Sunday, December 25, 2011

Al-Fatihah.. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan berita seorang teman lama sewaktu persekolahan dahulu, sedang koma dek kerana pendarahan yang teruk selepas bersalin.. Ramai teman-teman lain mula memuatnaik status berkenaan dengan teman ini di FB dan meminta sesiapa sahaja untuk ke HRPZ II untuk menderma darah dalam usaha menyelamatkan beliau..
.
Dari kejauhan, hanya doa yang mampu saya kirimkan. Keadaan terkini sahabat ini hanya dapat saya ketahui melalui SMS, BBM dan FB sahaja kerana dia jauh di Kota Bharu. Agak mustahil untuk saya sendiri pulang dalam keadaan sekarang.
.
Setelah beberapa hari bertarung nyawa, akhirnya, dia kembali kepada penciptaNya.. Innalillahiwainnailaihirojiun..
.
Dan mohon doa dari teman-teman sekalian untuk mendoakan bayinya yang masih lagi belum stabil.. Semoga kesembuhan milik si anak untuk menemani ayahnya sebagai pengubat rindu dan hadiah terindah dari si ibu yang telah pergi.. Aminnn..

4 comments:

Rozuan Ismail said...

Al Fatihah buat si ibu. buat anak, semoga sembuh dan dapat temani ayahmu disi

Mamanurin said...

Alfatihah..sgt pilu bila membaca entry Jiey ni..moga baby itu terus kuat bertarung utk menemani ayahnya..moga arwah kawan Jiey dirahmati Allah di sana..Amin..

nich said...

Al Fatihah buat arwah Noria..

Mama Safiyyah said...

Salam,

ni tentang arwah Noria Idris kan? dah tau ke update terkini? baby Rayyan Ikhwan masih di hospital, dah makin stabil tapi darah ada jangkitan kuman....insyaAllah kita sama2 doakan......