian. Nama awak pun Rifa, Dik. Rifa means muafakat. Silalah hidup bermuafakat dengan Abang Ian awak yea..
 
Kadang-kadang mama ni stress la sangat bila anak umur dua tahun ni buat perangai. Mana abang ngamuk, mana adik ngamuk.. Bising rumah. Anak dua macam anak lapan. Dengan jenuh berpujuk nak mandi, nak cebuk, nak pakai baju.. Mengundang kepada unnecessary stress sungguh. Maybe sebab ni first experience dengan anak tipikal. So masih dalam peringkat penyesuaianlah gamaknya.
 
Tapi bila compare Cik Puteri bertuah kita ni dengan other 2 years old, dia sebenarnya not bad at all. Masih boleh dibawak berunding. Even ada part yang dia tak dengar kata, other part yang quite obedient. Contoh kalau dia tengah memanjat and then kita ugut, "Adik, turun cepat. Kalau tak Mama bagi remote kat Abang tengok Karoot Komedia. No more cartoon.." Hah, cepat2 member turun.
 
Kalau nak pergi mana2 and then kita kata, kejap lagi.. Mama nak buat ni dulu. Dia dengar la jugak. Nak main itu ini kita larang, dengar la jugak.. Kot nak 100% obedient, cermin la diri sendiri dulu cemana masa kecik-kecik kan? Hehehehe..
 
Ni cerita semalam. Bergaduh berebut monyet tu dengan Abang. Dah nampak dia elok parking monyet tu kat atas bantal, kita mintaklah suruh bagi monyet tu kat Abang kalau dah tanak main, dia jawab ape tau, "Nanak. Ankey tido.." Cehhhh.. Patutlah baring atas bantal, tido rupanya!!!
 
Cik Puteri bertuah ni memang boleh tahan loyar buruk dia. Macam-macam akal. Cheeky lebih.

Bab mengecah rumah pun boleh bagi kat dia. Suka main masak-masak.. Main baby-baby.. Tapi cuba tanya dia, "DikSya, nak baby tak??" "Nanakkkkk.." Penuh konfiden dia jawab. Kalau Mama pegang baby, meraunglah dia..

Ni memang dialah kan.. Siap baringggg.. Ni masa kat spital tunggu Bang Ian fisio. Memang lap peluh la budak bertuah ni..
 
Since few months back, my mom dok la complained yang most of the baju of this Cik Puteri bertuah ni dah banyak yang ketat, kecik dan sewaktu dengannya.. Iye lah, kita ni kalo kata nak spend time semata nak beli baju basahan anak-anak bukannya bleh buat senang2.. Weekend tu lah macam-macam aktiviti nak buat. Hari sabtu memanglah hari treatment si Abang, hari Ahad je la yang tinggal nak buat itu ini.. Kena pulak outstation ke apa, memang tak dapatlah kan..
 
Macam Cik Puteri bertuah ni, badan dia sesedap rasa jer.. Takdelah gemuk ke tembam benar ke.. Dia bukannya makan mana. Berperang nak bagi dia makan. Dia lebih kepada susu, roti and whatnot selagi bukan nasi lah kan..
 
So memang dah target nak cari baju through online je kat dia. Nak pergi Sogo ke apa tatau bila pulak. Lagi pun, baju basahan je kot.. Tak kisahlah cemana pun.

I ended up with this. 14 pasang for her and 6 pasang for Bang Ian! Hahaha.. Rambang mata sungguh dengan baju gegirl wehhh.. Tu pun rasa macam nak lagi.. Nak lagi.. Ehemmm.. Mentang2 la Cik Bonus nak masuk eh.. Ekekeke.. ;-P
 
Satu dah pakai. 1 lagi dah koyak lace dia kena iron dgn bibik.. 2 lagi kena alter sebab labuh benar.. Dah jadi midi pulak.. Badan dah OK. Haah, anak dara mek ni rendang ikut Mama dia.. Nasib kamu la nak.. ;-P
 
So itu je lah lebih kurang citer anak dara bertuah kita ni kali ni. Nanti kita sambung lagi. Semoga terus meningkatlah kesabaran kita menghadap cerita anak-anak ni kan? :-)

4 comments:

Mazatul Muhamad said...

cantiknyer baju dier... :)

CikMerah@Mira said...

comel la....

aawifeyaaamummy said...

suka sangat lagu hot tosh ban. makan hot tosh ban pun suka.

transformed housewife said...

masa umur 2 thn ni mmg kena sabar jelah. dah masuk 3 nanti okla sikit.