Tuesday, August 20, 2013

Eid Ul-Fitr 1434H

Honestly, tahun ni Aidil Fitri yang paling suram aku rasakan. Paling kasihan..
 
Tahun-tahun lepas, nasi dagang 2 gantang belum malam dah licin. Lauk pauk dengan ayamnya, ikannya, udang galah etc memang seronoklah. Tahun ni buat half. Segantang. Just in case org datang tak best pulak kalau takde makanan berat.
 
 
Tapi itu la, rumah takde orang tua ni lain sikit. Even Mami still around, tapi Abah ni memang tonggak utama. Penuh kawan-kawan & kaum kerabat dia je biasanya. Biasanya, kecoh rumah dengar Abah gesa kitorang buat tu buat ni.. "Kak, tambah buat air..", "Kak, tambah gulai ayam..", "Kak, telur rebus dah habis.." Kalaulah aku tahu tahun lepas adalah raya terakhir dapat dengar Abah suruh buat itu ini, suruhlah Abah. Suruh banyak-banyak. Tak payah suruh adik-beradik lain. Suruh Kak sorang. Kak nak dengar Abah panggil Kak banyak-banyak kali..
 
Nak buat macamana, redhalah jiwa. =)
 
OK. Cerita raya bermula dengan salam raya dengan family in-laws kat Rawang. Tapi gamba dalam digicam la pulak. Kabel ntah mana. Card reader pun tak jumpa. So gambar dalam phone je la eh..
 
 
Nampak ceria? Iye la.. Takkan nak nangis meraung.. *sigh*

Incomplete. Takde warna sedondon pun. Kira semua tangkap muat. =(

Mini me and mini Wanie. =)

The four of us.. Abang Rayyan kita ni dah nampak tinggi sangat kan?? ;-)
 
Hari raya 1st tu, bila rumah kosong je terus snapped photos and bersalaman. Tengahari gi rumah mak sepupu n mak sedara En.Hubby sekejap, pastu balik. Siap boleh bantai tido dengan Bang Ian.. Betapa relaks kan? Kalau dulu, nak duduk pun tak sempat..
 
Bangun je, siap-siap then ke rumah my aunties. Dapat dua rumah je pun. Jadi la..

Uncle n Dik Sya

Uncle, Bang Ian n Dik Sya.. Bang Ian tu takut tu.. First time tgk bunga api.
 
Raya second mulanya taknak buat apa-apa, sebab takut takde orang datang. Nanti membazir makanan. Turned out, ramai jugak yang datang. Terus sinsing lengan buat spaghetti bolognese n carbonara. Mami pulak goreng bihun.. Alhamdulillah, licin kot.. Tahan sampai ke petang.. Tu pun last family dapat sket je..
 
At first kami just lepak rumah, petang2 sket gi rumah jiran-jiran. Around 4pm gi rumah nenek sedara. Makan-makan, before maghrib dah balik rumah. Malamnya just mengemas je coz esoknya pukul 6am dah nak gerak balik KL. 


2 comments:

Rizziela said...

Raya budak2 lah paling syok

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com