Wednesday, December 10, 2008

Doa dari kejauhan..

Asalnya, saya gemar membaca blog kawan2 saya yang mana saya sifatkan sebagai medan utk saya mengikuti perkembangan mereka dan utk mengetahui apa yang berlaku di dlm kehidupan mereka.. (Akuilah yang agak mustahil utk menelefon setiap org, setiap waktu bukan??). Atas dasar yang sama disertakan dengan keinginan utk menulis, saya turut memulakannya.. Tp sekadar di Friendster dgn niat, hanya utk teman2 sahaja.. Apabila mengetahui tentang condition baby yang saya kandung, saya beralih ke blogspot. Kononnya kerana ingin berkongsi pengalaman dan memberi semangat pada mereka yang berada di dalam situasi yang sama. Tetapi masih belum terlaksana.
.
Tatkala mendapat perkhabaran tentang “kelainan” pada Ian, saya jadi tidak keruan dan terus-terusan melayari Internet utk mendapatkan jawapan kepada segala kekusutan yang bersarang. Di sini, saya temui Mar.. Saya layangkan beberapa email dan Mar membalasnya dengan sabar. Kata2 sokongan yang diberi cukup melegakan. Saya cekalkan hati utk menerima segala kemungkinan walaupun rasa takut dan sedih bercampur.
.
Seterusnya, saya mengenali Akak Pnut. Masih berkongsi pengalaman dan kata-kata dorongan. Melalui Akak Pnut, saya mengenali insan yang cukup mengagumkan dari kaca mata saya.. Abg Fajar.. Walau tidak mengenalinya secara langsung, saya beranikan diri melayangkan emel buat dirinya yang jauh di bumi Glasgow. Kami berbalas email. Berkongsi apa yang patut. Tp kesibukan membataskan segalanya. Dan Abg Fajar dan isteri masih cekal berdiri buat putera tercinta; Amir Yusuf. Begitu juga Najla yang belajar mendewasakan diri di dalam usia yang begitu mentah.. Walaupun jauh dari kaum keluarga, Abg Fajar dan isteri tidak pernah tewas dgn dugaan yang mendatang..
.
Saya juga mengenali beberapa rakan yang lain, rakan yg penuh dgn informasi utk dikongsi.. Terima kasih buat Munirah kerana sudi berkongsi kisah dan memberi panduan.. Melalui blog Kak Suealeen, sekali lagi hati saya terkesan bila membaca kisah Syafiah dan terbaru, kisah Fahry.. Semoga Kak Lina tabah dalam mengahadapi hari-hari yang mendatang. Inilah juga bait2 yang saya ulang di dalam doa saya. Mohon ditabahkan diri utk menghadapi hari2 yang mendatang.. Mohon dicekalkan hati utk menggalas amanah Allah yang merupakan satu jalan ibadah.. Mohon dipermudahkan segala urusan..
.
Dari kejauhan ini, saya memohon kepada semua, agar sama2 terus menitipkan doa untuk anak2 ini.. Untuk Ayyash, untuk Amir Yusuf, untuk Fahry, untuk Syafiah, untuk Rayyan Ariff dan untuk bayi2 lain yang bertarung demi sebuah kehidupan.. Mohon untuk kesihatan yang berterusan dan sebuah kehidupan yang sejahtera.. Aminnnn..

Rayyan Ariff @ day 1

P/s - Kerana kita adalah yang terpilih untuk melakarkan sebuah episod kehidupan. Kelainan bukanlah satu ketidaksempurnaan.. Kelainan itulah yang menjadikan kita istimewa..

1 comment:

Anonymous said...

sedih bace...tahniah kerana anda insan terpilih...