Tuesday, March 15, 2016

House hunting lagi~

Sebelum daripada entry INI, aku memang dah lama mencari landed property. Main issue sebab nak kan ruang yang lebih besar la daripada rumah sekarang kan.. Entri tu tulis tahun 2012, skrg dah tahun 2016. Masih tak dapat rumah ke cik kak oi?? Jawab dia, masih tak!!! Hahahhahaha.. Hampeh tak? 4 tahun dah weiiii..

Mungkin part of it tak bersungguh kot. Bila tak beria, tak menjadilah kan? Hahahahahha.. Since last year, the party yg supposed to manage apartment kami mula buat hal. Paling win, hujung tahun lepas, duit dalam amaun yang sangat-sangat substantial, boleh hilang. Tahap juta-juta weh. Taktau la drama apa sebab aku tak ikut sangat bab ni. Laki aku yang follow.. Tak kuasa sbb kalau follow pun buat sakit hati. End up, early this year, siap ada notis TNB nak potong letrik for common area etc. Nasib la yang tingkat atas kalau lif takde weh. Masakkkk..

So since hujung tahun lepas tu, aku gigihkan la sikit pencarian rumah ni.. Yang susah tu bukan apa, dari segi masa. Selalu tak cukup nak gi survey sana sini. Dah banyak yang aku tengok tapi asyik la tak berkenaan. Susah kan? Haah memang susah. Hahahha.. Boleh jadi subjek gaduh laki bini.

Apa consideration yang kami tengok? Selain lokasi, condition rumah and whatnot, antara yang penting jugak adalah Rumah Baru atau Rumah Subsale.

Rumah baru ni untungnya banyak rebate tu rebate ni. Ada bumi discount 7% lah, ada early bird discount ke apa. Ada percuma legal fees bagai. Kena pandai-pandai cari la kan.. So kalau amik rumah baru, mostly kena letak RM14-20K aje down payment, bergantung pada harga rumah bila dah tolak segala mak nenek rebate tu, Untung banyak la kan? Tapi masalah problem nya, rumah baru ni banyak yang jauh-jauh. Kalau nak cari area KL atau Ampang, memang mostly high rise lah.. Tak dapat dah nak landed weh.

Actually ada. Harga mahal ya rabbi. Hahahahah.. Macam contoh, antara yang kami short list hari tu adalah Desiran Bayu, Sri Rampai. Fuhh menangis. 

Konsep dia built and sell. Low density, ada 70 unit aje weh.. Memang best la kawasan dia. Siap ada tenis court bagai.. Geram betul laa..

Tengok cara dia susun. Depan rumah ko takde rumah org. Ada taman secoet. So kat depan rumah tu ample sangat kalau nak parking kete ke apa if tetamu datang kan? Cosy sangat wehh

Interior dia pun OK. Bukak 30 ke 40 X 80 ntah. 3 storey. So besar la kan.. Kat luar dah simen habis. Tanah kat belakang aje ada. Kat ground floor ni ada 1 bilik, living, dining and kitchen

Kat atas plak, floor finishing dah siap cantik2. Takyah nak alter apa dah kat situ.. Ni 1st floor. Ada 1 master bedroom and ada 1 bilik ank and 1 family hall. Kat tgkat atas skali ada 2 lagi bilik biasa and 1 master bedroom dengan saiz yang sama kat 1st floor. Besar master beedroom dia tau.. Boleh buat walk in wardobe. So total bilik ada 6, bilik air pun 6.  

Meleleh air liur tengok Desiran Bayu ni. So berapa harga bayu yang berdesir-desir ni? RM1.6mil okayyy.. Lepas tolak rebate maknenek, ko cuma perlu bayar RM30K aje adn loan amount akan jadi RM1.3mil. Tu pun nanti ada rebate lg lepas disbursement dalam RM40k. So basically, dapat balik duit..

Syok tak? Syok gilaaa.. Tapi tu laa.. Dengan RM1.3mil, ko kena spent byr installment dlm RM7k per month. Hahahahha.. Nangis tak? 

Aku mula-mula  menggelinjang la nak rumah ni. Malas banyak fikir, submit loan. Kasi cek apa semua. Pastu termenung balik. Nak ke tak nak. Dah tu mula tanya pendapat orang sana sini. Last-last, dengan nasihat pakcik aku yang kira otai hartanah, aku cancel purchase. 

Laki aku bising la.. Dia kata bikin malu. Bukan apa, dah dua kali kan aku wat keje booked cancel, booked cancel ni.. Yang hari tu kat Semenyih. Sebab tetiba tersedar yang Semenyih tu jauh untuk aku ulang-alik, terus cancelled. Laki aku bebel lah sbb dia yang selalu jadi tukang gi ambik balik deposit khennn. Tu tak masuk part yang deposit burnt. 

Tu cerita rumah baru. Kalau rumah sub-sale, kat Ampang ni banyak. Tapi masalah problem dia, nama pun rumah sub-sale kan, so kena la prepare 10% deposit even lepas tu ko nak deal balik mark up harga ke apa. Tapi mostly org mmg nk 10% deposit tu.. Heheheheh.. Kalau dah rumah harga RM6-800k (ni kira yang biasa bukan yang meruap cantik), maknanya kena la sedia RM60-80K untuk down payment je. Belum lagi bab2 legal fees dah segala maknenek lain kan? Pastu biasa la.. Rumah sub-sale kan ada la sakit mata memandang yang ko rasa terpaksa untuk ko buat renovation. So, nak tak nak, save pulak dalam RM100k pulak untuk renovation cost.

Dahsyat.. Keje menyimpan duit untuk spent balik aje kan?? Bila boleh resign cenggini nih? Hahahahha..

Doakan la pencarian kami will come to an end soon. Dh penat gaduh laki bini bab rumah dah ni.. Hahhahahahhahahaha.. Gelak lagi. 

7 comments:

Angah said...

angah mampu tengok je lah..

shark said...

betul lah, harga rumah naik mencanak skang, umah saya malay reserved dan x de 7% discaount pun, mmg menangis byr DP hampir 70k belum lg legal fee bagai, nak masuk umah hari tu 100k jugak terbang..tp nak bli rumah mmg kene menyimpan dari awal lah kan :)

gud lux for ur house hunting :)

Jiey^Mien said...

Angah: Tu keje sampai slipped disc.. Hahhahahahha..

Shark: Tu la.. Samaa on dp tu.. Dh conclude dh pun actually. Subsale. At least umah u umah baru.. Umah I umah lamaa.. Nangessss.. Byk kena reno.. Mmg kena pulun nyimpan drpd skrg. Umah teres kat Ampang ni standard la u.. Umah lama2.. Unless kalau pegi area Ukay2 nun.. Tp my hubby taknak. Nak main area Pandan Indah n Pandan Mewah aje.. Limited la choices. Mmg rumah lama aje.

fafatintin said...

Choose the best untuk masa depan. Good luck dear!

tenku butang said...

kami pun sedang mecari rumah.. tetapi faham2 ajelah.. kat KL ni mana ada umah bawah 800k dah.. semuanya atas 800k.. pingsannnnn.. kalau dok kat ipoh perak, RM800k boleh dapat banglo 3 tingkat kot.. eh... yeke.. heheheheh

Mar Mansor said...

makoih...rumah mewah,,hanya mampu memandang

ieda said...

fikir hat bayar bulan2 tu yg kekadang buat kita sentap...hiiii....
kalau akak, kriteria utama ialah rumah setingkat....tak daya nak menapak naik tangga .