Thursday, December 11, 2008

Tidak terlebih berbicara

Why I didn’t tell the details of Rayyan Ariff's diagnosis? Oh, bukan sbb saya bermain tarik tali. I would love to share Ian's story with the whole world. So that It can be used by others who's facing the same thing.. But there're things who stopped me from doing so.. One is my mom; she doesn’t like the idea of her grandson's story to be shared with 'inappropriate person'. Katanya, bukan semua manusia baik hati utk bersimpati..
.
Number two, because I don’t want people to look at him differently. For example, when the ophthalmologist said that he may not be able to see, most of the people who knew about it then, when they met him, they’ll show him something to attract him or wave their hands in front of his eyes. An unofficial test to know whether his eyes are working or not. And when he’s not looking at it, they jumped into a conclusion that my cinta hati cannot see or in shorter word, he’s blind. Even his paed said so. When he follows movements, they’re saying that he’s only reacting to sounds. Some of these people are under the assumption that my baby cannot see. Not until the ophthalmologist confirmed that he can, at 5 months of age.
.
Ketiga, I’m afraid that Ian might not like it when he read my blog in the future.. But this one, I can explain to him that he’s sooo special that it will be a waste to keep his story to just me, my family and my friends.
.
Yang keempat, saya malas. Diulangi, saya MALAS utk berdepan dengan perkara2 seperti ini. Ms dlm pantang, saya akui, mana mungkin saya bisa berpantang sebaik mungkin. Saya sering berulang-alik dari Ampang ke Bangsar, semata-mata untuk menjenguk cinta hati saya. Kalau bukan saya pergi dgn rela hati, saya ‘dipanggil’ oleh pihak PMC utk diambil darah sebelum setiap pembedahan Ian. Dan juga utk beberapa perkara lain. Setiap kali saya menerima perkhabaran buruk dari PMC, hati sy hanya akan tenang apabila melihat wajah comel dan tenang Ian. Ketika itu, diri saya bukan lagi subjek utama. Mungkin kerana itu, badan saya sakit2. Walaupun saya ada berurut dgn seorang bidan, ianya tidak mencukupi. Saya beralih ke bidan kedua, namun sengal2 dan bisa2 yang ditanggung masih terasa.. Dan saya terjumpa bidan ketiga. Dan dia memang pandai mengurut. Cuma mulutnya lebih 'pandai' dari tangannya.
.
Semasa diurut oleh makcik yang saya panggil nenek itu. Dia bertanya tentang amalan berpantang saya dan kenapa urat badan saya sebegitu teruk. Tanpa rasa curiga, saya bercerita tentang kisah saya dan kisah Ian. Apa yang saya dapat? Dipendekkan dan diringkaskan, biar saya ulang ayat nenek itu..
.
“Ooh.. Ini budak kepala besar tu ye?” “Ape yang ko buat?? Ni ade la yang tak kena ni. Tuhan ni kalau nak turunkan bala, senang saja. Macam ko ni. Ko ade wat dosa ape nih?? Dgn sape?? Mak bapak ko??”
.
Dengan linangan air mata saya menjawab, “Sbg manusia, kita takkan lari dari melakukan dosa. Kalau dgn mak bapak, selalu sgt2 sy mintak ampun dgn diorg. Apa2 pun, mungkin ini takdir utk saya..”
.
Dia bertanya lagi, “Ape yang doctor cakap masa ko mengandung dulu?”
.
“Doktor suruh buang” Esakan saya semakin kuat.
.
Dia menekan lagi, gaya seakan memarahi seorang anak kecil yang sudah melakukan kesalahan yang besar, seolah saya ini anaknya. Anak kecilnya. “Lain kali, kalau doctor dah cakap macam tu, ikut je lah.. Jangan dok buat pandai2 sdr.. Kadang2, ckp doctor ni betul. Kita kena ikut. Tgk skrg, ko jgk yang susah! Badan smpi macam ni jd nya.. Ni baru anak sulung. Anak kedua ketiga nanti, xtau la aku macam mana!”
.
Masih menekan. “Ade ke keturunan ko yang macam ni? Tak pun laki ko..”
.
Saya menjawab, “Xde nek..”
.
Dia menambah dgn angkuh, “Ntah ntah ada. Saje laki ko xnak bgtau.”
.
Dengan payah saya menjawab, “Tak ade nek, lg pun, doctor dh buat ujian dan sahkan, ianya bukan disebabkan keturunan.”
Masih kelat muka nenek itu.
.
Bagai anak kecil yg baru sahaja dicubit, saya mengadu pada hubby kata2 nenek itu. Dgn esakan yang kuat. Dan seterusnya pada mommy. Keruh muka mommy. Katanya, tiada apa yang disimpan di dalam hatinya.
.
Itu hanya satu darinya. Pernah saya mengeluh tentang ramalan doctor dan teman office saya menjawab, “Doktor ramal byk keburukan dan hanya 1 atau 2 yang menjadi nyata.. Cubalah bwk bersyukur. Tak usahlah tamak dan mahukan kesemuanya. Bukankah pernah dikatakan dia xkan hidup lama. Redhakanlah kekurangannya yang satu itu” Senang dia berkata-kata. Sedang dia inginkan kesempurnaan pada anaknya, salahkah saya kalau saya menginginkan perkara yang sama pada anak saya. Dan saya bukanlah tidak redha, sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati dengan niat mengurangkan beban. Tp sekali lagi saya disalahtafsir. Kerna itu, saya semakin berat untuk bercerita. Dia juga menambah, “Kamu agak “naïve” utk dikatakan berdosa, mungkin ini dugaan di atas dosa2 orang yang terdahulu sebelum kamu. Mungkin nenek kamu, mungkin bapa mertua kamu, atau mungkin sesiapa saja di dlm keluarga kamu.” Sekali lagi, saya terpukul.
.
Dan yang terbaru, seorang pegawai yang baru memasuki jabatan kami membuat satu kenyataan kepada seorang kawan yang lain setelah mengetahui kisah saya, “Aiyooo.. Poor baby have to suffer. If I were her, I would have terminated the pregnancy. So that I don’t have to go through what she’s going through and the poor baby doesn’t have to suffer like that. 4 times of operations and still, the baby’s future is uncertain. Better not to keep the baby lah..”
.
Apa reason saya utk meneruskan kandungan saya?? Jawapannya ada di sini --> hanya seorang ibu.. Ini hanyalah sedikit daripada apa yang saya pernah dan akan terima. Kerana itulah saya tidak mahu berkongsi secara total. Saya juga yang akan mendapat habuannya. Masih ramai yang berfikiran sempit walaupun sudah ramai yang mengamalkan dasar ‘keterbukaan’.
.
Biasanya, muka saya akan terasa panas dan kolam mata saya akan bergenang bila diterjah sebegini. Tapi ia tidak melemahkan semangat saya. InsyaAllah, dgn izinNya, saya yakin Rayyan Ariff saya akan menyangkal segala kata-kata mereka ini. Aminnnn..
.

Pelukan pertama seorang ibu
.
P/s - Sampai skrg sy masih sakit2 badan walau sudah bertukar tangan dengan 4 tukang urut. Boleh bagi suggestion sesiape yang ok tak?? Nenek tu best urut.. Tp mulut dia terlebih la.. Tak sanggup nak tahan telinga for ONE HOUR! Adehhh..

12 comments:

nieza said...

akak seorang yang tabah.. saya doakan akak lebih tabah utk hari-hari mendatang.. insyallah rayyan will be o.k.. i'll pray for you and him. abaikan saja kata-kata org.. mereka tak berada di tempat akak so they won't know.

i always read ur blog... insyallah setiap kali baca blog ni, akan saya panjatkan doa utk rayyan. segala yang terbaik utk dia.

MeL said...

slm kenal..sy baru lps baca ur whole blog n sgt terharu dan tabik kat u ;) sy link ur blog k! tcare ;)

Dandelion said...

Sabar lah ye. Saya yang anak meninggal terus ni pun macam2 org cakap. Saya baca cerita awak saya sndiri rasa hilang kata2 sbb geram sangat! Org2 kita ni terlampau byk sgt percaya dgn mcm2 benda mengarut. Mcm2 org mcm2 ragam. Kdg2 saya bersyukur sgt tercampak kat Jepun ni n jauh drpd mana2 org Melayu. Awal2 lagi orang2 Jepun sndiri (kebanyakan xde agama) dh ckp kt saya itu takdir bb tu n jgn salahkan diri sndiri. Org kiter yg rata2 agama Islam plak xpercaya takdir. Saya sndiri xpernah cerita detail dlm blog pasal bb saya. Sbb saya pun takut pasal nnt terkena balik kt saya. Tapi kdg2 mmg saya xtahan so saya lawan blk org2 berkenaan. Kdg2 manusia ni bila ditegur baru nak tersedar.

nellyberry said...

For God sake, macam tiada agama pulak orang2 yang simply berkata2 nih ye?

Siapa mereka untuk menghukum kesalahan kita or sape2 keturunan kita terdahulu atas apa yang kita lalui?

So, no school la people!

Dear, orang-orang nih suka sangat bercakap tanpa cuba pikir kalau mereka berada in your shoe.

Orang-orang akan terus menerus bercakap sebab mereka tidak faham apa itu takdir dan ketentuan.

Abaikan mereka, sebab bukan mereka yang tolong bagi duit untuk kamu menjalani kehidupan dan menyara Rayyan.

Go fight girl!

Jiey^Mien said...

Nieza - Terima kasih dik.. Hanya tuhan dpt membalasnya..

Mel - Salam Kenal.. TQ. Whole blog?? Uish, berpinar mata.. I'll check out ur blog and will link u back.. :-)

Dandelion - Ina ke ni?? Xpe, biar org nak kata apa.. Yang penting kita tau ape yg kita buat..

Nelly Berry - Itu la pasal.. Ala2 xtau agama agaknya. X percaya ketentuan tuhan la tu.. Smpi mak nenek bagai kena ungkit.. Hahhahahah..

Pnut said...

Jiey-Insya-Allah a miracle Rayyan akan menyangkal semua kata-kata itu..akak sendiri mmg tertanya-tanya apa masalah sebenar Rayyan, tapi akak hormati pendirian Jiey yang masih belum bercerita sepenuhnya, itu hak Jiey, akak sebagai kawan/kakak di sini hanya mampu aminkan setiap doa Jiey di sini, moga Rayyan akan menjadi akan yang sempurna nanti..tiada yang mustahil, kalau dengan izin Allah Taala..

itu sebab bila kita tengok dalam suratkhabar, tidak mustahil, anak-anak buta/pekak/bisu, malah autistik (betul ke ejanya) kanak-kanak begitu mampu mencapai 5A, 8A dalam peperiksaan UPSR, PMR.. see tiada yang mustahil, kalau Allah izinkan semuanya... Berserah padaNya, kita sebagai hamba/ibu bapa, dah tentu akan berusaha yang terbaik.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sabar erk...moga rayyan sentiasa dilindungi Allah S.w.t..

Ibu Syafiah said...

alhamdulillah... akaknya xp tak pernah la membuatkan akak nak marah/bergenang air mata disebabkan kata² orang.

selalunya akak akan cerita je from a-z about her. tak kisah berapa kali ulang sekali pun. korang nak kata apa pun lantak komer la. tak larat nak merasa apa² atau nak dengar kata orang lagi.

even my own sis pernah cakap, "tak yah la rasa malu dengan title OKU tu". memang.. kalo ikut hati memang rasa nak cilikan mulut dia. tapi akak maafkan dia atas kejahilan dia sendiri.

ada yang kata kena ganggu dek benda alam ghaib la. yang nyata Allah swt telah memilih kami dan bukan orang lain...

Jiey^Mien said...

Kak Pnut - Sorry buat akak tertanya2.. Akak can email me if you want to know the details.. InsyaAllah.. Harap2 Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan Rayyan akan jadi anak yang bijak dan baik macam Abg Najmi..

e.l.i.s.s.m.ie - InsyaAllah.. Aminnnn..

Jiey^Mien said...

Ibu Syafiah - Hehhehe.. sy ni memang jenis cembeng / suka nangis sket.. (Pinjam word Yana BabyIbu).. Kalau baca mana2 blog post yang syahdu i.e. Kak Linda @ Mama Hana or blog Abg Fajar, sy bleh nangis tersedu-sedu.. Sama jugak bila dlm situasi2 yg x menentu.. When I cried, feels like I’ve flushed away all the sadness.. Rasa sgt lega.. Kalau tgh syahdu, org baru jer tanya, “Nape ni??” terus meleleh-leleh air mata.. Saya mmg sensitive.. Especially bila melibatkan mak bapak atau keturunan..
Marah?? Selalu, dlm x sedar saya pernah berkata "Kena btg hidung sdr baru kau tahu! Doa org yg teraniaya ni makbul.." Tp cepat2 saya istighfar.. Berhenti smpi ayat Kena btg hidung sdr baru kau tahu jer.. Xde la smbg smpi doa.. Sekeras manapun kata2 yang saya terima, saya tidak mahu org lain melalui apa yang saya lalui.. Kalau boleh biarlah saya org yang terakhir.. Namun apalah daya saya..
Dan saya tidak kisah berkongsi pada yang sudi mendengar dan rela memahami. In fact, baru smlm sy mengulangi kisah Ian pada seorang makcik yang baru saya kenal di dalam bas sms dlm perjalanan pulang ke KL.. Tanya sahaja, pasti sy akan menjawab. Cuma bukan di sini. Bukan secara terbuka..
Bercakap tentang pengalaman dgn keluarga sendiri, I’ve been in that situation. Tapi bukan dgn adik saya. Lebih ironi, ianya dari my MIL. Rsnya, perkataan OKU tu lebih lembut berbanding apa yang saya terima..

Noina said...

Ina rasa jiey lagi tabah dari ina..mulut org nih mmg jahat..bak kata kawan ina..pekakkan telinga..klu amik ati apa org ckp mesti kita xleh nak idup punya..dan yang pasti anak kita tau kesedihan kita..apapun jiey mmg kuat..!

Mama Farish said...

Jiey akhirnya jumpa jugak entry nih...kalau saya yang membaca sudah terasa hati bagaimana la pula dengan diri yang menanggung...keputusan jiey utk teruskan pregnancy ini adalah 1 keputusan tepat...biarla apa org nak kata...sebelah kaki jiey and hubby sudah disyugra...anak ini la yang akan membawa jiey and hubby nnt...walaupun rayyan bukan anak saya..tp hati saya ni merasa dekat sgt dgn dia...saya sayang dia mcm anak saya sendiri walaupun kita hanya kenal di alam maya...

saya sentiasa doakan jiey sentiasa tabah menghadapi dugaan ini...rayyan telah membuktikan bahawa kuasa Allah bisa mengubah segala2nya...kita sebagai hamba harusla berdoa dan berserah...