Friday, August 2, 2013

Putera mama yang hebat dengan izinNya..

Update laju-laju menunaikan janji untuk yang bertanya.

Apa perkembangan terkini Abang Rayyan Ariff kita?? Secara pukalnya, these would be it:

Fizikal:
- Balancing is improving. Taklah kata out terus macam sebelum ni. Berdiri senget2 n nak tumbang aje
- Dah berani take steps without anyone holding him. Baru 3,4 langkah je pun. And it is still pretty clumsy steps. Tapi better than nothing la kan? Before this, jenuh kot paksa.. Sampai sudah member taknak!
- Badan makin berisi. Geram tengok paha and dada dia.. Dah la putih, jenuh cium.. Hehehe..
- Badan makin tegap.
Alhamdulillah

Gambar recycle. Jarak between Mama and Bibik adalah 6 kaki. So, itulah jauh langkahan yang mampu Rayyan Ariff buat for the time being..

Emosi / intelligence:
- At first, after a few intensive treatments etc, Rayyan Ariff jadi lebih agresif. Aggresive in the sense that, kita tak bagi apa yang dia nak e.g. remote TV, ditendangnya kita! Mula-mula ingat nak complaint kat Mak Ija dia dah. Tapi tak jadi, sebab the next day, dia dah pandai control! Bila kita ambik remote dia, nampak la muka geram. Tapi dia cuma sengih-sengih je n tak melawan.. Siap buat gaya geram..  ;-)

- Last bawak ke shopping mall dah lama sangat kot. Masa kat Bandung hari tu la.. Tu pun sebab ramai yang boleh main passing-passing. Sebab tantrum dia bila kat mall tu bleh bikin nawaitu nak shopping tu terbang melayang. Tapi last Saturday, we brought him to JJ Maluri. Gamble je bawak si Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya berdua laki bini. Dengan takde stroller nya. Alhamdulillah, he behaved so well! Memang 2 thumbs up la! Kita suruh dia jalan, dia jalan.. Bila penat dia mintak dukung, kita dukung.. Bila kita penat dukung dia and suh jalan, dia jalanlah. Part paling best, naik escalator relax jer. Before this, haa.. Jangan la nampak escalator depan mata. Nak naik takmo turun wehhh!! Stress maknya dok ulang alik turun naik. Memang tak jadi la shopping mopping dengan dia. Ni relax jer.. Dari floor atas, turun 2 floors with escalator, member senyummmm jer..

- Physiotherapist and occupational therapist bagi some comments. He's very good nowadays. Panggil sekali je, terus datang buat aktiviti. Tak payah suruh-suruh pun. Kalau before this, panggil banyak kali pun blur-blur. Dah tu kena ajar satu-satu. Pastu attention span pun improved. ABC puzzle tu dia boleh match sendiri from A-X. Tinggal Y n Z je lagi kena tolong sebab dah bosan. Kalau sebelum ni, all the way kena tolong.   

Bukti emosi dah stabil sikit. Boleh la tolerate Adik kat sebelah sket-sket. Tidak kalu, cepatttt jer tangan tu cepuk Adik!

Apa rawatan yang kami buat?
As usual, Fisioterapi, Occupational therapy and Speech therapy masih diteruskan. Tak tinggallah kecuali ada hal-hal yang sangat tak dapat dielakkan. Kat rumah pun buat jugak exercise. Setakat terdaya. Main-main dengan dia, cam biasalah..

The new treatment yang kitorang try adalah stimulaterapi. Stimulaterapi ni pakai cara urutan. Accupressure. Konsep sama dengan akupuntur rasanya, tapi dia guna teknik tekanan tangan. Dia target point-point saraf etc pada badan, dan bagi tekanan untuk stimulation purposes. Google je, In Shaa Allah ada information on stimulatherapy ni.

Teknik ni bukan untuk anak-anak istimewa jer, boleh juga untuk rawat penyakit-penyakit lain seperti resdung, buasir, lumpuh due to stroke, rawatan minda untuk bagi anak lebih fokus belajar etc.. Tinggal lagi, yakin dengan tidak jer.. ;-)

Hari yang Rayyan Ariff collapsed due to fever and fits tu, kitorang kan buat semi-intensive for almost a week, memang nampaklah major improvement on him. Macam a brand new Rayyan Ariff. Hat kat atas tu lah dia punya improvements.

Treatment ni kami mula cuba since April. Tapi stopped for a while masa Abah sakit and passed away. Kumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan etc, bulan Jun baru kami mula balik. Alhamdulillah, come July, kitorang dah nampak result dia.

Now, Rayyan Ariff seems to be struggling with sakit kepala pulak. In Shaa Alah, lepas raya ni, kalau ada kesempatan dan rezeki, kami akan cari ruang untuk dia buat rawatan intensif lagi. ;-)

Kak Ija dari Pusat Rawatan Stimulaterapi Klang. Tempat dia jauh nun di kampung Sungai Sireh, Port Klang. Tapi dalam ikhtiar merawat kesakitan dan pemulihan, hujung dunia pun kita sanggup terjah dak??

Kalau sesiapa yang berminat, boleh tengok kat FB. Cari je page Pusat Rawatan Stimulaterapi Klang, boleh contact Kak Ija kat situ. And jalan nak gi tu macam a bit complicated sket sebab kawasan kampung kan, masuk ke dalam gitu.. Tapi boleh je guna waze.

Kalau nak gi jugak and tak confident takut tak jumpa, just email me at freaky_gurlz@yahoo.com. Boleh kita konvoi sama-sama. Janji jumpa kat mana-mana. In Shaa Allah rutin kami ke sana kebiasaannya tiga kali seminggu.

In Shaa Allah. Kita cuba, kita usaha. Kalau ada rezeki kita, Allah SWT izinkan, adalah. Kalau tak rasi, banyak lagi rawatan alternatif yang kita boleh cuba. Yang penting, istiqamah dan yakin dengan janji tuhan.. ;-)

And the most important thing, to me, stimulatherapy ni bagaikan merawat.. Betulkan masalah dalaman dan stimulasi pada saraf etc. So apart from this, kita still jugak kena bagi input untuk anak-anak istimewa kita. Ajar dan latih perkara-perkara yang sepatutnya seperti yang di ajar masa sesi terapi pertuturan, terapi carakerja dan fisioterapi. I truly believe that repetitions is the integral component in helping a special needs child to develop. 

Selamat balik kampung ya'all!! ;-) 

6 comments:

SiTi said...

sonokkan bile byk perkembangan positiv kat anak... ct pun tumpang gembira...

mila said...

alhamdulillah,hepinye bce cete psl Rayyan Ariff ni..syukur

Suliana said...

Alhamdulillah... seronok baca perkembangannya..

transformed housewife said...

alhamdulillah. Selamat hari rayo Jiey & family.

MyFreeMinded said...

Sengeh sorang2 kat opis ni baca kisah si hero ni... Insya Allah si hero ni kan terus berjuang...

Mazatul azura said...

Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan segalanya untuk Rayyan..