Sunday, December 2, 2012

Sunyi tapi bukan menyepi.

Personal mahupun work life, dua-dua pun busy. Tahu, ayat klise. Tapi entahlah, hujung tahun ingatkan makin lega, rupanya makin sibuk.. Hoishhhh..

Sampai seminggu tak berupdate. Sunyi belog. Tapi tak menyepi pun. Sekarang kan Internet dihujung jari katanya. So taklah menyepi. Instagram tu selalu je post gambar..  FB kureng sket. Tapi sebab IG dah linked dgn FB, every time post gambar kat IG, update la jugak FB nya. Tatau naper, tapi memang rasa bosan gitu dengan FB. 

Oh satu lagi Foursquare, hat ni satu memang tak tinggal. Hahahaha.. So ni ada a few photos from my IG. Amazing what a single photo can say right? Sbb tu mak sookaa IG. Ohh, kalo nk live daily update on the RAs, gi la cari jieymien kat IG. ;-)

Bila-bila hari minggu or cuti yang ada kelapangan, maksudnya takde gi mana-mana, mesti ambik peluang bawak budak-budak ni gi swimming. Yea la, pool depan mata je pun.. Tapi bercinta nak gi.. ;-P

Budak-budak pun dah besar. Dah pandai excited bila kita nak bawak gi swimming pool. Sama naik je dua beradik ni.. ;-)

My handsome boy.. Now, every time kita nak ambik gambar, sure senyum handsome gitu. Lepas kita snapped, sibuk la nak tengok. Kalo tak senyum, bagi peace pun jadi. Oh, peace Abg Ian kita ni masih keluar 3 jari.. :P

Hat ni, si Adik ni dancing to If you're happy song.. Kemain lagi hah!

Sekarang ni, Abg Ian ni dah tak buat Adik sangat dah. Bolehlah main sama-sama gurau-gurau gitu. Tapi dalam pada tu pun, kena perati jugak. Bila ada yang dia tak puas hati, laaaaju je dia lepas kat Adik. Kita pun leh nampak yang Adik ni takut kat dia.

Bab buat tu satu hal, bab yang paling takleh pisah, suka nar riba Adik. Budak umo setahun yang sah-sah mobile ke sana ke mari, memang la takmo orang nak riba sesaje takde motif kan? Meraung la jawabnya. Macam kelmarin, bibik masuk bilik air sat, tinggalkan dua beradik ni. Elok dengar si Adik nangis, cepat-cepat la member keluar. Tengok-tengok Abang dah riba Adik. Yang si Adik plak menangis tak hengat. Abang Ian ni memang confirmed la kasar. Entah macam mana dia tarik and letak Adik kat riba dia.. Hehehehe..

Ni pulak, mata adik dok sibuk tengok Special Agent Oso. Tapi bila kita nak snap photo, cepat2 angkat tangan. Tu peace versi si Adik. Takde yang mengajar pun, tetiba jari tu keluar. Yea la, selalu dok tengok Abang buat. Adik ni memang suka nar tiru apa yang Abang dia buat. Kita ni kalau boleh nak si Abang yang tiru Adik, tapi dah terbalik plak.. Huhuhuhu.. Takpe, tunggu Adik besar sket...

Puzzle time. Hat ni, Abg Ian willingly buat. Kalo tidak, bercintaaa.. Kita paksa pun member tanak, memang tak dapat la.. Yang si Adik tu tukang sibuk jer.. Amik satu, letak entah mana-mana, pastu sendiri tepuk tangan. Hahahha.. Self-proclaimed anak-anak mak ni..

My little diva.. Makcik kecik ni, memang cheeky habis!!

Milky momento ~ Lepas main air dalam besen kat bilik mandi, bgi upah susu suam sorang sebotol.. ;-)

Sekarang ni, kalau gi tempat-tempat gini, Bang Ian dah tau nak enjoy himself. Adik still takut-takut. Naik sekejap pastu mulalah nak wat muka syahdu.. ;-P

Racun dan penawar. Kasih yang infiniti. Sekarang ni, sangat percaya bila orang kata, a daughter is a blessing.. ;-)

Tu je la kot. Entah bila lagi nak update pasni kang. Actually banyak je nak share.
Kisah Abang.
Kisah Adik.
Kisah maid.
Kisah keje.
Kisah percutian.

Rindu betul dengan zaman satu entri sehari dolu2 kala. Tapi nak buat camne, dari sehari ke sehari, tanggungjawab meningkat, maka hidup pun makin berubahlah. ;-)

Kejap je dah December kan? So far, November has been nice and calm to us, especially untuk Rayyan Ariff lah kan. Glitch here and there tu biasa la.. Nama pun kehidupan.

Semoga December, January, February dan bulan-bulan yang mendatang akan terus tenang dan membahagiakan. ;-)

Assalamualaikum!

4 comments:

Ajan said...

Comell abg n adik! ;)

Anonymous said...

suka kt para last..

Semoga December, January, February dan bulan-bulan yang mendatang akan terus tenang dan membahagiakan. ;-)


amin.....

Angah said...

sama macam angah, bila hujung tahun bizi nye berganda..

ieda said...

adik nampak slim sekarang...melasak ek?