Thursday, April 18, 2013

Janji dicapati.. Eh, janji ditepati!

Hah, jangan nak politikkan KKK. Tajuk sesaje je tu.. Terpengaruh bila bukak FB. Banyak narr perang perkataan. Ini kalilah, lain kalilah, Innalillah.. Macam-macam katanya. =P

Ini janji a few days back. Baru berkesempatan nak tunaikan. Mummy Rizki mintak up entry pasal basikal Rayyan Ariff. A few friends dok tanya jugak, harga berapa, boleh recline ke tak, boleh sandar ke tak etc. So kita rangkumkan kat sini. 

Harga basikal ni RM3++ (lupa berapa). Lepas less dapat la RM280. Ada dua color, kuning and biru. Tapi kuning tu nampak girly sket, so kami ambik biru.. 

Ni gambar keseluruhan basikal ni. Nampak kecik? Tak kot. Bang Ian yang panjang tu naik relax je..

Kaki panjang, so mestilah susah nak masuk kan? Jangan risau.. Palang tempat duduk ni boleh bukak.

Serkup kat atas ni macam stroller punya cover.. Boleh turun habis or boleh tolak ke atas.. Ian tinggi, so takleh tutup habis. Kena kepala.. Kalo tutup kang kena tunduk member..

Kalo anak-anak dh penat kayuh, boleh letak kaki kat plastik hitam tu.. Plastik tempat letak kaki ni boleh push ke atas kalau takmo guna..

Basikal ni boleh la kalo nak bersandar.. Tapi kalau untuk anak-anak yang physically tak berapa stable, maybe kena alas bantal.. Nak recline bagi baring memang takleh sebab ada besi controller kat belakang tu. Besi dia pun agak solid.. So tak risau bab bengkak bengkok kalo tak guna selasak alam..

Pemegang tempat nak control basikal ni. Pemegang dia pun tough kan? :-)

Sekali lagi, sebab dia ala-ala stroller, ada tempat bleh bukak untuk peek through.. ;-)

Ada kawan2 yang tanya kat mana beli and mintak belikan. Beli kat kedai mainan kat Kota Bharu. Atuk Ian yang belikan. Kalau nak mintak belikan, saya boleh mintak Atuk Ian tolong belikan. Bab penghantaran memang tak buatlah. Bukan apa, takut tak terbuat dengan jadual yang sentiasa padat. So sebolehnya, self pick up.

Sekarang ni, Uncle Ian ada kat KB sebab outstation, balik kete kosong. So boleh la kirim kat dia satu or dua.. Sket-sket je dulu sebab this thing is a bit bulky. Katanya cuma muat sket je dalam Gen2 dia. Sebab dia ada barang-barang dia jugak.

Bila barang dah sampai KL, kena la self pick up. Boleh janji kat mana-mana area Ampang / Hartamas / Subang Jaya / Ara Damansara / Kesas / Klang.. Sebab ni area yang kami selalu ada.

Ok, sekian review pasal beskal plak. Ari tu kete.. Kelessss ko Jahhhh! =P

2 comments:

Eliss Mie said...

wah best jugak beskal gini. hr tu tak silap mcm nampak jual dlm pamplet basikal gini kat area klang ni.

MyFreeMinded said...

ohh steady steady... nampak si hero naik dalam pic yang lalu nampak enjoy...