Wednesday, June 11, 2014

Cinta segunung intan~

Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya.

Perilaku dan kemampuan yang berbeza mencetus tindakbalas yang berlainan. Maka kata ayah mereka, mama lebih sayangkan Bang Ian berbanding DikSya.
 
Contoh 1
Bang Ian duduk di sebelah DikSya yang berdiri sambil memegang lollipop. Leka si adik, si abang merampas lollipop dan dimasukkan ke mulutnya. Mulut ditutup seketatnya menyukarkan si adik merampas kembali dan si adik mula menangis tanda protes. Dalam waktu yang sama, menahan diri dari memukul si abang kerana mama ada berdekatan.
 
Reaksi pertama mama adalah tertawa kelucuan untuk seketika sebelum membantu mendapatkan kembali lollipop untuk si adik. Tawa mama bukan kerana menyebelahi abang, kerana tidak menyangka abang mampu dan mahu bertindak sedemikian. "Abang said sorry, adik. Abg tak pandai mintak. Adik share la dengan abg.."
 
Most of the time, adik takkan share. Heh.
 
Contoh 2.
Ada sepotong kecil kek di dalam peti ais. Nenek keluarkan dan mula menyuap mereka berdua. Si abg tersengih girang sambil bermain-main. Si adik yang menyedari kek hanya ada sedikit, mengunyah selaju mungkin dan menelan secepat pasti. "Nak lagi.. Nak lagi.." Episod ini berkesudahan dengan si abang hanya mendapat dua suapan dan selebihnya milik si adik. Untung mama tiada, kalau tidak, pastinya si adik mendapat bebelan dan ajaran percuma.

Jelas nyata, apabila abang melakukan sesuatu kesalahan, ia tanpa ada akal nakal kerana pemikirannya lurus ke hadapan. Berbanding si adik yang punya bermacam agenda.

Bang Ian yang cool and easy dan DikSya yang macam-macam. Kita lihat selama mana meja jepun dari Tesco yang berharga cuma RM9.90 ini mampu bertahan. Si adik siap masuk bawah meja, lompat naik atas, merangkak buat bridge n macam2 lagi kat atas meja tu. Whereas abang, menggunakan selayak penggunaan sebuah meja.. ;-)

Marah mama pada DikSya adalah didikan untuk si adik lebih mengalah dan menjadi pembela si abg di kemudian hari. Dan tidak termasuk dalam kategori org yang menindas golongan seperti abang.

Bang Ian juga tidak terkecuali dari amarah mama. Namun cukup dengan satu jari telunjuk, Bang Ian sudah menikus diam. Bagaimana lagi mama mahu marah apabila Bang Ian sepatuh itu? Berbanding si adik yang penuh sifat memberontak selayaknya anak tipikal (dan anak kedua!).

DikSya yang lasak dan tidak takut mencuba hingga memerlukan pengawasan rapi. Berbeza dengan Bang Ian yang relaks dan tidak berani pergi jauh dari kelibat mama.. ;-)
 
Tiada istilah lebih dan kurang dalam diari seorang ibu bila mana trauma fizikal dan emosi semasa mengandung dan melahirkan adalah sama. Setiap kelahiran ada ceritanya yang tersendiri. Namun layanan pastinya berbeza berdasarkan keperluan dan tindakbalas.

Sayang kalian kerana Allah SWT. Mama doakan yang terbaik untuk kalian.
 




3 comments:

eray ayang said...

100% agreed jiey
kasih ibu takde pilih kasih
semua sama
cuma tindakan tu kadang yang nampak berbeza
bukan sebab kurang sayang

Mazatul Muhamad said...

kadang2 as a mother, nampak cam kita lebihkan satu-satu anak yg compare yg lain. Tapi sebenarnya kasih sayang seorang ibu sama jer.. Dulu pernah juga cakap kat mak sendiri yg mak selalu lebih2kan adik.. tapi bila kita sendiri menjadi seorang ibu, baru kita faham.. kasih ibu tiada tandingan..

sehelai tisu said...

sampai akhir hayat, kasih tiada beda untuk anak tetapi anak kadang kala merasa begitu :) wallahualam