Tuesday, June 17, 2008

Call me: Tuan Rayyan Ariff

Entry from my old blog

Kehadiran Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin membawa satu makna besar dalam hidup aku dan hubby. Betapa kini aku mengerti halusnya perasaan seorang ibu.. Dalam kegembiraan, ada kesedihan yang berbalam. Entry ~Seribu Tahun~ adalah satu dedikasi untuk mengabadikan perasaan seorang ibu tatkala diberi satu perkhabaran duka..

Dan Rayyan Ariff kami lahir sebelum waktunya.. Tanggal 12.05.2008, pada jam 8.12am, lahirlah Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin dengan berat hanya 1.815kg.. Rayyan lahir 9 minggu lebih awal dari tarikh jangkaannya iaitu 12.07.2008.. Dia hanya sempat berada di dalam rahimku selama 31 minggu 2 hari.

Aku mengalirkan air mata tatkala mendengar tangisannya yang tersekat-sekat.. Kerana aku sedih, bayi lain menangis dgn lantang pabila dilahirkan.. Dan Rayyanku, dia terpaksa bersusah payah hanya untuk menangis.. Paru-parunya belum kuat kerana dia bayi pramatang.. Itu penjelasan Dr. Yong, pakar kanak-kanak yang bertanggungjawab menjaga Rayyan. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk menangis, it’s a good sign. Tambah Dr. Yong lagi. Aku hanya sempat menyentuh pipinya.. Dia terus dibawa pergi.. Ayahnya pula hanya dapat mengazankan dia dari luar incubator.. Betapa kasihan aku pada anak ini..

Dari zaman aku belum mengenal cinta lagi aku inginkan nama Rayyan Ariff untuk anak sulungku. Mengetahui kondisi anak dlm kandunganku, terdetik aku utk menukar namanya.. Kerana aku takut tidak akan ada kesempatan untuk aku memanggil nama itu.. Tiba-tiba aku tersedar, sampai hati aku terfikir demikian.. Seakan mematahkan semangat juang anakku sendiri.. Doktor bisa meramalkan segalanya.. Tp tuhan punya kuasa! Tidak kira di alam ini atau di alam lain, dia tetap anak sulungku.. Walau seribu tahun berlalu, dia tetap anak pertama yang lahir dari rahimku! Atas dasar itu, nama itu secara automatik menjadi miliknya.. Sekurang-kurangnya aku memberi nama yang indah maknanya untuk dia.. Aku juga takut aku tidak akan sempat memperkenalkan dia pada teman-teman.. Kerana itu, aku membuat keputusan untuk memperkenalkan dia lebih awal di blog ini.. Tapi sebelum kelahirannya, segala entry tentang Rayyan aku ‘hilangkan’!

Sehingga hari ini, hari yang ke-37, Rayyanku sudah melalui pelbagai dugaan dan cabaran.. Dan dia masih kuat.. Kupanjatkan segala kesyukuran kepada Allah yang maha Esa.. Terima kasih kepada semua yang byk membantu.. Doktor2 dan jururawat2 NICU Pantai Medical Centre.. Dan juga kepada teman2 yang tidak henti-henti memberi sokongan dan mengiringi putera kami dengan doa dan harapan.. Terima kasih Allah kerana membawa Rayyan kami sejauh ini.. Semoga dia akan pergi lebih jauh lagi meniti kehidupan bersama keluarga tercinta.. Aminnnn..


7 comments:

A'a said...

insya Allah he’ll be stronger and better.. Amin.. kelik dumoh doh ko nih?

Azura said...

InsyaAllah Jiey, moga Yang Maha Kuasa memelihara Rayyan sehingga akhir hayatnye.

castmee said...

Semoga Allah melindungi dan memelihara Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin…Amin…Ur love n prayer will make him stronger, InsyaAllah!Berkat doa ibu…

Asilatul said...

Hi Gie,

Dh besar dh anak ko.
Ko sihat X?
Aku doakan kebahagiaan and kesejahteraan ko and family.
Amin Ya Rabbal A’lamin

LiNiE said...

oloh kiutnyo..nok kutil2 pipi dio..bilo la aku buleh g tgk mu 2 beranok nih..jange pikir sgt bendo hok x molek..ingat Allah..mesti tenang..

zainab said...

Berkat kesabaran dan doa seorang ibu pasti membawa khabaran yg membahagiakan…

wan jue said...

jgn susah sgt jiey..baby ryyan dh ok skang..=*)