Monday, October 8, 2012

Terkesan dengan sebuah kehilangan~

Kekangan masa benar-benar menghalang saya untuk lebih kerap ke laman ini. Terlalu banyak yang berlaku sehingga hidup bagai berlari-lari, nafas bagai tercungap-cungap.

Andai sahaja ada wang berjuta, sudah pasti hari ini juga saya hantar notis berhenti kerja 24 jam. Duduk sahaja di rumah. Jaga, didik dan asuh anak sendiri. Penat pastinya penat, namun itu penat lelah yang membahagiakan.

Sukar benar kehidupan tatkala ini. Semoga Dia meringankan setiap yang payah dan memudahkan setiap yang susah. Aminnn..

Kenapa saya katakan terkesan dengan sebuah kehilangan? Kerna itulah realitinya. Sehingga ke saat ini, hati ini benar-benar terkesan dengan pemergian anakanda Aiman..

Kalau dulunya, apabila dikhabarkan bahawa anak-anak seperti Rayyan Ariff tidak panjang umurnya, sering saya bayangkan penyakit mereka itu yang akan memudaratkan mereka. Lantas apabila segalanya terkawal, saya tidak perlu gusar lagi.. Namun melihatkan anakanda Aiman dan beberapa kisah teman Rayyan Ariff yang sebelumnya, tahulah saya bahawa banyak yang menjadi penyebabnya. Bukan hanya tertakluk pada penyakit mereka semata. Lazimnya, keadaan kesihatan semasa yang menjadi penyebab.

Sewaktu Aiman di ICU, sempat saya kongsikan kegusaran saya tentang keadaan kesihatan Rayyan Ariff kepada Mama Aiman. Bercerita dan berkongsi.

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam entri-entri yang lalu, secara keseluruhannya, keadaan kesihatan Rayyan Ariff tidak begitu memuaskan sepanjang tahun ini. Turun naik. Ada waktunya baik-baik sahaja, pada waktu yang lain, terlalu sukar melihat kesakitannya yang bukan sedikit.

Yang terbaru, dari 21 September 2012 sehinggalah ke minggu lepas, Rayyan Ariff sekali lagi teruji dengan kesakitan.. Sekejap baik, sekejapan yang lain, suhunya mencanak sehingga badannya menggigil-gigil. Sawan juga mula hadir tatkala suhunya mencanak tinggi..
.
21.9.2012 : Anak kuat saya masih cuba bermain walaupun sudah tiada daya..

24.9.2012 : Tidur siang sehingga 2 kali sehari hanya bisa didapati apabila badannya tidak sihat sahaja..

27.9.2012 : Malam sebelumnya elok sahaja, keesokan harinya, sewaktu mahu ke sekolah, badan panas sehingga menggigil..

30.9.2012 : Adik yang setia menemani si Abang..

2.10.2012 : Masih Sakit..

Bila melihat tubuhnya yang kesakitan, hati seorang ibu bagaikan mahu pecah. Setiap kali melihat dia yang tidak berdaya, sering membuatkan kami memanjat doa kepadaNya agar dipinjamkan anak ini selama yang mungkin. Walau maklum anak ini hanyalah satu pinjaman, namun dialah cinta, dialah jiwa, dialah separuh nyawa kami. Betapa besar impak kehadirannya di dalam kehidupan kami.
.
Lantas keesokan harinya, terus sahaja kami bertemujanji dengan pakar kanak-kanak yang juga merangkap neurologist Rayyan Ariff.

To be continued.

15 comments:

Eliss Mie said...

semoga Ian diberi kesihatan dari Allah selalu . setianya adik jadi peneman si abang yg tengah melawan kesakitan :(

Anonymous said...

Doa kami di kejauhan moga2 rayyan ariff baik2 saje.. amin..

littlehumblelynn said...

ya allah
lindungi anak kecil ini
kasihanilah ia,
hanya pdMu kami meminta
hanya pdMu kami berharap
tiada pengharapan lain selain drMu

beri kekuatan kpd ibu&ayahnya
murahkan rezeki hambaMu ini
permudahkn segala yg sukar buat mereka

aminnnn

transformed housewife said...

kehadiran anak mmg ada impak besar dlm hidup kita. bila anak sakit kita yg rasa kalaulah boleh dipindahkan sakit tu pd kita. rasanya tulah yg Jiey raso sokmo dop.

nieda said...

semoga diberikan kesihatan yg baik.,amin

bintangjauh said...

Salam Jiey^Mien,

apa tah lagi dengan hanya membaca.. serasa gugur jantungnya kak Ratna yang bercampur baur dengan kerasaan senak diulu hati lantas sayu menyelubungi seluruh jiwa menahan pedih seolah dapat merasa keperitan bertaraf ujian tersebut... sekiranya kak Ratna boleh membantu sepenuhnya sehingga berjaya mengusir segala kepayahan itu, alang kah eloknya... namun..

Wahai Jiey^Mien, terus kan ketabahanmu itu, kuat kan semangatmu meski pun rasa perasaan mu berlawan-lawan dengan segala sebutan doa-doa pintaan dariNya yang tidak pernah susut dari bisikkanmu demi Rayyan Ariff..
Lindungi lah Rayyan Ariff dengan kasihsayang Jiey^Mien&suami dengan perhatian yang sepenuhnya walau pun kepayahan itu seolah tidak mahu berundur pergi..

Percaya lah... ketabahan murni seorang Ibu itu ada lah ubat yang paling mujarab buatnya Rayyan Ariff... dan penawar sakitnya ialah cinta, jiwa dan separuh nyawa Jiey^Mien terhadapnya...

Sampai nanti...

Anonymous said...

Dia ada hydrocephalus shunt ker? Ask neurologist to check if any possible infection dekat shunt/ need a new shunt, hopefully this helps.
Semoga Allah berkati selalu.

eray said...

eray doakan agar abg ian terus diberikan kesihatan yang baik & jiey, insyaallah rintihan mu di dengar yang Maha Esa.

Anonymous said...

luluh rasa hati...sebak+bangga nengok setia adik jg abg..

Hayati said...

Moga Allah terus berikan kekuatan dan kesihatan yang berterusan pada Ian utk sama-sama bermain dengan adik..ameennn

angahjamal said...

get well soon Rayyan Ariff!!

lebih kuat yer jie...

Mummy Sara said...

Ya Allah, mudahkan lah segalanya untuk Ian, Mama dan seluruh isi keluarga..

Bonda Ryan said...

Bergenang air mata tgk ian..sebak. Semoga ian terus kekal kuat macam sebelum2 ini. ian superboy mommy..go ian go!!. akak adalah seorang ibu yang sgt2 cekal dan tabah mbesarkan ian..Allah swt tahu tu kak. saya doakan ian sihat selalu di bawah kasih sayang dari akak serta suami.

A.I said...

Ya Allah, kau ringankanlah sakit anak ini :(

Auntie doakan rayyan cepat2 sihat blk ye syg...

nadia said...

Ya Allah..hanya padamu aku meminta..berdoa agak ian sembuh
sihat sediakala..tiada sakit utk nyer..
Mengalir airmata ini tak sanggup melihat anak ini sakit..:'(