Friday, November 8, 2013

Cerita tentang anak syurga..

Matiklaaaa.. Marahlah Henchek Sapuan yang semalam tu bila mana ahkak guna lagi perkataan anak syurga! Klise katanya! Hahahaha.. Eh, suka hati kitalah. Takkan nak pakai perkataan anak neraka pulak khennn??
.
Ok, berbalik kepada entri semalam. 
.
Disclaimer: Ini adalah dari sudut pandangan saya yang ilmunya masih tersangat jauh dari tinggi. Ini pendapat saya yang jahilnya masih menggunung. Ini adalah hasil pemerhatian saya, pembacaan saya dan cara saya menilai kehidupan. Kalau anda tidak setuju, simpan kritikan anda. Dan seperti biasanya, saya alu-alukan komen yang membina. Betulkan saya jika saya salah, tapi betulkan saya dengan cara yang betul. 
.
Saya setuju dan tidak setuju bahawa anak cacat adalah anak syurga. Kenapa setuju dan kenapa tidak? Pada saya, tengoklah jenis kecacatan sebelum membuat kesimpulan. Saya pernah membuat entri tentang erti cacat sebelum ini. Apparently, ketiadaan sebatang jari yang membezakan kita dengan manusia tipikal yang lain pun sudah menjadikan kita cacat *sila rujuk kamus sendiri*. 
.
Kalau cacat yang sebegini, mereka masih punya akal dan fikiran yang sama dengan manusia yang lain. Mereka masih punya keinginan dan sebagainya. Mereka masih seperti kita.. Dan saya rasa, mereka juga akan dihisab sebagaimana kita yang lain. 
.
Namun itu tidak sepatutnya menghalang kita dari memanggil mereka sebagai anak syurga. Kawan saya, Watie GBOB sendiri memanggil semua anak-anak murid dari kelas playgroup nya sebagai anak syurga. Padahal kesemua mereka anak-anak tipikal. Kenapa tidak? Kata-kata itukan satu doa. Tambahan pula, anak kecil bukankah ibarat kanvas putih? Betapa bersihnya perbandingan yang diambil untuk mereka. 
.
Berbalik kepada anak istimewa yakni anak-anak seperti Rayyan Ariff.
.
.
Akal mereka masih jauh dari kesempurnaan. Akal mereka masih jauh dari menerima dan memikirkan tentang sebab dan akibat. Masih jauh untuk menerima hakikat konsep ketuhanan dan sebagainya. Lantas, nerakakah buat mereka? Nerakakah buat kami ibubapanya yang sepatutnya menjadi orang yang mengajar mereka tentang banyak perkara?
.
Sering diungkapkan bahawa Allah SWT itu maha adil. Maha adil. Sememangnya syurga dan neraka adalah milikNya. Dan seandainya dihisab dosa dan pahala pada diri dan perlakuan Rayyan Ariff itu sendiri, nyatakan pada saya sekarang, bahagian yang manakah layak dipanggil dosa buatnya?
.
Anak kelainan upaya, anak kurang upaya, anak istimewa dan apa sahaja panggilannya untuk Rayyan Ariff, untuk meminta makanan kerana lapar sahaja dia tidak pandai, untuk minta diberhentikan suapan ketika kenyang sahaja dia tidak bisa, untuk meminta dimatikan kipas angin sewaktu dia kesejukan sahaja dia tidak tahu. Maka atas kapasiti apa dia mampu melakukan dosa sedangkan kebajikan sendiri juga tidak tahu dijaga?
.
Ambil jaga Rayyan Ariff untuk sehari, dan akan tahulah kalian betapa dependent nya dia pada belas ihsan seorang manusia lain.
.
Pernah beberapa kali saya mendengar dan membaca sendiri betapa pilunya hati sang ibu tatkala melihat anak digigit semut. Tatkala anak menangis tanpa di ketahui punca dan rupa-rupanya, menangis kesakitan kerana menjadi habuan sang semut. Kalau seekor semut sudah tidak mampu dilawan, atas kapasiti apa anak kelainan keadaan mental dan terlantar ini bisa melakukan dosa??
.

Rakan-rakan Rayyan Ariff dari geng Superkids. Aiman yang berbaju hijau telah kembali ke rahmatullah pada tahun lalu sementara anak-anak yang lain masih meneruskan perjuangan..
.

Kalau hidupnya tiada melawan ibu dan bapanya, kalau hidupnya tiada merempit tanpa faedah, kalau hidupnya tiada merosakkan anak dara orang dan yang sewaktu dengannya, ke manakah halatuju Aiman dan rakan-rakannya di alam sana? Setujukah kalian kalau saya katakan Aiman mungkin berada di syurga Allah?
.

Again, saya tahu syurga dan neraka adalah rahsia Allah SWT. Tapi kebiasaannya, akal dan fikiran kita bukankah boleh memikirkan tentang perkara asas ini?
.

Beberapa maklumat yang saya dapat mengenai anak kecil yang meninggal dunia:
.

Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni surga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di surga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

.
 Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur
benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke surga bila ibunya rela dengan itu
(ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

.
Secara amnya (again, ini pendapat saya!), saya rasakan kenapa anak-anak di dalam senario di atas ini dikatakan akan terus ke syurga setelah meninggal dunia kerana mereka suci dari melakukan sebarang kejahatan. Belum boleh berfikir dengan sematang keputusan.

Dan kalau inilah sebabnya, apa beza mereka dengan Rayyan Ariff dan kawan-kawannya. Kalaulah anak-anak seperti Rayyan Ariff pulang kepada penciptaNya (Nauzubillah, bukan niat aku menidakkan hakMu namun aku bermohon kau pinjamkanlah Rayyan Ariff kepadaku selama yang mungkin) pada usia 30an (melebihi usia anak kecil), dalam keadaan tidak bersolat dan masih tidak memahami konsep ketuhanan (masih pemikiran seperti anak kecil), bolehkah kita katakan mereka bakal ke neraka setelah selesainya hisab nanti kerana mereka tidak solat dan sebagainya?
.

Pernah baca tentang mukallaf dan siapa yang tergolong dalam golongan ini? Kalau belum, pergi baca.
.

Dan ini pula yang saya temui dari qibla.com, by Ustazah Zaynab Ansari of SunniPath Academy:
.

A friend of my mother calls my son, "My Jannah baby." What she means is that special-needs children are a way for parents to go to Jannah. Children with disabilities are very close to Allah Ta'ala as many of them never have the capacity to do any wrong. Some children with disabilities will always remain in a very innocent state, and, therefore, will not be held accountable, unlike typically-developing children. If we, as parents, raise our children with love and patience, thanking Allah for this opportunity, not being resentful, and giving our children the best we can give them in terms of treatment and care, then they are a means to Paradise.

Saya juga pernah mendengar sesuatu yang sama dari Prof Muhaya. Dia menggelarkan anak-anak seistimewa Rayyan Ariff sebagai anak syurga. Prof Muhaya juga menyatakan bahawa anak-anak ini adalah ladang pahala buat si ibu dan ayah. 
.


Harus diingat, ladang pahala atau dosa bergantung kepada cara mana kita menghadapi situasi itu sendiri. Kalau dengan kecacatan itu kita mencipta redha, ianya mungkin bisa mendatangkan pahala. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang mengambil kecacatan itu sebagai beban dan menganggap ianya sebagai ketidakadilan Allah SWT? Takkan hendak diberi ganjaran pahala juga. 
.

Ada satu cerita yang berbunyi lebih kurang begini (maaf kalau ada kekurangan dalam penceritaan):
.

Seorang wanita solehah yang menghidapi penyakit sawan menemui Rasullah dan mengadu, setiap kali dia diserang sawan, dia tidak sedarkan diri dan auratnya tersingkap. Maka Rasulullah berkata kepada perempuan itu, Kalau engkau memilih sabar dalam menghadapi penyakitmu, maka syurgalah untukmu. Mahukah kau kalau aku mendoakan kepadaNya untuk disembuhkan dari penyakit itu? Maka perempuan itu menjawab dia memilih untuk menanggung kesakitan. Lantas berdoalah Rasulullah kepada Allah Taala agar ditutup aib wanita itu setiap kali dia diserang sawan.
.

Hebatkan ganjaran atas sebuah kesabaran menghadapi kesakitan?
.

 "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas" (Az-Zumar:10)
.

Dan itulah yang dilalui anak-anak seperti Rayyan Ariff. Kesakitan demi kesakitan terpaksa mereka lalui.. Kalau kesakitan dikatakan sebagai kifarah dosa-dosa lalu, apa pula dosa lampau mereka lakukan di dalam hidup mereka yang masih muda ini? 
.

 Lihat setiap satunya wajah kesakitan ini..
.

Pada saya senang, jangan melihat penyakit itu sebagai kifarah semata, sebagai beban semata. Penyakit juga perlu dilihat sebagai peringatan. Untuk kita orang-orang di sekeliling mereka juga. Seperti kata seorang teman sekasut, "Sebelum tibanya anak-anak kita ini, kita kenal tuhan. Setelah adanya anak-anak kita ini, kita lebih kenal tuhan.."
.

Ini yang saya temui di Facebook. Wallahualam tidak saya pasti sama ada ianya benar dari Tuan Guru Nik Aziz atau pun tidak: 
.

 Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat mana  kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit beruntung kerana terlepas soalan ini di akhirat nanti.
.

Saya rasa cukuplah setakat ini pendapat yang bisa saya zahirkan tentang anak syurga (Yup, saya masih percaya anak-anak seperti Rayyan Ariff adalah anak syurga kerana Allah SWT tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia. Kekurangan dari segi mental juga bukanlah sesuatu yang sia-sia).. Andai ada pendapat saya seperti di atas ini tidak betul, betulkan saya. Betulkan saya dengan cara yang betul dan membina. Again, ini hanya pendapat saya melalui ilmu sebesar kuman yang saya ada. Kalian seperti saudara Safuan mungkin lain pula pendapatnya
.

Dan seandainya pendapat di atas tidak benar, biarkanlah ibubapa kepada anak-anak istimewa ini memegang satu rasa yang indah di dalam jiwa dengan merasakan mereka sedang menggenggam kiriman dari syurga. Kekalkanlah patah anak syurga ini sebagai pembakar semangat, peniup jiwa.
  .


Fokus pada setiap satunya wajah keperitan ini..
.

Lihat dengan mata hati, bukan sekadar mata kasar. Di sebalik kesakitan ini ada semangat juang, di setiap kesakitan ini ada pengharapan..

Hidup melihat kesakitan dan kelainan bukanlah sesuatu yang mudah. Cubalah seketika berada di tempat kami dan akan terlihatlah kalian makna sebenar sesuatu kekuatan.
.

Wallahualam.

18 comments:

Unknown said...

subhanallah kak.. saya setuju dengan akak.. anak anak ini adalah ladang pahala bagi ibu bapa dan bagi manusia di sekeliling mereka.. semoga syurga buat akak sekeluarga..

Suliana said...

bergenang air mata ku.. insylh syurga buat mu sekeluarga.. bukankah setiap sebutan yg baik itu doa utk anak2 kita. kenapa perlu dipertikaikan anak syurga ke tidak.. biar sejahat mana anak kita pun, sebagai ibu bapa kita sentiasa mendokan yg terbaik utk mereka.. wallahua'lam..

arelink-aroll said...

hello ian!!

Lynn Abd Latib said...

Good point!!!

Mmg anak ladang syurga/neraka buat ibubapa..

Hanya Allah yang tau jatuh perit kita mjaga anak2

Semoga kita dlm golongan insan terpilih.

Ma Ri Ni said...

Penjelasan akak amat sangat mudah untuk dipahami....

Unknown said...

Salam,

All this while I've been your silent follower/reader. But after reading this post I'm called to say... Very well said my dear sister.

Migha said...

saya selalu baca post akak pasal Rayyan... tapi kali ni entry sis buat saya sebak... keep it up sis!:)

pedulikan manusia annoying yg akak maksudkan tu...biasanya manusia macam ni ada masalah tak ckup kasih syg... tak gitu? hope the JANNAH BOY :) sentiasa sihat & happy:)

debonairs88 said...

MasyaAllah..beautifully written! Mengalir air mata baca entry ni.. Penuh sabar dlm nak balas komen ignorant itu.. :)

Unknown said...

Kagum dengan ketabahan anda. Saya doakan agar anda dan rakan2 lain terus tabah mendidik & menjaga amanah Allah yg sangat istimewa ini. Saya sendiri belum tentu boleh jadi sekuat anda andai Allah pilih utk terima ujian seperti anda.Tengok anak jatuh pun saya menangis, inikan pula terpaksa tengok anak sakit terlantar di hospital.Saya doakn agar Rayyan sentiasa bahagia

Kenari Putih said...

Alahai sedihnya saya tengok... Moga ibu dan bapa mereka sentiasa kuat tabah dan dimirahkan rezeki oleh Allah. Allahu akbar

che mal said...

sedangkan kalau kita tertinggalkan solat ketika lupa atau tidur pun tidak dikira berdosa (boleh semak hadith). inikan pula orang yang tidak tahu mengurus diri, makan, minum, tidak tahu bahaya & celaka. Allah itu adil, saya kira En Safuan ini mungkin kurang percaya yang Allah itu adil... moga Allah bukakan pintu hati untuk bersimpati & memahami kepada en safuan.

gina marna said...

Sgt sedih membaca entri ini, anak syurga saya sudah kembali kpd Allah bln 12 tahun lepas..ignorant people ada di mana-mana, moga Allah celikkan hati & minda mereka.


Mazatul azura said...

Allah maha besar sis! Kita doakan yang terbaik untuk anak-anak.. Insya-Allah.. yang TERBAIK akan mereka dapat...

A.I said...

Rayyan & Superkids sememangnya anak istimewa, anak Syurga! ^_^

Coffee Mama said...

A very well written entry (at least for me :-)) Setiap orang mempunyai tafsiran berbeza. Terpulang pada akal fikiran masing2 nak menilai.

For Jiey & family: Semoga kamu sekeluarga terus tabah. Insyaallah, ada ganjaran dan hikmah di kemudian hari.

Unknown said...

Celik mata hati membaca post ini....

Ummu Hakim said...

Salam...saya juga berkongsi rasa seperti anda. Dikurniakan seorang buah hati yang dikatakan tiada harapan hidup oleh doktor. Telah setahun Sayyidah Nur Syarha bersama saya dalam keadaan seadanya...saya ikhlas dan redha menerima ujian ini, sangat bahagia menjaganya walau dalam seribu kepayahan.

Ummu Hakim said...

Salam...saya juga berkongsi rasa seperti anda. Dikurniakan seorang buah hati yang dikatakan tiada harapan hidup oleh doktor. Telah setahun Sayyidah Nur Syarha bersama saya dalam keadaan seadanya...saya ikhlas dan redha menerima ujian ini, sangat bahagia menjaganya walau dalam seribu kepayahan.