Masih meneruskan fisioterapi, terapi carakerja dan terapi pertuturan di hospital seperti biasa. Masih berterapi di sekolah seperti selalu. Sudah 6 kali mencuba rawatan stimulaterapi, In Shaa Allah akan meneruskan selagi termampu.
Terapi di rumah? Sejujurnya, tak banyak. Kalau pulang sahaja hari sudah malam, badan sudah penat, tidak banyak yang mampu dilakukan. Lagi pula, makin besar si Abang RA ni, makin kurang memberi kerjasama.
Akan saya tingkatkan bahagian ini. Terutamanya terapi pertuturan.
Stemcell enhancer? Belum cuba. Kak Ija dari Stimulaterapi minta jangan mulakan dahulu. Honestly, kalau diikutkan hati, saya mahu cuba semuanya. Sekaligus. Bila kita berlari mengejar masa, setiap detik sangat, sangat, sangat berharga.
Ini ikhtiar kami dalam membentuk Rayyan Ariff menjadi 'manusia'.. In Shaa Allah, selagi ada izinNya, kita cuba.. Tak dapat memecut, kita berlari anak.. Tak dapat berlari anak, kita berjalan.. Tak dapat berjalan, kita merangkak.. Tak dapat merangkak, kita mengesot.. Pada saat kita tidak lagi mampu mengesot, kita akan terus berdoa.
Semangat dan ikhtiar sehingga ke hujung nafas. Semoga kita terus kuat. Aminnn..
Dua permata di jiwa..
Rayyan Ariff signing 'peace' with a sweet smile on his handsome face..
Perkembangan fizikal:-
- Usia 11 bulan memulakan fisioterapi secara mingguan
- Usia 13 bulan mula duduk tanpa sokongan
- Usia 15 bulan mula berdiri dengan sokongan
- Usia 21 bulan mula belajar melangkah
Pada waktu itu, kami positif bahawa tidak lama untuk dia berjalan sendiri tanpa sokongan. Tapi sehingga ke usianya yang bakal mencecah 5 tahun dalam masa lebih kurang sebulan sahaja dari sekarang, dia masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan.
Kita cuba lagi, kita harus lebih gigih.
Punca?
1) Balancing issues - mungkin bahagian otak yang mengawal tahap keseimbangan badan terjejas teruk. Mungkin kerana masalah pendengaran yang berkait rapat dengan keseimbangan badan. Mungkin kerana tulang belakang.
Banyaknya kemungkinan. Hehehehe..
2) Lack of self-confidence - No inner drive, couldnt be bothered to try.
Pemerhatian setelah mengikuti rawatan stimulaterapi;
1) Major improvement in balancing. Sometimes bila kita pimpin tangan dia, it's just a mere touch. He's already walking on his own! Bila kita tarik tangan, cepat-cepat dia jatuh.. Hehehe.. Nampak tak budak yang kurang self-confidence ni? Tapi kalau dia tak sedar, dapat la 2, 3 langkah on his own before jatuh.
2) Emotionally lebih manja and alert. Berebut mainan dengan Adik, sambil tarik toys sambil nangis. Kalau dulu, dia akan tarik dengan muka 'kosong' while giving some muka 'blur'.. Muka pelik nape budak ni nak tarik mainan aku? Now, dia lebih faham banyak benda.
3) Improvement on his hearing. Yang ni bercampur-campur lah.. Stimulatherapy and then Zikrullah + Kalamullah yang dok dengar tiap2 malam. Hearing dah improved, so kena tambah ajar kemahiran mendengar pulak. Ganbatte!
Bab self-confidence tu, Sarjit dah bagitahu, we need to do more OT. At the same time untuk improve balancing as well.
Will do. Will do.
Doakan kami yea.. ;-)
Doakan kami yea.. ;-)
4 comments:
dia hebat sejak hari pertama dilahirkan ! In sha Allah, dia akan jadi manusia hebat.amin
insha allah. jange putus asa.
alhamdulillah...tabah nya korang..moga surah nie lebih mencekalkan korang...
http://kuazue.blogspot.com/2013/04/salam-penghulu-hari-6-tadabbur-9401-948.html?m=1
Si hero ini sangat special, tengok dari dia dalam kandungan lagi dia seorang fighter, then dari awal kelahiran sehingga sekarang semangat juang dia masih tidak luntur, Insya Allah anak ini akan berjaya nanti dengan izin Allah, lagi2 dia mendapat sokongan padu dari yang sekeliling dia, Insya Allah, sebaya rupanya abang hensem ni dengan anak kita yang ke 3 tu.
Post a Comment